Support My Blog

Sunday, November 12, 2023

VARIETI KELAPA SAMPOORNA (CN19) - APA DIA?

KELAPA VARIETI SAMPOORNA
merupakan sejenis varieti kelapa yang baru diluluskan pendaftarannya didalam senarai varieti tanaman di Jabatan Pertanian Malaysia dimana mungkin masih ramai petani yang belum mengetahuinya. Penulis blog ada menerima banyak pertanyaan mengenai varieti ini dan udah berhubung dengan Jabatan Pertanian Malaysia untuk mendapatkan maklumat kelapa ini yang didaftarkan pada Oktober 2022 lalu (sudah setahun lebih ia didaftarkan). Dalam membuat rujukkan kepada suyarikat pendaftar kepada kelapa ini iaitu di lamanweb iaitu pada  https://deejayfarm.com/ dimana mereka dilihat ada mendakwa 
Deejay Sampoorna® Hybrid Coconut merupakan hasil biakbaka mereka selama 25 tahun. Tujuan utama syarikat adalah untuk menghasilkan anakbenih kelapa hibrid yang berkualiti. Pokok ini (F1) telah didakwa ia akan berbunga selepas 3 tahun ditanam dengan potensi purata buah sebanyak 250 biji sepokok setahun (didakwa ada sesetengah petani yang mendapat lebih dari jumlah tersebut) dengan umur pokok mencecah 6 tahun. Penanam dilaporkan mengamalkan amalan agronomi baik mengikuti pakej teknologi DCG (Deejay Cultivation guidance). Pengambilan buah kelapa muda yang berumur 6.5 - 7 bulan dimana dilaporkan hasil pokok kelapa ini akan meningkat sebanyak 30% melebihi 400 biji sepokok setahun. Perkara ini berlaku kerana apabila kelapa dipetik muda maka ia akan mengurangkan bebanan kepada tandan dan pokok kelapa sedia ada dan membantu proses untuk jadikan tempurung kelapa dan minyak kelapa didakwa ia membolehkan lebih banyak buah dihasilkan setiap  setandan. Bagaimana pun penulis blog kurang dapat maklumat mengenai proses mendapatkan anak benih hibrid kelapa ini (kalau benar hibrid sebaiknya akan dinyatakan lebih jelad apakah dia varieti pokok induknya dan kaedah prosedur membuatnya). Pada penulis blog walau pun varieti ini sudah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian akan tetapi masih belum ramai tahu akan sumber bekalan benih dan harganya serta ramai kalangan penanam kelapa yang masih belum lagi percaya dengan varieti baru ini. Kehadiran varieti kelapa baru seperti ini amat baik untuk industri kelapa negara yang masih mengimport antara 100 - 150 juta biji kelapa setahun dari Indoensia dan jika ada varieti kelapa baru yang sesuai untuk dikomersilkan maka ia seharusnya disokong. Semasa artikel ini ditulis dimana Presiden Jokowi dari Indonesia keluarkan kenyataan larangan eksport kelapa termasuk ke Malaysia Tahun 2024. Sehingga artikel ini ditulis pada Oktober 2023 penulis blog belum dapat peluang membuat tinjauan peribadi keatas pokok varieti kelapa baru ini tetapi kepakaran dalam bidang tanaman kelapa banyak membantu saya menulis artikel ini. Mungkin ramai dari pembaca yang keliru dengan nama kelapa ini iaitu 'Sampoorna' dan ia bukannya bandar 'Semporna' di Sabah yang seakan-akan sama sahaja bunyinya. Nama Sampoorna adalah sebenarnya didalam bahasa India. Artikel khas pada pagi Rabu ini dalam blog "Anim Agro Technology" apa salahnya saya kutip maklumat mengenai kelapa varieti Sampoorna untuk dijadikan bahan rujukan bagi pembaca blog semua.


Penulis blog menerima banyak pertanyaan rakan dan petani setelah viral dalam tiktok mengenai tanaman 'Kelapa Sampoorna' yang agak panjang tulisannya. Dalam tiktokpula ada tersebut Dan dijelaskan bagaimana pokok kelapa jenis ini sudah berbuah dengan baik dan dibuat diujirasa air kelapa muda serta ketebalan isinya yang tebal. Memang menarik tiktok mengenai kelapa ini yang mungkin di buat di Perak atau di Sabah kerana kurang jelas cara penerangan yang diberikan. Beberapa petani juga ada upload menanam kelapa ini yang mendapatkan bekalan benihnya daripada pendaftar disenaraikan diatas. Kemudian merujuk kepda lamaneb Jabatan Pertanian Malaysia iaitu pautan kegemaran pvpbkkt.doa.gov mendapati sudah ada dua (2) varieti kelapa ini yang didaftarkan iaitu pada 6 Oktober 2022 lalu dengan nombor pendaftarannya CN19 dan CN20. Varieti pertama didaftarkan dengan nama diluluskan Varieti 
DEEJAY SAMPOORNA GREEN (CN19) oleh Syarikat Maleya Trading (M) Sdn. Bhd. yang beralamat di Lot 1465, Simpang 3 Rungkup, Batu 24 1/2 Rungkup, 36100 Rungkup Perak. Kemudian varieti kedua yang diluluskan pendaftarannya adalah Varieti DEEJAY SAMPOORNA GOLDEN (CN20) juga oleh Syarikat Maleya Trading (M) Sdn. Bhd. juga dengan amalat yag sama. Nombor fail pendaftaran kelapa ini ada PVK003/21 sebagai tanaman kelapa (Cocos nucifera) dengan nama varieti adalah Deejay Sampoorna Green.


Bagaimana pun didalam senarai tersebut tidak ada penjelasan lain mengenai pencirian varieti kelapa ini yang dapat saya rujuk untuk dikongsikan bersama pembaca semua. 
 
Penulis blog telah merujuk kepada beberapa sumber lain termasuk beberapa pegawai di Jabatan Pertanian sehingga mendapat maklumat pencirian pendaftaran kelapa varirti Sampoorna ini untuk dikongsikan bersama pebaca semua. Menyentuh mengenai maklumat umum sumber benih adalah asal benih dari kacukan induk dari Deejay Farm Private Limited, Madurai, India. Cara pembiakan dinyatakan sebagai hibrid (tidak diketahui jumlah benih yang ada di Malaysia bagaimana mendapatkannya). Bilangan tanaman atau pokok sebanyak 10,000 pokok dengan umur pokok diperiksa sudah 5 tahun. Ciri pokok dimana ada di lihat bentuk batang 'tapak gajah' dengan purata ukurlilit batang tapak gajah adalah169 cm dan purata tinggi batang 86.6 cm serta purata ukuran lilitan batang adalah 141.2 cm.  Pemeriksaan mendapati ciri daun pelapah adalah dimana tiada kehadiran sayap, panjang pelepah (161.8cm), purata ketebalan keratan rentas (3.48cm), purata lebar pelepah (7.76 cm), mempunyai sifat daun baway yang 'kebawah', purata panjang daun rakis (403.2cm), purata bilangan lai daun (210 unit), purata panjang lai daun (210cm), purata panjang ank daun (128.2 cm), purata lebar lai daun (6.22 cm) dan akhirnya intensiti warna daun adalah Hijau Gelap.


Seterusnya pemulis blog jelaskan hasil pemeriksaan oleh Jabatan Pertanian mengenai Jambak Bunga dan Buah Kelapa Varieti Sampoorna. Bagi ciri Jambak Bunga dimana ciri purata lebar pedunkel adalah 4.2cm, purta panjang paksi tengah (47.6 cm), purata bilangan spikelet (44 unit), purata bilangan spikelet yang mempunyai bunga betina (40 unit) dan purata panjang spikelet yang mempunyai bunga betina pertama (53.4 cm). Seterusnya hasil pemeriksaan mencirikan Buah Kelapa Muda dimana jumlah bilangan buah setandan sebanyak 18 biji, warna buah muda adalah hijau muda (no rujukkanRHS143B atau Dark Green), Bentuk buah adalah Epiliptik dan ciri kehadiran puting pada hujung buah adalah 'tiada'. Mengenai ciri buah kelapa matang dimana  bentuk buahnya adalah 'Obovat' dengan purata ketebalan tempurung adalah 4.2 cm dan purata ketebalan isinya adlah setabal 13.934 mm (1.39 cm) yang memang memuaskan. Apa pun ciri ini sudah cukup untuk kelapa varieti sampoorna ini diluluskan pendaftarannya pada 6 Oktober 2022. 


