Support My Blog

Wednesday, April 3, 2024

STRUKTUR PELINDUNG HUJAN BAGI SAYURAN

STRUKTUR PELINDUNG HUJAN
atau SPH kini semakin popular di bina terutama untuk penanaman sayuran. Apa pun bagi penulis blog yang sudah lebih 45 tahun dalam sektor pertanian memahami dimana Struktur Pelindung Hujan (SPH) struktur berbumbung yang melindungi tumbuhan yang ditanam didalamnya daripada terkena hujan yang lebat dan sinaran matahari matahari terik di waktu siang. Lazimnya pada bahagian bumbung SPH akan menggunakan bumbung terdiri bahan plastik yang mempunyai lapisan dari perlindungan UV. Terdapat banyak jenis plastik ini daripada jenis basic yang murah serta selalu cepat koyak sehingga jenis canggih yang mahal dan tahan lama. Apa yang penulis blog tahu dimana kerangka SPH menggunakan batang atau tiang yang diperbuat daripada batang paip, besi, kayu atau pun bahan ain yang kukuh. Terdapat banyak rekabentuk SPH dari yang konvensional sehingga rekagentuk moden yang komplikated. Saiz SPH juga berbeza-beza mengikut keperluan dan juga jenis tanaman hendak di usahakan. Terdapat SPH yang di pasang dengan jaring sebagai dinding dengan ukuran ubang sekecil 32 mesh (paling meluas digunakan) untuk menghalang serangga menganggu tanaman didalam SPH. Apa yang penulis blog faham dimana bumbung plastik yang menghalang UV light bagi mempastikan tanaman tidak cepat layu. Bumbung akan menghalang hujan lebat dimana ia bertujuan mengurangkan serangan penyakit disebabkan air hujan dan kelembapan seperti jenis kulat. Bumbung plastik yang menghalang curahan hujan juga melindungi baja dan semburan racun kimia daripada membazir apabila terkena hujan selepas di aplikasikan. Walau pun kelihatan canggih akan tetapi SPH mempunyai cabaran dan kelemahan tersendiri. Kos pembinaan SPH adalah tinggi dimana ini akan menyebabkan ROI (return to investment menjdi lambat). Dalam pada itu kos penyelenggaraan SPH juga tinggi terutama bahagian plastik pada bimbung yang mudah roak atau koyak disebaban banyak faktor. Dalam kes proses pendebungaan ada isu tersendiri apabila agen pedebungaan seperti serangga, angin dan sebagainya tidak boleh berfungsi didalam SPH. Ia akan menyebabkan penghasilan rendah jika tidak dibantu dengan memasukkan lebah atau kelulut atau menggunakan 'wind blower' untuk proses pendebungaan. Apa pun sebaiknya jenis tanaman yang bernilai tinggi dan berikan pulangan baik sahaja sesuai di tanam di dalam SPH. Artikel malam ini dari tingkat 7, Hotel Impiana, Senai, Johor Bahru pada 16 Ramadan 1445H ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai pembinaan SPH sebagai cara popular untuk tanaman sayuran di Malaysia sebagai salah satu bahan untuk dijadikan rujukkan pembaca semua.


Merujuk Jabatan Perangkaan 2023 dilaporkan penduduk Malaysia adalah seramau 32.7 juta orang dimana ia terus meningkat saban tahun. Apa pun penulis blog merujuk kepada buku Booklet Keluasan Tanaman Makanan Malaysia diterbitkan JAbatan Pertanian tahun 2023 dimana kadar sara diri (SSL) bagi buah-buahan adalah 78.1% sementara SSL bagi sayuran adalah 44.7% (ini bermakna masih banyak jenis sayuran yang diimport oleh Malaysia). Laporan tersebut nyatakan dimana penggunaan perkapita buah-buahan di Malaysia adalah sebanyak 65.9 kg seorang setahun sementara perkapita bagi sayur-sayuran adalah sebanyak 88.7 kg seorang setahun. Apa yang unik adalah dimana di laporkan ada banyak kuantiti import bagi buah-buahan iaitu sebanyak 761,000 mt setahun dan bagi sayur-sayuran adalah sebanyak 2,001,000 mt pada tahun 2023. Jumlah petani sayuran yang aktif di Malaysia pada tahun 2023 adalah seramai 47,431 orang dimana seluas 40,681 orang petani sayur adalah berada di Semenanjung Malaysia, 3,675 orang di Sarawak, seluas 3,044 orang di Sabah dan hanya 51 orang di WP Labuan. Pahang diaporkan paling ramai penanam sayuran iaitu seramai 14,959 orag (sebahagian besar adalah di kawasan tanah tinggi Cameroon Highland) dan diikuti dengan neheri Johor iaitu seluas 12,020 orang. Mereka menanam seluas 69,785 hektar sayuran dengan jumlah pengeluaran sebanyak 1,252,692 metrik tan untuk asaran domestik dan eksport. Sekali lagi dilaporkan Pahang adalah paling luas menanam sayuran seluas 21,910 hektr diikuti dengan Johor seluas 17,606 hektar pada tahun 2023. Jenis sayuran paling luas di tanam adalah Sawi (10,933 hektar) dengan jumlah pengeluaran sebanyak 143,286 mt dan diikuti dengan tanaman Bayam (6,765 ha) dengan pengeluaran sebanyak 87,360 mt dan yang ketiga adalah Kangkung (4.518 ha) dengan pengeluaran sebanyak 48,611 mt.


