Support My Blog

Monday, March 7, 2022

DILEMA PEKERJAAN SEKTOR PERTANIAN

SEKTOR PERTANIAN  merupakan diantara sektor penting di Malaysia dimana ia menyumbangkan kepada KDNK dan juga sektor pekerjaan kepada ramai rakyatnya. Bagaimana pun kini sektor pertania menghadapi masaalah kekurangan tenaga keja setelah krisis pandemik covid19 melanda seluruh dunia dengan banyak sektor lain juga terjejas. Di Malaysia sektor perladangan kelapa sawit merupakan sektor paling teruk terjejas apabila kebanyakkan pekerja sektor ini menggunakan ramai pekerja asing sehingga sekitar 75% daripada kesemua keseluruhan jumlah pekerja sektor ini ramainya. Sehingga akhir tahun 2021 dilaporkan kekeurangan sreamai 36,000 orang pekerja ladang kelapa sawit diseluruh negara dimana ini menjejaskan pendapatan dari sektor sawit menurun sehingga 25%. Walau pun pihak kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah penyelesaian jangka pendek bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja di sektor perladangan dan pertanian namun ia merupakan isu yang berpanjangan sehingga tahun 2022 dimana semakin serius keadaannya. Pihak Kementerian   Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (MPIC) beberapa kali memohon agar usaha mengatasi masaalah tersebut terutama didalam menambah pekerja asing melalui program rekalibrasi tenaga kerja perlu dilaksanakan segera. Walau pun dilaporkan dimana kerajaan turut memberi kelonggaran kepada majikan yang tidak mampu menggaji pekerja asing bagi memindah atau menukarkan pekerja asing kepada majikan lain yang mempunyai keperluan tenaga kerja namun ia dilaporkan masih tidak dapat menyelesaikan isu ini. Kerajaan juga turut melaksanakan kempen untuk mengajak lebih ramai rakyat tempatan termasuk golongan orang asli untuk bergiat aktif dalam sektor-sektor tersebut. Bagaimana pun dilaporkan sambutan dikalangan penduduk tempatan masih gagal kerana memang tidak ramai orang tempatan yang ingin bekerja disektor perladangan dan perkebunan. Bagi golongan muda dimana mereka dilaporkan lebih suka menjadi pemandu Grab, membawa motor bagi perkhidmatan Grabfood, Pandafood dan sebagainya daripada pergi ke estet sawit memotong buah. Walau pun ada tawaran aspek modal insan melalui latihan dan kursus kepada warga tempatan namun mereka yang berminat untuk menceburi bidang tersebut adalah negatif. Ada juga usaha agar pihak estet menggunakan teknologi mekanisasi dan automasi untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja terutama pekerja asing. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa dilema dan isu berkaitan dengan pekerjaan dalam sektor pertanian di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Penulis blog merujuk kepada laporan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dimana dilaporkan kini ada sebanyak 
46.6 peratus dari 168,182 individu yang bekerja sendiri hilang pekerjaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Peratusan itu diperolehi menerusi kajian responden berumur 15 tahun keatas yang menyertai Survei Khas Kesan Covid-19 terhadap Ekonomi dan Individu (Pusingan 1) yang dilaksanakan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) secara atas talian bermula 23 hingga 31 Mac 2021. Berdasarkan survei dimana hampir separuh iaitu 46.6 peratus responden yang bekerja sendiri menyatakan kehilangan pekerjaan dan dianggarkan 9 daripada 10 responden yang masih bekerja mengalami pengurangan pendapatan daripada biasa. Dari segi simpanan kewangan dilaporkan lebih daripada dua per tiga atau 71.4 peratus responden yang bekerja sendiri mempunyai simpanan yang hanya mencukupi bagi tempoh kurang daripada satu bulan. Selain itu juga hanya 6.2 peratus responden menyatakan kurang terkesan berbanding 52.6 peratus responden yang menyatakan sangat terkesan dari segi kewangan. Tempoh bekerja turut mempengaruhi kadar simpanan kewangan di mana sebanyak 69.7 peratus yang bekerja dalam tempoh kurang daripada satu tahun menyatakan simpanan kewangannya bertahan kurang daripada sebulan. Bagi responden yang bekerja antara 21 hingga 30 tahun pula sebanyak 11.7 peratus mempunyai simpanan kewangan yang mencukupi sehingga 4 bulan. Hasil dari dapatan survei khas ini menunjukkan sektor Pertanian dan Perkhidmatan mencatat peratusan kehilangan pekerjaan yang lebih tinggi berbanding sektor lain kesan daripada penularan Covid-19 iaitu masing-masing sebanyak 21.9 peratus dan 15.0 peratus. Dilaporkan dimana bagi sektor pertanian sekitar 33 peratus pekerja di sub sektor Perikanan melaporkan kehilangan pekerjaan berbanding di sektor pertanian dan perladangan sebanyak 21.1 peratus (Sila lihat foto disebelah). Dalam pada itu sektor Perkhidmatan dan iaitu pekerja di sub sektor Perkhidmatan Makanan dan Minuman pula sebanyak 35.4 peratus hilang pekerjaan diikuti sektor Pengangkutan dan Penyimpanan dengan 18.7 peratus dilaporkan. Apa pun dengan adanya survei ini ia dapat membantu kerajaan dan penduduk Malaysia dalam menangani kesan Covid-19 terhadap ekonomi dan pekerjaan. Analisis yang dikongsikan adalah berdasarkan kepada responden yang menyertai survei khas ini dan ia tidak mewakili pandangan seluruh rakyat Malaysia. Ia harus ditafsir secara berhati-hati bagi menilai kesan Covid-19 di Malaysia dan ia bukanlah statistik rasmi.

