Support My Blog

Friday, October 23, 2026

LOBAK MERAH DAN FAKTA PENTING (PART 2)

LOBAK MERAH (Daucus carota subsp. sativus) ialah sejenis sayuran berakar (atau ubi) dari keluarga Apiaceae yang berwarna jingga terang dan teksturnya rangup serta selalunya mempunyai rasa yang sedikit manis. Sayur ini ia berwarna paling kerap berwarna jingga akan tetapi ia juga wujud dalam warna ungu, merah, kuning dan putih. Bagi penulis blog yang kerap membeli lobak merah selalunya ia dimakan secara mentah dalam salad atau dimasak dalam sup atau sebagai ramuan dalam tumisan seperti masakan nasi goreng, mee goreng atau paling best ia dijadikan jus minuman. Ia juga ada dilaporkan sebagai sejenis tanaman jenis umbisi yang amat sesuai ditanam secara kebun komersil atau ditanam sendiri dikawasan rumah. Lobak merah di Malaysia ia kebanyakannya hanya ditanam dikawasan tanah tinggi dan amat kurang ditanam dikawasan tanah rendah. Negara mengimport banyak lobak merah segar dari luar negara untuk kegunaan segar dan proses. Lobak merah sering dimakan sebagai sayuran atau ramuan dalam menu rojak tetapi ia juga popular dijadikan jus untuk diminum. Kita seing juga jumpa makanan lobak merah dalam mee goreng, sayur campur dan sebagainya. Khasiat Lobak Merah yang mana ia merupakan sayur umbisi yang mempunyai banyak khasiat memang telah dibuktikan. Lobak merah dilaporkan mengandungi tinggi bahan Beta Carotene, Vitamin B dan Vitamin C, Alpha Carotene, Kalsium dan Potasium . Ia juga didakwa amat baik untuk menguatkan sistem pertahanan badan untuk melawan peyakit. Selain itu juga meningkatkan pertumbuhan sel-sel- baru dan membuang toksik dalam badan. Minuman jus lobak merah boleh dijadikan sebagai amalan dimana ia adalah bagus untuk membaiki keadaan kulit. Lobak merah didakwa berupaya mengurangkan kes-kes masalah sakit jantung, diarrhea dan juga mengatasi serangan selsema iaitu dengan membentuk antibodi dalam badan. Walau pun penanaman lobak merah dinegara kita terutama disekeliling rumah jarang dilakukan, ia masih boleh dijadikan tanaman hobi. Penulis blog rujuk sumber dimana harga pasaran semasa bagi lobak merah (carrot) di Malaysia ialah kira-kira RM4.06 - RM4.74 sekilogram yang mana ia bergantung pada kawasan dan jenis pasar. Menurut DOSM dimana purata harga kebangsaan sekitar RM4.06 sekilogram dimana di pasaraya di paparkan harga sekitar RM4.50 – RM4.71 sekilo dimana ia boleh mencecah sehingga RM6.60 bagi lobak merah import gred yang besar). Membeli dalam pek kecil (500g) ada diletakkan harga RM2.00 - RM4.00 per pek.  Artikel subuh ini saya menulis lagi dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai fakta penting tentang Lobak Merah (Carrot) sebagai satu panduan dan rujukkan semua. 


