Support My Blog

Showing posts with label CIRI DAN TEKNOLOGI PERAPI TANAH BRIS. Show all posts
Showing posts with label CIRI DAN TEKNOLOGI PERAPI TANAH BRIS. Show all posts

Thursday, March 28, 2024

CIRI DAN TEKNOLOGI PERAPI TANAH BRIS (Part 2)

TANAH BRIS (Bris soil) merupakan salah satu jenis tanah bermasaalah yang terdapat di Malaysia. Apa pun menyentuh mengenai kewujudan jenis tanah bermasaalah dimana di Malaysia merupakan salah satu isu dalam pembangunan pertanian yang perlukan perhatian khusus. Kawasan ini tidak seperti tanah mineral biasa yang mudah untuk ia dibangunkan menggunakan amalan teknologi dan pengurusan pertanian baik sandard yang mudah. Terdapat lebih dari 2.5 juta hektar kawasan tanah bermasaalah di Malaysia. Tanah bermasaalah terdiri dari 5 jenis iaitu jenis TANAH ASID SULFAT, TANAH GAMBUT, TANAH BEKAS LOMBONG, TANAH BRIS dan TANAH MASIN. Kebanyakan tanah bermasaalah ini memang ia memerlukan kos pembangunan yang lebih tinggi untuk dibangunkan dan hanya beberapa jenis tanaman tertentu sahaja yang sesuai dikawasan tanah bermasaalah ini. Pada penulis blog dimana jenis Tanah Bris dan Tanah Bekas Lombong hampir sama sifatnya. Tanah jenis mengandungi komponen pasir yang sangat tinggi iaitu melebihi 95% daripada keseluruhan tekstur tanah. Sila baca artikel saya mengenai tanah bermasaalah dengan pautan (Sila klik disini). Ini menyebabkan tanah jenis ini tersangat salir (excessive drainage) dan tidak dapat menyimpan air dalam tanah. Kadar larutresap dalam tanah sangat tinggi. Tanah jenis ini juga mempunyai kadar pegangan kelembapan yang rendah dan keupayaan pegangan nutrien juga sangat rendah. Tahap kesuburan tanah ini sangat rendah dimana kandungan nutrien dan bahan organik juga sangat rendah. Pada cuasa panas akan meningkatkan suhu tanah yang tinggi dan banyak tanaman kurang toleran dengan keadaan ini. Pengurusan tanah jenis ini dilakukan dengan kaedah pembajaan dan penggunaan Baja Organik yang banyak. Baja organik mampu meningkatkan kelembapan tanah dan membekalkan unsur makanan kepada tanaman. Kawasan tanah jenis ini perlukan bekalan air yang konsisten dengan pemasangan sistem pengairan yang sempurna melalui sistem pengairan renjis, sistem pengairan titis, mist dan sebagainya. Pastikan sistem saliran tanah jenis ini juga sempurna. Cara memberi baja kepada pokok disesuaaikan agar lebih kerap dilakukan kerana masaalah kadar larut resap yang tinggi. Penggunaan sistem sungkupan diatas tanah sesuai digunakan seperti penggunaan plastik silvershine, rumpai kering, jerami padi, lalang dan sebagainya. Penambahan tanah atas adalah disyorkan dilaksanakan. Pemilihan jenis tanaman sesuai untuk tanah jenis ini penting seperti jenis tanaman jangkapendek, sayur-sayuran, mangga, nenas dan sebagainya termasuk tembikai. Artikel pada subuh 9 Ramadan 1445H ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai teknologi 'Bris Fixer' hasil kajian MARDI mengenai perapi tanah Bris untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog ini semua.


