Support My Blog

Tuesday, February 6, 2024

DURIAN KURA-KURA - VIRAL DI MEDIA

DURIAN KURA-KURA
(Durio testudinarium) merupakan sejenis durian hutan yang ada di jumpai di Malaysia dan negara jiran lain. Penulis blog yang pernah melihat pokok jenis ini di Pahang dahulu semasa bertugas disana memang suka melihat akan keunikan durian ini yang berbuah di pangkal atau bawah pokok. Pokok durian jenis ini berbeza dengan pokok durian yang lain dari segi buahnya yang tumbuh di perdu atau bahagian bawah batang pokok. Ia tidak memiliki bau yang kuat apabila masak. Selalunya durian kura-kura ini  atau lebih dikenali sebagai durian kakura ini banyak didapati di Negeri Sabah dan Sarawak. Makna 'Testudinarium' yang diberikan ini sebenarnya adalah didalam bahasa Itali yang bermaksud 'kura-kura'. Apa yang penulis blog faham dimana ia mempunyai keunikannya tersendiri berbanding durian dari jenis yang lain dari segi nama saintifiknya yang tidak sama kerana durian biasa termasuk varieti Musang King dikenali dengan nama Durio zibethinus sementara jenis ini adalah Durio testudinarium.  Buah durian kura-kura ini keluar dari pangkal pokok dan menyerupai bentuk seperti kura-kura (Sila lihat foto paling bawah sekali). Selalunya ada terdapat jumlah buah diantara 80 ke 100 biji buah durian dibahagian pangkal pokok durian tersebut. Dalam kes lain dilihat dimana buah ini juga dilihat ia turut keluar dibatang pokok tersebut. Buahnya berbentuk bujur dengan mempunyai warna kulit buah sama dengan buah durian biasa iaitu berwarna hijau kekuningan atau perang. Durian ini tidak mempunyai bau yang kuat seperti durian kampong atau durian premium yang ada di tanam dikawasan durun. Apabila masak dan dibelah apa yang penulis blog lihat dimana isi durian ini selalunya ia berwarna putih atau kuning dan mempunyai tekstur yang lembut. Apabila dibuat ujirasa dimana isi durian ini sedikit lemak, sedikit manis dan sangat berair apabila masak. Buah durian kura-kura memang tidak ada atau jarang dijual kerana orang tidak tahu akan durian ini tetapi di Sabah dan Sarawak ia kadang-kadang ada dijual di pasar tamu atau pasar biasa juga. Baru-baru ini viral didalam media dan sosmed mengenai durian kura-kura dimana ada yang dakwa ia adalah 'durian baru ditemui' walau pun sebenarnya memang sudah lama ada dan diketahui oleh mereka yang berkecimpong dalam bidang pertanian khususnya pakar dalam dunia durian. Artikel tengahari Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" apa salahnya jika saya gembira untuk menulis mengenai durian kura-kura yang viral di media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Dalam portal berita utusan.com dengan kisah bertajuk '
Durian kura-kura’ muncul di Pahang, ditemukan penduduk Kampung Sengkela, Raub' menarik dikongsikan. Dilaporkan kalau sebelum ini ramai penduduk di utara Sarawak iaitu Limbang dan Miri mengenali raja buah yang dikenali ‘durian kura-kura’ atau nama saintifiknya Durio testudinarum yang mempunyai rasa dan teksturnya yang berbeza dengan durian biasa. Kini bagi penduduk Kampung Sengkela di sini bila ada penemuan durian kura-kura dianggap unik kerana belum pernah ditemukan sebelum ini menjadi heboh sehingga ramai pencinta buah durian dari Lembah Klang dan penduduk daerah ini datang untuk melihat lebih dekat buah itu. Kepada penduduk yang pertama menemui spesies unik raja buah itu, Nurul Zalikha dakwa dia pertama kali menemukan sebatang pokok durian di pinggir Kampung Sengkela ketika mula berbunga di pangkal pokok beberapa bulan lalu. Sejak mula berbunga dia kerap berulang-alik ke pokon durian ini untuk mengetahui perkembangannya dan setelah beberapa bulan ia mula mengeluarkan putik seterusnya berbuah hampir 60 biji dalam kedudukan yang dekat pangkal pokok. Setelah berbuah tekstur kulitnya berduri, manakala warna buah berlainan dengan durian biasa, iaitu kelihatan (berwarna) ungu kehitaman. Dia belum pernah menemukan durian kura-kura dan sebelum ini tidak tahu nama spesies itu yang banyak terdapat di Sarawak. Dari situ dia menghebohkan penemuan itu kepada penduduk di situ termasuk seorang rakannya, iaitu ahli Kelab Pencinta Durian yang juga peraih buah-buahan Kampung Damak, Jerantut iaitu Ahmad Mustapha supaya datang melihat sendiri buah itu (Sila lihat foto disebelah). Dia yang tidak tahu tekstur bahagian pangsa, ulas, warna serta rasa isi buah ini kerana buah ini belum masak. Dalam pada itu bagi kalangan penduduk Kampung Sengkela iaitu Khalid nyatakan pokok durian tersebut di pinggir kampung itu akan tetapi dia sebelum ini tidak tahu yang pokok durian itu berbuah penghujung tahun ini dan muncul buah yang disifatkan agak unik kerana belum pernah melihatnya. Khalid juga tidak perasan pokok durian ini berbuah dalam kedudukan rendah di pangkal pokok walaupun kadangkala berulang-alik ke dusun berdekatan mencari durian kampung sehinggalah diberitahu oleh seorang penduduk. Pokok ini tumbuh hampir 60 tahun lalu dan tidak tahu siapa yang menanamnya kerana sebelum ini kawasan ini merupakan hutan tebal. Durian kura-kura ini boleh dijadikan benih baharu sekiranya ada pakar yang boleh membuat cantuman tunas sebagai satu inovasi yang boleh dijadikan produk buah-buahan tempatan komersial seperti durian lain. Ahmad bersama rakannya dari Kelab Pencinta Durian dan Durian Hunter telah melawat ke kawasan pokok durian kura-kura di Kampung Sengkela hari ini. Seorang ahli kelab ini mengesahkan spesies ini merupakan durian kura-kura yang boleh didapati di beberapa tempat di Sarawak. Apa pun menerusi maklumat daripada rakannya di Sarawak dimana keunikan durian kura-kura ialah rasa dan teksturnya yang berbeza dengan durian biasa. Durian ini mempunyai rasa dan identiti yang tersendiri, iaitu saiz ulasnya dan susun atur ulasnya hampir dengan buah pakan (sejenis durian di Sarawak yang isinya berwarna jingga) cuma isinya berwarna putih, manakala bijinya berwarna coklat. Spesies itu perlu diteliti dengan melihat melihat tekstur ulas dan rasa isinya adakah sesuai untuk dibuat cantuman tunas dengan durian lain dan peringkat awal bakal dijenamakan sebagai Durian Kura-kura Pahang. 


Terbaru akhbar sama laporkan '
Dulu ada 60 biji, sekarang tinggal 13 biji durian kura-kura’ yang di ujirasa. Kisah dari Raub, Pahang yang viral ini berlaku sejak ditemukan minggu lalu, buah durian yang aneh dan unik, spesies ‘durian kura-kura’ mendapat perhatian ramai dan malah buahnya kini semakin berkurangan. pa pun dilaporkan ketika mula ditemukan di Kampung Sengkela dekat sini masih terdapat 60 biji buahnya tetapi sekarang cuma tinggal 13 biji berada di pangkal pokok.  Durian kura-kura ini menjadi fenomena baharu selepas beritanya tersiar di akhbar Utusan Malaysia kelmarin malahan tular di laman sosial Facebook, ramai peminat durian berpusu-pusu ke kampung tersebut untuk melihat lebih dekat durian aneh itu.ISI durian kura-kura berbeza dengan buah durian lain dan tidak bersifat komersial.  bagi penduduk Kampung Sengkela dimana ada kalangan penduduk yang ramai datang mengambil dan mereka pada waktu malam, manakala buah selebihnya beberapa agensi kerajaan serta para penyelidik bidang pertanian dan botani juga datang untuk membuat kajian biologi mengenai buah tersebut. Sejak disiarkan akhbar Utusan Malaysia dan tular di laman sosial, ramai orang datang dari sekitar daerah ini malahan dari Lembah Klang, malah dari negara luar, Filipina untuk melihat buah itu. Buah durian kura-kura kini semakin berkurangan selepas diambil oleh orang dimana ada juga individu yang mengambil pada waktu malam kemungkinan semata-mata untuk mengetahui keseluruhan dan merasai isi buah tersebut di samping ada sesetengahnya bagi tujuan untuk perubatan tradisional. Pegawai dari Jabatan Pertanian Raub yang datang membuat pagar mengepung saki baki buah durian ini untuk keselamatan di samping tujuan membolehkan kajian spesies ini terus dilakukan serta boleh dilihat oleh orang ramai. Melihat akan isinya yang dipaparkan memang menarik juga buah durian kura-kura ini (Sila lihat foto disebelah). Penemuan spesis baru durian ini di Raub memang viral sehingga mengegarkan peminat durian tempatan. 


