Support My Blog

Wednesday, June 12, 2019

POKOK AJAIB - BUAH AJAIB

POKOK AJAIB (Synsepalum dulcificum) merupakan sejenis tumbuhan daripada keluarga Sapotaceae (sama dengan pokok Ciku) yang mana ia dipercayai berasal daripada Afrika Barat. Nama lain bagi tumbuhan ini adalah seperti Miracle Fruit, Buah Ajaib, Miracle berry, Magic berry dan juga Miraculuos berry. Pada penulis blog ada beberapa kali petik, melihat dan merasa sendiri semasa membuat lawatan kebun En Lim di Raub, Pahang mendapati Buah Ajaib ini unik kerana buahnya ajaibberwarna merah dengan warna isi dan kulit yang unik. Ia juga amat bersesuaian dengan namanya buah yang berbentuk beri ini didakwa mampu memberikan kesan peneutralan ke atas sebarang asid. Walaupun buah ini sebenarnya hanya mempunyai rasa "Tawar" sahaja akan tetapi boleh menyebabkan setiap benda yang dimakan selepas itu akan berasa manis. Ini adalah disebabkan oleh sejenis protein yang dipanggil Miraculin. Penulis blog makan buah kedondong muda (masam) akan tetapi mendapati ia rasa manis selepas memakan buah ajaib. Penulis blog juga minum air mineral dan merasainya sebagai rasa manis. Wow! ... memang unik buah ajaib ini sesuai dengan sebutan namanya. Dalam pada itu kesan ini akan dirasai antara satu hingga dua jam selepas makan buah tersebut. Buah Ajaib juga agak mudh ditanam dimana ia kini sedang dikenal pasti sebagai antara sumber yang memberikan rasa manis semulajadi. Ia berasal dari Afrika barat di kawasan yang beriklim tropika. Di Afrika pula buah ini didakwa kadangkala digunakan untuk membaiki rasa makanan yang telah rosak atau basi. Artikel subuh ini jam 3.00 pagi saya menulis dalam blog ''Anim Agro Technology" mengenai Buah Ajaib yang pernah penulis blog petik dan rasa di Raub untuk bahan rujukkan anda semua.


Jenis Pokok Ajaib ini didakwa mempunyai lebih kurang 18 jenis dimana ia juga dipercayai hidup subur di Afrika Barat seperti di Ghana dan Nigeria dan lain-lain negara. Pokok ini juga mempunyai ketinggian sehingga 15 kaki, daunya lebar, lonjong dan berwarna hijau tua. Buahnya berwarna merah bila matang. Nama yang dikenali di Afrika seperti taami, asaa dan ledidi. Pokok ini telah dikenali sejak tahun 1725 lagi oleh seorang pengkaji dari Francis bernama Des Marchais akan tetapi ianya tidak pernah dinamakan dengan apa-apa nama. Dilapor pada pertengahan abad ke 19 barulah pokok ini dikenali sebagai Synsepalum dulcificum. Buahnya berbentuk lonjong seperti buah kopi dan berbiji di dalamnya. Sepohon pokok ini boleh menghasilkan beratus buah dalam setahun. Buah ini dikatakan ajab kerana ada cerita di sebaliknya. Pokok ini juga terdapat di Negeri Florida, USA dan ia tidak boleh tumbuh dikawasan bersalji tetapi sesuai di kawasan tropika kerana pokok ini memerlukan air yang banyak dalam sepanjang tahun. Pendek kata ianya tidak akan hidup subur di kawasan sejuk seperti Canada, Jepun malah di USA sendiri. Hanya di Florida sahaj dilaporkan yang pokok ini boleh hidup subur. Pokok ini biasanya tumbuh meliar di kawasan hutan.


Dalam pada itu buah ajaib rasanya masam manis dan kandungan gulanya tidak membahayakan kesihatan. Kalorinya amat rendah dan penghidap kencing manis boleh manikmati buah ini. Buah ini berguna bagi mengelakkan darah tersumbat. Kini pokok ajaib amat subur di tanam di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Terutama di kawasan tanah yang berasid sekurang-kurang PH 4.5 hingga 5.8. Dalam pada itu kini hampir seluruh dunia amat gemar menikmati keajaiban buah ini. Di USA sendiri mereka ada mengadakan pesta memakan makanan dan buah-buahan masam seperti lemon, limau, oren, anggur, epal masam, aprikot, keju kambing, arak dan sebagainya. Mereka akan menikmatinya dengan meriah dipesta-pesta miracle fruit sebab apabila memakan buah ajaib ini makan apa yang berlaku adalah makanan dan buahan tadi menjadi manis tanpa menghilangkan keaslian rasanyanya. Limau masam apabila dimakan tetap rasa seperti limau tetapi rasanya akan menjadi rasa seperti limau madu. Keju kambing yang asal rasanya tidak enak menjadi seperti manisan, mempelam masam pula akan manis seperti Mangga Harumanis. Dslsm psds itu dilsporksn di Jepun, mereka mengimport buah ajaib dari Afrika Barat untuk dijadikan makanan diet. Difahamkan dimana harga untuk sebiji buah ajaib di Jepun lebih kurang 1,000 yen atau lebih kurang RM38.00 sebiji nilai duit kita. Penulis yang berkunjung ke Tokyo pada Oktober 2018 sempat jumpa buah ajaib ini disebuah pasaraya di Shinjunku Park dan membelinya dua biji untuk ujirasa. Di Australia pula pokok ini juga hidup subur terutama di kawasan panas yang mempunyai taburan hujan yang agak banyak.


