Industri perkayuan global secara amnya melaporkan dimana eksport kayu balak (logs) dan produk kayu gergaji (lumber atau sawn wood) di peringkat dunia dikategorikan kepada dua jenis utama. Pertama adalah Jenis Kayu Lembut (Softwood) dan kedua adalah Jenis Kayu Keras (Hardwood). Kebanyakan pasaran antarabangsa membahagikan komoditi ini berdasarkan spesies pokok dan kawasan geografinya. Berikut adalah perincian jenis eksport kayu balak yang mendominasi pasaran dunia. Pertama iaitu Jenis Kayu Lembut (Softwood) dimana dilaporkanyang kayu lembut berasal daripada pokok jenis konifer seperti dari jenis pokok berdaun jarum dan mempunyai kon. Spesies ini menguasai sebahagian besar jumlah perdagangan ksyu balak global terutamanya untuk industri pembinaan yang berskala besar dan untuk industri pembuatan kertas (pulp) dan bahan asas dalam perumahan. Termasuk dalam kategori ini adalah Jenis Kayu Pokok Pine (Sanubar), Kayu Pokok Spruce (Fir) dan Kayu Pokok Cedar (Araz). Penulis blog difahamkan dimana kayu pokok pine (atau kayu pain) merupakan sejenis kayu lembut (softwood) yang sangat popular dalam industri pembuatan perabot dan pembinaan. Kayu Pine dilaporkan ia mempunyai ketumpatan dan berat yang rendah yang mana ciri ini menjadikannya sangat ringan serta mudah untuk diangkut, dipotong dan dipasang. Ia mempunyai warna yang cerah (kuning keputihan atau perang cair) dengan corak urat kayu (grain) yang lurus, jelas dan dilihat seakan semula jadi. Ia juga di kategorikan sebagai kayu lembut (softwood) akan tetapi ia tetap kukuh untuk kegunaan perabot pasang siap, rak dan kraftangan. Ia juga ada mengandungi bau resin atau getah yang tersendiri dimana ia mudah menyerap cat, Syelek atau pewarna kayu (wood stain). Harganya ia lebih berpatutan dan mudah didapati secara komersial berbanding kayu keras (hardwood) seperti meranti atau jati. Bagaimana pun faktur atau ciri kelemahan ia agak lembut dan mudah tercalar atau kemik jika terhempas dengan objek keras, serta kurang sesuai untuk kegunaan luar rumah yang terdedah kepada hujan dan panas melampau tanpa rawatan pengawet. Bagi jenis kayu pokok fir (cemara) tergolong dalam kategori kayu lembut (softwood) yang berasal daripada genus Abies (serta spesies Douglas-fir). Kayu ini sangat popular digunakan dalam industri pembinaan kasar dan pembuatan kertas disebabkan oleh strukturnya yang lurus dan mudah diproses. Dilaporkan iaitu beberapa negara pengeksport layu balak utama dunia ia masih dikuasai oleh negara-negara beriklim sejuk seperti Kanada, Rusia, Jerman, Sweden dan Finland.