Penulis blog melihat dimana pengeluran sayur-sayuran menggunakan kaedah biasa di kawasan terbuka selalunya aka menhadapi risiko tinggi terhadap isu kehadiran maklhuk perosak dan kejadian penyakit.Kini penyelidikan menunjukan teknologi penanaman sayur -sayuran di bawah struktur pelindungan (SPH ) adalah sesuai dimana ia berdaya maju untuk menghasilkan sayur-sayuran jenis hawa sederhana yang bermutu dikawasan tanah tinggi dan rendah.
Struktur Pelindungan Hujan (SPH) untuk tujuan penanaman sayur-sayuran pada dasarnya ialah sebuag strujtur yang dibina dengan berbumbung plastik yang diperkuatkan dengan pemasangan kerangka atau struktur kukuh yang diperbuat sama ada daripada kayu , besi atau pun barangan logam yang difikirkan sesuai dan murah atau bahan mahal yang tahan lama serta berkualiti dengan bajet yang juga agak tinggi. Pada penulis blog dimana tahap eberkesanan pelindung hujan selalunya dipertingkatkan dengan memasang jaring kalis serangga sebagai dinding dengan saiz bubang 32 mesh bagi menghalang serangga perosk paling kecil memasukki kedalam SPH seperti kutu thrips. Apa pun pada amnya SPH digunkan untuk pengeluaran sayur-sayuran yang bernilai tinggi disebabkan kos pembinaan struktur yang tinggi. SPH akan menghalang air hujan daripada terkena terus kepada tanaah yang akan menyebabkan pertumbuhannya terganggu dan air ini akan membaw lari sama nutrisn dari baja atau semburan racun kimia yang digunakan. SPH juga menghalang sinaran matahari dari terus terkena tanaman yang akan menyebabkan berlaku kesan layu dan kesan lain. Apa pun pembinaan SPH ini yang dianggap sebagai 'vertical farming system' kini semakin berkembang dengan cepat di Malaysia terutama di kawasan pertanian di tanah tinggi dan 'urban farming system'. Golongan usahawan komersial semakin berminat dengan SPH kerana ia lebih menjamin pendapatan sayuran yang ditanam yang lebih produktif, berkualiti dan juga memberikan persekitaran yang lebih selesa untu bertani. Ini kerana kejadian hujan berlebihan atau panas terik masih ia membolehkan petani menguruskan tanamannya di bawah SPH ini. Gangguan oleh penyakit dan perosak tanaman juga dapat dikurangkan jika dinding SPH di pasang dengan jaring kalis serangga.


