Support My Blog

Tuesday, July 10, 2018

BAJA KOMPOS - ECO YAP DI KENINGAU

BAJA KOMPOS DARI TINJA LEMBU TENUSU yang siap diproses dengan teknologi pemprosesan moden di Ladang Tenusu Eco-Yap di Keningau, Sabah merupakan sejenis baja organik berkualiti tinggi. Penulis blog berkesempatan untuk meninjau sendiri proses pembuatan baja kompos organik ini dan diberikan penerangan yang jelas oleh pemilik ladang tenusu dan juga pengurus Evergreen Livestock Sdn Bhd di Kg Bomboi, Keningau iaitu iaitu Dato Yap Yun Fook.  Ladang Tenusu ini juga dikenali sebagai Ladang Tenusu Yun Fook Resources Sdn Bhd mempunyai sekitar 5,000 ekor lembu jenis Sahiwal-Fresian. Pengurusan ladang yang sistematik membolehkan pengeluaran susu segar dri Ladang Evergreen adalah antara ladang ternakan lembu tenusu terbesar dan moden di Sabah dengan memiliki kira-kira 5,000 lembu dan kapasiti pengeluaran 8.5 juta liter susu segar setahun atau sekitar 29 peratus daripada jumlah susu segar dikeluarkan di Sabah dalam setahun. Ladang ini merupakan salah satu pengeluar susu segar terbesar di Sabah dan juga di Malaysia berdasarkan kepada rekod pengeluaran dan pengedaran ke seluruh negeri Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Susu segar dengan jenama ''Eco-Yap'' ini dijual melalui proses pasteurization dan dilaporkan amat berkhasiat sesuai untuk program susu disekolah-sekolah. Kini seain daripada hasil susu segar dari ladang ini penulis blog dapati ia juga mampu menghasikan baja kompos tinja lembu yang mana ia berkualiti dan digunakan sebagai baja penting untuk tujuan penanaman rumput napier diladngnya dan juga untuk ianya dijadikan baja organik yang bagus untuk tanaman lain. Pengeluaran baja ini berterusan setiap hari melalui kaedah pemprosesan yang moden dan cekap. Baja organik amat penting didalam menyuburkan tanah dan mempastikan tanah mampu menghasilkan tanaman yang subur. Artikel petang Sabtu ini saya menulis dalam blog ''Anim Agro Technology'' mengenai penghasilan baja kompos dari tinja lembu tensu di Keningau untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


Sistem penternakan moden lembu tenusu diladang ini menggunakan lantai konkrit bercerun membolehkan najis kumbahan lembu tenusu dan anaklembu tenusu akan disalirkan air bersih yang kuat dan najis akan dikumpulkan dalam kolam kumbahan setiap hari waktu pagi dan petang (Sila anda lihat foto disebelah). Semua kekotoran dari lembu (tahi dan ir kencingnya) yang kaya dengan unsur amonia bersama dengan rumput napier yang tidak ahadm atau terjatuh didalam laluan ini akan dibawa arus air sehingga kehujung kandang. Kadar kecerunan yang dibuat enurut Dato Yap adalah 1% setiap meter sepanjang 200 meter panjang kandang lembu tersebut. Lantai kandang lembu tenusu ini akan menjadi bersih dan tiada bau seperti kandang lembu tenusu tradisional yang pernah penulis blog selalu lawati. Terdapat 4 buah tangki simpanan air yag disedut dari kolam berhampiran dijadikan stok simpanan air dengan ketinggian tangki sekitar 10 meter untuk berikan kadar tekanan mencukupi untuk semburan air. Pekerja akan membuka paip mengikut jadual dan menggunakan penyapu khas menolak mana-mana longgokan najis yang tersekat sehingga kehujung kandang. Akhirnya semua air kumbahan najis lembu ini terkumpul dalam beberapa buah kolam takungan najis konkrit direkabentuk daripada yang pekat sehingga kepada kolam kumbahan air terproses. 


Sebuat jentera khas akan mengumpulkan semua longgokan najis dari lembu dalam kolam kumbahan yang telah mengeras (seakan tanah hitam) dan dimasukkan kedalam lori kecil atau trailer untuk dihantar kerumah pembuatan kompos. Rumah kompos setinggi 15 meter ini dengan ia telah direkabentuk mempunyai 4 kompartment dimana setiap kompartment ini dipisahkan dengan dinding konkrit setinggi 1.5 meter untuk memproses tinja lembu tenusus mengikut pusingan. Semua najis ini dikumpulkan setinggi 0.5 - 1 meter dimana trdapat sebuah alat pembalik kompos automatik yang dibeli khas untuk membalik-balikan tinh=ja ini melalui proses penguraian semulajadi (Sila lihat foto disebelah). Mesin ini beropersi secara automatik dan hanta memerlukan seorang pekerja sahaja untuk mereka mengoperasikannya. Mesin yang diimport dari Australia ini sangat cekap dimana ia boleh dialuhkan kepada setiap kompartment denga mudah dan cekap. Apa yang saya lihat dimana boleh dikatakan kawasan pengkomposan ini tidak berbau dan tiada lalat seperti mana kawasan pembuatan kompos menggunakan tinja lembu yang lain. Ini kerana suhu panas semasa proses penguraian ini berlaku lengkap menyebaban tiada lalat bertelur didalamnya. Setelah dibalikkan beberapa kali pusingan maka baja ini sudah bersedia untuk dikumpulkan dan dibungkus.


Baja siap proses ini akan berwarna coklat kehitaman tanpa bau yang kuat (Sila lihat foto disebelah). Semua serat rumput napier dan juga biji napier sudah reput sepenohnya dan Dato Yap tidak takut mendakwa bahawa baja kompos ini adalah yang terbik dimana ia telah digunakan diladang Napier sebagai satu jenis baja yang menyuburkan tanaman. Semua baja ini akan dimasukkan dalam mesin kontainer dimana ia boleh dimasukkan dalam guni seberat 50 kg setiap guni dengan mesin tersebut dan diikat. Baja ini akan dikumpulkan untuk kegunaan sendiri diladang napier, ladang nanas Golden Diamond, tanaman durian dan juga tanaman kelapa sawit diladangnya. Satu guni dijual dengan harga RM45.00 dimana memang 100% dari ladangnya tidak termasuk kos pengangkutan (Sila lihat bungkusan baja di foto paling bawah sekali). Setakat ini ada pembeli yang membuat tempahan baja kompos ini disekitar Sabah dan juga daripada Semenanjung Malaysia. Daripada penelitian penulis blog semasa melawat ladang Napir disini mendapati baja ini ditabur dibawah tanaman rumput napier membolehkan ia sesuai dipotong sebulan sekali (lazimnya selama 45-50 hari) diladang lain. Penggunaan baja ini juga didapati berkesan menghasilkan buah nanas yang manis diladang nenasnya.


