Support My Blog

Wednesday, June 22, 2022

PESARA DAN PERTANIAN

SEKTOR PERTANIAN
merupakan salah satu aktiviti bagi dijadikan pilihan dikalangan beberapa golongan pesara kerajaan mahu pun swasta. Hobi ini juga ada yang bertaraf komersil dilakukan sebagai salah satu sektor yang mampu bagi menyumbang kepada pengeluaran makanan dan menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) secara tidak langsung. Bagaimana pun biasanya persiapan persara untuk terjun kebidang pertanian perlu dilakukan sebelum seseeorang itu bersara terutamanya dari segi mental, kawasan sesuai untuk pertanian, modak menculupi, jenis bidangusaha yang hendak dijalankan dan pastinya ilmu pengetahuan teknologi dibidang perrtanian. Antara pesara ada yang mengusahakan tanaman sayuran, tanaman buah-buahan (khususnya durian), Penternakan (Kambing, Lembu, Ayam dan burung) serta perikanan (ikan air tawar, udang, ikan hiasan, Lobster Air Tawar) dan paling biasa dipilih adalah pemprosesab makanan (food processing). Bagaimana pun asas kepada semuanya adalah mendapatkan tanah sesuai dimana ada yang mendapatkannya daripada tanah pusaka atau ramai membelinya sebelum bersara. Tanah Pertanian yang mempeunyai akses jalanraya dan kemudahan utiliti menjadi kekuatan selain daripada jenis tanah subur yang tiada risiko banjir ataupun kemarau. Penulis blog pernah berjumpa dengan pesara yang termenung dan separuh gila di Temerloh, Pahang apabila semua tanaman dan kebunnya dilanda banjir besar beberapa kali yang 'meleburkan'  segala modal dan 'effort' yang telah diberikan. Beberapa pesara yang bertani lazimnya akan mendapatkan khidmat nasihat teknikal melalui kursusu formal atau membuat tinjauan sebanyak mana projek pertanian berjaya yang relevan. Pengurusan sektor pertanian juga melibatkan tenaga pekerja, pembelian input pertanian, buku rekod ladang, persijilan dan piawaian diperluka dalam pertanian dan banyak aspek lagi. Artikel tengahari Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sedia paparkan beberapa kisah mengenai pesara yang dilaporkan oleh media tempatan untuk bahan rujukkan semua.

Kisah 
terbaru adalah berkaitan dengan apa yang dilakukan usahawan tani yang juga bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador iaitu apabila beliau mengusahakan tanaman sayur jenis buah dan penternakan ikan di ladang seluas 24.7 hektar di Kampung Pilin, Rembau, Negeri Sembilan. Kisah ini ada dalam hmetro.com bertajuk 'Pertanian integrasi pilihan bekas KPN' dipaparkan foto dia membungkus peria dikebunnya bagi mengelak serangan perosak (Sila lihat foto disebelah). Antara kaedah pertanian campuran atau cara integrasi menjadi pilihan kebanyakan pengusaha bagi mempelbagaikan hasil pendapatan selain memastikan produk kekal relevan dengan permintaan pasaran. Malah kaedah pertanian itu yang mengusahakan tanaman serentak dengan aktiviti ternakan haiwan juga dilihat membantu mengoptimumkan penggunaan tanah selain menjana pendapatan yang lebih baik. Menurut TS Abdul Hamid dimana diau mengusahakan ladang itu bersama tiga rakannya dengan memilih kaedah pertanian integrasi atau campuran menerusi gabungan aktiviti penanaman sayur-sayuran dan penternakan ikan bagi menjana pendapatan lebih baik. Keseluruhan kawasan pertanian ini menempatkan tiga plot kebun sayur dan 12 kolam ikan pada tanah seluas kira-kira 25 hektar. Bagi plot kebun dimana mereka lebih fokus kepada tanaman sayur buah kerana permintaan terhadap sayur jenis itu sangat menggalakkan selain memiliki harga yang lebih stabil. Diantara sayur yang ditanam ialah peria, terung, bendi, timun dan kacang panjang. Sayur-sayuran itu ditanam silih berganti mengikut permintaan pasaran selain kesesuaian tanah serta keperluan ketika itu. Secara purata dia laporkan hasil sebulan boleh mencecah empat hingga lima tan dan pengeluaran optimum boleh capai sebanyak 10 tan. Apa pun untuk setiap kali tuaian hasil bagi jenis sayur buah dimana mereka kini sudah ada pembeli tetap di Kuala Lumpur, Johor dan Melaka. Dia yang sudah terbabit dalam mengusahakan tanaman dan ternakan sejak 2014 itu turut berpengalaman mengusahakan tanaman lain. Sebelum ini pernah juga dia menanam sayur lain akan tetapi permintaan memang kurang memberangsangkan selain terdapat lambakan ketika tiba musim tuaian. Berbanding tanaman sayur jenis buah dimana permintaan sepanjang tahun sangat baik selain keperluan meningkat menjelang musim kenduri dan juga keramaian," katanya.

