Support My Blog

Thursday, June 30, 2022

FAKTA KEGUNAAN SABUT KELAPA

SABUT KELAPA
 (coconut husk) merupakan bahagian mesokarp (kulit luar) yang terdiri daripada serat kasar pada buah kelapa. Lazimnya ia berfungsi sebagai pelapik (cushion) apabila buah kelapa tua jatuh ketanah dari pokok yang tinggi agar tidak pecah. Fungsi lain secara alami dimana ia akan mempastikan buah kelapa terapong pada permukaan air dan tidak tenggelam iaitu fungsinya sebagai 'pelampong'. Sabut yang terdiri dari serat yang terkumpul ini akan diasingkan denag menoupas sebelum isinya di jual sebagai biji kelapa yang mengandungi air kelapa dan santan. Ia dibuang menggunakan alat khas dan selalunya dikumpulkan dipusat khas kemudian diiarkan atau dibakar atau kering membusuk jika tidak diproses. Bagaimana pun terkini longgokan sabut kelapa sudah kurang kerana sudah dipelbagaikan kegunaanya selain daripada secara tradisinya dijadikan bahan bakar sahaja. Banyak aktiviti memproses sabut kelapa seperti dijadikan cocopeat iaitu bahan tanaman yang diguna untuk fertigasi, alas kaki, kusyen kerusi kereta, tali dan sebagainya. Penghasilan serat sabut (cocofibre) dan serbuk sabut (cococoir) merupakan produk yang paling banyak diusahakan dikawasan penananaman kelapa. Saya ada menulis banyak artikel mengenai kelapa dan sabut kelapa termasuk pautan berikut (Sila klik disini). Kini bukan sahaja ia digunakan sebagai media tanaman malahan sudah diformulasi sebagai bahan baja tanaman yang pelbagai jebusnya. Penulis blog dapati dimana sabut kelapa juga merupakan hasil buangan daripada buah kelapa yang dikupas kulitnya dan boleh diproses menjadi pelbagai produk berguna. Secara umum sabut kelapa dapat diproses menjadi Cocopeat (nama teknikal untuk serbuk dari sabut kelapa). Kini produk cocopeat telah menjadi satu pilihan terbaik dikalangan usahawan nurseri dan petani untuk dijadikan media tanaman yang cekap dan kos efektif. Kajian menunjukkan bahawa kandungan cocopeat ini memang ternyata mengandungi beberapa unsur zat makro dan mikro yang diperlukan oleh tanaman. Unsur zat tersebut adalah Kalium (K), Posforan (P), Kalsium (Ca), Magnesium (Mg) dan beberapa lagi. Dalam membuat beberapa lapporan teknikal didalam dan luar negara, penulis mendapati bahawa kandungan unsur nutrien sabut kelapa yang paling dominan adalah unsur Kalium (K). Ini diikuti dengan unsur Posforan didalam cocopeat. Keujudan kedua-dua unsur kalium dan Posforan ini sangat diperlukan oleh tanaman terutama sewaktu tanaman kita sedang mengalami tahap peringkat pembungaan (Flowering) dan pembuahan (Fruiting). Lazimnya unsur kalium memberikan “rasa” pada buah agar lebih berkualiti dari segi kemanisannya, kelembutannya dan juga aromanya. Artikel subuh ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" kenggunaan sabut kelapa dan kehebatan bahan produk tersebut untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Sabut Kelapa merupakan salah satu daripada penghasilan produk dari tanaman kelapa selain daripada produk santan, produk dari tempurung, batang, daun dan minyak kelapa. Kelapa (Cocos nucifera) dari keluarga Aracaceae adalah sejenis tumbuhan yang masyhur sebagai tanaman serbaguna (tree of life) kerana kehebatannya. Hampir keseluruhan pokok kelapa yang juga dikenali sebagai 'nyiur' atau 'kerambil' boleh dimenafaatkan iaitu daripada buah, daun dan batangnya.  Pada penulis blog keperluan pokok kelapa memang sudah terkenal didalam masyarakat tropika termasuk di Malaysia. Penulis blog telah merujuk kepada laporan Jabatan Pertanian Malaysia terdapat seluas 84,228 hektar tanaman kelapa pada tahun 2021 yang menghasilkan sebanyak 566.595 metrik tan kelapa (Sumber : Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2021).  Negeri yang luas menanam kelapa adalah Sabah (17,275 ha), Johor (11,887 ha), Selangor (10,239 ha), Kelantan (10,399 ha) dan Perak (7,523 ha). Pada kali saya akan membincangkan beberapa kegunaan atau manfaat dan kegunaan sabut kelapa dalam kehidupan harian. Sabut kelapa merupakan salah satu daripada hasil sampingan daripada industri tanaman kelapa. Apa yang penulis blog pernah buat penelitian dibeberapa Pusat Pertanian Jabatan Pertanian yang mempunyai ladang kelapa dan di ladang swasta dimana sebiji buah kelapa lazimnya akan mempunyai lebih kurang 0.4 kg sabut dengan kapasiti 30% serat atau gentian. Sabut kelapa terdiri daripada serat dan gabus dimana ia berwarna ciklat gelap bergantung kepada jangkamasa kelapa tersebut gugur daripada pokok sebelum diambil sabutnya. Biasanya serat yang diproses daripada sabut kelapa tinggi dengan bahan kandungan lignin dan rendah dengan kandungan selulosa menjadikannya kuat dan tahan lama.

