Support My Blog

Wednesday, August 24, 2022

BUNGA LILI - KENALI DIA (Part 2)

BUNGA LILY (Lili) merupakan sejenis bunga dari tumbuhan daripada genus Lilium yang sangar disukai ramai peminat bunga diseluruh dunia. Dari beberapa rujukkan penulis blog dapatui ada sekitar 110 spesis bunga lili didalam keluarga  Liliaceae yang telah dikenalpasti. Bunga ini boleh tumbuh dengan baik dibanyak keadaan dimana dilaporkan antara kawasan didapati bunga ini adalah disebahagian besar benua Eropah serta disebahagiab besar benua Asia. Di Asia ia amat popular di Jepun, India, Indochina, Filipina dan beberapa negara Asia yang lain. Walau pun dari segi habitat asalnya ia tumbuh liar didalam hutan terutama dikawasan pergunungan akan tetapi kini ia sudah ditanam pada skala komersil dan dibanyak negara sebagai satu industri. Bunga lily ini juga dilaporkan boleh tumbuh dibanyak kawasan seperti dikawasan padang rumput, kawasan paya sehingga kepada kawasan yang memunyai jenis tanah walau pun agak kurang subur secara semulajadi. Lazimnya tumbuhan pokok lily ini sejenis tumbuhan tahunan dengan anggaran ketinggiannya diantara 60 - 180 cm. Keunikannya adalah dimana tumbuhan ini biasanya memiliki tangkai yang kukuh dan kebanyakannya akan mempunyai umbisi yang berada didalam tanah. Bagaimana pun dilaporkan dibeberapa bahagian dunia seperti di Amerika Utara ada spesis lily yang mana umbisi ini boleh berkembang menjadi seperti rizom didalam tanah. Daripada beberapa laporn dinyatakan dimana bunga lili yang besar memiliki tiga daun bunga dimana selalunya akan berbau wangi apabila cukup masanya. Dari segi kecantikan dimana ada berbagai warna dari putih, kuning, jingga, merah muda, merah, ungu, warna tembaga sehingga kepad warna hampir hitam dan paling unik terkini dilaporkan sudah ada pula corak bunga liliy yang berbintik-bintik. Bagaimana pun tanaman ini memang dipilih untuk ditnam sebagai tanaman hiasan (ornamental plants) seperti di Keukenhorf Garden di Belanda yang penulis blog perah berkunjung dahulu. Memang ada beribu-ribu tanaman bunga lily yang dipamerkan di Ekspo bertaraf dunia ini yang mendapat kunjungan jutaan pelancong dari seluruh dunia saban tahun (sebelum pandemik covid19). Bagaimana pun saintis mendapati dimana tanaman hiasan ini ternyata juga mempunyai berbagai manfaat untuk kesihatan, terutama pada bagian daunya. Dilaporkan antara manafaat daun lili adalah ia mampu membantu meredakan gejala sakit tekak dan meredakan panas dalam apabila diambil. Ia juga didakwa mampu menambah stamina dan kekuatan otot serta mampu untuk mengatasi masaalah gangguan tidur sama ada masaalah susah hendak tidur atau kerap tertidur. Khasiatnya juga berkait dengan ia mampu membantu menghentikan jika berlaku pendarahan. Dilaporkan juga tumbuhan ini boleh merawat luka serta merawat mata. Artikel subuh 18 Ramadan 1443H ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai beberapa perkara penting berkaitan bunga lily untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Tumbuhan bunga Lily mempunyai umbi dibahagian bawah tanah. Umbi atau umbisi ini 
yang berfungsi sebagai bahagian untuk proses pembiakan tumbuhan ini. Apa pun biasanya ukuran umbi lili adalah cukup besar dengan diameter antara 5 - 10 cm dan didapati berada di dalam tanah. Umbi yang tidak bercorak (plain) ini juga umumnya disebut sebagai poision bulb disebbkan di dalamnya terkandung bahan zat beracun. Bentuk umbi bunga ini seakan seperti umbi berbentuk sama seperti bentuk umbi tanaman bawang. Umbi ini tumbuh boleh secara menjalar seperti rizom bagi sesetngah jenis setelah dewasa (Sila lihat foto disebelah). Umbi ini mempunyai banyak tunas dan kuncup yang muncul disekitarnya yang akan tumbuh menjadi anakbenih tumbuhan baru. Umbi yang baik dan matang biasanya boleh dikutip dan dijadikan sebagai bahan tanaman bunga lily ini. Bagaimana pun kini sudah ada benih bunga lily boleh dibeli secara on-line saha seperti dari Lazada dengan jenama Lily Australia Bulb berharga RM20.00/bulb (ditawarkan dengan 74% diskaun menjadi RM7.90/bulb) dimana mudah saha untuk ditanam dapam pasu atau diatas tanah (Sila lihat foto paling bawah).  Penulis blog pernah beberapa tahun dulu membeki bulb bunga lily dan bunga tulip secara on-line dan menanam didalam pasu sehingga ia berbunga. Bagaimana pun ia kemudian mati setelah 3 bulan ditanam dalam pasu.

Dikebanyakkan negara 4 iklim lazimnya b
unga lili adalah tanaman yang tumbuh pada musim panas. Berdasarkan sejarah penyebarannya dimana bunga lily ini awalnya tumbuh di sepanjang kawasan Asia Barat hingga Mediteranian dan kini ia menjadi tanaman hiasan di setiap rumah. Kemudian bunga lili di kawasan tersebut ditanam secara komersil di kawasan khusus untuk tanaman hiasan. Sejarah menunjukkan dimana kemudian tanaman bunga lily atau bunga bakung ini telah tersebar sehingga ke seluruh Eropah dan bahagian utara Mediteranian serta banyak negara di Asia. Bergantung kepada minat dimana jenis bunga lily yang diusahakan bagi setiap negara adalah spesis yang berlainan mengikut kesesuaian iklim. Apa pun pada awalnya walau pun tanaman ini dikenali sebagai tanaman untuk musim panas bagaimana pun kini bunga lili sebenarnya adalah kumpulan tumbuhan herba yang juga dapat tumbuh secara optimal pada keadaan suhu dingin. Ketinggian kawasan tanah yang paling sesuai untuk proses pertumbuhan bunga lily ini berada diantara 1,000 - 1,200 meter dari paras laut. Suhu yang sesuai pula adalah sekitar 20 Celcius pada siang hari dan pada waktu malam adalah antara 4.5 - 10 Celcius. Tanaman ini juga memerlukan keadaan kadar kemasaman tanah yang seimbang dan keadaan tanah yang agak lembab. Meski begitu bunga lili dikenal sebagai tanaman yang mudah beradaptasi dengan berbagai keadaan jenis keadaan dimana ia akan dapat tumbuh secara liar juga. Bunga lili mudah untuk menyesesuaikan didalam hutan, kawasan dipegunungan atau dipadang rumput dan bahkan ada spesis yang mampu tahan hidup di kawasan berpaya. Menariknya meski pertumbuhan bunga lili paling optima dalam situasi yang bersuhu sejuk ternyata tumbuhan ini juga mampu menghadapi keadaan cuaca kering jika hendak dibanding spesis keluarga tumbuhan bunga keratan lainnya. Selalunya pada keadaan kering dimana pokok bunga lili akan mengalami perubahan warna daun sehingga menjadi kekuningan dan kuntum bunganya akan berguguran. Sementara jika diberikan jumlah air berlebihan maka bahagian daunnya dan bahagian umbi akan mengalami kerosakan. Sebaiknya kawasan tanaman bunga lily adalah dari kawasan tanah subur dan boleh dijaga baik serta dijaga dengan amalan agronomi biasa.

Adalah lebih baik jika pembaca blog ini mengenali akan beberapa jenis bunga lily atau bunga bakung yang popular. Ini kerana bunga lili dari genus Lilium terbagi menjadi lebih dari 240 marga dan jumlah spesisnya melebihi 3,000 jenis. Jenis ini tersebar di seluruh dunia dan mempunyai ciri-ciri atau karakteristik dan keunikan masing-masing. Saya akan kongsikan beberapa jenis dari bunga bunga lili yang dikenali sebagai sangat indah untuk dinikmati. Pertama adalah jenis Lili Bosnia (Lilium bosniacum) dimana sesuai dengan namanya dilihat spesis ini adalah jenis lili berasal dari negara Bosnia dan Herzegovina. Di habitat aslinya Lili Bosnia dikenal dengan sebutan Zlatni Ijiljan dan Bosanski Ijiljan. Jenis ini mempunyai mahkota bunga berwarna kuning dengan bintik coklat di tengah kelopaknya. Benang sari dan putiknya tumbuh besar berada pada mahkota bunga sehingga pertumbuhan kuntumnya melengkung ke bawah. Bunga ini mempunyai makna sebagai persatuan dan menjadi simbol Kerajaan Bosnia yang terdapat pada bendera dan seragam tentera. Selain itu bunga lili juga dilaporkan memang sering digunakan untuk hiasan batu nisan dan masjid. Jenis kedua adalah Bunga Lili Jingga (Lilium bulbiferum) dimana ia mempunyai daya memkat yang terletak pada bunganya yang berwarna jingga terang seperti matahari fajar. Ukuran kelopak bunga antara 5 - 8 cm dan pada satu pokok dimana ia boleh menghasilkan 6 - 7 kuntum bunga. Jenis lili ini mempunyai bentuk yang mirip dengan terompet (Sila lihat foto disebelah). Jenis ke tiga adalah dinamakan sebagai Bunga Lily Harimau (Lilium lancifolium) dimana bunga lili ini banyak tumbuh di negeri China dan di Jepun. Nama bunga ini diambil dari corak warna pada mahkotanya yang mirip dengan corak kulit harimau bintang.  Ukuran mahkotanya sekitar 5 cm dan ada yang mencapai 12 cm. Pada satu pokok tanaman, jumlah kuntum bunga yang dihasilkan bisa mencapai 40 tangkai. Dipasaran kini sudah ada bunga lili plastik berasal dari Korea dengan bentuk mahkota yang sekilas terlihat seperti terbuat plastik. Warna bunganya merah meroon dan berkilat yang berukuran kecil. Beberapa pangillan lain untuk bunga spesis ini adalah seperti Lili Plastik dan juga Lili Karang.