Dalam pada itu dilaporkan dimedia dimana '
Sektor pertanian masih kurang diminati' apabila hanya 2,982 jawatan diisi tahun 2021 seperti dilaporkan oleh Menteri Sumber Manusia. Dilaporkan hanya sebanyak 2,982 daripada 18,547 kekosongan yang wujud dalam sektor pertanian telah diisi tahun 2021. Hasil maklumat dari statistik Sistem Insurans Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (SIP Perkeso) itu menunjukkan sektor pertanian masih kurang diminati dalam kalangan pencari kerja yang majoritinya terdiri daripada lepasan sekolah dan siswazah. Mungkin inilah masanya bagi sektor pertanian menjadi lebih kreatif dan menjenama semula pekerjaan untuk menarik perhatian golongan belia. Kenyataan ini dinyatakan dalam ucapan pada majlis perasmian Karnival Kerjaya Agrikomoditi 2021 yang diadakan secara maya di Kuala Lumpur. Kerajaan memahami kesukaran pihak industri dalam sektor agrikomoditi berhubung isu kekurangan tenaga kerja berikutan pandemik COVID-19 yang kesannya mengakibatkan pembekuan pengambilan pekerja asing baharu dalam semua sektor. Sebagai langkah penyelesaian jangka pendek dimana kerajaan telah memberi kelonggaran kepada majikan yang terkesan, sama ada tidak berupaya ataupun mereka sukar meneruskan penggajian pekerja asing untuk memindahkan keseluruhan atau sebahagian pekerja asing mereka kepada syarikat lain melalui program Permohonan Pertukaran Majikan. Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan pihak Kementerian Dalam Negeri juga telah melancarkan Pelan Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin bermula 16 November 2020 hingga 30 Jun 2021 merangkumi Program Rekalibrasi Pulang dan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja. Selain itu ada inisiatif di bawah Program PenjanaKerjaya iaitu Program  "Malaysianization" juga telah diperkenalkan melibatkan penggantian jawatan pekerja asing oleh pekerja tempatan dengan insentif kepada majikan meliputi 40 peratus daripada gaji bulanan dengan nilai maksimum RM4,000. Sebanyak RM500 atau 20 peratus daripada gaji bulanan, atau mana yang lebih tinggi, akan dibayar terus kepada pekerja. Insentif ini layak diterima untuk tempoh enam bulan. Karnival Kerjaya Agrikomoditi 2021 menawarkan lebih 8,600 kekosongan jawatan oleh 26 majikan merangkumi pelbagai program yang dirangka khas termasuk Webinar Kerjaya serta taklimat berkaitan PenjanaKerjaya 2.0.