Pada masa sama penulis blog merujuk kenyataan akhbar tematan dimana kira-kira RM200 juta diperlukan untuk tujuan membangunkan industri tenusu negara khususnya bagi menambah jumlah lembu tenusu hingga mencapai 10,000 ekor dalam tempoh lima tahun akan datang. Berita dipetik dari akhbar Berita Harian dimana  Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata sasaran itu bagi memastikan pengeluaran susu segar untuk menampung keperluan negara mencapai tahap sara diri iaitu kira-kira 30 juta liter setahun. Ketika ini, katanya, jumlah pengeluaran susu segar tempatan masih kecil dan perlu ditampung menerusi susu import dengan jumlahnya mencapai kira-kira 20 juta liter setahun. Kini jika kita ada 10,000 lembu tenusu maka ia mampu menghasilkan kira-kira 30 juta liter susu iaitu purata pengeluaran 3,000 liter susu bagi setiap lembu. Jumlah itu sudah melebihi import susu dari Australia, New Zealand dan beberapa negara lain ketika ini yang mencecah kira-kira 20 juta liter setahun," katanya kepada pemberita selepas melawat ladang lembu tenusu Evergreen Livestock Sdn Bhd di Kampung Bomboi, di sini, sebentar tadi. Yang turut hadir ialah Pengarah Urusan Evergreen Livestock Sdn Bhd, Datuk Yap Yun Fook. Ladang Evergreen adalah antara ladang ternakan lembu tenusu terbesar dan moden di Sabah dengan memiliki kira-kira 5,000 lembu dan jumlah kapasiti pengeluaran 8.5 juta liter susu segar setahun atau 29 peratus daripada jumlah susu segar dikeluarkan di Sabah dalam setahun. Ahmad Shabery berkata, pihaknya akan membincangkan soal mendapatkan peruntukan untuk mencapai sasaran itu dan penyediaan kemudahan infrastruktur berkaitan dengan Kementerian Kewangan. Kini jika kita mahu membangunkan industri tenusu dan dapat menggalakkan rakyat minum susu segar, kerajaan perlu melabur untuk meningkatkan pengeluaran sedia ada," katanya. Beliau berkata, ada tiga mekanisme perlu diberi perhatian untuk mencapai tahap sara diri pengeluaran susu dalam masa lima tahun iaitu komitmen kerajaan, model penternakan yang digunakan dan jumlah penternak. Semuga tulisan dalam anim agro technology kali ini memberi info terbaik kepada pembaca semua. Wasallam!!!..
MENTERNAK LEMBU... IA ADA TINJANYA...
DIKUMPUL DIPROSES... DIJADIKAN BAJA...
DIGUNAKAN SEMULA... NAPIER SUBURNYA...
SIAPA INGIN BELI... CUBA DAPATKANNYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ladang Evergreen Livestock Sdn Bhd,
Kg Bomboi, Keningau,
Sabah, Malaysia.
(25 Syaaban 1439H).
Posted from:
Room 743, Hotel Marriot,
Putrajaya, WP, Malaysia.

Monday, July 9, 2018

TERNAK BURUNG UNTA - LUMAYAN

MENTERNAK BURUNG UNTA merupakan satu aktiviti ternakan yang lumayan untuk dijalankan di Malaysia. Ini kerana Burung Unta (Struthio camelus) atau dipanggil juga sebagai Burung Kasawari atau Ostrich yang telah lama diperkenalkan di negara kita sekitar tahun 1980'an oleh kerajaan dan didakwa boleh diternak di Malaysia untuk pengeluaran dagingnya dan kini telah menjadi kenyataan. Burung ini berasal dari benua Afrika dan tergolong dalam order Ratitae iaitu burung yang tidak boleh terbang tetapi mampu berjalan dengan dua belah kakinya dengan pantas. Burung berkenaan tergolong dalam keluarga yang sama dengan burung kasuari, emu, rhea dan kiwi. Penulis blog pertama sekali melihat burung ini pada pameran Hari Penternak Peladang dan Nelayan (HPPNK) awal tahun 1980'an lagi dan terkejut dengan saiznya yang besar dan tinggi. Apa yang ada dalam sejarah perkembangan manusia, burung unta mula diternak secara komersial pada tahun 1860 di Afrika Selatan dengan matlamat utamanya untuk penghasilan bulu. Setelah mengalami beberapa kali kemerosotan dan aktiviti pemulihan maka pada tahun 1945, industri moden burung unta mula berkembang. Industri Ternakan Ayam dan Itik di Malaysia merupakan industri yang paling utama didalam sektor ternakan. Data menunjukkan sebanyak 225,789,620 ekor ayam atau ringkasnya 225 juta ekor ayam dikeluarkan pada 2010 dan jumlah ini terus meningkat saban tahun. Populasi itek pula sebanyak 7.927 juta ekor. Laporan dari Jabatan Verterinar tersebut tidak menyatakan berapa banyak populasi Burung Unta di Malaysia. Daripada jumlah tersebut sebanyak 1.295 juta metrik tan daging ayam dan itek dihasilkan dengan nilai sebanyakRM 5.776 billion. Permintaan dan penggunaan daging ayam di Malaysia adalah sebanyak 1,013 juta mt setahun berbanding dengan bekalan sebanyak 1.295 metrik tan setahun bermakna negara mempunyai lebihan bekalan daging ayam pada tahun 2010. Hampir 30% kawasan pengeluaran ayam di Malaysia adalah terletak di Negeri Johor dengan sebanyak 60.1 juta ekor setahun diikuti oleh Negeri Sarawak (32 juta ekor) dan Perak (18.8 juta ekor). Tidak ada laporan mengenai aktiviti penternakan ayam dan Burung Unta dilaporkan di Wilayah Persekutuan. Kalau ada pun mungkin di dalam Zoo Negara sahaja. Artikel malam ini dalan blog "Anim Agro Technology" saya terus menulis mengenai penternakan burung unta yang telah dilaporkan lumayan oleh akhbat tempatan sebagai satu testimoni untuk dijadikan bahan rujukkan.