Dalam pada itu jenis bunga Lili Plastik (Lilium pumilum) juga diantara bunga Lili yang mana tersirat makna dan beberapa pandangan pendpat yang berbeza dari setiap warna bunganya. Dikalangan peminat warna bunga ini memang ada maksud dan makna warna-warna lily diantaranya jika ia Lili Merah dikaitkan dengan simbol kemakmuran dan kekayaan. Selain itu juga didakwa dimana warna merahnya juga menjad lambang kepada aspek keberanian, kekuatan, gairah serta kekuatan tenaga yang positif. Berlainan pula dengan warna bunga Lily Oren dimana ia dikenali dengan makna atau maksud yang negatif  terutama jika diberikan kepeda seseorang dengan jumlah banyak. Warna oren ini pada bunga lily dianggap sebagai simbol kesombongan, penghinaan dan kebencian. Macam-macam manusia menentukan warna bunga dengan kepercayaan seperti ini untuk strategi pemasaran agaknya. Bagi jenis bunga Lily Kuning pula selalunya dikaitkan dengan benda yang melambangkan perasaan bahagia. Selain itu juga dinyatakan dimana ia dapat dimaksudkan sebagai hubungan persahabatan serta keceriaan yang positif dan baik. Akhir sekali tetunya adalah Lili Bunga Putih yang mana ia adalah paling popular ditanam dibanyak kawasan dunia. Di Malaysia juga amat mudah melihat bunga lili putih dimana-mana dan ia bermaksud dimana warna putih dari bunga lili mencerminkan simbol kesucian, kemurnian, kemuliaan, ketulusan, kehidupan baru serta hubungan baik sesama manusia. Artikel ini ditulis dalam dua segman iaitu Part 1 dan Part 2 yang mesti dibaca bersama. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

BUNGA LILY ... BUNGA BAKUNG SAMA...
BANYAK JENISNYA... PELBAGAI WARNA....
ADA DITANAM... DIBANYAK NEGARA...
MEMBACA ARTIKEL... BARU KENALINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(18 Ramadan 1443H).

Tuesday, August 23, 2022

BUNGA LILI - KENALI DIA (Part 1)

BUNGA LILY (Lili) merupakan sejenis bunga dari tumbuhan daripada genus Lilium yang sangar disukai ramai peminat bunga diseluruh dunia. Dari beberapa rujukkan penulis blog dapatui ada sekitar 110 spesis bunga lili didalam keluarga Liliaceae yang telah dikenalpasti. Bunga ini boleh tumbuh dengan baik dibanyak keadaan dimana dilaporkan antara kawasan didapati bunga ini adalah disebahagian besar benua Eropah serta disebahagiab besar benua Asia. Di Asia ia amat popular di Jepun, India, Indochina, Filipina dan beberapa negara Asia yang lain. Walau pun dari segi habitat asalnya ia tumbuh liar didalam hutan terutama dikawasan pergunungan akan tetapi kini ia sudah ditanam pada tahap skala komersil dibanyak negara sebagai satu industri. Bunga lily ini selalu dilaporkan boleh tumbuh dibanyak kawasan seperti dikawasan padang rumput, kawasan paya sehingga kepada kawasan yang memunyai jenis tanah walau pun agak kurang subur secara semulajadi. Lazimnya tumbuhan pokok lily ini sejenis tumbuhan tahunan dengan anggaran ketinggiannya diantara 60 - 180 cm. Keunikannya adalah dimana tumbuhan ini biasanya memiliki tangkai yang kukuh dan kebanyakannya akan mempunyai umbisi yang berada didalam tanah. Bagaimana pun dilaporkan dibeberapa bahagian dunia seperti di Amerika Utara ada spesis lily yang mana umbisi ini boleh berkembang menjadi seperti rizom didalam tanah. Daripada beberapa laporn dinyatakan dimana bunga lili yang besar memiliki tiga daun bunga dimana selalunya akan berbau wangi apabila cukup masanya. Dari segi kecantikan dimana ada berbagai warna dari putih, kuning, jingga, merah muda, merah, ungu, warna tembaga sehingga kepad warna hampir hitam dan paling unik terkini dilaporkan sudah ada pula corak bunga liliy yang berbintik-bintik. Bagaimana pun tanaman ini memang dipilih untuk ditnam sebagai tanaman hiasan (ornamental plants) seperti di Keukenhorf Garden di Belanda yang penulis blog perah berkunjung dahulu. Memang ada beribu-ribu tanaman bunga lily yang dipamerkan di Ekspo bertaraf dunia ini yang mendapat kunjungan jutaan pelancong dari seluruh dunia saban tahun (sebelum pandemik covid19). Bagaimana pun saintis mendapati dimana tanaman hiasan ini ternyata juga mempunyai berbagai manfaat untuk kesihatan, terutama pada bagian daunya. Dilaporkan antara manafaat daun lili adalah ia mampu membantu meredakan gejala sakit tekak dan meredakan panas dalam apabila diambil. Ia juga didakwa mampu menambah stamina dan kekuatan otot serta mampu untuk mengatasi masaalah gangguan tidur sama ada masaalah susah hendak tidur atau kerap tertidur. Khasiatnya juga berkait dengan ia mampu membantu menghentikan jika berlaku pendarahan. Dilaporkan juga tumbuhan ini boleh merawat luka serta merawat mata. Artikel subuh 18 Ramadan 1443H ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai beberapa perkara penting berkaitan bunga lily untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Bagaimana pun kalangan pembaca ada yang 
tidak kenal bunga lili dimana ada kalangan orang awam di Malaysia ia juga disebut sebagai 'Bunga Bakung'. Bunga Lili identikal dengan warna putihnya yang mana ia dianggap untuk melambangkan keanggunan walau pun sebenarnya warna bunga lili tidak hanya putih sahaja dan sangat bervariasi bahkan ada yang hitam. Keragaman warna tersebut disebabkan terdapat ribuan spesies yang termasuk dalam keluarga lili. Pada penulis blog yang merujuk banyak sumber dimana bunga lili dilaporkan berasal dari benua Eropah tetapi kini ia hampir berada ditanam dibanyak negara di dunia yang mana mereka memiliki spesis lili khas. Tumbuhan ornamental dengan bentuk bunga yang juga unik ini sering digunakan sebagai tanaman hiasan dan disusun untuk menajdi bunga buket ataupun dekorasi dalam majlis pernikahan. Belajar mengenai taksonomi bunga ini merujuk pada kelompok tanaman berbunga yang ada dalam genus Lilium. Kata Lilium adalah istilah yang berasal dari Bahasa Latin iaitu ‘Leirion’ dimana bunga Lili adalah salah satu bunga yang telah dikenali sejak zaman Yunani Kuno dimana ia juga dibuktikan dengan penyebutan bunga lili dalam kitab-kitab kuno. Ia kini adalah sejenis tanaman yang tumbuh dengan ada bahagian umbisi dalam tanah. Tanaman flora ini sangat juga popular dengan bentuk kelopak bunga yang besar dan selalu berwarna putih. Tanaman ini seringkali ditanam dengan tujuan sebagai bunga keratan secara komersil dimana ia palinga sesuai akan dirangkai menjadi buket (Sila lihat foto disebelah). Bunga buket ini memang sering dijual dimana diminati oleh banyak pihak untuk hiasan dan majlis tertentu.

Mengenai marfologi tumbuhan ini ia boleh dijelaskan mengenai ciri batang, daun, bunga dan umbisinya. BATANG tumbuhan ini adalah 
tumbuhan berbunga dalam kumpulan planta acaulis atau pun jenis tanaman yang tidak mempunyai batang. Ukuran panjang batang bunga ini biasanya adalah sangat pendek iaitu dilihat seakan tidak terlihat kecuali jika diteliti. Penulis blog dapati dimana bunga lili seakan seperti tumbuh langsung dari dasar tanah (Sila lihat foto disebelah). 
Bagaimana pun semasa bunganya mulai keluar dimana bunga ini kemudian dilihat seperti ia memiliki struktur batang yang sebenarnya merupakan batang berbentuk melengkung (semu). Batang tersebut tertutup oleh pelepah daun yang telah tua. Biasanya ketinggian batang semu tersebut juga boleh mencapai ukuran 60 hingga 180 cm serta memiliki struktur kuat dan kukuh. Bahagian DAUN pula berukuran panjang dengan dihujungnya runcing dan berwarna hijau. Daun ini tumbuh dari perdu dan batang yang dalam kedudukan melintang dan berbentuk pipih.  Tulang daun bunga lili adalah tulang sejajar atau tulang lurus. Terdapat satu tulang daun berukuran besar yang berada di tengah dan membujur. Apa pun bentuk daun lili adalah panjang menirus dan tidak terlalu lebar. Bahagian tepi daunnya rata dengan permukaan licin, rata dimana pada bahagian atas lebih berkilat berbanding dengan bahagian bawah. Daun bunga lily ini adalah kumpulan daun  carnosus  atau berdaging tebal serta mengandungi banyak air.