Menjelaskan margin keuntungan yang diperoleh untuk semusim bagi hasil tanaman dia nyatakan setiap seringgit kos dibelanjakan maka pihaknya berhasil menjana keuntungan 30 hingga 40 peratus selepas hasil terjual. 
Ada yang masih menggunakan haedah pertanian konvensional iaitu sistem batas dalam penanaman sayur di ladangnya. Antara cabaran bagi tujuan mengusahakan tanaman sayur-sayuran jenis berbuah seperti peria sebagai contoh, ia menelan belanja tinggi terutama apabila diusahakan secara komersial. Tanaman sayur jenis buah membabitkan jumlah tenaga kerja ramai selain perlu pengurusan ladang yang intensif bagi menjamin pulangan hasil memberangsangkan. Belum masuk cabaran lain terutama keadaan pasaran tidak menentu dan cuaca yang mana banyak mempengaruhi hasil pendapatan petani. Senario dua tahun kebelakangan ini adalah contoh situasi terburuk pernah dihadapi pekebun sayur atau pengusaha tanaman secara komersial apabila pendapatan kami terjejas teruk. Keadaan itu didorong faktor pasar borong ditutup dan peniaga makanan tidak lagi menjual ketika pandemik. Beliau menjeaskan keuntungan pengusaha kebun sayur komersial turut bergantung kepada permintaan pasaran dan ketika pandemik, permintaan terhadap produk pertanian sangat berkurangan. Lazimnya pengguna yang juga terdiri daripada kumpulan pembeli, pengusaha kedai dan restoran tidak dapat beroperasi ketika pandemik selain pasar borong yang ditutup dalam tempoh berkenaan. Ini adalah rantaian utama pasaran produk pertanian dan juga 'periuk nasi' petani selama ini. Itu belum lagi masuk risiko ketika menanti musim tuai terutama kedatangan musim tengkujuh, tanaman jenis para seperti peria, kacang panjang dan kacang botol berisiko sekali gus mempengaruhi pendapatan pengusaha pertanian komersial. Dia juga sendiri pernah mengalami situasi yang sama apabila berdepan kerugian mencecah RM100,000 pada 2016. Ia juga disebabkan tanaman runtuh dipukul ribut sehinggakan hasil ketika itu yang sudah mendekati tempoh sedia dituai rosak.  Adalah penting untuk petani terutama yang masih lagi menjalankan tanaman secara komersial peka dengan situasi pasaran dan juga cuaca bagi meminimumkan kerugian perlu ditanggung semusim. Ada banyak perkara yang dia pelajari sepanjang terbabit dalam sektor pertanian ini. Sokongan saya adalah rakan kongsi berpengalaman dan juga penanam sayur yang lain. Diladangnya itu masih mengekalkan cara dengan konvensional apabila menggunakan kaedah tanaman secara batas di tanah dengan bantuan pengairan renjis. Dalam pada itu untuk ternakan ikan pula, kata TS Abdul Hamid berkata kini dia ada12 kolam ikan menempatkan spesies ikan air tawar seperti puyu, haruan dan lekoh. Bagi ikan pula dia telah pun mendapatkan anak benih yang berkualiti dari pembekal. Anak benih ikan yang dibekalkan memiliki kadar peratusan mati rendah dan cepat membesar iaitu sedia terjual dalam tempoh enam bulan. Makanan diberikan juga lebih jimat kerana ada formula tersendiri iaitu campuran makanan ayam proses bersama dedak ikan. Ada ubat khusus dicampurkan pada makanan untuk memastikan ikan membesar dengan baik. Bagi kolam, tidak menggunakan sebarang pam, sebaliknya air mengalir dari sumber mata air menerusi kaedah graviti membantu menjimatkan kos operasi

