Support My Blog

Wednesday, October 25, 2023

JENIS-JENIS PISANG DI INDONESIA (Part 2)

TANAMAN PISANG (Banana)
merupakan sejenis tanaman yang popular di kawasan yang beriklumtropika seperti di Malaysia dan Indonesia serta negara ASEAN yang lain. Terdapat beberapa negara yang menanam pisang dengan skala besar da mejnadi juara eskport pisang dunia seperti Filipina semenjak beratu tahun dahulu. Menurut data Badan Pusat Statistik (BPS) dlaporkan sepanjang tahun 2021 Indonesia mampu menghasilkan pisang sebanyak 8,74 juta metrik tan dimana jumlah ini naik 6.82% dari tahun 2020 iaitu sebnayak 8.18 juta metrik. BPS juga merekodkan dimana pengeluaran pisang nasional terus meningkat dalam lima tahun terakhir iaitu dengan purata kadar kenaikan sebanyak 5.2% per tahun. Dilaporknan seiring dengan naiknya jumlah pengeluaran pisang di Indonesia dimana penggunaan buah pisang oleh dilakangan domestik juga terus meningkat. Pada 2021 jumlah penggunaan sudah mencapai 2.39 juta metrik tan dan ini bermakna ia sudah meningkat sebanyak 33.8% dari tahun 2020. Adapun sektor rumah tangga dilaporkan mencapai jumlah penggunaan pisang sebanyak 47.7% terhadap jumlah penggunaan pisang di dalam negara iaitu hampir separuh dari jumlah konsumsi. Pusat penanaman dan juga pengeluaran pisang Indonesia berada di Jawa Timur dimana dilaporkan provinsi ini menyumbangkan sebanyak 23.4% daripada jumlah pengeluaran negara atau dikrekodkan sekitar 2.05 juta metrik tan pada 2021. Dalam pada itu propinsi Jawa Barat berada di tempat yang kedua dengan pengeluaran sebanyak 1.65 juta metrik atau 18.9%, diikuti dengan ppropinsi Lampung yang mebghasilkan sebanyak 1.12 juta metrik tan pisang (12.9%) terhadap produksi pisang nasional pada tahun lalu. Penanaman pisang merupakan satu bidangusaha yang diusahakan secara komersil perladangan tetapi kebanyakannya adalan kaedah penanamana secara pekebun kecil sahaja. Pisang yang merupakan sejenis tanaman buah-buahan tidak bermusim merupakan antara tanaman buah-buahan tidak bermusim popular iaitu selain daripada betik, nanas dan beberapa buah-buahan lain. Apa pun sama dengan tukisan saya mengenai jenis atau varieti pisang yang di tanam di Maaysia, memang ada banyak jenis pisang yang ditanam di Indonesia dan didapati sebahagian besarnyanya sama dengan jenis pisang di Malaysia juga. Apa pun memang ada beberapa jenis pisang yang cukup popular di Indonesia mengikut lokaliti seperti Pisang Raja, Pisang Tanduk (atau Pisang Ambon). Tetapi dilaporkan juga ada beberapa jenis pisang unik yang ditanam untuk tujuan tertentu dan dilaporkan ia tidak kalah enak rasanya. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" apa salahnya diintai akan jenis-jenis pisang yang popular ditanam di Indonesia untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.


5.PISANG KEPOK
Pisang Kepok merupakan salah satu jenis pisang di Indonesia yang memiliki keunikan tersendiri di mana bentuk buahnya pipih segiempat panjang. Kulitnya juga tebal dan teksturnya sedikit berkapur. Pada penulis blog ada kemungkinan pisang jenis ini agak menyamai dengan jenis pisang nipah atau pisang kapok di Malaysia.  Dilaporkan dimana jenis pisang ini juga terasa keras dan kurang empuk ketika dimakan segar langsung diambil dari sisirnya. Oleh sebab itu di Indonesia dilaporkan dimana ramai orang yang mengolah pisang kepok menjadi pisang goreng, pisang kukus, ataupun kolak (pengat pisang). Dilaporkan oleh media tempatan dimana kehadiran pisang kepok yang popular di Indonesia ternyata dimana ia aslinya berasal dari Filipina. Pisang kepok kuning dan pisang kepok putih merupakan jenis pisang kepok yang paling banyak di tanam dan dimkan oleh kalangan masyarakat Indonesia. Umumnya pisang berwarna kuning memiliki ukuran yang lebih besar ketimbang pisang kepok putih. Cara mengolah pisang kepok yang didakwa paling sederhana adalah dengan merebusnya dimana setelah dimakan rasanya sangat manis. Selain itu pembaca semua boleh juga mengolahnya menjadi keripik pisang yang rangup.


6. PISANG MAS

Pisang Mas yang satu ini cukup berbeza dari jenis-jenis pisang lainnya. Ini juga adalah disebabkan dimana pisang mas mempunyai saiz ukuran yang kecil dan bentuknya silinder. Pada penulis blog jenis pisang mas yang ada di Indonesia pasti sama dengan jenis pisang mas yang ditanam dan dijual di Malaysia. Selain itu dilaorkan dimana pada bahagian hujung buah pisang mas mempunyai warna yang sedikit kehijauan dimana kelihatan iaitu pada bahagian kulitnya juga lebih tipis sehingga mudah untuk ia dikupas. Jika sudah matang dilihat pisang mas akan terasa manis namun sedikit kesat dan ada sedikit kelat (sepat) di lidah. Memang p
isang merupakan salah satu buah yang selalu ada di setiap musim di Indonesia. Ada sekitar 246 jenis pisang yang boleh dimakan baik secara langsung maupun diproses menjadi beragam makanan ringan atau pun cemilan. Penulis paling suka makan pisang mas masak atau pisang masak 40 hari yang manis, berbau harum dan banyak khasiatnya untuk dimakan. Pisang Mas selain sesuai dijadikan campuran dalam pembuatan kueh mueh atau cemilan lainnya juga kerap dimakan dengan cukup dicelupkan ke dalam coklat leleh. DIlaporkan ukurannya cenderung kecil namun tekstur dagingnya hampir menyerupai pisang Ambon. Dagingnya yang terasa lembut dan manis membuat pisang ini juga tidak kalah menarik di hati para pecinta pisang.


7. PISANG BATU

Jenis Pisang Batu memang agak jarang penulis blog jumpa di Malaysia sebelum ini. Bagaimana pun dilaporkan di negara Indnesia dimana pisnag batu yang satu ini memiliki bentuk segitiga atau pun  segiempat memanjang dimana kulitnya sedikit lebih tebal dibandingkan jenis pisang lainnya. Ciri khas lain dari pisang batu adalah terdapat biji hitam kecil pada daging buahnya. Ciri ini seakan menyamai dengan jenis Pisang Awak yang ada di Malaysia. Apa pun sayangnya dimana jenis pisang batu punya tekstur yang cenderung kasar dan rasanya kurang manis. Makanya bagi kalangan penduduk tempatan dimana banyak warga yang mengolah kembali pisang batu agar terasa lebih enak iaitu caranya diproses untuk dijadikan makanan rojak.


8. PISANG RAJA SERIBU
Kalangan pembaca blog di Malaysia mungkins sudah kenal dengan pokok dan buah pisang seribu di Malaysia sebelum membaca artikel ini. DIlaporkan di negara Indonesia dimana para pecinta pisang pasti sudah tidak aneh lagi dengan pisang raja seribu. Pisang ini merupakan yang paling banyak diminati kerana rasanya yang memang harum dan legit. Pisang ini mempunyai saiz ukuran standard dengan warna kulit hijau semasa ia masih mentah dan berubah menjadi kuning keemasan setelah ia sudah masak. Pisang raja seribu ini biasanya ia langsung di makan segar atau pun sesuai diolah menjadi beragam jenis kuih mueh dan makanan cemilan dimana di Indonesia salah satunya pisang ini dibuat menjadi sale pisang. Selain rasanya yang legit pisang ini juga memiliki keunikan kerana ia juga tergolong sebagai pisang semakin susah dijumpai dimana dalam satu tandan bisa berisi seribu pisang (Sila lihat foto disebelah). Agak sukar juga masa ini untuk mendapatkan benih pisang ini.  Artikel ini ditulis dalam lima (5) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info menarik dikalangan pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
ADA BANYAK JENIS... PISANG INDONESIA...
ADA YANG SAMA... NAMANYA DI MALAYSIA...
ADA NAMA PELIK... IA DI JELASKAN JUGA..
MEMBACA ARTIKEL... HATI PUN JADI SUKA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Restoren Lembah Bernam,
Jalan Main Cana, Parit 9, Pasir Panjang,
Sekinchan, Selangor,
Malaysia.
(8 Rabiulakhir 1445H).

