Support My Blog

Tuesday, June 6, 2023

KAMBING BAKAR DAN FAKTANYA (Part 2)

KAMBING BAKAR
atau KAMBING PANGGANG merupakan sejenis makananan popuar di Malaysia dimana ia diantara hidangan yang enak dimakan ketika masih panas-panas. Walau pun masih ramai yang masih 'takut' makan daging kambing bakar dengan persoalan bagus ke makan daging kambing ini sebenarnya untuk kesihatan?. Daripada rujukan dinyatakan dimana fakta daging kambing mempunyai manfaat kesihatan masih lagi kurang diketahui ramai. Ada juga yang masih kurang kenal akan perbezaan diantara daging mutton dari jenis kambing kampong (goats) dengan Lamb iaitu daging dari kambing biri-biri (sheeps) serta beberapa jenis kambing yang lain. Saya ada juga menulis mengenai daging kambing yang boleh dibaca dalam blog ini pada September 2019 tahun (Sila klik disini). Sebenarnya daging kambing telah pun ia dikelaskan sebagai daging merah kerana ia mempunyai tahap myoglobin tinggi dimana zat protein yang terdapat dalam tisu otot haiwan tertentu seperti lembu jug telah menjadikan daging ini akan berwarna merah apabila terdedah kepada oksigen. Pada penulis blog dapati dimana rasa daging kambing pula lebih kuat baunya berbanding ayam atau lembu tetapi masih boleh diterima untuk dimakan terutama peminat kamping panggang. Kini sudah banyak hidangan daging kambing akan dibakar atau dipanggang dan sudah menjadii trend hidangan istimewa di Malaysia. Sebaiknya daging kambing sesuai diambil daripada kambing atau bebiri kerana daging kambing tua dilaporkan dagingnya adalah lebih keras dan selalu liat. Menyentuh mengenai khasiat daging kambing iaitu dari aspek penting pemakanan dilaporkan daging kambing kaya dengan sumber mineral seperti zat besi, zink, kalsium, selenium, kalium, tembaga dan magnesium serta pelbagai jenis vitamin B. Hasil kajian dilaporkan setiap 113 gram daging kambing (4 auns) ia mengandungi hampir 28g protein. Junlah ini sudah memenuhi hampir ⅔ keperluan pengambilan lemak tepu harian. Adalah digalakkan agar perlu semua bersederhana ketika memakan hidangan daging kambing. Ia juga turut mengandungi lebih 330 kalori dan lemak tak tepu tunggal. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai daging kambing bakar untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Dalam portal hmetro.com dilaporkan bagaimana '
Kambing panggang istimewa!' ada dipaparkan untuk ia dikongsikan. Setiap kali tiba bulan ramadan akan ada buffet Ramadan bertemakan Selera Serantau di One World Hotel menyajikan lebih 100 hidangan bercita rasa tempatan dan antarabangsa. One World Hotel menerusi Cinnamon Coffee House yang serba baharu menyediakan pelbagai hidangan yang berbuka puasa yang pasti menggamit rasa. Dengan konsep dapur interaktif yang mempamerkan kepelbagaian masakan, bufet Ramadan bertemakan Selera Serantau ini menyajikan lebih 100 hidangan bercita rasakan tempatan dan antarabangsa. Hidangan utama yang tidak harus dilepaskan ketika berpuasa di Cinnamon Coffee House ini adalah kambing panggang yang diperap dengan rempah istimewa (Sila lihat foto disebelah). Selain kambing bakar dimana hidangan bufet ini menampilkan makanan tradisional asli kampung seperti ayam panggang percik dan daging perap panggang tenderloin dengan campuran perencah, murtabak, pelbagai jenis ikan panggang, aneka sate, opor daging masak pekan, gulai kawah kambing dan banyak lagi. Bagi penggemar masakan Melayu, antara hidangan utama yang menanti adalah bubur lambuk, ayam rendang Minang, gulai daging utara, dalca kari kambing, ketam bercili, ikan patin masak tempoyak, gulai ikan bersama bendi. Sup gearbox, tulang rawan, ekor dan banyak lagi yang disajikan secara bergilir sebagai pelengkap hidangan. Jika pelanggan inginkan ujirasa masakan selain Melayu, juadah lain seperti nasi ayam hainan, sup masam dan szechuan, mi goreng kantonis di Stesen Cina, manakala udang dan kambing masala, ayam tandoori di stesen makanan India. Di kaunter makanan laut pula dilihat mengajikan pengunjung dengan lobster slipper, udang harimau, kerang biru dan hitam serta makanan laut atas ais seperti tiram segar, ketam, udang, kerang hidangan sashimi dan sushi juga disajikan buat penggemar makanan Jepun. Ada pelbagai pilihan pencuci mulut antaranya aneka kuih Melayu, pulut serawa durian, ais kacang, cendol, aneka agar-agar serta enam jenis aiskrim menjadi pelengkap bufet. Untuk Stesen Goreng-goreng di mana pengunjung boleh menikmati keropok lekor, pisang dan keledek goreng pastinya pelengkap sajian berbuka puasa pada hari itu. Bufet Ramadan Selera Serantau di Cinnamon Coffee House ini bermula dengan harga RM208 nett untuk dewasa dan RM104 nett untuk kanak-kanak (enam hingga 12 tahun) dan warga emas berusia 60 tahun ke atas. Pada penulis blog memang mahal harga yang ditawarkan tetapi mungkin banyak pilihan makanan untuk dinikmati. Berapa banyak seorang makan semasa berbuka puasa dengan hidangan tersebut?.


Paling seronok membaca fakta dari Ipoh bagaimana '
Panggang kambing dalam tanah liat gaya Kazakhstan' yang dilaporkan oleh bharian.com untuk dikongsikan. Dilaporkan dimana BBQ Lamb Cafe milik Ahmad Md Saad (58) yang terletak dalam kawasan rekreasi Ipoh River Front atau dikenali sebagai People's Park antara destinasi popular yang mana mereka menyediakan menu berasaskan daging kambing. Saya ada tonton youtube Azfar Badrul yang membuat content mengenai premis ini beberapa kali. Apa yang uniknya dimana kedai kafe berkonsepkan santai dan selesa di tengah bandar raya ini menampilkan kelainan apabila daging kambing dipanggang menggunakan ketuhar khas diperbuat daripada tanah liat, mengadaptasi kaedah tradisional daripada Kazakhstan. Tidak hairanlah daging kambing dihidang memiliki keunikan rasa kerana lebih enak serta memiliki aroma tersendiri, sekali gus menarik lebih ramai pengunjung, khususnya peminat tegar menu berasaskan daging kambing. Pemiliknya mengakui ilham mencipta ketuhar berkenaan tercetus selepas beliau menonton rancangan 'Spice Routes' yang ditayangkan sepanjang Ramadan. Pada awalnya dia hanya tertarik melihat teknik masyarakat di Kazakhstan memanggang seekor unta di dalam ketuhar besar yang mencapai ketinggian sehingga enam meter. Dia memikirkan sekiranya mereka (masyarakat di Kazakhstan) yang boleh membakar seekor unta iaitu dengan (menggunakan kaedah itu) dan tidak mustahil kita juga boleh membakar seekor kambing. Mengambil mekanisme cara pembuatan ketuhar daripada Kazakhstan itu, saya membina dan mereka bentuk sendiri ketuhar seperti itu di kafe milik saya ini dan syukur ia menjadi. BBQ Lamb Cafe di Jalan Sultan Iskandar menyediakan lebih 22 menu dengan 17 daripadanya berasaskan kambing dengan kadar harga berpatutan. Mereka turut menerima pengunjung luar negara seperti daripada Sudan, Kuwait, Arab Saudi, Turki, Sweden, Amerika Syarikat, India, Jerman, United Kingdom, Australia, Kanada, Afrika, China, Indonesia dan Singapura. Selain daging kambing kafe miliknya turut menyediakan menu berasaskan daging lembu, itik dan ayam yang mana semuanya dimasak secara 'smoke' antara empat hingga 12 jam mengikut jenis daging dan tidak dipanggang secara terus menggunakan api. Kelebihan teknik ini adalah daging tidak akan menjadi kering dan lebih lembut, kerana ia dapat mengekalkan kandungan jus pada daging. Mengenai menu kambing disediakan, katanya antara yang terbaik dan mendapat perhatian pengunjung adalah Lamb Ribs, Lamb Shank, Lamb Rack, Lamb Skewer, Lamb Loin, Lamb Leg dan Sup Kambing. Premis ini turut menawarkan set menu bagi keseluruhan bahagian kambing, nasi kambing serta ayam organik, chilled salmon, smokey duck dan fish and chips. Info tambahan dimana BBQ Lamb Cafe dibuka jam 5 petang hingga 11 malam setiap hari kecuali hari Selasa dengan menyediakan pelbagai jenis menu menarik bermula daripada harga RM13 hingga RM60.


