Support My Blog

Wednesday, June 1, 2022

MAKANAN DARI NANGKA MUDA

NANGKA MUDA merupakan sejenis buah tropika daripada pokok Nangka (Artocarpus heterophyllus) yang boleh dimasak didalam banyak resepi. Buah nangka dari beberapa varieti nangka yang belum matang dimana isinya dan bijinya masih lembut sesuai dipetik untuk dibuat Nangka Masak Lemak, Rendang Nangka, Serunding Nangka, Kerabu Nangka, Ulam Nangka Muda, Gulai Nangka dan pelbagai menu masakan lain. Terdapat seluas 4,675 hektar tanaman nangka telah dilaporkan oleh Jabatan Pertanian ditanam pada tahun 2021 dengan jumlah pengeluaran sebanyak 35,8020 metrik tan (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2022). Sebahagian besar tanaman nangka ditanam di Negeri Pahang dengan keluasan sedia ada seluas 670 hektar diikuti dengan Negeri Johor seluas 550 hektar. Bekalan nangka muda segar memang tidak menjadi masaalah di negara kita dengan keluasan tanaman nangka sedia ada. Nangka ditanam sebagaii tanaman monokrop dan selingan atau dusun bercampor dikeliling kawasan rumah. Penanaman nangka memerlukan sistem pengurusan khusus agar dapat menghasilkan nangka masak yang berkualiti dengan saiz seragam dan besar, kualiti kemanisan sesuai dan harga yang stabil. Lazimnya sebanyak 10-15 biji buah nangka akan dibiarkan untuk dituai pada pokok nangka yang berumur 5-9 tahun selepas ditanam. Oleh itu penjarangan buah perlu dijalankan secara berperingkat-peringkat dengan memotong buah yang rosak, bentuk tidak seragam, diserang perosak, buah pada hujong ranting atau pun buah yang terlalu susunannya rapat . Buah yang hendak ditakai juga boleh diatur supaya sesuai digunakan untuk produk 'Nangka Muda'. Petik buah nangka muda menggunakan pisau tajam atau sabit dengan berhati-hati kerana ada getah yang akan keluar dimana getah ini akan menyebabkan baju kotor dan susah hendak dihilangkan. Artikel tengahari ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa kuliner kegemaran penulis blog daripada nangka muda untuk ianya dijadikan sebagai bahan rujukkan pembaca blog semua.


(1) NANGKA MASAK LEMAK CILI PADI DAN UDANG
Pada penulis blog resepi ini antara yang sering dicari direstoren dimana ia sesuai dan memang lazim dimasak dirumah juga. Makanan yang unik ini adalah salah satu resepi tradisional yang popular dikalangan masyarakat tempatan. Bahan-bahan untuk memasak adalah terdiri dari sebiji nangka muda saiz kecil (rebus hingga 3/4 empuk dan boleh ditambahkan garam semasa rebusan), 300 gram udang, cili padi (ikut kepedasan yang disukai), 1 inci halia, 2 biji bawang besar, 5-6 ulas bawang putih, Sedikit kunyit basah (atau boleh gunakan serbuk kunyit) dimana bahan ini dikisar semuanya. Bahan lain adalah terdiri daripada 2 batang serai yang di titik, 2 keping asam keping, 1 biji kelapa segar, sekotak santan kelapa dan bahan perisa garam dan sebagainya. Cara memasak dengan menyediakan nangka yang dipotong dadu dan dibasuh bersih sebelum direbus dahulu. Kemudian dipanaskan sedikit minyak untuk menumis dan di masukkan serai kemudian terus diikuti dengan memasukkan bahan yang dah dikisar. Tumis hingga bahan tadi pecah minyak dan kemudian masukkan air lada tadi dimasak sehingga agak kering seakan menjadi seperti pes. Kemudian masukkan udang dan ia di gaulkan ayam dan bahan tumis hingga sebati. Tambah sedikit air dan masukkan asam kepingm dan masak sehingga ayam masak. Apabila udang sudah masak maka barulah boleh di masukkan santan yang diperah dari kelapa tadi. Santan dari kelapa lebihkan air untuk dapatkan kuah. Jangan risau cair kerana nanti akan tambah dengan santan kotak. Perisakan dengan garam serta bahan lain dan sedikit gula ikut selera masing-masing. Apabila santan sudah mahu mendidih maka boleh masukkan nangka dan gaul hingga sekata.  Akhir sekali baru tuangkan santan kotak dan dipastikan sentiasa dikacau agar santan tidak pecah selama 10 minit iaitu sehingga betul-betul sebati semuanya. Matikan api dan sedia untuk dihidangkan dan dimakan dengan nasi putih panas.