Tuesday, October 24, 2023

JENIS-JENIS PISANG DI INDONESIA (Part 1)

TANAMAN PISANG
(Banana) merupakan sejenis tanaman yang popular di kawasan yang beriklumtropika seperti di Malaysia dan Indonesia serta negara ASEAN yang lain. Terdapat beberapa negara yang menanam pisang dengan skala besar da mejnadi juara eskport pisang dunia seperti Filipina semenjak beratu tahun dahulu. 
Menurut data Badan Pusat Statistik (BPS) dlaporkan sepanjang tahun 2021 Indonesia mampu menghasilkan pisang sebanyak 8,74 juta metrik tan dimana jumlah ini naik 6.82% dari tahun 2020 iaitu sebnayak 8.18 juta metrik. BPS juga merekodkan dimana pengeluaran pisang nasional terus meningkat dalam lima tahun terakhir iaitu dengan purata kadar kenaikan sebanyak 5.2% per tahun. Dilaporknan seiring dengan naiknya jumlah pengeluaran pisang di Indonesia dimana penggunaan buah pisang oleh dilakangan domestik juga terus meningkat. Pada 2021 jumlah penggunaan sudah mencapai 2.39 juta metrik tan dan ini bermakna ia sudah meningkat sebanyak 33.8% dari tahun 2020. Adapun sektor rumah tangga dilaporkan mencapai jumlah penggunaan pisang sebanyak 47.7% terhadap jumlah penggunaan pisang di dalam negara iaitu hampir separuh dari jumlah konsumsi. Pusat penanaman dan juga pengeluaran pisang Indonesia berada di Jawa Timur dimana dilaporkan provinsi ini menyumbangkan sebanyak 23.4% daripada jumlah pengeluaran negara atau dikrekodkan sekitar 2.05 juta metrik tan pada 2021. Dalam pada itu propinsi Jawa Barat berada di tempat yang kedua dengan pengeluaran sebanyak 1.65 juta metrik atau 18.9%, diikuti dengan ppropinsi Lampung yang mebghasilkan sebanyak 1.12 juta metrik tan pisang (12.9%) terhadap produksi pisang nasional pada tahun lalu. Penanaman pisang merupakan satu bidangusaha yang diusahakan secara komersil perladangan tetapi kebanyakannya adalan kaedah penanamana secara pekebun kecil sahaja. Pisang yang merupakan sejenis tanaman buah-buahan tidak bermusim merupakan antara tanaman buah-buahan tidak bermusim popular iaitu selain daripada betik, nanas dan beberapa buah-buahan lain. Apa pun sama dengan tukisan saya mengenai jenis atau varieti pisang yang di tanam di Maaysia, memang ada banyak jenis pisang yang ditanam di Indonesia dan didapati sebahagian besarnyanya sama dengan jenis pisang di Malaysia juga. Apa pun memang ada beberapa jenis pisang yang cukup popular di Indonesia mengikut lokaliti seperti Pisang Raja, Pisang Tanduk (atau Pisang Ambon). Tetapi dilaporkan juga ada beberapa jenis pisang unik yang ditanam untuk tujuan tertentu dan dilaporkan ia tidak kalah enak rasanya. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" apa salahnya diintai akan jenis-jenis pisang yang popular ditanam di Indonesia untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.



1. PISANG RAJA

Pisang raja merupakan salah satu jenis pisang yang popular di tanam dan di makan Indonesia iaitu trend yang sama dengan Malaysia juga. Pisang ini dikenali iaitu dengan bentuknya yang panjang dan sedikit melengkung. Apa pun mudah untuk menanam dan menjaga tanaman pisang raja. Dalam pada itu antara ciri-ciri lain dari pisang ini terletak pada kulitnya di mana cukup tebal dan memiliki warna kuning agak sedikit oren. Soal rasa, pisang raja terasa legit dan lembut ketika dimulut, serta memiliki aroma yang harum. Pisang raja kebanyakannya adalah untuk kegunaan makan segar apabila ia masak akan tetapi pisang ini juga sesuai untuk dioleh menjadi kuih-muih yang enak dan pelbagai jenisnya. 
Pisang barangan merupakan salah satu jenis pisang yang banyak digemari oleh masyarakat akan tetapi lazimnya pisang ini punya rasa yang manis dan lembut di mulut. Ciri khas lain dari pisang barangan adalah daging buahnya yang berwarna kuning sedikit putih. Jika detikers berkunjung ke sejumlah acara formal, umumnya pisang barangan disajikan sebagai hidangan pencuci mulut.


2. PISANG AMBON

Pisang Ambon memiliki ciri khas tersendiri yang mana warna isi dagingnya memang ia cenderung berwarna putih kekuningan. Jenis pisang yang satu ini juga jadi favorit atau pun pisang kegemaran ramai dari kalangan  masyarakat disebabkan oleh rasanya manis dan aromanya harum. Penulis blog pun memang suka akan pisang ini semasa di kamppong di Gersik, Muar dulu yang ia ada dianam bapa pisang ambon ini atau di kampong saya pisang embun sahaja sebutannya. Pisang ambon banyak dimakan segar dan selalu juga diproses menjadi berbagai macam kiuhmuih tempatan di Indonesia yang enak seperti keripik pisang, pancake pisang atau beraneka kueh pisang lainnya. 
Pisang Ambon merupakan salah satu jenis pisang yang paling mudah dan banyak ditemui di Indonesia. Pisang jenis ini banyak dijual di pasar tradisional maupun berada di supermarket. Ciri-ciri pisang Ambon adalah memiliki tekstur kulit yang halus berwarna kuning atau hijau. Daging buahnya putih dengan rasa manis dan tidak berbiji. Tidak hanya ia sekadar boleh dimakan secara segar secara langsung, pisang ambon juga kerap digunakan sebagai bahan asas untuk membuat kueh mueh seperti 'banana bread'. 
Selain rasanya yang enak, pisang juga kaya akan kandungan nutrisi yang baik untuk kesehatan tubuh seperti potassium, karbohidrat, mineral, vitamin C, vitamin B6, kalium dan magnesium. Pisang juga memiliki banyak khasiat misalnya menurunkan tekanan darah tinggi sampai menangkal radikal bebas.  Bahkan seluruh bagian pisang, mulai dari buah, kulit, daun, batang pohon sampai dengan bunganya bisa dikonsumsi. Saking beragamnya jenis pisang tak jarang membuat orang kebingungan bagaimana cara memilih dan mengolah pisang secara tepat.


3. PISANG TANDUK

Sama dengan di Malaysia dimana Pisang Tanduk merupakan sejenis pisang kegemaran ramai termasuk penulis blog. Apa pun di Indonesia dimana sesuai dengan namanya dimana pisang ini memiliki bentuk yang panjang seperti tanduk haiwan. Maka dari itu jenis pisang ini sangat mudah dikenali kerana ia boleh dilihat dari bentuknya saja (Sila lihat foto disebelah). Pada penulis blog sebenarnya ada sejenis lagi pisang seakan pisang tanduk iaitu Pisang Lang. Saya ada menulis mengenai pisang ini dengan membaca tulisan saya pada pautan berikut (Sila klik disini). Pisang tanduk dilihat ia mempunyai rasa manis apanila cukup masak akan tetapi sebenarnya ia cenderung sedikit masam bergantung kepada tahap kematangannya. Biasanya, masyarakat mengolah pisang tanduk menjadi camilan pisang goreng yang manis dan garing. 
Pisang Tanduk sangat sesuai diolah dengan cara direbus maupun digoreng. Pisang tanduk yang berasal dari Sukabumi ini dilaporkan ia memiliki ukuran yang besar dan panjang melengkung serupa seperti tanduk. Warna pada isi dagingnya cenderung merah kekuningan dengan rasa manis agak masam sedikit.