Merujuk kepada hasil kajian MARDI yang dipaparkan dalam Bulletin Teknologi MARDI Bil 31/2022 yang dilakukan oleh Theeba Manickam wajar ia  agar di tulis semula dan di kongsikan. Kajian yang bertajuk '
BRIS Fixer: Teknologi perapi tanah bermasalah BRIS yang kos efektif' dimana dilaporkan 'Teknologi BRIS Fixer' yang mena ia menggunakan sisa biochar sekam padi bersifat alkali dan mempunyai KPA yang tinggi. BRIS Fixer merupakan formulasi kompos biojisim berasaskan biochar sekam padi mempunyai KPA dan nutrien efektif yang sesuai dijadikan sebagai perapi tanah BRIS (Sila lihat foto disebelah). Formulasi BRIS Fixer dibangunkan dengan teknik iaitu proses pengomposan bersama tinja ayam dan sisa biochar dalam kadar yang terpilih. Nilai pH yang optimum iaitu pH7.1 untuk tanaman dan KPA yang tinggi iaitu 89.1% merupakan kriteria BRIS Fixer yang efektif untuk merawat tanah bermasalah BRIS. Keberkesanan BRIS Fixer terhadap pengeluaran tanaman jagung didapati lebih tinggi daripada tinja ayam dengan peningkatan hasil pengeluaran sebanyak 5%. Kesan positif juga dikenal pasti dalam peningkatan KPA tanah sebanyak 18% daripada KPA tanah asal 5%. Teknologi BRIS Fixer ini bukan sahaja boleh menjadi alternatif mesra alam yang sangat sesuai menggantikan penggunaan tinja ayam yang tidak diproses oleh petani dalam memulihkan tanah BRIS dimana dilaporkan ia juga dapat membantu peningkatan hasil pengeluaran pertanian dan juaga secara tidak langsung memberi manfaat kepada negara iaitu secara keseluruhannya dari segi produktiviti pertanian dan pengekalan persekitaran yang sihat dan lestari. Tanah bris yang merupakan jenis tanah bermasaalah seperti dijelaskan diatas dan dalam Part 1 artikel ini memang perlu di rawat sebeum ianya sesuai dijadikan kawasan penanaman. Proses penyelidikan pembangunan teknologi BRIS Fixer Teknologi BRIS Fixer ini sebenarnya menggunakan produk sisa biochar dari kilang pemprosesan padi yang didapati di Negeri Kelantan. Kanian mennggunakan kaedah penghasilan 'BRIS Fixer' dengan cara melibatkan pengumpulan sisa biochar dari kilang dan diproses menjadi kompos menggunakan tinja ayam pada kadar yang telah dikenal pasti sebelumnya.


Apa pun penulis blog faham dimana bagi memehami p
erincian 'Teknologi BRIS Fixer' yang mana ia berasaskan biochar sekam padi mempunyai nilai pH yang beralkali iaitu pada pH7.1. Sifat fizik kimia BRIS Fixer turut meliputi KPK yang tinggi iaitu sebanyak 22.2 cmol/kg, dengan kadar NPK sebanyak N1.1:P1.2:K2.3. Produk BRIS Fixer ini mempunyai KPA yang tinggi sebanyak 89.1% .Kajian yang dilakukan juaga melibatkan sebanyak empat musim untuk tanaman jagung manis di tanah BRIS iaitu rawatan dengan menggunakan 'BRIS Fixer' dimana hasil kajian mendapati bawawa terdapat peningkatan KPK dan KPA dalam tanah tersebut dimana masing-masing nilainya sebanyak 5% (KPK)dan 18% (KPA) berbanding dengan kawalan manakala peningkatan hasil jagung adalah sebanyak 15%. Kajian ini menunjukkan satu petanda yang baik di lapangan. Apa pun aplikasi dan manfaat teknologi ini terhadap golongan sasar utama untuk teknologi ini adalah petani atau pengusaha tanaman yang mempunyai jenis tanah bris. Selain itu dilaporkan dimana teknologi ini berpotensi dijadikan sebagai medium tanaman bagi menggantikan medium cocopeat dalam sistem fertigasi berdasarkan kepada kajian awal yang dijalankan di Kedah bagi penanaman cili menggunakan sistem fertigasi. Bagi kumpulan industri seperti kilang pemprosesan baja atau pun kilang membuat kompos dilaporkan teknologi ini akan dapat menjadikan formulasi sebagai salah satu produk tambah nilai bagi meningkatkan rangkaian produk pemasaran mereka. Laporan kajian MARDI ini mengenai teknologi 'BRIS Fixer' yang telah pun dibangunkan untuk mengatasi permasalahan pengeluaran pertanian di tanah BRIS. Teknologi ini yang mana ia dihasilkan didakwa mampu memanfaatkan petani dengan meningkatkan hasil pertanian, membina industri dengan meningkatkan tambah nilai produk input pengeluaran pertanian melalui penggunaan bahan buangan secara berkesan, mampu mengatasi masalah persekitaran dengan penggunaan bahan yang mesra alam dan memanfaatkan negara secara keseluruhannya dari segi produktiviti pertanian.