Paling menarik merujuk portal dari  sabahgazette.com dengan berita bertajuk '
Penanaman Kelapa Hibrid Seluas 500 Ekar Di Kudat' berkait dengan varieti kelapa ini.  Dari Kota Kinabalu, Sabah dilaporkan dimana ada 500 ekar tanah milik Lembaga Kemajuan Perhutanan Sabah (SAFODA) di Kudat akan ditanam dengan kelapa hibrid. Pengurus Besarnya, Bahrul Razha Chuprat berkata, ia adalah projek percubaan Mingxi Plantation Sdn Bhd dan merupakan projek pertama seumpama itu dijalankan di Sabah. Dilaporkan SAFODA akan dapat menjana pendapatan baharu daripada usaha niaga ini.  Apa pun dii bawah usaha sama itu, Mingxi Plantation Sdn Bhd akan menyewa tanah daripada SAFODA untuk tempoh penyewaan selama 30 tahun.  Kelapa hibrid yang akan ditanam berasal daripada genus Sampoorna yang khusus. menurut ketua Pegawai Eksekutif Mingxi Plantation Sdn Bhd (Mingxi) Datuk Wira Richard Lau berkata pihaknya berharap dapat bekerjasama rapat dengan SAFODA dalam usaha itu dan berharap dapat mengembangkan kawasan untuk perladangan pada masa hadapan. 
Mereka yang hadir pada sidang media yang diadakan di hotel Hyatt Kinabalu dekat sini baru-baru ini difahamkan bahawa Mingxi mampu menanam 70 pokok setiap ekar tanah dan setiap pokok mula berbunga dalam tempoh 24 bulan dan mempunyai kapasiti untuk menghasilkan 200 biji. Mingxi juga bercadang untuk menjalankan pemprosesan hiliran kelapa yang dihasilkan sambil turut menjual air kelapa. Pada mulanya pihak Mingxi berharap dapat memenuhi permintaan tempatan dan bergantung kepada keluasan, merancang untuk mengeksport ke Semenanjung Malaysia. Sementara itu, pada majlis sama, Keningau Agro-Venture Sdn Bhd (KAVSB) membayar dividen kepada pemegang sahamnya iaitu Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB), SAFODA dan kerajaan Sabah. Pengarah Urusan KAVSB Syaheddrul Joddari berkata mereka mula beroperasi pada 2010 dengan memfokuskan kepada ladang kelapa sawit di Keningau. Ini adalah dividen pertama yang dibayar kepada pemegang saham mereka. Tambahnya, KAVSB telah menanam 5,000 hektar daripada 8,000 hektar dengan kelapa sawit, dan merancang untuk menceburi kilang komersil bagi kawasan selebihnya kerana ia tidak sesuai untuk kelapa sawit. SAFODA menerima bayaran dividen RM1,050,000 daripada KAVSB, manakala SLDB menerima RM1,800,000 dan kerajaan Sabah menerima RM150,000. Semuga artikel ini dapat menjawab beberapa soalan dari ramai orang dan petani yang pernah bertanya kepada penulis blog sebelum ini. Diharap pembaca blog anim agro technology mendapat info berguna kali ini. Wasallam!!!...
KELAPA VARIETI BARU...IA SAMPOORNA...
DIKATAKAN HIBRID... ASALNYA DARI INDIA...
SUDAH DIDAFTARKAN... CN19 DAN CN20 DIA...
SESIAPA BERMINAT... CARI BENIH ASLINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(10 Rabiulakhir 1445H).

Saturday, November 11, 2023

UMPAN MEMANCING - APA KEHEBATANNYA (Part 3)

MEMANCING IKAN
merupakan suatu kegiatan atau kaedah menangkap ikan yang menggunakan alatan pancing dan umpan dimana ia dijadikan pekerjaan, hobi, olahraga atau kegiatan pertandingan sama ada di tasek, laut, sungai dan perairan lainnya dengan sasaran mendapatkan seekor atau beberapa ekor ikan yang berjaya dinaikkan. Nelayan adalah golongan yang kerjanya menangkap ikan sebagai sumber rezeki dengan mana mereka menggunakan pelbagai jenis alatan menangkap ikan seperti jala, jaring, pukat, lukah, bagan termasuk cara memancing. Penulis blog memang mempunyai hobi memancing di laut dan memancing udang di sungai dahulu dimana mempunyai jadual memancing yang jitu. Paling tidak pun memancing udang di Sungai Endau merupakan satu kegemaran selama beberapa tahun sebelum berpindah kerja kelokasi lain yang jauh. Memancing ikan memerlukan serba kelengkapan daripada kelengkapan asas sehingga kepada kelengkapan canggih yang menelan ribuan ringgit. Alatan memancing ada pelbagai jenis dan juga alatan kelengkapan lain bergantung kepada bajet, kegunaan, buatan, kecanggihan serta kedai yang menjualnya. Salah satu asek penting dalam memancing ikan adalah keperluan UMPAN (Bait) yang digunakan. Umpan ialah sesuatu yang dilekatkan pada mata kail (ada juga jenis umpan yang di bubuh pada perangkap dan lain-lain seperti bubu, lukan dan sebagainya) untuk memikat atau menangkap ikan. Kalangan pemancing menetapkan dimana memang tiada masa atau faktur penentu bilakah masanya joran ataupun perangkap yang digunakan oleh pemancing akan mengena ikan yang di umpan kerana ada banyak perkara menyebabkan ikan memakan pancing atau memasukki perangkap yang dipasang. Bagaimana pun dikalangan yang minat memancing atau digelar sebagai 'Kaki pancing' dimana golongan ini semestinya sudah tahu umpan apa yang istimewa untuk menjadi santapan 'mangsa' dan masa sesuai untuk menggunakannya. Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti memancing ini maka mereka perlu banyak membaca atau bertanya kepada kaki pancing yntuk mendapatkan umpan terbaik dan teknik memancing yang paling menggembirakan terutama mendapat ikan. Memang ada banyak jenis umpan boleh di cari atau dibeli sebelum pergi memancing dilokasi pilihan dan mendapatkan hasil yang terbaik. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai beberapa jenis umpan serta umpan tiruan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Jenis umpan memancing yang agak unik adalah TELUR KERENGGA (Weaver Ants) dimana ia mudah dicari dan ramai yang menggunakan sebagai umpan memancing. Pengalaman penulis blog semasa bekerja di Melakan mendapati jenis u
mpan ini adalah terbaik untuk menjerat puyu dimana memang telur kerengga adalah umpan paling legend untuk menjinakkan ikan yang memiliki sirip atau ridip tajam dan bewarna kuning kehijauan. Telur Kerengga merupakan umpan terbaik bagi tujuan memancing IKAN PUYU. Ini kerana umpan telur kerengga ini adalah dilaporkan memang terbaik untuk memancing ikan puyu sepertimana apa yang telah dilakukan oleh orang tua di ceruk mana sekalipun. Sila baca tulisan saya sebelum ini dengan pautan (Sila Klik Disini)KERENGGA (Oceophylla smaradgina) adalah seranggga dengan membina sarang yang berstruktur yang dibina oleh koloni kerengga untuk tempat tinggal. Kerengga adalah sejenis serangga yang mempunyai 6 kaki (3 pasang) dari Keluarga Formacidae yang mudah kita jumpa di Malaysia. Ramai orang Malaysia kenal akan serangga ini yang mana sering mengigit mangsa yang cuba mengganggu koloni tersebut dekat pokok dimana kerengga tinggal atau ia bersarang. Memang mereka yang berpengalaman untuk memancing ikan puyu menyatakan dimana memang telur kerengga adalah umpan legend untuk menjinakkan ikan yang memiliki ridip tajam dan bewarna kuning kehijauan. Selain ikan puyu lazimnya juga umpan telur kerenggan ini boleh menjadikan sasaran kepada ikan spesis lain sperti ikan sepat dan haruan selain seluang, ikan putih dan sebagainya. Cara digunakan umpan telur kerengga yang berwarna putih ada yang di bakar sehingga keluar bau harum terbakar dimana penulis blog dapati kalangan ahli pemancing ada juga yang merebusnya dahulu sebelum menggunakannya. Biasanya cara untuk dijadikan umpan memancing dengan cangkukkan sahaja mata kail bersaiz kecil kepada telur kerangga dan boleh terus memancing. Pastinya kalangan pemancing tidak akan menunggu lama untuk menaikkan puyu pertama selepas itu dari lubuk puyu. Kalau ada kalangan pemancing yang mahu lebih feeling, maka boleh gunakan pelampung kecil (hirisan selipar) dan joran buluh. Pengalaman penulis blog di Melaka mendapati dimana sebaik sahaja pelampung tersebut tenggelam maka apa lagi boleh disentap dengan perlahan dan pastinya ikan puyu telah berjaya ditewaskan atau boleh dinaikan. Keseronokan memancing ikan puyu memang tidak boleh di nyatakan semasa menaikan ikan puyu kedaratan dari beberapa lokasi seperti dari parit yang ada kiambang, kangkung air, tali air sawah padi serta lubuk ikan yang lain. Ikan lain ada kalanya yang mengena seperti ikan haruan yang tahap rentapnya lebih kuat dan akan ada perlawanan yang lebih menyeronokan lagi. Ikan darat memang enak dimakan kalau tahu cara menyediakannya dengan betul dan masih segar selepas dipancing.


