Support My Blog

Thursday, March 30, 2023

ISU TEBANG GETAH DAN TANAM SAWIT

ISU TEBANG GETAH TANAM SAWIT
sudah lama dijadikan medan perbincangan di Malaysia dimana ia adalah satu isu yang penting kepada kumpulan pekebun kecil terutamanya. Tanaman kedua-dua industri Getah (Hevea brazilliensis) dan Kelapa Sawit (Elaeis guineensis) di Malaysia penting kerana ia adalah penyumbang penting kepada KNDK negara melalui jumlah nilai eksport sejak lama dahulu. Bagaimana pun isu peningkatan harga minyak sawit mentah (MSM) dilaporkan agak menggembirakan ramai pekebun kecil kelapa sawit di Malaysia kerana mereka mampu memperolehi pendapatan yang lumayan. Pendapatan lumayan ini juga menyebabkan ramai pekebun kecil getah mula ‘cemburu’ dengan hasil yang diperolehi oleh penanam kelapa sawit hingga menyebabkan mereka sudah mula beralih kepada tanaman kelapa sawit. Penulis blog yang zaman kecil dulu dikampong memang dikelilingi dengan pokok getah dan kini sudah dikelilingi dengan pokok sawit di Gersik, Tangkak, Johor. Dilaporkan ramai pekebun kecil dakwa dimana pendapatan hasil getah yang tidak menentu sejak dahulu lagi menyebabkan mereka mengambil keputusan bera­lih kepada tanaman sawit. Apa pun dilihat penanaman getah di Malaysia adalah lebih awal berbanding dengan penanaman kelapa sawit walau pun kini pekebun kecil getah hanya mampu dapat RM400 hingga RM500 sebulan dan tidak mampu menampung belanja untuk  keluarga. Dalam laporan lain dimana ada pekebun kecil getah berubah selepas menanam kelapa sawit dengan memperolehi RM2,000 hingga RM2,500 sebulan untuk kebun seluas sehektar pada masa ini. Dilaporkan dimana ramai orang bergelar 'pekebun getah' serta keluarga­nya sering juga menghadapi masalah kewangan terutama pada setiap musim hujan dan kemarau apabila mereka tidak dapat menoreh kerana jika kebun getah seluas kurang 1.5 hektar dimana ia tidak mengeluarkan susu masa kemarau. Di beberapa negeri dilaporkan dimana boleh dikatakan sepanjang tahun pekebun kecil getah hanya boleh menoreh lima bulan sahaja setahun dimana yang selebihnya terpaksa tinggalkan pokok begitu sahaja kerana masalah cuaca berbanding dengan kelapa sawit yang mampu menjana pendapatan tidak kira musim panas atau hujan. Dalam beberapa kes dirujuk dilaporkan dimana ada pekebun kecil getah yang sebelum ini hasil pendapatan getahnya hanya RM600 sehingga RM800 sebulan dan apabila musim hujan mereka merehatkan pisau menoreh kerana tidak dapat bekerja. Ini berbanding dengan tanaman kelapa sawit apabila buahnya lebih besar lagi pada musim hujan dan mampu untuk dapat sebanyak RM2,000 hingga RM3,000 sebulan. Dalam beberapa akhbar dilaporkan dimana ramai yang pernah bergelar penoreh getah telah mengalami pelbagai pahit maung pernah dirasainya dan tidak mahu lagi kerja itu diwarisi oleh anak-anaknya pada hari ini. Ada kalanya setiap tahun penoreh terpaksa menunggu bantuan kerajaan kerana masalah tidak dapat menoreh. Artikel ditulis pada malam Nisfu Syaaban 1444H ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas isu tebang tanaman getah dan ditanam kelapa sawit untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Dalam portal berita
utusan.com dilaporkan dimana 'Lebih baik tanam sawit daripada menoreh' berkait dengan isu diatas. Kisah dari Pasir Salak, Perak dimana pekebun kecil getah akan bangun awal pagi tetapi pendapatan cuma RM5 hingga RM6 sehari dan nyatakan nilai ini apa mereka hendak makan?. Kalau berterusan macam isu ini maka ramai mereka dakwa lebih baik mennam kelapa sawit yang katanya sudah tentu lagi untung. Iru adalah dakaan salah satu pekebun kecil iaitu Seman Anak Chuon sebagai penoreh getah di Kampung Palawan, Langkap dekat sini mengenai punca pendapatannya yang bergantung hidup kepada komoditi itu sejak berpuluh tahun namun harga getah statik, tidak banyak berubah (Sila lihat foto disebelah). Apa pun menurut Seman yang merupakan penduduk Orang Asli di Langkap, nasib penoreh sepertinya memang berbeza dengan mereka yang menanam kelapa sawit. Dia beritahu dimana  ketika harga kelapa sawit melonjak tinggi dan jika jatuh harga pun tidak terlalu rendah maka harga getah pula sebaliknya kerana tidak pernah mencatat harga yang tinggi yang boleh memuaskan hati penoreh. Dilaporkan harga getah susu sekitar RM12 sekilogram, sekerap kering pula RM5 sekilogran manakala sekerap basah RM3 sekilogram. Dalam sehari berapa sangat yang mampu dia toreh dengan kebun seluas seekar adlah lebih parah lagi jika hujan. Dengan harga serendah ini, berapa sangat kami boleh dapat kadang-kadang hanya RM5, RM6 sehari, macam mana nak hidup kalau berterusan begini. Apatah lagi macam dia yang ada enam anak perlu ditanggung dimana dengan harga getah serendah sekarang memang dia merasakan tidak berbaloi jika terus menoreh. Walau pun dia sudah lama menoreh akan tetapi harga getah langsung tidak berganjak dimana kalau keadaan ini berterusan lebih baik dia tukar kepada tanaman kelapa sawit apatah lagi sekarang harga sawit melambung tinggi. Apa pun menurut Seman, dia kesal jika ketika golongan itu terus hidup dalam kemiskinan, syarikat-syarikat getah ternama pula mengaut keuntungan. Katanya, sepatutnya keuntungan yang dinikmati syarikat getah turut sama dirasai oleh penoreh. Memang tidak adil jika syarikat getah untung besar sedangkan kami terus hidup susah. Sebenarnya isu harga ini bukan di peringkat kilang yang besar-besar saja, malah di peringkat jualan di kebun pun kami berdepan pelbagai alasan pembeli yang menyebabkan harga yang kami jual begitu rendah. Walau pun ada macam-macam alasan diberikan oleh pembeli seperti getah basahlah, getah keringlah. Dia masih berharap kerajaan mengkaji langkah yang terbaik untuk membantu kami agar usaha kami yang bangun awal pagi untuk menoreh, mendatangkan hasil yang berbaloi. 