Dalam portal bh.com dimana kisah bertajuk '
Durian Kura-Kura unik berbuah di batang, pangkal' juga wajar dikongsikan. bagi seorang penduduk dikenali sebagai Mokti Radayun dari Kampung Tanah Paya Langkap, Limbang, Jaifani Mokti dimana dia ada pokok durian kura-kura yang berbuah. bagi para penggemar durian tempatan di Sarawak kini 'berpesta' apabila Raja Buah itu melambak di pasaran sejak lebih sebulan lalu. Namun ketika orang ramai berebut-rebut membeli durian pelbagai variati yang dijual pada harga rendah akan tetapi ada yang mungkin tidak mengetahui malah tidak pernah melihat sejenis durian yang dikenali sebagai 'durian kura-kura' yang hanya ditemui di utara Sarawak, khususnya Limbang dan Miri. Durian kura-kura unik kerana ia berbuah di batang dan pangkal pokok, tidak seperti durian lain yang berbuah di dahan. Kepada pemilik pokok durian ini dimana mereka dakwa durian unik itu mendapat namanya kerana kedudukan buahnya di pangkal sehingga mencecah tanah (Sila lihat foto disebelah). Dakwa mereka asal usul durian itu digelar durian kura-kura oleh penduduk tempatan di Limbang ini ialah kerana kedudukan buahnya yang rendah, bukan seperti dakwaan yang mengatakan bau durian itu seperti bau kencing kura-kura. Dakwaan itu memang jauh lari dari fakta kerana yang sebenarnya penduduk tempatan memberi gelaran itu sebab buahnya berada di kedudukan rendah sehingga kura-kura pun boleh mencapainya. Dakwa Mokti lagi dimana satu lagi keunikan durian kura-kura ialah rasa dan teksturnya yang berbeza dengan durian biasa. Apa pun didakwa durian kura-kura mempunyai rasa dan identiti yang tersendiri yang apabila matang tekstur durian itu seperti buah nangka, sedikit berair dan manis seperti cempedak atau nangka tetapi jika dipetik ketika belum cukup matang rasanya seperti kubis manis. Saiz ulasnya dan susun atur ulasnya hampir dengan buah pakan (sejenis durian di Sarawak yang isinya berwarna jingga) cuma isinya berwarna putih. Saiz buah serta biji durian kura-kura berwarna hampir sama seperti biji buah pakan (biji berwarna coklat). Durian kura-kura perlu dipetik kerana buahnya tidak luruh seperti durian biasa dan cara mengetahui buah cukup matang ialah dengan mengetuk kulitnya. Ia sama dengan cara mengetahui buah nangka atau cempedak yang sudah matang usianya sebelum dipetik. Durian kura-kura berbuah sama musim dengan durian lain dan pemiliknya perlu kerap menjenguk kerana bimbang kedudukan yang rendah menyebabkan buahnya diganggu pelbagai haiwan liar selain tupai atau kera. Dikalangan masyarakat Bisaya di Limbang, durian terbahagi kepada tiga kategori utama iaitu 'Lampun' iaitu durian biasa, 'Lalit' iaitu sejenis durian kuning dan yang ketiga 'Dedaan'. Dedaan itu pula ada dua jenis iaitu durian Pakan dalam kategori "Deda'an Sawat" kerana ia berbuah di dahan, manakala durian kura-kura pula adalah "Deda'an Ser'iba" kerana buahnya di pangkal pokok.  Apa pun tidak dapat dipasti dari mana asal usul durian kura-kura dan mengapa ia hanya ditemui di utara Sarawak khususnya di Limbang dan Miri. Pokok yang ada sekarang kebanyakannya diwarisi daripada generasi terdahulu dan kemungkinan spesies durian kura-kura adalah spesies durian liar. Adalah dipercayai durian itu ditemui oleh nenek moyang kami masyarakat Bisaya ketika mereka membuka hutan untuk tanaman padi huma pada zaman dahulu dan kemudiannya mengambil biji durian itu untuk ditanam. Keunikan durian itu ramai yang cuba menanamnya, namun boleh dikatakan 90 peratus tidak menjadi. Ia mungkin disebabkan faktor cuaca mahupun pengaruh tanah dan alam sekitar yang membuatkan durian sukar untuk hidup. Faktor itu mungkin yang turut ia menyebabkan durian kura-kura hanya ditemui utara Sarawak khususnya di bahagian Limbang.


Dalam portal hmetro.com pula ada melaporkan bagaimana '
Durian berbuah di pangkal pokok dipercayai spesies baru' untuk dikongsikan. Kisan dari Raub dimana spesis durian yang berbuah di pangkal pokok dianggap unik dan belum pernah ditemukan sebelum ini sehingga ramai pencinta buah durian dari Lembah Klang dan penduduk sekitar daerah ini datang di Kampung Sengkela dekat sini, untuk melihatnya sendiri. bagi seorang penyelidik durian, Dr Abdul Aziz Zakaria berkata dimana dia sendiri pada mulanya ia adalah durian 'kura-kura' dari spesies 'Durio testudinarius' dari keluarga Malvaceae yang terdapat di Borneo sebaliknya ia tidak sama. Dakwanya melihat dari sifatnya dimana ia jenis durian spesis 'Durio johoricus' tetapi muncul pelbagai andaian dan kemungkinan besar ia daripada spesies yang baharu yang belum diketahui. Beliau adalah berkelulusan Sarjana Kejuruteraan Pertanian dari Universiti Florida, Amerika Syarikat dan juga Doktor Falsafah dari Utah State Universiti, Amerika Syarikat yakin ia adalah spesies baharu dan bukan dari spesies 'Durio johoricus'. Walaupun durian ini spesies baharu, diharapkan penduduk tempatan menjaga dan tidak memusnahkannya kerana jenis durian ini perlu disimpan sebagai satu khazanah baharu hutan negara. Dia berharap ada pihak berkaitan yang akan turut berusaha menjalankan penyelidikan yang menyeluruh agar spesies ini dipelihara dan menambah koleksi durian hutan negara serta potensinya. Sementara itu, pengemar durian, Aidi Rosli Khalim yang turut serta ke Kampung Sengkela berkata, dia turut terkejut dengan kemunculan durian jenis itu. Sebelum ini dia hanya mengetahui durian berbuah di pangkal pokok banyak ditemui di Sabah dan Sarawak dan 'Durio pinangianus' pernah ditemui di Sungai Sedim di Kulim, Kedah beberapa tahun yang lalu. Jenis 'Durio malaccensis' pula dipercayai banyak di sekitar Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Pahang dan Terengganu dan dikenali sebagai durian batang, durian daun atau durian tong. Dalam pada itu bagi spesis 'Durio johoricus' juga berbunga pada batang pokok dan dipercayai pernah dijumpai di Endau-Rompin, Selai, Segamat dan Pahang dan kini di Kampung Sengkela dipercayai spesies baru. Dilaporkan bagi seorang peraih durian di Kampung Damak, Jerantut dikenali sebagai Ahmad Mustapha pula berkata yang dia bersama rakannya dari Kelab Pencinta Durian dan Durian Hunter melawat ke kawasan pokok duarian itu. Bagi seorang ahli kelab ini pada awalnya mengesahkan spesies ini merupakan durian kura-kura yang boleh didapati di beberapa tempat di Sarawak. Maklumat daripada rakan di Sarawak, keunikan durian kura-kura ialah rasa dan teksturnya yang berbeza dengan durian biasa, saiz dan susun atur ulasnya hampir dengan buah pakan iaitu sejenis durian di Sarawak yang isinya berwarna jingga dan bijinya berwarna coklat. Penduduk Kampung Sengkela, Nurul Zalikha Uzir, 28, antara paling awal menemui buah unik itu berkata, pertama kali dia menemukan sebatang pokok di pinggir jalan kampung ini ketika mula berbunga cantik berwarna ungu di pangkal pokok beberapa bulan lalu. Sejak berbunga, saya kerap berulang-alik ke pokok durian ini untuk mengetahui perkembangannya dan setelah beberapa bulan ia mula mengeluarkan putik seterusnya berbuah hampir 60 biji dalam kedudukan di pangkal pokok. Ia mula berbuah kira-kira empat bulan selepas penemuan bunga pokok ini, kelihatan kulitnya berduri berwarna ungu kehitaman dan tidak menjangka ia adalah buah durian dan peliknya berbuah di pangkal pokok.  Bagi Nurul Zalikha antara paling awal menemui buah unik itu di pinggir jalan kampung ini ketika mula berbunga cantik berwarna ungu di pangkal pokok beberapa bulan lalu. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua par pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
DURIAN UNIK... BENTUK KURA-KURA...
DI BAWAH POKOK...KUMPUL BUAHNYA...
BUAH ELOK... BOLEH DIJADIKAN BAKA...
MEMBACA ARTIKEL... SERONOK BACA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Bayu Damai, Sungai Rengit,
Pengerang, Kota Tinggi,
Johor, Malaysia.
(5 Jamadilawal 1445H).

Monday, February 5, 2024

TOKSIK DAN KERACUNAN TUMBUHAN - APA DIA?

KETOKSIKAN (Toxicity)
 merupakan tahap untuk yang mana bahan kimia atau sesuatu campuran bahan boleh merosakkan organisma. Terdapat beberapa tumbuhan yang ada ciri toksik atau tumbuhan beracun dan merbahaya kepada manusia. Ada beberapa jenis tumbuhan atau tanaman hiasan yang ditanam dikawasan atau didalam rumah seperti pokok keladi yang beracun (Sia lihat fotoo diatas). Apa pun meneliti mengenai makna 'Keracunan' dimana ia boleh boleh merujuk kepada kesan kepada seluruh badan manusia seperti sebab haiwan, bakteria atau oleh tumbuhan yang memberi kesan kepada substruktur organisma, seperti sel (sitotoksin) atau organ seperti hati (hepatotoksin). Kesan toksik yang lebih besar dan kumpulan yang lebih kompleks datangnya dari keluarga unit atau masyarakat pada umumnya yang menusahkan semua. Apa pun konsep toksikologi adlah dimana kesan racun yang kebergantungan dos yang menyebabkan keracunan atau kebisaan. Dalam dunia d
i sebalik keindahan alam semulajadi sebenarnya memang wujud bahaya racun disebabkan oleh bahan TOKSIN semulajadi yang dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan serta haiwan. Secara umumnya ada dua jenis racun di muka bumi ini iaitu RACUN BUATAN manusia dan RACUN SEMULAJADI. Toksin ada yang dihasilkan oleh organisma sebagai mekanisma pertahanan semulajadi yang boleh menyerang manusia dan binatang. Toksin semulajadi sentiasa wujud berdekatan dengan sama ada ia berada dalam tumbuh-tumbuhan atau haiwan berdekatan. Selalunya tahap bahaya toksin semulajadi ini terhadap manusia adalah bergantung kepada jenis dan spesis tumbuhan dan haiwan selain dari dos (kuantiti) serta tahap ketoksikan bahan tersebut sendiri. Toksin semulajadi boleh memberi kesan keracunan tahap sederhana sehinggalah kepada kesan tahap yang sangat berbahaya yang boleh membawa maut. Pada penulis blog dengan membaca artikel ini akan dapat memberikan sedikit sebanyak ilmu pengetahuan berkenaan toksin-toksin di sekeliling agar boleh dijadikan panduan dan sentiasa lebih berwaspada dalam aktiviti harian bagi mengelak daripada berlaku kejadian keracunan yang tidak diingini. Arrikel pada tengahari Ahad ini di Bandar Hilir, Melaka dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai beberapa perkara menyentuh toksik dan keracunan tumbuhan untuk bahan rujukkan semua.


