Support My Blog

Showing posts with label RUMPUT MUTIARA. Show all posts
Showing posts with label RUMPUT MUTIARA. Show all posts

Wednesday, October 1, 2025

RUMPUT MUTIARA

RUMPUT MUTIARA (Hedyotis corymbosa Lamk) merupakan sejenis rumput liar daripada keluarga Rubiaceae yang mudah kita jumpa dimana-mana. Rumput mutiara ini juga mempunyai persamaan dengan nama Oldenlandia corymbosa. Saya cuba mengaitkan ciri-ciri rumput ini dengan perkataan 'mutiara' atau dalam bahasa Inggeris dipanggil sebagai 'Pearl Grass' dimana ia mungkin dari segi bentuk daunnya yang mempunyai bentuk seperti mutiara? Adakah bunganya yang mempunyai bentuk mutiara? atau mungkin bijinya yang ada bentuk mutiara?. Apabila membaca beberapa laman web mengenai rumput ini terdapat banyak percanggahan pemahaman mengenai rumput mutiara ini. Saya lihat ada yang kata ia adalah rumput laman seperti jenis rumput kerbau (Axonopus compresus) sahaja. Bagaimana pun secara saintifik saya percaya yang rumput mutiara ini adalah jenis rumput yang dipanggil sebagai rumput siku-siku, rumput daun mutiara, rumput katepan, rumput urek-urek polo, rumput pengka, rumput lidah ular dan rumput bunga telor belungkas. Apa yang kita hendak kenal subuh ini adalah mengenai pencirian dan kegunaan rumput mutiara yang memang terdapat dinegara kita beriklim tropika dengan cuaca panas lembab. Aertikel subuh ini kita kenal melalui "Anim Agro Technology" sedikit maklumat mengenai rumput mutiara.


Rumput ini mempunyai ciri tumbuh menegak atau condong dengan ketinggian sekitar 15 - 50 cm. Ia amat suka tumbuh dikawasan yang agak lembab dengan sinaran matahari yang mencukupi. Kita mudah menjumpai rumput ini ditepi jalan, ditepi pagar sekolah/pejabat, dikawasan padang dan banyak lokasi lagi. Tumbuhan ini memang mempunyai banyak cabang dengan tumbuh merimbun dikawasan tanah subur (Lihat foto sebelah). Ia lazimnya tumbuh bersendirian dengan batang sedikit dikawasan tanah kurang subur atau agak kering sedikit. Bentuk batangnya adalah bersegi dengan ruas agak pendek dan berwarna hijau kecoklatan sehingga kelabu. Daunnya bersaiz kecil sekitar 2-5 cm panjang berwarna hijau pucat dan mempunyai susunan bersilang. Jika diteliti, daun meruncing dihujung dengan adanya sehelai rambut yang pendek dihujungnya. Dibahagian sepanjang tepi daun juga terdapat seakan sisik-sisik kecil dan tangkai daun adalah pendek. Bagi penulis blog dimana rumput mutiara (nama saintifik sebagai Oldenlandia corymbosa adalah sejenis rumput liar yang banyak digunakan dalam kaedah perubatan tradisional kerana sifat antioksidan, anti-radang, dan khasiat lain yang membantu melancarkan pencernaan dan dapat juga menguatkan imuniti. Tumbuhan ini tumbuh subur di kawasan tropika dan subtropika yang lembap seperti di pinggir selokan atau sungai, serta mengandungi senyawa bioaktif seperti fenol, saponin, tanin, flavonoid, dan terpenoid. Diantara beberapa ciri dan kelebihan rumput ini adalah pertama ia bersifat Antioksidan serta dilaporkan mengandungi pelbagai antioksidan yang membantu melawan radikal bebas serta ia mengurangkan risiko penyakit seperti diabetes dan kanser dan juga mampu melambatkan penuaan sel badan. Rumput ini khasiat kedua adalah sebagai bahan Anti-radang dengan cara membantu mengurangkan keradangan dalam badan dan menjaga kesihatan hati. Ketiga dimana ia akan meningkatkan Imuniti secara membantu menguatkan sistem imuniti badan untuk melawan jangkitan bakteria dan virus. Khasiat lain adalah termasuk dapat membantu mengurangkan masalah pencernaan dan menyokong kesihatan otak. Kajian makmal melaporkan jika diantara zat aktif dalam rumput mutiara adalah  mengandungi sejenis zat unik seperti bahan iaitu Asid ursolate dan Asid oleanolate yang berpotensi mencegah dalam perkembangan sel kanser. Kegunaan Tradisional dimana rumput mutiara ini ada digunakan sebagai ubat tradisional di negara-negara seperti China dan India untuk merawat demam. Dijadikan juga sebagai bahan makanan iaitu pada dunnya yang kaya dengan vitamin C dan boleh dimasak bersama sayuran lain. Ciri rumput ini dimana ia boleh tumbuh dengan baik di tanah yang lembap dan boleh ditemui di pinggir tebingan sungai. Perlu awas jika penggunaan rumput mutiara perlu berhati-hati terutamanya bagi wanita hamil dan ibu yang sedang menyusukan bayinya serta individu yang mengambil ubat-ubatan sebab dilaporkan memang ada kesan ke atas komplikasi ubat yang belum terbukti sepenuhnya.


