Support My Blog

Sunday, June 9, 2019

JENIS-JENIS PADI POPULAR INDONESIA

TANAMAN PADI di Indonesia merupakan komponen penting yang membekalkan beras untuk kegunaan lebih dari 220 juta rakyatnya. Keluasan tanaman padi di Indonesia terus meningkat daripada seluas 13.797 juta hektar pada 2014 kepada 15.994 juta hektar pada tahun 2018 (Sumber: Kementerian Pertanian Indonesia dan FAO Statistic 2018). Walau pun terdapat perbezaan mengenai data tanaman padi diantara Kementerian Pertanian dengan FAO Statistic akan tetapi yang pasti dari segi keluasan bertanam, keluasan berhasil dan pengeluaran padi mereka terus meningkat dalam 5 tahun kebelakangan ini. Pada penulis blog Anim Agro Technology ini berpendapat semestinya ada sebab bagaimana sebuah negara yang ramai penduduk didunia ini mampu meningkatkan pengeluaran padi mereka sampai melebihi keperluan tempatan malahan mereka boleh pula mengeksport. Di Pulau Jawa sahaja terdapat seluas 6.484 juta hektar kawasan bertanam padi pada tahun 2018. Dari segi luas yang berhasil (dituai) juga meningkat daripada seluas hanya 12.666 juta hektar kepada seluas 14.720 juta hektar pada tahun 2018. Pengeluaran padi Indonesia terus meningkat dengan hanya sebanyak 70,846,465 tan (70.8 juta metrik tan) pada tahun 2014 meningkat kepada 75.39 juta mt (2015), 79.354 juta mt (2016), 81.148 juta mt (2017) dan sebanyak 83.037 juta mt (2018). Diantara banyak faktur yang berkemungkinan membolehkan penghasilan padi negara mereka meningkat adalah dasar strategik diana ia diperkenalkan oleh kementerian pertanian mereka, penggunaan teknologi pengeluaran yang baik, faktur tanah yang subur, varieti padi yang unggul serta kerajinan petani dan pesawah mereka menerima perubahan barangkali. Perkara ini amat berbeza dengan ststistik di Malaysia yang pengeluaran padi tidak menentu turun dan naik mengikut tahun. Keluasan bertanam padi di Malaysia dengan 32 jta penduduk mempunyai seluas 679,239 ha (2014), seluas 681,559 (2015), seluas 688,770 (2016), seluas 688,959 ha (2017) dan seluas 689,810 ha (2018).  Begitu juga dengan jumlah pengeluaran padi di Malaysia sebanyak 2.844 juta mt (2014), 2.741  juta mt (2015), 2.739 juta mt (2016), sebanyak 2.568 juta mt (2017) dan sebanyak 3.064 juta mt (2018). Data ini menunjukkan pengeluaran padi Indonesia 27.6 kali ganda lebih banyak dari Malaysia dan dari keluasan pula sebanyak 21.3 kali ganda luasnya. Produktiviti padi Indonesia pula sekitar 5,100 - 5,300 kg sehektar iaitu tidak jauh dengan negara kita 4,864 - 5,507 kg sehektar. Artikel subuh ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya menulis dan menganalisa setelah meneliti data mengenai status industri padi dan jenis varieti padi yang ditanam di Indonesia untuk bahan bacaan dan rujukkan anda semua.