Di Malaysia pokok ajaib kini ianya semakin popular dan ditanam oleh 10 % penduduknya sebagai tanaman hiasan setaraf dengan bunga kertas dan bunga raya. Hanya ada beberapa usahawan dan syarikat yang mengusahakan secara ladang walau pun mereka masih dalam peringkat cuba-cuba lagi. Ada juga berkemungkinan akan ada yang akan mengeluarkan hasil dan akan mampu mengeksport ke luar negara masa akan datang. Dalam banyak perkara masih ada tertanya-tanya kenapa buah ini diberikan nama buah ajaib. Ia dikatakan ajaib kerana buah ini menimbulkan rasa manis yang berpanjangan iaitu sehingga dua jam. Bila memakan buah ini sebarang makanan atau minuman yang masam akan terasa manis kerana rasa buah tadi melekat dilidah. Rasa manis yang terhasil dari glycoprotein yang dinamakan miraculin akan merangsang deria rasa manis pada bahagian lidah. Miraculin sebenarnya tidak manis tetapi lidah manusia yang dilekatkan dengan miraculin akan menukarkan rasa masam kepada manis. Rasa manis itu akan kekal selama satu hingga dua jam sahaja. Rasa manis yang menguasai deria rasa lidah boleh mengubah rasa masam walaupun cuka. 


Di Malaysia terdapat juga pokok yang mempunyai fungsi yang sama seperti buah ajaib dimana penilis blog semasa dulu sering ambil iaitu kesan rasa manisnya tidak bertahan begitu lama. Pokok ini dinama pokok Lemba yang saya ada tulis artikel sebelum ini (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Penulis blog suka apabila meminum air kosong dimana ianya akan terasa manis bila ditelan setelah dikunyah buah Lemba. Pokok Lembaa ini tumbuh liar di hutan dan agak sukar untuk menemuinya kerana ia tumbuh tidak di dalam rumpun yang banyak. Ada persoalan adakah buah ajaib merbahaya jika dimakan. Dilaporkan sehingga kehari ini tidak ditemui lagi kesan negative dari memakan buah ajaib, Biarpun FDA (Food and Drug Administration) dalam tahun 1974 mengkelaskan miraculin yang terhasil daripada buah ajaib adalah bahan ketagih. Miraculin terhasil dari ekstrak buah ajaib. Prof. Kenzo Kurihara, seorang saintis Jepun yang berjaya mengasingkan bahan aktif dari buah ajaib sehigga terjadi miraculin. Dinamakan Miraculin adalah kerana keajaiban yang terhasil dari buah Miracle fruit. Hasil kerja sains ini diterbitkan dalam tahun 1968. Miraculin dilapor menganduingi 191 asid amino dan rantaian kabohidrat dan 6.7% gula. Bagaimana proses mekanisma dari buah ajaib bertindak balas kepada rasa masam kepada rasa manis masih belum diketahui, Cuma ianya boleh dibarangkalikan sebagai molekul miraculin dari buah ajaib telah menukarkan deria rasa masam kepada manis di atas lidah. Namun begitu saya masih lagi menganggap anggapan itu tidak berapa tepat.


Terdapat juga kebarangkalian boleh juga terjadi miraculin dari buah ajaib dengan dibantu oleh rembesan liur dari lidah menukarkan rasa masam makanan tadi menjadi manis. Ini adalah hasil dari percubaan saya apabila saya memakan berbagai jenis buah-buahan yang masam dengan agak banyak seperti belimbing besi, mempelam masam, limau nipis, buah kelubi, dan lain-lain lagi, ditambah pula dengan meminum banyak air TETAPI tidak mendatangkan rasa sakit perut atau cirit birit. Bahkan buah ajaib boleh mengurangkan cirit birit yang berterusan. Dalam percubaan yang saya lakukan rasa cili padi juga boleh menjadi manis, apatah lagi sambal yang sememangnya dimasukkan cuka. Tanpa menghilangkan rasa pedasnya dan keaslian rasanya. Dalam soalan bagaimana cara menghilangkan rasa masin dari buah ajaib ini dapat dijelaskan. Rasa manis apabila memakan buah atau makanan yang masam hasil tindakbalas miraculin boleh dihilangkan terus dengan mengunyah sehelai daun pokok ajaib sahaja. Tetapi di beberapa lokasi didakwa ada individu mampu menghilangkan rasa manis dengan cara memakan sehelai daun tetapi mampu pula menimbulkan semula rasa manis dengan hanya menguyah helaian daun yang tertentu. Bagaimana bentuk atau jenis daun yang boleh mengembalikan keberkesanan miraculin selepas dihilangkan oleh sehelai daun tidak diceritakan kepada umum. Hanya beliau sahaja yang mengetahuinya. Ini merupakan satu lagi keajaiban yang dihasilkan bukan dari buah sahaja tetaoi juga dari daunnya. Itu baru dinamakan ajaib... memang ajaib cerita buah ajaib. Kepada mereka yang membaca artikel ini dan belum pernah merasa sebiji pun cuba berusaha untuk merasainya sendiri buah ajaib ini. Semuga artikel ini dapat memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUAH AJAIB... IA UNIK CIRINYA...
BUAH MASAM... MANIS JADINYA...
MUDAH DITANAM...SENANG DIJAGA...
KALAU TAK DAPAT... AMBIL LEMBA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Ramadan 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...