Dalam melihat fakta lain dimana '
Kambing Panggang 'Sasaran' Pengunjung Bufet PWTC' juga sesuai dikongsikan. Sudah ada tradisi dimana setiap kali apabila tiba Ramadan, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pastinya akan 'diserbu' oleh ramai penggemar daging kambing panggang. Apa pun situasi itu diakui Eksekutif Chef PWTC Suzaini Mohamed Salih yang telah mendedahkan sekurang-kurangnya 9 - 10 ekor kambing akan dipanggang setiap hari sepanjang bulan Ramadan. Hidangan kambing panggang di sini memang 'panas'. Pendek kata menu istimewa 'Carving Station' ini tidak akan putus-putus dikunjungi pelanggan yang menggemari sajian itu. Kebanyakan daripada pelanggan beritahu mereka datang berbuka puasa di sini semata-mata untuk menikmati hidangan tersebut. Kelebihan kambing panggang PWTC adalah dari segi perapannya bersama dengan rempah-ratus terpilih. Apa yang didakwa membezakan kambing panggang kita dengan tempat lain adalah dari segi perapannya. Ia akan dibiarkan semalaman agar aroma rempah sebati dengan daging. Daging kambing yang sudah dipotong itu akan dipanaskan kembali untuk mengekalkan keenakannya. Kalau di tempat lain selepas daging itu dibakar, ia akan dipotong dan diletakkan begitu sahaja namun di PWTC ia akan panaskan semula kerana daging tersebut apabila sejuk ia memang berminyak, Ia dilaporkan dalam menjaga kualiti demi kepuasan pelanggan, Suzaini, 51, menegaskan PWTC hanya menggunakan daging kambing Boer yang diimport dari Australia.yang jauh lebih berkualiti daripada kambing tempatan kerana dagingnya lebih lembut selain tidak berbau. Selain hidangan kambing panggang, Suzaini berkata PWTC turut tidak ketinggalan menawarkan juadah masakan ala kampung dengan menghidangkan lebih 250 menu pilihan termasuk 20 jenis sajian berkonsepkan warung. Lazimnya saban tahun ia ditawarkan pada pakej RM80 untuk dewasa, RM40 bagi kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun, dan RM65 bagi warga emas 65 tahun ke atas. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang disyorkan agar dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!
DAGING KAMBING BAKAR... ENAKNYA...
DIPERAP DAHULU... DIBAKAR CARANYA...
MAKAN SEDERHANA... SEBAIK AMALANNYA...
BACA ARTIKEL... TERINGIN MAKANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(15 Zulkaedah 1444H).

Monday, June 5, 2023

KAMBING BAKAR DAN FAKTANYA (Part 1)

KAMBING BAKAR
atau KAMBING PANGGANG merupakan sejenis makananan popuar di Malaysia dimana ia diantara hidangan yang enak dimakan ketika masih panas-panas. Walau pun masih ramai yang masih 'takut' makan daging kambing bakar dengan persoalan bagus ke makan daging kambing ini sebenarnya untuk kesihatan?. Daripada rujukan dinyatakan dimana fakta daging kambing mempunyai manfaat kesihatan masih lagi kurang diketahui ramai. Ada juga yang masih kurang kenal akan perbezaan diantara daging mutton dari jenis kambing kampong (goats) dengan Lamb iaitu daging dari kambing biri-biri (sheeps) serta beberapa jenis kambing yang lain. Saya ada juga menulis mengenai daging kambing yang boleh dibaca dalam blog ini pada September 2019 tahun (Sila klik disini). Sebenarnya daging kambing dikelaskan sebagai daging merah kerana ia mempunyai tahap myoglobin tinggi dimana zat protein yang terdapat dalam tisu otot haiwan tertentu seperti lembu jug telah menjadikan daging ini akan berwarna merah apabila terdedah kepada oksigen. Pada penulis blog dapati dimana rasa daging kambing pula lebih kuat baunya berbanding ayam atau lembu tetapi masih boleh diterima untuk dimakan terutama peminat kamping panggang. Kini sudah banyak hidangan daging kambing akan dibakar atau dipanggang dan sudah menjadii trend hidangan istimewa di Malaysia. Sebaiknya daging kambing sesuai diambil daripada kambing atau bebiri kerana daging kambing tua dilaporkan dagingnya adalah lebih keras dan liat. Menyentuh mengenai khasiat daging kambing iaitu dari aspek penting pemakanan dilaporkan daging kambing kaya dengan sumber mineral seperti zat besi, zink, kalsium, selenium, kalium, tembaga dan magnesium serta pelbagai jenis vitamin B. Hasil kajian dilaporkan setiap 113 gram daging kambing (4 auns) ia mengandungi hampir 28g protein. Junlah ini sudah memenuhi hampir ⅔ keperluan pengambilan lemak tepu harian. Adalah digalakan agar perlu bersederhana ketika memakan hidangan daging kambing. Ia juga turut mengandungi lebih 330 kalori dan lemak tak tepu tunggal. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai daging kambing bakar untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Beberapa info mengenai kelebihan makan daging kambing ada dinyatakan memang baik untuk kesihatan. Antaranya ia dikaitkan dengan masaalah  Anemia.  Kandungan kalsium dan zat besi dalam daging merah ini didakwa dapat untuk membantu mencegah anemia dengan memberikan jumlah zat besi mencukupi bagi penghasilan darah merah baharu. Tanpa zat besi mencukupi maka ia akan menjejaskan pengeluaran sel darah merah. Kesannya anda akan berasa lemah, letih dan kesejukan. Keadaan ini juga boleh menjejaskan kesihatan imun dan fungsi kognitif. Dalam pada itu ia dilaporkan membantu mengurangkan berat badan. Aktiviti pengambilan daging kambing dikatakan dapat membantu meningkatkan rasa kenyang dan aktiviti metabolik, di samping menyediakan banyak protein. Sesetengah laporan mendakwa amalan makan daging kambing kurangkan kes kecacatan kelahiran kerana daging kambing yang kaya dengan sumber asid folik adalah ia  diperlukan untuk mencegah kecacatan tiub saraf pada bayi baru lahir. Paling hebat adalah dakwaan dimana daging kambing bakar bagus untuk kesihatan kulit kerana ujud kandungan asid lemak omega-3 dalam daging ini, kulit akan mendapat perlindungan antioksidan, sekali gus mengurangkan penampilan kedutan dan bintik penuaan. Seterusnya didakwa ia membantu untuk ketumpatan tulang.  Daging kambing adalah sumber yang sangat baik bagi banyak mineral, seperti zink, fosforus, dan selenium iaitu semuanya diperlukan untuk ketumpatan mineral tulang. Ia juga dilaporkan membantu meningkatkan sistem imun mereka yang memakannya kerana tanpa zink yang mencukupi, sistem imun akan terjejas. Pengambilan sekitar satu hidangan kambing dapat memenuhi 30% keperluan harian pengguna. Ia berkait juga dengan menambah baik jisim otot. Daging kambing bakar yang padat dengan sumber protein, daging kambing dapat membantu memperbaiki dan meningkatkan jisim otot dimana ia meningkatkan prestasi fizikal dan metabolik. Protein yang mencukupi membantu anda mengekalkan jisim otot tanpa lemak. Mengambil hidangan kambing bakar bukan sahaja sedap tetapi juga merupakan sumber protein tanpa lemak yang baik. Antara kelebihan lain seperti daging kambing yang kaya dengan protein dan vitamin boleh membantu mengurangkan kesakitan semasa haid dan menurunkan risiko strok serta penyakit buah pinggang. Apa pun ia juga membantu dalam melegakan simptom autisme dan meningkatkan kesihatan sistem saraf.