Kalau kita di Malaysia tanaman padi mempunyai sebanyak 5 varieti paling popular ditanam 2018 adalah MR220CL2 (44.6% dari keseluruhan varieti padi), diikuti dengan MR297 (31.6%), MR219 (8.2%), MR263 (4.8%) dan juga MR284 (4.8%) dimana anda boleh baca dengan pautan bertajuk 'Varieti Padi Popular di Malaysia' dengan klik (Sila klik disini). Data yang saya rujuk kepada laporan CCS Jabatan Pertanian ini penting dibuat analisa. Di Indonesia pula tanaman padi merupakan salah satu tanaman utama dimana tanaman ini merupakan penghasil sebahagian besar makanan asasi (staple food) penduduk dinegara mereka iaitu NASI. Tanaman padi dapat dibezakan berdasarkan varietinya kerana di Indonesia terdapat banyak varieti padi yang telah ditanam dimana hampir setiap tahun akan muncul varieti baru dengan sifat genetik yang lebih baik. Bagaimana pun secara umumnya penanaman padi mereka dibezakan dalam 3 jenis varieti padi iaitu VARIETI PADI HIBRID, VARIETI PADI UNGGUL dan juga VARIETI PADI LOKAL. Kesemua varieti-varieti ini ditanam mengikut provinsi (Region), lokaliti (Location), ketinggian (Altitude), jenis tanah (Soil type) dan amalan pengurusan (Agronomic practices) yang berbeza-beza. Keunikan jumlah banyaknya varieti padi di Indonesia membolehkan penanaman padi dilakukan dengan intensiti yang berlainan dengan pengurusan air yang baik. Mereka telah menpastikan penanaman mengikut jadual penanaman yang ditentukan pemerintah dan pihak lokaliti terutama dalam menentukan jenis padi ditanam, jadual penanaman dan sebagainya.


Varieti Padi Hibrid merupakan varieti yang paling luas ditanam di Indonesia. Ini kerana didakwa kebanyakan varieti padi hibrid mereka bila sekali sahaja ditanam mempu untuk memberikan hasil tuaian yang maksima atau optimum. Bagaimana pun jika varieti hirid padi tersebut ditanam semula (keturunannya benih) atau ditanam kembali dilokasi sama maka hasilnya akan berkurang jauh. Memang varieti padi hibrid ini dibuat atau dibiakbaka oleh pemiliknya (pembiakaka) untuk sekali tanam saja. Tujuannya agar petani teus membeli kembali untuk pusingan penanaman pada setiap musim daripada pembekal yang betul-betul berwibawa. Isunya adalah dimana harga benih padi hibrid memang sangat mahal iaitu boleh mencecah sehingga Rp40,000 - Rp60,000 sekilogram (Sekitar RM13.50 - RM20.00/kg) mengikut kemampuan petani tempatan.  Antara jenis padi hibrid popular di Indonesia adalah Intani 1 dan 2, PP1, H1, Bernas Prima, Rokan, SL 8 dan 11 SHS, Segera Anak, SEMBADA B3, B5, B8 DAN B9, Hipa4, Hipa 5 Ceva, Hipa 6 Jete, Hipa 7, Hipa 8, Hipa 9, Hipa 10, Hipa 11, Long Ping (pusaka 1 dan 2), Adirasa-1, Adirasa-64, Hibrindo R-1, Hibrindo R-2, Manis-4 dan 5, MIKI-1,2,3, SL 8 SHS, SL 11 HSS dan MaroVarieti padi hibrid ada juga yang mampu dihasilkan dan diedarkan oleh kerajaan. Bagaimana pun dilaporkan ada juga benih padi hibrid ini yang diimport dari luar negara untuk penanaman khusus seperti jenis padi wangi dan padi premium dengan kawalan kerajaan.