Sebagai langkah umum dimana syor iaitu sebaiknya die
lakkan daripada memakan sebarang tumbuh-tumbuhan liar yang tidak dikenal pasti. Sebagai contoh dimana ada cendawan liar yang dijumpai disekitar kebun atau hutan yang mungkin mempunya warna, bentuk, ciri-ciri lain menyerupai cendawan yang biasa ada di dapati di pasar namun ia tidak boleh diambil atau dimakan kerana beracun (Sila lihat foto disebelah). Walau pun semuanya seakan sama dengan cendawan busut atau seumpamanya akan tetapi ia mungkin daripada spesis cendawan kemungkinan ia adalah beracun adalah tinggi dan sekiranya dimakan ia boleh membawa padah buruk. Ada banyak kes-kes kecemasan dilaporkan di media akibat termakan cendawan yang beracun di Malaysia. Dari sudut tumbuh-tumbuhan pula dilaporkan memang ada banyak tumbuhan di sekitar rumahyang mana ia boleh menyebabkan keracunan. Contohnya adalah seperti pokok duit-duit, pokok pisang tanah (keladi dieffenbachia) dan pokok ubi gadung yang merupakan spesis pokok beracun yang selalunya ditanam atau untuk menghiasi kawasan perumahan. Dalam pada itu terdapat jenis haiwan atau serangga berbisa yang biasanya mudah ditemui di sekitar rumah seperti semut merah, lebah, tebuan, lipan dan semut kayap (atau lebih dikenali sebagai (Charlie) dan juga spesis-spesis ular berbisa. Sebaiknya pengetahuan berkaitan hidupan marin yang memang ia beracun atau berbisa juga amat bermanfaat dan boleh membantu menyelamatkan nyawa sekiranya berlaku keracunan. Sebagai contohnya dimana sesiapa sahaja yang ingin bermandi-manda di pantai perlu ambil tahu waktu yang selamat untuk berekreasi di kawasan laut yang bertujuan bagi mengelakkan jenis hidupan laut atau haiwan yang bermusim seperti obor-obor. Dalam pada itu spesis hidupan laut yang beracun seperti ikan buntal dan ikan lepu batu ‘stonefish’ juga perlu dielakkan dari terkena sengatannya. Sebaiknya juga apabila berlaku kes keracunan dapatkan penyebab dan juga cari nama spesifik dan sebarang maklumat berkaitan dengan jenis tumbuhan, haiwan atau serangga. mkluma ini seterusnya adalah sangat penting untuk membantu menentukan rawatan paling sesuai kepada mangsa oleh pihak pakar perubatan. Pengetahuan asas diperingat awal dalam pengendalian kes keracunan juga mustahak agar dapat mengurangkan racun menular dan merebak ke seluruh badan. Pada penulis blog dimana ilmu pengetahuan menangani dan mengendalikan kes keracunan toksin semulajadi adalah kritikal bagi individu yang kerjayanya berhubung rapat dan sentiasa terdedah kepada kemungkinan keracunan toksin semulajadi. Apa pun didalam komusiti perlu dibuat latihan kesedaran dan pendedahan awal perlu dijalankan kepada semua rakan tetangga supaya mereka boleh mengendalikan kes-kes keracunan sebelum dibawa kepada doktor. Sebenarnya langkah mencegah adalah lebih baik daripada merawat dimana perlu sentiasa semua orang berwaspada dalam segenap aktiviti bagi mengelakkan berlakunya keracunan toksin semulajadi.  


Menyentuh mengenai isu b
ahan Toksik Dalam Tumbuhan pada penulis blog memanglah tidak dinafikan tumbuhan-tumbuhan yang terdapat dinegara banyak khasiat perubatan dan telah digunakan sejak turun untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Penyakit ini sama ada berkaitan dengan sistem perkumuhan, jantung dan perjalanan darah dan sebagainya. Walau telah diamalkan dengan berkesan oleh pengamal perubatan tumbuhan akan tetapi di;aporkan dimana jenis tumbuhan yang sama boleh menyebabkan keracunan jika tidak diamalkan dengan baik. Sesuatu bahan kimia semula jadi boleh dijadikan penawar pada tahap kepekatan tertentu dan sebaliknya bertindak sebagai pada kepekatan yang lain. Antara bahan kimia utama yang boleh didapati memberi kesan keracunan termasuk bahan ALKOLOID, ALLERGEN, SIONOGEN dan beberapa lagi. Bahan Alkaloid apa yang penulis blog faham dimana ia biasanya terdapat di bahagian akar, biji, daun dan kulit pokok. Di antara tumbuhan yang terlibat adalah daripada famili Amaryllidaceae, Buxaceae, Compositaea, Euphorbiaceae, Leguminosae, Liliaceae, Loganiaceae, Papaveraceae, Rananculaceae dan Solanaceae. Biasanya bahan alkaloid meracuni sistem saraf dan boleh menyebabkan kehilangan koordinasi, sawan, sakit perut, muntah dan cirit-birit. Terdapat juga alkaloid yang boleh menyebabkan berlaku kerosakan hati. Jenis Allergen pula ia biasanya terdapat dalam getah dan daun pokok. Kehadiran bahan ini dilaporkan ia boleh menyebabkan peradangan kulit (dermatitis), mata dan lapisan membran. Di antara tumbuh-tumbuhan yang dilaporkan mengandungi allergen adalah Pokok Lipan (Pedilanthus tithymaloides) dan Pokok Duit (Epipremnum aureum). Jenis ketiga iaitu bahan Sianogen adalah satu bahan yang amat toksik dan boleh menyebabkan kematian jika termakan dan tidak dirawat dengan betul. Antara tumbuhan yang terkenal dengan dengan kandungan sianogen ialah ubi kayu (Manihot esculenta). Beberapa varieti ubi kayu diketahui mengandungi sianida dari jenis sianogenik glikosida. Jenis lain bahan kimia yang boleh menyebabkan keracunan adalah daripada jenis perencat enzim, glukosinolat, asid amino, protein, peptid, lipid dan saponin beracun.


Penting diketahui bagaimana langkah-langkah awal perlu dilakukan jika berlaku kes 
Keracunan Tumbuhan. Ia adalah satu jenis tindakan kecemasan yang perlu diberi jika termakan atau terkena tumbuhan beracun. Sebaiknya jika seorang individu termakan racun tumbuhan maka langkah awal perlu diambil sebelum dibawa ke hospital untuk tindakan yang selanjutnya. Rawatan awal sangat penting bagi tujuan untuk menyelamatkan mangsa. Antara rawatan yang perlu diberi adalah seperti berikut pertama sekali dengan memerhatikan tanda atau simpton yang dizahirkan mangsa sama ada gatal-gatal, radang, muntah atau cirit birit. Sebaiknya jika mangsa tidak muntah maka dia perlu dibantu atau dirangsang untuk muntuh dengan memasukkan jari kedalam mulut mangsa sehingga muntah. Ini akan mengeluarkan bahan toksik yang termakan. Kemudian diberikan mangsa minum air atau susu dengan banyak melarutkan toksik yang ada didalam badan. Sebelum dibawa mangsa ke hospital sebaiknya dikumpulkan semya maklumat penting. Antaranya adalah dengan mengenalpasti jenis tumbuhan yang dimakan sama ada dengan mengambil gambar atau dibawa tumbuhan tersebut ke hospital (tetapi berhati-hati semasa mengambl atau membawanya). Maklumat tentang jumlah atau berapa banyak dan bahagian tumbuhan dimakan dan dari manakah bahan tumbuhan tersebut dimakan. Info mengenai berapa lamakah tumbuhan tersebut sudah dimakan. Penulis blog juga ingatkan jika maklumat tidak tepat dimana ia berkemungkinan mangsa akan menghadapi masalah yang lebih serius dan seterusnya boleh mengakibatkan kematian atau kecederaan lain yang menyebabkan kesusahan. Semua adalah bergantung kepada jenis toksik dimana memang ada toksik yang bertindak dengan pantas dalam sistem tubuh manusia. Sps pun dengan segera mangsa di bawa ke hospital untuk rawatan profesional.


Seterusnya penulis blog kongsikan maklumat bagaimana c
ara untuk mengelakkan Karacunan Tumbuhan. Ada beberapa perkara seharusnya diingati bagi mengelakkan berlaku insiden keracunan tumbuhan. Pada penulis blog penting bagi semua untuk tahu ilmu berkenaan JENIS TUMBUHAN yang terdapat dikawasan rumah atau ditanam khusus di taman. Tumbuhan tersebut hendaklah dikenalpasti dari segi nama, rupa bentuk dan bahagian yang mempunyai sifat keracunannya sama ada buah, daun, batang atau bunga. Sifat keracunan tumbuhan tersebut sama ada menyebabkan radang kulit, sesak dan lain-lain juga harus diketahui. Amalan seterusnya adalah dengan mempastikan TIDAK MAKAN  mana-mana bahagian tumbuh-tumbuhan liar yang tidak pasti tumbuhan itu boleh dimakan atau tidak. Cendawan liar adalah sangat merbahaya jika termakan yang jenis beracun. Sebaiknya juga DIAJAR ANAK-ANAK supaya tidak bermain dengan tumbuh-tumbuhan yang telah dikenalpasti beracun. Jika dikawasan ruma ada tumbuhan liar yang dikenalpasti toksik atau beracun makan sebaiknya segera di musnahkan. Amalan membakar buah dari tumbuhan beracun tidak akan menghilangkan toksid yang terkandung didalamnya dan tidak selamat dimakan kerana toksik hanya akan larut dalam air sahaja. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
TUMBUHAN TOKSIK... IA MERBAHAYA...
PERLU DIKENALI...PERLU WASPADA...
JIKA TERKENA...RAWATLAH SEGERA...
MEMBACA ARTIKEL... FAHAM ISINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(22 Rejab 1445H).