Perlu di jelaskan jika Lobak merah dikelaskan mengikut kumpulan varieti utama berdasarkan bentuk umbi (akar), saiz dan warna. DIlaporkan ada empat (4) kumpulan varieti utama Lobak Merah Dunia yang perlu di kongsikan infonya. Pertama adalah
Varieti Lobak Merah Nantes seperti varieti 'Scarlet Nantes' yang berbentuk silinder panjang dengan hujung yang tumpul atau bulat. Cirinya adalah ia berkulit licin dengan mempunyai warna kulit yang jingga terang dan tekstur rangup serta manis (Sila lihat foto disebelah). Dilaporkan varieti ini bernama 
Varieti Lobak Merah Nantes dimana ia popular terutamanya seperti 'Scarlet Nantes' atau 'Early Nantes' sebagai satu kumpulan varieti lobak merah (Daucus carota) yang berasal daripada Perancis dan terkenal dengan kualiti rasa serta bentuknya. Apa pun cirinya ia berbentuk silinder lurus dengan hujung yang tumpul atau bulat (tidak runcing di bawah). Bersaiz sederhana dengan ukuran panjang sekitar 15 - 20 cm. Ia berikan rasa isinya sangat manis, rangup, berjus dan hampir tidak mempunyai teras atau empulur keras di bahagian tengah. Mempunyai warna kulit dan isi berwarna jingga terang atau jingga kemerahan yang cantik. Selalunya kegunaan jenis ini dimana ia sangat sedap dimakan segar (secara mentah dalam salad), dibuat jus atau dimasak (dikukus atau dalam makanan jenis sup). Dilaporkan dimana cara penanaman: jenis ini ia sesuai ditanam di tanah yang gembur (termasuk bekas atau pasu sekiranya kedalaman mencukupi atau disekitar 1.5 kaki sahaja dimana ia cepat matang berbanding sesetengah varieti lain. Varieti kedua adalah Varieti Lobak Merah Imperator yang mempunyai bentuk yang panjang, tirus dan meruncing ke bahagian bawah. Cirinya dimana pada kebanyakan lobak merah komersial panjang yang dijual di pasar raya tergolong dalam kumpulan ini dan dilaporkan ia memang kaya dengan kandungan beta-karotena. Dalam pasaran ada laporan menyatakan bahawa varieti Lobak Merah Imperator merujuk kepada salah satu kumpulan utama lobak merah komersial yang paling popular dijual di pasar raya. Ia mula dibangunkan pada tahun 1928 hasil kacukan antara varieti Nantes dan varieti Chantenay. Ciri khasnya adalah berbentuk panjang dengan ukuarnnya mencecah 8 - 10 inci serta bentuknya ramping, tirus di hujung, bertekstur rangup, serta mempunyai kandungan gula yang tinggi. Apa dilaporkan dimana di bawah kumpulan 'Imperator' ini ada terdapat pelbagai jenis sub-varieti atau baka hibrid lain yang ditanam, antaranya seperti Jenis Imperator 58 iaitu ia adalah jenis varieti warisan (heirloom) klasik yang sangat terkenal kerana bentuknya yang seragam, berkulit licin, dan mempunyai rasa oren yang manis serta pekat. Kedua ada Jenis Imperator  Sugarsnax (atau Sugar Snax 54) yang mana ia terkenal dengan rasanya yang sangat manis, lembut dan sering akan digunakan untuk menghasilkan jus lobak merah. Ketiga ada Jenis Imperator Tendersweet iaitu varieti yang sangat panjang, manis dan tidak mempunyai empulur keras di tengahnya (coreless). Keempat ada Jenis Imperator Apache sebagai salah satu varieti hibrid yang tahan lasak dan menghasilkan lobak yang berkualiti tinggi. Ada juga kelima iaitu Jenis Imperator Orlando Gold iaitu sejenis varieti hibrid yang dibiakkan khusus untuk mengandungi kadar karotena (beta-carotene) 30% lebih tinggi berbanding lobak merah biasa. Keenam ada Jenis Imperator Atomic Red iaitu ia adalah satu varieti unik dalam kumpulan ini yang berwarna merah terang dan kaya dengan antioksidan likopena (lycopene). Faktanya dimana kesemua jenis ini kebanyakan mampu hasilkan produk 'Baby Carrots' atau di gelar sebagai 'Lobak Merah Mini' yang rasanya manis yang dijual dalam peket plastik di pasar raya sebenarnya bukanlah lobak yang dipetik semasa kecil. Sebaliknya dilaporkan ia adalah lobak merah varieti Imperator yang panjang ini, kemudian dipotong, dikupas, dan dicanai menjadi saiz kecil menggunakan mesin.