Bahagian terpenting yang ada pada bunga lily adakah BUNGA. Bunga ini merupakan mahkota yang paling menarik perhatian kerana tidak hanya berwarna indah cantik tetapi juga ukurannya yang besar. Setiap helai mahkota atau kelopak bunganya berbentuk tajam dimana selalunya akan  keluar dibahagian hujung tanaman. Dilihat teliti lazimnya ia adalah kesatuan dari mahkota bunga lili menghasilkan bentuk yang menyerupai corong dengan putik ada di tengahnya. Biasanya bunga lili mempunyai warna putih akan tetapi ada juga spesis yang bunganya berwarna kuning, ungu, jingga, pink, merah, tembaga dan bahkan ada nyaris berwarna hitam. Ciri khas lain dari bahagian mahkota lili adalah adanya corak bintik-bintik di sepanjang helai kelopaknya. Semakin mendekati dasar bunga, coraknya semakin banyak. Bunga lili sendiri adalah kumpulan tanaman planta multiflora atau mempunyai banyak bunga dalam satu individu atau pokok tersebut. Lazimnya dalam sepokok terdapat sekitar 10 kuntum bunga dan bahkan pada beberapa jenis lili yang mencapai 50 kuntum. Bunga ini dapat dibagi menjadi tiga jenis berdasarkan bentuk kelopak bunganya. Pertama adalah 'Bowl Shaped' dimana jenis ini merupakan lili dengan kelopak bunga melebar keluar dan ukurannya sangatbesar. Jenis kedua adalah 'Trumpet Shaped' dimana jenis ini merupakan bunga lili dengan kelopak membentuk seperti tabung dan pada bagian ujungnya sedikit melengkung. Sesuai namanya, bentuk jenis ini mirip seperti terompet. Ke tiga adalah jenis 'Turk’s Cap Shaped'  dimana jenis ini hampir sama dengan Bowl Shaped akan tetapi lengkungan kelopak bunganya lebih tegas (Sia lihat foto disebelah). Memang sangat menarik bentuk dan warna bunga lili ini dalam beberapa variasinya. Artikel ini ditulis dalam dua segman iaitu Part 1 dan Part 2 yang mesti dibaca bersama. Semoga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUNGA LILY ... BUNGA BAKUNG SAMA...
BANYAK JENISNYA... PELBAGAI WARNA....
ADA DITANAM... DIBANYAK NEGARA...
MEMBACA ARTIKEL... BARU KENALINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(18 Ramadan 1443H).

Monday, August 22, 2022

KAWALAN PEROSAK BERSEPADU TANAMAN PADI

PENGAWALAN PEROSAK BERSEPADU
(PPB) atau pun dalam bahasa Inggeris sebagai Intergrated Pest Management (IPM) adalah satu kaedah Kawalan Makhluk Perosak dengan menggabungkan (intergrated approach) Kaedah Kawalan seacara Kimia dan Kaedah Kawalan secara Biologi. Kaedah kawalan kimia digunakan secara berhemah dan kaedah secara biologi mementingkan agen biotic secara semulajadi untuk mengurangkan populasi perosak. Konsep IPM adalah untuk memahahi dan mengurus EKOSISTEM dan matlamat kawalan bukan untuk memusnahkan perosak sahaja. Aspek IPM adalah dengan mengenalpasti perosak dan musuh semulaji sedia ada, pemantauan, kaedah didalam membuat keputusan, cara-cara kawalan dan kemahiran khusus petani. Artikel kali ini penulis blog tumpukan kepada tanaman yang ke empat terpenting di Malaysia iaitu Tanaman Padi (Oryza sativa) dimana ia ad
alah tanaman makanan asas yang utama bagi penduduk negara kita. Sebagai dasar dimana kerajaan melalui MAFI telah menetapkan dimana tahap pengeluaran sara diri negara adalah pada 72%. Dalam Rancangan Malaysia Ke-10 dan RMK ke 11 dimana sudah ada pelbagai usaha yang giat dijalankan semua pihak bagi meningkatkan tahap pengeluaran padi negara pada aras 90% seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. Sasaran ini penting bertujuan untuk dicapai bagi akhirnya akan mengurangkan kebergantungan negara terhadap kemasukan beras import seterusnya menjamin bekalan beras tempatan yang mencukupi. Usaha ke arah peningkatan pengeluaran hasil padi pada masa kini menghadapi pelbagai cabaran daripada kenaikan harga bahan kimia sehingga keada faktur bencana alam. Pada penulis blog mendapati dimana sering berlaku kes-kes serangan serangga perosak seperti benah perang dan ulat gulung daun, serangan penyakit seperti karah, masalah rumpai dan padi angin serta serangan siput gondang dan tikus yang menjejaskan pengeluaran padi negara. Masaalah lebih rumit pada tahun 2022 apabila berlaku perang Ukraine-Rusia dan isu China - Taiwan meletus yang menyebabkan sektor pertanian terlibat sama. Kos bahan kimia telah meningkat dengan ketara sehingga menjejaskan pendapatan petani. Kebergantungan sepenuhnya pada racun kimia bagi mengawal perosak berpanjangan sebenarnya tidak disyorkan kerana bukan sahaja disebabkan harganya yang kian meningkat malah memberi kesan negatif terhadap alam sekitar dan kesihatan petani. Oleh itu artikel kali ini saya akan membincangkan beberapa pendekatan secara menyeluruh yang memberi penekanan terhadap pengurusan perosak, penyakit dan rumpai secara bersepadu ini sedikit sebanyak menyumbang ke arah usaha peningkatan pengeluaran hasil padi. Artikel malam Khamis ini didalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa perkara penting berkaitan dengan teknologi kawalan perosak bersepadu tanaman padi untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Teknologi yang berkait dengan kawalan perosak bersepadu berkait dengan kaedah atau pendekatan ini mestilah dijadikan teras utama dalam membentuk satu sistem pengeluaran padi yang mampan. Amalan penggunaan input pada tahap yang maksimum sememangnya sinonim dengan usaha ke arah peningkatan hasil. Walaupun hasil padi dapat ditingkatkan namun dilaporkan pengeluaran hasil tersebut tidak akan dapat bertahan untuk tempoh masa yang panjang. Kemusnahan keseimbangan ekologi dan kepelbagaian biologi akibat penggunaan input berlebihan ini akan mengakibatkan produktiviti sistem di sesebuah kawasan itu menurun. Sistem pengeluaran tanaman yang mampan mempunyai matlamat mengekalkan kestabilan ekologi agar pengeluaran tanaman dapat dikekalkan. Konsep penanaman secara mampan ini adalah sama dengan konsep PPB iaitu pengurusan perosak, penyakit dan rumpai secara bersepadu yang menganggap sistem agroekologi yang sihat bergantung pada kepelbagaian biologi yang terurus serta seimbang. Kedua-dua konsep ini juga mempunyai matlamat untuk membentuk sistem pertanian yang mesra alam di samping dapat memberi pulangan yang menguntungkan dari segi ekonomi. Melalui pengamalan konsep pengurusan perosak penulis blog dapati dimana kawalan penyakit dan rumpai secara bersepadu dalam sistem pengeluaran padi yang mampan ini membolehkan aras produktiviti agroekologi tanaman padi dapat dipertingkatkan dan dipertahankan untuk satu tempoh yang panjang. Ada beberapa kaedah dalam amalan kawalan dan pengurusan perosak yang disyorkan. Bagaimana pun memang ujud atau terdapat beberapa kaedah atau cara yang berlainan dalam mengawal rumpai serta perosak dan penyakit di sawah yang perlu difahami semua pihak terlibat. Sebaiknya pada penulis blog untuk kawalan dan pengurusan yang berkesan maka kesemua kaedah ini mestilah diamalkan secara bersepadu bukan setakat di peringkat individu malah di peringkat komuniti pesawah di sesebuah kawasan tanaman padi. 