Aktiviti menternak burung unta dilaporkan lumayan oleh akhbat Utusan Malaysia baru-baru ini. Burung unta atau Struthio camelus berasal dari benua Afrika dan tergolong dalam order Ratitae iaitu burung yang tidak boleh terbang. Burung ini yang berkenaan tergolong dalam keluarga yang sama dengan burung kasuari, emu, rhea dan kiwi. Potensi menternak burung ini selain untuk penghasilan bulunya maka daging dan kulit merupakan teras utama industri (Sila lihat foto disebelah). Dari laporan JPV, di Malaysia, sebilangan besar burung unta mula diimport pada tahun 1994 dan kini terdapat lebih 35 tempat pemeliharaan burung unta di seluruh negara. Daging burung unta kian popular di kalangan pengguna dan mudah diperoleh terutama di restoran dan hotel ternama. Dalam pada itu antara baka burung unta yang disyorkan adalah baka South African Black juga dikenali juga sebagai burung unta Oudtshoorn. Ia merupakan baka domestik dan paling diminati serta dipelihara serata dunia.  Mempunyai kualiti bulu dan kulit yang tinggi iaitu paling banyak minyak dan daging merah yang pejal jika hendak dibandingkan dengan tiga baka yang lain. Seekor burung unta African Black boleh mengeluarkan 14 kaki persegi kulit. Tinggi dan berat dewasa 120 kilogram (kg) ketika berumur antara 18 dan 20 bulan. Baka Blue Neck atau burung unta Somali di mana jantan berwarna biru di tengkuk dan di paha.  Ia sangat sesuai untuk daging, bersaiz besar jika hendak dibandingkan dengan African Blacks dengan berat dewasa 160kg. Merupakan burung unta yang paling tinggi dan bahagian atas kepalanya botak tetapi mempunyai kualiti bulu yang rendah. Baka Red Neck pula atau burung unta Massai di mana jantan berwarna merah jambu atau merah di tengkuk dan peha serta jambulnya botak sedikit. Ia juga merupakan baka yang tinggi, berat dewasa mencecah 170kg serta mempunyai kualiti bulu yang rendah tetapi terlalu agresif atau panas baran. Sungguhpun ia tidak boleh terbang, tetapi fizikalnya besar, mempunyai leher yang panjang, kuat dan mampu memecut sehingga 65 kilometer sejam (40 batu sejam) malah merupakan burung yang berlari terpantas di dunia. Oleh itu ia memerlukan kawasan lapang untuk berlari dan bergerak bebas, tidak kira apa jua sistem pengeluaran yang diamalkan. Sifat-sifat lain yang unik ialah, kakinya yang besar, hanya mempunyai dua jari, otaknya amat kecil berbanding dengan badannya yang besar, pendengaran dan penglihatannya amat tajam dan tabiatnya suka mematuk sesuatu sepanjang hari. Mekanisme kawalan suhu ada secara semulajadi pada tubuh burung, di mana burung unta menggunakan kepaknya untuk menutup tubuhnya yang tidak berbulu ketika sejuk atau melebarkan kepaknya pada waktu panas bagi membebaskan haba.

Dalam pada itu pembiakan burung unta bermula dari proses pemilihan pasangan yang telah mencapai tahap kematangan seks diikuti dengan proses mengawan, penghasilan telor, pengeraman dan penetasan. Kematangan seks burung unta adalah ketika berusia antara empat dan lima tahun manakala burung unta yang diternak matang lebih awal iaitu pada umur antara dua dan tiga tahun dan boleh dijual pada umur antara 10 dan 12 bulan. Seekor burung unta betina boleh menghasilkan telur sehingga antara 40 dan 80 biji setahun. Telur berkenaan boleh dieram secara semulajadi atau melalui alat pengeraman dimana tempoh penetasannya memakan masa selama 42 hari (Sila lihat foto disebelah). Seekor burung unta jantan boleh mengawan dengan beberapa ekor burung unta betina, namun nisbah jantan betina 1:1 adalah lebih sesuai. Pengurusan burung bermula dari peringkat perindukan (brooding) dari umur 0 - 3 bulan, diikuti peringkat juvenile dari empat kepada 11 bulan dan peringkat dewasa 12 bulan ke atas. Bagi burung unta pedaging 40 ekor burung unta boleh dipelihara di dalam kawasan seluas 0.4 hektar (satu ekar). Dalam sistem intensif, ruangan seluas 50 meter (m) persegi atau lebih diperlukan untuk sepasang burung unta. Bagi sistem separa intensif kadar bertelor dan kadar pensenyawaan lebih tinggi kerana lebih banyak ruang makanan diperolehi dan peluang untuk mengawan. Burung unta biasanya suka memakan biji-bijian atau makanan rumusan berbentuk pelet seperti pelet ayam, rumput, buah-buahan dan bunga-bungaan, juga serangga seperti locust. Rumput yang sesuai di makan terdiri dari Paspalum conjugatum, Panicum maximum, Pennisetum purpureum dan Asystasia coromandeliana. Ia mempunyai gigi yang sedikit dan lemah, juga ada yang langsung tidak mempunyai gigi. Kebanyakannya menelan makanan mereka bersama batu kerikil yang berfungsi sebagai gastrolith untuk menggiling makanan di dalam perut. Burung unta dewasa dianggarkan membawa bersama kira-kira sekilogram batu kerikil kecil ke dalam perut mereka. Apabila makan, ia akan mengisi kerongkongnya dengan makanan, bolus yang mengandungi campuran makanan dan kerikil kecil akan ditolak masuk melalui esofagus dan seterusnya ke dalam perut untuk dicerna. Burung unta boleh bertahan tanpa meminum air untuk beberapa hari, dengan menggunakan cecair metabolik tubuh dan kelembapan ketika menghadam tumbuhan sebagai sumber pendapatan air badan, namun mereka juga sangat menyukai air dan acap kali berendam jika air ada disekeliling mereka. Penyakit Avian Pox berlaku pada beberapa spesies burung dan kesannya adalah ketuat yang menggerutu, berwarna coklat dan membesar di sekeliling mata, juga di tepi mulut dan paruh. Penyakit ini boleh mengakibatkan kematian yang tinggi jika tidak dirawat. Serangga mencucuk/mengigit seperti nyamuk adalah vektor penyebaran penyakit ini. Pemberian vaksin boleh mengawal penyakit ini. Penyakit Green urine influenza atau influenza avian adalah sangat bahaya. Ia menjangkiti semua spesies burung. Penyakit ini menyebabkan kematian yang tinggi pada anak berumur kurang dari enam bulan. Oleh kerana jangkitan ini disebabkan oleh virus, tiada rawatan khusus untuk penyakit ini melainkan pencegahan sahaja. Simptom penyakit ini adalah urine berwarna hijau atau green urine.