Seterusnya ke tiga adalah Jenis Lobak Merah Varieti  Chantenay yang mana ia apa yang penulis blog lihat berbentuk lebih pendek, tebal dan berbentuk kon. Cirinya dimana ia sesuai ditanam di kawasan tanah yang sedikit padat atau berat dan paling menarik sebab varieti ini ia hebat sebab mempunyai rasa yang sangat manis dan pejal. 
Lobak merah Chantenay ialah sejenis varieti lobak merah yang berasal dari wilayah Chantenay di Perancis dinamakan iaitu pada abad ke-18. Lobak Merah Chantenay ia berbentuk pendek, gemuk, tirus sedikit dan mempunyai hujung yang tumpul atau rata dengan saiznya berukuran kira-kira saiz 10 -15 cm panjang (SIla lihat foto disebelah). Ia mempunyai rasa yang sangat manis, enak dan kaya dengan aroma klasik lobak. Ujirasa lobak ini dimana isinya ia biasanya mempunyai bahagian teras (core) berwarna kemerahan atau oren gelap dengan tekstur yang halus. Di kebun ia tumbuh baik ikut tahap kesesuaian tanah dan ia sangat tahan lasak serta ia mudah tumbuh walaupun di kawasan tanah yang berat seperti jenis tanah liat atau jenis tanah berbatu sebab varieti ini ia tidak memerlukan tanah yang dalam seperti jenis lobak panjang yang lain. Kegunaan jenis ini dalam masakan dimana ia sesuai dimakan segar, dijadikan minuman jus, dipanggang, dikukus, atau dijadikan bahan masakan seperti sup dan stew serta berkhasiat. Keempat ada Jenis Varieti Lobak Merah Miniatur (Miniature or Baby Carrot) iaitu jenis lobak merah yang kecil, pendek atau bulat (seperti saiz jari manusia). Apa pun ia mudah dikenali sebab cirinya dengan isi yang lembut, cepat matang dan sering dimakan segar atau dijadikan hiasan hidangan. DIlaporkan dimana varieti lobak merah miniatur (atau 'Mini Carrot' atau 'Baby carrots' adalah jenis lobak merah yang secara semula jadi tumbuh dalam saiz yang kecil, pendek, atau bulat (Sila lihat foto paling bawah sekali). Apa pun cirinya berbeza dengan jenis 'baby carrots' jenis komersial dijual dipasaraya yang biasanya dipotong daripada lobak merah besar akan tetapi jenis lobak merah miniatur ini sangat sesuai ditanam di dalam pasu atau di tanam di kawasan yang terhad atau tanah yang agak keras dan berbatu. Dalam buat pemerhatian dimana diantara varieti lobak merah miniatur popular yang sering ditanam oleh pekebun rumah pertama Varieti Jenis Panjang atau Jenis Jari (Finger Carrots) iaitu jenis ini ia paling terkenal sebagai finger carrots atau baby gourmet carrots kerana saiznya yang langsing seperti jari manusia. Dalam kategori ini ada beberapa varieti populai dibawahnya iaitu Jenis Lobak Merah Little Finger dimana ia merupakan varieti jenis Nantes purba asal Perancis yang paling terkenal untuk kategori lobak jari iaitu ia mempunyai bentuk silinder yang seragam dengan hujung yang tumpul (blunt). Ia biasanya membesar sepanjang 3 - 4 inci atau sekitar 7 - 10 cm dengan ketebalan sebesar jari tangan. Ciri khas dan kelebihannya dimana ia sangat cepat matang (sekitar 55 - 65 hari) dan mempunyai rasa yang sangat manis serta tekstur yang rangup. Ia juga terkenal kerana boleh tumbuh dengan baik walaupun di dalam tanah liat atau pasu/bekas yang kecil. Kedua dalam kelas ini adalah Varieti Lobak Merah Amsterdam Forcing dimana ia mampu menghasilkan akar yang nipis, panjang dan silinder dengan kulit yang licin. Saiznya ia boleh mencapai panjang sehingga 6 inci (sekitar 15 cm) dimana ia sangat popular untuk tuaian awal sebagai 'baby carrot' sebenar kerana intinya kecil dan rasanya manis semula jadi. Ketiga ada juga Varieti Lobak Merah  Scarlet Nantes dimana walaupun boleh membesar sehingga 6-7 inci (menjadi saiz sederhana panjang) serta varieti ini sering dituai awal semasa bersaiz jejari (baby roots). Dilaporkan dimana jenis ini ia  hampir tiada empulur atau tiada inti keras (coreless), berwarna oren terang yang pekat, dan sangat berjus. Keempat ada Varieti Lobak Merah Goldfinger iaitu dalam kumpulan sama dengan varieti jenis Nantes yang matang awal dimana bentuknya memanjang tegak menyerupai jari dan mempunyai kualiti rasa gred gourmet untuk dimakan mentah sebagai snek.