Dalam pada itu aktiviti pemprosesan sabut kelapa boleh dilakukan dengan dua kaedah iaitu secara pengeretan (retting) atau pengisaran (milling). Di Malaysia dan beberapa negara yang memproses sabut kelapa antara kaedah pengeretan boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti air, embun, enzim, kimia dan mekanikal untuk menceraikan jaringan polisakarida pektin yang mengikat serat pada batang untuk mendapatkan serat secara individu. Tempoh pengeretan yang lebih pendek akan menghasilkan serat yang lebih berkualiti tinggi namun kajian mendapati pengeretan terbaik adalah hasil gabungan kimia dan enzim. Pengeretan sabut kelapa memerlukan masa sehingga 4-12 bulan untuk menghasilkan serat yang baik, panjang dan putih bersih. Bagaimana pun dengan kemajuan teknologi pada masa kini maka proses ini dapat disingkatkan dengan bantuan enzim dan kimia serta jentera atau mesin khas. Kaedah pengisaran pula terbahagi kepada dua iaitu kaedah pengisaran basah (wet milling) dan pengisaran kering (dry milling). Pengisaran basah menghasilkan serat yang cirinya panjang, pendek dan berwarna coklat. Pengisaran kering pula dilakukan tanpa proses perendaman atau sabut hanya dibasahkan sedikit sahaja untuk menghasilkan serat yang pendek, kasar dan berwarna coklat. Antara mesin dinegara kita adalah Mesin Mengurai sabut kelapa 
(Coconut dehusker) merupakan sejenis alatan yang membantu kita memproses sabut kelapa kepada produk lain yang berguna (Sila lihat foto disebelah). Sisa buangan yang kurang bernilai daripada hasil pertanian seperti sabut kelapa sering menjadi longgokan sampah atau dibakar. Penanaman pokok kelapa pula dilihat hanya berpotensi pada buah sahaja iaitu kelapa muda untuk mendapatkan airnya, sementara kelapa tua pula digunakan bagi mendapatkan santan. Biarpun mendapat jolokan pokok seribu guna, namun tidak ramai meng­eksploitasi sepenuhnya kegunaan kelapa terutama sabut kelapa yang biasanya akan dibuang sebaik dikupas ataupun dibakar. Sabut kelapa sering dimanfaatkan pada waktu tertentu saja terutama ketika musim perayaan khususnya dalam menghasilkan kuih tradisional masyarakat tempatan seperti pembuatan bahulu dan akok. Padahal sabut kelapa mempunyai nilai yang tinggi terutama dalam industri pertanian bagi dijadikan medium pengganti tanah menerusi kaedah teknik fertigasi dengan cara menggunakan cocopeat.

Dibanyak penyelidikan oleh agensi kerajaan dan swasta dimana ada banyak kegunaan 
yang dapat diperoleh daripada hasil pemprosesan sabut kelapa seperti dalam sektor pertanian, industri tekstil, pembaikan tanah perlombongan, jadi perabot, pembuatan kueh, pembuatan silika dan juga untuk rawatan air. Dalam sektor pertanian memang sudah tidak asing lagi akan menafaat dari sabut kelapa. Cocopeat atau habuk sabut kelapa adalah bahan yang dihasilkan daripada sabut kelapa yang telah diproses dan dihancurkan untuk dijadikan sebagai medium tanaman bagi membantu tumbesaran pokok. Serbuk sabut kelapa atau lebih dikenali secara komersial sebagai cocopeat adalah salah satu media penanaman yang baik kerana nilai pH, konduktiviti elektrik, dan sifat kimia yang lain yang sesuai sebagai media penanaman. Namun, kadar upaya simpan air yang tinggi menyebabkan kadar pengudaraan cocopeat adalah rendah yang menyebabkan akar menerima kurang oksigen. Oleh itu, media lain turut ditambah ke dalam media cocopeat seperti perlite dan sekam padi yang dibakar untuk mengurangkan masalah pengudaran akar. Dalam pada itu kegunaan sabut kelapa di dalam industri tekstil adalah kerana serat kelapa adalah satu-satunya serat daripada buah-buahan yang boleh digunakan dalam industri tekstil. Antara produk yang dapat dihasilkan daripada serat kelapa adalah seperti tikar, tali, karpet dan pengisi tilam. Jangan pembaca terkejut kerana kerusi kereta yang dipasang mengandungi bahan serabut sebagai serat empuk didalamnya. Dalam menambahbaik tanah bekas lombong selalunya ada banyak teknologi yang dolakukan. Antaranya adalah penggunaan serat kelapa bagi menambak tanah bekas lombong. Biasanya tanah lombong diketagorikan sebagai jenis tanah bermasaalah akibat dari aktiviti perlombongan telah menyebabkan berlaku perubahan pada struktur fizikal dan kimia tanah. Lazimnya ia akan menyebabkan aktiviti pertanian tidak sesuai dijalankan di kawasan ini kerana masaalah 'porosity' dan ketiadaan bahan organik lagi. Dalam pada itu berlaku kejadian risiko terjadinya hakisan dan pemendapan tanah lebih tinggi di kawasan bekas lombong. Penggunaan serat kelapa digunakan pada lereng lereng kawasan perlombongan untuk mengurangkan kejadian hakisan pada tanah yang ditimbun pada kawasan bekas lombong kerana keupayaan serat kelapa untuk menyerap dan menyimpan air adalah tinggi. Kemudian serat kelapa yang juga bahan organik akan membolehkan tanah lombong lebih berguna. Sabut kelapa juga adalah semulajadi, murah dan bermanfaat dalam jangka masa panjang kerana ia akan menjadi humus apabila terurai. Setelah penimbunan tanah dilakukan biasanya kawasan lombong ini boleh ditanam dengan tanaman penutup bumi seperti tanaman kekacang dan rumput untuk mengembalikan struktur fizikal dan kimia tanah yang sesuai untuk kegiatan pertanian.