Daripada testimoni akhbar lain bertajuk "Tingginya nilai burung unta" juga dilaporkan penternakan burung unta juga berkait dengan sektor perlancongan. Perlu ada kreativiti dalam menghasilkan produk kraftangan terutamanya daripada bahan-bahan yang dianggap tidak lagi bernilai sememangnya cukup istimewa dan luar biasa. Maka dengan kreativiti yang tersendiri, maka perhiasan yang menawan seperti cenderamata dan produk perniagaan dapat dihasilkan sebagai satu alternatif baru kepada masyarakat untuk membelinya. Walau pun bunyinya sedikit pelik, tetapi begitu mengujakan apabila pertama kali mengetahui produk-produk menarik itu yang dihasilkan daripada burung unta. Maka jika anda salah seorang penggemarnya, keunikan dan keindahan hasil produk dan kraf tangan burung unta itu boleh didapati di The Ostrich Desaru Showfarm yang terletak di Desaru di Johor ini boleh dijadikan contoh. Pengunjung yang melawat ladang penternakan burung unta tersebut bukan sahaja akan terpegun dengan hasil kraftangan yang dipamerkan bahkan boleh membelinya sebagai tanda kenangan peribadi (Sila lihat foto disebelah). Diantara barangan yang dipamer dan dijual di situ ialah kasut, tali pinggang, beg tangan, lampu perhiasan dan ukiran. Dalam pada itu seorang consultan ladang itu, Colin Teh berkata, barangan kraftangan tersebut diperbuat daripada kulit, telur dan bulu burung unta sebagai usaha menghargai nilai tambah yang terdapat pada haiwan tersebut. Biasanya orang ramai yang berminat untuk membeli barangan berkenaan boleh membelinya dengan harga berpatutan walaupun ada yang mencecah sehingga RM1,000. Ada para pembeli tidak akan merasa rugi dengan pembelian itu memandangkan barangan kraf yang dihasilkan adalah unik, berkualiti tinggi dan cantik. Barangan yang dihasilkan ini diproses di Kuala Lumpur oleh syarikat-syarikat terkenal dengan penghasilan produk yang diiktiraf ramai. Apa yang penulis blog pernah lihat semasa membuat lawatan disini mendapati The Ostrich Desaru Showfarm juga turut memberi pilihan kepada pengunjung apabila menawarkan daging segar burung unta. Biasanya para pengunjung boleh mencuba keenakan makanan berasaskan burung unta seperti sate, telur dadar dan burger yang pastinya jarang diperoleh di tempat lain di negara ini. Sebenarnya daging burung unta mempunyai keistimewaan tersendiri yang tidak diketahui ramai kerana memiliki kolestrol rendah. Pada masa yang sama, pengunjung beragama Islam tidak perlu ragu-ragu kerana makanan yang disediakan adalah halal dan bersih. Ladang tersebut dibuka dari pukul 10 pagi hingga 6 petang setiap hari dan pengunjung juga boleh menyaksikan sendiri pelbagai pertunjukan menarik di samping mempelajari habitat burung unta. Sehingga kini The Ostrich Desaru Showfarm yang diusahakan sejak 2001 menempatkan 360 ekor burung unta dan tiket lawatan dikenakan hanya RM10 bagi dewasa dan RM6 bagi kanak-kanak. Semuga tulisan dalam artikel ini memberi info berguna kepada folower anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MENTERNAK BURUNG ... BURUNG UNTA...
BURUNG BESAR... DAGING SASARANNYA...
TELAH DITERNAK.... RAMAI SUDAH BERJAYA...
HENDAK CUBA... OLEH USAHAWAN MUDA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 530, Hotel Dorsett,
Precint 4, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(22 Ramadan 1439H).
Posted from,
Bandar Baru UDA, JB.
(24 Syawal 1439H).

Sunday, July 8, 2018

HEBAT PERANAN BURUNG PUNGGUK

BURUNG PUNGGUK (Tyto alba) merupakan spesis burung yang hebat. Berdasarkan kepada laporan akhbar bertajuk ''Burung Pungguk Selesai Masalah Tikus Di Subang Jaya'' iaitu satu laporan testimoni akhbar yang penulis blog dapati ia agak menarik untuk dikupas pada artikel kali ini. Burung Pungguk ini apa yang penulis blog ketahui memang digunakan secara meluas didalam kawasan sawah padi dan ladang kelapa sawit untuk mengawal populasi tikus. Tikus adalah haiwan perosak tanaman padi dan buah kelapa sawit serta tanaman lain iaitu didalam sektor pertanian dimana burung pungguk ini dikelaskan sebagai agen kawalan tikus secara biologi dalam Amalan Kawalan Perosak Bersepadu (APB). Terkini burung ini juga telah cuba digunakan bagi menangani masalah tikus di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) dengan cara menggunakan burung pungguk sebagai ejen biologi mengawal pembiakan haiwan terbabit. Terkini dilaporkan sebanyak 12 burung pungguk  telah berjaya ditempatkan di Subang Jaya, USJ dan Bandar Sunway dalam tempoh enam bulan sebagai satu inisiatif pertama dilakukan seumpamanya di Asia. Maklumat dari pegawai di MPSJ ada menyatakan projek perintis bagi cara mengawal populasi tikus di kawasan perbandaran itu turut mendapat kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan Buletin Subang Jaya dan SJ Echo. Sebelum ini MPSJ hanya memfokus kepada cara kaedah kawalan tikus dengan cara meletakkan racun tikus bagi tujuan mengawal peningkatan populasi tikus namun usaha tersebut kurang berkesan. Seterusnya  MPSJ terus berjaya menerima idea dimana penyelidikan dilakukan bersama pihak USM apabila pihak universiti tersebut menghubungi beliau. Perkara ini tidak menjadi asing bagi Jabatan Pertanian yang memang ada ramai pakar mengenai burung ini digunakan dikawasan sawah padi untuk mereka membuat rujukkan. Ini kerana ada perbezaan diantara persekitaran untuk burung pungguk tinggal di kawasan pertanian yang gelap dan sunyi diwaktu malam berbanding dengan suasana terang dan bising dikawasan bandar. Penulis blog juga fikir perlu ada 'kaedah penyesesuaian' untuk burung pungguk yang dibawa dari kawasan pertanian untuk tinggal dikawasan bandar ini. Sebaiknya gunakan burung pungguk yang diambil daripada kawasan bandar juga. Dilaporkan dimana masalah tikus didakwa pernah cetuskan kebimbangan awam dan penduduk setempat dimana pihak MPSJ cuba cari idea lain selain menggunakan racun dan perangkap. Jika usaha ini berjaya ia akan diteruskan ke kawasan lain. Bagi tujuan untuk merealisasikan hasrat tersebut maka pihak MPSJ memperuntukkan sebanyak RM50,000 selain ia turut mendapat tajaan hampir RM100,000. Artikel subuh ini didalam blog "Anim Agro Technology" saya berkongsi info dengan anda mengenai kehebatan burung pungguk dalam kedinginan suhu 12 Celcius dari Confort Hotel,Olomuc, Republic Czech.