Jenis Varieti Padi Unggul di Indonesia pula merupakan varieti padi yang boleh ditanam beberapa kali dengan mana ia menunjukkan penghasilan yang tetap baik dan berkualiti. Lazimnya selepas padi ini dituai maka sebahagian padi ini akan diproses di jadikan benih untuk musim berikutnya beberapa kali. Memang jenis padi ini membolehkan selepas panen ia dijadikan benih kembali dan kos kepada pesawah rendah berbanding dengan kos benih padi hibrid. Ada petani yang mana dilaporkan boleh dan menggunakan benih padi unggul melebihi sampai 10 kali lebih penanaman dengan hasil yang hampir sama. Varieti padi unggul adalah varieti yang telah di istiharkan oleh kerajaan dengan kuasa dibawah Menteri Pertanian mereka setelah lazimnya varieti ini dibuat kajian biakbaka dan prestasi oleh kerajaan berkali-kali penyelidikan dijalankan. Kepada pesawah yang kali pertama ingin medapatkan benih padi unggul ada dijual dengan harga kos yang lebih murah iaitu sekitar Rp5,000 - Rp10,000 sekilogram (RM1.60 - RM3.30/kg sahaja). Diantara varieti Padi unggul di Indonesia yang banyak di tanam petani adalah  Padi CIHERANG  (Didakwa padi Ciherang boleh ianya menghasilkan hasil tuaian yang tinggi bila dilakukan dengan amalan agronomi baik yang baik dan dilaporkan ia ditanam mencecah 47 % dari keseluruhan varieti yang ditanam). Varieti unggul lain seperti IR-64, Mekongga, Cimelati, Cibogo, Cisadane, Situ Patenggang, Cigeulis, Ciliwung, Cimelati, Membramo, Sintanur, Jati luhur, Fatmawati, Situbagendit, Padi Way Apo Buru dan lain lagi. Bagaimana pun dilaporkan semenjak tahun 2008 pola penamaan padi telah berubah. Ini kerana untuk padi sawah diusahakan dengan tanaman padi varieti Inpari (Inbrid Padi Irigasi) dan diantaranya adalah Inpari 1, Inpari 4, Inpari 10, Inpari 11, Inpari 12Inpari 13, Inpari 18, Inpari 20, Inpari 32 dan beberapa lagi. Dalam masa sama pihak berkuasa (BATAN) juga mengeluarkan padi varieti lain iaitu Cilosari, Diahsuci, Bestari, Inpari Sidenuk dan Pandan PutriPada tahun 2010/2011 untuk varieti Inpari, INPARI 13 adalah yang banyak banyak ditanam petani. Kerajaan Indonesia ingin agar INPARI 13 menggantikan varieti Ciherang yang paling banyak ditanam petani. Untuk tahun 2011 pihak berkuasa juga telah mengeluarkan varietas terbaru dengan ciri-ciri keunggulan yang lebih beragam seperti varieti Inpari 14 Pakuan, Inpari 15 Parahyangan, Inpari 16 Pasundan, Inpari 17, Inpari 18, Inpari 19, Inpari 20, inpari 21 dan lain-lainnya. Pada tahun 2012 telah dilepaskan beberapa varietas padi ungul seperti Inpari 22-29. bagi Padi Rawa (Inpara) ada juga beberapa variti disediakan seperti Inpara 1- 8, Inpago 1-5 dan sebagainya.


Kategori ke 3 adalah Vaieti Padi Lokal iaitu jenis padi yang sudah lama beradaptasi di kawasan dan daerah tertentu. Lazimnya varieti lokal ini mempunyai ciri-ciri spesifik di lokasi atau dikawasan tertentu sahaja. Setiap varieti ini mempunyai keunggulan dan juga ada kelemahan tersendiri bagi varieti lokal. Diantara beberapa contoh padi lokal atau varieti lokal atau juga dipanggil varieti kebo adalah seperti Dharma Ayu, Pemuda Idaman, (Indramayu), Gropak, Ketan tawon, GundelanMalang, Merong (Kawasan di Pasuruan, jawa Tengah), Simenep, Srimulih, Andel Jaran, Ketan Lusi, Ekor Kuda, Gropak (Kulon Progo-Jogja) dan sebagainya. Antara varieti padi lokal lain seperti Angkong, Bengawan, Engseng, Melati, Markoti, Longong, Rejung Kuning, Umbul-umbul, Tunjung, Rijal, Sri Kuning, Untup, Tumpang Karyo, Rangka Madu, Sawah Kelai, Tembaga, Tjina dan sebagainya. Artikel diatas memang memerlukan analisa data dan agak lama penulis blog siapkan artikel ini.  Semua anda semua gembira dapat tahu apakan jenis atau varieti padi popular di Indonesia yang digunakan. Semuga memebri info berguna kepada semua. Wasallam!!!...
LUASNYA TANAM PADI... DI INDONESIA...
LEBIH 83 JUTA HA..SELURUH NEGARA...
BANYAK VARIETI... HIBRID YANG UTAMA...
PADI UNGGUL.... PADI LOKAL PUN ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(5 Syawal 1440H).
Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...