Support My Blog

Wednesday, March 22, 2023

PATOLOGI TUMBUHAN - APA DIA? (Part 3)

PATOLOGI TUMBUHAN (Plant Pathology) adalah bidang ilmu yang berurusan dengan masalah penyakit tumbuhan yang disebabkan oleh mikrob seperti Kulat, Bakteria, Virus dan Nematod. Ilmu Penyakit Tumbuhan adalah ilmu yang mana ia mempelajari kerosakan tumbuhan yang disebabkan oleh organisma yang tergolong ke dalam dunia tumbuhan seperti Parasit, Kulat, Bakteria, Cendawan, Mikroplasma, Virus dan patogen lain. Kerosakan akibat penyakit tumbuhan ini boleh berlaku dalam seua peringkat pertumbuhan daripada benih, anak benih sehingga penuaian hasil dan aktiviti lepas tuai. Penyakit tumbuhan dapat diperiksa melalui dua sudut iaitu sudut biologi dan sudut ekonomi serta tahap kerosakan disebabkan oleh serangan penyakit. Penting untuk lebih ramai agar mempelajari Ilmu Penyakit Tumbuhan kerana akibat kerosakan yang ditimbulkan oleh penyakit tumbuhan akan menyebabkan kerugian yang sangat besar terhadap petani dan negara. Kerosakan ini selain disebabkan oleh faktur kehilangan hasil ternyata ia menimbulkan gangguan terhadap pengguna dengan adanya racun yang digunakan semasa kawalan dilakukan (sisabaki racun). Dalam pada itu ilmu sains patologi ini menekankan kepada asas kepentingan dalam kemahiran sebagai pakar dalam bidang yang digelar 'Plant Pathologisr'. Bidang ini melibatkan banyak rujukkan dan penyelidikan termasuk kawalan biologi dan juga teknologi dalam pengurusan penyakit, epidemiologi dan diagnosa dan penilaian penyakit tumbuhan. Pada penulis blog yang belajar di universiti dahulu subjek teras ini memang agak sukar berbanding dengan subjek-sunjek lain. Sebenarnya patologi tumbuhan (atau Fitopatologi) ialah kajian mengenai penyakit tanaman khususnya mengkaji bagaimana proses-proses penyakit tumbuhan berkembang dimana merangkumi jenis penyakit, agen punca penyakit, penyebaran, kerosakan yang dilakukan serta langkah-langkah kawalan yang boleh membendung penyebaran dan merawat penyakit tersebut. Kedatangan patogen tertentu (virus, bakteria, kulat dan nematod) adalah penyebab atau punca kepada faktor penyakit yang menyerang tanaman. Bidang fitopatologi adalah juga termasuk patologi tumbuhan iaitu skop analisis dan teori, bakteriologi, biokimia dan sel, kawalan biologi, kawalan penyakit dan serangga perosak, ekologi, biologi populasi, epidemiologi, etiologi, genetik dan ketahanan, mikologi, nematologi, tekanan tumbuhan dan masalah abiotik, patologi pascatuaian dan mikotoksin, serta virologi. Pendek kata memang luas dunia seorang patologis yang perlu dikuasai untuk membolehkan ia pakar didalam bidang ini. Selalunya semua proses-proses ini amat penting dalam bidang pertanian dan hortikultur bagi mempastikan segala masaalah kesihatan tumbuhan dapat dilakukan. Seorang pakar patologi bertugas mengikut disiplin masing-masing dimana bagi pakar patologi untuk kesihatan manusia adalah berlainan dengan seorang pakar patologi dalam bidang pertanian (skop tanaman, haiwan dan perikanan). Pakar patologi yang memeriksa manusia biasanya akan mendiagnosis dan memeriksa sampel dan biopsi pesakit dan kemudian akan mentafsirkan ujian makmal perubatan untuk tujuan bagaimana mendiagnosis, merawat dan mencegah penyakit. Sistem imun manusia memegang banyak rahsia dimana ujian ini akan mengukur perkara seperti paras hormon, antigen virus dan respons antibodi serta penanda kanser kepada pesakit. Patologi Tumbuhan pula walau pun cara bekerjanya agak sama tetapii tumbuhan agak banyak jenisnya dan komplikated. Artikel pada pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis lagi mengenai perkara berkaitan dengan patologi tumbuhan untuk dijadikan bagan rujukkan dan bacaan semua.


Petani perlu tahu bagaimana cara dalam mengawal penyakit tanaman yang mana memerlukan pengetahuan tentang cara bagaimana 
sebaran geografik. Penting juga difahami akan tahap ketahanan hidup patogen, cara pembiakan dan penyebaran inokulum serta cara-cara jangkitan patogen kedalam tanaman dan juba bagaimana proses infeksinya. Patogen yang berkait rapat dengan perumah (host) adalah punca bagaimana inokulum seperti  jenis partikel virus, sel-sel bakteria, miselium cendawan dan larva nematoda boleh hadir. Inokulum tersebut akan dibawa kepada bahagian tanaman yang masih sihat seperti benih, umbisi, anakbeni dan keratan. Struktur patogen yang selalu terdapat pada perumah termasuk klamidospora, sklerotia, miselia dan beberapa konidia ascomycetes, uredospora kulat karat dan sklerotia basidiomycetes. Struktur patogen ini biasanya terdapat pada benih atau bahan tanaman yang mati atau dalam tanah. Inokulum yang terdapat dalam benih tanaman akan tersebar luas melalui kegiatan pergerakan manusia. Selain itu pengaruh tiupan angin dan aliran air juga merupakan agen penyebar patogen yang penting. Spora cendawan selalu akan dapat bertahan lama di udara sehingga dapat dibawa angin sampai jarak yang jauh. Apa pun jika ada deretan pegunungan dan hamparan lautan luas maka ia dapat membataskan penyebaran patogen.  