Beberapa isu yang sering dikaitkan dengan memakan daging kambing adalah dari aspek memakan kambing bakar berlebihan. Beberapa laporan menyatakan dimana ada terdapat beberapa kesan sampingan makan daging kambing, terutamanya jika mengambilnya secara berlebihan. Paling sering dilaporkan adakan tentang kesan tingginya risiko mengalami hipertensi, risiko kolesterol tinggi, risiko diabetes dan juga kesan kepada masalah kardiovaskular. Daging merah ini mempunyai kandungan lemak tepu yang tinggi yang man ia menjadikan tahap pengambilan secara sederhana amat digalakkan. Makan terlalu banyak boleh mengakibatkan peningkatan tahap serum kolesterol. Keadaan tersebut akan mendedahkan pengguna kepada risiko penyakit jantung, kes tekanan darah tinggi dan masaalah pengidap diabetes. Apa pun sebaiknya jumlah berlebihan jika dimakan akan turut dapat meningkatkan tahap bahan urin dalam badan iaitu ia adalah punca pembentukan batu karang. Paras urin ini juga ada dikaitkan dengan masaalah gout. Penulis blog akan kongsikan resepi kambing bakar ala barat. Ia dilaporkan salah satu cara paling sihat dalam penyediaan daging kambing adalah dengan memasak bahagian otot secara memanggang di dalam ketuhar atau membakarnya. Tetapi elakkan ia menjadi hangus kerana boleh meningkatkan risiko kanser. Bahan yang perlu disediakan adalah 1 kilogram daging kambing tanpa tulang, 4 ulas bawang putih yang dikisar, 1 sudu besar herba rosemary, 2 sudu kecil herba thyme, 3 sudu besar minyak zaitun, Garam merah jambu Himalaya, Lada hitam yang dikisar dan 1 kilogram kentang (baby potate) yang dibelah dua jika besar. Cara penyediaan dengan memanaskan ketuhar sehingga 450ºC dan letakkan rak pada sepertiga bahagian bawah ketuhar. Dalam mangkuk kecil, campurkan bersama bawang putih, rosemary, thyme dan 1 sudu besar minyak. Perasakan dengan garam dan lada hitam. Sapukan pada keseluruhan daging. Dalam dulang pembakar, letakkan kentang. Kemudian tuangkan baki minyak zaitun dan beri perasakan dengan garam dan lada hitam. Letakkan kambing pada bahagian atas kentang dan panggang sehingga lebih kurang 1 jam atau suhu dalaman ketuhar mencapai 145ºC.  Rehatkan daging selama 15 minit sebelum dihidangkan. Memang enak dimakan ketika masih panas-panas lagi.


Sebuah media tempatan melaporkan fakta bagaimana '
Ladang Kelapa Sawit Diserbu Gara-Gara Kambing Bakar 'Harga Rakyat' wajar dikongsikan. Kisah menarik ini dilaporkan dari sebuah warung Kambing Bakar Ayam Penyet Sahara yang terletak di Jalan Kasim, Meru, Klang, Selangor yang mana ia sering diserbu pelanggan terutama pada waktu tengah hari dan hari cuti. Kes ini berlaku semuanya gara-gara kambing bakarnya yang dihidangkan bersama kuah kicap, sambal belacan dan nasi putih (Sila lihat foto disebelah). Media laporkan dimana bagi pemilik warung dikenali Supriyadi Sukadi (43) dakwa dia tidak mempunyai sebarang rahsia dalam menyediakan makanan yang dijual dan sebaliknya akan sentiasa ikhlas dan menawarkan hanya yang terbaik untuk pelanggan. Dia mengakui menggunakan resipi turun-temurun keluarganya dari Indonesia untuk menyediakan sambal dan kuah kicap, juga dalam memastikan daging kambingnya lembut, tidak kering dan tidak berbau. Selain set kambing bakar yang dijual pada harga RM9 dimana ada menu lain yang ditawarkan adalah ayam penyet, lele penyet, bakso dan sup tulang. Warung yang mula dibuka pada Januari 2015 ini dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 12 malam. Ramai pelanggan yang perlu berbaris terutama di hari cuti untuk mendapatkan kelazatan hidangan daging kambing bakar.  Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang disyorkan agar dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!
DAGING KAMBING BAKAR...IA ENAKNYA...
DIPERAP DAHULU... DIBAKAR CARANYA...
MAKAN SEDIKIT... ITU BAIK AMALANNYA...
BACA ARTIKEL..TERINGIN PULA RASANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(15 Zulkaedah 1444H).

Sunday, June 4, 2023

BUAH AVOCADO DAN FAKTA MENARIK (Part 2)

BUAH AVOCADO
(Persea spp L) adalah sejenis buah eksotik pokok dari keluarna yang di makan sebagai buah segar atau untuk diproses bagi pelbagai jenis produk makanan yang digemari ramai. Tanaman buah avocado ini dipercayai berasal dari Puebla, di Mexico. Sejarah menanam dan makan buah avocado berlaku semenjak beribu-ribu tahun dulu oleh kaum Atzec di Dataran Andes yang dilaporkan mempunyai tamadunnya tersendiri. Nama lain avocado seperti Avocado, Aligator Pear, Aquacate dan Palta dimana ia juga banyak nama dinegara lain. Tanaman Avocado tidak popular disemua negara ASEAN seperti Malaysia dan Thailand tetapi popular dilaporkan sebagai sejenis tanaman popular di Filipina dan Indonesia. Penulis blog dapati dimana terdapat 4 spesies utama tanaman avokado popular iaitu Jenis Guatemala (Persea nubigena var. guatemalanisi L Wims), Jenis Mexica (Persea americana var drymifolia Blake), Jenis Hindia Barat (Persea americana) dan Jenis kacukan antara ketiga-tiganya. Apa pun dilporkan ad terdapat dua lagi spesies yang berkait rapat dengan tanaman avokado iaitu Jenis Covo (Persea schiedeana Nees) dan juga Jenis Anay (Beilcshmiedia anay Konter m). Antara kultivar yang ada termasuklah Avocado Hass, Avocado Gwen, Avocado Pinkerton dan Avocado Reed (kategori A). Bagi kultivar kategori B pula adalah Avocado Bacon, Avocado Ettinger, Avocado Fuerte, Avocado Sharwil dan Avocado Zutano. Kultivar lain yang ada termasuk Avocado Spinks dengan jenama Challange, Dickinson, Kist, Queen, Sharpless, Rey, Royal dan Tatt. Klon dan kultivar yang terdapat di Malaysia dibawa masuk dari Mexico tetapi banyak kultivar disesuaikan dengan persekitaran di Indonesia dan Filipina. Orang Malaysia memang jarang yang minat makan buah avocado tidak seperti rakyat dibeberapa negara lain seperti di Amerika Latin, Caribean, Indonesia dan Filipina yang memang memakan buah avocado sebagai buah yang amat di minati. Cara makan buah avocado juga mudah iaitu dengan ambil buah avocado masak dan dibelah buah kepada dua dan ambil isinya dengan sudu dan kemudian masukan dalam cawan di campur dengan susu dan sedikit gula. Ia sesuai dimakan begitu sahaja bila masak ranum. Tanaman Avocado Popular di beberapa negara dengan pengeluaran dunia sebanyak 3.7 juta metrik tan pada tahun 2020 (Sumber: FAO Stat). Negara-negara membangun menyumbangkan sebanyak lebih 82% pengeluaran tersebut di kawasan Latin Amerika dan Caribean. Mexico merupakan pengeluar utama avocado dunia dengan lebih 1.1 juta mt setahun diikuti dengan Indonesia (263,000 mt/tahun), USA (214 mt/tahun). Beberapa negara pengeluar utama lain seperti Colombia, Brazil, Chile, Peru, China dan Ethiopia. Kawasan Asia Pasific dan Asia Tenggara terus menyumbang sebanyak lebih 11% pengeluaran avocado dunia melibatkan Indonesia, Filipina, Vietnam dan Australia. Apa pun artikel malam Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengeni beberapa kisah dan fakta menari berkaotan bah avocado untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Buah avocado tidak tahan lama jika ditekkan dimana dan kali ini ada beberapa tips untuk menyi
mpan buah avocado dengan betul sehingga ia boleh tahan sampai 8 hari. Buan avocado juga ia digelar sebagai makanan unggul kerana kandungan nutrisi tinggi yang dapat membantu mengekalkan kesihatan tubuh. Avokado adalah buah yang unik kerana ia mengandungi lebih banyak lemak sihat berbanding karbohidrat. Buah ini juga mempunyai paras gula yang rendah. Salah satu kelebihan yang ada pada memakannya mampu memberikan rasa kenyang lebih lama. Avokado mempunyai banyak khasiat penting untuk tubuh. Beberapa kajian telah menyatakan bahawa buah avokado mempunyai banyak manfaat kesihatan. Avocado mengandungi 20 jenis vitamin dan mineral. Berikut adalah kandungan nutrisi dalam 100 gram avokado iaitu Vitamin K, Folate, Vitamin C,  Potasium, Vitamin B5, Vitamin B6 dan juga Vitamin E. Buah ini juga mengandungi beberapa sebatian dalam jumlah yang kecil seperti magnesium, mangan, tembaga, besi, zink, fosforus, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, dan vitamin B3. Hasil kajian dimana 100 gram avokado mengandungi komposisi seperti tenaga (160 kalori), 2 gm protein, 15 gm lemak sihat, 9 gm karbohidrat yang mana tujuh gram daripadanya adalah serat. Apa pun bagi penulis blog ,emdapati buah yang mempunyai rasa lemak ini tidak mengandungi kolesterol atau natrium dan rendah lemak tepu serta enak dimakan begitu sahaja. Ia juga juga sering dimasukkan ke dalam salad, dijadikan inti sandwich dan jus. Tahukah anda bahawaavokado mempunyai kandungan kalium (K) yang lebih tinggi berbanding pisang? Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan kalium yang tinggi boleh membantu mengurangkan tekanan darah, risiko serangan jantung, strok dan kegagalan buah pinggang. Buah avocado tidak boleh disimpan dalam tempoh yang lama.Justeru itu sebaiknya jika hendak membeli buah ini kena pastikan jumlahnya mampu anda habiskan sebelum ia menjadi rosak. Penulis blog paparkan lima tip boleh digunakan agar avokado boleh disimpan untuk tempoh yang lamai. Pertama adalah dengan menyimpan di kawasan terbuka sehingga buah avokado ranum. Tanda buah avokado sudah ranum dapat dilihat apabila warnanya bertukar menjadi gelap dan lembut apabila disentuh. Kedua dimana bila buah avocado sudah masak ranum maka letakkan didalam peti ais yang selalunya akan tahan 7-8 hari lamanya. Ketiga dimana tip yang boleh diamalkan adalah apabila ingin memakan atau menggunakannya maka boleh di belah separuh buah avocado di bahagian tengah dan bahagian baki separuh lagi yang belum dimakan, jangan buang bijinya dan simpan di dalam bekas plastik kedap udara. Kelima adalah meletakkan baki buah avokado dalam peti sejuk dimana ia mampu bertahan sehingga dua hari.