Mencari telur kerengga perlukan kemahiran dan keberanian kerana kerengga akan cuba menyerang sesiapa juga yang akan menganggu sarangnya. Pertama perlu keliling kampung untuk mencari dimana ada kerengga membuat sarangnya. Pada pengalaman penulis blog mendapati dimana ti
dak semua sarang kerengga ada telurnya dan pengalaman akan membantu mana satu sarang yang ada telur. Pertama dilihat dulu sarang berkenaan dimana jika ada sedikit (tiga atau lima helai) daun kering ia amat sesuai diambil. Jika terdapat daun kering melebihi daun hijau ia juga menandakan telur kerangga sudah menetas. Cara kenalpasti kedua adalah dimana jika ingin mengambil telur kerengga maka perlu dilihat bulan Islam iaitu dengan kiraan harus genap di bulan berkenaan. Jika hari berkenaan hari bulan ganjil maka sebaikan atau elok lupakan. Sebaiknya dapatkan sarang dengan memperoleh anak-anak kerengga yang kecil keputihan atau ia diiIstilahkan sebagai 'telur sudah melepas (menetas)'.  Selepas telur diambil perlu ada proses mengasingkan telur kerengga dari daun dan ranting (Sila lihat foto disebelah). Bagi mendapatkan jenis telur kerengga mesti dijolok buluh yang dipasang kerondong seperti tangguk yang diperbuat daripada upeh pinang. Selepas memperoleh telur berkenaan sebaiknya dilakukan dengan cara berhati-hati supaya tidak pecah kerana ia amat sensitif pada tekanan. Bagi mengasingkan telur dengan kerengga yang jatuh bersama di dalam kerondong paling biasa adlaah dengan menggunakan daun kelapa kering yang dibakar sarang kerengga. Telur Kerengga yang diambil itu kemudian direbus bersama daun kunyit dan sedikit garam. Daun kunyit digunakan untuk menimbulkan aroma dan sebagai pemikat ikan. Kebiasaan sebiji telur kerengga untuk umpan seekor ikan puyu dan mata kail yang digunakan harus bersaiz kecil nombor lapan atau sembilan. Umpan ini sesuai untuk memancing jenis ikan Puyu, Ikan Sepat atau Ikan Haruan. Cara menggunakan umpan ini dimana telur kerengga yang berwarna putih ada yang di bakar sehingga keluar bau harum terbakar dimana ada juga pemancing yang merebusnya. Untuk memancing boleh dicangkukkan sahaja mata kail dan boleh terus memancing dimana pastinya pemancing tidak akan menunggu lama untuk menaikkan puyu pertama. Apa pun cara memancing umpan ini sebaiknya dipasang tali pancing dengan sebiji pelampung kecil (hirisan selipar) dan joran buluh. Ini kerana sebaik sahaja pelampung tenggelam, sentap dengan perlahan dan pastinya ikan puyu telah berjaya ditewaskan. Umpan ini sesuai digunakan dilkasi seperti di kawasan parit yang ada kiambang, kangkung air dan juga dalam tali air sawah padi.


Seterusnya adalah jenis umpan SOTONG dan UDANG yang memang menjadi bahan umpan utama memancing di banyak lokasi sama ada di dalam air tawar, air payau atau air masin. Kedua-dua jenis umpan ini memang paling di sukai ramai pemancing terutama jika memancing di laut untuk banyak jenis ikan yang ingin didapatkan. Penulis blog yang dulu selalu memancing di laut di Mersing, Johor memang selalu menggunakan umpan sotong dan udang. Jenis umpan ini adalah u
mpan paling famous selain anak ikan belanak jika memancing di kolam air masin. Ia juga dianggap umpan favourite bagi semua jenis ikan yang ada dimana sahaja. Spesies demersal di laut juga tidak sesekali akan menolak jika terjumpa umpan ini. Udang sungai gantung pula sesuai umpan untuk menaikkan apa sahaja ikan yang yang mendiami lokasi berkenaan khususnya memancing di sungai pergunungan dan juga tasik. Antara jenis sotong yang selalu penulis blog gunakan adalah seperti Sotong Kurita dimana di sesetengah tempat atau perairan mungkin sotong kurita tidak selaris sotong cumit jika dijadikan umpan jenahak. Namun di sesetengah tempat terutamanya di perairan Mersing dan Endau serta dikepulauan dimana sotong kurita merupakan umpan paling hebat dan boleh dibawa sekiranya ingin memancing jenahak. Kini harga sotong kurita sudah pun melambung sehingga RM20 seekor. Sotong kurita sangat berkesan digunakan ketika hidup sama ada dengan menggunakan tentakel (tangan) sahaja atau seekor. Jika menggunakan seekor, mata kail perlu disangkut tidak terlalu dalam pada bahagian kepalanya. Umpan Udang Lipan atau pun Udang Mentadak merupakan umpan alternatif sekiranya tidak berjaya mendapatkan sotong cumit atau sotong kurita. Udang lipan sebenarnya merupakan umpan yang hebat jika digunakan ketika ia masih hidup. Namun jika sudah mati dia dimana selalunya ia sudah hilang keberkesanannya untuk menggoda jenahak atau spesies lain. Justeru ia haruslah disimpan di dalam bekas yang terdapat air masin (laut) dan udara mengalir masuk ke dalamnya. Manakala bekas simpanan udang lipan pula sebaiknya tertutup atau tidak terdedah secara langsung kepada cahaya matahari. Penulis blog juga pernah menggunakan Udang Putih (hidup) dulu. Memang jenis umpan udang putih juga sangat berkesan untuk memikat jenahak ketika ia masih hidup. Apabila sudah mati ia lebih merangsang selera ikan-ikan lain yang merupakan bukan ikan sasaran seperti duri dan seangkatan dengannya. Pada kebiasaannya juga udang hidup lebih sesuai untuk memburu jenahak diperairan cetek sekitar 30 kaki dan ke bawah. Ia mungkin sesuai dengan habitat udang yang tidak berada di perairan dalam. Namun jika ingin mencari jenahak di muka kuala atau muara sungai, udang hidup sememangnya umpan terbaik. Umpan ini boleh mencari jenis ikan Siakap, jenahak, merah, kerapu (laut) tengas, baung, sebarau, kalui atau ketutu (air tawar). Cara digunakan dengan mencangkuk pada bahagian ekor atau cara lain. Bergantung kepada si pemancing. Pastikan mata kail yang digunakan sesuai dengan saiz mata kail dan tali perambut yang digunakan. Umpan ini sesuai digunakan dalam kolam air masin, muara, laut atau dalam sungai. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!
BANYAK JENIS UMPAN... BOLEH DI GUNA...
UMPAN HIDUP... DIGUNAKAN SEJAK LAMA...
CACING DAN KATAK...BELALANG PUN ADA...
UMPAN TIRUAN... SUDAH RAMAI YANG SUKA..

By,
M Anem,
Seenior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(24 RabiulAkhir 1445H).

Friday, November 10, 2023

UMPAN MEMANCING - APA KEHEBATANNYA (Part 2)

MEMANCING IKAN
merupakan suatu kegiatan atau kaedah menangkap ikan yang menggunakan alatan pancing dan umpan dimana ia dijadikan pekerjaan, hobi, olahraga atau kegiatan pertandingan sama ada di tasek, laut, sungai dan perairan lainnya dengan sasaran mendapatkan seekor atau beberapa ekor ikan yang berjaya dinaikkan. Nelayan adalah golongan yang kerjanya menangkap ikan sebagai sumber rezeki dengan mana mereka menggunakan pelbagai jenis alatan menangkap ikan seperti jala, jaring, pukat, lukah, bagan termasuk cara memancing. Penulis blog memang mempunyai hobi memancing di laut dan memancing udang di sungai dahulu dimana mempunyai jadual memancing yang jitu. Paling tidak pun memancing udang di Sungai Endau merupakan satu kegemaran selama beberapa tahun sebelum berpindah kerja kelokasi lain yang jauh. Memancing ikan memerlukan serba kelengkapan daripada kelengkapan asas sehingga kepada kelengkapan canggih yang menelan ribuan ringgit. Alatan memancing ada pelbagai jenis dan juga alatan kelengkapan lain bergantung kepada bajet, kegunaan, buatan, kecanggihan serta kedai yang menjualnya. Salah satu asek penting dalam memancing ikan adalah keperluan UMPAN (Bait) yang digunakan. Umpan ialah sesuatu yang dilekatkan pada mata kail (ada juga jenis umpan yang di bubuh pada perangkap dan lain-lain seperti bubu, lukan dan sebagainya) untuk memikat atau menangkap ikan. Kalangan pemancing menetapkan dimana memang tiada masa atau faktur penentu bilakah masanya joran ataupun perangkap yang digunakan oleh pemancing akan mengena ikan yang di umpan kerana ada banyak perkara menyebabkan ikan memakan pancing atau memasukki perangkap yang dipasang. Bagaimana pun dikalangan yang minat memancing atau digelar sebagai 'Kaki pancing' dimana golongan ini semestinya sudah tahu umpan apa yang istimewa untuk menjadi santapan 'mangsa' dan masa sesuai untuk menggunakannya. Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti memancing ini maka mereka perlu banyak membaca atau bertanya kepada kaki pancing yntuk mendapatkan umpan terbaik dan teknik memancing yang paling menggembirakan terutama mendapat ikan. Memang ada banyak jenis umpan boleh di cari atau dibeli sebelum pergi memancing dilokasi pilihan dan mendapatkan hasil yang terbaik. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai beberapa jenis umpan serta umpan tiruan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Ramai yang kurang tahu akan UMPAN BIJI KELAPA SAWIT (Elaeis guineensis) untuk dijadikan umpan. Penulis blog dulu tidak percaya yang biji sawit juga disukai oleh ikan tertentu terutama memancing Ikan Kelah yang bersaiz besar. Umpan ini paling murah dan mudah didapatkan dimana-mana ada pokok kelapa sawit di seluruh negara. 
Paling terbaik dimana cari biji sawit yang betul-betul masak dan berminyak atau sawit yang direndam 4-5 hari (Biji sawit peram) sehingga biji sawit ini mampu mengeluarkan aroma bau tengik. Sebenarnya pemancing hebat tahu iaitu bukan mudah senang untuk menewaskan kelah dimana ia perlu dirasuah (dipanggil untuk berkumpul pada satu lokasi) terlebih dahulu di satu lokasi dimana kemudian memancingnya dalam persekitaran yang senyap dan penuh penyamaran. Caranya membuat biji sawit peram ada dua cara dimana teknik mudah yang pertama dengan mendapatkan buah kelapa sawit yang dah masak sebanyak mungkin. Periksa dan pastikan yang buah sawit yang betul-betul sudah masak adalah buah yang gugur di pangkal pokok. Buah sawit yang lerai berdekatan dengan kawasan pokok kemudian perlu dibungkus semua buah sawit dengan kertas surat khabar dan dipastikan kesemua buah dapat dibungkus dengan sempurna. Selepas itulah ikat bungkusan dengan apa-apa tali bagi mengelakkan bungkusan tersebut terburai. Langkah seterusnya memasukkan sawit dibungkus surat khabar itu ke dalam beg atau karung plastik yang besar dan tahan koyak. Jenis pek plastik beras 5kg atau 10kg amat sesuai digunakan atau boleh juga bekas pek plastik pampers bayi pun bagus sebab jenis ini tahan lasak. Bungkus dan ikat dengan ketat supaya udara tidak boleh masuk dimana selepas 7 hari atau seminggu boleh ia buka ikatan dan tengok hasilnya. Lazimnya surat khabar yang membungkus sawit akan jadi basah atau lembab kerana proses pengwapan. Kemudian digantikan kertas surat khabar ini dengan kertas yang baru dan proses ini diulangi semula untuk selama diperam lagi selama seminggu. Selepas minggu kedua diperiksa dimana biasanya sawit sudah sesuai untuk jadikan umpan. Tapi jika inginkan aroma sawit yang lebih dan buahnya lebih lebih lembut maka boleh ulangi proses menukar kertas surat khabar dan bungkus atau peram untuk tempoh seminggu lagi. Ikan kelah paling suka umpan ini dan cara digunakan dengan mencangkukkan terus mata kail pada sebiji buah sawit dan dipastikan mata kail dibenamkan kuat pada bahagian ‘buntut’ sawit. Umpan jenis ini sesuai digunakan untuk lokasi seperti di sungai berarus, hulu sungai atau di tasik yang bersambung dengan sungai.