Sunday, February 4, 2024

TANAM CILI PADI BARA - TIPS BERGUNA

TANAMAN CILI BARA
(Capsicum frustecens Linn.) merupakan sejenis tanam cili yang kini semakin mendapat perhatian ramai penanam sayur komersial tempatan terutama dengan kaedah teknologi penanaman fertigasi. Penulis blog merujuk beberapa pakar cili lokal yang menyatakan dimana Cili Padi Bara atau ringkasyna di panggil 'Cili Bara' sahaja sebenarnya ia l
ebih dikenali dengan nama 'Cili Padi' atau pun 'Cili Kampung' sahaja. Apa pun dari aspek penilaian taksonomi dan marfologi dilaporkan sebenarnya Cili Bara adalah ia tidak sama dengan Cili Kampung Biasa. Antara ciri kelainan termasuk dimana Cili Bara bersaiz kecil dan berwarna hijau dan merah (apabila cili tersebut cukup masak menjadi warna merah (seperti foto diatas). Secara umum boleh di nyatakan akan sedikit ciri perbezaan diantara cili bara dengan cili kampong. Pertama dimana cili AROMA (Bau) dimana lazimnya Cili Kampung akan mengeluarkan bau yang lebih kuat berbanding Cili Bara. Kedua adalah ciri BENTUKNYA  dimana lazimnya Cili Kampung ia adalah tidak mempunyai bentuk kulit licin macam Cili Bara atau dalam ertikata lain dimana biasanya ia akan berkedut sedikit. Ketiga adalah ciri penting iaitu RASA TAHAP KEPEDASAN dimana tahap kepedasan Cili Kampung dan Cili Bara selalunya is akan membuatkan pengguna akan terus kepedasan sehingga terus mencari air. Penulis blog telah membuat rujukkan dimana apabia rasa pedas oleh bahan Capsaisin terkena air maka tindakbalas pedas akan mula merebak pula. Ciri keempat adalah HARGA PASARAN dimana selalunya dilaporkan yang harga Cili Kampung lazimnya ia jauh lebih mahal dari Cili Bara hanya kerana pengguna lebih suka dengan ciri baunya yang semerbak. Kajian di lapangan dimana penulis blog mendapati dimana jika petani tempatan menggunakan sistem fertigasi maka hasil tuaian pertama dapat dilakukan antara 75- 90 hari di kebun dimana ia adalah lebih tahan lama dari jangkahayat Cili Kulai. Dilaporkan melalui tinjauan dimana jika selalunya petani   menggunakan baja A & B untuk sistem fertigasii bagi tujuan membesarkan pokok cili bara dimana ia juga mampu dalam memberikan purata hasil diantara 1.5kg - 2.5kg sepokok. Apa pun dilihat dimana aktiviti mengutip jenis cili-cili kecil ini (ia termasuk cili barlebih renyah berbanding dengan jenis cili besar. Terkini penulis blog yang membuat tinjauan dimana seorang pekerja mahir mampu mengutip diantara 8 - 12 kilogram sehari untuk proses memetik cili api atau cili bara. Artikel pada pagi Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai beberapa tips berguna untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Merujuk kepada beberapa risalah teknikal dan hasil tinjauan penulis blog sendiri mendapati dimana sebenarnya varieti Cili Bara ini s
esuai di tanam di tanah rendah atau dikawasan tanah tinggi. Ia juga sesuai ditanam diatas tanah, diatas batas, dalam polibeg atau dengan sistem tanaman secara fertigasi. Pokok cili bara yang dijaga dengan baik selalunya akan mem
punyai buah berwarna hijau terang dan berkilat sedikit. Bentuk buahnya adalah jenis buah bersegi tiga dengan hujung yang runcing dengan berukuran buah boleh mencapai 3.5cm panjang dan 0.7cm diameter jika pokok sihat. Cili bra juga dilaporkan mempunyai rasa yang pedas (tidak ada rujukkan akan tahap kepedasan yang dapat di rujuk). Kepedasan Cili atau bahan Capsaicin ini boleh diukur dengan unit SHU (Scoville Heat Unit) yang mengukur tahap kepedasan (pugency) dan kepekatan capsaicin dari varieti cili yang berbeza. Pada penulis blog dimana rakyat di Malaysia agak tahan menerima rasa pedas yang tinggi berbanding dengan orang bangsa lain didunia. Malaysia memang mempunyai beberapa jenis cili yang pedas seperti Cili Besar, Cili Padi, Cili Benggala (Bell), Cili Kering, Cili Api, Cili Siam, Cili Hijau, Cili Hiasan dan pelbagai gelaran lagi. Bagi kebanyakan kita pengambilan cilii merah (merujuk kepada cili besar yang telah ranum) dan cili hijau (merujuk kepada cili besar yang belum matang) adalah paling biasa digunakan. Cili Padi (termasuk Cili Bara) di percayai mempunyai tahap kepedasan lebih hebat) iaitu dalam lingkungan 150,000 SHU berbanding dengan jenia Cili Besar (Cili Kulai Tempatan yang masak). Sila baca berkaitan capsaicin dan tahap kepedasan cili dalam artikel tulisan saya dengan pautan berikut (Sila Klik Disini), (Sila Klik Disini) dan beberapa artikel lagi. Apa yang penulis blog teliti dimana varieti Cili Bara memang ia mempunyai cabang yang banyak dengan pokok yang rendah dan hasilnya pula sangat produktif jika pokok subur. Biasanya Ciri Bara ini akan menghasilkan buah selepas 115 hari ditanam dimana rekod menunjukkan ia mampu mengeluarkan hasil sehingga 0.5kg - 15.0 kg setiap pokok (banyak bergantung pada cara dan kaedah penanaman yang dijalankan). Kajian di lapangan mendapati dimana cara penanaman cili bara secara fertigasi adalah semakin popular pada masa ini.


Bagaimana pun adalah lebih baik jika lebih ramai orang terutama yang tinggal di kawasan bandar (juga penduduk di kampong) untuk menanam sendiri cili bara ini didalam polibeg yang diletakkan disekeliling rumah. Tips dan cara  serta 
panduan menanam cili dalam pasu atau polybag boleh di rujuk dalam banyak media social termasuk dalam youtube, blog dan tiktok. Apa pun dilihat dimana sayuran cili menjadi salah satu ramuan dalam kebanyakan resepi dalam masakan mampu hidup lebih subur didalam pasu sekiranya ditanam mengikut kaedah penanaman yang betul. Penulis blog kongsikan kaedah penanaman didalam pasu yang boleh dijadikan panduan. Sebaiknya menggunakan tanah campuran yang mengandungi tiga bahagian tanah, satu bahagian tahi ayam reput atau kompos dan satu bahagian pasir. isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5cm daripada permukaan pasu. Kemudian disemai terus 3 atau 4 biji benih kedalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm. Tinggalkan hanya sepokok setiap satu dua minggu selepas menanam. Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali pada hari hujan. Seterunysa di tabur sebanyak satu sudu teh atau 5 gram baja di sekeliling pokok setiap minggu. Gunakan juga rumput-rumput kering yang diletakkan di sekeliling pokok sebagai kompos semulajadi. Selalunya hasil tuaian cili ini ia boleh dapat dikutip selepas kira-kira 12 minggu ditanam. Anggaran hasil mengikut kaedah ini adalah diantara 0.8 - 15 kilogram sepokok. Bagaimanapun bagi petani yang mampu dan mempunyai tanah yang luas maka tips panduan berikut boleh diikuti. Langkah pertama dengan membajak dan gemburkan tanah sedalam 15-22 cm. Sediakan batas untuk tanaman yang berukuran 1.2 meter lebar dan 22 - 30 cm tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan manakala jarak antara batas pula ialah 45 cm. Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25 kg bagi 50 meter persegi kawasan. Proses menyemai Biji benih Cili Bara dengan menggunakan dulang semaian (seedling tray) semaian atau media semaian seperti bahan jiffy 7 atau cocopeat. Tray semaian akan diisi dengan tanah yang sesuai untuk menyemai benih seperti tanah Holand (peatmoss) atau tanah campuran dengan kadar 2:1 (tanah hitam atau tanah bakar).  Selalunya media tanaman bagi percambahan ini mempunyai kadar nutrien yang tinggi yang akan mempercepatkan kadar pertumbuhan anak pokok cili. Susun atau letakkan 1 atau 2 biji benih di dalam lubang tray semaian dan lubang tersebut dikambus sedikit sebelum disiram dengan air bagi menggalakan percambahan biji benih. Apa pun sebaiknya tray semaian seeloknya dibungkus dengan menggunakan plastik hitam atau ditutup dengan surat khabar di bawah rumah semaian. Penyiraman anak benih cili mesti  dilakukan setiap hari pagi dan petang selama 2 minggu iaitu dengan menggunakan semburan halus. Dalam tempoh 7 hari, anak pokok cili akan muncul dan membesar di dalam tray semaian. Anak pokok cili akan dibiarkan tumbuh membesar sehingga minggu ke 3 atau minggu ke 4 di dalam rumah semaian sebelum diubah ke ladang untuk disemai. Aktiviti menanam cii bara dimana anak benih yang berumur enam minggu boleh diubah terus ke batas. Sebelum mencabut basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali. Kemudian, gali anak beni dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas. Jarak tanaman adalah 90 cm antara pokok dan 150 cm antara baris. Amalan agronomi dilakukan dengan menabur baja di keliling pokok dengan kadar satu sudu besar atau 10 gram sepokok setiap dua minggu. Sebaiknya gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai kaedah sungkupan. Perlu dibersihkan batas daripada rumpai iaitu menggunakan tanah, cangkul atau tajak.