Dalam portal berita sinarharian.com ada melaporkan kisah bagaimana 'Tuai hasil lumayan tanam jagung' di Kelantan yang sesuai di kongsikan. Kisah dari Kelantan ini melaporkan dimana penanam pokok jagung berkelompok di Kampung Paloh, Kelantan ini telah mendapat hasil tuaian lumayan pada musim kedua tanaman itu pada tahun ini. Pendapatannya  sekitar RM3,000 tersebut diperolehi itu berikutan pokok jagung yang bebas daripada ancaman ulat selain faktor cuaca panas dan hujan sekali-sekala. Bagi Kamarulzzaman Kail (65 tahun) dimana dia menenam pokok jagung manis Varieti 1603 dan 1606 iaitu diusahakan berlima dengan penanam lain di tanah ladang seluas 2.2 hektar. Pokok jagung tidak perlu disiram jika cuaca hujan ketika menunggu proses matang. Jagung manis memerlukan tempoh antara 70 hingga 75 hari untuk matang dan sedia dituai selain memerlukan cuaca panas serta dingin atau bukan kemarau. Ulat juga tidak ada ketika musim kedua ini dimana ia membantu mendapatkan hasil pertanian yang sangat baik sebanyak dua kali ganda berbanding musim pertama tahun ini. Penanaman jagung secara berkelompok itu sudah dilakukan sejak tahun 80-an dengan hasil-hasil jagung dijual secara runcit dan borong di sekitar negeri Kelantan termasuk Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) tang terdapat di Tunjong, Kota Bharu. Jualan secara runcit dilakukan di sepanjang bahu jalan di kawasan Paloh dengan harga bagi empat batang jagung ialah RM5 atau tiga batang untuk saiz yang lebih besar. Berita ini bagaimana pun tidak menyatakan sama ada tanah yang digunakan adalah tanah bris atau mendapat rawatan sewajarnya jika ianya adalah tanah bris. Rakannya Mohd Hafizudin (32) pula nyatakan musim baharu penanaman akan bermula pada Ogos ini dan mengharapkan perkara sama iaitu cuaca baik serta bebas serangan serangga untuk mereka harap mendapatkan hasil jagung yang terbaik. Sama seperti musim kali ini diharapkan musim-musim akan datang akan ada keadaan cuaca panas dan dingin serta tidak banjir sebelum tiba musim menuai.  Lokasi ladang yang berada di tebing sungai Kelantan berhampirna pantai ini juga memang ia berisiko banjir yang akan menenggelamkan serta merosakkan pokok-pokok jagung jika berlaku. Sebagai petani muda dia melakukan aktiviti penanaman jagung tersebut setelah dia menerima bantuan enjin pam air dan jentera untuk membina batas tanaman daripada Jabatan Pertanian Kelantan. Jabatan Pertanian juga memberikan bantuan baja kerana memang kos membeli baja adalah antara yang tinggi dalam proses untuk penanaman jagung. Kini satu guni baja seberat 50 kilogram berharga RM210. Proses membaja perlu dilakukan sebanyak dua kali setiap musim dengan sebanyak tiga kilogram akan digunakan bagi setiap 0.4 hektar luas tanaman. 
Artikel ini dibahagikan kepada dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semu apembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!....
TANAH BRIS.. BERMASAALAH JENISNYA....
SAMA TANAH BEKAS LOMBONG... JUGA...
BAJA ORGANIK... PERLU SELALU GUNA....
TANAM TEMBIKAI... PETANI TANAMNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Malaysia.
(12 Ramadan 1445H).
Posted from
Room 718, Hotel Impiana,
Johor Bahru, Johor.