Seterusnya umpan yang boleh digunakan untuk memancing adalah CENGKERIK atau Jangkerik. Pada penulis blog umpa ini paling tidak menjijikan berbanding dengan jeni sumpan lain sama seperti umpan belalang. Serangga 
Cengkerik (Gryllus spp) iaitu seranga dari jenis serangga dari keluarga Gryllotapidae yang tradisinya hidup secara liar di hutan dan juga di kawasan kebun. Kalangan orang kampong dimana ada yang panggil cengkerik sebagai jengkerik, keridik, sorok-sorok dan juga mole cricket dalam bahasa Inggeris dimana selalunya cengkerik mampu untuk ia mengeluarkan bunyi nyaring terutama pada malam hari melalui sistemnya yang tersendiri. Mencari cengkerik dalam jumlah yang banyak kini mudah kerana ada banyak kedai-kedai komersial yang menjuak cengkerik hidup khusus untuk diberikan kepada ikan dalam akuarium terutama bagi ikan arowana. Melihat cengkerik dimana saiz badannya hanya kira-kira 2-3 cm dengan badan mempunyai warna coklat kehitaman dan mempunyai 4 pasang kaki termasuk kaki panjang di belakang untuk melompat. Matanya bersaiz besar dan jenis serangga omnivores. Makanan asasi secara semulajadi cengkerik seperti larva, rumput, akar tanaman, cacing dan terkini makanan ternakan ayam. Walau cengkerik mempunyai sepasang kepak pendek ianya jarang-jarang terbang. Secara amnya cengkerik mampu hidup di seluruh kawasan di dunia kecuali di kutub utara dan kutub selatan. Apa pun dilaporkan dimana serangga ini mempunyai 3 genera utama iaitu Gryllotalpa, Necurtilla dan Scaptericus. Ada juga jenis cengkerik yang mengorek dalam tanah serta mempunyai sepasang kaki untuk mengorek lubang. Ada juga cengkerik dewasa yang boleh terbang. Pembiakan cengkerik adalah ia berlaku lebih cepat jika mendapat makanan dan sarang yang sesuai dan kini dikomersialkan di kedai-kedai. Cengkerik ini secara semulajadi merupakan musuh kepada petani kerana ia merosakkan anak benih tanaman yang baru tumbuh dengan cara memakan tumbuhan tunasnya. Dan secara semulajadi juga ia merupakan umpan yang sangat berkesan untuk para pemancing bagi jenis kebanyakan spesies ikan air tawar. Apa pun penulis blog tahu dimana cengkerik hidup segar dalam suhu 30 celcius dengan kelembapan antara 80-90%. Cara membawa atau menyimpan cengkerik dan kumpulan cengkerik dimana ia dimasukkan dalam kotak lut sinar dengan kira-kira 2 cm lapisan tanah dan ditutup. Bekas perlu gelap dan warm seperti habitat semulajadi ditutup dengan kadbod. Berikan makanan ayam dan air bersih setiap dua hari jika ingin menyimpan lama cengkerik ini. Cara menggunakan cengkerik untuk memancing dengan mencangkukkan pada mata kail (Sila lihat foto disebelah). Terpulang sama ada mahu mencangkuknya dengan banyak atau tidak akan tetapi sebaiknya jika hendak memancing baung ia tidak sesuai kerana umpan ini tidak meninggalkan kesan bau. 

 
Umpan popular lain yang menjadi pilihan pemancing adalah UMPUN-UMPUN atau nama lainnya sebagai R
uat atau perumpun adalah daripada kumpulan haiwan invertebrata hampir sama dengan jenis cacing tanah. Pada penulis blog dimana jenis umpan ini adalah umpan dominan untuk spesies yang tinggl di habitat berlumpur dan kawasan muara sungai. Apa pun dilaporkan di Malaysia ada tiga jenis umpun-umpun yang dikenalpasti iaitu spesis umpun-umpun pasir, jangkau dan merah. Kepada orang kebanyakan mungkin agak geli meihat apa lagi memegang umpun-umpun kerana warnanya yang kemerahan dan saiznya agak lebig besar daripada cacing tanah dan dapat dilihat jelas ketaknya. Selalunya ia berbentuk agak lembut dan panjang sehingga mencapai 50 cm serta mempunyai kaki seperti lipan iaitu ciri yang membezakan spesies ini daripada cacing tanah yang sedia ada (Sila lihat foto disebelah)Habitat spesies umpun-umpun ini dimana ia boleh didapati di kawasan berlumpur yang diliputi pokok bakau atau nipah di persisiran pantai dan ia bersarang di dalam lumpur itu sendiri. Lazimnya ia sebagai makhluk hidup akan memerlukan kaedah penyimpanan yang sempurna bagi membolehkannya tahan lebih lama. Sebaiknya elakkan dari cuba menyimpan perumpun di tempat terdedah atau terkena cahaya panas terik atau terdapat pancaran terus matahari kerana ia akan mengeringkan selut dan kelembapan badan umpun umpan serta akan membunuhnya. Cara menyimpan juga merlu menjauhkannya dari kesejukan hawa dingin atau seperti dalam kereta berhawa dingin atau dalam bilik yang mempunyai air-cond jika boleh perlu ada ditambah sedikit air. Ini kerana angin kering yang dikeluarkan dari air-cond akan mengeringkan paras kelembapan yang terdapat dari kulit umpun umpun. Cara lain menyimpannya adalah dengan ia disimpan di tempat sejuk atau masukan beberapa ketulan ais beku untuk menyejukkan tempat kurungan supaya cacing tersebut kurang aktif akan tetapi jangan menyimpan di dalam peti sejuk apatah lagi di dalam bahagian sejuk beku. Dalam pada itu amalkan untuk menjauhi tempat simpanan umpun-umpun daripada dimasuki semut dan berdekatan dengan bahan-bahan kimia yang boleh membunuhnya. Sebagai petua dimana apabila memotong umpun-umpun untuk dijadikan umpan, sebaiknya cara memotongnya daripada bahagian ekor sedikit demi sedikit dan sekiranya tidak habis digunakan maka boleh di simpan di dalam bekas asalnya dan letak di tempat yang teduh. Apa pun penulis blog ingatkan dimana sebagai langkah alternatif paling mudah ialah menggantikan perumpun hidup dengan perumpun yang telah dikeringkan. Malah ia boleh disimpan untuk tempoh yang panjang selagi ia belum digunakan dimana untuk mencarinya pula sekadar pergi ke kedai-kedai pancing yang menjualnya. Selalunya jenis  ikan yang suka umpun-umpun adalah seperti Ikan Sembilang, Ikan Gelama dan juga Udang Galah. Cara gunakan dengan mencangkukkan sahaja pada mata kail iaitu sama seperti menggunakan cacing. Umpan ini sering digunakan untu memancing di muara, sungai atau di kolam udang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!
BANYAK JENIS UMPAN... BOLEH DI GUNA...
UMPAN HIDUP... DIGUNAKAN SEJAK LAMA...
CACING DAN KATAK...BELALANG PUN ADA...
UMPAN TIRUAN... SUDAH RAMAI YANG SUKA..

By,
M Anem,
Seenior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(24 RabiulAkhir 1445H).