Dalam portal berita kosmo.com.my pula melaporkan '
Pekebun getah beralih tanam kelapa sawit' sesuai dirujuk mengenai isu ini. Kisah dari Padang Terap, Kedah ini melaporkan dimana akibat kepada peningkatan harga minyak sawit mentah ketika ini telah pun menggembirakan pekebun kecil kelapa sawit di Padang Terap kerana memberi pulangan pendapatan lebih tinggi. Pendapatan lumayan itu menyebabkan ramai pekebun kecil getah mula ‘cemburu’ dengan hasil dikutip penanam kelapa sawit hingga menyebabkan mereka beralih kepada tanaman kelapa sawit. Bagi Johari Seman (52) dari Kampung Jelutung, Kuala Nerang dakwa pendapatan hasil getah yang tidak menentu sejak dahulu lagi menyebabkan dia kini beralih menanam kelapa sawit. Kalau dahulu ada dakwaan dimana tanah kebun di utara Kedah terutamanya Padang Terap tidak sesuai dengan tanaman kelapa sawit sehingga menyebabkan ramai penduduk berminat menanam getah. Bagaimanapun dengan masalah cuaca dan harga tidak menentu sejak dahulu lagi saya kini beralih kepada tanaman kelapa sawit. Dahulunya semasa menanam getah saya hanya mampu memperolehi sebanyak RM400 hingga RM500 sebulan. “Kini selepas menanam kelapa sawit dimana dia sudah pun memperoleh pendapatan sebanyak RM2,000 hingga RM2,500 sebulan bagi tanah seluas sehektar. Bagi seorang lagi penanam kelapa sawit Zubir Othman dimana sejak dulu selama bergelar sebagai pekebun getah dia dan keluarganya sering menghadapi masalah kewangan. Kalau dulu dia semasa setiap musim hujan dan kemarau mereka tidak dapat menoreh kerana pokok getah seluas 1.5 hektar yang diusakannya itu tidak mengeluarkan susu getah yang banyak. Dia dakwa sepanjang tahun mereka boleh menoreh hanya lima bulan sahaja dan selebihnya terpaksa tinggalkan pokok begitu sahaja kerana masalah cuaca. Ini berbanding dengan tanaman kelapa sawit yang mampu menjana bagi pendapatan lebih baik pada setiap bulan kerana tidak kira musim panas atau hujan.