4. PISANG  ULI
Penulis blog belum pernah ujirasa iaitu dengan sejenis pisang iaitu Pisang Uli. Apa pun dirujuk dimana jenis pisang uli dilaporkan dimanaa ia mempunyai ciri khas dari ciri pisang ini terletak pada isi daging dalam buahnya yang cenderung lembik. Dilaporkan dimana rasa pislan guki ini ia dilaporkan kurang manis dan ada rasa sedikit kelat (sepat) bila dimaka di lidah. Oleh sebab itu dimana ada ramai kalangan masyarkat yang lebih suka mengolah pisang uli hanya untuk digunakan menjadi pisang goreng sahaja. Kalau di Malaysia mungkin ia sama nasibnya dengan jenis pisang awak sahaja. Dalam laporan lain dinyatakan dimana jenis pisang uli ini merupakan salah satu pisang yang sangat hanya menjadi pisang goreng sebagai teman menngopi di rumah. Rasanya sangat manis dengan tekstur daging buah yang empuk, lembut dan lembik membuat banyak orang menyukainya. Pisang uli mempunyai ukuran sedang tidak terlalu besar juga tidak terlalu kecil. Selain diolah sebagai pisang goreng dimana pisang ini juga kerap diolah menjadi beragam cemilan seperti kerepik dan sale pisang. 
Artikel ini ditulis dalam lim (5) segmen iaotu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info menarik dikalangan pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
ADA BANYAK JENIS... PISANG INDONESIA...
ADA YANG SAMA... NAMANYA DI MALAYSIA...
ADA NAMA PELIK... IA DI JELASKAN JUGA..
MEMBACA ARTIKEL... HATI PUN JADI SUKA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Restoren Lembah Bernam,
Jalan Main Cana, Parit 9, Pasir Panjang,
Sekinchan, Selangor,
Malaysia.
(8 Rabiulakhir 1445H).

Monday, October 23, 2023

ADA ANGIN, ADALAH POKOKNYA

Menarik satu bidalan mudah iaitu 'ADA ANGIN, ADALAH POKOKNYA' untuk dibincangkan pada kali ini dalam blog yang berkaitan dengan sektor pertanian. Bidalan ini juga melibatkan dua perkara iaitu kewujudan 'tiupan angin' yang menyebabkan 'pokok' akan bergoyang dan jika terlalu kuat pula akan menyebabkan akan ada dahan yang patah atau pun buah-buahan berguguran diatas tanah. Dalam keadaan ekstrim pula tiupan angin ini boleh juga menyebabkan pokok tumbang sehingga menghempap rumah atau menyebabkan kes-kes kematian manusia. Apa pun merujuk kepada sumber dinyatakan peribahasa ini sebenarnya membawa makna iaitu 'S
egala sesuatu kejadian itu pastilah ada sebabnya (asal mulanya) bila berlaku' yang masih relevan dengan cara kehidupan masyrakat sehingga kini. Bagi menjelaskan maksud dengan lebih jelas cuba fahami akan contoh ayat yang saya disediakan iaitu 'Pihak polis akan menyiasat terlebih lanjut kes-kes dahulu setiap kejadian jenayah yang berlaku sehingga menganggu ketenteraman awam terutama kes-jes berkaitan dengank dadah dan kecurian bagai bidalan kerana ada angin, adalah pokoknya'. Semua perkara atau kejadian sama ada baik atau kurang baik itu yang berlaku didalam masyarakat atau apa juga pastinya ada penyebabnya dan perlu di kenalpasti jika sesuai untuk membantu didalam usaha mencari jalan penyelesaian. Penyelesaian penyebab segala kejadian ini perlu ditangani dengan baik dan sistematik agar ia tidak berulang lagi atau menjadi ketidak selesaan kepada kalangan masyarakat. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan kupas mengenai peribahasa 'ada angin, adalah pokoknya' dalam aspek teknologi pertanian untuk ia dijadikan bahan bacaan semua.


Angin (Wind)
merupakan pergerakan udara dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain yang mana lazimnya ia boleh disebabkan oleh perbezaan tekanan udara yang terdapat di persekitaran didorong 'putaran bumi' atau dari kesan Coriolis. Angin juga berlaku sebab ada 'perbezaan suhu' hasil proses pemanasan suhu mukabumi yang tidak sekata diserata permukaan bumi lalu zarah-zarah gas dalam udara bergerak dari kawasan bertekanan tinggi ke kawasan yang bertekanan rendah selaras dengan hukum fizik. Apa pun kelajuan angin ini boleh dipantau melalui satelit dan juga beberapa jenis peralatan seperti AlatUkur Angin yang ada dipasang (Sila lihat foto disebelah). Angin yang dirasai di permukaan disukat atau diukur dengan cara menggunakan anemometer  yang mengukur kelajuan dalam unit meter per saat atau 'knot'  serta mengenalpasti arah angin. Kelajuan angin ini selalu diukur dengan kelajuannya dalam unit lazim seperti kilometer sejam. Selalunya angin wujud dalam pelbagai bentuk dan peringkat dengan kelajuan dan tenaga yang dijana sehingga akan mampu dalam membentuk keadaan cuaca dimuka bumi dalam keadaan sama ada biasa atau juga menyebabkan bencana. Kuasa yang dibawa oleh angin ini sudah banyak digunakan sepanjang zaman tamadun manusia sejak dahulu dimana kini ia lebih popular sebagai suatu punca untuk 'menjana eletrik' dengan pemasangan Kipas Gergasi (wind turbine) yang mampu didalam cara mengerakkan generator berkuasa angin atau Wind Turbine Generator (Sila lihat foto paling bawah sekali). Faktor yang boleh menyebabkan terjadinya angin termasuk aspek kecerunan barometrik dimana bilangan yang selalu  menunjukkan perbezaan tekanan udara daripada 2 isobar yang jaraknya 111 km dimana semakin besar kecerunan barometrisnya angin semakin cepat. Faktur kedudukan di sesuatu tempat itu jika ia berhampiran dengan garisan Khatulistiwa selalunya kelajuan angin di kawasan itu lebih tinggi berbanding di kawasan lain.  LFaktur ke tiga adalah ketinggian dimana semakin tinggi sesuatu lokasi itu maka kadar angin di kawasan itu akan bertiup dalam kelajuan yang lebih tinggi berbanding di kawasan yang rendah. Faktur ke empat adalah aspek Waktu dimana angin akan bertiup dengan lebih laju pada waktu siang berbanding pada waktu malam. Arah mata angin dinyatakan menggunakan darjat: angin dari arah utara dicatatkan dari arah 360 darjah, arah timur dari 90 darjah dan begitulah seterusnya; angin yang sangat lemah dan tidak dapat dipastikan arahnya ditandakan "0". Kelajuan angin dirumuskan berdasarkan skala Beaufort yang juga mampu memperolehi maklumat mengenai tenaga yang dihasilkan.


Pokok (Tree)
merupakan 'tumbuhan berkayu' dalam alam tumbuhan (plants). Semua jenis tumbuhan berkayu' akan ditakrifkan sebagai pokok sekiranya tumbuhan tersebut mempunyai akar, batang, dahan dan daun. Berlainan dengan tumbuhan herba (herbaceous plants) yang tidak mempunyai kesemua ciri diatas adalah tidak dipanggil pokok. Pokok juga mempunyai tempoh hayat yang lebih lama jika ia berbanding tanaman yang lain. Beberapa spesies pokok tumbuh sehingga ketinggian melebihi dari 100 meter (300 kaki) dan terdapat pokok yang mampu untuk hidup sehingga beberapa abad dan ada yang sehingga mencecah seribu tahun. Pada tahun 2005 ada dilaporkan dimana terdapat kira-kira 400 bilion pokok di seluruh dunia atau jika dianalisa mempunyai purata 61 pokok untuk setiap orang. Apa pun pada penulis blog dimana antara bahagian penting bagi sebatang pokok adalah akar, badan, dahan, ranting dan daun. Batang pokok kebanyakannya terdiri daripada tisu penyokong xilem (xylem) dan tisu pengangkutan floem (phloem). Apa pun sebenarnya kayu pada batang pokok itu terdiri daripada sel xilem dan kulit kayu kebanyakannya terdiri daripada floem. Apabila sebatang pokok bertambah tua, ia membina gelang pertumbuhan (growth ring).  Gelang pertumbuhan boleh dikira bagi memastikan usia pokok terutama bagi pokok yang tumbuh di kawasan beriklim sederhana, dan digunakan untuk mengenalpasti usia dan tarikh kayu yang diambil dari pokok masa silam dengan menggunakan sains dendrokhronologi. Umbi pokok adalah pada lazimnya terbenam dalam bumi dengan itu membentuk pasak untuk biomass di permukaan tanah dan menyerap air dan garam-galian dari tanah. jika dilihat diatas permukaan tanah dilihat iaitu batang pokok memberikan ketinggian untuk membenarkan cabang dan ranting berdaun memperolehi kelebihan berbanding tumbuhan lain untuk mendapatkan cahaya matahari. Dalam kebanyakan pokok terdapat susunan dahan memberikan kelebihan untuk pendedahan optima daun kepada cahaya matahari. Matahari adalah penting untuk proses fotosintesis dalam penghasilan kanji bagi tumbuhan. Pokok durian (Durio zibethinus) sebagai contoh mempunyai sistem percabangan menarik jika dibentuk dengan baik.