Thursday, November 9, 2023

UMPAN MEMANCING - APA KEHEBATANNYA (Part 1)

MEMANCING IKAN
merupakan suatu kegiatan atau kaedah  menangkap ikan yang menggunakan alatan pancing dan umpan dimana ia dijadikan pekerjaan, hobi, olahraga atau kegiatan pertandingan sama ada di tasek, laut, sungai dan perairan lainnya dengan sasaran mendapatkan seekor atau beberapa ekor ikan yang berjaya dinaikkan. Nelayan adalah golongan yang kerjanya menangkap ikan sebagai sumber rezeki dengan mana mereka menggunakan pelbagai jenis alatan menangkap ikan seperti jala, jaring, pukat, lukah, bagan termasuk cara memancing. Penulis blog memang mempunyai hobi memancing di laut dan memancing udang di sungai dahulu dimana mempunyai jadual memancing yang jitu. Paling tidak pun memancing udang di Sungai Endau merupakan satu kegemaran selama beberapa tahun sebelum berpindah kerja kelokasi lain yang jauh. Memancing ikan memerlukan serba kelengkapan daripada kelengkapan asas sehingga kepada kelengkapan canggih yang menelan ribuan ringgit. Alatan memancing ada pelbagai jenis dan juga alatan kelengkapan lain bergantung kepada bajet, kegunaan, buatan, kecanggihan serta kedai yang menjualnya. Salah satu asek penting dalam memancing ikan adalah keperluan UMPAN (Bait) yang digunakan. 
Umpan ialah sesuatu yang dilekatkan pada mata kail (ada juga jenis umpan yang di bubuh pada perangkap dan lain-lain seperti bubu, lukan dan sebagainya) untuk memikat atau menangkap ikan. Kalangan pemancing menetapkan dimana memang tiada masa atau faktur penentu bilakah masanya joran ataupun perangkap yang digunakan oleh pemancing akan mengena ikan yang di umpan kerana ada banyak perkara menyebabkan ikan memakan pancing atau memasukki perangkap yang dipasang. Bagaimana pun dikalangan yang minat memancing atau digelar sebagai 'Kaki pancing' dimana golongan ini semestinya sudah tahu umpan apa yang istimewa untuk menjadi santapan 'mangsa' dan masa sesuai untuk menggunakannya. Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti memancing ini maka mereka perlu banyak membaca atau bertanya kepada kaki pancing yntuk mendapatkan umpan terbaik dan teknik memancing yang paling menggembirakan terutama mendapat ikan. Memang ada banyak jenis umpan boleh di cari atau dibeli sebelum pergi memancing dilokasi pilihan dan mendapatkan hasil yang terbaik. 
Memancing ikan di laut berlainan dengan cara memancing ikan di sungai atau tasek dimana peralat memancing dan juga umpan yang digunakan adalah tidak sama. Bagai kata bidalan 'Lain padang lain belalangnya' dimana kesuaian umpan pastinya memainkan peranan penting dalam menjerat jenis ikan yang ingin diburu. Kalau hendak memancing ikan haruan tetepi gunakan gewang macam ia tidak kena dengan cara memancing yang sesuai. Pada penulis blog apa yang pasti dimana terdapat pelbagai jenis umpan boleh di gunakan untuk memikat ikan supaya sangkut pada kail joran. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai beberapa jenis umpan serta umpan tiruan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Pada penulis blog dimana CACING TANAH merupakan sejenis umpan paling klasik yang prnah penulis blog kenal semenjak mula memancing dari masa kanak-kanak dahulu.  
Cacing Tanah sebagai umpan pancing bukanlah benda yang baru akan tetapi sebelum manusia mengenali akan segala jenis umpan termasuk jenis umpan tiruan dimana cacing yang berlendir dan berbau hanyir ini sangat memikat ikan dan sebagainya didalam kawasan memancing. Cacing tanah merupakan sejenis umpan hidup yang diperolehi dengan menggali tanah lembap di bawah tumpukan sampah dan lokasi lembab lainnya dana jika ada tahi cacing diatas tanah pasti dibawahnya ada cacing. Daru dahulu sehingga zaman ini walau pun banyak pilihan umpan akan terapi pada penulis blog cacing terbaik untuk memancing di sungai atau tasek. Berbanding dengan jenis umpan lain dilaporkan cacin tanah adalah sejenis umpan yang paling murah, tahan lama dan mudah diperolehi atau sesuai disimpan. Ramai kalangan pemancing boleh mencari sendiri tanpa perlu mengeluarkan modal seperti mencari umpan yang lain. cacing boleh digunakan untuk kebanyak jenis ikan air tawar di fungai dan juga untuk udang serta belut. Umpan cacing yang di cucuk kepada matakail tahan lama dan tidak cepat mati dimana pergerakkannya juga mampu menarik ikan untuk memakannya. Pengalaman penulis b;og mendapati dengan umpan cacing mampu mendapatkan sesis ikan keli, ikan haruan, ikan seluang, ikan emas, ikan laga, tilapia, udang, ketam dan berjenis ikan lain. Apa pun dilihat dimana lazimnya c
acing yang digunakan sebagai umpan adalah ianya berwarna merah dan berukuran kecil. Cacing tanah yang berwarna keputihan dan montok umumnya tidak dipilih oleh para pemancing disebabkan ia warnanya terlalu menjolok mata berbau kuat didalam air. Sebaiknya untuk menjaga umpan agar tetap segar maka sebaiknya cacing dibungkus dengan daun pisang dengan gunakan sedikit tanah asal dari tempat hidup asalnya. Cacing ini akan bergulung-gulung menjadi satu didalam bungkusan ini dan terus hidup. Penulis blog pernah menerima petua dari nelayan sungai di Mersing dimana pastikan jika telah selesai memancing dan ternyata umpannya masih ada lagi atau bersisa dimana umpan ini tidak boleh dibuang ke tempat lokasi memancing sebab ikan dipercayai memang kurang suka dengan umpan buangan dan dia kenyang dimana ia tidak akan mahu makan umpan yang berada di mata kail. 


Kalau memancing di kampong memang mudah mencari umpan sendiri dan tidak perlu membelinya seperti jenis umpan Belalang, Cacing tanah, katak, biji kelapa sawit dan banyak jenis lagi. Pengalaman penulis blog yang suka memancing ikan di sawah dan di anak sungai selalu memggunakan jenis umpan yang boleh didapati di persekitaran kampong sahaja. Umpan biasa yang di cari untuk tujuan memancing adalah BELALANG (Grasshopper) yang mana ia merupakan sejenis umpan semulajadi yang terdapat dimana-mana sahaj dalam belukarm padang lapang dan semak samun di keliling kampong apa lagi kalau mencarinya kawasan bendang. Mencari belalang di kawasan pokok-pokok keladi dan rumput di tepian parit sungai atau kawasan padang ragut mudah dengan menggunakan sauk kain. Belalang akan memasukki sauk tersebut dan dikumpulkan didalam bekas dan sebaiknya digunakan semaksa belalang hidup. Umpan ini juga dianggap salah satu ‘set lengkap’ dunia pembelajaran bagi pemancing dikalangan kanak-kanak sebelum dia belajar lebih jauh memancing semasa dewasa. Umpan belalang ini memang sesuai digunakan untuk menjadi umpan bagi semua jenis ikan darat atau ikan di sawah padi. Penting untuk tahu bagaimana cara menggunakan atau memasang umpan belalang pada matakail. Di syorkan agar dibuang kedua belah kaki belalang dan di cangkukkan sahaja pada mata kail dengan kukuh sebelum mencampakkan ke dalam air. Apa pun lazimnya umpan belalang ini amat sesuai digunakan jika memancing ikan di dalam parit atau anak sungai yang mana ada tumbuhan kiambang, kangkung air didalam taliair atau di kawasan sawah padi. Ikan yang melihat belalang yang terapong di permukaan air akan menyambarnya dengan kuat.


Pemancing ikan jenis tradisional yang popular adalah KATAK (Frog). Jenis katak hidup pada penulis blog [aling selalu digimnakan untuk mendapatkna spesis ikan menyambar seperti Ikan Haruan, Ikan Bujuk dan Ikan Toman Bunga. Cara mennjadikan katak sebagai umpan di matakail adalah dengan menc
angkukkan matakail pada bahagian bawah atau paha katak dan gunakan klip lain untuk mengepit mulut katak (Sila lihat foto disebelah). Gunakan klip tambahan sebagai pemberat untuk melontar katak tersebut dimana ada pemancing yang bermain dengan joran untuk tarik atau mengunjunnya di celahan pokok. Umpan katak ini selalunya sesuai di gunakan dikawasan celah rumpaiar, tali air bendang dan juga dikawasan berpaya. Katak adalah tergolong dalam kumpulan haiwan amfibia dan ia juga memerlukan kehidupan dua alam iaitu di kawasan daratan ketika dewasa dan kawasan berair ketika mengawan, bertelur dan perkembangan tumbesaran pada di peringkat larva (berudu). Katak apa yang penulis blog tahu dimana dia menggemari keadaan habitat atau persekitaran yang lembap dan sejuk. Dalam pada itu dilaporkan ada sesetengah spesies katak gemar berada di persekitaran yang kering, dan ada juga yang lebih gemar berada di permukaan daun. Sifat fizikal seperti kulit separa telap yang cenderung kepada kekeringan turut menjadi faktor pemilihan habitat. Kulit katak yang separa telap berkebolehan menyerap air pada apa-apa jenis kepada permukaan kulitnya supaya kekal lembap. Katak juga adalah haiwan berdarah sejuk dan sensitif terhadap perubahan suhu sekeliling ileh itu pada kebiasaannya katak memilih untuk berlindung di bawah teduhan bagi mengelakkan kehilangan air yang terlalu banyak. Kediaman manusia menyediakan pelbagai bentuk habitat yang sesuai dengan keperluan habitat katak. Kawasan laman bertanah, lantai simen yang sejuk, celahan batu-bata atau pasuan, longkang atau tumbuhan yang menakung air ketika hujan dan permukaan helaian daun sering kali menjadi tumpuan kehadiran dan kediaman katak. Apa yang penulis blog pernah dengan dimana terdapat dua jenis katak yang biasa digunakan sebagai umpan memancing haruan iaitu Katak Air dan Katak Sawah. Tetapi jenis katak sawah lebih popular di sukai ikan. Katak sawah (Hylarana erythraea)  dari keluarga Ranidae lebih banyak diguna pakai dan disukai ikan haruan. Katak sawah boleh dikenali dengan memerhati beberapa perkara dimana pada bahagian atas tubuh spesies ini berwarna kehijauan dan memiliki jalur berwarna krim dan kuning memanjang daripada mata sehingga dubur. Bahagian atas tubuh juga berbintik halus. Ianya mempunyai garisan pada bibir yang berwarna putih dan timpanum yang berwarna merah. Selalunya pada kaki yang panjang dan kurus itulah yang akan mendorong Katak Sawah untuk melompat dengan sangat pantas dan tinggi. Spesies ini adalah tidak beracun dimana purata ukuran panjang muncung hingga dubur bagi katak dewasa jantan adalah 45 mm dan betina 75 mm. Katak Sawah memang mudah didapatkan dari kawasan sawah padi. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!
BANYAK JENIS UMPAN... BOLEH DI GUNA...
UMPAN HIDUP... DIGUNAKAN SEJAK LAMA...
CACING DAN KATAK...BELALANG PUN ADA...
UMPAN TIRUAN... SUDAH RAMAI YANG SUKA..