Mungkin ramai sudah sedikit tahu akan kehebatan khasiat buah avocado. Dilaporkan dimana buah ini akan dapat membantu menyerap nutrien daripada makanan lain. Buah Avocado bukan sahaja mempunyai khasiat yang tinggi, malah dapat membantu menyerap nutrien daripada makanan lain ke dalam tubuh. Satu kajian menunjukkan bahawa mendapati ia boleh meningkatkan penyerapan antioksidan ke dalam tubuh. Ia juga mengandungi antioksidan yang kuat yang boleh melindungi mata. Buah yang berasal dari negara Mexico dan Guatemala ini mengandungi antioksidan yang tinggi yang penting untuk kesihatan mata iaitu lutein dan zeaxanthin. Kedua-dua nutrien ini dapat membantu mengurangkan risiko mendapat katarak yang biasa berlaku kepada warga emas. Ada dakwaan buah ini memang mencegah kanser. Laporan satu kajian ke atas sel terpencil menunjukkan bahawa avokado membantu mengurangkan kesan sampingan kemoterapi pada limfosit manusia. Ekstrak avokado juga telah terbukti menghalang pertumbuhan sel kanser prostat. Khasiat lain buah ini dimana ekstraknya melegakan gejala arthritis dimana hasil dari berapa kajian telah menunjukkan bahawa ekstrak buah ini dan minyak kacang soya mampu mengurangkan gejala osteoarthritis dengan ketara. Seterusnya ia dilaporkan membantu menurunkan berat badan kerana bila makan buah ini akan merasa kenyang yang lama. Ia menjadikan seseorang yang memakannya akan mempunyai keinginan sekitar 28% lebih rendah dalam tempoh lima jam selepas itu tidak mahu makan. Buah ini boleh digelar sebagai makanan kategori 'SuperFood'. Paling diminati ramai dimana buah avocado didakwa mempu mengekalkan kesihatan jantung.
Avokado terutamanya minyak avokado boleh membantu meningkatkan kesihatan jantung. Lemak tidak tepu mampu menghalang perkembangan arteriosclerosis.


Menarik fakta dimana ada petani yang '
Pinjam duit ibu buka bisnes avocado' sebagai satu usaha terbaik. Kisah dari Kota Bharu, Kelantan ini dilaporkan dengan bermodalkan RM10,000 dipinjam dari ibu mereka maka dua adikberadik membuka tapak semaian benih avocado di Taman Sri Cemerlang sebelum dapat menjual anak pokoknya. Percaturan Hashidah Hashim (56) dan adiknya, Hafiz (40) telah menjadi apabila perniagaan itu mendapat sambutan menggalakkan berikutan tidak ramai yang membekalkan anak pokok tersebut ketika ini. Dakwa mereka dimana sebelum ini kakaknya bertugas di sebuah bank, namun telah berhenti kerja ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) manakala adiknya seorang kontraktor. Semasa tempoh PKP berpanjangan dengan pandemik masih berlarutan menyebabkan hidup mereka semakin terhimpit, lalu berpakat untuk membuka perniagaan sendiri bagi menyara keluarga masing-masing. Kini mereka mempunyai 10,000 biji benih avocado dari Indonesia dengan kos RM10,000 sebelum menyemainya dalam polibeg. DIlihat mereka lega apabila benihnya tumbuh subur menjadi anak pokok dan selepas usaha kami tular di media sosial, ramai mula membuat tempahan termasuk dari Pulau Pinang, Johor dan Kedah (Sila lihat foto disebelah). Anak anak pokok avocado dijual di tapak semaian mereka merupakan jenis ‘Mickey’ dan ‘Alligator’. Proses menyemai benih sehingga menjadi anak pokok tidak rumit sebagaimana disangkakan dan hanya mengambil masa kira-kira dua minggu sahaja. Pokok avocado mula berbuah selepas berusia lima tahun dimana setiap anak pokok avocado yang disemai ini kami jual pada harga RM25 sepokok.


Mungkin ramai yang pernah ujirasa jus minuman acocado smoothies semasa berada diluar negara. Dalam satu tinjauan yang dibuat dilaporkan di Malaysia masih r
amai yang mungkin tidak berapa suka hendak telan avocado untuk di makan begitu sahaja. Ada juga yang ingin tahu buah avocado ini rasanya macam mana. Banyak yang tidak mahu beli buah avocado ini sebab tidak tahu kualiti buah sama ada ia buah mmuda atau telah masak. Bagaimana pun buah masak amat sesuai untuk dijadikan kuliner Avocado Soothies (Sila lihat foto disebelah). Jika ada bahan mencukupi sebenarnya mambuat sendiri dirumah agak mudah dilakukan dan ia adalah minuman berkhasiat. Minuman ini sesuai dibuat sepanjang masa daripada waktu pagi, tengahari, petang dan waktu malam juga. Sediakan bahan-bahan bagi sediakan sebanyak satu jug. Ia adalah 4 biji buah avocado yang masak atau matang, 1 cawan susu segar atau susu cair atau susu full cream atau susu rendah lemak, Gula Melaka atau Gula Merah atau Gula Madu secukupnya (Tips: kalau guna bahan gula melaka atau gula merah pastikan ia dicairkan dulu). Cara untuk membuatnya dengan mula-mula buang dulu kulit dan biji avocado dan isinya semua diambil dan dimasukkan dalam blender untuk dikisar. Kemudian perlu masukkan sedikit air, susu dan akhir sekali gula yang telah dicairka atau madu. Maka ia perlu dikisar sampai nampak smooth dan sebati. Kemudian boleh buat ujirasa dulu kalau kurang manis tambah lagi gula dan kalau hendak rasa creamy tambah lagi susu. Maka ia sudah siap dan sedia untuk dinikmati. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasllam!!!...
BUAH AVOCADO.... UNIK BENTUKNYA...
KURANG DI TANAM.. DI NEGARA KITA...
ADA 6 VARIETI... DIDAFTARKAN PULA...
MEMANG ENAK... BERKHASIAT ISINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(15 Zulkaedah 1444H).