Dalam satu laporan dinyatakan sejak dua tahun lalu hampir 8,500 ekor tikus berjaya ditangkap di kawasan MPSJ melalui beberapa kaedah. Diharapkan dengan menggunakan burung pungguk ia dapat mengurangkan jumlah populasinya didalam kawasan MPSJ iaitu pihak berkuasa tempatan (PBT) yang didakwa pertama melaksanakan projek tersebut. Burung dikenali sebagai Burung Pungguk Jelapang padi (BPJ) adalah spesies yang paling meluas digunakan kerana terdapat habitat sesuai di seluruh semenanjung Malaysia. Jabatan Pertanian apa yang penulis pernah bertugas puluhan tahun ada memberikan bantuan memasang rumah burung pungguk diatas sawah padi bagi tujuan mengawal tikus. Saya ada menulis artikel mengenai perkara ini dalam blog sama (Sila klik disini), (Sila Klik Disini) dan (Sila klik disini). Biasanya diet atau pemakanan burung tersebut lebih eksklusif kepada tikus perosak dan dianggarkan sepasang burung pungguk bangsal boleh makan 1,300 tikus setahun. Cara ini adalah bagi  menjadikan mekanisme kawalan biologi berkesan terhadap populasi tikus boleh berlaku. Burung tersebut juga secara teorinya adalah lebih suka mangsa yang bersaiz lebih kecil dan biasanya menelan mangsa secara keseluruhan (Sila lihat foto disebelah)Saiz tikus seberat hampir 350 gram boleh dimakan burung tersebut pada satu-satu masa dimana lazimnya burung pungguk ini juga akan menangkap jumlah mangsa lebih banyak semasa musim mengawan.


Dalam pada itu pengalaman hampir sedekad dalam mengkaji ejen perosak tanaman maka semakin kuat keyakinan pensyarah dari Universiti Sains Malaysia (USM) iaitu Dr. Hasber beritahu hakikat bahawa fauna yang menjadi seteru sebenar tikus (Sila lihat foto disebelah). Sebenarnya memang semulajadi dimana burung ini atau juga dipanggil burung hantu atau nama biasa dipanggil sebagai burung pungguk sahaja menjadikan tikus sebagai salah satu makanannya. Burung Pungguk juga merupakan sejenis burung yang selama ini diceritakan angau merindui bulan purnama. Menurut pakar ini cuba lupakan kucing, ular dan biawak kerana ironinya burung yang sering dibayangi mitos dan disalah erti penjemput kematian itulah pemberi manfaat sebenar bagi manusia akibat potensi idealnya mengekang populasi vertebrata iaitu Tikus sebagai penyebar Penyakit Leptospirosis itu secara biologi. Spesies pungguk jelapang dengan nama saintifiknya Tyto alba javanica pada hakikatnya adalah haiwan yang sukar didekati. Hasber yang kini berkhidmat di Pusat Pengajian Sains Kajihayat USM cukup teruja apabila beliau berkongsi pengetahuannya tentang burung ini untuk tujuan seperti dinyatakan diatas. Belia mendedahkan berdasarkan hasil kajiannya didapati 99 peratus diet makanan pungguk jelapang ialah tikus. Ini dibuktikan daripada tembolok burung itu sendiri dikaji mengandungi tulang tikus. Biasanya burung pungguk jelapang makan dengan cara menelan sebelum mencerna isinya lalu memuntahkan segala tulang dan bulu-bulu dalam bentuk palet. Kita dapati, hampir kesemua tulang yang dimuntahkan adalah tulang tikus.


Burung Pungguk adalah aktif pada waktu malam sama seperti tikus dimana ia juga adalah haiwan yang cukup berselera dengan tikus apabila boleh makan tiga ekor tikus dalam satu malam. Kucing pun boleh makan hanya seekor sahaja. Apa yang penulis blog pernah melawat ladaang kelapa sawit, mereka ada menggunakan khidmat ular tedung hitam dan biawak untuk mengawal tikus di ladang-ladang sawit mereka dimana ia juga ternyata bukan pendekatan yang bagus apabila binatang ini turut melahap atau menganggu hidupan lain. Selain itu adala juga dimaklumkan burung helang dan gagak pula makan tikus tetapi ia tidak aktif pada waktu malam dan seterusnya ia hanya makan bangkai tikus. Biasanya burung  pungguk jelapang mempunyai ciri khas pemburu tikus yang jitu dengan deria pendengaran sensitif dan penglihatan dalam gelap-gelita yang amat tajam. Di sebalik wajah comelnya yang unik dia mempunyai naluri pemangsa yang hebat. Kukunya amat tajam dan mempunyai pegangan yang amat kuat sehingga tikus boleh mati kerana genggamannya. Ia tidak menyerang manusia tetapi andai ia mencengkam lengan manusia dan manusia itu cuba menariknya dimana akibatnya tisu lengan boleh terkoyak. Burung ini berupaya memusingkan kepalanya 180 darjah ke belakang dari kiri atau kanan. Berbanding kebanyakan burung berpenglihatan mata sisi monokular, ia berpenglihatan stereoskopik (mata dua di depan) sekali gus mampu menganggar jarak dengan baik dan ia menyambar mangsanya tanpa bunyi.


