KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, January 26, 2010

Teknologi EM di Bali

Rombongan Johor melawat ladang Pak Oles yang menjalankan aktiviti pengamalan teknologi EM diladang G.N. Wididada.

Pulau Bali di Indonesia merupakan sebuah pulau pelancongan yang popular kerana tarikan Pantai, Budaya dan Matahari (Sun, See shore and Culture). Pulau ini menjadi tarikan ramai pelancong dari seluroh dunia untuk melawat dan bersantai terutama untuk melihat Tanah Lot dan budaya tarian. Denpasar merupakan bandar utama di Bali yang sentiasa menyediakan pelbagai kemudahan untuk pelancong. Penulis telah ke Bali untuk meninjau Teknologi Effective Mikrorganisma (EM) yang di anggap terbaik di Pulau Bali oleh Pak Oles.

Perjalanan dari Hotel Sheraton ke PT Pak Oles di Singaraja, Kacamatan Basungbiu,Kabupaten Buleleng, Bali) mengambil masa 3.5 jam melalui jalan bergunung ganang dan kawasan kampong. Bengkel desa ini merupakan kompleks yang mempunyai kemudahan Asrama, Bilik Syarahan, Kebun , Ladang Herba, Kilang memproses, Radio Pak Oles, Muzeum, Kilang biat Em dan sebagainya. Pengurus Pusat memberikan taklimat mengenai sejarah Pak Oles dan aktiviti2 yang dijalankan. Pak Oles (Gelaran) sebenarnya Dr Ir Gede Nugrah Oles yang belajar dari Ryukyus University , Okinawa, Jepun berkaitan dengan EM pada 1990 dan seterusny belajar di AIMS University Hawai dalam bidang perniagaan. Program pembangunan EM di Bali malahan di Indonesia adalah hasil sumbangan beliau.

Lawatan ke Ladang Herba Pak Oles menunjukkan terdapat beratus jenis herba yang ditanam menggunakan kaedah organik (Tidak menggunakan racun kimia). Kebanyakkan tanaman di keliling Kampung menggunakan baja Kompos hasil fermentasi dengan EM atau Bokashi. Demonstrasi menyediakan kompos atau bokashi dibuat dengan campuran bahan organan, EM dan lain2. Rombongan juga ditujukkan bagaimana EM disediakan dan di botolkan sebelum di edarkan kepada agen2 dan petani-petani di seluroh Pulau Bali. Bentuk EM yang dijual kebanyakkannya adalah EM 4. Untukn mengatasi EM Tiruan syarikat ini menjalankan beberapa kawalan kualiti.

Terdapat STESEN RADIO PAK OLES di kompleks ini dan membuat siaran radio mengenai teknologi EM keseluroh Pulau Bali selama 8 jam setiap hari. Rancangan mengenai Teknologi EM dan Lagu-lagu hiburan di siarkan berselang seli dengan maklumat terkini mengenai program pengembangan pertanian. Pelawat juga diberi peluang untuk bersiaran langsung semasa lawatan. Antara produk utama Pak Oles ialah produk perubatan tradisional Pak Oles yang berasaskan herba dan campuran EM. Contah produk seperti Bokashi Rub Oil, Balsem Kresno, Parem Lantek, EM Spontan Power Motor, Kopi Bubuk Bali dan sebagainya. Produk-produk yang dihasilkan diedarkan di seluroh Indonesia dengan agen-agen yang dilantik. Kebanyakkan agen-agen adalah mereka yang pernah berkursus di Ladang Pak Oles. Kursus selama 2 minggu menyediakan Teknologi EM, Makanan, Asrama dan selengkapnya.

Kalau ada yang berminat bolehlah pergi keweb site www.pakoles.com/ .


TEKNOLOGI EM....JAUH PERGI BELAJAR....
PRODUK PAK OLES....KATANYA BOLEH BERES..
PELBAGAI PRODUK... RADIA SENDIRI SIAR...
SATU 

By,
M Anem
Senior Agronomist,
Room 320, Hotel Visata,
Kuta, Bali, Indonesia.
(Group Tour with Exco Johor)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...