Aspek penting dalam memehami k
etahanan putara hidup patogen yang menyebabkan penyakit tumbuhan juga penting diketahui. Biasanya ada patogen tertentu yang boleh hidup dalam jangkamasa yang lama di suatu lokasi dengan berbagai musim dan kesesuaian bersama tanaman. Struktur patogen yang tahan seperti jenis konidia dan peritesia cendawan akan hidup menyesuaikan dengan habitat. Sebagaii contoh dimana konidia kulat atau cendawan Alternaria solani penyebab kepada penyakit bintik daun tomato dan kentang dapat bertahan hidup selama 18 bulan pada daun yang diserang penyakit yang hampir atau pun yang sudah kering (Sila lihat foto disebelah). Klamidospora Fusarium yang mana ia berdinding tebal dan uredospora cendawan karat juga penting sebagai struktur untuk ia mempertahankan diri dalam persekitaran yang kurang baik. Cacing Nematoda bertahan hidup dalam bentuk telur, kepompong dan larva. Kemampuan hidup sebagai saprofit memberi kemungkinan bagi beberapa patogen-patogen tertentu untuk bertahan hidup dalam tanah atau dalam sisa-sisa bahan organik tanpa adanya perumah. Keseimbangan mikrobiologi dalam tanah dapat mempengaruhi terhadap ketahanan hidup patogen yang bersifat saprofitik. Dalam tanah selalunya mikroorganisme yang mana ia bersifat antagonis ataupun parasit terhadap patogen. Beberapa jenis patogen akan dapat bertahan dalam biji seperti jenis kulat Colletotrichum lindemutianum iaitu penyebab Penyakit Antraknose pada buah. Dalam pada itu patoge bakteria seperti Xanthomonas malvacearum adalah punca dan penyebab kepada penyakit bintik daun bersudut pada kapas dan juga patogen bean mosaic virus. Patogen lain pula ada yang dapat bertahan hidup dalam badan sesetengah serangga seperti jenis bakteria layu timun dalam tubuh sejenis kumbang.


Jangkitan Penyakit Tanaman berlaku apabila sp
ora cendawan yang jatuh pada permukaan tanaman akan bercambah apabila keadaan sekitarnya sesuai. Faktor-faktor persekitaran yang penting adalah adanya lapisan air dan kelembaban tinggi dan suhu sesuai (biasanya sekitar suhu antara 15 - 30 Celcius). Faktor lainnya adalah kemasaman tanah yang diukur dengan  pH, kehadiran Oksigen dan Karbon dioksida, nutrien dan rangsangan khusus. Patogen dapat masuk kedalam tanaman melalui luka, lubang semulajadi atau menembusi secara  langsung di permukaan tumbuhan yang sihat. Bakteria dan virus tanaman juga boleh masuk melalui luka yang terjadi secara mekanikal seperti akibat geseran diantara tanaman semasa ada angin kuat bertiup, luka oleh terkena peralatan petani, calar-calar pada hasil tanaman semasa menuai dan juga semasa proses pengangkutan. Buah betik yang tidak diuruskan dengan baik boleh rosak akibat serangan patogen (Sila lihat foto disebelah). Luka bekas tusukan atau gigitan serangga pula dilaporkan antara yang banyak menjadi punca untuk membuka jalan masuk bagi bakteria. Suatu patogen dapat pula masuk melalui luka yang telah dibuat oleh patogen lain. Misalnya luka oleh cacing nematod pada akar dapat menjadi jalan masuk bagi bakteria penyebab penyakit layu bakteria. Nematod boleh berada dalam bintil akar bersama-sama dengan cendawan P. nicotianae yang boleh juga ia menyebabkan meningkatnya serangan pada daun tembakau.  Lubang-lubang (holes) yang ada pada tumbuhan secara semulajadi memang merupakan pintu masuk bagi kebanyakan patogen seperti bakteria penyebab bintik daun. Jenis bakteria seperti Xanthomonas campestris sebagai penyebab penyakit  busuk hitam pada kobis bulat selalunya akan  masuk kedalam daun melalui stomata. Terdapat juga jenis bakteria sebagai penyebab masaalah serangan kudis pada kentang yang mana ia boleh masuk melalui lapisan lentisel. Bahagian-bahagian tanaman yang tidak khusus seperti pucuk, bunga dan hujung akar memang agak mudah sekali ditembusi oleh patogen tertentu kerana ia lembut dan berair.  Sebaiknya pembaca belajar secara khusus bagaimana mengetahui penyakit tumbuhan berlaku dan kepentingannya untuk mengawal. Artikel ini ditulis dalam enam (6) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5 dan Part 6 yang sesuai ianya dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technologu kali ini. Wasallam!!!....
PATOLOGI TUMBUHAN... APA DIA...
PENYAKIT TUMBUHAN...BERPUNCA....
BAKTERIA, KULAT... VIRUS JUGA....
PATOGEN LAIN ... NEMATOD JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist.
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Syaaban 1444H). 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...