Seterusnya sebagai info asas memang ramai mungkin tahu burung pungguk jelapang sesuai hidup dalam persekitaran manusia kerana sejarah dan nama haiwan itu menunjukkan hubungannya dengan manusia. Dalam bahasa Inggeris burung ini disebut 'barn owl' atau burung pungguk bangsal yang tidak pandai membuat sarang. Secara semulajadi ia berasal dari hutan tetapi ia terbang ke kawasan pertanian dan kampung-kampung untuk mencari tikus sebagai sumber makanannya. Pada masa dahulu lazimnya burung-burung ini tinggal di dalam lubang-lubang rumah atau surau lama dan celah-celah batu. Kemudian pada sekitar tahun 70-an dimana selepas kampung-kampung mula membangun dan kawasan tempat tinggal burung pungguk telah berkurang maka pesawah dan Jabatan Pertanian mula membuatkan rumah untuknya yang lazim didirikan di sawah padi untuk menghapuskan tikus. Ia nyata hidupan yang boleh bertoleransi dengan manusia. Hasil kajian terkini Hasber menegaskan, pungguk jelapang juga telah dibuktikan mampu hidup dalam persekitaran berbeza apabila projek USM, UPM, Jabatan Pertanian dan Felda pada tahun 2009 telah menerbangkan burung-burung ini ke ladang sawit dan Sawah Padi di Sabah dan kini telah beranak-pinak. Projek terkini satu percubaan lebih berani telah dilakukan apabila burung pungguk digunakan untuk mengawal populasi tikus di bandar iaitu di Subang Jaya, Selangor. Ia merupakan yang pertama di Malaysia dan didakwa pertama di Asia. Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menempa sejarah apabila melancarkan Projek Kawalan Tikus Menggunakan Burung Pungguk dengan pengenalan sepasang pungguk jelapang. Selaku koordinator burung pungguk bagi projek sama, Memang perlu difahami semua bahawa percubaan seperti ini memerlukan masa untuk melihat keberkesanannya. Ini kerana burung ini burung kampung an perlu disesuaikan untuk dijadikan ia burung bandar dimana ia memerlukan masa untuk penyesuaian diri dengan cuba biasakan ia makan tikus bandar dulu. Memang peringkat permulaan ia memang sukar tetapi apabila anak-anaknya sudah dilahirkan di bandar dan membesar di situ dipercayai barulah ia tidak sukar kerana ia sudah menjadi burung bandar. Pembaca pula jangan jangan skeptikal mengenai kaedah ini dimana biasanya jika tikus bandar dewasa terlalu besar untuk dimakan diharapkan ia tetap mampu memberi kesan kepada pengurangan tikus kerana zuriat-zuriat tikus telah dimakan. Seterusnya mengenai kemungkinan pungguk bandar akan menjadi pesaing gagak maka dilaporkan ia dijangka tidak berlaku memandangkan kedua-duanya keluar pada waktu yang berbeza dan gagak ialah haiwan pembangkai. Setakat ini juga tidak ada laporan. Biasanya burung pungguk akan terbang dengan senyap sehingga sukar untuk mengesannya. Ia terbang secara senyap, tidak seperti burung-burung lain, maka kita kena menggunakan keupayaan visual dalam gelap untuk memerhatikan punggu.  Jika kajian ini berjaya ia akan menjadi satu kebangaan dimana burung pungguk dibandar ampu mengurangkan populasi tikus seperti mana yang berjaya dilakukan dikawasan sawah padi dan ladang kelapa sawit. Semuga artikel subuh yang dingin ini dalam anim agro technology memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!...

BURUNG PUNGGUK... UNIK HABITATNYA...
MEMAKAN TIKUS... ITU KELEBIHANNYA...
DISAWAH PADI...IA TERBUKTI BERJAYA...
DIBANDAR PULA... KAJIAN BERMULA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 604, Confort Hotel Olomuc Center,
Wolkerova 29, Olomuc,
Republic Czech.
(4 Syawal 1439H).
Posted from:
Room 8005, Hotel Perdana,
Kota Bharu, Kelantan.
(20 Syawal 1439H).

Saturday, July 7, 2018

TAMBAH NILAI - BUAH MELAKA

BUAH MELAKA (Phyllanthus emblica L) adalah sejenis buah dari keluarga Euphorbiaceae yang kini menjadi salah satu pokok ikon kepada kerajaan Negeri Melaka. Kenalkah anda semua dengan Kuih Buah Melaka?... Jangan keliru dengan 'Kuih Buah Melaka' berwarna hijau dengan kelapa parut yang mengandungi isi gula melaka atau pun di panggil juga sebagai 'Onde-onde' atau di kampong saya dipanggil sebagai 'Kueh Kelepon'. Pokok ini berasal dari kawasan Asia Tenggara dan terdapat juga tumbuh di India, Nepal, Selatan China dan sekitar Indo-China. Buah Melaka lazimnya di makan mentah dan mengandungi vitamin C yang tinggi serta serabut larut pektin yang membantu didalam mengurangkan kolesterol dalam darah. Banyak maklumat mengenai info tumbuhan ini yang kita tidak tahu kalau kita tidak membuat kajian dan membuat banyak rujukkan. Tidak mengapa kalau kita belum tahu. Penulis blog yang lama bertugas di Melaka dan membeli rumah di sana juga mendapati pokok Melaka pertama kali saya nampak di Negeri Melaka di Bandar Hilir hampir 20 tahun lalu yang ditanam sebagai satu ikon negeri tersebut. Saya pun tidak pasti pokok tersebut masih ada lagi atau tidak kerana sudah lama tidak berkunjung ke Bandar Hilir, Melaka. Pokok Melaka mempunyai bersaiz sederhana besar dan dengan batang yang tumbuh tegak dan kurus. Pokok ini mampu tumbuh setinggi 25 meter (Spesis liar dalam hutan) tetapi jika ditanam dikawasan lapang biasanya mencapai ketinggian sekitar cuma sekitar 8 meter atau lebih. Dahan yang banyak, bengkang bengkok dimana terdapat beberapa bonjolan pada bahagian bataang dan rantingnya. Daunnya kecil, ringkas, tirus yang memanjang dan berwarna hijau. Ukuran panjang daun sekitar 5 -20 mm dan lebarnya 1-5 mm sahaja yang tersusun dalam dua baris pada ranting membentuk seperti daun majmuk. Bunga jantan saya dapati berada dalam jambak yang keluar dari ketiak daun sementara bunga betina keluar secara tunggal.Berbeza dengan Kuih Buah Melaka adalah buat seperti bola atau bulat lonjong yang berwarna hijau ketika muda dan kemudian bertukar menjadi kekuningan coklat setelah masak. Buah yang kecil ini berukuran 13-20 mm dan lebar ukurlilit buah sekitar 23-30 mm yang keluar dari celah ranting daun. Buah yang masak ini didapati mengandungi air, karbohiderat, protin, lemak, serabut dan banyak pektin. Setiap 100 gram jus buah ini mengandungi 1,000 mg asid askorbik dan kajian menunjukkan kandungan Vitamin C dalam buah ini 20 kali ganda dari dalam buah oren. Apa yang hebat ialah kerana Vitamin C ini tidak hilang sepenohnya walau pun Buah Melaka di jeruk didalam air garam atau di proses dalam bentuk buah kering. Penelitian penulis blog mendapati dimana pada bahagian daun, kulit pokok, buah sangat kaya dengan kandungan Tanin yang bagus untuk kesihatan kita. Kajian di makmal juga menunjukkan kulit pokok dikeringkan dilaporkan mengandungi 10-20% Tanin, Ranting dikeringkan mengandungi 12-24% Tanin dan sementara Daun yang dikeringkan mengandungi 22 - 28% Tanin.  Artikel pagi Rabu ini dari Vienna, Austria saya menulis didalam "Anim Agro Technology" artikel yang ke 4,820 dengan kudrat dari Allah juga subuh jam 2.10 pagi mengenai teknologi berkaitan pokok buah Melaka untuk menafaat bersama.