(2) URAP NANGKA MUDA
Kuliner kegemaran penulis blog yang sangat digemari adalah termasuk Urap nangka Muda kerana ia mudah disediakan dan lazat rasanya. Membuatnya sendiri juga amat mudah asalkan ada bahan mencukupi dan tahu bagaimana untuk menyediakan makanan enak ini. Ia sesuai dimakan dengan nasi putih atau dimakan begitu sahaja selepas dihidangkan. Jika ingin memasaknya sendiri perlu ada bahan terdiri daripada  4
00 gm nangka muda, 100 gm kelapa parut putih, 3 helai daun limau purut, 1 sudu besar gula melaka, 2 sudu besar minyak masak untuk menumis, 1 keping asam keping dan juga bahan garam secukup rasa. Bagi bahan untuk dikisar halus pula terdiri daripada 5 biji cili merah, 1 sudu besar biji ketumbar, 2 inci kunyit hidup, 3 sudu besar udang kering, 5 ulas bawang merah, 1 ulas bawang putih dan juga 2 batang serai. Cara membuatnya dengan mana nangka muda dipotong kecil dan direbus hingga lembut dan ditoskan. Seterusnya dipanaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing. Masuk asam keping, garam dan gula melaka. Tumis lagi hingga pecah minyak dan kemudian masukkan kelapa dan daun limau purut. Kecilkan api dan gaul-gaulkan kelapa itu hingga sebati. Bab yang akhir sekali adalah memasukkan nangka muda yang telah direbus tadi dan digaul hingga rata. Tambah garam jika perlu dan ia perlu dipastikan kelapa itu tidak terlalu kering. Biar ia lembap sedikit dan boleh dihidangkan untuk dinikmati. 


(3) RENDANG NANGKA  MUDA
Kuliner yang paling disukai penulis blog adalah Rendang Nangka Muda. 
Dalam menyediakan kuliner rendang nangka muda bahan-bahan yang digunakan tidak berbeza dengan bahan masakan untuk membuat rendang ayam atau rendang daging. Pada penulis blog yang ada sedikit pengalaman dan juga ada ilmu pengetahuan berkaitan dengan resepi ini antara bahan-bahan diperlukan terdiri daripada semangkuk nangka muda yang telah dipotong dadu (saiz mengikut kesesuaian), 15 tangkai cili kering, 7 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih, 1 cm halia, 1cm lemgkuas,, 2 btg serai dimana kesemua bahan rmauan ini perlu dikisar. Bahan lain diperlukan adalah seperti semangkuk santan kelapa, Suku (1/4) sudu teh serbuk kunyit, 2 sudu makan air asamjawa, 2 sudu makan kerisik kelapa, Setengah (1/2) sudu teh serbuk lada hitam (ada yang kata ia baik untuk buang angin), garam serta gula secukup rasa, 2 sudu udang kering @ ikan bilis yang perlu ditumbuk. Bergantung kepada bahan yang disediakan dan kualiti bahan mentah yang diguna akan mempengaruhi kualiti dan citarasa rendang nangka muda yang bakal disediakan. Cara menyediakan dan memasak rendang nangka muda biasanya lebih cepat daripada memasak rendang daging. Ini kerana bahan buah nangka muda lembut dan perlu dimasak tidak sampai ''overcook'' yang kualitinya akan menurun. Pada mulanya semua nangka muda yang dipotong-potong dadu hendaklah dibasuh sehingga bersih. Kalau ada lagi kesan-kesan getah perlu dibersihkan juga. Sebaiknya menggunakan nangka muda yang masih segar dan ukan yang telah lama disimpan dalam peti sejuk. Proses seterusnya adalah merebus nangka muda dalam periok yang mengandungi air yang di campur dengan sedikit garam (Sila lihat foto disebelah). Rebus sehingga empuk dan elakkan terlalu lama sehingga buah nangka menjadi lembik dna toskan. Kemudian bahan ini diketepikan. Seterusnya perlu panaskn sesenduk minyak dan menumis bahan ramuan rendang yang telah dikisar hingga pecah minyak. Kemudian dimasukkan udang kering dalam periok dan dikacau hingga wangi. Seterusnya masukkan santan kelapa bersama serbuk kunyit. Proses seterusnya adalah memasak rendang ini sehingga pekat kuahnya dan dimasukkan kerisik kelapa bersama air asam, garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali dimasukkan juga daun kunyit dan digaul rata lalu kemudian sekali dimasukkan nangka muda. Perlu digaul rata dan dimasak sehingga kering serta 'semua ramuan meresap pada potongan buah nangka muda. Padamkan api dan ia sedia untuk dihidangkan. Rendang nangka muda enak dimakan dengan nasi putih atau roti terutama diwaktu makan tegahari bersama keluarga. Semuga artikel mengenai kuliner atau makanan dari nangka muda kali ini memberi ilmu tambahan kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NANGKA MUDA... MUDAH DI JUMPA...
DI PASAR TANI... JUUGA DI PASARAYA...
BANYAK KULINER.. BOLEH UJIRASA...
BACA ARTIKEL... TERINGIN JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(17 Syawal 1443H). 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...