By,
M Anem,
Seenior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(24 RabiulAkhir 1445H).

Wednesday, November 8, 2023

KECIPIR - FAKTA KHASIAT MENARIK

KACANG BOTOL
atau KACANG BOTOR atau KECIPIR (Psophocarpus tetragonolobus) atau kalangan semua pembaca ada yang memanggilnya sebagai Kacang Kelisa adalah sejenis sayuran berbuah yang sangat kaya dengan protin dan lemak serta vitamin A dan B. 
Kecipir adalah sayuran yang tumbuh merambat dimana tanaman ini memiliki bentuk seperti buah belimbing bersegi namun ukurannya kecil dan warnanya hijau. Bahagian tanaman ini yang biasa dimakan dari bahagian daun muda dan buahnya. Dari bahan rujukan ia dipercayai berasal dari Papua New Guinea dan Asia Tenggara. Pokok kacang botor tumbuh melilit dan memerlukan pancang atau kayu junjung atau pagar rumah untuk memanjat. Ia selalu ada ditanam sebagai tanaman jangka pendek di kebun sayur atau di tepi-tepi pagar rumah. Biasanya buah kecipir ini apabila matang akan berukuran sekitar 15-20 cm panjang dan selalu mempunyai 4 sayap yang bergerigi. Dikalangan masyarakat biasanya kacang botor ini digunakan dalam masakan sayur dan juga dimakan mentah sebagai ulam. Ulam kacang botor ini lebih enak dicicah dengan sambal belacan dimakan dengan nasi suam panas dan pelbagai laukpauk lain. Apa pun biasanya kacang botor boleh ditanam di berbagai-bagai jenis tanah iaitu dari ringan berpasir hingga kepada tanah lempong serta tanah gambut. Elakkan dari menanam di kawasan yang bertakung air. Tanah yang gembur, subur, baik salirannya dan pH 5.5 - 6.0 adalah paling sesuai. Penanaman kecipir ini boleh dilakukan secara komersil didalam kebun atau ditanam sebagai tanaman hobi keliling rumah. Kerja untuk menyedia kawasan dikawasnan kebun dilakukan dengan membajak dan gemburkan tanah sedalam 20-30 cm untuk memudahkan akar tumbuh dengan baik. Sebaiknya disediakan batas berukuran 1.3 meter lebar, 30 cm tinggi dan panjangnya 7.5 meter atau mengikut keadaan kawasan. Disyorkan jarak antara batas adalah 30 cm dengan panjang batas mengikut kesesuaian. Apa pun kenanam kacang botor dibiakkan dengan biji benih. Biji benihnya boleh diambil dari buah-buah yang telah cukup tua yang berwarna perang kehitaman. Gaul biji benih dengan racun kulat, contohnya thiram dengan kadar 3 g bagi 100 g biji benih sebelum menanam. Biji benih boleh ditanam dengan jarak 50 cm antara pokok dan 1 meter antara barisan ataupun 60 cm x 60 cm. Tiap-tiap batas mengandungi dua barisan pokok. Menanam terus biji benih ke atas batas sebanyak dua biji selubang, lebih kurang 2.5 cm dalam. Biji benih akan bercambah dalam masa 14 hari. Cabut dan tinggalkan hanya satu anak benih yang sihat pada setiap lubang. Untuk kawasan seluas 0.4 ha lebih kurang 7 kg biji benih diperlukan. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai beberapa fakta  mengenai kacang botor atau kecipir untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.


Fakta paling perlu diketahui pembaca blog ini tentunya apakan m
anfaat kecipir untuk kesihatan dan kecantikan dimana ia juga dipengaruhi oleh kandungan nutrisinya. Dalam 100 gram kecipir mentah ada terkandung sebanyak 409 kcal tenaga, Asid panthotenic (0.795 mg), Riboflavin (0.45 mg) dan Vitamin B6 (0.175 mg). Apa pun kecipir sendiri merupakan tumbuhan merambat yang hampir semua bahagiannya boleh dimakan. Antaranya adalah bahagian Buah, Biji, Umbi sehingga bagi  daunnya untuk dijadikan sayuran atau ulaman. Sayuran yang juga dikenal sebagai 'winged beans' ini sesuai untuk ianya dijadikan resepi yang lazat yang menyihatkan pengguna. Apa pun asasnya kecipir dapat memengaruhi kesihatan dan juga kecantikan seseorang. Selain memiliki kandungan nutrisi yang telah disebutkan di atas dimana kecipir juga mempunyai info kandungan bahan antioksidan tinggi. Ia juga merupakan satu sumber folate yang memiliki manfaat luar biasa untuk wanita hamil dan janinnya. Pertama dilaporkan dimana ia mampu untuk Membantu Penurunan Berat Badan dan Membantu Awet Muda dan pada masa sama ia juga dapat Membantu Penurunan Berat Badan. Manfaat kecipir yang pertama berkaitan dengan kandungan kalori dan seratnya dimana sayur ini mempunyai kandungan kalori yang rendah oleh itu ianya akan membantu penurunan berat badan secara sehat. Kandungan bahan serat tinggi dan kalori rendah membantu membuat pengguna akan sentiasa merasa kenyang sehingga mengurangkan untuk makan berlebihan yang mana amalan ini dapat menyebabkan kenaikan berat badan. Kecipir adalah tinggi bahan antioksidan semulajadi yang dapat membantu mencegah membran sel diserang oleh radikal bebas yang menyebabkan kerusakan kulit. Vitamin C dan vitamin A kecipir mencegah timbulnya penuaan dini dan melindungi kulit dari berkedut, bernoda dan berlaku kerosakan akibat usia lanjut. Aktiviti memperbarui sel-sel kulit dikalukan zat kecipir dengan membantu dalam merawat ketegangan kulit yang mulai berkurang akibat faktur umur. Manfaat kecipir sangat baik untuk kulit disebaabkan nutrisinya dapat melindungi kulit dari kerosakan luaran (external damage) dan juga kerosakan kulit dalaman (internal damage). Selalunya kandungan vitamin C tidak hanya membatasi timbulnya kedutan pada kulit akan tetapi juga membantu pertumbuhan kolagen. Kandungan ini membantu menjaga elastisiti pada kulit sehingga melindungi kulit dari cepat berkedut atau cepat kendur.


Mengambil kacang botol atau kecipir segar dilaporkan akan m
eningkatkan Kekebalan Tubuh dimana kecipir yang memang ia kaya akan vitamin C dan vitamin A akan membantunya. makan bahan dari kumpulan kekacang selalu akan membantu memperkuatkan sistem kekebalan tubuh manusia sehingga tubuh tidak akan mudah di serang infeksi dan penyakit lain. Vitamin C dalam kecipir berperanan sebagai pelindung, penyembuh penyakit dan menjaga tubuh untuk tetap sihat. Dalam pada itu khasiat lain adalah ia mampu untuk mengurangkan masaalah peradangan. mengambil kecipir segar akan dapat membantu mengurangkan isu peradangan disebabkan bahan bersifat antioksidan yang dikandung seperti bahan mineral di dalamnya yang akan bantu mengelakan terseliuh atau kejadian pembengkakan yang disebabkan oleh peradangan pada anggota badan. Bagi mereka yang ada masaalah berkaitan derita radang sendi adalah bagus mengambil kecipir ini agar dapat membantu mengubati masaalag seperti perkara Defisiensi Superoksida Dismutase (SOD) atau faktor yang menyebabkan peradangan tersebut. Siapa sangka fakta kecipir termasuk mampu untuk meredakan Asma dan Mencegah Diabetes?. Apa pun khasiat kecipir seterusnya ini kemampuannya meredakan masaalah lelah atau asthma. Ia disebebkan kandungan bahan mineral Magnesium (Mg) yang tinggi sehingga akan menenangkan otot mengawal pernafasan. Kemudian Mg ini membantu dalam pernafasan pesakit ini menjadi lebih lancar dan teratur dimana penderita lelah disyorkan memakan kecipir secara rutin. Kaitan kecipir dengan pencegahan diabetes berpunca daripada gabungan antara vitamin D dan Kalsium bermanfaat untuk mencegah timbulnya diabetes. Proses ini berlaku  iaitu dengan mengoptimakan  kadar proses metabolisme glukos dalam tubuh. Lazimnya kedua nutrisi ini secara langsung bertindakbalas pada sel-sel pankreas sehingga mengawal pengeluaran (secretion) insulin dan kadar gula darah. Apa pun dengan menyeimbangkan kadar gula dalam darah maka kebaikan makan kecipir dapat membantu didlam usaha untuk mencegah masaalah berkaitan kencing manis. Makan kecipir membantu meningkatkan Kesihatan Mata kerana kandungan tiamin dalam kecipir akan dapat mencegah masalah terkait penglihatan. Makan kecipir secara teratur dapat membantu mencegah timbulnya masalah seperti masalah penyakit  glaukoma dan masaalah katarak. Thiamin ini mampu untuk meningkatkan memberi isyarat kepada otot dan saraf yang sangat penting dalam hubungan antara mata dan otak. Benarkah kecipir mampu mengubati masaalah Anemis?. Bahan folate yang tinggi didalamnya membantu meningkatkan darah di dalam tubuh dimana ini mampu mengubati dan mencegah anemia. Jika kecipir diambil bersama bahan suplemen lain mak ia baik untuk meningkatkan tenaga atau stamina. Kecipir sangat berguna untuk menghasilkan darah kerana kandungan zat besinya yang tinggi. Mengambil kecipir dapat membantu meningkatkan kadar hemoglobin dalam tubuh iaitu dengan cara membantu meningkatkan kadar sel darah merah yang rendah.