Dalam portal bernama di laporkan dimana 'Lumayan Hasil Cili Bara' yang wajar di kongsikan. Kisah dari Muar, Johor tersebut menyatakan dimana se
orang bekas jurujual kereta tekad mengeluarkan wang simpanan RM40,000 bagi memulakan projek tanaman cili bara yang kini berjaya membuahkan hasil lumayan walaupun baru terlibat dalam bidang pertanian awal tahun 2023. Bagi Usahawan Hassan Ahmad (30) dimana dia kini sudah boleh tersenyum puas apabila tanaman cili menggunakan sistem fertigasi yang diusahakan sejak Februari lalu kini mampu mengeluarkan hasil sekitar 80 kilogram cili bara setiap hari. Dilaporkan dimana dia yang kekurangan tanah mengambil keputusan menyewa sebidang tanah milik seorang penduduk kampung berkeluasan 0.3 hektar di belakang rumahnya pada awal tahun lalu dan mula terlibat dalam projek tersebut. Dia memang tidak ada pengalaman dalam bidang pertanian dan terpaksa berguru dengan seorang pengusaha tanaman cili bara di Johor dan Melaka. Kemudian dengan wang simpanan yang dikumpul selama tujuh tahun sebagai jurujual kereta dimana dia kemudian ambil keputusan keluarkan kesemua wang tersebut untuk dijadikan modal permulaan. Selepas tiga bulan akhirnya pokok cili saya mula buahkan hasil yang lumayan apabila mampu mengeluarkan hasil melebihi 100 kilogram setiap hari yang mengusahakan di Kg Pt Keroma, Muar. Dia dakwa disebabkan kerana cili bara memerlukan tenaga kerja yang ramai untuk mengutip hasil maka dia membayar sebanyak RM3 bagi setiap kilogram hasil cili yang dikutip penduduk kampung. Dia membayar RM3 untuk setiap kilogram kepada jiran-jiran dan penduduk kampung yang tolong kutip cili ini. Mendakwa dimana sejak terlibat dalam bidang ini ada ramai penduduk kampung yang sudah pun mula menunjukkan minat dalam bidang pertanian dimana  sekarang Pejabat Pertanian Muar pun sudah mula memantau perkembangan projeknya. Terkini dia menjangkakan hasil tanaman cili pada musim pertama ini mencecah 4.5 metrik tan iaitu bagi tempoh kutipan selama enam bulan. Walau pun ada isu kekurangan tanah menjadi masalah utamanya dimana dia berharap ada pihak membantu bagi menambah bilangan kebun dengan menawarkan tapak tanah baharu. 


Terdapat laporan dalam akhbar hmetro.com bertajuk 'Rezeki cili bara' yang menarik untuk di kongsikan. Bagi Roslan dan juga dan Muhamad yang gembira melihat projek tanaman cili api bara menggunakan kaedah fertigasi di Kampung Bolok Hilir Lanchang, Temerloh, Pahang. Apa pun mereka hanya mampu mengucapkan terima kasih kepada ahli Kelab Bintang Lama Lanchang (LOSG) yang menghulurkan bantuan memulakan projek tanaman cili api bara menggunakan kaedah fertigasi (Sila lihat foto disebelah). Kini ada sebanyak 280 beg tanaman disediakan yang mampu memberikan pendapatan antara RM80 dan RM150 sehari apabila pengeluaran buah bermula awal tahun depan. Roslan yang sudah lama menetap di Kampung Bolok Hilir Lanchang beritahu selepas kematian isteri akibat kanser otak kira-kira tiga tahun lalu dimana dia tidak dapat melakukan kerja kerana terpaksa menjaga dua anaknya yang juga orang kurang upaya (OKU). Kerja kampung dilakukan sebelum ini tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya dan kini hanya hidup keluarganya dengan bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diterima anaknya RM300 sebulan. Dia yang menerima bantuan Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang RM600 sebulan dalam bentuk baucar. Setiap bulan pelbagai barangan keperluan harian diambil di Pasaraya Darulmakmur cawangan Temerloh. Rumahnya sekeluarga berteduh ini pemberian kerajaan di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang diterima dua tahun lalu. Projek tanaman cili api bara menggunakan kaedah fertigasi diusahakan diharap dapat mengubah taraf hidupnya yang kini bergantung sepenuhnya kepada bantuan. Walau pun dia tidak pernah menyangka rakan sekampung dalam LOSG tetapi kemudian dia sanggup memberikan bantuan kepadanya memulakan projek pertanian yang mampu memberikan pendapatan tambahan bagi menyara keluarga. Mereka kini bersyukur masih ada pihak prihatin dengan nasib saya sekeluarga, hanya terima kasih saja mampu diberikan kepada mereka yang membantu. Pihak LOSG Muhamad nyatakan dimana pihaknya menyediakan peruntukan bajet RM5,000 untuk menyediakan semua peralatan bagi menjayakan projek pertanian berkenaan. Diharap kelab berusaha memberikan pendapatan sampingan kepadanya (Roslan) yang kini tidak mampu melakukan kerja kerana terpaksa menjaga dua anaknya yang cacat. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SEJENIS CILI KECIL...CILI BARA....
MUDAH DI TANAM..SUSAH DIJAGA...
HARGA MAHAL... PATUT DI TERIMA...
RASANYA PEDAS... RAMAI SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka Bersejarah,
Hang Tuah Jaya, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(21 Rejab 1445H).

Saturday, February 3, 2024

JENIS-JENIS MEE POPULAR DI MALAYSIA (Part 1)

MI atau MEE atau MIE
(Noodles) adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada doh tepung bijirin tidak naik yang diuli dan dibentuk terpotong menjadi jaluran nipis leper atau silinder bulat lalu dimasak dalam cecair yang mendidih. Penulis blog paling suka makan Mee Bandung, Mee Goreng, Mee Hailam, Rojak Mee, Mee Laksa, Mee Tiow Goreng, Mee Jawa, Mee Kenduri, Mee Bihun Goreng dan banyak lagi. Di Malaysia ada banyak jenis mee yang di sediakan dan amat mudah di beli dai pasar, pasaraya, pasar malam, pasar tani, penjaja sayur di jalanan serta banyak di pasaraya juga. Tidak ketinggalan kini semua orang boleh mendapatkan bekalan mee terus di hantar kerumah dibeli secara on-line sahaja. Dilaporkan ada berpuluh jenis mee popular dan beratus jenama mee di Malaysia dari yang dihasilkan oleh usahawan tempatan atau ada mee kering (atau mee segera yang diimport). Hebatnya dimana makanan berasaskan mee ini boleh ianya 
dihidangkan kering, berkual atau banyak kaedah lain menyediakannya. Baik di kongsikan info mengenai sejarah mee iaitu hasil dari peninggalan dari arkeologi dimana kisah mee tertua yang masih terselamat ditemui di tapak Lajia (budaya Qijia) sepanjang Sungai Kuning di Qinghai, Barat laut China pada Oktober 2005. Ia dilaporkan memang dibuat daripada jenis-jenis sekoi ekor musang dan Proso serta diuli dalam bentuk menyerupai mee tarik yang wujud sehingga hari ini.Dilaporkan ujud zaman dinasti Han Timur sekitar 25 - 220 Masihi dimana mee dibuat dari tepung gandum dimana kini mee sudah menjadi pilihan pemakanan masyarakat zaman sekarang. Apa makanan mee ini didakwa telah diperkenalkan ke rantau Asia Tenggara melalui kegiatan perdagangan di zaman Dinasti Ming pada abad ke-14. Mee ini diperbuat dari banyak bahan asas berlainan antaranya dari tepung gandum, telur, beras, kanji kentang, beras, ubi keledek dan juga bahan asas lain. Bagaimana pun 'Mee Kuning' adalah jenis mee paling popular di kalangan rakyat Malaysia dimana ia boleh di masak dengan berpuloh jenis hidangan. Berlainan dengan mee kering yang jug amenjadi bahan bawaan rakyat Malaysia semasa pergi keluar negara yang sukar untuk mendapatkan makanan halal. Artikel pada tengahari Sabtu Januari 2025 ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa jenis mee yang popular di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan semua. 


Selalunya banyak jenis hidangan dari beberapa jenis mee yang di masan sendiri atau di komersialkan di Malaysia. Bagi jenis mee kuning (dibuat dari tepung gandum) dimana ia boleh dimasak sama ada dalam bentuk mee kering (Mee goreng) atau berair (mee sup) atau pun berkuah (Mee Jawa atau Mee Bandung). Sebut sahaja makanan mee di Malaysia ada banyak premis atau jenama mee yang di viralkan oleh netien. Ramai juga youtubers tempatan lokal dan antarabangsa yang membuat content mengenai makanan mee ini sehingga ada yang menarik minat lebih ramai pelanggan untuk ujirasa sama ada peminat mee tampatan atau pun antarabangsa. Paling klasik dimana ada ramai youtubers antarabangsa yang buat content mengenai 'Mee Goreng Mamak', 'Mee Bandung Muar', 'Mee Udang' dan banyak lagi. Ini belum lagi kuliner seperti Mee Tiow Goreng atau Mee Tiow Goreng Kerang, Char Kue Tiow, Bihun Goreng, Laksa Penang, Maggi Mee Goreng Udang, Laksa Hohor dan banyak lagi. Pendek kata pada penulis blog makanan berasaskan mee ini memang ramai peminatnya daripada golongan muda sehingga golongan tua, rakyat tempatan dan pelancong luar negara dan melintasi pelbagai kaum di Malaysia. Bagaimana pun a
dakah pembaca blog semua tahu akan memang ada terdapat pelbagai aneka jenis mee yang tersedia di Malaysia yang perlu di ketahui dan di jadikan bahan rujukkan.  Memang ada pelbagai jenis, versi dan kegunaan yang berlainan jenis-jenis mee di Malaysia yang semuanya adalah berbeza bentuk, warna, dan juga cara penyediaannya. Apa pun di Malaysia beberapa jenis mee boleh ianya diibaratkan sebagai versi makana jenis spaghetti dalam konteks makanan Barat kerana terdapat pelbagai jenis yang sesuai dengan hidangan tertentu mengikut cara masakan dan juga nama resepi itu sendiri. Apa pun bab seterusnya penulis blog akan paparkan dan menerokai akan beberapa jenis mee yang popular di Malaysia dan juga cara penyediaan yang dilakukan.