Dalam portal bharian.com dilaporkan ada kes bagaimana 'Maut dihempap kelapa di kebun sendiri' yang berlaku di Sabak Bernam amat memilukandan berkait dengan tajuk artikel ini. Dilaporkan bagaimana seorang lelaki maut di tapak bekas rumah lamanya di Jalan Haji Sabri, Kampung Sungai Tegar, Sungai Air Tawar, selepas ditimpa pokok kelapa.  Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa, Abdul Latif Md Nor (58) yang sedang mengayuh basikal pulang ke rumahnya selepas ke kedai makan di Pekan Sungai Air Tawar, apabila sebatang pokok kelapa tumbang menimpanya. Menurut sepupu mangsa dikenali Mustafa Hajiri nyatakan dimana Abdul Latif pernah menetap bersama arwah bapanya di situ sejak dilahirkan sebelum mereka berpindah ke rumah baharu kira-kira satu kilometer dari tapak asal. Arwah yang dilahirkan di situ memang tidak sangka dia meninggal dunia di tapak bekas rumah lamanya yang kini menjadi kebun kelapa. Apa pun rumah lama mereka dirobohkan dan tanah itu ditanam pokok kelapa, namun tak sangka, tanaman berusia puluhan tahun itu meragut nyawa arwah. Kali terakhir beliau bertemu Abdul Latif kira-kira dua hari lalu di sebuah kedai makan di Pekan Sungai Air Tawar. Selama dia kenal arwah, tak pernah pula dia minta saya duit, tak sangka kelmarin (Jumaat), dia minta saya duit RM10. Itu kali terakhir saya bertemu dengannya dan sempat hulur RM10 kepadanya. Dalam pada itu isteri mangsa, Raba'yah Yahadi berkata yang arwah suaminya itu tinggal bersendirian di rumah pusaka arwah bapanya, manakala beliau menetap di rumah anak kedua mereka, Abdul Halim, 28, di Parit 9, Sekinchan. Dia juga  yang sudah berkali-kali ajak dia tinggal dengannya tapi dia tak mahu duduk sini sebab nak jaga rumah pusaka arwah bapanya. Sesekali kami anak beranak balik ke kampung ziarah arwah di rumahnya. Kematian suaminya itu kemudian dimaklumkan anak sulungnya selepas menerima panggilan telefon daripada adik perempuan mangsa. Mereka amat rasai kehilangannya, lebih-lebih lagi dia seorang pendiam dan tak banyak bercakap. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam berkata mangsa cedera serius di bahagian dada akibat dihempap pokok kelapa berkenaan kerana pokok kelapa terbabit tiba-tiba tumbang dipercayai ditiup angin kuat.
Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
ADA ANGIN... BIASA DAN KUAT TIUPANNYA...
POKOK TUMBVANG... MEMANG MERBAHAYA...
MEROSAKAN TANAMAN... BAWA MAUT JUGA...
SEMUA KEJADIAN... PASTI ADA PUNCANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(6 Rabiulakhir 1445H).

Sunday, October 22, 2023

BAGAI DURI DALAM DAGING

Satu peribahasa agak lama yang berkaitan dengan makanan dan pertanian kali ini adalah 'BAGAI DURI DALAM DAGING' dimana ia memberi makna mendalam dalam masyarakat tempatan. Peribahasa ini gunakan bagaimana ada duri didalam daging yang merbahaya dan mengancam akan kesihatan manusia dan sesiapa yang memakannya. Apa pun melalui beberapa bulu teks dan di lamanweb dimana peribahasa inni membawa maksud sebagai 'Sesuatu perkara yang amat tidak menyenangkan hati' yang jelas semua orang mungkin akan menghadapinya. bagi menjelaskan akan peribahsa in lebih baik menggunakan c
ontoh ayat seperti 'Kehadiran anak saudaranya dari kampong yang menumpang dirumah Ahmad mempunyai sifat yang pemarah itu bagai duri dalam daging dalam keluarga Puan Hamidah dimana perkara ini memang tidak lagi boleh menyenangkan keharmonian keluarganya'. Secara umumnya dagig (merujuk kepada daging haiwan yang enak dimakan seperti daging lembu, daging kambing, daging ayam, daging haiwan buruan, daging ikan dan sebagainya) adalah sejenis makanan agak mewah masa dulu. Penulis blog masih ingat pada tahun 1970an dulu dimana keluarga akan hanya dapat makan daging (ayam atau lembu) setahun hanya beberapa kali sahaja masa itu. Ini kerana keluarga dikampong perlu ternak ayam  dan kembing yang akan disembelih apabila cukup umur dan bilangannya tidak seperti zaman moden sekarang mudah membeli daging ayam dan daging lembu sepanjang masa setiap hari. Kini sudah ada pula perkhidmatan membeli barang basah termasuk daging ayam secara on-line sahaja. Memang sungguh bangga dan gembira apabila ada ayam kampong uang disembelih dan di masak ungkep dimakan dengan nasi putih. Masa itu keenakan ayam kampong masak kicap pun sangat enak dimakan selepas balik dari sekolah dengan berjalan kaki. Apa pun artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya membincangkan satu peribahasa lama bagai duri dalam daging untuk dijadikan pencetus dalam teknologii pertanian sebagai bahan rujukkan semua.


Pada penulis blog sering juga ditanya APAKAH DIA PERBEZAAN DIANTARA DAGING MERAH DENGAN DAGING PUTIH?
... Ramai orang Malaysia merupakan masyarakat yang dikatakan sederhana didalam memakan daging didalam menu makanan mereka. Bagaimana pun dilaporkan dimana orang Malaysia lebih banyak memakan daging putih berbanding dengan daging merah kerana kita mempunyai bekalan ayam yang melebihi permintaan setiap tahun. Sebenarnya diantara contoh daging merah termasuk Daging Lembu, Daging Kambing, Daging Kerbau, Daging Babi dan sebagainya manakala daging putih termasuklah Daging Ayam, Isi Ikan dan lain-lain. Daripada aspek penternakan lazimnya kebanyakan haiwan boleh dikategori sebagai sama ada daging merah atau daging putih. Secara asasnya memang terdapat banyak perbezaan yang penulis blog dapati diantara kedua-dua jenis daging ini secara fizikal. Ini kerana daging merah ada kepekatan myoglobin yang tinggi dimana pada darah merah dilaporkan amat tinggi kandungan bahan seperti Zinc, Riboflavin, Niacin, Thiamin, Vitamin B6, B12, Zat Besi (Iron) yang selalu ada diwar-warkan kerana kegunaannya dalam pergerakan anaerobik iaitu creatine dan sebagainya. Oleh kerana itu maka faktor kepada keperluan tenaga maka daging merah biasanya akan digunakan semasa peringkat proses membesarkan badan. Daging merah juga tinggi lemak tepu dan kolesterol jika ianya hendak dibandingkan dengan daging putih. Artikel ini ditulis panjang dimana boleh diakses dengan pautan (Sila klik disini) sahaja. Daging merah pula jika dimasak dengan suhu tinggi akan meningkatkan karsinogen yang mana boleh jadi penyebab masaalah kanser. Disebabkan lemak tepu yang tinggi daripada laporan saintifik maka pengambilan makanan daging merah selalunya ia dikaitkan dengan pelbagai jenis penyakit.