Buah kacang botor atau kecipir selalunya mempunyai bau kurang enak (dalam bahasa jawa ia adalah 'Bau Langu'). Ada orang yang tidak suka dengan bau ini apa lagi untuk memakannya segar dicicah dengan sambal belacan. Kacang botor ini mudah diperolehi di belakang rumah yang ditanam sendiri dan berbuah tanpa henti atau membeli sahaja dengan harga amat berpatutan di pasar basah, pasar malam, pasaraya dan juga dari kedai runcit. Kecipir ini 
bahasa Inggris sayuran ini disebut 'winged beans' sebab dilihat ia memang ukurannya panjang dan memiliki 'sayap' yang termasuk dalam keluarga kekacang memang aia mempunyai rasa yang agak manis dan tekstur yang cukup rangup. Salah satu masalah yang kerap timbul semasa hendak makan kecipir adalah baunya yang langu. Apa pun dilaporkan sebenarnya cukup mudah caranya bagi menghilangkan bau langu kecipir ini. Pertama cara didalam menghilangkannya adalah dengan Merebus dengan Air yang Ditambah Sedikit Garam. Cara ini sangat mudah dimana sebaiknya rebus kecipir dengan air yang diberi sedikit air garam. Melalui cara ini bau langu kecipir boleh dihilangkan dan teksur rangup kecipir masih boleh dirasai juga. Apa pun petua penting adalah agar JANGAN direbus terlalu lama kerana masa terbaik merebus cuma sekitar kurang 10 minit. Apa pun pada penulis blog paling suka makan kecipir yang sudah di sediakan Resepi Kecipir Urap atau Kecipir Pecel Sayur. Selalunya kecipir yang sudah direbus amat sesuai untuk terus dinikmati atau diolah lagi menjadi sayuran urap atau pecel. Rasa manis kecipir yang dikombinasikan dengan ramuan khas urap akan jadi perpaduan yang lazat dimakan bersama nasi putih. Pada penulis blog pecel sayur yang ada sambal kacang mengandungi cili dan cekur memang enak dimakan setiap kali ada kenduri. Bagaimana pun kalangan rakyat Malaysia mereka paling suka makan kacang botor sebagai ulam dimakan dengan sambal belacan (Sila lihat foto disebelah). Makanan kuliner ini memang ia ada dijual iaitu dikebanyakan restoren masakan asli melayu untuk hidangan makan tengahari dimana sahaja. Kecipur muda yang segar memang masih lembut (jangan ambil kacang botor tua yang sudah liat dan keras) sesuai dicicah dengan sambal belacan atau sambal asam sama ada begitu sahaja atau sudah dipotong-potong. Kalangan surirumahtangga pula pastinya suka memacak kacang botor tumis pedas atau sederhana. Caranya mudah dilakukan dengan menyediakan ramuan dan potong-potong kacang botor sepanjang 2-3 cm sebelum ditumis dalam kuali. Bagi menambah keenakan boleh di tambah debgan udang, sotong atau daging serta ikan bilis secukupnya. Enak diakan semasa baru masak dengan nasi putih suam. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KACANG BOTOR... KECIPIR SAMA...
MUDAH DITANAM.. DI RUMAH SAJA...
BANYAK BUAHNYA..PETIK SENTIASA...
MENJADI ULAM... BANYAK KHASIATNYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
(15 Rabiulakhir 1445H).

Tuesday, November 7, 2023

TEKNOLOGI LADANG MALAM UNTUK NANAS

TEKNOLOGI PENGURUSAN TANAMAN NANAS PADA MALAM HARI (Pineapple Night Farming) merupakan salah satu pilihan dan inovasi yang boleh di lakukan di Malaysia. Penulis blog berpeluang bersama-sama pasukan daripada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Usahawan Nanas tempatan serta beberapa pakar pertanian mengenai teknologi ini dalam usaha membangunkan akan teknologi pengurusan tanaman nanas di waktu malam di Ladang Nanas Bukit Goh, Kuantan, Pahang sebagai salah satu daripada program membangunkan teknologi ini. Sebelum ini ada aktiviti 'Taiping Zoo Night Visit' dan juga ada dilaksanakan di Zoo Melaka. Ada juga aktiviti 'night farming' dilakukan untuk tanaman bunga-bungaan temperate di kawasan tanah tinggi di Cameroon Highland dan ada dilakukan kepada tanaman pitaya (buah naga) serta tanaman padi di Malaysia. Pengurusan ladang nanas malam hari boleh melibatkan beberapa pendekatan termasuk penggunaan cahaya lampu bagi menerangan ladang nanas pada malam hari dimana tenaga solar ini di tuai dari panel solar dipasang dalam ladang nenas. Kedua dengan adanya cahaya maka kerja-kerja amalan agronomi di ladang nanas boleh dilakukan dimalam hari dalam keadaan sejuk, nyaman dan tidak panas di suluh dengan lampu terang. Ketiga dimana tanaman nanas sebagai tumbuhan dari kategori CAM (Crasssulacean Acid Metabolism) yang aktif pada waktu malam mempercepatkan proses pertumbuhan tanaman nanas tersebut kerana suhu yang rendah di malam hari. Penulis blog amat tertarik dengan inovasi pendekatan teknologi ini yang menggunakan konsep penggunaan tenaga suria (solar energy) didalam ladang bagi sektor pertanian yang masih kurang di lakukan di Malaysia. Kefahaman umum mengenai kehebatan tenaga suria ini masih rendah terutama dalam sektor pertanian tetapi sudah mula di war-warkan untuk sektor perumahan. Merujuk kepada akhbar bharian.com dimana dilaporkan daripada kawasan seluas 17 ekar panel solar dimana ia didakwa mampu menghasilkan kira-kira 12,000KW tenaga elektrik setahun yang cukup untuk menampung kira-kira 5,000 buah rumah untuk jangkamasa lama. Ia bukan sahaja menjadi tenaga yang boleh diganti semula malahan boleh menjadikan persekitaran hijau dan lebih bersih. Cara ini dimana tiada satu pun pokok yang perlu ditebang dan penanaman baharu tidak perlu dilakukan. Justeru tu proses pelepasan karbon dioksida dapat dikurangkan sebanyak 8,328 tan setahun. Penulis blog dapati dimana program tenaga solar di Malaysia masih jauh dari sasaran akan tetapi amat penting untuk mengetahui kepentingannya dalam banyak sektor termasuk untuk sektor pertanian. Malaysia sebuah negara yang mendapat banyak sinaran matahari sepanjang tahun (kecuali musim monsoon di bulan November sehingga Januari) memang sangat sesuai dilaksanakan penuaian tenaga dari cahaya matahari di waktu siang. Ini sangat sesuai dengan persekitaran ladang nanas yang terbuka luas dimana boleh menjadi lokasi amat sesuai dalam proses pemasangan panel solar bagi mengumpulkan tenaga letrik untuk pelbagai kegunaan. Artikel ditulis dari aras 5 Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan, Pahang ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis beberapa justifikasi penting mengenai potensi teknologi perladangan nanas waktu malam untuk dijadikan salah satu pilihan dalam pakej amalan teknologi tanaman nanas di Malaysia di masa akan datang sebagai bahan rujukkan semua.