(1) MEE KUNING


Mee yang pertama dan sangat popular di kalangan rakyat Malaysia ialah mee kuning. 
Mee Kuning merupakan satu produk makanan yang menjadi pilihan ramai sebagai makanan. Mee kuning selalunya dihasilkan melalui satu proses yang kritikal dari segi GMP (Good Manufacturing Process) untuk menjamin kebersihan dan keselamatan makanan. Antara hidangan yang popular yang menggunakan mee kuning ialah mee goreng mamak, mee goreng dan juga mee bandung. Tekstur mee kuning yang lembut serta berlemak dimana ia berwarna kuning atau kuning cerah akan selalu menyebabkan ia sangat sesuai dimakan dengan kuah mee bandung yang penuh dengan perisa. Selain itu, mee kuning juga sering dinikmati bersama kuah mee rebus. Kuah mee rebus yang kaya dengan perisa pasti akan meningkatkan selera anda. Saya ada menulis artikel memproses mee kuning dengan pautan berikut (Sila klik disini)Mee kuning diperbuat daripada tepung gandum yang di campur dengan bahan penting (yang selamat dimakan) dan di uli menggunakan Mesin Penguli Tepong sebelum di leperkan dan di jadikan mee melalui mesin penghiris sebelum masuk dalam air panas yang sentiasa mengalir. Mee tersebut akan masuk 'çonveyer' untuk disejukkan dalam aliran air sejuk dan di uraikan dengan campuran minyak masak untuk elakkan bercantum. Mee kuning yang selamat dimakan perlukan proses yang bersih dan dijaga kualiti. Bahan-bahan membuat mee kuning terdiri daripada 4 cawan tepung gandum, 1 cawan air, 1 biji telur, Sedikit garam dan juga sedikit pewarna kuning. Bahan-bahan ini perli diproses dengan mencampurkan Air, garam dan pewarna dikacau sebati. kemudian dipecahkan telur ke dalam tepung. Masukkan air sedikit-sedikit dan uli hingga menjadi doh yang dinamakan sebagai Doh mee kuning (Sila lihat foto diatas). Seterusnya dibulatkan menjadi beberapa bahagian kecil dan susun dengan baik. Ada juga yang membentuk doh dengan bentuk memanjang. Kemudian doh tersebut perlu dileperkan doh dengan menggunakan tangan. Bagi proses membuat mee kuning ia kemudian digelek menggunakan mesin bahagian buat karipap no.7 (yang paling tebal-mengikut mesin masing-masing). Doh ini perlu dibuat hingga selesai menjadi mee menggunakan mesin gelek pula no.5 atau mesin No.6. Kemudian sapukan tepung pada kepingan doh tadi, supaya tidak melekat antara satu sama lain. Gelekkan pula pada mesin bahagian buat mee, pegang semasa gelek doh tersebut supaya mee tidak menjadi kerinting. Gelek sampai habis semua kepingan doh tadi. Celurkan mee ke dalam air mendidih yang dicampur dengan sedikit minyak lebih kurang selama 3 - 4minit. Angkat dan basuh sekejap di bawah air yang mengalir. Toskan, apabila kering sedikit barulah gaulkan dengan minyak. Mee yang segar ini boleh terus dimakan atau dijual kepada pemborong dan peruncit.


(2) MEE HOON (Bihun)

Jenis mee yang kedua paling popular di Malaysia adalah MEE HOON (Bahasa Cina) atau ringkasnya di sebut 'Bihun' sahaja. Penulis blog paling suka makan bihun goreng yang selalu dibuat untuk sarapan pagi dengan pelbagai cara masakan. Ada disediakan resepi bihun tradisional dengan menggunakan cili merah (cili boh) atau ada resepi di namakan Bihun Goreng Johor (berwarna putih). Sila baca artikel tulisan saya dalam blog ini dengan pautan berikut (Sila klik disini). Produk  Mee Hoon atau 
VERMICELLI RICE atau dalam bahasa kita disebut sebagai Mehoon atau Bihun merupakan sejenis mee kering yang dibuat daripada beras da mudah dibeli. Mi ini yang banyak dijual dipasaran dengan pelbagai jenama dan berbeza harga merupakan bahan asas makanan yang penting dikalangan masyarakat Asia Tenggara. Ia lazimnya dibungkus dalam bungkusan plastik yang kedap udara dengan bungkusan kecil atau bungkusan besar. Vermicelli Rice juga mempunyai pelbagai nama gelaran lain seperti Mee Beras (Rice noodle), Benang Beras (Rice Sticks) atau paling terkenal sebagai Bee Hoon. Bagaimana pun ada sesetengah orang keliru dengan nama cellophane noodles atau pool noodles dengan pelbagai jenis mee lain seperti mee laksa dan sebagainya. Selain daripada menggunakan bahan asas beras sebagai vermicelli rice terdapat juga mee ini yang dibuat daripada kacang hijau atau mungbeans. Masakkan yang berasaskan bihun ini di Asia Tenggara adalah satu menu yang dimakan ramai. Cara makannya pula berbeza-beza sama ada ianya dihidangkan sebagai bihun goreng, bihun sop, bihun pek atau dimakan sebagai salad sahaja. Dalam mencari maklumt mengeni bihun dilaporkan di Guilin, China terdaapat sejenis vermicelli rice dimakan setiap kali sarapan pagi sebagai makanan ruji mereka. Dalam peraturan permakanan yang terdapat di Taiwan pula mereka telah mengkelaskan makanan ini dimana kandungan tepong beras dalalam Bihun mesti melebihi 50% dalam mi tersebut dan jika ia kurang tidak boleh dilabel sebagai bihun. Bihun merupakan salah satu jenis mee yang memang menjadi pilihan penduduk Malaysia. Bihun ada yang gelarnya sebagai “mee kurus” sebab ukuran saiz dan teksturnya yang kecil dan ia mudah dimakan. Antara hidangan yang boleh disediakan dengan bihun ialah bihun goreng, bihun sup atau bihun kari. Ia termasuk dalam jenis mee yang agak kurang mengenyangkan berbanding makan nasi. Ada kalangan peminat yang akan makan sebanyak 2 pinggan mee ini untuk merasa kenyang. Selain itu bahan mee hoon ini juga digunakan sebagai bahan utama dalam pembuatan 'Laksa Sarawak' yang ikonik di Sarawak. Tekstur halus mee hoon memberikan rasa yang lazat dalam hidangan laksa Sarawak dan hanya masukkan kuahnya sahaja untuk memberikan kenikmatan yang sempurna. Di Malaysia makanan bihun Sup adalah hidangan ala Melayu yang diminati ramai dicampur dengan sup lembu berempah atau daging ayam. Paling hebat dan lazat bila dimasukkan sambal kicap cili api kedalamnya.  Dalam pada itu kuliner Bihun Kari dicampur dengan kuah kari ditambah dengan kerang, daging ayam dan kentang selalu di jadikan barang dagangan. Bihun soto pula adalah hidangan yang menggunakan kuah ayam pedas dan ada yang berwarna kuning dengan rempah soto. Mi Hokkien juga dijual di seluruh Malaysia sangat beragam yang berbeza mengikut lokaliti dan resepi. Di restoren Ala-Thai pula dijua makanan Bihun Tom Yam dicampur dengan perisa tom yam. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BERMACAM JENIS...MEE DI MALAYSIA...
MEE KUNING, BIHUN...POPULAR DIA...
PELBAGAI RESEPI... NIKMATI SAHAJA...
MEMANG HEBAT... RAMAI YANG SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(16 Rejab 1445H).

Friday, February 2, 2024

JENIS-JENIS MEE POPULAR DI MALAYSIA (Part 3)

MI atau MEE atau MIE
(Noodles) adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada doh tepung bijirin tidak naik yang diuli dan dibentuk terpotong menjadi jaluran nipis leper atau silinder bulat lalu dimasak dalam cecair yang mendidih. Penulis blog paling suka makan Mee Bandung, Mee Goreng, Mee Hailam, Rojak Mee, Mee Laksa, Mee Tiow Goreng, Mee Jawa, Mee Kenduri, Mee Bihun Goreng dan banyak lagi. Di Malaysia ada banyak jenis mee yang di sediakan dan amat mudah di beli dai pasar, pasaraya, pasar malam, pasar tani, penjaja sayur di jalanan serta banyak di pasaraya juga. Tidak ketinggalan kini semua orang boleh mendapatkan bekalan mee terus di hantar kerumah dibeli secara on-line sahaja. Dilaporkan ada berpuluh jenis mee popular dan beratus jenama mee basah di Malaysia dari yang dihasilkan oleh pihak usahawan tempatan atau ada mee kering (atau mee segera yang diimport). Hebatnya dimana makanan berasaskan mee ini boleh ianya dihidangkan kering, berkuah atau banyak kaedah lain menyediakannya. Baik di kongsikan info menarik mengenai sejarah mee iaitu hasil dari peninggalan dari arkeologi dimana kisah mee tertua yang masih terselamat ditemui di tapak Lajia (budaya Qijia) sepanjang Sungai Kuning di Qinghai, Barat laut China pada Oktober 2005. Ia dilaporkan memang dibuat daripada jenis-jenis sekoi ekor musang dan Proso serta diuli dalam bentuk menyerupai mee tarik yang wujud sehingga hari ini. Dilaporkan ujud zaman dinasti Han Timur sekitar 25 - 220 Masihi dimana mee dibuat dari tepung gandum dimana kini mee sudah menjadi pilihan pemakanan masyarakat zaman sekarang. Apa makanan mee ini didakwa telah diperkenalkan ke rantau Asia Tenggara melalui kegiatan perdagangan di zaman Dinasti Ming pada abad ke-14. Mee ini diperbuat dari banyak bahan asas berlainan antaranya dari tepung gandum, telur, beras, kanji kentang, beras, ubi keledek dan juga bahan asas lain. Bagaimana pun 'Mee Kuning' adalah jenis mee paling popular di kalangan rakyat Malaysia dimana ia boleh di masak dengan berpuloh jenis hidangan. Berlainan dengan mee kering yang jug amenjadi bahan bawaan rakyat Malaysia semasa pergi keluar negara yang sukar untuk mendapatkan makanan halal. Artikel pada tengahari Sabtu Januari 2025 ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa jenis mee yang popular di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