Saturday, June 3, 2023

BUAH AVOCADO DAN FAKTA MENARIK (Part 1)

BUAH AVOCADO
(Persea spp L) adalah sejenis buah eksotik pokok dari keluarna Lauraceae yang di makan sebagai buah segar atau untuk diproses bagi pelbagai jenis produk makanan yang digemari ramai. Tanaman buah avocado ini dipercayai berasal dari Puebla, di Mexico. Sejarah menanam dan makan buah avocado berlaku semenjak beribu-ribu tahun dulu oleh kaum Atzec di Dataran Andes yang dilaporkan mempunyai tamadunnya tersendiri. Nama lain avocado seperti Avocado, Aligator Pear, Aquacate dan Palta dimana ia juga banyak nama dinegara lain. Tanaman Avocado tidak popular disemua negara ASEAN seperti Malaysia dan Thailand tetapi popular dilaporkan sebagai sejenis tanaman popular di Filipina dan Indonesia. Penulis blog dapati dimana te
rdapat 4 spesies utama tanaman avokado popular iaitu Jenis Guatemala (Persea nubigena var. guatemalanisi L Wims), Jenis Mexica (Persea americana var drymifolia Blake), Jenis Hindia Barat (Persea americana) dan Jenis kacukan antara ketiga-tiganya.
Apa pun dilporkan ad terdapat dua lagi spesies yang berkait rapat dengan tanaman avokado iaitu Jenis Covo (Persea schiedeana Nees) dan juga Jenis Anay (Beilcshmiedia anay Konter m). Antara kultivar yang ada termasuklah Avocado Hass, Avocado Gwen, Avocado Pinkerton dan Avocado Reed (kategori A). Bagi kultivar kategori B pula adalah Avocado Bacon, Avocado Ettinger, Avocado Fuerte, Avocado Sharwil dan Avocado Zutano. Kultivar lain yang ada termasuk Avocado Spinks dengan jenama Challange, Dickinson, Kist, Queen, Sharpless, Rey, Royal dan Tatt. Klon dan kultivar yang terdapat di Malaysia dibawa masuk dari Mexico tetapi banyak kultivar disesuaikan dengan persekitaran di Indonesia dan Filipina. 
Orang Malaysia memang jarang yang minat makan buah avocado tidak seperti rakyat dibeberapa negara lain seperti di Amerika Latin, Caribean, Indonesia dan Filipina yang memang memakan buah avocado sebagai buah yang amat di minati. Cara makan buah avocado juga mudah iaitu dengan ambil buah avocado masak dan dibelah buah kepada dua dan ambil isinya dengan sudu dan kemudian masukan dalam cawan di campur dengan susu dan sedikit gula. Ia sesuai dimakan begitu sahaja bila masak ranum. Tanaman Avocado Popular di beberapa negara dengan pengeluaran dunia sebanyak 3.7 juta metrik tan pada tahun 2020 (Sumber: FAO Stat). Negara-negara membangun menyumbangkan sebanyak lebih 82% pengeluaran tersebut di kawasan Latin Amerika dan Caribean. Mexico merupakan pengeluar utama avocado dunia dengan lebih 1.1 juta mt setahun diikuti dengan Indonesia (263,000 mt/tahun), USA (214 mt/tahun). Beberapa negara pengeluar utama lain seperti Colombia, Brazil, Chile, Peru, China dan Ethiopia. Kawasan Asia Pasific dan Asia Tenggara terus menyumbang sebanyak lebih 11% pengeluaran avocado dunia melibatkan Indonesia, Filipina, Vietnam dan Australia. Apa pun artikel malam Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengeni beberapa kisah dan fakta menari berkaotan bah avocado untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Walau pun tanaman pokok avocado kurang popular ditanam oleh petani di Malaysia namun ada beberapa varieti yang te;ah didafyatkan dengan Senarai Varieti Tanaman di Jabatan Pertnian Malaysia. Merujuk kepada portal dan buku tersebut di 
Malaysia terdapat tujuh varieti yang telah didaftarkan untuk tanaman avokado. Walaupun tanaman avokado di Malaysia tidak begitu popular tetapi sejak zaman kolonial masih terdapat usaha petani untuk membangunkan tanaman ini yang dimajukan terutama di stesen-stesen pertanian. Jenis pokok avokado Hindi Barat iaitu Persia americana ialah spesies yang lazim ditanam di Malaysia. Jabatan Pertanian Malaysia telah mendaftarkan beberapa klon avokado semenjak tahun 1953 dan menyimpan sebahagian daripada pokok-pokok tersebut di beberapa pusat pertanian sekitar Malaysia. Penulis blog pernah membuat tinjauan tanaman avocadi di Pusat Pertanian Tawau, Sabah dan di Pusat Pertanian Tangkak, Johor. Ia sebagai satu cara untuk menyimpan pokok tersebut sebagai sumber janaplasma perlu dijalankan. Di jelaskan fakta ciri-ciri Varieti Avocado Klon A7 atau ia di panggil sebagai "Haji Abu" yang didaftarkan pada 5.10.1953 dari Pusat Pertanian Ampang Tinggi, Negeri Sembilan. Klon ini didaftarkan oleh pegawai pertanian pusat tersebut. Buah jenis ini berbentuk buah pear dengan saiz yang sederhana dan mempunyai kulit berwarna hijau. Buah ini senang dikupas apabila telah matang. Isinya berwarna kuning, lembut dan bijinya senang tertanggal dari isi. Kedua adalah varieti Avocado Klon A10 merupakan jenis avokado klon A10 yang didaftarkan pada 1956 didapati di Lot 2835, Selama, Perak oleh Jabatan Pertanian. Buah klon ini bersaiz besar, berwarna merah padam dan mempunyai kulit yang nipis. Tidak ada nama tempatan untuk klon ini. Isinya lembut dan ia juga mempunyai mutu serta rasa yang sederhana. Varieti Buah  Avocado Klon A16 telah didaftarkan pada 18 Mei 1957 dimana dilihat pokoknya ditanam di Pusat Pertanian Selama, Perak yang didaftarkan oleh Jabatan Pertanian. Buah mempunyai kulit yang hijau kekuningan dengan bentuk agak panjang dan membengkok. Buah ini juga meruncing di bahagian tangkai. Isinya pucat dan rasa buah adalah didakwa sederhana sedap. Keempat adalah Varieti Avocado Klon A25 walau pun tiada nama tempatan dan didaftarkan pada tahun 1958 oleh pegawai pertanian. Pokok induk masih ada di Pusat Pertanian Tangkak, Ledang, Johor. Buahnya bila matang berwarna merah hati dengan saiz buah sederhana. Isinya tebal dan berbiji kecil dengan ira isinya yang halus dan rasa yang sangat sedap. Kelima adalah Varieti Avocado Klon A27 yang telah didaftarkan pada 16 Jun 1958 oleh pegawai di Jabatan Pertanian Serdang. Tidak ada nama tempatan untuk klon ini. Klon ini menghasilkan buah yang kecil yang kulitnya berwarna jingga gelap. Isinya agak nipis di bahagian tepi tetapi tebal di bahagian atas dan bawah biji. Mutu dan rasa klon A27 pula dikategorikan sederhana. Keenam adalah Varieti Avocado Klon A30 yang telah didaftarkan pada 1 Jun 1958 oleh pegawai Jabatan Pertanian yang bertugas di Pusat Komoditi Jabatan Pertanian Serdang, Selangor. Klon ini mempunyai buah yang besar dengan kulit berwarna jingga. Isinya adalah tebal, halus serta berwarna cream. Mutu buah adalah sangat baik.