Teknologi IPM ini ada beberapa kaedah yang boleh dilaksanakan oleh komuniti pesawah dengan kerjasama daripada agensi pengembangan terutama Jabatan Pertanian dan IADA serta libatkan juga  institusi penyelidikan tempatan serta pihak-pihak berkepentingan lain. Penggunaan varieti padi rintang dimana ia adalah asas penting dan memainkan peranan utama untuk menghalang serangan perosak dan penyakit. Pada masa ini varieti padi yang paling di tanam adalah seperti MR220CL, MR219, MR297 dan beberapa lagi. Apa pun lazimnya gabungan beberapa gen berlainan kerintangan dalam satu varieti dan juga penanaman varieti yang berbeza gen kerintangannya di kawasan penanaman padi akan dapat mengurangkan tekanan populasi perosak dan penyakit seterusnya menurunkan lagi kadar penggunaan racun kimia. Ini sejajar dengan konsep penanaman secara mampan dan konsep pengurusan perosak bersepadu bagi tanaman padi. Banyak juga kes-kes serangan penyakit karah yang mana ia pada penulis blog adalah juga merupakan ancaman yang serius kepada pesawah di hampir kesemua kawasan jelapang padi negara kerana lebih 90% jenis varieti yang ditanam ialah MR 219 dan MR 220 dan kedua-dua varieti ini telah menurun tahap kerintangannya. Antara varieti padi sesuai sebagai varieti gantian yang rintang terhadap penyakit karah adalah seperti MR 232, MR 253 dan MR 263 adalah disyorkan. Pemeliharaan dan pemuliharaan kawalan semula jadi. Dalam amalan agronomi dimana penggunaan varieti padi tertentu ini adalah salah satu daripada komponen dalam kawalan biologi secara semula jadi. Dalam ekosistem sawah padi dimana memang terdapat pelbagai organisma berfaedah (Beneficial Microorganism)  yang telah sedia ada yang memainkan peranan secara semula jadi sebagai agen kawalan kepada perosak dan penyakit yang menyerang tanaman. Penulis blog yang banyak belajar dan kalangan pesawah perlu memastikan dimana  keseimbangan dan interaksi semula jadi antara elemen-elemen yang berbeza dalam ekosistem sawah padi termasuk amalan penggunaan racun kimia hendaklah dikurangkan atau sebaiknya diamalkan secara wajar. Amalan ini amat penting dalam menyediakan ruang untuk organisma bermanfaat ini terutamanya pelbagai spesies musuh semula jadi kepada perosak untuk meningkatkan populasi seterusnya mengawal populasi perosak daripada berkembang.

Kaedah IPM seterusnya adalah dikaitkan dengan kawalan menggunakan Agen biologi. Kaedah ini merujuk kepada kawalan biologi gunaan atau kawalan menggunakan agen semula jadi yang memerlukan penglibatan manusia secara langsung. Pada penulis blog yang beberapa kali membuat tinjauan teknologi ini mendapati dimana ianya adalah merujuk kepada penggunaan musuh semula jadi yang berperanan mengawal aras populasi perosak dan penyakit supaya berada di bawah aras ambang ekonomi. Kaedah kawalan biologi biasanya boleh dilaksanakan melalui beberapa cara iaitu Cara Kawalan Biologi klasikal, Augmentasi, Kaedah Menggunakan Inokulan Khusus, Klepasan Inundatif ataupun secara Konservasi. Telah diketahui umum dimana diantara jenis agen kawalan biologi adalah seperti termasuk penggunaan Agen Parasitoid dimana ia adalah merupakan kumpulan serangga yang bersifat spesifik yang bertelur pada atau berhampiran dengan telur, larva atau pupa perumah (serangga perosak). Penulis blog melihat dimana antaranya adalah seperti spesies Trichogramma, Telenomus dan Tetrastichus yang mana ia merupakan parasitoid kepada telur ulat pengorek batang padi. Seeterusnya teknologi menggunakan Organisma Pemangsa (Predetor). Pemangsa ini juga merupakan organisma yang menyerang dan makan organisma perosak. Dalam kes ini dilaporkan serangga seperti Labah-labah (Lycosa spp.), Kumbang kura-kura (Micraspis sp. dan Harmonia sp.) dan Kepinding Mirid (Cyrtorhinus lividipennis) yang merupakan pemangsa kepada benah perang. Pada penulis blog penggunaan Burung Pungguk Jelapang (Tyto alba) atau BJP pula merupakan pemangsa kepada tikus sawah yang sangat efektif dan sudah menjadi kebiasaan masa kini. 

Dalam pada itu amalan IPM yang lain termasuk penggunaan apa yang dikenali sebagai Entomopatogen. Konsep ini pada penulis blog merupakan penggunaan kumpulan mikroorganisma yang mengakibatkan jangkitan penyakit kepada serangga perosak sama ada melalui sentuhan ataupun oral. Teknologi ini termasuk penggunaan sejenis kulat dikenali sebagai Beauveria bassiana dan Metarhizium anisopliae yang dilaporkan akan menjangkiti benah perang. Dalam kes lain pengenalan kepada sejenis virus granulosis dan virus nukleopolihedrosis yang mampu menyerang larva ulat gulung daun dan ulat ratus sudah terbukti berkesan. Teknologi IPM melibatkan juga amalan penggunaan jenis Mikrob Antagonis. Mikrob ini juga merupakan mikro- organisma yang menghalang pertumbuhan patogen yang menjangkiti pokok padi. Dilaporkan diantara contohnya adalah seperti penggunaan kulat Trichoderma yang bertindak ke atas kulat Rhizoctonia spp yang menyebabkan penyakit hawar seludang pada tanaman padi. Teknologi IPM juga teknik dalam menggunakan teknologi penggunaan bahan Ekstrak Tumbuhan. Bahan ini dilaporkan akan bertindak sebagai penghalau atau racun semula jadi kepada perosak dan penyakit. Teknologi ini termasuk penggunaan daun pokok Furcraea yang boleh digunakan untuk membunuh Siput Gondang Emas (SGE). Siput SGE ini pernhah dilaporkan mampu memusnahkan hasil padi dengan teruk jika tidak dikawal. Dalam pada itu IPM juga libatkan penggunaan Ekstrak Serai Wangi (Cymbopogon nardus) dan Daun Semambu dimana cara ini ia mampu bertindak sebagai penghalau serangga perosak yang tertentu.  
Amalan kultura yang wajar boleh mengurangkan infestasi rumpai, serangan serangga perosak, penyakit, siput gondang dan tikus. Antara kaedah amalan kultur yang boleh dilaksanakan adalah seperti melakukan pembersihan kawasan sawah atau memastikan sanitari kawasan terjaga dengan baik, mengamalkan sistem penanaman secara serentak, pengurusan nutrien tanaman dan pembajaan. Apa pun amalan agronomi seperti amalan  mengamalkan pengurusan air yang cekap, melaksanakan aktiviti pemotongan serta pembakaran jerami sekiranya perlu dan memilih kaedah menanam yang bersesuaian dengan situasi sama ada secara mencedung, tabur terus atau tabur dalam air. Kawalan secara fizikal atau mekanikal Sesetengah jenis perosak boleh dikawal menerusi kaedah ini. Sebagai contoh, rumpai dan padi angin dapat dikawal secara manual atau secara penakaian (untuk padi angin). Selain itu, populasi siput gondang boleh dikurangkan melalui aktiviti pengutipan secara manual atau dengan memasang penghadang atau jaring pukat pada salur air masuk dan keluar. 

Serangan Tikus Sawah umpamanya boleh dihalang dengan pemasangan sistem pagar berperangkap di sekeliling petak sawah. Sarang atau lubang tikus juga boleh dimusnahkan secara fizikal. Tikus sawah juga dapat ditangkap dengan perangkap yang boleh diletakkan di atas batas sawah. Kawalan biasa dengan cara menggunakan racun kimia sejak dulu memang kaedah guna racun perosak kimia sememangnya tidak dapat dielakkan, namun jika cara penggunaannya dimana ia berterusan dilaksanakan adalah kurang bijak serta jika ia tidak mengikut teknik yang betul. Dalam pada itu ada juga sistem pemantauan kehadiran perosak atau simptom penyakit yang mana ia hendaklah dilakukan sebelum keputusan untuk menjalankan semburan racun kimia dibuat. Ini penting untuk mengelak daripada berlakunya fenomena yang tidak diingini akibat penggunaan racun kimia secara tidak wajar seperti peningkatan tahap kekebalan perosak akibat aplikasi racun kimia yang sama dan berulang, fenomena resurgen semula perosak, perosak minor menjadi perosak utama dan kemusnahan musuh semula jadi atau organisma bukan sasaran. Perhatian juga harus diberikan bagi menjamin pencemaran terhadap persekitaran adalah minimum. Racun perosak kimia terdiri daripada racun serangga, racun kulat, racun rumpai, racun siput dan racun tikus. Kepentingan mengintegrasikan kaedah kawalan dan pengurusan tanaman bagi menjamin ekosistem sawah padi, perosak, penyakit dan rumpai yang berbeza dari segi biologi dan ekologinya adalah saling berkaitan atau berhubungan antara satu sama lain. Hubungan ini turut dipengaruhi oleh banyak faktor seperti faktor keadaan cuaca, persekitaran dan tanaman padi itu sendiri. Oleh kerana hubungan yang kompleks ini maka adalah digalakkan agar cara kawalan terhadap sesuatu jenis perosak atau kumpulan perosak itu akan memberi kesan terhadap perosak atau kumpulan perosak yang lain. Bagi sesebuah program pengurusan perosak bersepadu tanaman padi yang berkesan, kesan yang timbul akibat kawalan 
perosak yang berasingan dan kesan amalan pengurusan tanaman terhadap pelbagai jenis perosak hendaklah diberi perhatian serta disepadukan supaya kesemua jenis perosak yang berbeza itu dapat dikekalkan populasinya pada tahap yang tidak mendatangkan kerugian pada hasil tanaman. Memang agak sukar dan mustahil untuk menggabungkan amalan pengurusan tanaman dengan kawalan perosak secara menyeluruh. Petani harus membuat keputusan yang tepat dalam merangka kaedah kawalan mana yang bersesuaian mengikut situasi, masa dan jenis perosak supaya pengurusan yang berkesan dapat dibuat dengan mengambil kira kesan kaedah yang digunakan terhadap ekonomi, kesihatan dan keselamatan petani dan kesannya terhadap kesejahteraan persekitaran. Gerak kerja pengurusan perosak, penyakit dan rumpai secara bersepadu Jadual 1 memberi panduan berkenaan langkah-langkah yang perlu diambil dan diikuti oleh petani dalam sistem pengeluaran padi mampan yang menggabungkan kaedah-kaedah pengurusan perosak, penyakit dan rumpai secara bersepadu. Cadangan panduan ini adalah berdasarkan hasil kajian penyelidikan yang dilaksanakan oleh MARDI. Kesimpulan Dalam melaksanakan pengurusan perosak, penyakit dan rumpai secara bersepadu, penggunaan sesuatu kaedah kawalan mestilah bersesuaian dan serasi dengan kaedah lain. Kaedah kawalan yang dilaksanakan seharusnya dapat membantu dan tidak menjejaskan kepentingan kaedah kawalan yang lain. Selain tumpuan terhadap pengurusan perosak, penyakit dan rumpai, pengurusan tanaman yang baik juga dapat membantu meningkatkan ketahanan tanaman. Integrasi antara kaedah kawalan perosak dengan pengurusan tanaman haruslah menjadi keutamaan kepada petani. Pengurusan secara bersepadu berpandukan gerak kerja yang disyorkan sedikit sebanyak akan dapat membantu mengatasi masalah akibat serangan penyakit, serangga perosak, rumpai, siput gondang dan tikus seterusnya menyumbang ke arah peningkatan hasil tuaian. Di samping itu juga pada penulis blog mendapati dimana kebergantungan terhadap penggunaan racun perosak dengan aplikasi IPM dijangka akan dapat mengurangkan kes-kes negatif disawah dan inijuga menjamin tahap pengeluaran hasil yang mampan untuk tempoh masa yang panjang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KAWALAN PEROSAK BERSEPADU... APA...
POPULAR DI KENALI.... NAMA IPM SAJA...
PELBAGAI TEKNIK... SESUAI DIGUNA....
SEMUGA PEMBACA... DAPAT INFONYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bkt Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(22 Muharram 1444H).