Memang sabut kelapa sesuai dijadikan produk p
erabot yang agak tahan lama.  Kandungan lignin dan selulosa dalam sabut kelapa menjadikan ia sesuai sebagai bahan alternatif dalam usaha pembuatan papan partikal atau papan yang boleh dijadikan almari, kerusi, kabinet dan banyak lagi. Bagaimana pun kelemahan perabut ini adalah ia tidak boleh terkena air kerana ia akan kembang dan mereput sama dengan produk lain yang seumpamanya. Dalam industri aotomotif termasuk kilang proton di Malaysia mereka masih menggunakan sabut kelapa. Dilaporkan sehingga kini kesesuaian serat atau gentian kelapa telah dieksploitasi dalam bidang automatif dalam pembuatan kusyen kereta, tilam dan perabot. Walau anda memandu proton persona, proton X50, proton waja, proton saga, proton exora, proton preve, proton iriz, proton satria neo dan sebagainya mungkin masih ada penggunaan sabut kelapa. Penulis blog ingat lagi bagaimana sabut kelapa penting untuk dijadikan bahan pembakar dalam pembuatan kueh tradisional. Ini kerana dembuatan kuih tradisional seperti akok, bika dan bahulu dimana sabut kelapa dijadikan sebagai bahan bakar untuk menghasilkan kuih yang lebih beraroma. Penggunaan sabut kelapa juga berlaku didalam proses pembuatan silika. Biasanya abu sabut kelapa mengandungi 62.43% Kalium oksida (K2O), 17.9% Silikon dioksida (SiO2) dan 8.79% Kalsium oksida (CaO) iaitu bahanyang berguna dan masih berpotensi untuk menghasilkan silika. Silika digunakan dalam banyak industri namun penghasilan silika (Si02) yang tulen dan berkualiti tinggi adalah mahal kerana takat leburnya yang tinggi. Proses pengekstrakan silika daripada sisa pertanian seperti sabut kelapa adalah salah satu alternatif untuk mengurangkan kos pengeluaran silika. Antara kegunaan lain sabut kelapa adalah didalam proses rawatan air buangan dan yang seakan sama dengannya. Ini kerana sabut kelapa juga digunakan sebagai ‘activated carbon’ yang berpotensi sebagai bahan penyerap yang baik yang dapat membantu masalah rawatan air buangan. Sabut kelapa juga akan dibakar untuk menghalau nyamuk pada waktu lewat petang di kawasan kampung. Banyak lagi kegunaan sabut kelapa dilaporkan seperti sebagai bahan untuk meneutralkan air dan bau simen, penapis air sederhana dan bahan mentah penyala. Teknik pemprosesan sabut kelapa pada hari ini telah membantu petani untuk mendapat pendapatan tambahan kerana ia berpotensi untuk menjadi serat kelapa, cocopeat dan papan partikal dan lain lain disambing menjaga kelestarian alam sekitar. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SABUT KELAPA.... BANYAK GUNANYA...
PRODUK COCOPEAT... SEBAGAI MEDIA...
ALAS KUSYEN... BAHAN ASAS SILIKA...
RAWATAN AIR... BAKAR AKOK JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana off Jalan Istana,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Persimpangan Bukit Beruang,
Melaka, 
Malaysia.
(15 Ramadan 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...