Kedua ada Kategori Jenis Kayu Keras (Hardwood) dimana kebanyakan kayu keras berasal daripada pokok berdaun lebar yang ada di seluruh dunia. Dilaporkan dimana spesies pokok kayu ini sangat popular untuk pembuatan perabot premium, lantai dan struktur bangunan yang memerlukan ketahanan tinggi. Eksport kayu keras terbahagi global ia kepada dua sub-kategori iaitu Kategori Kayu Keras Tropika (Tropical Hardwood) yang mana kayu ini ia diperoleh daripada hutan hujan tropika dan Kategori Kayu Keras Sederhana dari Iklim Sederhana (Temperate Hardwood). Dilaporkan dimana negera seperti Malaysia, Indonesia dan Brazil merupakan antara pemain utama jenis ini iaitu dengan pokok kayu balak dari jenis Kayu Meranti, Kayu Keruing, Kayu Cengal, Kayu Kapur, Kayu Belian, Kayu Ramin dan Kayu Jati. Bagaimana ada di laporkan dimana diantara jenis kayu balak yang paling popular di seluruh dunia termasuklah Cengal, Meranti, Jati (Teak), Mahogani, Oak, dan Pine. Sebenarnya Jenis Kayu Keras Tropika ia sangat kukuh dan bernilai premium dalam pasaran global. Pertama Jenis Kayu Cengal yang lebih terkenal sebagai salah satu kayu terkeras di dunia. Sangat terhad di Asia Tenggara (terutama Malaysia), kalis anai-anai, dan digunakan untuk pembinaan berat seperti kapal tradisional dan struktur rumah. Ciri-ciri utama Kayu Cengal adalah ia mempunyai nilai ketumpatan dan berat yang sangat padat dengan ketumpatan antara 915 hingga 980 kg/m³. Ia juga mempunyai ciri ketahanan semulajadi dimana ada bmpunyai bahan awet semula jadi di bahagian teras yang mana ciri ini menjadikannya tahan anai-anai dan reput tanpa perlu diawet secara kimia. Ia berwarna perang kemerahan hingga perang gelap dengan urat kayu yang menarik dan estetik. Kulit dan teras kayu mengeluarkan sejenis resin atau damar yang dikenali sebagai damar penak (boleh digunakan untuk membuat varnis). Dilaporkan ia diiktiraf sebagai salah satu jenis kayu terkeras, berkualiti tinggi dan termahal di dunia. Kedua adalah Jenis Kayu Jati (Teak) dimana kayu ini ia digelar sebagai 'Raja Segala Kayu' untuk dibuat perabot luar rumah dan ia sangat popular secara global kerana kandungan minyak semula jadinya yang membuatkan ia kalis air, cuaca dan reput. Penulis blog dapati dimana harga kayu jati di Malaysia adalah berbeza-beza mengikut jenis, gred dan sama ada ia dijual sebagai kayu mentah atau produk perabot. Bagi kategori pokok Kayu Jati Mentah (Satu Pokok) nilainya adalah sekitar RM250 sepokok bagi kayu jati biasa di kampung, manakala pokok jati gred tinggi boleh bernilai lebih tinggi mengikut saiz dan usia. Apabia di proses menjadi perabot seperti Set Meja, Kerusi, Sofa Kayu Jati maka harganya adalah dari RM450 sehingga lebih dari RM33,000 bergantung pada kerumitan ukiran, gred kayu dan sama ada ia set penuh. Dilaporkan dimana bila jadi perabot Individu (Almari, Rak, Meja Makan) maka ia dijual bermula daripada RM1,100 - RM6,500 keatas mengikut reka bentuk dan ketebalan kayu. Ketiga adalah jenis kayu keras Jenis Kayu Belian (Borneo Ironwood) dimana id di kenali sebegaai 'Kayu Ikonik' dari Sabah dan Sarawak yang tersangat keras hingga digelar sebagai jenis 'kayu kalis peluru' oleh penduduk tempatan dimana ia selalu digunakan untuk struktur dalam air seperti jeti dan jambatan (Sila lihat foto disebelah). Sejak lama kayu belian di gunakan oleh petani yang menanam lada hitam sebagai Tiang Penyokong (post) yang bepulohyahun ketahanannya sejak lama dulu.