Dalam sebuah akhbat tempatan Harian Metro ditulis oleh wartawan Mohd Husin dimana ia satu laporan mengenai kajian buah Melaka ini yang penulis blog rujuk dan tulis semula. Artikel bertajuk "Tambah nilai buah melaka" amat baik untuk dijadikan bahan rujukan dalam blog Anim Agro Technology yang dibaca lebih dari 250,000 orang sebulan. Pada muka depan dipaparkan wajah En Mohd Khairil memegang buah melaka yang diekstrak untuk dijadikan set penjagaan diri dan kosmeseutikal yang diberi nama M’blica. Pada penulis blog apabila disebut buah melaka terbayang di fikiran penulis sejenis kuih onde-onde yang cukup popular di negara ini. Walau pun ada anggapan penulis hakikatnya tersasar apabila buah melaka yang dimaksudkan adalah sejenis buah berwarna hijau untuk dijadikan produk kecantikan yang tumbuh di negeri Melaka saja (Sila lihat foto paling atas). Saya ada menulis artikel mengenai ppokok buah melaka lama dahulu untuk paparkan mengenai buah melaka (Sila klik disini) dan beberapa artikel lain berkaitan. Apa yang penulis blog lebih bangga dimana semasa bertugas di Melaka dahulu selama 14 tahun ada melihat pokok ini banyak ditanam di Bandar Hilir (kini sudah menjadi Kompleks Datarn Pahlawan dan pusat beli belah komersil). Laporan akhbat nyatakan En Khairil yang pernah bekerja sebagai pegawai penyelidik di Melaka Biotech berjaya menghasilkan produk berasaskan buah melaka diekstrak untuk dipasarkan. Menurut Pengarah Urusan Tropical Bioessence Sdn Bhd (TBESB), Mohd Khairil berkata syarikatnya memperkenalkan set penjagaan diri dan kosmeseutikal yang diberi nama M’blica. Penulis blog tidak tahu bagaimana nama ini diberikan namun percaya yang perkataan 'M' itu mungkin untuk 'Melaka'.


Dakwanya produk 'M’blica' juga adalah produk yang dihasil berasaskan ekstrak buah melaka. Katanya pokok melaka ialah sejenis pokok yang bersaiz kecil, sederhana dan mencapai ketinggian antara lapan hingga 18 meter (Saya sudah jelaskan dalam para 1). Ia juga mempunyai batang yang lazimnya bengkok dan dahannya terbuka luas selain mempunyai bunga berwarna kuning hijau. Dalam keadaan biasa biji buah melaka berwarna hijau kuning muda, berbentuk sedikit bulat dengan enam jalur tegak serta masak pada musim luruh dengan rasanya pahit dan masam. Buah melaka mempunyai kandungan asid askorbik yang tinggi. Selain itu didakwa ia juga mempunyai kandungan kumpulan Fenolik yang banyak seperti asid elagik, sid gallic, quecertin, kaempherol, emblicanins, flavonoids, glycosides dan tannin. Kesemua bahan ini adalah sumber antioksidan yang kuat. Kajian dilakukan terhadap asid askorbik di dalam buah melaka menunjukan terdapat aktiviti antioksidan yang tinggi sekitar 45 - 70 peratus. Hasil dari kajian juga menunjukkan ekstrak buah melaka didapati mempunyai kesan antibakteria yang tinggi. Ditambah dengan kehadiran kandungan vitamin C dan kumpulan fenolik yang tinggi dan terkenal sebagai ajen antioksidan hebat. Dakwanya lagi buah melaka dipercayai mampu mengurangkan masalah kedutan kulit, mengurangkan proses pigmentasi dan membantu kulit untuk memelihara kesan kelembapan secara semula jadi. Kajian invitro ke atas fibroblas kulit menunjukkan terdapat peningkatan terhadap bilangan sel dan penghasilan kolagen. Kini ekstrak buah melaka sememangnya bebas aktiviti pro-oksida sepenuhnya apabila ia dapat memanjangkan keupayaan untuk melindungi daripada kerosakan kulit disebabkan cahaya. Buah melaka juga amat bagus dalam merangsang pertumbuhan rambut dan mencegah pertumbuhan uban. Produk Mblica yang dihasilkan dalam kilang tersebut mematuhi piawaian sedia ada (Sila lihat foto disebelah). Ia memerlukan kepakaran yang baik didalam menghasilkan produk makanan kesihatan seperti ini.


Selanjutnya dinyatakan dari dari kajian menunjukkan kandungan terbitan vitamin C dan kompaun polifenolik meningkatkan sel Dermal Papila (DP), iaitu sel mesenchymal khusus yang memainkan peranan penting dalam mengawal atur kitaran pertumbuhan dan keguguran rambut. Sel DP bukan saja membekalkan nutrien akan tetapi ia turut menghasilkan banyak faktor pertumbuhan (growth factors) dan cytokines yang mempengaruhi pertambahan sel serta fungsi beberapa sel folikel (folliculars) yang dinamakan keratinosit (keratinosystes) dalam keadaan normal (Sila lihat foto sel tersebut disebelah). Kini berdasarkan penemuan yang memberangsangkan ini maka Syarikat TBESB telah mengambil langkah proaktif untuk menambah nilai kepada produk buah melaka dengan menghasilkan beberapa produk kecantikan dan penjagaan diri berasaskan ekstrak buah melaka. Sehingga kini difahamkan dimana produk M’blica ini dilancarkan di Milan, Itali pada semenjak 10 Jun 2015 iaitu semperna Expo Milano 2015 dan terus mendapat sambutan baik dikalangan pengguna. Pelancaran tersebut telah pun disempurnakan mantan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) masa itu iaitu Datuk Dr Ewon dengan kerjasama Malaysian Biotechnology Corporation (Bioechcorp). Kini diantara produk M’blica yang dihasilkan dari buah melaka ialah syampu rambut, gel mandian, losyen badan dan serum rambut (Sila lihat foto dibawah). Syarikat TBESB beroperasi sejak lapan tahun lalu dimana ia sudah mendapat status Bionexus yang dianugerahkan oleh pihak Malaysian Biotechnology Corporation Sdn Bhd dimana sehingga kini menghasilkan 50 produk Sutra yang dikategori sebagai Aromaterapi, Fragrance dan Wellness. Bagi menghasilkan produk itu syarikay ini telah menggunakan teknologi terkini iaitu Supercritical Fluid Extration (SFE) di dalam penyulingan minyak pati daripada tumbuhan dan ekstrak herba asli tanpa tambahan bahan pengawet serta kimia. Penulis blog dapati jika produk ini boleh dikembangkan diperingkat antarabangsa maka keperluan untuk menanam pokok buah melaka secara komersil tentunya ada. Maka perlu ada pakej amalan agronomi tanaman perlu disediakan oleh pihak berwajib. bagaimana pun sebaiknya ia mengambil kira dengan kaedah penanaman mengikuti MyOrganik Certification kerana nanti produk tersbut adalan untuk produk kommsetik dan juga kesihatan. Semuga tulisan disiapkan jam 2.51 subuh ini memberi info terbaik dari Aienna, Austria kali ini. Wasallam!!..