(6) MEE LAKSA

Mee Laksa asasnya adalah jenis mee yang diperbuat daripada tepung beras atau tepung gandum bergantung kepada proses yang khusus. Penulis blog paling suka makan Laksa Johor, Laksa Penang dan Laksa Sarawak. 
Laksa pula adalah makanan berasaskan mee yang pada suatu masa dahulu ia adalah terkenal di kalangan masyarakat Cina Peranakan di Melaka. Kini makanan dari mee laksa adalah juadah yang sudah popular di kalangan rakyat Malaysia dan diangkat sebagai makanan tradisi terutamanya Laksa Penang dan Laksa Johor. Laksa diperbuat daripada tepung beras atau tepung gandum bergantung kepada tempat asal usul laksa tersebut. Misalnya apa yang penulis blog faham ada nama Laksa Kedah (beras), Laksa Johor (spaghetti) dan Laksa Sarawak (Bihun). Laksa juga dibahagi kepada tiga jenis iaitu laksa berasaskan santan (coconut-based) dan juga laksa berasaskan asam (tamarind-based), ataupun kedua-duanya sekali. Laksa boleh ditemui di rantau Nusantara seperti di Malaysia, Indonesia, Singapura dan juga Selatan Thailand. Disebabkan oleh budaya dan sumber yang berlainan maka kelainan resepi dan bahan mee laksa adalah sebenarnya ia menjadi semakin unik kepada sesuatu tempat. Pada penulis blog dimana.   hidangan laksa melibatkan mee (biasanya mee beras) yang disajikan dalam kuah yang kaya dan berempah. Kuah laksa  biasanya dibuat dengan campuran santan, rempah-rempah seperti serai, lengkuas, kunyit, dan cabai, serta bahan-bahan lain seperti ikan. Tekstur dan rasa laksa dapat bervariasi bergantung pada jenis laksa yang disajikan. Secara umum dimana kuah laksa memiliki cita rasa pedas, masam, dan sedap. Mee dalam laksa dapat memiliki tekstur yang kenyal atau lembut, tergantung pada jenis mee yang digunakan dan cara penyajiannya. Dengan variasi yang beragam, laksa menjadi salah satu hidangan yang kaya akan cita rasa dan tekstur, mencerminkan keanekaragaman kuliner di kawasan Asia Tenggara. Saya ada menulis mengenai nama sejenis Laksa Seekoq yang popular di Langkaei dimana ia boleh di akses dengan pautan berikut (Sila klik disini). Laksa ini memang enak dimakan terutama di pulau peranginann di tepi laut.


(7) SUHUN (Soon)


Mungkin ramai kalangan pembaca blog ini yang kurang kenal dengan Mee Suhun atau selalu dipanggil sebagai 'Soon' sahaja. Apa pun memang ada kelainan diantara mee suhun dengan bihun iaitu suhun selalu ia berbentuk panjang seperti mee hoon akan tetapi dilihat dimana warnanya adalah agak cerah (Sila lihat foto disebelah). Pada penulis blog tekstur suhun ini memang kenyal dan ia menjadikannya sangat unik jika dibandingkan dengan jenis mee yang lain. Apa pun dilihat dimana mee suhun bukanlah sejenis mee yang menjadi bahan utama dalam makanan jenis mee sepertii yang lain sebaliknya ia lebih kerap digunakan sebagai bahan sampingan seperti dalam sayuran, lontong sayur dan somtam. Kehadiran suhun didalam makanan ini akan menambahkan lagi keenakan kuliner tersebut. Saya ada menulis mengenai penggunaan mee suhun dalam blog ini yang boleh di akses dengan pautan yang berikut (Sila Klik Disini) dan (Sila Klik Disini)SAMBAL GORENG JAWA mungkin ramai kalangan rakyat Malaysia terutama dari orang Jawa yang mengenali dan tahu memasaknya. Penulis blog memang sangat suka makan sambal goreng jawa ini yang disediakan dan dimakan terutama semasa suam panas dari kuali kerana memang sudah terbiasa semasa dahulu tinggal dikampong di Muar, Johor untuk menikmatinya dalam majlis kenduri. Terdapat banyak resepi sambal goreng jawa ini bergantung kepada lokaliti, modal dan citarasa masyarakat jawa tempatan. Bagaimana pun bahan asas dan cara memasaknya hampir sama kecuali beberapa bahan dan ramuan yang digunakan. Saya ada menulis mengenai sambal goreng jawa ini beberapa tahun dahulu yang boleh dibaca dengan pautan berikut (Sila klik disini). Bergantung kepada bahan-bahan yang selalu digunakan lazimnya terdapat banyak resepi dan jenis sambal goreng jawa ini iaitu bergantung kepada kreativiti dan juga citarasa. Sambal goreng jawa ini boleh dimakan begitu sahaja atau pun lazimnya dimakan dengan nasi putih atau bersama dengan lauk pauk yang lain. Apa yang unik mengenai resepi makanan ini adalah dimana bagi masyarakat jawa sebenarnya makanan ini adalah bukanlah dihidangkan ikut suka-suka hati sebaliknya ia akan dihidangkan untuk majlis keramaian seperti kenduri Baca Yasin malam Jumaat, Kenduri Tahlil, Ruahan dan Jamuan Hari Raya. Makanan ini kini telah dikomersilkan dimana ia merupakan salah satu komponen pada Makanan NASI AMBENG yang juga popular dikalangan orang Johor. Walau pun apabila dikomersilkan Nasi Ambeng disebut sebagai Nasi Ambeng tetapi ianya adalah serupa.


(8)  MEE LAKSAM

LAKSAM
adalah makanan yang di perbuat daripada mee laksam. Pada penulis blog yang memang suka makan laksam terutama ketika sarapan padi di pantai timur memang menyeronokkan. Lazimnya makanan l
aksam (dikenali sebagai Laksei di Kelantan dan Laksang di Terengganu) merupakan sejenis masakan daripada negeri Kelantan yang diperbuat daripada tepung beras dan ia boleh dimakan bersama kuah (Sila lihat foto disebelah). Cara membuat mee laksam mudah dibuat jika seseorang itu berpengetahuan membuatnya dan sesuai di makan sebaik sahaja ia disiapkan. Biasanya adunan cair tepung beras ini akan disalut pada tudung periuk dan dimasak dan di kukus didalam pengukus sehingga masak (agak lembut). Kemudian apabila mengeras sedikit maka langkah selanjutnya adalah ia akan digulung menjadi panjang dimana ia sudah sedia untuk dihidangkan. Semasa dihidang selalinya apa yang penulis blog lihat ia boleh dipotong-potong agar mudah menyerap kuah laksam dan mudah dimakan juga. Selalunya mengikut cara membuatnya dimana makanan laksam juga boleh dimakan bersama kuah lemak kuning bersama daging. Apa pun mee laksam adalah salah satu hidangan yang sangat unik kerana ia sejenis mee yang tidak digunakan dalam hidangan makanan lain dan hanya terdapat pada laksam yang penuh dengan santan. Keunikan laksam ini perlu ditekan agar menjadikan tekstur mee yang mirip dengan tepung beras pasti akan memberikan rasa kenyang kepada sesiapa yang memakannya dan memang enak. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BERMACAM JENIS...MEE DI MALAYSIA...
MEE KUNING, BIHUN...POPULAR DIA...
PELBAGAI RESEPI... NIKMATI SAHAJA...
MEMANG HEBAT... RAMAI YANG SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(16 Rejab 1445H).

Thursday, February 1, 2024

JENIS-JENIS MEE POPULAR DI MALAYSIA (Part 2)

MI atau MEE atau MIE
(Noodles) adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada doh tepung bijirin tidak naik yang diuli dan dibentuk terpotong menjadi jaluran nipis leper atau silinder bulat lalu dimasak dalam cecair yang mendidih. Penulis blog paling suka makan Mee Bandung, Mee Goreng, Mee Hailam, Rojak Mee, Mee Laksa, Mee Tiow Goreng, Mee Jawa, Mee Kenduri, Mee Bihun Goreng dan banyak lagi. Di Malaysia ada banyak jenis mee yang di sediakan dan amat mudah di beli dai pasar, pasaraya, pasar malam, pasar tani, penjaja sayur di jalanan serta banyak di pasaraya juga. Tidak ketinggalan kini semua orang boleh mendapatkan bekalan mee terus di hantar kerumah dibeli secara on-line sahaja. Dilaporkan ada berpuluh jenis mee popular dan beratus jenama mee di Malaysia dari yang dihasilkan oleh usahawan tempatan atau ada mee kering (atau mee segera yang diimport). Hebatnya dimana makanan berasaskan mee ini boleh ianya dihidangkan kering, berkual atau banyak kaedah lain menyediakannya. Baik di kongsikan info mengenai sejarah mee iaitu hasil dari peninggalan dari arkeologi dimana kisah mee tertua yang masih terselamat ditemui di tapak Lajia (budaya Qijia) sepanjang Sungai Kuning di Qinghai, Barat laut China pada Oktober 2005. Ia dilaporkan memang dibuat daripada jenis-jenis sekoi ekor musang dan Proso serta diuli dalam bentuk menyerupai mee tarik yang wujud sehingga hari ini.Dilaporkan ujud zaman dinasti Han Timur sekitar 25 - 220 Masihi dimana mee dibuat dari tepung gandum dimana kini mee sudah menjadi pilihan pemakanan masyarakat zaman sekarang. Apa makanan mee ini didakwa telah diperkenalkan ke rantau Asia Tenggara melalui kegiatan perdagangan di zaman Dinasti Ming pada abad ke-14. Mee ini diperbuat dari banyak bahan asas berlainan antaranya dari tepung gandum, telur, beras, kanji kentang, beras, ubi keledek dan juga bahan asas lain. Bagaimana pun 'Mee Kuning' adalah jenis mee paling popular di kalangan rakyat Malaysia dimana ia boleh di masak dengan berpuloh jenis hidangan. Berlainan dengan mee kering yang jug amenjadi bahan bawaan rakyat Malaysia semasa pergi keluar negara yang sukar untuk mendapatkan makanan halal. Artikel pada tengahari Sabtu Januari 2025 ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa jenis mee yang popular di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