Wednesday, March 27, 2024

CIRI DAN TEKNOLOGI PERAPI TANAH BRIS (Part 1)

TANAH BRIS (Bris soil)
merupakan salah satu jenis tanah bermasaalah yang terdapat di Malaysia. Apa pun menyentuh mengenai kewujudn jenis tanah bermasaalah dimana di laporkan di Malaysia merupakan salah satu isu dalam pembangunan pertanian yang perlukan perhatian khusus. Kawasan ini tidak seperti tanah mineral biasa yang mudah untuk ia dibangunkan menggunakan amalan teknologi dan pengurusan pertanian baik sandard yang mudah. Terdapat lebih dari 2.5 juta hektar kawasan tanah bermasaalah di Malaysia. Tanah bermasaalah terdiri dari 5 jenis iaitu TANAH ASID SULFAT, TANAGH GAMBUT, TANAH BEKAS LOMBONG, TANAH BRIS dan TANAH MASIN. Kebanyakan tanah bermasaalah ini memang ia memerlukan kos pembangunan yang lebih tinggi untuk dibangunkan dan hanya beberapa jenis tanaman tertentu sahaja yang sesuai dikawasan tanah bermasaalah ini. Pada penulis blog dimana jenis 
Tanah Bris dan Tanah Bekas Lombong hampir sama sifatnya. Tanah jenis mengandungi komponen pasir yang sangat tinggi iaitu melebihi 95% daripada keseluruhan tekstur tanah. Sila baca artikel saya mengenai tanah bermasaalah dengan pautan (Sila Klik Di
sini).  Ini menyebabkan tanah jenis ini tersangat salir (excessive drainage) dan tidak dapat menyimpan air dalam tanah. Kadar larutresap dalam tanah sangat tinggi. Tanah jenis ini juga mempunyai kadar pegangan kelembapan yang rendah dan keupayaan pegangan nutrien juga sangat rendah. Tahap kesuburan tanah ini sangat rendah dimana kandungan nutrien dan bahan organik juga sangat rendah. Pada cuasa panas akan meningkatkan suhu tanah yang tinggi dan banyak tanaman kurang toleran dengan keadaan ini. Pengurusan tanah jenis ini dilakukan dengan kaedah pembajaan dan penggunaan Baja Organik yang banyak. Baja organik mampu meningkatkan kelembapan tanah dan membekalkan unsur makanan kepada tanaman. Kawasan tanah jenis ini perlukan bekalan air yang konsisten dengan pemasangan sistem pengairan yang sempurna melalui sistem pengairan renjis, sistem pengairan titis, mist dan sebagainya. Pastikan sistem saliran tanah jenis ini juga sempurna. Cara memberi baja kepada pokok disesuaaikan agar lebih kerap dilakukan kerana masaalah kadar larut resap yang tinggi. Penggunaan sistem sungkupan diatas tanah sesuai digunakan seperti penggunaan plastik silvershine, rumpai kering, jerami padi, lalang dan sebagainya. Penambahan tanah atas adalah disyorkan dilaksanakan. Pemilihan jenis tanaman sesuai untuk tanah jenis ini penting seperti tanaman jangkapendek, sayur-sayuran, mangga, nenas dan sebagainya termasuk tembikai. Artikel pada subuh 9 Ramadan 1445H ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai ciri-ciri dan juga teknologi perapi tanah terutama bagi jenis tanah bris untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog ini semua.
 