Khasiat rumput mutiara memang telah banyak dibuat pemerhatian terutama jika kita sempat membaca artikel versi Indonesia. Bahan yang terkandung didalam rumput ini adalah seperti asid ursolate, asid uleanolate, flavanoate dan indoade. Bahan kimia ini didapati membantu didalam menghalang perkembangan sel-sel kanser. Bahan ini juga menjadi bahan antihepatoksik yang membantu hati daripada rosak. Laporan juga mengaitkan bahawa ekstrak daripada rumput mutiara merupakan bahan antioksidan yang berkesan. Antioksidan semulajadi ini adalah lebih baik daripada bahan antioksidan sintetik yang ada dipasaran. Ia membantu didalam sistem pembiakan manusia. Beberapa produk daripada rumput mutiara ada dijual dipasaran dalam bentuk serbuk dan kapsul dengan pakej pembungkusan yang menarik (Sila lihat foto sebelah). Walau pun di Malaysia masih kurang produk berasaskan rumput mutiara, mungkan akan ramai usahawan muda menceburi bidang ini pada masa akan datang. Ada di laporkan produk ini di jual di beberapa outlet dan paling mudah membelinya secara dalam talian yang ada aplikasinya dalam internet. Bagaimana pun sebelum membeli perlu dapatkan maklumat terdahulu. Apabila menerima ubat baca label dengan teliti untuk mempastikan ketulinan produknya.


Saya juga sempat merujuk kepada beberapa blog lain yang menyatakan khasiat rumput mutiara dari segi kesihatan manusia. Katanya produk rumput mutiara mendakwa ia dapat membantu didalam mengatasi masaalah bronchitis, pneumonia, radang tekak, hepatitis, membaiki fungsi hati dan banyak lagi. Ia juga membantu membaiki pengaliran darah dalam badan dan menbuang toksin dengan berkesan. Kebanyakan dijual dalam kapsul yang dimakan setiap hari mengikut dos yang dibenarkan. Kini rumptu mutiara mula digunakan sebagai bahan asas untuk kosmetik dan industri kecantikkan. Beberapa produk yang berasaskan rumput mutiara seperti sabun mandi, krim muka dan shampoo rambut telah dijual dipasaran (Sila lihat foto disebelah). Produk sabun rumput mutiara dilaporkan sesuai di gunakan oleh mereka yang memerlukan kehebatan khasiat dari produk ini. Apa pun memang masih ada kemungkinan akan banyak lagi produk berasaskan rumput ini dihasilkan oleh pengusaha tempatan. Isunya adalah nanti usahawan atau petani yang khusus menanam rumput mutiara secara komersil untuk tujuak ini. Masa akan menentukan. Wasallam!....
RUMPUT MUTIARA... UNIK DAUNNYA...
TUMBUH LIAR... ADA DIMANA-MANA...
BANYAK KHASIAT... KENA MENCUBANYA...
KAJIAN LANJUTAN...SIAPA LAKSANA?...

By,

M Anem
Senior Agronomist,
Taman Cendana
Jalan Istana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka, 
Malaysia
(1 RabiulAkhir 1434H)
Kemaskini artikel pada:
11 Rabiulakhir 1447H.

Friday, July 25, 2014

RUMPUT SIKU-SIKU

RUMPUT SIKU-SIKU (Oldenlandia corymbosa) merupakan sejenis tumbuhan jenis rumpai daripada keluarga Rubiaceae yang sering didapati disekeliling kita. Rumput jenis ini juga dipanggil sebagai 'rumput mutiara', 'suku dengan', 'pokok telur belangkas', 'daun mutiara', 'lidah ular' atau 'katepan'. Rumput ini mudah tumbuh subur dikawasan tanah yang lembap atau dikawasan kebun kosong yang sedikit berair serta disekitar halaman rumah, tepi jalanraya dan atas ban sawah. Rumput ini terkenal sebagai tanaman jenis ubatan yang telah digunakan oleh masyarakat China, India dan masyarakat lain sekitar Asia Tenggara untuk menjadi bahan penawar perubatan berbagai jenis penyakit. Kita dikalangan pembaca internet kadang-kadang dikelirukan jenis rumput ini yang disamakan dengan rumput kerbau atau rumput yang dikatakan sama rupanya. Bagaimana pun artikel ini saya rujuk dan memetik dari beberapa buku dan menyemak dengan laman web untuk mengenali rumput siku-siku bagi dijadikan bahan bacaan atau rujukan dalam "Anim Agro Technology". Rumput ini merupakan sejenis rumpai yang menjadi masaalah kepada pekebun kerana ia mudah tumbuh dalam banyak keadaan dan bersaing dengan tanaman dari segi ruang, makanan, cahaya matahari malahan mungkin menjadi perumah kepada sesetengah serangga perosak dan penyakit. Daripada buku laporan statistik Jabatan Pertanian, saya dapati tidak ada maklumat rasmi mengenai keluasan tumbuhan rumput siku-siku ini ditanam dan keluasannya.