Paling asas adalah memehami akan beberapa jenis atau bentuk dan serta anggaran kos pembinaanStruktur Pelindungan Hujan (SPH). Secara amnya memang ada dua jenis SPH yang biasa digunakan di Malaysia iaitu dinamakan sebagai SPH BENTUK MATA GERGAJI dan juga SPH BENTUK TEROWONG. Bagi kes SPH Bentuk Mata Gergaji dimana ciri yang ada iaitu bentuk bumbung menyerupai mata gergaji yang selalunya ia diperbuat daripada kayu beruti dan pemasangan dinding kalis serangga (jenis monofilm 600mesh diperbuat daripada plastik) bergantung kepada keupayaan kewangan atau bajet. Kos untuk sebuah struktur jenis ini yang berukuran 60 meter panjang dan 10 meter lebar dengan ada dipasang jaring kalis serangga dahulu adalah linkungan diantara RM 9,000 - RM12,000 tetapo pada tahun 2024 mungkin harganya sudah jauh lebih mahal. Jenis SPH kedua yang kini seain popular dikalangan petani di Malaysia adalah SPH Bentuk Terowong dimana jenis ini rangkanya diperbuat daripada bahan besi, batang paip atau bahan yang mudah dilentur dimana bentuk akhirnya seakan berbentuk 'Terowong'. Bahan paling lazim yang selalu digunakan ialah "galvanised iron" walau pun bagi menjimatkan kos petani sebenarnya boleh menggunakan bahan buluh akan tetapi jangka hayat penggunaannya tidak lama dan mudah rebah apabila berlaku bencana alam seperti akibat tiupan angin yang kuat. Oleh itu kini penggunaan "galvanised iron" memerlukan pelaburan jangka masa panjang akan tetapi ia berbaloi untuk diguna dalam jangkamasa panjang kepada petani. Harga untuk sebuah SPH berbentuk terowong yang berukuran 60 meter panjang dan 10 meter lebar masa dulu adalah dalam anggaran harga RM25,000 termasuk jaring kalis serangga akan tetapi pada tahun 2024 ini dijangka mencecah hampr RM50,000. Beberapa petani di bawah bimbingan Jabatan Pertanian atau jabatan lain melalui program di anjurkan mereka ada memberikan bantuan subsidi dalam pembinaan SPH. Maklumbalas diterima dari petani yang menggunakan SPH mendapati dimana penggunaan SPH memang ia mampu memberikan perlindungan tanaman didalam SPH dari terkena hembapan hujan lebat. Selalunya kesan hujan lebat akan ia mengakibatkan kerosakan fizikal dan fisiologikal terhadap sayur-sayuran yang ditanam secara terbuka. Kini dengan penggunaan SPH masalah ini dapat diatasi dan seterusnya petani mampu menghasilkan sayur yang lebih terjamin dari segi kualitinya sert lebih baik dan seragam. SPH juga akan mengurangkan kesan oleh panas terik sinar matahari. Apa pun lazimnya jenis sayur-sayuran beriklim sederhana tidak tahan kepada pancaran sinaran matahari yang terik dan berterusan. Sebaiknya sayuran ini yang perlukan 20% - 30% teduhan baik untuk proses pertumbuhan dan seterusnya memberikan hasil yang optimum dan berkualiti tinggi. Tanaman dalam SPH dijamin dalam aspek pengawalan penyakit dan serangga perosak. Apa pun dengan SPH ia akan dapat memberikan keberkesanan penggunaan racun serangga dan racun kawalan penyakit kerana keadaan lembapan sekeliling dapat dikawal.Ini akan mengurangkan kos penggunaan racun. Paling 'win' adalah dimana SPH membantu dalam aktiviti iaitu pengawalan rumpai yang menganggu tanaman sayuran. Ini kerana keadaan kelembapan tanah yang berlebihan akibat hujan dapat dihindarkan dimana kesannya menyebabkan penggunaan sistem pengairan yang terkawal dengan hanya memberikan kelembapan yang optimun untuk pertumbuhan sayur-sayuran yang diusahakan sahaja. Jadinya cara ini akan mengatasi masalah pengawalan rumpai dan ini beri kesan kos mengawal rumpai akan dapat dikurangkan. Tanaman didalah SPH menyebabkan kesan sisabaki Racun Perosak hasil sayuran akan menjadi rendah. Ini kerana dengan penggunaan racun perosak yang lebih berkesan,kandungan sisa baki yang terdapat dalam sayur-sayuran dapat dikurangkan dan ini juga membantu kurangkan kesn sisa baki racun juga dikurangkan. Terakhir dimana SPH akan mengurangkan pengunaan tenagakerja kerana semua kerja dapat dilakukan seraca terancang walaupun dimasa hujan dan kos buruh lebih efektif. 
Semuga artikel ini memberi ingo berguna dan menjadi bahan bacaan kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MENANAM SAYUR... PELBAGAI PENDEKATAN..
CARA KONVENSIONAL...MAKIN DI LUPAKAN...
TEKNOLOGI SPH... MENDAPAT SAMBUTAN...
SEMUGA FAHAM...MUDAH DI LAKSANAKAN..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 717, Hotel Impiana, Senai,
Johor Bahru,
Johor,
Malaysia.
(16 Ramadan 1445H).
Posted from: Precinct 11, 
Putrajaya
Malaysia 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...