Tanah BRIS dicirikan oleh saliran yang tinggi, kapasiti pegangan air (KPA), kapasiti penukaran kation (KPK), nutrien dan pH rendah yang merupakan tanah bermasalah untuk pertanian. Apa pun selalunya kawasan tanah BRIS tidak menjadi pilihan untuk kegunaan pertanian secara intensif kerana tahap pengeluaran pertanian yang dihasilkan adalah tidak optimum dan kompetitif. Terdapat sebanyak 100,000 hektar tanah BRIS di Semananjung Malaysia dimana jika dibaik pulih pasti ia akan dapat membantu penambahan keluasan tanah untuk kegunaan pertanian yang secara tidak langsung boleh membantu peningkatan hasil pertanian dalam negara. Pengalaman penulis blog semasa berada di Kelantan dimana ada kawasan tanah BRIS berkeluasan 18,000 hektar dan aktiviti pertanian tetap dilaksanakan di kawasan ini. Apa yang unik dimana lazimnya petani mengambil pendekatan untuk meningkatkan kesuburan tanah BRIS melalui penggunaan tinja ayam yang tidak diproses. Penggunaan kaedah ini kini bagaimana pun mengundang masalah patogen dan masalah bau serta menambah tahap keasidan tanah bagi penggunaan jangka panjang. Salah stu teknologi berasaskan sisa biochar sekam padi telah dibangunkan sebagai perapi tanah yang membolehkan tanah BRIS dipulihkan untuk kegunaan pertanian. Sisa biochar bagi teknologi ini diperoleh dari kilang pemprosesan padi. Terdapat empat kilang pemprosesan padi di Kelantan iaitu tiga daripadanya milik BERNAS dan satu milik syarikat swasta. Setiap tahun kilang pemprosesan padi ini akan menghasilkan sisa biochar yang dianggarkan sebanyak 10,000 tan metrik yang akan dilupuskan dengan membuangnya ke kawasan yang dibenarkan dan kaedah pelupusan ini akan melibatkan kos berjumlah RM10,000/kilang setiap tahun. Industri setempat juga tidak menyedari bahawa sisa biochar yang dihasilkan dari kilang ini mempunyai manfaat tersendiri. Ciri asas tanah bris dimana ia merupakan tanah bermasalah yang terdapat di persisiran pantai Laut Cina Selatan. Kawasan ini menerima purata curahan hujan 100-120 mm setiap tahun. Tekstur tanah yang berpasir dan bahan organik yang sangat rendah menjadikannya sukar untuk diurus. Butiran tanah pasir bercerai berai dan daya dalam menyimpan air dan nutrien adalah rendah. Akibatnya tanah cepat kering dan proses larut resap nutrien adalah tinggi. Keadaan ini menyebabkan tanaman tidak dapat tumbuh dengan subur dan hasil adalah tersangat rendah. Ada pelbagai cara bagi membaiki tanah Bris termasuklah bagaimana cara memilih baja yang sesuai. Ini kerana ia adalah salah satu faktor penting didalam kerja-kerja amalan pengurusan pembajaan tanah bris. Disamping baja kimia, tanah bris memerlukan baja organan untuk memperbaiki keadaan fizikal tanah dan meninggikan keupayaan tanah memegang dan menyimpan air serta baja. 