(3) KUE TIOW

Mee Kue Tiow (Perkataan dalam bahasa Mandarin atau Shahe fen atau he fen) adalah sejenis mee buatan kaum Cina yang berwarna putih, nipis berbentuk lebar dan ia diperbuat daripada beras (Sila lihat foto disebelah). Pada penulis blog yang memang suka makan pelbagai resepi berasaskan kepada mee kue tiow memang sering membuatnya di rumah atau menikmatinya di kedai makan. Apa pun tanpa kewujudan kuey teow maka resepi seperti  Kuetiau Goreng, Kuetiow Sup, Kuetiow Tomyam, Char Kuetiow dan sebagainya tidak dapat di sediakan. Paling ramai masyarakat suka mengenai mee kuetiow ini adalah resepi Kuetiau goreng boleh dianggap serupa dengan laksa beras, namun ia lebih ringan dan sedikit berminyak. Salah satu hidangan yang kerap disediakan dengan menggunakan jenis mee ini ialah Kuetiau Goreng Kerang (Sila lihat foto paling atas). Saya sudah ada menulis mengenai apakah dia kuetiow goreng kerang dan semua ciri kehebatannya dalam blog ini (Sila Klik Disini).  Makanan Kue Tiow Goreng Kerang pula merupakan sejenis makanan yang didakwa paling enak di jual di beberapa negeri di Utara Semenanjung Malaysia seperti di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Penulis blog juga maklum dimana populariti Kue Tiow Goreng Penang bersama Laksa Penang juga sudah mendapat kedudukan nama tersendiri sebagai satu resepi makanan yang dikenali di Asia Tenggara. 
Penulis blog ada beberapa kali menjamu selera kue tiow goreng ini dimasak dengan arang kayu seperti yang viral di Pekan Kuala Pilah. Umumnya untuk memasak kue tiow goreng kerang perlukan bahan-bahan seperti 1 peket koey teow, daun kucai yang mesti dicuci dan dipotong 1 inci panjang, penting ada semangkuk kecil taugeh dibuang akarnya, udang saiz sederhana atau udang sesuai mengikut suka banyak mana. Bahan lain yang mesti ada seperti 1 mangkuk kecil isi kerang (kerang direbus dahulu dan diambil isinya), 1 sudu makan sos tiram, 2 sudu makan kicap pekat, 3 sudu makan kicap cair, 2 sudu makan cili kering kisar serta 3 sudu makan sos cili. Dalam pada itu disediakan juga 4 ulas bawang putih yang diketuk dan dicincang halus, 2 biji telur serta sedikit minyak masak. Cara-cara memasaknya dengan memanaskan sedikit minyak dan dimasukkan telur yang telah dipukul rata. Adunan ini dikacau sentiasa hingga menjadi telur hancur (scramble) dan dikeetepikan. Seterusnya dimasukkan lagi sedikit minyak untuk menumis bawang putih hingga wangi. Kemudian dimasukkan cili kisar dan dikacau hingga pecah minyak serta dimasukkan semua sos dan kicap.  Kemudian dimasukkan udang dan isi kerang lalu dikacau rata hingga udang masak. Akhirnya dimasukkan koey teow, kucai dan taugeh dan dikacau rata sebelum kemudian dimasukkan telur hancur dan sentiasa dikacau rata. Bila semuanya sudah mesra maka bolehlah ditutup api dan ia sedia dihidangkan. Bagaimana pun selalunya ada yang menggoreng telur secara berasingan kerana ada yang tidak mahu koey teow goreng jadi terlalu kering dana sesuai ditabur cili jeruk, sos atau bahan hiasan lain.


(4) MEE KERING - YEE MEE

Mi jenis Yee Mee adalah dalam bentuk mee kering di Malaysia dimana ia paling sering di kaitkan dengan cara penyediaan mee berkuah atau 'Sizzling'. Penulis blog ada sesekali memakan hidangan mee yee mee yang di sediakan secara sizzling di beberapa pasaraya terkemuka yang ada di Malaysia. Peminat yee mee yang menggemari sesuatu yang ranggup pasti akan mengemari Yee Mee. Yee Mee yang datang dalam bungkusan lut sinar ini merupakan salah satu mee yang ranggup dan anda boleh makan begitu sahaja  walau pun ada yang dakwa dimana rasanya tidak sesedap jika dimasak secara berkuah (Sila lihat foto disebelah). Semasa kering dilihat dimana tekstur yee mee yang ranggup ini biasanya dibuat dengan hidangan yang berkuah seperti 'Claypot Yee Mee' yang digabungkan dengan cendawan chiitake, daging ayam, telur ayam dan sebagainya dengan kuah berwarna hitam. Tekstur serta kuah yee mee claypot yang selalunya mempunyai imbangan anatara masin dan manis ini pasti membuat anda makannya berulangkali. Penulis blog konsikan resepi Masakan Tee Mee Hotplate yang boleh dibuat dirumah sendiri. Bahan di perlukan adalaj 
8 ulas bawang putih dihiris, 2 inci halia yang di hiris, 10 tangkai cili kering di potong 3, Isi ayam secukupnya dipotong, 4 sudu makan sos tiram, 3 sudu makan kicap cair, 3 sudu makan kicap masin/manis, 1 sudu makan lada hitam kisar, 2 kiub ayam Knorr tanpa MSG, Bahan cendawan shitake dipotong, 2 sudu makan tepung jagung yang perlu dibancuh dengan 1/2 gelas air, 1 sudu makan minyak bijan, Yee mee yang dicelur separuh masak, sedikit sawi yang di celur, telur ayam, gula dan garam secukup rasa serta 6 cawan air. cara memasaknya dengan memanaskan minyak dan tumis bawang putih, halia dan cili kering sampai naik bau. Kemudian masukkan ayam dan digreng dimana kemudian dimasukkan 6 cawan air atau lebihdiikuti sos tiram, kicap pekat, kicap cair, kicap masin/manis, lada hitam dan kiub ayam. Seterusnya masukkan cendawan shiitake (kalau beli yang kering kena rendam dulu). Biar hingga cendawan lembut.
Tambah bancuhan tepung jagung ke dalam kuali. Jumlahnya ikut kepekatan yang anda suka. Akhir sekali boleh masukkan minyak bijan, gula dan garam secukup rasa. Kemudian di sendukkan kuah yang sudah siap ke dalam kuali kecik hotplate. Masuk segenggam yee mee dan dibiarkan sehingga lembut. Kemudian dipecahkan telur ayam dan masukkan sawi dan sedia untuk dinikmati.


(5) MEE SANGGUL

Mee Sanggul atau pada orang Johor di namakan sebagai 'Mee Siput' ini adalah ia merupakan sejenis mee yang unik bentuknya kerana ia mempunyai bentuk seperti 'Sanggul'.  Apa pun jika diteliti dimana mee ini 
bentuknya yang seakan bersanggul adalah menyerupai rambut atau gelung. Mee ini boleh ditemui dalam pelbagai saiz dan tekstur akan tetapi ciri utamanya adalah adanya paksi atau gelung pada mee tersebut dan dijual sebagai mee yang kering. Keunikan bentuk mee sanggul menjadikannya berbeza daripada mee biasa dan ia boleh disimpan lama dimasak jika perlu. Apa pun lazimnya dimana mee sanggul sesuai dimasak dengan pelbagai jenis hidangan dimana kuliner sesuai terutamanya hidangan yang berkuah. Kekuatan tekstur mee yang mampu menyerap kuah dengan baik menjadikannya pilihan yang baik untuk hidangan seperti sup, mee rebus, laksa, atau mee hailam. Kelebihan menyerap rasa kuah membuat mee sanggul memberikan pengalaman menikmati makanan yang lebih memuaskan. Pada penulis blog yang suka makan 'mee kenduri' yang gunakan bahan utama mee sanggul memang amat suka memakannya. Biasanya selain daripada hidangan berkuah, mee sanggul juga boleh digunakan dalam hidangan sebagai mee goreng atau dicampur dengan sos untuk mencipta pelbagai jenis hidangan yang menarik. Keunikan bentuknya juga membuatnya menjadi pilihan menarik untuk hidangan yang ingin menonjolkan elemen visual. Ada yang masuh tidak tahun pasal mee sanggul?. Asasnya ia sama seperti mee kuning cuma bezanya ia sudah kering, lebih kenyal dan tahan lama. Bagi memasaknya maka perlu direbus mee sanggul di dalam air mendidih selama 3 hingga 5 minit di dalam air mendidih. Apabila lembut ia diangkat dan ditoskan air sehingga kering. Apa pun resepi adalah disediakan mengikut citarasa sendiri sama ada dimakan bersama sup ataupun ia sesuai digoreng. 
Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BERMACAM JENIS...MEE DI MALAYSIA...
MEE KUNING, BIHUN...POPULAR DIA...
PELBAGAI RESEPI... NIKMATI SAHAJA...
MEMANG HEBAT... RAMAI YANG SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(16 Rejab 1445H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...