Dalam pada itu 'Tan Sri Norian Mai bekas KPN menjadi Penternak Jaya Ruminan' patut dijadikam contoh. Dilaporkan dimedia dimana Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai hari ini dinobatkan sebagai Penternak Jaya Ruminan sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Selangor hasil ketekunan beliau berjaya berkecimpung dalam bidang penternakan kira-kira 12 tahun lepas. Dia yang merupakan pengusaha Ladang Mai di Kampung Gumut Tambahan, Kalumpang di Hulu Selangor pernah beberapa kali penulis blog membuat tinjauan pada tahun 2021. Beliau mula menceburi bidang penternakan kira-kira 12 tahun lepas melalui penternakan ayam pedaging di Kampung Gesir, Hulu Selangor dengan pernah mencapai kapasiti maksima pengeluaran 40,000 ekor sepusingan dan projek penternakan itu masih lagi beroperasi sehingga ianya ditukar kepada penternakan udang lobster air tawar dan kelapa sawit. Norian mengusahakan tanah yang berstatuskan pemilikan sementara (TOL) di Kampung Gumut Tambahan itu sekitar tahun 1989 dengan tanaman pokok kelapa pandan dan ternakan ikan air tawar pada peringkat permulaan. Pada tahun 2000, beliau melaksanakan sistem penternakan integrasi dengan mempelbagaikan aktiviti ladang seperti ternakan lembu, kambing, kerbau, rusa dan kolam ikan. Ladang Mai mempunyai dua buah kandang untuk menempatkan lembu fidlot sebanyak 400 ekor dan lembu tempatan melebihi 250 ekor dahulu. Bagi penternakan kambing pula, sistem yang digunakan adalah sistem insentif dan separa insentif dengan jumlah melebihi 2,200 ekor daripada baka Boer, Jamnapari dan kacukan. Melalui rangkaian pemasaran yang luas, Norian telah mengembangkan perniagaan dengan membekalkan kambing baka, kambing untuk sembelihan, lembu/kerbau untuk korban, makanan ternakan, ubatan untuk penyakit cirit-birit bagi kambing, baja organik, probiotik, ikan segar, susu kambing, ikan masin dan puding kelapa. Sistem pertanian ini telah memanfaatkan bioteknologi, teknologi maklumat dan komunikasi, berkemahiran dan terlatih manakala usahawan mematuhi persijilan tempatan dan luar negara.

Kisah bagaimana '
Pesara jurutera tauke harumanis' yang dilaporkan media pada tahun 2020 amat relevan. Portal media hmetro.com melaporkan dimana sebaik sahaja bersara sebagai pakar perunding jurutera di Subang Jaya Selangor dimana dia tidak menoleh ke belakang lagi. Dia yang segera kembali ke kampung halamannya di Beseri Perlis untuk dapat menceburi bidang pertanian dan tanaman yang dipilih untuk diusahakan adalah mangga harumanis. Pada mulanya dia hanya menganggap ia sebagai hobi dan hanya mencuba-cuba menanam harumanis yang berjumlah 30 pokok. Namun selepas tiga tahun dimana bila buah harumanis telah mula mengeluarkan hasil yang banyak dan jualan pada masa itu hanya RM5 sekilogram tetapi ia mendatangkan hasil yang lumayan. Pesara tersebuy Idris Aman (56 Tahun) dakwa pada tahun 2012 iaitu apabila dia mula menceburi dalam bidang penanaman pokok mangga harumanis secara sepenuh masa dengan jumlah keluasan 1.09 hektar dan mula membuka tanah baharu dan terbiar. Ketika itu dia hanya mengeluarkan jumlah modal pelaburan awal berjumlah RM20,000 bermula dengan kerja-kerja pembukaan tanah, benih, baja dan upah. Bermula dengan diri sendiri selain didorong oleh minat dengan penanaman harumanis dan disokong oleh keluarga serta Jabatan Pertanian Negeri Perlis. Walau pun awalnya tiada pengalaman secara langsung dalam bidang (penanaman) harumanis dan banyak merujuk kepada Jabatan Pertanian Negeri Perlis tentang buah mangga. Dia yang kini telah pun  mengusahakan tanaman seluas 1.5 hektar dengan jumlah pokok 200 pokok yang berusia di antara tujuh hingga 14 tahun. Berasa amat bertuah kerana mendapat bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Perlis sejak tahun 2012 bermula daripada awal penanaman kebun baharu yang terletak di Beseri. Beliau mengusahakan ladang di Kelompok Harumanis Tanah Pasir, Batu 8 ½ Jalan Kaki Bukit, 02400 Beseri perlis dan hebatnya dia juga tidak membuat apa-apa pinjaman daripada bank ataupun mana-mana agensi. Sebaliknya hanya menerima bantuan daripada Jabatan Pertanian Negeri Perlis berbentuk peralatan dan perkakasan serta input pertanian.