Tanaman Nanas
(Ananas comosus) lazimnya dilakukan dimana amalan agronomi dilaksanakan pada waktu sianghari dengan secara konvensional. Bagaimana pun terkini sudah ada kajian yang dilakukan di Malaysia untuk perkenalkan kaedah tanaman nanas pada waktu malam seperti yang saya lawati di Pahang. Secara saintifiknya pula dimana tanaman nanas atau pokok nanas merupakan jenis tanaman dalam kategori Tumbuhan CAM (Crassulacean Acid Metabolism) yang mana proses pengeluaran gas akan aktif ia dilakukan pada waktu malam hari. Ia kurang aktif pada waktu sianghari sebaliknya aktif pada siang hari iaitu sama keluarga dengan pokok kaktus. Oleh itu kajian menunjukkan dimana kaedah amalan agronomi seperti pembajaan dan kerja untuk menghormon yang dilakukan waktu malam seakan 'memberi makananadalah lebih berkesan (efecttive) kepada tanaman nanas. Lazimnya pada sianghari yang panas dan ada matahari pokok nanas akan 'berehat' atau 'tidur' sahaja. Aktiviti seperti pemberian baja pokok, penyemburan racun kawalan penyakit dan perosak serta menghormon dikawasan tanaman nanas lazimnya dijalankan pada waktu sianghari walau pun waktu terbaik pada petang hari. Bagaimana pun ia akan diserap atau bertindak pada waktu malam hari apabila tumbuhan nanas ini menjadi aktif. Walau pun kaedah ini masih agak 'janggal' untuk dilakukan akan tetapi ianya adalah satu kelebihan jika ianya dapat diamalkan. Dalam beberapa tinjauan yang penulis blog pernah jalankan sebelum ini dimana kebaikan kaedah ini adalah ianya dapat dalam cara meningkatkan proses untuk pertumbuhan pokok nanas seterusnya akan meningkatkan lagi kualiti buah nanas dan juga dilaporkan boleh mempercepatkan jangkamasa tanaman berbanding dengan kaedah konvensional. Belum ada laporan kajian rasmi menyatakan tanaman nanas yang dipasang lampu malam hari dan di lakukan amalan agronomi pada malam hari lebih singkat berbuah setakat ini. Teknologi ini dijangka akan mampu meningkatkan produktiviti industri pengeluaran buah nanas secara umumnya. Jika merawat tanaman nanas pada waktu malam di kebun nanas dimana pengalaman penulis blog mendapati suhu panas pada siang hari untuk bekerja yang boleh mencecah sehingga lebih 45 darjah celcius jam 2.30 - 3.00 petang terutama di kawasan tanaman nanas di tanah gambut. Perkara ini berdasarkan penelitian khas yang penulis blog pernah lakukan di kebun nanas di Parit Gantung, Pontian dan di Ladang Nanas Swasta Simpang Renggam, Johor pada tahun 2018. Di kawasan tanaman nanas lazimnya adalah merupakan kawasan lapang yang terbuka dan terdedah terus kepaada cahaya matahari yang terik. Pengalaman luas penulis blog semasa banyak memantau aktiviti dalam membaja, menghormon dan aktiviti meyembur racun kimia di ladang nanas swasta di Rompin, Pahang pada malam hari pada 2020 membolehkan ianya sebagai situasi lebih selesa cuma apa yang perlukan adalah lampu 'spotlight' mudahalih khas untuk tujuan menerangkan ladang nanas tetepi terkini menggunakan lampu khas solar yang gunakan tenaga eletrik solar. Tanaman nanas dilihat lebih subur dan sihat berbanding dengan plot pemerhatian kawalan lain yang dilakukan rawatan secara konvensional.


Pemasangan lampu solar di ladang nanas merupakan aspek penting bagi menerangi ladang nanas di malam hari untuk membolehkan kerja-kerja diladang nanas dijalankan oleh pekerja dan jentera sesuai. Seperti laporan diatas dimana secara saintifiknya pokok nanas adalah lebih aktif di waktu malam dimana jika amalan agronomi di lakukan pada malam hari ianya akan memberi kesan signifikan kepada proses tumbesaran tanaman nanas. Secara umum penulis blog ingin kongsikan bagaimana proses
 pertumbuhan tumbuhan atau tanaman makanan memerlukan pertukaran nutrien melalui fotosintesis. Selepas tumbuhan diterangi oleh cahaya disiang hari lazimnya klorofil pada daun tumbuhan boleh menukar karbon dioksida dan air di daun menjadi glukosa, tenaga dan glukosa selanjutnya berubah menjadi kanji. Cahaya (light) adalah seperti makanan kepada tumbuhan seperti makanan kepada manusia dimana jika sekiranya tidak ada makanan maka seseorang itu boleh mati kelaparan. Bagi tumbuhan pula ibaratnya kepentingan cahaya dimana tanpa cahaya maka  keseluruhan proses metabolik tumbuhan akan hilang dan tumbuhan ini akan mati. Dalam keadaan biasa lazimnya dimana tumbuh-tumbuhan boleh tumbuh, berkembang, mekar dan berbuah hanya apabila terdapat cahaya. Semua bunga atau tumbuhan yang ditanam memerlukan cahaya akan tetapi pelbagai jenis tumbuhan mempunyai keperluan yang berbeza untuk tahap keamatan cahaya dan panjang cahaya matahari. Kajian mendapati pada hari yang cerah dimana cahaya yang langsung disinari oleh matahari disebut 'cahaya langsung' atau 'direct sunlight'. Tumbuhan yang ada di Malaysia dimana ia kebanyakannya mendapat cahaya matahari dari jenis cahaya langsung. Sekiranya berlaku situasi mendung atau cahaya di tempat yang terlindung dipanggil cahaya bertaburan dimana memang ada spesis tumbuhan yang suka akan naungan perlu ditanam di tempat yang redup. Ia boleh tumbuh dengan baik selagi terdapat cahaya yang sedikit dan bertaburan. Penulis blog menyentuh mengenai spektrum cahaya semulajadi dimana selalunya cahaya yang diperlukan untuk fotosintesis merujuk kepada 'cahaya semulajadi' iaitu cahaya yang dipancarkan oleh matahari akan tetapi apabila cahaya matahari ini digunakan untuk fotosintesis oleh tumbuhan maka jalur panjang gelombang yang tersedia untuk tumbuhan adalah kira-kira 400-700nm. Kadar penggunaan setiap panjang gelombang tidak sama antara panjang gelombang. Cahaya campuran kompleks dalam cahaya matahari sebenarnya ia boleh diatur melalui panjang gelombang yang berbeza iaitu spektrum cahaya matahari terdiri dari spektral cahaya ultraviolet, cahaya terlihat dan cahaya inframerah dimana spektrum cahaya matahari boleh dipanggil spektrum penuh. Sebaiknya sumber cahaya buatan (seperti dari lampu) perlu berada dalam julat cahaya yang kelihatan antara 400-800 panjang gelombang agar spektrum sentiasa menyamai ciri cahaya matahari. Pada masa ini, pencahayaan tumbuhan dalaman terutamanya akan menggunakan gabungan LED merah dan biru atau gabungan LED merah dan putih. Saintis dapati memang tidak sukar untuk melihat dari spektrogram bahawa walaupun spektrum lampu spotlight yang digunakan untuk masa yang lama sebelum ini tidak diagihkan secara tidak sekata akan tetapi dilaporkan dimana spektrumnya agak komprehensif. Di bawah keadaan tahap pencahayaan tertentu dimana ia masih lagi mempunyai kesan khusus atau kesan tertentu terhadap pertumbuhan tumbuhan. Cahaya jenis ini juga mempunyai kelemahan kecekapan yang terlalu rendah dimana kaedah penggunaan tenaga yang lebih banyak dan jangkahayat mentol lampu perkhidmatan yang pendek.


Pemilihan lampu solar yang tepat di ladang nanas amat kritikal dimana selain daripada ia menerangkan kawasan ladang nanas di waktu malam. Cahaya ini membolehkan kerja-kerja diladang nanas dilakukan malam hari dimana terang dan ada faktor berkemungkinan besar jika disesuaikan dengan spesifikasi yang khusus ini membolehkan untuk membantu dalam proses fotosintesis daun nanas di malam hari. Merujuk kepada para diatas kajian terperinci boleh dilakukan dengan menggunakan pelbagai jenis mentol yang sesuai berbanding dengan plot kawalan yang tiada dipasang lampu. Pemasangan jenis tiang lampu sama ada jenis statik atau jenis mudahalih (portable) boleh ditentukan mengikut jenis keguaan dan keluasan kebun. Kajian awal menunjukkan tiang lampu solar mampu menyuluh ladang nanas selama lebih dari 6 jam apabila matahari menyinari sepanjang siang hari dan boleh disimpan untuk kegunaan lebih lama dan kegunaan yang lain. Ada di tunjukkan bagaimana kerja-kerja penyemburan baja foliar (baja cecair) menggunakan drone memang sesuai juga dilakukan pada waktu malam. Bateri drone ini juga dibekalkan dengan kuasa tenaga solar sebelum di gunakan (Sila lihat foto disebelah). Dilihat dimana kerja untuk penyemburan baja cecair ini dapat dilakukan dengan cepat dan tepat di malam hari dan tanaman nanas akan menjadi lebih cepat membesar kerana tanaman nanas adalah kategori CAM yang mana ia lebih responsif di waktu malam. Teknologi yang menggabungkan IoT, Tenaga Solar, Drone, Baja Foliar dalam inovasi 'Pineapple Night Farming' adalah dilihat ianya mempunyai kelebihan tersendiri dimasa akan datang. Jika lebih ramai pengusaha nanas menggunakan teknologi ini dipercayai industri nanas negara akan lebih berdayasaing dimasa akan datang. Di harap teknologi ini akan berkembang dengan penglibatan semua pihak. 
Semuga tulisan teknikal ini menjadi bahan rujukkan berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
MALAM HARI... SEJUK DIKEBUN NANAS...
BERBANDING.....KALAU SIANG IA PANAS...
PASANG LAMPU...SOLAR PANEL ASAS...
NANAS TUMBUH CEPAT..PETANI PUAS...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 535, Grand Darul Makmur otel,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(25 Rabiulakhir 1445H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...