Seterusnya ada Jenis Kayu Keras Sub-Tropika atau Kayu Barat (Selalu di gunakan dalam Seni Bina dan Perabot) seperti Jenis Kayu Mahogani (Mahogany Wood) yang sangat terkenal di seluruh dunia kerana warna coklat kemerahan yang mewah dan serat yang cantik. Sangat popular untuk pembuatan perabot gred tinggi dan alat muzik seperti gitar. Kayu mahogani (atau juga di gelar sebagai kayu mahoni) mempunyai beberapa ciri-ciri utama dari segi warna, tekstur dan ketahanannya tersendiri. Dari segi warna selalu berwarna merah jambu keputihan (waktu umur dan pada bahagian muda) sehingga warna merah perang atau perang kemerahan yang semakin gelap seiring dengan usia atau peningkatan usia kayu tersebut. Ia mempunyai urat yang lurus, sekata atau kadangkala berombak dan berpintal (interlocked) dengan kilauan semula jadi yang menawan. Kayu ini mempunyai ketumpatan dan merupakan kategori kayu keras sederhana (medium hardwood) dengan ketumpatan sekitar 580 - 800 kg/m³ serta ia cukup kuat tetapi tidak terlalu berat. Ia sangat stabil dan tidak mudah untuk ia menyusut, melengkung atau mengembang akibat perubahan cuaca atau kelembapan. Mudah di kerjakan (workability) dimana ia mudah dipotong, dikilatkan, diukir, dilekatkan serta sangat baik dalam menerima sapuan cat, pewarna (stain), atau pengilat. Ia juga memang tahan terhadap ancaman reput dan juga serangan serangga tertentu (walaupun kadangkala boleh terdedah kepada kumbang bubuk jika tidak dirawat). Kegunaannya adalah seperti untuk membuat perabot mewah, kabinet, alat muzik (seperti badan gitar), ukiran dan venir. Kedua dalam kategori ini adalah Jenis Kayu Oak (Oakwood) dimana ia menjadi pilihan utama di Eropah dan Amerika Syarikat untuk lantai kayu (flooring), kabinet dapur, dan tong simpanan minuman matang kerana ketahanannya yang tinggi. Ketiga pula adalah Jenis Kayu Walnut sejenis kayu premium berwarna gelap (coklat cokelat) yang sangat dicari untuk perabot eksklusif dan kemasan dalaman kereta mewah. Apa pun di laporkan dimana Jenis Kayu Keras Iklim Sederhana (Temperate Hardwood) hanya diperoleh dari kawasan beriklim sederhana seperti Amerika Syarikat dan Eropah termasuklah jenis kayu Oak (Red and White Oak), Kayu Maple, Kayu Ash dan Kayu Walnut.
Dalam pasaran eksport global ada kategoori Jenis Kayu Lembut dan Jenis Kayu Ringan yang selalu di gunaan untuk pembinaan pantas dan banyak jenis industri. Dalam kategori ini ada pertama iaitu Jenis Kayu Pine (Kayu Pain) dimana ia sudah lama di komerislkan dan ia yang paling banyak digunakan di dunia. Ia murah, ringan, mudah dipotong, dan digunakan secara meluas untuk membuat jenis perabot bajet, kertas serta rangka rumah. Kedua ada Jenis Kayu Spruce dan Jenis kayu Douglas Fir iaitu ia sebagai komponen utama dalam industri pembinaan struktur rumah di negara-negara Barat kerana batangnya yang lurus, panjang dan ia mempunyai kekuatan struktur yang baik walaupun ringan. Ketiga pula termasuk Jenis Kayu Balsa juga sejenis kayu yang sudah di komersialkan dan ia unik kerana ia merupakan kayu paling ringan di dunia. Sifatnya yang sangat lembut dan ringan menjadikannya popular untuk pembuatan model kapal terbang, papan luncur dan bahan penebat. Dalam pada itu sesuai di kupas fakta akan perubahan trend eksport kayu balak dan kayu proses dunia. Memang banyak negara kini mengehadkan eksport dalam bentuk kayu balak mentah (unprocessed logs) bagi melindungi ekosistem hutan dan meningkatkan nilai ekonomi domestik. Di Malaysia (termasuk Sarawak) telah mengetatkan peraturan dan juga ada melarang pengeksportan kayu balak mentah. Sebaliknya negara Mlaysia di laporkan ia lebih menumpukan kepada eksport produk siap atau separa siap seperti perabot kayu (terutamanya jenis kayu berasaskan kayu getah), papan lapis (plywood) dan kayu gergaji (sawn timber) yang membawa nilai pulangan eksport mencecah berbilion ringgit setahun.