Apa yang penting dakwanya adalah dia tetap perlu mempunyai ilmu mengenai penjagaan pokok kerana cabaran utama dalam penanaman harumanis adalah dari segi penjagaan pokok yang memerlukan pengawasan sepanjang tahun. Aktiviti rutin seperti membaja, pemangkasan pokok, meracun, meracun rumpai, menebas rumput, penjagaan sistem pengairan harus dilakukan sepanjang tahun tanpa henti demi mendapatkan hasil berkualiti. Ini kerana sekiranya berlaku masalah kurang perhatian dalam aspek penjagaan akan menyebabkan kualiti dan kuantiti buah merosot. Sebagai usahawan, beliau juga berdepan dengan cabaran berkaitan lain adalah faktor kualiti buah dan faktor pemasaran yang tidak menentu serta kes kecurian buah pada musim pengeluaran. Ketika ini dalwanya pengeluaran ladangnya untuk setiap musim mencapai empat hingga enam tan semusim manakala harga semasa masih kekal pada RM25/kg yang dijual terus dari ladang. Buah Mangga Harumanis keluarannya dipasarkan di sekitar Perlis dan dia ada juga menjual buah melalui ramai pembeli yang menempah menerusi Jabatan Pertanian Negeri Perlis. Pada musim tertentu dia juga turut memasarkan buah harumanis ke luar dari Perlis mengikut permintaan. Apa pun dengan tahap kejayaan yang beliau capai ketika ini, Idris yang juga sebagai setiausaha dalam Kelompok Harumanis Tanah Pasir, Beseri, Perlis, berkata, beliau akan lebih berinovasi dalam memajukan ladang di samping menjaga kualiti buah serta memajukan industri tanaman tersebut harumanis. Sebagai contoh kini Idris menggunakan kemudahan ATV untuk kerja-kerja meracun pokok, menebas rumput serta kerja-kerja mengangkut buah. Apa pun dengan adanya inovasi tersebut kerja-kerja di ladang amat menjimatkan masa serta kos dan tenaga buruh dapat dikurangkan. Kualiti buah juga dapat dipertingkatkan memandangkan rutin penjagaan menjadi lebih mudah dan efisyen. Dia teruskan aktiviti melatih anak-anak serta anak buah saya dalam bidang penanaman harumanis agar tanaman ini diteruskan kelak memandangkan ia merupakan satu perniagaan yang mampu menjamin masa depan. Kini dia juga dalam proses membangunkan Kelompok Harumanis Tanah Pasir, Beseri menjadi kelompok contoh untuk aktiviti dalam penanaman harumanis dan ia akan dapat membantu meningkatkan taraf ekonomi perserta-peserta kelompok saya, ujarnya. Bimbingan daripada Jabatan Pertanian Negeri Perlis telah pun berjaya memudahkan lagi pembangunan harumanis. Kursus dan latihan yang dianjurkan amat membantu dalam memajukan penanaman harumanis. Diharapkan agar aktiviti penanaman buah tersebut diteruskan sampai bila-bila dan bertambah maju. Dia mohon agar kerajaan mahupun swasta dapat menstabilkan harga pasaran harumanis yang setimpal dengan penjagaan pokok yang rumit. Dia juga harap dari segi promosi dapat berteruskan sepanjang masa memandangkan buah harumanis ini hanya setahun sekali dan hanya boleh diperoleh di Perlis atas jenama Mangga Harumanis Perlis. Tahun 2021 harga mangga harumanis meningkat lagi. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
SEKTOR PERTANIAN... PILIHAN PESARA...
MENTERBAK RUMINAN... HIGGA BERJAYA...
SAYUR DAN IKAN... INTERGRASI CARANYA...
ADA YANG BERJAYA... DILAPORKAN MEDIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka,
Melaka, 
Malaysia.
(19 Syaaban 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...