Merujuk kepada beberapa tulisan artikel dimana 
Duri (thorn atau spine) adalah merupakan segala macam bagian tumbuhan atau haiwan yang berujung tajam dan cukup keras sehingga cenderung melukakan lapisan kulit atau permukaan tubuh lainnya. Duri pada penulis blog merupakan istilah yang umum (generik) dimana secara teknikal ia boleh merujuk kepada istilah yang berlainan iaitu sesuai dengan cara terbentuk dan asal-usulnya (ontogeni). Duri yang ada pada tumbuhan (Duri Tumbuhan) mempunyai bentuk dan fungsi dengan duri yang berada pada haiwan (Duri Haiwan). Pada penulis blog dalam dunia  botani  mendapati dimana duri dapat dijumpai pada berbagai organ. Duri merupakan organ aksesori dan berfungsi sebagai alat perlindungan diri dari pemangsa mahupun sebagai alat adaptasi iaitu khususnya terhadap cuaca kekeringan seperti pokok kaktus yang tumbuh digurun panas dan kering. Dilihat dari cara pembentuknya dimana selalunya duri berasal dari proses pengubahsuaian organ pokok tumbuhan (sama ada ia dari daun, batang atau akar) sebagai organ 'spine' dan dianggap sebagai 'Duri Sebenar' tetapi jika ia terjadi dari sel-sel epidermis ditambah jaringan di dalamnya (emergentia) ia adlah 'duri melekat'. Duri sebenar selalu ia adalah keras, berkayu dan tajam serta memang sukar untuk ditanggalkan (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun jika ia ditanggalkan maka akan terdapat luka ketara dan dilihat mengeluarkan cecair atau getah. Terdapat juga jenis Duri Akeseori yang selalu dijumpai pada batang, daun dan juga buah. Asal usul terbentuknya jenis duri ini adalah dari jaringan epidermis dengan atau tanpa jaringan korteks. Duri aksesori mudah tanggal dan tidak memiliki kompponen pembuluh didalamnya. Selain iatu ada jenis Duri Batang dimana ia paling mudah ditemui pada batang bunga ros atau bunga mawar. Duri pada permukaan daun biasanya berbentuk kecil-kecil dan duri pada buah dapat dijumpai misalnya pada kulit buah durian. Terakhir adalah jenis Duri Haiwan dimana antaranya adalah Landak, Ikan dan Avertebrata. Apa yang penulis blog lihat dimana duri pada landak sebetulnya adalah rambut yang termodifikasi menjadi besar dan mengeras. Duri landak tersusun dari bahan yang sama dengan rambut yaitu keratin, suatu protein. Dalam pada itu Duri Ikan pula sering dijumpai diluar dan didalan badan ikan. Banyak jenis ikan mempunyai duri seperti ikan puyu, ikan keli, ikan buntal, ikan keli dan banyak lagi yang mana ia merupakan striktur (tulang ikan) atau diluar sebagai senjata pertahanannya.


Menarik kisah dalam utusan.com bertajuk 'Anggota polis jangan menjadi duri dalam daging' yang berkaitan dengan tajuk peribahasa dibincangkan. Dilaporkan dimana para anggota polis jangan jadi ‘duri dalam daging’ rakan sepasukan Md. Yusri Hassan Basri memeriksa perbarisan kawalan kehormatan iaitu pada majlis Perhimpunan Khas sempena lawatan kerja rasmi beliau di IPD Lumut, Perak. Anggota dan pegawai polis diingatkan agar tidak menjadi ‘duri dalam daging’ dan racun kepada rakan sepasukan dengan menimbulkan pelbagai masalah dan kesalahan disiplin yang mencemarkan nama baik pasukan itu. Ketua Polis Perak masa itu Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata jika ramai pegawai dan anggota pasukan itu yang mahu bertugas dengan cemerlang, berintegriti dan berdisiplin tetapi akan ia dirosakkan dengan segelintir anggota yang bermasalah. Anggota jangan menjadi seperti nila (yang merosakkan susu sebelanga) kepada anggota lain yang mahu bertugas mendapatkan pendapatan yang halal,” katanya berucap pada majlis Perhimpunan Khas sempena lawatan kerja rasmi beliau di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung. Hadir sama, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah. Semua pegawai dan anggota harus melihat tugasan mereka sebagai jihad di jalan Allah dan tidak mengulangi kesilapan dilakukan anggota yang telah dibuang kerja, ditahan kerja dan diturunkan pangkat sebelum ini. Orang ramai sentiasa melihat pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai agensi yang diharapkan apabila mereka menghadapi masalah dimana mereka akan memerlukan perlindungan serta keselamatan. Justeru, nasihat beliau agar pegawai dan anggota polis menjalankan tugas dengan integriti, berdisiplin, bersemangat dan berlandaskan undang-undang agar sentiasa dipandang tinggi dan mendapat kepercayaan masyarakat. Pada masa sama dia menegaskan agar semua pegawai dan anggota pasukan polis perlu terus melaksanakan tugas dengan tata kelola yang baik, mental yang kuat serta mengetahui peranan tugasan yang diberikan. Semua pegawai, penyelia dan anggota perlu memahami tugasan masing-masing, mengikut arahan dan jangan melakukan perkara yang dilarang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua sekali pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BAGAI DURI...ADA DALAM DAGING DIA....
PERIBAHASA LAMA... SUSAHKAH SAHAJA...
MEMBELI DAGING... PILIH SEGAR MAHALNYA...
ELAKKAN KENA DURI... MEMANG IA BERBISA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(6 Rabiulakhir 1445H).

Saturday, October 21, 2023

SEKTOR PERTANIAN - SATU KARANGAN

SEKTOR PERTANIAN
(Agriculture Sector) bagi Malaysia dan banyak negara lain didunia merupakan nadi terpenting dalam membangunkan ekonomi negara. Berikan punca dan usaha-usaha dalam merancakkan industri pertanian negara. Apa pun dizaman moden ini dimana ketika dunia terus mengharungi arus globalisasi dan modenisasi dimana Malaysia telah pun banyak mengalami pembangunan yang pesat dalam bidang ekonomi terutamanya dalam sektor perindustrian. Rentetan daripada itu dilihat dimana sektor pertanian telah semakin di sisikan atau agak kurang diberikan perhatian didalam arus pembangunan semenjak 1980-an dahulu. Kerajaan lebih banyak menumpukan kepada sektor perkilangan atau perindustrian serta pekhidmatan dan industri 'Oil and Gas'. Walau bagaimanapun di bawah Misi Nasional, kerajaan telah meningkatkan kedudukan sektor ini semula dalam pelan pembangunan negara kita iaitu Rancangan Malaysia Kesembilan sehingga RMK sekarang ini dengan dahulu menyediakan Dasar Pertanian Negara (DPN) sehingga terkini meyedikakan Dasar Agro Makanan Negaran (DAN).  Kementerian yang bertanggungjawab juga telah banyak kali bertukar nama daripada hanya Kementerian Pertanian (MoA) kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (KPIAT) dan terkini sebagai Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).  Bberapa dasar dan strategi pembangunan pertanan negara telah disesuaikan selepas dunia dilanda kegawatan ekonomi pada tahun 1997 dan 1998 dan ketika itu dilihat dimana produk hadil seperti minyak kelapa sawit bertindak sebagai “penyelamat” ekonomi Malaysia.  Selain itu kerajaan juga mendapati bahawa Malaysia memperuntukkan berbilion-bilion ringgit untuk mengimport makanan sehingga meningkatkan defisit ekonomi negara. Penulis blog merujuk data pada Julai 2023 dimana disebebkan jumlah p
ermintaan pengguna serta faktor tukaran mata wang asing menyebabkan nilai import makanan negara meningkat hingga mencecah RM62 bilion setahun berbanding RM48 bilion pada tahun 2022. Kebanyakan barang makan tersebut adalah bahan impport untuk industri ternakan dan pemprosesan makanan seperti jagung bijirin, kacang soya, daging, susu, coklat dan beberapa jenis lagi. Dalam mengatasi isu ini kerajaan perlu meningkatkan pengeluaran makanan tempatan serta perlu untuk merancakkan lagi kegiatan sektor pertanian yang melibatkab semua pihak perlu menggembleng tenaga untuk menjanakan sektor pertanian. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai karangan untuk peperiksaan untuk dijadikan bahan rujukkan pelajar semua.


Peranan ke
rajaan memainkan peranan kritikal di semua peringkat sehingga ke akar umbi didalam usaha untuk mampu meningkatan sektor pertanian yang perlu diperhebatkan. Masyarakat Malaysia juga hendaklah memberikan sinergi yang tinggi dan menggembleng tenaga bagi dapat  menjayakan target negara seperti satu peribahasa 'bagai aur dengan tebing' dimana ia mestui terus bersaa. Pihak pengusaha tanaman, ternkan, ternakair dan industri asas tani (pemprosesan makanan) serta sektor perkhidmatan pertanian (agriculture service) semestinya boleh berganding bahu dengan bajet sedia ada dan bajet swasta didalam memacu sektor pertanian dan kecukupan makanan. Setiap tahun kerajaan melalui pelbagai kementerian dan pihak swasata juga menyediakan bajet besar didalam pembangunan sektor pertanian negara. Tujuan penyediaan bajet tahunan ini adalah untuk keperluan menghasilkan bahan makanan yang mencukupi, selamat dimakan serta berkualiti. Kerajaan telah memperuntukkan berjuta-juta ringgit untuk petani dan juga pengusaha-pengusaha pelbagai komoditi seperti  tanaman, ternakan, ternakair, industri pemprosesan makanan dan juga sekktor perkhidmatan pertanian. Sebaiknya semua para  pengusaha perlu menggunakan peluang ini dengan sebaik mungkin. Jika dapat dilaksanakan dengan baik maka ianya akan dapat mengurangkan beban pengusaha sektor pertanian termsik sektor tanaman bagi menampung kos keperluan tanaman yang memerlukan beribu-ribu ringgit seperti baja dan racun serangga. Kerajaan juga selama ini ada memberikan baja berkualiti kepada pengusaha tanaman dan petani secara percuma terutama didalam sektor penanaman padi. Tanaman padi di Malaysia yang mempu menampung sehingga 70% kadar saraan sendiri (Self sufficiency level - SSL) terus menerima pelbagai insentif seperti insentif baja padi, insentif racun, insentif meratakan tanah sawah, insentif harga padi, insentif kualiti padi dan sebagainya.


