Support My Blog

Monday, March 28, 2022

PEROSAK TANAMAN KOBIS

TANAMAN KOBIS  BULAT (Brassica oleracea var. capitata) di Malaysia merupakan sejenis tanaman sayuran yang popular terutama untuk jenis kobis tanah tinggi. Permintaan dipasaran tempatan sentiasa tinggi berbanding dengan sayuran hijau yang lain. Kobis bulat merupakan antara sayuran yang penulis blog tahu ia tahan disimpan lama dan biasanya boleh diangkut ketempat premis yang lebih jauh untuk dipasarkan segar. Penanaman kobis bulat di Malaysia selain digunakan untuk pasaran tempatan juga di eksport ke Singapura dan Brunei DS. Ia banyak ditanam dikawasan tanah tinggi dan ada beberapa lokasi penanaman kobis bulat tanah rendah untuk dirujuk seperti didalam artikel tulisan saya (Sila klik disini). Biasanya ada beberapa varieti kobis yang boleh dan sesuai ditanam ditanah rendah atau pun jenis tanah pamah seperti tulisan saya tersebut. Tanaman kobis daripada keluaraga Cruciferae merupakan datu keluarga dengan tanaman Brocolli, Cauliflower dan juga Brussels Sprouts. Tanaman Kobis yang mempunyai susunan daun tebal akan dapat membentuk bunga kobis apabila matang dipanggil sebagai 'Heads'. Memang mudah dan senang menanam kobis lowland sama ada berskala komersil, skala kecil atau pun sebagi hobi menanam dalam pasu dirumah. Di Maaysia kawasan utama tanaman kobis adalah yang mempunyai cuaca sejuk seperti di Cameroon Highland, Pahang dan di Kundasang Sabah dimana jumlah keluasan tanaman ini adalah sebanyak 3,527 hektar dengan pengeluaran sebanyak 85,854 metrik tan pada tahun 2021 (Sumber laporan: Booklet Statistik Tanaman 2021, Jabatan Pertanian Malaysia 2021). Bagi tujuan mencukupkan permintaan kobis bulat kerajaan melalui MAFI memberikan kebenaran mengimport (AP) untuk mengimport kobis dari China dan Indonesia. Bagaimana pun kelulusan pengim[ortan ini mempunyai kuota mengikut keperluan sahaja. Artikel malam Sabtu ini didalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai beberapa perosak tanaman kobis untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


PEROSAK TANAMAN KOBIS BULAT

(1) Ulat Ratus (Spodoptera litura)

Serangga ini menyerang diperingkat larva yang baru menetas makan daun dan pucuk secara berkumpulan dan berselerak. Apabila meningkat kedua dan seterusnya larva menyerang daun dan pucuk berasingan. serangan yang teruk boleh memusnahkan daun sehingga daun tinggal rangka sahaja. Kawalan dilakukan dengan menyembur racun perosak deltamethrin, cypermethrin, gamma-cyhalothrin, emamectin benzoate atau Bacillus thuringiensis mengikut kadar yang disyorkan. musnah serangga dan daun yang di serang


(2) Kabuh Lenting (Phyllotreta spp)

Serangga ini memakan bahagian daun di semua peringkat menyebabkan daun berlubang halus. Ia memakan daun disemua peringkat dimana lazimnya daun yang diserang menunjukkan lubang-lubang lutsinar. Serangan yang teruk boleh juga membunuh pokok di peringkat anak semaian. Kawalan perosak ini adalah dengan menyembur racun perosak carbaryl, cypermethrin, deltamethrin atau diazinon mengikut kadar yang disyorkan. Kawalan dengan menyembur dengan Bacillus thuringiensis apabila terdapat 4 ekor larva sepokok Jika perlu boleh di sembur dengan racun serangga seperti abamectin, cypermethrin, deltamethrin, fenvalerate, permethrin atau permethrin mengikut kadar yang di syorkan. Kawasan hendaklah bersih daripada rumpai yang menjadi tempat pembiakan serangga ini.


(3) Ulat Plutella (Plutella xylostella)

Serangga plutella merupakan salah satu serangga yang selalu didapati memang menyerang kobis. Peringkat larva akan memotong batang dan daun anak pokok di paras tanah pada waktu malam. Cara kawalan adalah dengan mempastikan kawasan hendaklah selalu bersih daripada rumpai yang menjadi tempat untuk pembiakan serangga ini.

(4) Ulat Pangkas (Agrotis ypsilon)

Serangga ini akan menghisap cecair daun mengakibatkan daun berkedut dimana ia kan jadi daun gugur dan akibatnya pokok terbantut. Kawalan boleh dilakukan dengan cara menggunakan bahan racun kimia seperti alphacypermethrin atau gunakan deltamethrin mengikut kadar yang disyorkan. Sembur bahagian atas dan bawah daun dengan racun cypermethrin, cartap hydrochloride, permethrin atau dimethoate mengikut kadar yang disyorkan.


(5) Kutu daun (Aphid sp)

Serangga kutu aphid yang halus akan melombong daun menyebabkan lingkaran di permukaan daun. Jika berlaku serangan yang teruk menyebabkan daun kering dan mudah dijangkiti bakteria atau kulat jika keadaan terlalu lembab. Serangan aphid akan menjejaskan proses fotosistesis tanaman. Kawalan boleh dijalankan dengan memasang perangkap kuning dalam kawasan penanaman. Sebaiknya bagi daun tua yang diserang dengan teruk dibuang dan dimusnahkan. Semburan boleh dilakukan dengan racun dimethoate mengikut kadar yang disyorkan. Sembur dengan lamdacyhalothrin atau thiocyclamhydrogen oxalate mengikut kadar yang disyorkan

(6) Ulat jantung kubis (Crocidolomia binotalis)

Serangan diperingkat larva atau ulat yang mana memakas lapisan daun sehingga nampak rangka daun. Ulat ini boleh juga mengorek dan makan sehingga bahagian tengah kobis. Selain itu ia biasanya boleh memakan daun dari bahagian dalam daun yang bergulung. Kaedah kawalan yang disyorkan dengan menyembur racun perosak seperti cypermethrin iaitu mengikut kadar yang disyorkan. Bahan kimia lain seperti trichlofon, cypermethrin, deltamethrin, dimethoate atau Bacillus thuringiensis juga boleh dilakukan mengikut kadar yang di syorkan.


(7) Ulat jalur (Hellula undalis)

Serangan oleh ulat jalur setelah kupu-kupu dewasa bertelur dahulu. Ulat ini akan menyerang semua bahagian dan semua peringkat tanaman kobis dikebun. Larvanya akan dilihat memmakan pucuk serta epidermis bawah daun. Larva dewasa mengorek batang dan tunas. Kawalan dengan menyembur racun perosak seperti cypermethrin iaitu mengikut kadar yang disyorkan. Bahan kimia lain seperti trichlofon, cypermethrin, deltamethrin, dimethoate atau Bacillus thuringiensis juga boleh dilakukan mengikut kadar yang di syorkan.

Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology. Penulis blog merujuk juga kepada Bahagian Biosekuriti Jabatan Pertanian Kuala Lumpur untuk penulisan artikel kali ini. Wasallam!!..

TANAMAN KOBIS... POPULAR DIA...
KOBIS BULAT... 3,527 HA LUASNYA...
PASARAN DOMESTIK... EKSPORT JUGA...
SERANGGA PEROSAK... KAWALAN ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana off Jalan Istana,
Bukit Beruang, Melaka,
Malaysia.
(23 Rejab 1443H).

Posted from:
Hotel Pullman Miri Waterfront,
Miri, Sarawak

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...