NAMA DIBERIKAN... BUAH MELAKA...
BERWARNA HIJAU... MASAM RASA....
BOLEH DIPROSES...PRODUK M'BLICA...
PERLU DITANAM... MYORGANIK CARA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert, 

No 30, Pratesterm Apartmeent,
Wolfgang Schmazl Casse,
18 - 20, Leopoldstradt,
Vienna, Austria.
(7 Syawal 1439H).

Friday, July 6, 2018

NANAS MADU KACA - TANAMAN INTERGRASI

NANAS VARIETI MADU KACA (Ananas commosus) merupakan satu varieti tanaman nanas yang sangat popular di tanam terutama di Kelantan sebagai tanaman intergrasi dengan tanaman getah. Nanas ini pada asalnya dinamakan sebagai nanas Sarawak sahaja tetapi sedang didalam proses pendaftaran dengan Jabatan Pertanian untuk di namakan sebagai Nanas 'Madu Kaca'. Proses pendaftaran ini melalui proses SOP sedia ada didalam National Plant Variety Listing bagi membolehkan ia berada dalam 9 varieti nanas sedia ada didaftarkan iaitu daripada AC1 sehingga AC9. Penulis blog mendapati kini nanas varieti ini telah di komersilkan di negeri-negeri pantai Timur Semenanjung Malaysia seperti di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Ia adalah nanas dari kumpulan Cayene iaitu ia agak kurang sensitif terhadap aruhan bahan kimia untuk pembungaan. Kini petani di sekitar Rantau Panjang, Kelantan yang luas mengusahakan nanas Madu Kaca telah mempunyai asas teknologi agronomi yang baik untuk membolehkan buah nanas ini mengeluarkan hasil dengan lebih teratur. Apa pun menurut Pak Su dan EnIsmail iaitu dua orang yang aktif menanam nanas ini menyatakan jadual penanaman yang betul akan membolehkan nanas ini tidak perlu dihormon bagi mendapatkan hasil sekitar bulan Julai hingga September sebagai 'peak season'. Penulis blog yang membuat tinjauan teknologi dibeberapa buah kampong di Jajahan Rantau Panjang dan Pasir Mas mendapati tanaman nanas madu kaca semakin popular di negeri tersebut. Artikel malam ini dari aras 8 Hotel Perdana saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai usaha menanam nanas varieti Madu Kaca sebagai satu usaha menghebahkan nanas ini.


Nanas Madu Kaca adalah jenis Nanas Sarawak tetapi ia mempunyai ciri-ciri berlainan dengan nanas Sarawak sedia ada ang dahulu popular di tanam di Johor. Penulis blog bersama beberapa pakar dari Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman Jabatan Pertanian Putrajaya sedang membuat pencirian khusus untuk varieti ini bagi ianya boleh didaftarkan sebagai satu varieti berlainan dengan nanas Sarawak. Nanas ini mudah di tanam dan diuruskan amalan agronominya berbanding dengan beberapa varieti lain seperti nanas MD2. Ia mempunyai pokok yang besar dan mampu mengeluarkan benih yang banyak bagi setiap pokok yang matang dan berbuah. Penulis blog dapati saiz buahnya yang besar menjadikan nanas ini mampu menarik minat pembeli selain daripada isinya yang berwarna kuning jernih dan keputihan seakan kaca semasa di buang kulitnya. Berat buah nanas ini diantar 2.0 - 4.0 kg sebiji (Sila anda lihat foto disebelah). Petani disini menanam nanas varieti madu kaca dengan cara intergrasi bersama pokok getah yang menerima bantuan tanaman semula. LPNM membantu penanam nanas ini dibawah skim tanaman nanas intergrasi dimana mereka yang berjaya diluluskan akan menerima bantuan bayaran benih sebanyak 15 sen sepokok dengan kadar maksima 10,000 pokok bagi setiap peserta. Pengusaha biasanya akan menanam dikawasan tanah getah yang baru dibersihkan dan menanam nanas diantara barisan pokok getah untuk selama 2 musim sahaja. Pemilik tanah lazimnya suka memberikan kebenaran penanam nanas untuk menanamna kerana ia tidak perlu menjaga pokok getahnya yang dijaga dangan baik sehingga tumbuh membesar. Ditanya lanjut biasanya tiada kenaan sewaan tanah oleh pemilik tanah malahan jika ada kebun getah yang hendak ditebang sudah ada usahawan yang menawarkan diri untuk menanam nanas dan tanaman selingan lain. 


Apa yang menarik mengenai nanas Madu Kaca adalah kualiti buahnya dan saiz buahnya. Buah nanas jenis ini biasanya akan matang dalam masa 12 - 16 bulan sebelum ia sesuai dipetik. Amalan pembajaan yang baik dengan menggunakan banyak baja Urea dan baja jenis Yara Milla membolehkan pokok nanas disini mengeluarkan buah tanpa melalui proses aruhan bunga. Bagaimana pun kebun perlu diterangkan daripada rumpai dan semak samun untuk mendapatkan kualiti buah yang baik. Buah yang matang apabila dibelah memberikan kualiti buah yang manis, juicy dan sesuai untuk dimakan segar (Sila lihat foto disebelah).  Melalui jalan utama daripada Rantau Panjang ke Kota Bharu ada banyak gerai bersusun menjual nanas Madu Kaca sepanjang jalan dan anda boleh berhenti untuk membelinya. Harga ladang bagi jenis nanas ini diantara RM1.80 - RM2.50 bergantung kepada kualiti buah. Ia sesuai dimakan segar atau pun diproses untuk dijadikan jus dan pelbagai jenis masakkan. Buah yang masak lazimnya masih mempunyai kulit berwarna hijau tetapi pekebun akan tahu sama ada buah nanas tersebut telah matang dan sesuai dipetik dengan menjentiknya. Buah yang matang lazimnya menghasilkan bunyi yang padat menandakan ia manis. Kepada anda yang belum pernah merasa keenakkan buan nanas Madu Kaca apabila berpeluang boleh membelinya dimana-mana lokasi yang ada menjual. Apa yang penulis blog pasti jika anda berkunjung ke Rantau Panjang, Kelantan memang disana ada banyak nanas madu kaca untuk dibeli dan dinikmati. Semuga artikel malam ini didalam keletihan membuat tinjauan kebun nanas memberi info berguna kepada anda pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...


NANAS BESAR MANIS...ITU MADU KACA...
INTERGRASI DENGAN GETAH... TANAMNYA...
MANIS DAN BERJUS... JUGA BERCAHAYA...
MENULIS ARTIKEL...ADA RASA GEMBIRA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 8005, Hotel Perdana,
Kota Bharu, Kelantan,
Malaysia.
(22 Syawal 1439H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...