Di Malaysia masih ramai kalangan dari rakyatnya yang masih bergantung hidup kepada sektor pertanian terutama kalangan pekebun kecil tanaman kelapa sawit, ggetah, pesawah padi, penanam buah-buahan, penanam sayuran, pemprosesan makanan dan banyak lagi. Apa pun memang bidang pertanian ini juga sudah  mengambil bahagian dalam sumber pendapatan hidup mereka terutama mereka yang tingga di kawasan Rancangan Tanah FELDA, FELCRA, Ladang GLC dan juga dikawasan kampong tradisional. Walau pun ada sebahagian kalangan pengusaha pertanian dimana jumlah pendapatan mereka ada yang kini setanding dengan jumlah  pendapatan individu yang berkerjaya di dalam bidang lain (Perindustrian atau perkhidmatan) akan tetapi ianya ahak jarang di war-warkan. Dalam mengambil contoh dimana jika satu ruas tebu mungkin mencecah dua ringgit dimana serumpun tebu terdapat 10 ruas maka sudah pasti serumpun itu bernilai RM20.00. Pengusaha tebu akan mendapat keuntungan yang lebih semasa bulan Ramadhan iaitu bulan puasa kerana permintaan orang ramai untuk jus air tebu meningkat masa ini Tebu boleh dijadikan sebagai sumber minuman yang menarik minat masyarakat sama ada disediakan sebagai minuman segar atau di botolkan dan disejukbekukan. Pendapatan seorang penanam dan penjual tebu tentu dapat raih RM20,000 atau lebih dalam setiap musim penanaman. Jika umur tebu ini mengambil masa 3-6 bulan maka sudah tentu purata pendapatan bulanannya mencecah RM4,000 - RM5,000 sebulan. Jika dikira maka sewajarnya akan lebih ramai kalangan orang muda yang tertarik untuk ereka dapat menceburi bidang pertanian secara komersial. memang ada insentif kepada poplongan muda untuk menceburi bidang pertanian kerana memang ada disediakan latihan, kurusus dan khidmat nasihat teknikal penanaman tebu selain daripada insentif bantuan kewangan dan barangan input daripada pihak berwajib. Pendek kata industri pertanian di Malaysia memang amat baik untuk golongan muda berecimpong didalamnya.


Semenjak 2020 sehingga kini 2023 dimana kos bahan input pertanian terutama kos untuk membeli baja kimia dan racun kimia semakin meningkat seingga lebih 150% daripada harga sebelumnya. Peperangan Rusia-Ukraine dan bencana alam diseluruh dunia dilaporkan memyebabkan berlaku kenaikan kos bahan input dan kos bahan makanan diseluruh dunia. Pengusaha pertanian perlu terun mendapatkan teknologi terbaik yang sesuai dengan bajet dan menghasilkan produk makanan yang berkualiti serta sesuai dengan harga dipasaran untuk menjamin pendapatan seimbang. Ada juga syor untuk menggunakan baja organik diaplikasikan dalam menghasilkan hasil tanaman yang segar. Dilaporkan dengan kombinasi penggunaan baja kimia dengan penggunaan baja organik ianya akan dapat mengeluarkan hasil pertanian yang berkualiti dan segar dengan kos lebih rendah. Meninjau dari aspek aktiviti penanaman sayur-sayuran yang menjadi salah satu aktiviti penting penghasilan sayur dimana Malaysia mampu mengeluarkan sayuran untuk kegunaan sendiri dan juga untuk dieksport ke negara jiran. Kalangan pengguna tempatan masih memerlukan sayuran yang segar dan terjamin selamat yang ada dijual di pasar basah, asar tani, pasar malam, pasaraya dan kedai-kedai runcit setiap hari. Penanam sayuran di Malaysia hendaklah menghasilkan sayuran segar yang berkualiti serta sebaiknya mendapat persijilan MyGAP atau pun persijilan MyOrganik daripada Jabatan Pertanian Malaysia.  Persijilan ini menjamin bahawa produk tersebut telah mengikut prosedur pel=rladangan baik untuk pasaran domestik dan antarabangsa. Dala pada itu para petani yang berjaya mendapatkan GLOBALGAP sudah boleh memasarkan produk mereka ke pasaran antarabangsa terutama dikalangan negara-negara maju. Kini dikalangan masyarakat Cina, Jepun dan masyarakat Asia yang lain mereka dipercayai telah membuat baja kompos sejak dahalu lagi. Baja kompos terhasil apabila bahan organik mereput dan terurai kepada bahan yang kaya dengan nutrien yang dipanggil ‘humus’ melalui haba dan respirasi yang dilakukan oleh organisma tanah seperti bakteria, cacing dan kulat. Baja kompos mempunyai peranan yang penting bagi tanah, ia berupaya meningkatkan dan mempertahankan kesuburan sifat kimia, fizik dan biologi dalam tanah tersebut. Baja kompos juga dapat memperbaiki struktur dan lapisan tanah. Walau bagaimanapun, hasil dari pemerhatian, penggunaan baja kompos dalam bidang pertanian pada masa kini masih lagi pada tahap skala kecil. Hal ini demikian kerana nutrien yang dibekalkan baja kompos tidak setanding dengan baja kimia. Maka, baja organik harus diguna oleh pengusaha-pengusaha dalam mengusahakan tanaman agar hasilnya bermutu tinggi.


Kebanyakan kawasan tanah pertanian di Malaysia mempunyai kemudahan bagi mengadalah sistem  pengairan yang lengkap. Tanah juga subur dan sesuai untuk bercucuk tanam dimana ia juga telah diperkuatkan lagi dengan sejarah penjajahan British di Tanah Melayu. Selain daripada menjadi tempat yang strategik dimana salah satu faktor yang menarik minat penjajah untuk menakluk Tanah Melayu ialah tanah yang subur dan kekayaan bahan mentah. Petempatan yang lengkap dengan pengairan juga kini terlibat dalam industri pertanian. Mengambil contoh dari Sungai Petani, Kedah dimana kalangan  penduduk tempatan menggunakan kemudahan pengairan seperti tali air untuk penanaman padi. Dengan adanya kemudahan pengairan, sektor pertaniaan negara akan lebih stabil dan juga hasil pertanian dapat mencukupi keperluan rakyat. Kemudahan pengairan ini juga dapat menyumbang sedikit sebanyak peluang penduduk tempatan untuk menjana pendapatan dengan wujudnya sumber protein. Misalnya, penternakan ikan air tawar seperti ikan patin. Ikan ini pernah mencetuskan kontroversi di Malaysia kerana harganya yang boleh mencecah seratus lapan puluh ringgit sekilogram. Pengairan juga dapat mengatasi masalah kekurangan air hujan apatah lagi musim kemarau serta keadaan cuaca yang tidak menentu. Semua individu pasti tahu cuaca di Malaysia sememangnya cuaca panas dan hujan sahaja kerana faktor lokasi iaitu berdekatan dengan garisan Khatulistiwa. Terkini dengan kemudahan ini maka aktiviti penanaman dua jenis tanaman atau lebih dapat diusahakan serta tapak pertanian boleh diperluaskan. Ilmu itu penting untuk kemajuan dalam kehidupan bertamadun kerana ilmu itu umpama pelita yang menerangi kegelapan hidup kita. Ilmu perlu dituntut sebagai bekalan di hari muka. Ilmu pengetahuan dalam bidang pertanian juga merupakan penyebab peningkatan dalam sektor pertanian. 