Dalam menyatakan fakta portal hmetro.com nyatakan '
Avokado makanan unggul' sesuai dikongsikan. Buah avocado apa pun sebaiknya menjadi buah-buahan yang mesti ada di rumah bagi mereka sedang diet. Ia menjadi menjadi pelengkap dalam hidangan sarapan yang dimakan bersama roti bakar, salad atau dijadikan jus minuman. Avokado atau nama saintifiknya Persea americana boleh diolah dalam pasta dan makan lain mengikut kreativiti mereka yang mengamalkan 'eat clean'. Buah ini boleh digelar sebagai makanan unggul kerana kandungan nutrisi tinggi yang dapat membantu mengekalkan kesihatan tubuh. Ia juga dilaporkan sebagai sumber nutrien sangat baik dimana bagi  satu hidangan 201 gram avocado mengandungi Kalori (322 kcal), Lemak (30 g), Protein (4g), Karbohidrat (17g), Serat (14g), Vitamin C (22%) daripada keperluan nilai harian (DV),  Vitamin E (28%) daripada DV, Vitamin K (35%) daripada DV, Roboflavin (B2) iaitu 20% daripada DV, Niasin (B3) iaitu 22% daripada DV,  Asid pantothenik (B5) iaitu 56% daripada DV, Pyridoxine (B6) iaitu 30% daripada DV, Folate (41% daripada DV),Magnesium (14%), Potasium (21%) dan unsur  Tembaga (42%) daripada DV. Apa pun kandungan nutrien yang tinggi ini menjadi salah satu pelengkap kepada mereka yang sering kekurangan nutrien semasa berdiet termasuk magnesium, B6, vitamin C, vitamin E dan folat. Hasil kajian terhadap 4,730 individu dewasa di Amerika Syarikat mendapati kurang tiga peratus individu mengambil zat kalium lebih banyak daripada jumlah ditetapkan iaitu 4,700 miligram (mg) sehari. Kalium diperlukan untuk beberapa fungsi badan yang kritikal termasuk tekanan darah dan fungsi sistem saraf. Mengambil jumlah kalium yang disarankan setiap hari boleh membantu melindungi diri daripada tekanan darah tinggi dan angin ahmar. Avocado juga mempunyai nutrien penting untuk kesihatan sistem imun termasuk vitamin C, B6 dan E. Buah avocadi dilaporkan bermanfaat untuk kesihatan usus.
Avokado mengandungi serat yang tinggi iaitu kira-kira 14 gram dalam setiap biji. Ia melengkapkan hampir separuh daripada keperluan DV semasa untuk nutrien penting ini. Iaa sangat penting mendapatkan serat mencukupi dalam diet harian untuk penjagaan kesihatan sistem pencernaan kerana ia membantu menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam usus. Satu kajian ke atas 163 individu dewasa yang dianggap mempunyai berat badan berlebihan mendapati, mengambil 175 gram (lelaki) atau 140 gram (wanita) buah avocado setiap hari selama 12 minggu, mempunyai kepekatan asid hempedu najis lebih rendah dan meningkatkan kepelbagaian bakteria.  Kepekatan asid hempedu yang tinggi boleh menyebabkan keradangan usus dan mempunyai kaitan dengan pertumbuhan mikrob dikaitkan dengan masalah kesihatan negatif seperti barah usus besar.


Fakta bagaimana buah avocade dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung melalui pengambilan makanan tinggi nutrisi seperti avocado secara kerap boleh membantu melindungi jantung. Vitamin, mineral, lemak sihat dan serat yang terdapat dalam buah ini, memainkan peranan dalam memastikan sistem kardiovaskular sihat. Hasil kajian mendapati, diet yang lengkap dengan buah avocado boleh membantu mencegah penyakit jantung. Buah avocado juga membantu meningkatkan paras kolesterol lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL) atau kolesterol baik dan mengurangkan kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) yang dikaitkan dengan pembentukan plak di sepanjang dinding arteri. Buah ini yang diperkaya sebatian antioksidan dan antikeradangan dimana selain vitamin, mineral, lemak sihat dan serat, avocado sarat dengan sebatian bioaktif termasuk karotenoid, vitamin C, vitamin E dan sebatian fenolik. Bahan ini terbukti mempunyai aktiviti antioksidan, 'neuroprotective' dan bahan 'cardioprotective' yang ketara termasuk karotenoid yang ada dalam avocado termasuk lutein, ɑ-karotena, dan β-karotena terbukti mempunyai kesan antioksidan kuat, melindungi daripada kerosakan oksidatif, dikaitkan dengan perkembangan banyak penyakit kronik. Memakan avocado dengan kerap boleh juga membantu meningkatkan pertahanan antioksidan badan. Buah ini dilaporkan membantu menggalakkan berat badan yang sihat. Walaupun avocado tinggi kalori, tetapi ia penuh dengan nutrien dan membantu membuatkan rasa kenyang disebabkan kandungan serat yang tinggi dan lemak sihat. Penyelidikan menunjukkan corak pemakanan yang tinggi makanan berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, boleh membantu penurunan berat badan. Orang yang makan lebih banyak serat cenderung mengekalkan berat badan lebih sihat berbanding mereka mengikuti diet rendah serat. Oleh itu, avocado adalah pilihan makan yang tepat bagi mereka yang menurunkan berat badan atau mengekalkan berat badan. Ia juga menjadi pilihan bijak semasa kepada ibu mengandung dan menyusukan. Keperluan nutrien meningkat dengan ketara semasa hamil dan menyusukan bayi. Ini kerana ibu semasa hamil perlukan folat meningkat daripada 400 miligram (mg) kepada 600mg. Keperluan kalium pula meningkat daripada 2,600mg kepada 2,900mg. Vitamin C pula meningkat kepada 85mg daripada 75mg. Keperluan folat meningkat dengan ketara semasa hamil. Malangnya, ramai wanita hamil di seluruh dunia kekurangan pengambilan folat disyorkan dan ia boleh meningkatkan risiko komplikasi kehamilan. Satu biji avokado memberikan 27 peratus daripada pengambilan folat yang disyorkan semasa kehamilan. Makan avocado juga boleh membantu mencapai tahap pengambilan disyorkan untuk nutrien diperlukan dalam jumlah yang lebih besar dalam tempoh berkenaan seperti vitamin C, kalium serta B6. Kandungan tinggi serta avocado boleh membantu dalam mencegah sembelit, yang sangat biasa dialami wanita semasa hamil. 
Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasllam!!!...
BUAH AVOCADO.... UNIK BENTUKNYA...
KURANG DI TANAM.. DI NEGARA KITA...
ADA 6 VARIETI... DIDAFTARKAN PULA...
MEMANG ENAK... BERKHASIAT ISINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(15 Zulkaedah 1444H).