Baja organan yang biasa digunakan adalah seperti tahi ayam, tahi lembu, tahi kambing, ‘sludge’ kelapa sawit, tandan kosong kelapa sawit, baja hijau, kompos dan juga tanah gambut. Kadar penggunaan bajar organan adalah sekurang-kurang 20 kg/pokok/tahun. Bahan organan ini perlu dicampur dengan tanah bris atau diletakkan di dalam lubang sebelum kerja penanaman dijalankan. Cara penggunaan tandan kosong ialah dengan mengisikannya ke dalam lubang yang digali lebih besar daripada biasa. Tandan kosong akan megalami proses pereputan dan akar yang memanjang akan dapat mengambil zat makanan yang dihasilkan dari pereputan tersebut.
Pembajaan dengan nutrien mikro (3 kg/hektar) dan teknik pengapuran (0.5 kg GML/pokok/tahun) juga perlu diberikan kepada pokok yang di tanam di tanah bris. Pembajaan mesti dipecahkan ke beberapa kali aplikasi yang dianggap ekonomik supaya kehilangan nutrien melalui proses larut resap dapat dikurangkan. Kawasan tanah bris sangat sensitif dengan sistem pengairan. Bagi tanaman buah-buahan di atas tanah bris memerlukan sistem pengairan yang sempurna untuk ia dapat membekalkan air kepada tanaman secukupnya kepada pokok. Adalah di galakkan agar menggunakan sistem pengairan titis untuk disediakan bertujuan menyiram pokok mengikut kelembapan tanah. Pada musim kemarau hasil rekomendasi penyelidikkan dimana sistem pengairan perlu dibuat selama 2 jam (sebanyak 45 liter/pokok). Kekurangan air di tanah bris disebabkan ia mempunyai rongga besar yang mana air cepat larutresap kedalam tanah.


Penting mengaitkan bagaimana kaitan reaksi tanah dengan jenis tanah. Sains tanah menyatakan dimana biasanya reaksi tanah diukur dalam unit pH. Jika pH kurang dari 7 (asid), pH=7 (neutral) dan pH lebih daripada nilai 7 (alkali). Nilai pH tanah adalah ia berlainan dari satu tempat ke satu tempat dan dari satu musim ke musim. Biasanya kebanyakan tanaman sesuai untuk hidup dalam keadaan baik bila nilai pH dalam lingkungan pH6.0 - pH 7.5. Kebanyakan tanah sedentary dan alluvium di Malaysia berasid di mana nilai pH 4.2 - pH 4.8. Tanah gambut dan tanah asid sulfat mempunyai nilai pH kurang dari pH3.8. Apa pun pengaruh tanah biasanya pH nya tidak melebihi nilai 8.3 kerana semasa akar tumbuhan dan organisma tanah bernafas biasanya ia akan mengeluarkan gas CO2 dan bertindak dengan air lalu membentuk Asid Karbonik. Tanah akan menjadi berasid apabila sebahagian besar kation tukar gantinya terdiri A13+ dan H yang mana kemudian keadaan ini disebabkan oleh larut resap. Apabila air bergerak melalui tanah sebahagian daripada H+ sedia ada akan menggantikan Na+, Mg2+ dan K+ yang alirkan air hujan yang dibawa oleh Monsun Timur Laut dan Monsun Barat Daya. Kehadiran A13+ dan H+ yang banyak menjadikan tanah itu bersifat asid. Dilaporkan dimana setiap jenis tanaman ada mempunyai tindakbalas yang berbeza kepada pH tanah. Tanaman bijian akan hidup subur pada pH 5.5 - 6.5 sementara dilaporkan tanaman kekacang perlu pH 6-7 untuk memberikan banyak bintil, akar dan saiznya akan menjadi lebih besar. Dalam pada itu jenis tanaman jagung dan lobak merah akan hidup subur pada pH 5-6. Bagi sesetengah tanaman pula ada dilaporkan ia menyukai tanah masam (asidik). Salah satu teknik untuk memperbaiki kualiti sebab pH rendan tanam adalah secara pengapuran. Dalam pada itu bagi meninggikan pH tanah yang rendah maka bahan kapur boleh dicampur dengan betul dengan lapisan tanah atas zon perakaran (0-25 cm). Diantara bahan-bahan kapur yang boleh digunakan bagi tujuan menaikan pH tanah adalah seperti jenis kapur bakar (bahan kalsium silika atau Slag), Basic acid dan juga bahan seperti Ground Magnesium Limestone (GML). Kini ada pelbagai jenis produk baja atau perapi tanah di pasaran yang boleh digunakan untuk menyuburkan tanah. Sebaiknya cara pemberian kapur bagi jenis tanah-tanah di tropika dimana keperluan kapur bagi sekitar dan sedalam 20 cm (tan metrik). Caranya adalah berbeza dari satu jenis tanah dengan jenis tanah yang lain. Bagi tanah yang berpasir pemberian kapur hendaklah sedikit demi sedikit bagi mengelak terjadinya pengapuran berlebihan. Sebaiknya kekerapan pemberian kapur bergantung kepada kehalusan dan jenis bahan kapur. Bagi kapur halus ia cepat bertindakbalas dengan tanah tetapi kesannya tidak lama berbanding dengan kapur yang kasar. Bagi tanah masam, pemberian kapur diberi 15 cm tanah yang dibajak dan hendaklah digaulkan agar dapat mengelakkan daripada pengapuran yang berlebihan disamping membantu meneutralkan asid di dalam tanah bagi perkembangan akar. Pemberian kapur hendaklah diberikan beberapa minggu sebelum penanaman biasanya yang biasa diamalkan 30 hari sebelum tanam.