Sunday, August 21, 2022

APA HEBATNYA BUNGA KANTAN?

POKOK BUNGA KANTAN
(Phaeomeria speciosa) apa yang penulis blog faham adalah merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Zingiberaceae yang natif di negara kita dan ditanam untuk nendapatkan Bunga Kantan. Tanaman ini banyak ditanam di Perak, Johor, Kelantan, Pahang dan Selangor dengan keluasan sekitar 156 hektar CHE (Sumber: Booklet Statistik Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian 2021). Penulis blog telah berpeluang melihat bagaimana tanaman kantan ini diusahakan dibanyak lokasi yang ditanam secara komersil. Pokok kantan lazimnya ditanam dikawasan keliling rumah atau dikawasan dikampong. Bunga kantan merupakan sejenis bunga yang banyak digunakan didalam masakan seperti Kuah Laksa Asam, Masak Asam, Asam Pedas, Nasi Kerabu dan banyak lagi. Belum banyak varieti pokok kantan yang didaftarkan di Malaysia kerana hanya Varieti Kantan Tempatan sahaja yang ada ditanam. Tumbuhan ini merupakan sejenis tanaman dari keluarga Zingiberaceae sama seperti tanaman halia, lengkuas dan dari jenis pokok Herba. Bunga kantan kini merupakan ulam yang penting dalam masakan Tradisional Melayu semenjak dulu kala. Pokok kantan dipercayai berasal dari Malaysia terutama tumbuh meliar di kawasan tanah lembab. Terdapat beberapa usahawan di Batu Pahat, Johor dan di Raub Pahang yang menanam kantan secara komersial terutama untuk bekalan tempatan dan diekspot ke Singapura. Penulis juga pernah menemui temubual usahawan tersebut semasa tinjauan teknologi dan lawatan ke lokasi tersebut. Bunga Kantan mengandungi pelbagai unsur khasiat seperti zat Protein, Vitamins dan serat. Pokok kantan mempunyai akar serabut dimana daunnya lurus dan berupih. Bunga kantan biasanya berwarna merah jambu yang kemerahan dimana bunga jantan dan bunga betina terdapat pada satu bunga. Setiap jambak mempunyai 240- 345 kuntum bunga tersusun melingkari jambak bunga. Buah kantan bersegi mempunyai 3-5 segi seperti berlian yang selalu mengandungi 150-180 biji benih. Pokok kantan sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah dan penting bagi mengelakkan kawasan yang bertakung air. Di Malaysia belum ada kultivar yang di kenalpasti tetapi penulis dapati kebanyakkannya Kultivar Tempatan. Penanaman pokok kantan menggunakan benih dari Rizom atau dari biji benih. Penggunaan benih rizom lebih popular kerana mudah serta menjadi pilihan petani. Kaedah ini lebih cepat berhasil menanam sedangkan dengan biji benih lama untuk berhasil (2 tahun). Rizom kantan di cangkul dari perdu pokok induk. Pastikan ada 2-3 mata tunas dan akar serabut untuk proses pertumbuhan. Artikel pada petang Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya tulis dan paparkan beberapa kehebatan bunga kantan utuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Hebatnya menanam kantan dilaporkan dalam portal berita hmetro.com yang disesuaikan kisahnya. Kisah bertajuk 'Tanam Kantan Tepi Jalan' adalah  wajar dijadikan satu panduan kepada pembaca lain didalam blog ini. Kisah bagaimana seorang usahawantani yang bermula. 
hanya dengan dua rumpun pokok kantan tetapi kini tanaman diusahakan oleh seorang pensyarah berkembang sehingga 100 rumpun di tepi jalan di Kampung Balun, Slim River, Perak. Bagi pensyarah Kolej Vokasional Slim River, Abdul Baser Tajuri (53 tahun) yang telah mula mengusahakan tanaman itu sejak 2016 dikira sudah berjaya dengan hobinya. Idea untuk menanam pokok kantan timbul berdasarkan pengalamannya yang terpaksa membayar harga yang mahal bagi sebatang bunga kantan ketika musim perayaan. Sejak itu kemudian telah timbul rasa minat untuk menanam sendiri pokok kantan sendiri dan pada mulanya dia hanya menanam dua rumpun pokok. Lama-kelamaan didapati rumpun atau pokok kantan semakin cepat membiak dan membesar menyebabkannya mengambil anak pokok atau dikenali sebagai rizom lalu ditanam semula ke tempat lain. Dia yang memanfaatkan tanah sepanjang 200 meter di tepi jalan untuk menambah pokok kantan an dia selalunya akan menggunakan rizom pokok terdahulu. Penanaman pokok kantan tidak sukar kerana ia hidup lebih subur jika ditanam di kawasan tanah pamah dan mempunyai sistem pengairan yang baik. Biasanya rizom yang dikorek pada rumpun pokok kantan perlu ditanam dengan segera supaya tumbesaran pokok itu tidak terbantut atau mati apabila ditanam semula. Apa pun kawasan yang baharu ditanam dengan rizom pokok berkenaan perlu dinaikkan batas selain dikelilingi tanah bagi tujuan menggalakkan tumbesaran. Rizom pokok yang baharu ditanam juga perlu disiram setiap hari. Bagi memastikan pokok kantan mampu menghasilkan bunga yang lebat maka dia perlu untuk memangkas batang pokok yang tidak efektif setiap dua minggu. Penting dakwanya agar sering melakukan pembajaan yang perlu dilakukan setiap tiga bulan sekali dengan baja organik untuk memastikan tumbesaran pokok berkenaan. Pokok yang hidup subur dalam rumpun berkenaan perlu dibiarkan membesar dengan jarak yang sesuai bagi membolehkan bunga kantan tumbuh pada rumpun itu. Sekiranya pokok pada rumpun dibiarkan terlalu rapat, bunga kantan sukar untuk tumbuh melalui celahan pokok kantan. Biasanya dua kali seminggu dia akan memetik atau memotong bunga kantan pada rumpunnya sambil mencantas pokok yang kurang efektif.  Biasanya pokok kantan yang matang boleh mencapai ketinggian antara dua hingga tiga meter akan tetapi semua ini bergantung kepada cara dalam penjagaan tanaman itu. Biasanya tanaman yang diusahakan secara sambilan ini hanya untuk mengisi masa lapang. Aktiviti ini menjadi terapi kepada dirinya selepas seharian bersama pelajar di kolej. Hanya mereka yang menceburi bidang ini yang mengetahuinya kerana apabila melihat pokok kantan yang hidup subur dan memberikan hasil sekali gus memberi ketenangan. Dia yang kini tidak kisah apabila menjual bunga kantan dengan harga yang murah kerana di samping menjual apa salahnya kalau dia bersedekah.