Dari segi morfologi rumput ini lazimnya akan tumbuh menegak atau condong sedikit atau rebah mengikut keadaan setempat ia tumbuh. Pertumbuhannya adalah dimana ia akan mula bercabang mulai dari pangkal batangnya dengan tinggi 50 - 60 cm (Sila lihat foto sebelah). Saya lihat ia mempunyai jenis batang bersegi empat, gondol atau macam ada sisik sangat pendek. Batang rumput (stems) bercabang dengan tebal 1 mm dan berwarna hijau pekat sampai hijau kelabu jika ia cukup dewasa. Daunnya relatif kecil dengan panjang daun sekitar 2-5 cm panjang dimana dibahagian hujungnya adalah meruncing dengan ada satu struktur tulang daun di tengah. Bentuk hujung dan pangkal daunnya memang tirus meruncing yang kelihatan berwarna hijau pucat dengan sisik sisik kecil disepanjang tepi daun. Lazimnya ia mempunyai tangkai daun sangat pendek dan memiliki rambut pendek pada ujungnya. Bahagian akar tanaman herba ini merupakan akar tunjang dan juga akar rambut dengan garis tengah berukuran sekitar 1 mm berbentuk benang.


Tumbuhan rumpai ini merupakan jeins tumbuhan semusim. Ia mempunyai saiz batang yang kecil, bentuk bersegi dan memang selalunya lemah. Ia juga mudah merebah ditanah dimana ianya dilihat bercabang dan dihujung batang adalah tegak (Sila lihat foto sebelah). Mempunyai warna kulit batang hijau dimana pada keadaan biasa maka panjang batang 15-50 cm. Dalam pemerhatian dikawasn rumah di Putrajaya, saya lihat daunnya bertangkai pendek dengan aturan daun bersilang berhadapan, hujung daun meruncing dan juga kelihatan berbulu. Ia juga seperti laporan diatas mempunyai tulang daun hanya satu ditengah helaian daun, panjang daun 2-5 cm. Ia mempunyai jenis bunga majmuk yang berwarna putih dan mempunyai tangkai keras dimana panjang tangkai sekitar 5-10 mm. Lazimnya bunga rumput siku-siku akan keluar dari ketiak daun dengan ada sejumlah 2-5 unit yang berbentuk seperti payung dan berwarna putih. Buah ini berbentuk bulat dengan bahgaian hujung buah pecah yang mengandungi beberapa biji kecil. Tumbuhan ini lazimnya membiak melalui bijibenih. Rumput ini tumbuh liar pada kawasan seperti di pinggir jalan. Kajian makmal juga mendapati ia mengandungi unsur seperti Hentriacontan, Stigmasterol, Asid ursolate, Asid oleonate, B-sitosterol, P-Asid Kumarate, Flavonoid, Tannin dan Kumarin. Bahan kimia ini yang dipercayai bahawa rumput siku-siku merupakan jenis herba yang menjadi penawar kepada beberapa masaalah kesihatan manusia.


Dari segi perubatan didapati rumput sesiku banyak digunakan untuk merawat beberapa penyakit. Kegunaan rumput mutiara antaranya berkhasiat untuk dijadikan ubat akibat digigit ular, tersiram air panas, tulang patah, kanser, usus buntu, terkehel, sakit buah zakar dan saluran seperma lelaki tersumbat. Daripada beberapa lamanweb saya mendapati rumput ini digunakan bagi merawat kanser dan radang usus. Caranya perlu diambil sebanyak 60 g rumput siku-siku (yang bebas dari pencemaran) direbus dengan 3 gelas air sampai mendidih. Air rebusan disejukkan dan amalkan untuk 3 kali minum selama 6-8 hari. Bagi kegunaan kaum lelaki yang ada msaalah sakit buah zakar dan saluran seperma tersumbat boleh diambil rumput siku-siku (rumput mutiara) segar 30 g kemudian direbus dengan 2 gelas air hingga menjadi 1 gelas. Setelah air rebusan sejuk boleh diminum 3 kali sehari selama 3-4 minggu. Seterusnya adalah kehebatan rumput ini merawat gigitan ular atau tersiram air panas. Caranya dengan ambil daun rumput ini dan dilumatkan kemudian ditampalkan pada bahagian yang sakit sehingga sembuh. Jika ada yang tersiram air panas boleh dirawat dengan mengambil seluruh bahagian rumput siku-siku secukupnya direbus dalam air selama beberapa minit dimana air rebusan tadi digunakan untuk mencuci bahagian yang tersiram air panas sehingga sembuh dan kurang sakit. Apa-apa pun saya fikir adalah dinasihatkan berjumpa doktor untuk rawatan lanjut. Wasallam!.


RUMPUT SIKU-SIKU...IA MUTIARA...
TUMBUH LIAR... MERATA-MERATA..
CIRI MARFOLOGI... AMAT KETARA...
WALAU RUMPUT...BANYAK GUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
W.P., Putrajaya,
Malaysia.
(22 Ramadan 1435H)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...