Rupanya memang susah untuk dapat tahu dan kenal akan jenis-jenis atau varieti lobak merah yang ada diseluruh dunia. Ini kerana ada Jenis Lobak Merah 
Little Finger sebagai satu varieti yang paling popular dan mudah didapati di platform seperti dijual atas talian. Jenis ini ia mampu menghasilkan lobak berbentuk silinder sepanjang 3 - 4 inci sahaja dengan isi yang sangat manis, rangup dan hampir tiada empulur (coreless). Ada juga Varieti Lobak Merah Bambino dimana cirinya ia mempunyai bentuk yang sangat ramping seperti jari, berkulit licin, berwarna oren gelap dan sesuai dituai ketika saiznya masih kecil. Seterunya ada Varieti Lobak Merah  Short 'n Sweet dimana jenis ini ia membina isi sekitar 4 inci (10 cm) yang tebal dan manis. Kelebihannya adalah ia mampu bertahan dan tumbuh dengan baik walaupun di dalam tanah liat yang agak keras. Seterusnya ada Varieti Lobak Merah  Adelaide iaitu sejenis lobak merah digelar sebagai 'true baby' asli yang matang dengan sangat cepat dan mengekalkan bentuk silinder pendek yang sempurna. Penulis blog dapati ada kategori Lobak Merah Varieti Jenis Bulat (Ball atau Radish-style Carrots) dimana ia mempunyai bentuk yang unik iaitu bulat seperti buah nenas kecil atau lobak putih (radish) dengan diameter sekitar 2.5 - 4.0 cm. Ia sangat popular di Malaysia untuk tanaman dalam pasu pendek kerana akarnya tidak masuk jauh ke dalam tanah. Dalam kumpulan ini ada juga Varieti Lobak Merah Thumbelina dimana ia bersaiz bulat sebesar bola golf dan hebatnya penanaman varieti ini ia tidak memerlukan tanah yang dalam dan sangat manis jika dimakan segar tanpa perlu dikupas kulitnya. Dilaporkan ada kategori ketiga varieti lobak merah iaitu Varieti Lobak Merah Mini Berwarna (Rainbow Blends) dimana bagi peminat yang menyukai variasi warna memang ada terdapat campuran benih mini seperti Carrot Rainbow Blend (Sila lihat foto disebelah). Ini membolehkan para pengguna dapat menuai lobak merah mini dalam pelbagai warna seperti merah (Atomic Red), ungu (Cosmic Purple), putih (Lunar White), dan kuning (Solar Yellow) dalam saiz yang kecil.  Keempat ada kategori varieti Lobak Merah yang Berdasarkan Warna (Selain dari Jingga Tradisional) antaranya adalah Varieti Lobak Merah Jingga (Orange) iaitu jenis yang mengandungi kandungan beta-karotena yang tinggi (baik untuk kesihatan mata). Ada juga Varieti Lobak Merah Ungu (Purple) seperti jenis Purple Sun F1) ia itu jenis yang kaya dengan antioksidan antosianin dimana pada bahagian luar berwarna ungu manakala pada bahagian dalamnya kadangkala kekuningan atau jingga. Ada juga Varieti Lobak Merah Kuning (Yellow) iaitu jenis yang mana ia mengandungi pigmen lutein yang baik untuk mata, dengan rasa yang manis ringan. Dilaporkan bagi Varieti Lobak Merah Putih (White) ia memang tidak mengandungi pigmen karotena atau antosianin, mempunyai rasa lebih ringan dan menyerupai sayur berubi biasa. Akhir sekali penulis blog yang susah hendak hafal semua jenis varieti lobak merah dibincangkan ini masih terdapat Varieti Lobak Merah Tulen (Red) iaitu yang kaya dengan likapena (pigmen yang sama terdapat pada tomato) dimana ia bagus untuk kesihatan jantung. Semuga tulisan ini mampu memberi info sangat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

LOBAK MERAH ...JENIS UMBISI DIA...
BANYAK KHASIAT...BAIK UNTUK MATA...
PENGELUAR UTAMA...NEGARA MANA...
BACA ARTIKEL...MENARIK FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Air Keroh, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(10 JamadilAwal 1448H).

Pohon doa kesembuhan Abdul Halim...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...