KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, January 22, 2010

DINA FARM, MESIR

Ladang Tanaman kentang seluas 150-200 ekar yang mempunyai sistem pengairan berkomputer.

Dina Farms adalah satu Ladang Moden Gurun terbesar milik seorang pengusaha yang terletak di kawasan pemulihan tanah gurun kira-kira 80 km di utara Cairo, Mesir. Ladang seluas 10,000 ekar (4,000 hektar) ini dibangunkan dengan teknologi moden oleh pakar-pakar dari dalam dan luar negara. Program pemulihan tanah gurun ini merupakan program kerajaan Mesir untuk pengeluaran bahan makanan kepada 74 juta penduduknya menggunakan teknologi moden. Ladang ini merupakan syarikat pengeluar utama Buah Anggur, Susu Segar, Kentang, Buah Mangga dan Tomato yang utama di Cairo. Penulis telah berpeluang melawat ladang tersebut
bersama Yg Bhg Dato' Sofian iaitu Ketua Pengarah Pertanian pada tahun 2006.

Ladang ini dilengkapkan dengan infrastruktur asas seperti Jalanladang (50 km), Pejabat Pentadbiran, Kuarters Pekerja, Bekalan Air Bersih, Bekalan Eletrik, Telaga Tiub Dalam dan juga Pusat Pengreddan, Kilang Memproses , kemudahan rekreasi dan Pusat Jualan. Bekalan air ladang di sedut menggunakan pam berkuasa tinggi dari 75 unit TELAGA TIUB DALAM (Deep tube well) yang mempunyai kedalaman antara 1.5 - 2 kilometer bawah tanah. Air yang disedut kemudian di kumpul untuk digunakan sebagai kegunaaan domestik (10%) dan selebihnya untuk sistem pengairan tanaman dan ternakan. Sistem pengairan bagi tanaman kentang dan tomato menggunakan kaedah seperti fertigasi dimana bentuk ladang adalaah bulat (PIVOT SYSTEM) dan air yang telah di campur baja di bekalkan kepada tanaman secara berkomputer dimana penyemburan secara berpusing ke ladang pivot seluas 150 - 200 ekar satu ladang ikut pusingan jam. Rajah di bawah menunjukkan kedudukan " ladang bulat" di Dina Farm yang jumlahnya 43 ladang.

Kedudukan 43 Pivot Farm yang disusun atur di Ladang Dina Farm.

Tanaman kentang merupakan 46% (4,600 ekar) daripada jumlah kawasan dan merupakaan satu syarikat pengeluar utama buah kentang di Mesir malahan kira-kira 20% hasilnya di ekspot ke negara jiran. Tanaman kentang menggunaakan kaedah ala-fertigasi dimana baja telah di campurkan secara berkomputer dalam kolam takungan sebelum di airkan kepada tanaman mengikut kiraan komputer. Jadual Penanaman di atur mengikut Plot Pivot yang disusun atur mengikut Jadual Kalendar Pengeluaran hasil. Sisa tanaman kentang di kutip dan di jadikan bahan makanan ternakan lembu susu. Tanaman anggur pula seluas 1,200 ekar menggunakan 400 orang tenagakerja untuk kerja-kerja mencantas bagi pengalakan pengeluaran bunga (Tiada penguguran daun semulajadi) seperti di negara sejuk. Mangga pula di tanam diplot2 ditentukan dan buah kurma ditanam disepanjang jalan utama.


Semasa lawatan terdapat sebanyak 10,000 ekor lembu susu dimana sebanyak 4,000 ekor lembu aktif dalam pengeluaran susu segar. Lembu jenis Holstein yang diimpot dari USA digunakan sebagai baka lembu susu dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 110,000 liter sehari. Syarikat ini merupakan pengeluar utama susu segar di Mesir. Terdapat juga sebuah kilang memproses susu cair kepada susu tepong di ladang ini dengan kapasiti pengeluaran 25 mt sebulan. Selain itu terdapat sebanyak 2,000 ekor lembu daging yang sedia untuk di sembelih bagi pengeluaran daging segar setiap 'batch production". Keselurohan jumlah lembu pedaging melebihi 15,000 ekor. Lembu ini di berikan makanan silage dari tanaman kentang yang di proses setiap musim penanaman.

Selain dari jualan terus ke pasar borong dan hypermarket, Syarikat Dina Farm juga mempunyai rangkaian R&R di tepi laluan utama lebuhraya Cairo ke Iskandariah dengan menjual produk segar seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan produk proses IAT. Konsep pemulihan tanah gurun oleh syarikat seperti ini merupakan satu kejayaan yang berjaya oleh Kerajaan Mesir. Walau pun projek ini memerlukan kos pembangunan yang sangat tinggi dan moden, tetapi tiada pilihan lain kerana keperluan untuk membekalkan makanan kepada rakyat Mesir. Terdapat 7 lokasi projek seperti ini diseluroh Mesir dengan keluasan keseluruhan sebanyak 2,689,809 feddan (1 feddan = 1 ekar = 0.405 ha) dalam 3 pelan perancangan pembangunan pertanian. Teknologi ' Remote Sensing" telah digunakan dalam mengenalpasti lokasi2 yang sesuai untuk di bangunkan (Reclaimation Program) dan di buat kajian teliti. Kerajaan Mesir mengawal penggunaan air untuk domestik dan pertanian dengan menguatkuasakan pelbagai kaedah baagi mempastikan air dapat di optimakan penggunaannya.
" LAWAT KE DINA FARM ......MEMANG KAGUM.....
KOS AMAT TINGGI..... TAPI HASIL DAH PASTI......
TANAM KENTANG .........PERUT AKAN KENYANG....
PROJEK BERJAYA ..... SEMUA AKAN SUKA...."
by,
M Anem
DOA Muar

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...