Pada masa ini dilaporkan memang sudah wujud institusi yang mendedahkan ilmu penanaman atau pengusahaan dalam bidang pertanian kepada anak watan pewaris bangsa. Hal ini demikian kerana remaja-remaja dapat mewarisi sistem pertanian yang berkualiti untuk masa akan datang. Tamsilnya, Institut Pertanian Sabah. Matlamat institusi ini ialah untuk memberi latihan pertanian bagi melahirkan Juruteknik Pertanian supaya dapat memenuhi keperluan tenaga pekerja mahir di sektor awam dan swasta. Seterusnya, mereka juga akan memberi latihan kemahiran dan pengkhususan kepada pelajar untuk mewujudkan bakal usahawan pertanian. Institusi pertanian seperti ini bukan sahaja di Sabah dan Sarawak tetapi terdapat Institut Pertanian Tropika iaitu di Universiti Putra Malaysia. Latihan pertanian juga diberi kepada masyarakat melalui kursus-kursus yang terbuka. Jelaslah bahawa industri pertanian ini dapat ditingkatkan mutunya dan menjadi maju dengan usaha semua pihak. Tidak dapat dinafikan bahawa Kementerian Pertanian dan sektor swasta perlu menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) terhadap sektor pertanian kita. Jurusan Pertanian di Pusat Pengajian Tinggi (IPT) dan pakar pertanian perlu berkomitmen untuk mengkaji penggunaan ilmu sains dan teknologi dalam sektor pertanian dan penternakan. Mereka hendak memastikan bahawa industri hilir dalam pertanian dapat dimajukan untuk meningkatkan pendapatan kaum petani seperti lada dapat dijadikan sos cili, ubat pelangsing dan ubat kesakitan sendi. Sengkuang telah diproses sebagai bahan kosmetik dan sebagainya. Hal ini selaras dengan peribahasa Melayu, “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.” Pegawai Kementerian Pertanian terutamanya MARDI (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia) sewajarnya menawarkan bengkel atau kursus untuk memberikan khidmat nasihat serta membekalkan baka benih yang bermutu kepada petani kita untuk menggunakan bioteknologi yang canggih. Apa pun sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas, sektor pertanian mempunyai asas yang kukuh dan potensi yang baik serta prospek yang cerah untuk dimajukan. Kita harus menggunakan segala kepakaran yang ada untuk memajukan bidang ini demi kestabilan ekonomi negara. Rakyat Malaysia pertu berfikiran terbuka dan positif terhadap potensi sektor ini. Kita juga wajar menjadikan kejayaan negara-negara maju khususnya Jepun yang telah berjaya menguasai sektor perindustrian tetapi dalam masa yang sama terus membangunkan bidang pertanian untuk kesejahteraan hidup rakyatnya bak kata peribahasa Melayu, “yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan”. Semug atulisan ini memberi satu karangan terbaik kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
KARANGAN DITULIS... SEKTOR PERTANIAN....
BANYAK FAKTA... SEMUA ADA DI JELASKAN...
KEPADA PELAJAR... HADAPI PEPERIKSAAN...
SILA DIBACA... DAN KEMUDIAN DI FAHAMKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(3 RabiulAkhir 1445H).

Friday, October 20, 2023

TERNAKAN AYAM KAMPONG - FAKTA DI MEDIA (PT 2)

PENTERNAKAN AYAM KAMPONG
merupakan salah satu bidang usaha yang berpotensi untuk diusahakan dan ia boleh mendatangkan hasil pendapatan yang lumayan. Walau begitu apa yang penulis blog tahu dimana usaha untuk usahawan meningkatkan penternakan ayam kampung ke taraf komersial sukar dilaksanakan kerana tahap pengeluaran dan prestasi ayam kampung yang rendah. Ini adalah sebenarnya kerana ayam kampung lambat membesar dan mempunyai saiz badan yang kecil jika dibandingkan dengan jenis ayam komersial pedaging. Ayam kampung juga mampu menghasilkan jumlah pengeluaran telur yang sedikit dan tempoh pemeliharaan yang lama untuk dipasarkan. Ini menyebabkan kos untuk dapat mengeluarkan anak ayam kampung adalah tinggi. Ayam kampung berpotensi untuk diusahakan dan selalunya ia boleh mendatangkan hasil pendapatan yang lumayan. Walau apa pun usaha untuk meningkatkan penternakan ayam kampung ke taraf komersial sukar dilaksanakan disebebkan iaitu tahap pengeluaran dan prestasi ayam kampung yang rendah. Ini adalah kerana ayam kampung lambat membesar dan selalu ia mempunyai saiz badan yang kecil jika dibandingkan dengan ayam komersial pedaging. Ayam kampung juga menghasilkan jumlah pengeluaran telur yang sedikit jumlahnya dan tempoh pemeliharaan yang lama untuk dipasarkan. Ini menyebabkan kos untuk mengeluarkan anak ayam kampung adalah tinggi. Pada penulis blog dimana ayam Kampung Kacukan (Ayam Kampung BaikBaka) telah diperkenalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia melalui kaedah pengacukan antara ayam kampung jantan dengan ayam penelur komersial betina. Hasil kacukan ini dapat menghasilkan anak ayam kampung yang boleh mengeluarkan jumlah telur yang lebih banyak dan saiz telur yang lebih besar. Di samping itu dilaporkan dimana ia juga menghasilkan anak ayam yang mempunyai saiz badan yang lebih besar, berat badan yang tinggi serta dapat dipasarkan dalam tempoh yang lebih singkat dengan pemberian makanan komersial. Penulis blog ada membuat beberapa tinjauan teknologi kebeberapa projek ternakan ayam kampong di Johor, Pahang, Pulau Pinang, Melaka dan Perak untuk melihat amalan teknologi dan cara pengurusan ternakan ayam kampong. Penting penulis blog jelaskan akan perbezaan diantara Jenis Ayam Kampong Biasa dengan Jenis Ayam Kampong Kacukan (Baka Hibrid). Jenis ayam kampong biasa selalu mempunyai purat aberat badan jantan 1.2 kg seekor semantara bagi betina adalah 1.0 kg seekor. Kapasiti bertelur ayam kampong biasa sekitar 50 - 80 biji seekor setahun dimana ia akan sesuai dijual atau ia boleh dipasarkan dalam tempoh 6 bulan jangkamasa menternak. Bagaimana pun bagi Jenis Ayam Kampong Kacukan ia mempunyai berat badan 1.7 - 2.0 kg seekor bagi ayam jantan dan seberat 1.3 - 1.5 kg seekor nagi ayam betina. Kapasiti berterlu ayam ini sebanyak 120 -150 biji seekor setahun dan mengambil masa selama 3 -3.5 bulan jangkamasa ternakan sebelum dijual. Artikel pada subuh Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya gembira kongsikan beberapa fakta di media mengenai ternakan ayam kampong untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Menarik fakta di media yang laporkan '
Jual ayam kampung RM16 seekor' yang menarik dikongsikan. Dipaparkan dimana ada longgokkan ayam kampung segar yang siap dibungkus yang dijual dengan harga RM16 seekor mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai di Muar, Johor. Kalau kini harga ayam segar naik mendadak di banyak tempat sejak beberapa minggu lalu tidak menghalang seorang peniaga ayam di kampung segar di Kampung Sungai Belukang, Jalan Batu Pahat-Muar di sini, untuk menjual bahan mentah itu dengan harga murah. Bagi peniaga Baharuddin Mohamed (45) yang membuka gerai di hadapan rumahnya itu dimana dia menjual ayam kampung segar itu pada harga RM16 seekor dan menawarkan promosi untuk tiga ekor pada harga RM50 sahaja (Sila lihat foto disebelah). Jika dibandingkan harga di pasaran, seekor ayam kampung segar boleh mencapai harga sehingga RM25 seekor, tapi di gerai saya menjual dengan harga yang begitu berpatutan. Langkah jualan murah ayam kampung segar berkenaan adalah untuk meringankan beban pengguna dan penduduk setempat yang memerlukan bahan mentah berkenaan. Ketika ini harga barang mentah dan keperluan lain agak tinggi, ditambah pula ramai pengguna yang terjejas pendapatannya kesan daripada situasi pendemik yang berlaku ketika ini. Bekalan ayam berkenaan adalah daripada ladang ayam yang dia sendiri usahakan menjadikan dia mengambil inisiatif untuk menjual ayam segar berkenaan secara terus dengan kadar harga yang lebih murah. Kini ada sebanyak 3,000 ekor ayam kampung segar habis terjual pada hari semalam dalam tempoh lebih kurang empat hingga lima jam beroperasi. Dia yang hanya berniaga di kawasan kampung dan pasaran untuk penduduk kampung yang berdekatan serta mempromosikan di laman media sosial. Memang dia tidak sangka pula perniagaan ayam kampung segar yang saya jual dengan harga murah menjadi tular di laman media sosial  dimana sejak tular, ada pelanggan yang awal pagi sudah datang ke gerai untuk mendapatkan ayam kampung segar berkenaan dan ada juga orang ramai daripada jauh yang menghubunginya daripada kawasan Johor Bahru dan Melaka. Jualan ayam kampung segar berkenaan sudah lama saya lakukan serta beberapa lagi jualan sayur seperti cili, terung dan buah tembikai dan tidak tertumpu pada satu-satu masa sahaja. Jualan ayam kampung segar ini saya akan teruskan pada masa akan datang di setiap hujung minggu serta bergantung pada bekalan ayam yang saya usahakan sendiri. 