Pasaran kayu dan produk perkayuan global sedang mengalami transformasi yang dinamik dengan anggaran nilai pasaran mencecah sekitar USD 1.06 trilion hingga USD 1.13 trilion pada tahun 2026. Industri ini dipunjangi oleh peralihan ke arah bahan binaan lestari dan teknologi perhutanan digital. Walau bagaimanapun, pasaran semasa menunjukkan prestasi yang tidak sekata berikutan tekanan kos operasi serta pelbagai sekatan perdagangan global. Menilai akan nilai pasaran global dan pasaran tempatan juga sesuai di bincangkan kali ini. Beberapa sumber menyatakan jika nilai pasaran dunia dalam pasaran produk kayu global dinilai sekitar USD 1.06 trilion pada 2026 dan diunjurkan akan terus berkembang melebihi USD 1.5 trilion menjelang tahun 2034 dengan Kadar Pertumbuhan Tahunan Komposit (CAGR) sekitar 4.5% sehingga 4.7%. Apa pun merujuk kepada nilai I ndeks Harga Semasa dimana menjelang suku keempat tahun 2026 dimana harga niaga hadapan kayu balak (lumber) di pasaran global berada sekitar USD 518.50 bagi setiap 1,000 kaki papan (board feet) dimana trend ini ia akan juga menyaksikan penurunan sekitar 15% berbanding tempoh yang sama tahun lalu disebabkan ketidaktentuan dalam pasaran perumahan dan kos logistik global. Menyentuh akan Impak Domestik di Malaysia dilaporkan dimana terkinii Kerajaan Malaysia telah mengharamkan sepenuhnya eksport kayu balak mentah untuk memastikan kestabilan bekalan industri hiliran tempatan (seperti perabot). Hasilnya, nilai eksport industri hiliran kayu negara kekal kukuh mencecah RM9.4 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun 2026. Ada berlaku keadaan dimana ada peralihan kepada konsep 'Binaan Hijau dan Engineered Wood' sedang berlaku sebab permintaan terhadap produk kayu kejuruteraan seperti Cross-Laminated Timber (CLT) dan Laminated Veneer Lumber (LVL) meningkat dengan amat mendadak. Sektor pembinaan kini memilih alternatif ini berbanding konkrit demi memenuhi mandat pelepasan karbon sifar bersih. Dilaksanakan di Malaysia akan aktiviti Penguatkuasaan Kawalan Ketat dan EUDR (Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah) yang mana ini memerlukan pengesanan rantaian bekalan sepenuhnya yang bermula pada hujung 2026. Ini memaksa syarikat balak melabur dalam teknologi pemetaan digital dan pensijilan mampan (FSC atau PEFC). Dalam aspek automasi ada beberapa syarikat pembalakan kini beralih kepada teknologi berasaskan AI dan penderiaan jarak jauh (remote sensing) untuk mengira volum balak secara tepat di tapak hutan bagi mengurangkan pembaziran dan ketirisan inventori. Isu dimana kadar permintaan serantau yang semakin Tidak Sekata terutama di kawasan Rantau Asia-Pasifik (terutamanya didorong oleh perbandaran China dan India) dimana keduanya menguasai lebih 31% bahagian pasaran ini. Kelembapan dalam sektor hartanah tertentu dan peningkatan tarif import antara AS-Kanada menjadikan aliran dagangan global sedikit perlahan pada separuh kedua tahun ini. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna yang edukatif kepada semua pembaca blog anium agro technology kali ini. Wasallam!!!..
PENGEKSPOT UTAMA... ADALAH AMERIKA...
ADA KAYU LEMBUT...JENIS KERAS PUN ADA...
MEMBACA ARTIKEL... MAKLUMAT DITERIMA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1036, Oakwood Hotel,
Jalan Utama, Brinchang,
Cameroon Highland,
Pahang,
Malaysia.
(28 RabiulAkhir 1448H).