Portal bharian.com menyatakan dimana 'Sektor pertanian perlu lebih 'seksi' pikat anak muda' sesuai untuk dijadikan bahan rujukkan kali ini. Mendorong anak muda terbabit dalam pertanian sangat penting kerana ia peluang keemasan didalam cara mengurangkan pengangguran belia yang mencatatkan 58.2 peratus daripada jumlah keseluruhan pada tahun 2020. Ia bukan saja dapat menaik taraf kehidupan, bahkan pemangkin mengurangkan pergantungan negara pada tenaga kerja asing, memastikan bekalan makanan selamat dan meningkatkan eksport negara, sekali gus menyumbang pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia. Sektor pertanian dilaporkan terlah menyumbang sebahagian besar KDNK iaitu 7.2 peratus dan satu-satunya industri berkembang pada suku kedua tahun 2020. Namun begitu golongan belia seperti kurang bersemangat menceburi industri ini kerana dilihat kurang menguntungkan hingga menjadi jalan terakhir kepada mereka yang kurang berprestasi dan tidak menarik. Walaupun kerajaan berusaha menjadikan sektor pertanian sebagai menarik tetapi masih ada belia yang enggan untuk memasuki sektor ini dan sebaliknya berhijrah ke bandar mencari pekerjaan. Sebahagiannya mungkin mahu terbabit dalam pertanian akan tetapi tidak tahu bagaimana untuk bermula atau mendapatkan bimbingan. Keadaan ini rumit kerana mereka yang mengambil bahagian dalam pertanian ialah kumpulan kemahiran dan latar belakang sosial berbeza, tanpa mempunyai pengalaman dalam bidang pertanian yang akhirnya menghalang mereka bekerja di industri ini. Akibatnya dimana potensi dan prospek pertumbuhan pertanian dilihat sebagai tanggungjawab penduduk luar bandar semakin tua yang mustahil menguasai sektor ini dalam jangka lama dan menghasilkan produktiviti lumayan. Ia boleh jadi sebab baki terbaru kekosongan pekerjaan di sektor pertanian iaitu 5.9 peratus, tertinggi antara sektor lain. Kadar pekerja mahir yang bekerja di sektor pertanian, perhutanan, ternakan dan perikanan hanya pada 6.2 peratus pada suku kedua tahun ini, terendah berbanding kumpulan seperti pekerja perkhidmatan dan penjualan (23.7 peratus); pekerjaan dasar (12.3 peratus) dan profesional (12.9 peratus). Kini apabila berlakunya kes COVID-19, kita mendapat pengajaran negara perlu memiliki hasil tempatan mencukupi kerana larangan eksport produk makanan di beberapa negara dimana ia  menyebabkan pergolakan besar dalam pasaran global dan rantaian bekalan. Seperti dinyatakan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), negara ini menghasilkan lebih daripada cukup tembikai, betik, tomato, terung, tebu dan bayam dengan merekodkan kadar sara diri (SSR) lebih 100 peratus. Beberapa tanaman tidak mempunyai bekalan mencukupi untuk keperluan domestik seperti halia sebanyak 16.2 peratus; cili (30.8); mangga (32.1) dan kubis bulat (36.2). Dilaporkan dimana tanaman ini telah mencatat kadar kebergantungan import (IDR) tertinggi dengan halia menyumbang 84.3 peratus; cili (73.6); mangga (73.5) dan kubis bulat (65.4). Dari segi ternakan pula dilaporkan bekalan daging kambing dan lembu tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan tempatan berbanding lain dengan kadar SSR masing-masing ialah 12.1 dan 23.7 peratus. Oleh itu, kedua-dua ternakan ini mencatatkan kadar IDR tertinggi, iaitu 87.9 dan 76.6 peratus secara individu. Apabila melihat persepsi anak muda terhadap pertanian dan bekalan makanan tidak mencukupi untuk keperluan domestik, kerajaan harus merangka langkah dan dasar strategik baharu. Sebagai contohnya, kerajaan harus mendorong generasi muda terbabit dalam sektor ini dengan meningkatkan imej pertanian atau menjadikannya lebih 'seksi' dan lebih menguntungkan. Ia dapat dilakukan melalui pemodenan supaya pertanian tidak lagi dipandang pekerjaan ketinggalan zaman iaitu tidak menguntungkan atau kotor. Kerajaan boleh menawarkan geran bagi membantu belia membeli tanah untuk pertanian, bukan hanya menyewa tanah melalui Lesen Pendudukan Sementara (TOL) yang memerlukan pembaharuan lesen setiap tahun. Kerajaan perlu menghapuskan segala halangan untuk memulakan perniagaan agro-perniagaan. Contohnya adalah dengan menghubungkan mereka dengan pengguna, pembekal produk pertanian dan media sangat penting untuk menyokong serta membantu mereka turut serta dalam industri ini. Program latihan berkaitan teknologi pertanian pintar dan agro-perniagaan menguntungkan harus diutamakan. Latihan ini harus lengkap dengan kemahiran pertanian baharu yang menggunakan teknologi moden seperti sistem kedudukan global (GPS), pengimbasan tanah, pengurusan data dan internet benda (IoT) untuk meningkatkan kuantiti serta kualiti produk pertanian. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
SEKTOR PERTANIAN... PENTING DIA...
MASAALAH TERKINI... TENAGAKERJA...
KURANG MEMBANTU... SAWIT TERUTAMA...
PERLU DISUSUN... STRATEGI ATASINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Bandar Melaka,  Melaka,
Malaysia.
(30 JamadilAkhir 1443H).
Posted from
Pearl Inn Apartment.
Taiping, Perak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...