Friday, June 2, 2023

JAMBU SUSU - SEMAKIN KURANG DIKENALI

JAMBU SUSU
atau saya lebih suka panggil sebagai JAMBU GELAS (Syngium spp) merupakan sejsnis buah nadir yang tumbuh di Malaysia dan kini semakin ramai generasi muda yang kurang mengenalinya. Jambu Susu atau Jambu Gelas atau Jambu Tetek ini diberikan nama kerana bentuk yang yang besar seperti gelas dengan lazimnya berwarna putih susu (Sila lihat foto diatas). Saya mengenali pokok jambu gelas ini kerana ada beberapa pokok jambu ini di Kampong dahulu di Muar, Johor yang mana ia berbuah mengikut musim setiap tahun. Jambu Susu ini juga dipercayai berasal daripada luar negara atau ada dilaporkan juga dimana ia adalah natif dari Asia Tenggara. Sesetengah orang ada yang dakwa ia sebagai sejenis Jambu Bol yang berwarna putih tetapi pada saya jambu susu ini ia memang berbeza. Pembaca blog boleh membca tulisan saya mengenai Jambu Bol (Sila klik disini) dan (Sila Klik disini). Anda juga boleh dengan jelas dapat membezakannya dengan Jambu Mawar dalam tulisan saya sebelum ini (Sila klik disini). Kepada yang berminat untuk mengetahui Jambu Air pula lebih banyak artikel yang saya terbitkan sebelum ini (Sila klik disini), (Sila Klik Disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi pautan dalam blog popular ini. Penulis pada masa ini agak sukar untuk dapat membeli Jambu Susu ini kerana ia adalah buah bermusim (biasanya berbuah pada Jun - September) setiap tahun dan hanya ditanam dikawasan keliling rumah sebagai tanaman hiasan dan juga untuk teduhan walau pun apabila berhasil ianya boleh dimakan atau dijual juga. Baru-baru ini penulis berkunjung di Kg Parit Amal, Muar, Johor dimana dirumah saudara saya ada dua pokok jambu gelas yang sedang masak ranum. Walau pun buahnya masih tidak dipungut malahan bertaburan jatuh diatas tanah namun pada pemilik pokok tersebut memang sudah tidak mahu lagi untuk memakannya. Ini kerana dari dua batang pokok jambu susu tersebut hasil buahnya terlalu banyak dan sebahagian besar guhr akibat masak ranu. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis buah nadir iaitu Jambu Susu atau Jambu Gelas yang kini ia semakin kurang dikenali untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Mengenali pokok 
Jambu Susu yang mana ia lazimnya ditanam daripada anakbenih yang disemai daripada bijinya. Selalunya buah jambu susu yang masak memang ada mengandungi bijii benih bersaiz besar guli dan boleh tumbuh apabila ia disemai dalam polibeg. Benih ini boleh ditanam dengan jarak 10 meter x 10 meter dalam bentuk empat segi sama. Lazimnya dengan penjagaan baik ia mula berbunga selepas seawal 5-6 tahun ditanam (Sila anda lihat foto disebelah). Bagaimana pun kini telah ada diviralkan dimana pokok jambu susu yang masih muda dan kecil ini telah berbunga dan berbuah (Viral ini dipercayai diambil daripada pokok ditanam dengan benih Siam). Apabila pokok jambu susu ini matang maka ia berbunga dengan banyaknya dan bunga tersebut akan mempunyai banyak dimana jadual berbunga ini selalu sama dengan pokok jambu bol. Bunga dengan jambak yang besar ini akan didebungakan serangga dan membentuk putik buah jambu gelas berwarna keputihan. Pada penelitian penulis blog mendapati dimana lazimnya putik buah yang terbentuk adalah bersaiz kecil dengan warna kehijauan. Jika putik tersebut daripada pokok kecil dan rendah maka pemiliknya boleh membalutnya untuk mengelakkan daripada serangan Lalat Buah (Bactocera carambolae) yang selalu akan menusuknya telurnya kedalam putik dan buah jambu. Larva daripada ulat pengorek buah ini akan seterusnya merosakkan buah dan menjadikan buah tersebut tidak sesuai untuk dimakan atau dijual. Pokok jambu gelas sama dengan pokok jambu bol mempunyai daun yang menggerutu atau ada gelembong intil pada permukaan daun. Daunnya yang selalu berwarna hikau muda semasa muda akan bertukar kepada hijau gelap dan berkilat apabila ia sampai peringkat matang. Walau pun buan atau putik jambu gelas ini jrang dibalut pada pokokk yang tinggi tetapi serangan oleh lalat buah selalunya merosakkan buah. Sebaiknya jika ada kemampuan buah jambu gelas ini dibalut dengan kertas suratkhabar dengan sarung plastik diluarnya. Ini membolehkan buah jambu gelas ini selamat daripada larva lalat buah.


Penulis blog memang suka makan buah jambu susu begitu sahaja atau pun dengan dicicah kicap yang dibubuh gula melaka dan cili padi. 
Rasa semulajadi buah Jambu Susu atau Jambu Gelas ini adalah masam-masam kelat dan ada sesetengah kata yang rasanya adalah masam-masam manis. Ada kalangan orang yang memang tidak suka akan rasa semulajadi segar jambu susu ini dan memang tidak boleh masuk tekak terutama yang belum cukup masak dimana rasanya memang cukup masam. Hanya mereka yang mengidam rasa masam ketika mengandung suka akan buah ini. Pada penulis blog sekarang ini memang amat susah untuk mendapatkan jambu susu segar dipasar. Ia sama juga untuk mendapatkan jambu bol dan Jambu air kampong dimana ia semakin dilupakan. Pernah juga jumpa jambu susu di pasar malam Temerloh dimana harganya juga tidak murah. Masa itu apabila ditanya dimana harga yang ditandakan bagi sekilogram buah Jambu Susu adalah sekitar RM30 - RM40 sekilogram bergantung lkepada saiz, kesegaran dan juga lokasinya dimana ia juga menandingi harga untuk sekilogram durian Musang King di lokasi sama. Buah Jambu Susu tidak sama macam buah Jambu Merah yang selalu kita nampak dimana isinya selain mempunyai rasa masam-kelat dan kadang kala dapat yang manis. Isinya memang tidak begitu bersari dimana ia dikatakan kurang mengeluarkan air. Teksturnya seakan adalah lembut seakan-akan sedang makan buah tembikai susu atau buah melon iaitu tekstur isinya padat tetapi lembut. Memang buah jambu susu ini cepat rosak iaitu jika dibiarkan agak lama pada persekitaran suhu bilik maka ia akan mudah lebam dan ia sudah tidak berapa sedap dimakan. Pada penulis blog ada beberapa cara makan buah jambu susu ini iaitu pertama pastikan pilih buah yang gugur dari pokok. Jangan dipetik atau diambil ketika masih berada di pokok sebabnya jika ia tidak begitu masak atau bila tidak berapa masak maka rasa kelat dan masam sudah pasti. Disebebkan ia tidak tahan lama maka penjual buah memang tidak mahu menjualnya secara terbuka. Ia sesuai dimakan dengan cara memotongnya dan dicicah dengan kicap yang dicampur dengan gula melaka (atau gula pasir) dan sedikit cili api. Boleh juga dimakan dengan mencampurkan biji asam boi atau serbuk asam boi dan di gigit dengan cili juga untuk tambah pedas. 


Kalangan penduduk kampung jambu susu ini dijadikan bahan membuat rojak buah yang dibubuh pes kuah rojak. Makan jambu susu jangan terlalu banyak kerana rasa masam akan menyebabkan sesetengah orang akan sakit perut. Ada juga yang menjadikan buah jambu susu sebagai jeruk dimana proses untuk cara membuatnya sama seperti membuat jeruk mangga. Saya paparkan resepi membuat 
Jeruk Jambu Susu Asam Boi agar boleh idjadikan panduan. Bahan-bahan yang digunakan adalah beberapa biji buah jambu susu, Asam boi, Gula (kalau mahu rasa manis boleh dilebihkan), Garam serta Cili padi (perlu dipotong nipis dan lebihkan jika suka pedas). Cara membuatnya adalah dengan membasuh dan potong buah jambu susu mengikut saiz yang dikehendaki. Gaulkan buah jambu susu dengan semua bahan hingga sekata dan biarkan seketika. Rasa dahulu sama ada cukup manis dan masinnya dan disesuaikan dengan garam atau gula. Disyorkan agar ia perlu disimpan dalam peti ais selama 4 hingga 5 jam sebelum enak untuk dinikmati. Dalam pada itu ada juga yang suka menggunakan jambu susu ini dijadikan jus minuman yang bekhasiat. Bagi membuat Jus Jambu Susu perlu disediakan bahan iaitu biji jambu susu, 1.5 liter air bertapis atau masak sejuk dari peti sejuk, susu pekat manis secukup rasa, 1 titis pewarna hijau (jika suka) dan ketulan ais (jika suka). Cara bagi menyediakan dengan membersihkan dulu jambu susu dan dipotong kecil sesuai untuk dikisar. Masukkan potongan jambu kedalam dalam blender dan ditambah air secukupnya dan sebaiknya dikisar sehingga halus. kemudian ia dituang pula kedalam jug dan ditambah sedikit air bertapis sejuk untuk mendapat jus yang sedikit cair. Tambah susu secukup rasa. (jika nak tambah ais, lebihkan sikit kuantiti susunya). Perlu kemuidan ditapiskan ke dalam jug lain untuk dihidang sejuk. Apa pun boleh juga ditambah ais jika suka. Memang enak ujirasa minuman jus jambu susu kepada mereka yang minat. Ia merupakan jus minuman berkhasiat.  Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
JAMBU SUSU.. JAMBU GELAS SAMA...
BERWARNA SUSU...BESAR BUAHNYA...
BUAH BERMUSIM... MASAM MANIS ADA...
DIMAKAN SEGAR... BANYAK KHASIATNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Zulkaedah 1444H).