Menarik laporan bernama bertajuk '
Sumbangan besar getah, minyak sawit Malaysia' agak berkait dengan tajuk tulisan kali ini. Dilaporkan dimana getah telah menjadi tumpuan negara semasa sukar apabila transformasinya dalam bentuk sarung tangan telah pun terbukti menjadi penyelamat nyawa sehinggakan negara ekonomi terbesar dunia turut memuji produk komoditi keluaran Malaysia itu. Merujuk kenyataan Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur menerusi ciapan Twitter rasminya turut berkongsi maklumat bahawa 65% atau 225 bilion helai sarung tangan digunakan barisan wiranya - saintis, doktor, jururawat dan petugas di barisan hadapan adalah ia didatangkan dari Malaysia!. Ironinya hanya dalam beberapa bulan sebelumnya Malaysia dikecam AS atas dakwaan salah satu syarikat tempatan menggunakan khidmat buruh paksa dalam operasinya. Berikutan itu dilaporkan pihak Kastam dan Perlindungan Sempadan AS bertindak menyekat import sarung tangan getah pakai buang keluaran syarikat berpejabat di Sepang, WRP Asia Pacific Sdn Bhd (WRP).  Bagaimanapun disebabkan lonjakan permintaan serta kekurangan bekalan susulan penularan pandemik Covid-19 menyebabkan AS tiada pilihan kecuali akur dan menarik balik sekatan terhadap syarikat itu pada 23 Mac 2021. Walaupun permintaan AS terhadap sarung tangan getah adalah sebanyak 170 bilion helai atau 32 peratus daripada jumlah permintaan dunia, eksport WRP hanyalah mencecah tiga bilion helai yang mencerminkan langkah kecil syarikat itu sebelum meraih kejayaan di masa depan. Di sudut lain dilaporkan dimana demi menampung lonjakan mendadak permintaan itu maka Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) terpaksa mendapatkan kebenaran kerajaan untuk beroperasi pada kapasiti penuh walaupun di tengah-tengah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sejajar dengan kedudukan Malaysia sebagai pengeluar terbesar sarung tangan perubatan, MARGMA perlu memastikan bekalan itu mencukupi untuk kegunaan hospital dan petugas kesihatan dalmn usaha memerangi pandemik. MARGMA dijangka menyumbang kira-kira 225 bilion helai sarung tangan pada setahun iaitu kira-kira 65 peratus daripada keseluruhan keperluan dunia. Ketika industri sarung tangan getah berharap kerajaan mempertimbangkan rayuan itu, pengeluar tempatan satu lagi produk berasaskan getah iaitu kondom dimana ia dijangkakan berlakunya pengurangan mendadak produk itu berikutan perlu menggantung operasi susulan PKP itu. Sebagai contoh Syarikat Karex Berhad yang mengeluarkan satu daripada lima kondom dunia kini sudah tidak lagi ia mengeluarkan sebarang produk itu sejak 18 Mac 2020 lalu PKP dikuatkuasakan. Laporan media turut mengetengahkan kekurangan sehingga 100 juta kondom, lazimnya dipasarkan oleh jenama antarabangsa seperti Durex, yang dibekalkan kepada sistem penjagaan kesihatan negara seperti NHS Brjitain atau yang diedarkan oleh program bantuan seperti Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Bekalan kondom dikatakan berdepan tekanan dan kekurangan ketara itu berkemungkinan besar disusuli dengan kelahiran ramai bayi dalam tempoh 10 bulan atau seterusnya. Dalam pada itu dilaporkan dimana minyak sawit Malaysia turut berperanan membantu dunia membendung Covid-19. Minyak sayuran itu yang meletakkan Malaysia sebagai pengeluar utama, banyak digunakan sebagai pengganti bahan surfaktan berasaskan petroleum bagi tujuan pembuatan sabun dan pencuci. Bahan ini tidak hanya membersihkan tangan dan pakaian manusia malahan ia turut didakwa membunuh kuman termasuk coronavirus. Dilaporkan juga minyak sawit akan dapat membantu ketika musim coronavirus apabila semua orang perlu berada di rumah untuk masak sendiri. Dilaporkan dimana secara purata, Malaysia mengeksport kira-kira 20 juta tan minyak sawit mentah dan  membantu keupayaan dunia memenuhi permintaan global. Jumlah simpanan minyak sawit Malaysia bagaimana pun pernah susut 4.2 peratus kepada 1.68 juta tan pada Februari 2020 daripada 1.76 juta tan pada bulan sebelumnya. Isu semakin banyak kawasan getah yang ditebang dan ditukar kepada tanaman kelapa sawit akan berterusan dan perlukan campurtangan dasar kerajaan bagi menentukan industri getah negara akan malap. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
TEBANG GETAH... RAMAI LAKUKAN...
TANAM SAWIT.. NAIK PENDAPATAN...
HARGA GETAH... RENDAH SAKAN...
MENBACA ARTIKEL... ANDA FIKIRKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1306, Starwell Hotel,
Bandar Baru Kuala Lipis,
Kuala Lipis, Pahang,
Malaysia.
(15 Syaaban 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...