Dalam salah satu portal utama di Malaysia kisah bagaimana '
Bunga kantan beri pendapatan lumayan' yang dilaporkan amat menarik dan sesuai dirujuk.  Siapa sangka bermula de­ngan hanya suka-suka mena­nam ulam-ulaman dan herba di belakang rumah tetapi akhirnya ia menjadi punca pendapatan sampingan buat seorang pesara tentera di sini. Bagi seorang usahawan Mohd. Jamil Ahmad (56 tahun) yang mula menanam ulam-ulaman dan herba sejak 1990-an sekitar rumah­nya yang terletak di Kampung Ekor Lambat, Bota, Perak sesuai dikongsikan. Apa pun setelah bersara daripada anggota tentera dimana beliau mula serius mengusahakan tanaman bunga kantan di sekitar rumahnya pada tahun 2009.  Menurutnya terkini pokok bunga kantan atau juga dikenali sebagai bunga siantan merupakan sejenis pokok herba berwarna merah muda boleh juga digunakan sebagai gubahan hiasan. Tunas bunga itu boleh dijadikan bahan memasak dalam masakan Melayu seperti laksa dan nasi kerabu selain itu ia juga boleh digunakan dalam masakan asam pedas, nasi ulam serta masakan kari. Dia yang pada mulanya cuma menanam bunga kantan untuk sekadar untuk memenuhi masa lapangnya tetapi setelah menyedari bunga kantan mendapat permintaan dan harga tinggi sehingga mampu runcit mencecah RM2.50 sekuntum ketika itu membuatkan dia lebih serius untuk menanamnya. Dia kemudian giat menanam pokok bunga kantan di sekitar rumahnya dan tanah di kampungnya yang difikirkan sesuai untuk menanam pokok herba tersebut. Dia dilapor yang memilih untuk menanam pokok bunga kantan kerana ia tidak memerlukan proses perjagaan yang rapi dan rumit. Pokok bunga kantan ini mudah ditanam kerana serangga jarang mendekati pokok ini dan proses untuk menanamnya juga senang, hanya perlukan air dan sedikit baja. Tanaman bunga kantan juga kurang dimusnahkan oleh serangga perosak kerana aroma yang terdapat padanya tanaman itu menyebabkan ia kurang musuh tanaman. Paling utama bunga kantan antara produk agro yang mudah dijaga selain senang ditanam di tanah yang lembap tapi tidak berair. iasanya sepokok bunga kantan juga boleh membiak dengan banyak dan ia lebih subur apabila daun yang sudah tua dibuang selain memerlukan cahaya matahari yang mencukupi. Apabila perdu pokok kantan sudah besar maka dia perlu dipecahkan untuk mengelak pelepah pokok bercantum dan perdunya juga akan dipilih mengikut kriteria untuk dijadikan benih. Bunga kantan boleh dijual pada usia enam ke tujuh bulan namun bergantung kepada benih dan hasil keluaran pula tiga kali seminggu dengan mana sekali keluaransekitar 300 hingga 400 kuntum. Kini dia mampu meraih pendapatan sehingga RM2,000 sebulan hasil daripada tuaian bunga kantan dari usahanya. Dakwanya lagi permintaan bunga kantan pada masa kini memang amat menggalakan kerana ia jarang diusahakan secara komersial. Menyentuh aspek pemasaran dakwanya masih tertumpu di sekitar Batu Gajah, Perak Tengah serta Manjung selain dengan cara membekalkannya ke hotel sekitar Bandar Seri Iskdandar sahaja. Ia dijual pada harga RM1 sebatang namun apabila tiba musim kemarau harganya akan melonjak tinggi hingga mencecah RM1.50 sebatang. kalau sebelum ini dia hanya ada menanam bunga kantan yang berwarna putih dan merah namun permintaan jenis ini kurang mendapat sambutan dan kini sepenuhnya hasil keluaran adalah berwarna merah jambu pula. Sehingga kini dia mempunyai dua ekar tanaman itu di lokasi tanah berasingan. Sedia ber­kongsi pengalaman dengan orang lain bagaimana mengusahakan kebun tanaman bunga kantan dan menggalakan rakannya yang berminat mencuba tanaman berkenaan kerana tidak memerlukan modal besar selain penjagaannya yang amat mudah. Tanaman bunga kantan dakwanya sesuai dibuat secara sambilan kerana ianya tidak memerlukan modal besar sebaliknya memberi keuntu­ngan lumayan sehingga mencecah ribuan ringgit sebulan. Untuk membantu golongan belia memperoleh pendapatan dia juga membantu anak muda di kampungnya dalam tanaman bunga kantan.

Bunga Kantan merupakan produk yang tidak tahan lama jika tidak digunakan sebaik sahaja dibeli atau diambil dari pohonnya. Penulis blog yang selalu ada membelinya di pasar malam atau pasar besar bukan hanya sebatang akan tetapi bebetapa ikat untuk digunakan dan juga disimpan. Bagaimana pun teknik penyimpanan bunga kantan yang betul adalah penting. Bunga 
kantan bukan sahaja sering digunakan sebagai bahan masakan untuk menyediakan laksa, asam pedas mahu pun kerabu. Malah mengikut amalan petua orang dulu-dulu penulis blog dapati dimana pokok bunga kantan ini banyak manfaatnya untuk penjagaan kesihatan. Ada dakwaan dimana bunga kantan ini digunakan untuk mengubati sakit telinga dan juga untuk membersihkan luka. Caranya adalah dengan pembaca blog ini merebus buah kantan dalam beberapa minit dan kemudian menitikkannya ke dalam telinga. Bunga kantan juga berkesan untuk menghilangkan masalah badan yang berbau dengan cara merebus batang pokok kantan dan air rebusan itu dibuat air mandian. Ada banyak lagi keguaan bunga kantan segar atau yang diproes boleh diamalkan bagi pelbagai jenis tujuan. Paling penting adalah bagaimana cara simpan bunga kantan untuk tahan lama. Lazimnya ada banyak stok bunga kantan dekat rumah tapi selalu saja terbuang sebab masih ramai kalangan pembaca blog yang mungkin tidak tahu cara hendak menyimpannya. Mungkin dengan kaedah yang di kongsikan ini boleh dijadikannya panduan semua pembaca blog agar sentiasa dapat bunga kantan lebih segar dan kekal aromanya. Petuanya adalah pastikan hanya membeli bunga kantan yang segar sahaja dan cuba elakkan dari membeli yang sudah layu atau dilihat tidak segar lagi. Kemudian dirumah ia perlu dimasukkan bunga kantan yang segar tersebut ke dalam plastik aiskrim dalam keadaan bersilang bersilang untuk dapat menjimatkan plastik. Seteruanya diisikan air masak dalam plastik yang sudah diisi bunga kantan tadi dimana pastikan paras air menutup bunga kantan tersebut didalam bekas. Seterusnya ia perlu di simpul kemas-kemas dan seterusnya perli disimpan dalam peti sejuk bahagian frozen dan biarkan bunga kantan beku. Cara simpan bunga kantan frozen ini pada penulis blog juga boleh digunakan sebagai cara simpan seperti bahan ulaman daun kesum. Memang selalunya kedua-dua bahan bunga kantan dan daun kesum ini agak selalu digunakan bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUNGA KANTAN... MUDAH TANAMNYA....
SESUAI DITANAM... DIMANA SAHAJA...
DI BERSIHKAN DIJAGA... IA BERBUNGA..
DITUAI SENTIASA... LUMAYAN HARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(26 Zulhijjah 1443H).

Saturday, August 20, 2022

IKAN SEPAT DAN KISAHNYA

IKAN SEPAT (Trichogaster pectoralis) adalah sejenis ikan air tawar yang hidup dalam kolam, tasik, taliair sawah padi dan juga ada yang diternak secara komersil dibeberapa lokasi di negara kita. Populasi ikan sepat kini tidak begitu banyak seperti zaman dahulu kerana kebanyakan sawah padi sekarang telah menggunakan racun kimia dan mengamalkan sistem tanaman padi cara tabur terus dengan jangkamasa penanaman padi yang pendek menyebabkan ikan sepat berkurangan atau pupus. Jenis ikan sepat siam ada dilapor tersebar luas sehingga ke seluruh negara kerana ia juga ada diusahakan oleh beberapa usahawan tempatan. Proses asas didalam penyebarannya ikan ini juga akan terus berlaku dalam sistem perairan sawah seperti dalam tali air dan juga di kawasan lain seperti di kawasan paya dan bekas lombong. Penulis blog dapati masa kini dimana taburannya semakin berkurangan akibat keadaan persekitaran alam sekeliling iaitu seperti perubahan cuaca, penggunaan racun serangga, pencemaran air, dan ancaman daripada musuh (seperti memerang, ular, burung) serta akibat serangan beberapa jenis penyakit yang memusnahkan kehidupannya. Antara cara mengatasi masalah kekurangan ikan sepat adalah dengan menternaknya di dalam kolam. Bagaimana pun ikan sepat kering (kebanyakannya dari spesis ikan sepat siam) ada dijual dibanyak kedai runcit dan pasaraya dimana ada yang diimport dari luar dimana ikan sepat kering tempatan banyak di Pasar Rabu, Alor Setar, Kedah. Ikan sepat juga mudah dibeli dalam bentuk ikan sepat pekasam yang enak dimakan bersama nasi panas.  Artikel pada pagi Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai beberapa kisah ikan sepat seperti dilaporkan dalam media tempatan untuk ianya dijadikan bahan bacaan dn rujukkan semua.