Menarik kisah di media dilaporkan oleh bharian.com yang bertajuk '
Tuai 40 tan tembikai semusim di tanah bris' untuk dikongsikan. Kisah dari Kelantan ini melaporkan dimana berkat usaha gigih tiga orang belia termasuk sepasang suami isteri mengusahakan tanah terbiar jenis tanah bris dengan tanaman 'tembikai boci' tidak sia-sia apabila mampu menuai hasil iaitu sehingga 40 tan untuk sekali musim. Media laporkan dimana tanaman tembikai boci diusahakan mereka sejak lebih tiga tahun lalu itu bertujuan untuk di pasarkan di Singapura melalui seorang pemborong. Salah seorang usahawan wanita iaitu Pn Nurul Nadira menyatakan mereka mendapat keizinan daripada pihak JKKK Kamping untuk memajukan tanah rizab seluas 1.2 hektar tersebut. Mereka mengusahakan tanaman tembikai  dimana awalnya mengumpul modal sehingga lebih RM40,000 untuk pembukaan tanah, pembelian benih pokok, baja, pagar dan proses penjagaan. Kemudian setelah berhasil di laporkan buah yang dijual kepada pemborong hanya terdiri darpada gred A dan difahamkan sudah dieksport ke Singapura juga dengan harga yang baik. Mereka sebenarnya dalam tempoh satu tahun akan dapat menanam tembikai ini antara dua hingga tiga musim bergantung kepada keadaan cuaca. Selalunya dalam satu musim penanaman mereka memperoleh hasil sehingga 40 tan tembikai boci gred A. Proses untuk menanam memerlukan penjagaan yang rapi kerana buah yang ingin dihasilkan adalah gred A dan musim penanaman bergantung kepada keadaan cuaca juga. Dilaporkan dimana kalau cuaca hujan mereka tidak dapat menanam kerana buah akan rosak bila ditenggelami air. Buah gred ini dijual pada harga antara RM1.40 hingga RM3 sekilogram (kg) bergantung kepada harga semasa dengan berat sehingga mencecah 10 kg sebiji. Mereka bersyukur kerana dengan bantuan beberapa pihak mereka kini dapat mengusahakan kebun tembikai boci yang mana ia  tambah pendapatan dan sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban keluarga. selalunya buah tembikai yang ditanam akan mengeluarkan hasil selepas 60 hari penanaman. Artikel ini dibahagikan kepada dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semu apembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!....
TANAH BRIS.. BERMASAALAH JENISNYA....
SAMA TANAH BEKAS LOMBONG... JUGA...
BAJA ORGANIK... PERLU SELALU GUNA....
TANAM TEMBIKAI... PETANI TANAMNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Malaysia.
(12 Ramadan 1445H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...