Dalam media lain dilaporkan '
Asma tak menang tangan jual ayam kampung' dimana kisah dari Jerantut ini dakwa ketika peniaga ayam lain bergelut dengan krisis bekalan ayam, lain pula ceritanya buat Asma Moin dari Felda Jengka 8 apabila permintaan ayam kampung ternakannya meningkat sekali ganda. Dia yang dakwa berikutan masalah bekalan ayam di pasar sekitar daerah ini sejak kelmarin sudah tidak menang tangan mengendalikan permintaan tinggi ayam kampung ternakannya itu. Kalau biasanya cuma menjual sekitar 100 ayam kampung sehari tetapi kini meningkat sehingga 200 ekor sehari berikutan ketiadaan ayam di Pasar Besar Jerantut. Suaminya terpaksa membantunya untuk memproses ayam sebelum menghantarnya kepada pelanggan. Kini meskipun harga ayam kampung mahal berbanding ayam segar, ia mendapat permintaan tinggi terutama membabitkan peniaga kedai makan dan mereka terdesak mahu mengadakan kenduri. Permintaan yang tinggi ini tidak menimbulkan masalah bagi saya kerana mempunyai kira-kira lima reban ayam dengan stok sebanyak 5000 ayam kampung. Asma menceburi bidang ternakan ayam kampung ini sejak dua tahun lalu dan mengendalikan ternakan dengan bantuan suami.


Menarik laporan dalam portal berita  hmetro.com yang bertajuk '
Bekal ayam kampung organik' yang sesuai dijadikan contik dan fakta berkaitan. Kini ayam kampung organik sudah terbukti mempunyai isi yang lebih padat, sihat dan 30% rendah lemak jika berbanding ayam konvensional. Apa pun permintaan terhadap ayam kampung organik adalah tinggi dan sering menjadi pilihan bagi yang mempunyai bilangan ahli keluarga ramai kerana bebas ancaman toksin hormon dan lebih enak. Potongan daging yang lebih padat, berprotein dan tempoh memasak menjimatkan menjadikannya pilihan praktikal bagi rutin masakan harian. Bezanya, ayam diternak secara komersial dipercayai mengandungi hormon, antibiotik dan sisa racun perosak yang boleh menjadi ancaman kepada kesihatan. Oleh itu, peneraju pasaran pengeluaran ayam kampung organik Aqina berusaha mencapai dan mengekalkan mutu piawaian yang tinggi bagi pengeluaran ayam kampung organik. Bagi Pengarah Eksekutif Kumpulan Aqina Wesley Tan berkata, Aqina Farm berjaya menempa sejarah apabila diiktiraf sebagai syarikat pertama dan satu-satunya di Malaysia yang menerima dua skim pensijilan iaitu Skim Pensijilan Organik Malaysia (MyOrganic) dan Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP) Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV). Syarikatnya adalah pembekal pilihan daging sihat yang dikenali sebagai peneraju ladang ayam kampung sejak 20 tahun lalu. Ini juga dikenali sebagai salah satu syarikat pengeluar ayam kampung terbesar di negara ini. Beroperasi sebagai pusat sembelihan halal yang disahkan merangkap pusat pemprosesan di Taman Perindustrian Ulu Choh, Pekan Nanas, Johor. Mereka kini mempunyai kapasiti pengeluaran 6,000 ekor ayam setiap jam. Kami mempunyai kepakaran menternak ayam kampung secara tradisional dan organik yang mengambil masa lebih lama iaitu lebih dari 70 hari bagi ayam mencapai ukuran optimumnya iaitu tanpa pemberian antibiotik dan hormon pertumbuhan. Mereka juga percaya proses tumbesaran dan pemakanan lebih baik serta pergerakan yang aktif akan membuatkan ayam kampung lebih berkualiti dan enak. Ayam kampung organik mengambil dua kali ganda masa untuk mencapai berat pasaran iaitu kira-kira 81 hari kerana mereka tidak menukar makanan menjadi otot dengan begitu cepat jika dibandingkan dengan ayam komersial biasa. Ayam kampung organik ini adalah unik dan mewakili kualiti yang paling tinggi bagi ternakan di dalam pasaran organik apabila makanan bagi ayam diformulasi khas menggunakan formula kami sendiri. Ia mengandungi enzim bromelain semula jadi hanya boleh didapati daripada nanas MD2 yang turut mengandungi vitamin C dan B1, kalium, mangan dan fitonutrien. Syarikat yakin ayam kami bukan saja pilihan yang lebih sihat, tapi dagingnya juga lebih lembut untuk hidangan harian. Syarikat berharap untuk terus berkembang dan melabur dalam pemprosesan ternakan dan penghasilan termasuk penternakan ayam kampung. Selain itu, menjadi pembekal inovatif untuk menjadi pilihan daging yang lebih sihat kepada pengguna di seluruh negara. Ini  termasuk eksport ke luar negara termasuk Singapura dan negara ASEAN lain melalui pemborong, peruncit serta juga rantaian makanan atau minuman. Seorang pakar runding veterinar Aqina, Dr Gulam Shah Faizal Din dakwa kepentingan enzim bromelain sebagai probiotik dalam diet ayam. Enzim ini membantu meningkatkan imuniti dan memudahkan pencernaan. Syarikat ada membekalkan ayam kampung organik yang bebas daripada sisa antibiotik, hormon pertumbuhan dan mampu berdaya saing dengan ayam yang dipelihara secara konvensional.


Menarik fakta dan petua bagaimana melembutkan daging ayam kampong yang selalunya dilaporkan agak keras atau liat. Selalunya i
si ayam kampung (ini ayam kampong di sembelih jika duduk kampong yang agak tua) memang lebih pejal daripada ayam biasa atau ayam ternakan biasa. Ia tak mudah hancur dan sesuai dibuat rendang dan gulai. Masaknya memang agak lama sikit berbanding ayam biasa dan boleh gunakan alat periuk tekanan (pressure cooker) untuk melembutkannya. Apa pun penulis blog dapati dimana selain daging kambing dimana buah nenas juga boleh digunakan untuk mengempukkan isi atau daging ayam kampung. Cara penggunaannya adalah dengan menghancurkan nenas dan lumurkan rata-rata atas daging ayam kampong yang sudah dibersihkan dan ia kemudian lalukan di bawah air mengalir. Buah nanas yang mengandungi bromelin dan juga asid citrik dilaporkan mampu untuk melembutkan daging ayam kampong dan seterusnya menambahkan keenakan ayam tersebut. Cara lain adalah rendamkan ayam kampung ke dalam jus nenas untuk beberapa minit. Jangan rendam terlalu lama sebab nanti daging ayam kampung akan mudah berkecai dan mudah hancur bila masak. Kemudian ayam tersebut perlu cuci bawah air yang mengalir sampai bersih. Petua lain yang penulis blog pernah amalkan adalah dengan mengempukkan daging ayam kampung adalah dengan menggunakan daun betik. Kalau anda menggunakan cara ini, rasa daun betik tidak meresap ke dalam ayam. Cara penggunaannya sama dengan nenas. Baik nenas atau daun betik keduanya boleh membantu proses mengempukkan daging ayam kampung.Cara penggunaannya sama dengan nenas iaitu dengan cara menghancurkan daun betik dan lumur rata-rata atas ayam dan kemudian mesti ia dibilas bersih sebelum dimasak. Kaedah ke 3 adalah dengan mengambil sedikit halia dan tumbuk. Kemudian campurkan dengan sedikit garam. Perapkan ayam kampung yang ingin dimasak dengan campuran halia dan garam tersebut. Tak perlu perap lama sangat, setengah jam pun dah cukup. Selepas itu bilas dengan air dan masak seperti biasa. Ada juga orang tua-tua berpesan untuk mendapatkan ayam kampung yang rasanya manis dan daging cepat empuk, anda perlu masak dulu ayam kampung dengan gunakan air kelapa. Rebuskan sehingga ayam lembut selepas itu toskan airnya. Setelah itu bolehlah dimasak gulai ayam kampung kegemaran pembaca blog semua. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
AYAM KAMPONG... IA MAHAL HARGANYA...
BOLEH DITERNAK... RAMAI YANG BERJAYA...
PASTIKAN BELAJAR...ILMU BAGAIMANA...
SUDAH ADA BUKTI... LAPORAN DI MEDIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(29 Rabiulawal 1445H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...