Portal berita hmetro.com dalam laporan kisah menarik 'Rezeki si pemburu sepat' dari Kuala Terengganu wajar dikongsikan. Kisah ini berlaku pada musim banjir yang melanda negeri Terengganu saban musim monsun dimana ia memang memberi hasil lumayan kepada pemburu ikan sepat juga kerana lazimnya ikan itu mendapat permintaan tinggi ketika musim tengkujuh. Dilaporkan dimana ketika ini harga ikan sepat segar ini adalah diantara RM4.00 dan RM8.00 sekilogram menjadikan ikan sepat dan juga jenis ikan darat lain menjadi menu utama penduduk tempatan di sini. Hasil dari tinjauan Harian Metro ke kawasan banjir di beberapa lokasi daerah ini mendapati ada ramai penduduk setempat sanggup masuk ke dalam parit menahan pukat dan menjala sepat bagi memenuhi permintaan daripada pelanggan yang sedia menunggu. Bagi individu bernama Fidarus Alias (20 tahun) dimana selalunya pada musim banjir yang melanda kawasan daerah ini membuatkan dia bersama ramai lagi penduduk kampung duduk di rumah dan malas ke pasar untuk membeli ikan laut. Dakwanya dimana sejak hujan melanda beberapa hari lalu maka dia ke kawasan parit kampung dipenuhi air hujan sekali gus menjadi tempat ikan sepat ‘bermain’. Selalunya dia mengambil peluang itu untuk menjala ikan sepat dan haruan bagi meraih pendapatan sampingan keluarganya (Sila lihat foto disebelah). Pada kebiasaannya keluarganya perlu kepasar untuk menghabiskan lebih RM10 untuk membeli barang mentah di pasar, namun kini tidak lagi kerana ramai adik beradik gemarkan ikan darat yang segar. Ikan sepat selalu dimasak lemak, digoreng, masak kicap dan sebagainya dimakan dengan nasi putih. Penulis blog juga suka makan ikan sepat semasa dahulu di tangkap di kampong dalam negeri Johor dengan mencarinya di sawah padi milik keluarga di Sawah Ring, Muar.

Akhbar sama melaporkan kisah 'Sauk Sepat Siam Ditepi Jalan' dimana telah dilaporkan ia ibarat satu 
pesta apabila orang ramai memenuhi bahu jalan untuk menyauk sepat siam yang ‘mabuk’ sebab ia telah dibawa arus banjir (bah) di Jalan Kuantan-Pekan berhampiran dengan Kompleks Pertanian Taman Inderapura, Kuantan, Pahang (Sila lihat foto disebelah). Apabila musim hujan dan air banyak maka laluan kalbat untuk air melimpasi jalanraya ini akan mengalirkan air deras dibawahnya. Pesta itu turut menarik kehadiran ramai pengguna jalan raya yang akan berhenti untuk melihat sehinggakan menyebabkan kesesakan lalu-lintas. Kawasn ini adalah laluan utama dari Kuantan ke Pekan dan berhampiran dengan Pusat Pertanian Jabatan Pertanian Inderapura, Kuantan. Dilaporkan dimana bagi Salleh Muhammad (50 tahun) yang mendakwa dimana dia berada ke kawasan itu untuk sajian sauk ikan sepat bagi dijadikan lauk makanan keluarganya sejak lama dahulu. Dia yang mendapat tahu daripada rakan yang memaklumkan ada pesta tangkap ikan sepat siam sejak hari pertama banjir (Isnin) lagi dimana di terus datang membawa sauk sekali. Dilaporkan memang ada  banyak ikan air tawar apabila dalam masa tidak sejam 10 ekor berjaya disauk. Dia gembira keran akan tangkapan ikan sepat segar ini boleh digunakan untuk sajian keluarga dan kalau lebih didapati ia akan dijual kepada pengunjung yang ramai melihtnya. Dia yang menetap di Taman Inderapura mendakwa memang sudah menjadi kebiasaan baginya mencari ikan air tawar apabila tiba musim bah. Lazimnya apabila musim banjir maka air sungai menjadi lebih dalam. Air melimpah ke jalan dan ikan tu pun ngikut sama ke darat. Sementara itu seorang lagi rakannya iaitu Mohd Daud (30 tahun) mendakwa paras banjir musim ini adalah lebih tinggi menyebabkan ikan menjadi ‘mabuk’ air sehingga mudah ditangkap. Biasanya terdapat juga macam-macam jenis ikan air tawar lain boleh jumpa akan tetapi paling banyak adalah jenis sepat siam diikuti dengan spesis ikan puyu.

Kisah seterusnya juga menarik bagi saya tulis untuk dikongsikan dari portal berita sinarharian.com.my dimana 
'Musim Tengkujuh Pekasam Pak Su Laris' yang dilaporkan dari Pasir Putih, Kelantan. Dilaporkan pada musim tengkujuh dimana ternyata memberi limpahan rezeki kepada pengusaha ikan pekasam iaitu Hanafi Yaakob apabila hasil jualannya meningkat sehingga RM3,000 sebulan berbanding hari-hari biasa. Dia yang telah mengusahakan perniagaan tersebut sejak lebih 20 tahun lalu nyatakan sebagai warga emas berusia 78 tahun itu berkata yang pendapatannya meningkat disebabkan mendapat lebih banyak bekalan ikan darat ketika musim tengkujuh. Apabila berlaku limpahan air sungai yang membanjiri petak-petak sawah maka dilaporkan ia sebenarnya telah memberi peluang kepada nelayan sungai mendapat lebih banyak ikan darat dan dia akan membeli daripada mereka untuk diproses menjadi ikan pekasam.  Antara jenis ikan yang dijadikan pekasam ialah lampam, lambak, loma, selat, sepat, puyu, haruan, tilapia dan patin. Dia mengusahakan ikan pekasam ini di Kampung Tasek Pauh, Pasir Putih dengan jayanya. Dia yang lebih mesra dengan panggilan sebagai 'Paksu Nafi' memberitahu dimana tempoh yang diambil untuk menghasilkan ikan pekasam adalah dua hingga tiga minggu bergantung kepada saiz serta jenis ikan sebelum dijual kepada pelanggan. Dia juga yang mendapat bimbingan serta bantuan daripada beberapa agensi terutama Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Jabatan Perikanan dan FAMA terutama untuk teknik memasarkan ikan pekasam tersebut. Kini pasarannya adalah kepada penduduk tempatan selain ada juga tempahan daripada pemborong di Kuala Lumpur, Johor, Terengganu, Negeri Sembilan dan Melaka. Satu paket ikan pekasam seberat 250 gram ini dijual dengan harga RM5 dimana ia enak digoreng bersama hirisan bawang serta cili. Penulis bog pun pernah ujirasa produk ini dengan mendapatkannya dan memasaknya dirumah. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
IKAN SEPAT... IKAN AIR TAWAR ASALNYA...
MUSIM BANJIR... RAMAI TANGKAPNYA...
DI JADIKAN LAUK... PEKASAM JUGA...
IKAN SEPAT KERING... MAHAL HARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(11 Rejab 1443H).

Friday, August 19, 2022

PISANG NIPAH DAN KISAH MENARIK

PISANG NIPAH
atau ada yang panggilnya sebagai PISANG ABU (Musa acuminata balbisiana) merupakan satu varieti pisang yang popular untuk tujuan di goreng, di buat kueh dan juga di buat ker noepek pisang di negara kita dan di Indonesia. Pisang Nipah ditanam secara monokrop komersial dan juga sebagai tanaman keliling kawasan rumah atau di kawasan lapang di tepi sungai, batas taliair atau sebagai tanaman pagar sempadan dikawasan yang sesuai. Tanaman ini menjadi satu kemestian di tanam di kawasan kampong di Malaysia dan juga di Indonesia sebagai tanaman yang sentiasa membekalkan buah pisang nipah sepanjang tahun. Keluasan tanaman pisang di negara kita adalah sebanyak 26,213 hektar pada tahun 2021 dengan anggaran hasil pengeluaran sebanyak 318,518 metrik tan (Sumber: Booklet Keluasan  Statistik Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia, 2021). Terdapat beberapa jenis pisang selain pisang nipah yang popular seperti Pisang Rastali, Pisang Tanduk, Pisang Mas, Pisang Cavendish, Pisang Embun, Pisang Awak, Pisang Berangan dan sebagainya. Pokok Pisang Nipah merupakan antara pokok yang agak tinggi mencapai sehingga 7-8 meter dan tumbuh dalam rumpun yang sederhana besar. Pokok pisang nipah mempunyai batang yang bersaiz besar dan mempunyai anak yang sederhana banyak. Pemerhatian saya mendapati pokok pisang nipah adalah sesuai ditanam dalam pelbagai jenis tanah asalkan mempunyai sistem saliran baik dan tanah mengandungi bahan organan yang tinggi. Daunya yang agak panjang dan lebar mempunyai warna daun agak hijau gelap apabila tua. Bahan tanaman lazimnya daripada Sulur Dara, Sulur Pedang atau Sulur Payung yang dikeluarkan dari pangkal pokok. Anakbenih sulur ini mudah diperolehi daripada pokok pisang nipah yang matang atau membelinya dari nurseri atau bahan tanaman dari Kultur Tisu (Agak kurang di buat kultur tisu bagi varieti ini). Artikel pada subuh yang dingin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa kisah berkaitan dengan pisang nipah yang dirujuk kepada beberapa media temptan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Kisah dari Sabak Bernam, Selangor dimana 'Hanya mampu melihat pisang membusuk ditandan' menarik untuk dikongsikan.  Bagi petani Mohamad Sulaiman (36 tahun) dimana dia merasa sedih apabila melihat hasil pisang yang dijaga selama 10 bulan busuk begitu sahaja di atas pokok (Sila lihat foto disebelah). Dia yang mengusahakan kebun pisang dengan beberapa jenis seperti Pisang Tanduk, Pisang Nipah, Pisang Nangka dan beberapa lagi di Kampung Batu 2 dakwa pisang berkenaan sepatutnya dijual kepada pengusaha kerepek. Bagimana pun akibat dari penularan Covid-19 yang semakin meningkat permintaannya suram dimana ini sekali gus menyebabkan lambakan pisang. Dia dan seorang rakan yang mengusahakan tanaman pisang sejak 2019 di Sabak Bernam dan Kuala Selangor mengakui pendapatan terjejas sejak Covid-19 melanda negara daripada tahun 2020 sehingga agak reda pada pemghujung 2021. Apa yang berlaku akan dijadikan iktibar apabila Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu telah menyebabkan hasil pisang hanya dapat dipasarkan di Sabak Bernam dan Kuala Selangor saja memandangkan pergerakannya terhad. Dilaporkan mereka mengeluarkan modal hampir RM200,000 sebelum ini untuk menanam pisang secara berperingkat untuk Ramadan kerana permintaan biasanya manjadi tinggi. Mereka telah bekerja sepenuh masa sebagai pekebun dan menjangka pendapatan hanya bergantung kepada hasil pisang. Modal permulaan banyak dikeluarkan akan tetapi pengalaman tahun 2020 dan 2021 menjadi teruk apabila hasil tidak terjual dan juga modal pusingan pun tidak dapat dikutip semula. Ramai juga kalangan pekebunp pisang yang buntu memikirkan cara untuk menjual hasil pisang mereka. Kesannya adalah dimana ramai dan kebanyakan pekebun membiarkan sahaja buah di kebun dan ada yang disedekahkan kepada penduduk. Dia dan petabi lain berharap ada pihak yang prihatin dengan nasib pekebun pisang dan menyelesaikan masalah tersebut masa itu. Dkwanya walaupun mengalami kerugian tetapi rata-rata pekebun termasuk beliau masih berlapang dada dan terus mengharapkan ada pihak yang sudi membelinya supaya tidak terbiar begitu saja. Kini pada tahun 2022 keadaan sudah agak pulih dimana buah pisangnya sudah boleh dijual dengan harga yang baik untuk meneruskan aktiviti pertanian mereka.

Dilaporkan dalam banyak media tempatan mengenai 'Ancaman Moko Pisang' atau pun Penyakit Layu Bakteria atau mudahnya sebagai 'Penyalit Moko' yang dikesan menyerang hasil tanaman pisang. Kisah yang dipetik dari Masjid Tanah, Melaka ini melaporkan dimana kejadian berlaku kebanyakan petani di sekitar Masjid Tanah telah diserang penyakit tersebut. Petani yang mengusahakan tanaman Pisang nangka, Pisang Nipah dan Pisang Berangan mendakwa kerugian selepas mendapati hasil tanaman mereka rosak akibat diserang penyakit itu sejak setahun lalu. Ancaman penyakit itu tambah serius pada musim kemarau sejak Januari 2021 dan ketika ini disebabkan oleh berlaku kekurangan air menyebabkan bakteria terbabit merebak dengan lebih cepat. Bagi Mohd Tamin Othman (64 tahun) yang mengusahakan kebun seluas 1.2 hektar dengan tanaman pisang, nanas, cempedak, durian, limau nipis, rambutan dan nangka tidak terkecuali daripada mengalami serangan moko. Sejak setahun lalu dia dakwa pisang nangka, nipah dan berangan musnah akibat penyakit itu dan dia telah mengambil langkah untuk memindahkan anak pisang yang sudah direndam dalam racun dan bahan peluntur ke kebun lain tetapi tetap tidak menjadi. Apa pun selain bahagian dalam batang pisang membusuk dan menjadi hitam iaitu kesan sama didapati pada buah pisang apabila bahagian dalamnya berwarna hitam menunjukkan ia sudah rosak. Menceritakan lanjut dimana pokok Pisang Lang dan Pisang Tanduk mempunyai daya tahan penyakit yang lebih baik berbanding Pisang Nangka, Pisang Nipah dan Pisang Berangan namun kedua-dua pisang itu menghadapi masalah batang pokok mudah patah akibat kekurangan air pada musim kemarau. Dia yang mengusahakan kebun pisang berkenaan sejak lima tahun lalu mendakwa penyakit moko berkenaan tidak mudah untuk diatasi dengan penggunaan racun atau baja dimana ia sekali gus menyebabkan pokok yang sudah dihinggapi penyakit terpaksa dimusnahkan. Dalam pada itu Jabatan Pertanian Melaka yang dihubungi beritahu petani dimana Penyakit Moko berpunca daripada jangkitan bakteria Ralstonia Solanacearum yang ada dalam tanah dan boleh hidup antara dua hingga tiga tahun. Moko dikenalpasti adalah penyakit berbahaya bagi pokok pisang dan setakat ini tiada rawatan khusus yang mampu mengubati jangkitan penyakit itu. Para petani diminta memusnahkan semua pokok dijangkiti dan melaksanakan Amalan Pertanian Baik dengan tidak menanam pisang selama beberapa tahun. Kawasan kebun berkenaan perlu dikuarantin selama 18 hingga 24 bulan bagi tujuan uuntuk mengurangkan pertumbuhan bakteria dalam tanah.

Media melpoarkan rahsia bagaimana untuk mendapatkan citarasa pisang goreng dengan '
Ketulan ais membuat pisang goreng jadi rangup' yang boleh dijadikan tauladan. Rakyat Malaysia suka sangat makan pisang goreng dimana mereka biasanya akan beli pisang goreng di gerai tepi jalan atau dimana jua. Akan tetapi kini disebabkan perintah kawalan pergerakan dulu dilaporkan pasti ada yang merindui pisang goreng siap ada kerak dan serdak yang rangup. Penulis blog merujuk laporan dalam portal utusan.com dimana resipi tepung bancuhan pisang goreng rangup ini ynag menggunakan bahan ketulan ais membantu menyedapkan rasa. Tepung goreng pisang yang dimasak berbeza kerana tidak menggunakan tepung beras dan telur namun rasa pisang gorengnya teramat rangup. Bagi penjual pisang goreng yang lebih mesra dengan sapaan Umi Watie beritahu bagi membuatnya perlukan bahan-bahan iaitu sebiji Pisang tanduk dipotong-potong, 2 cawan tepung gandum, 1 cawan tepung ubi kayu, serbuk kunyit secukupnya, garam secukup rasa, 2 sudu besar marjerin dan cairkan terlebih dahulu, 4 ketul ais batu, 1 ¾ cawan air untuk bancuhan tepung pertama, ¼ cawan air untuk bancuhan tepung kedua dan pastinya minyak untuk menggoreng. Cara penyediaan bancuhan tepung untuk salutan pisang adalah pertama mencampurkan tepung gandum, tepung ubi kayu, serbuk kunyit dan garam di dalam bekas. Selepas itu boleh masukkan marjerin yang telah dicairkan dan air. Gaul bahan-bahan ini sehingga semuanya sebati. Pastikan ketulan ais tadi cair sekali. Bancuhan tepung ini perlulah pekat. Setelah siap bancuhan tepung itu, biarkan seketika dan buat bancuhan tepung kedua. Sebagai petuan sebaiknya marjerin, ais batu dan tepung ubi untuk merangupkan bancuhan tepung goreng pisang kita. Ini bahan rahsianya. Dalam pada itu rahasia dalam cara penyediaan bancuhan tepung untuk kerak dan serdak adalah dengan mengambil ½ cawan bancuhan tepung pekat yang telah siap tadi. Dalam bekas lain, campurkan dengan ¼ cawan air. Bancuhan ini memang cair. Cara memasak pisang goreng dan kerak yang rangup adalah dengan mengmbil pisang tanduk yang telah dipotong-potong tadi. Salutkan pisang ini dengan bancuhan pertama yang lebih pekat. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Apabila minyak panas, masukkan dua sudu besar bancuhan tepung cair tadi. Tepung ini akan naik berkelopak. Selepas itu barulah boleh dimasukkan pisang yang telah disalut dengan bancuhan tepung pekat tadi. Biarkan pisang ini masak sehingga kekuningan. Setelah masak bolehlah angkat dan toskan minyak terlebih dahulu. Akhir sekali ulang langkah-langkah yang sama hinggalah semua pisang dan tepung bancuhan cair itu telah habis. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
PISANG NIPAH... SELALU RAMAI SUKA...
HARGA MURAH... PELBAGAI HARGANYA...
DIGORENG RANGUP... ADA RAHSIANYA...
KETULAN AIR BATU... BOLEH MENCUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka Bersejarah,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(18 Syaaban 1443H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...