Thursday, June 1, 2023

GLOBAL GAP - POTENSI UNTUK NANAS

GLOBALGAP
 mungkin ramai pernah mendengar perkataan tersebut tetapi mungkin masih kurang faham mengenainya. Merujuk kepada pihak berkaitan dimana GLOBAL G.A.P. adalah sebuah persatuan yang ditubuhkan oleh peruncit terkemuka di Eropah dan mereka akan menganjurkan mesyuarat antara pengeluar produk pertanian dan peruncit dan berfungsi untuk menyediakan protokol bersama untuk penanaman produk pertanian yang akan lebih responsif terhadap keperluan moden pertanian lestari. GLOBALGAP adalah satu inisiatif bahawa pasaraya runcit besar Eropah telah digabungkan dan dipraktikkan untuk memastikan iaitu bahawa produk pertanian yang mereka letakkan di rak mereka adalah selamat dan tidak memudaratkan kesihatan manusia. Hari ini ia telah pun menjadi standard global yang sahlaku iaitu di seluruh dunia. Dilaporkan kini sebanyak 70-80% daripada peruncit dan pengeluar utama di Eropah kini sudah pun mereka menjadi ahli atau berdaftar ke GLOBALGAP. Perlu difahami dimana standard GLOBALGAP yang mana ia telah dimulakan sebagai gerakan masyarakat sivil di Jerman kini ia  telah menyebar dengan cepat ke banyak negara. Dilaporkan dimana ramai para pengimport sayur dan buah terkemuka di Eropah memerlukan sijil GLOBALGAP untuk sayur-sayuran dan buah-buahan yang mereka akan beli dan dijual dibanyak rangkaian outlet mereka. Banyak negara yang kini ingin memanfaatkan negara mereka dalam penjualan produk pertanian ke Eropah telah mengguna pakai undang-undang tempatan untuk mematuhi protokol GLOBALGAP. Walaupun protokol GLOBALGAP merangkumi pelbagai produk pertanian secara amnya akan tetapi ia biasanya digunakan dalam pengeluaran khususnya produk buah-buahan dan sayur-sayuran. Kerja-kerja ini bermula seperti daripada pergerakan masyarakat sivil di Jerman dan menyebar ke seluruh dunia dalam masa yang singkat. Dilaporkan dimana pasaran yang terbesar dalam pembelian buah-buahan dan sayuran segar adalah negara-negara Kesatuan Eropah dan Persijilan (Certficate) GLOBALGAP dicari sebagai dokumen wajib dalam transaksi import negara-negara ini. Pengimport buah dan sayur terkemuka di Eropah memerlukan Sijil GLOBALGAP untuk produk yang mereka beli. Ini adalah kelebihan penting bagi pengeluar di negara-negara yang ingin menjual produk pertanian mereka kepada Kesatuan Eropah (EU). Pada penulis blog ia adalah sebagai tambahan kepada piawaian Amalan Pertanian yang Baik (Good Agriculture Practice) dari negara ketiga yang juga membuat pengaturan perundangan yang diperlukan untuk mematuhi protokol ini. GLOBALGAP diguna pakai untuk kedua-dua petani individu dan kumpulan petani pengeluar (contohnya koperasi, pengeksport besar, rumah pembungkusan, dan sebagainya); Kumpulan terdiri dari pengeluar-petani juga perlu memenuhi unsur-unsur yang berkaitan dengan dokumen Sistem Pengurusan Kualiti dan dapat menguruskan hubungan antara pengeluar. 
Ketelusan dan ketelusan adalah syarat yang paling penting dalam aplikasi GLOBALGAP. Semua proses bermula daripada tahap penyediaan tanah yang akan disemai, sehingga pengeluaran dibentangkan kepada pengguna dan semua peringkat di bawah kendali dan setiap aktiviti dicatat. Artikel pada tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya suka menulis mengenai GLOBALGAP untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.


Dalam sektor pertanian terutamanya tanaman ada banyak teknologi baru yang diperkenalkan hasil dari banyak aktiviti penyelidikkan dan biakbaka tanaman. Penghasilan teknologi baru ini disediakan untuk penyediaan dan proses siap guna bagi produk pertanian. Di peringkat dunia dimana pertambahan penduduk dunia memerlukan lebih banyak makanan dan faktur perubahan tabiat makanan juga mempengaruhi produk pertanian dipasaran. Ada teknologi yang digunakan baik untuk kegunaan dan kesihatan manusia sebaliknya ada teknologi yang membahayakan kesihatan manusia dan keselamatan produk makanan. Ini kerana jika penggunaan amalan teknologi itu tidak baik dimana ia akan merugikan manusia sebab boleh menjejaskan kesihatan mereka. Perkara ini juga yang menyebabkan ada beberapa pihak berkepentingan terutama dibeberapa negara maju mrmbust beberapa peraturan undang-undang diperingkat kebangsaan dan antarabangsa dalam menetapkan kriteria dan piawaian tertentu bagi produk makanan yang selamat dipasaran mereka. Perlu difahami dimana aspek Keselamatan Makanan (Food security) memang banysk unsur termasuk piawaian bahan makanan tidak mengandungi bahan komponen luar biasa, menyimpan komponen yang tidak merbahaya untuk diterima, mematuhi kebersihan dan kebersihan semasa proses pengeluaran makanan, memberikan kepentingan untuk hubungan dengan alam sekitar dalam pelbagai peringkat pengeluaran makanan dan juga 
aktiviti pengeluaran memberi keutamaan kepada kesihatan dan kesejahteraan pengguna. Para peruncit di negara Eropah telah berkumpul untuk mempastikan produk yang mereka tawarkan kepada pelanggan adalah selamat dimakan dan mengikut prinsip kemampanan. Dokumen ini akan digunakan sebagai jaminan pemantauan produk yang hendak dipasarkan mengikut piawaian. Pada tahun 2007 piawajan EUREPGAP telah sebagai GLOBALGAP untuk lebih meluas penggunaanya. Malaysia mempunyai persijilan MyGAP dan MyOrganic yang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian Malaysia.


Mereka yang ingin mendapatkan GLOBALGAP perlu memohon kepada Badan Persijilan GLOBALGAP iaitu sebagai organisasi pengeluar atau persatuan hendaklah terlebih dahulu mengisi Borang Permohonan. Borang ini bila diterima akan diproses sehingga mendapat kelulusan. Bagi mulakan kerja persijilan maka pengeluar atau pengilang bila lulus perlu tandatangani kontrak bersama Globalgap dimana nombor pendaftaran akan diberikan dan digunakan. Nombor ini akan didaftarkan dengan data GLOBALGAP induk sebagai rujukkan pengeluar atau persatuan untuk kebolehlesenan produk. Banyak langkah perlu diikuti diantaranya akan ada badan persijilan akan mengadakan rancangan audit dengan mengambil masa pengumpulan produk semasa pemeriksaan dijalankan. Persijilan Amalan Pertanian Yang Baik (GAP) bagi persijilan GLOBALGAP boleh dijalankan selari atau secara berasingan mengikut keperluan pemeriksa. Sijil GLOBALGAP merupakan sijil yang mana pengeluar ingin melakukan perniagaan produknya kepasaran antarabangsa. Dokumen ini diperlukan sebagai prasyarat untuk syarikat yang ingin mengeksport buah dan sayur-sayuran ke negara-negara Kesatuan Eropah. Sebaliknya sijil Amalan Pertanian Baik seperti MyGAP di Malaysia akan digunakan sebagai dokumen untuk pasaran domestik. Selalunya semasa pemeriksaan dijalankan dan pengeluar tidak berada pada tahap pematuhan yang mencukupi maka pengeluat yang meminta sijil akan diberi tempoh selama 4 minggu untuk menghapuskan segala ketidakpatuhan yang dikesan dan ketidakpatuhan dijangka dalam tempoh ini. Jika tidak ada halangan maka sijil GLOBALGAP ini akan dihantarkan kepada pemohon dengan tempah sahlaku selama satu tahun (1 tahun). Setelah hampir tamat tempoh sahlaku maka pemeriksaan atau penauditan akan dijalankan semula dan sijil GLOBALGAP baru akan dikeluarkan.


Pihak Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) adalah diantara agensi yang ingin melaksanakan Insentif Program Pembangunan Pasaran Kearah GLOBALGAP pada tahun 2023. Dalam portal LPNM ada dipaparkan borang permohonan pihak berminat untuk mendapatkan perkhidmatan persijilan ini.  Penulis blog teliti dimana k
andungan borang ini adalah hak cipta Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia dimana sebarang penyebaran atau pengubahsuaian kandungan borang ini adalah dilarang. Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia dengan ini memastikan maklumat yang diberikan oleh usahawan pengeluar tidak akan didedahkan kepada pihak lain tanpa kebenaran. Ia dipelawa kepada syarikat-syarikat pengeluar dan pemasar nanas yang berminat untuk mengeksport ke pasaran antarabangsa dan berhasrat melengkapkan pensijilan Global GAP sebagai polisi dan hala tuju syarikat. Pemohon atau Syarikat mestilah memenuhi syarat-syarat seperti iaitu (i) Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas; (ii) Diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125) atau enterprise yang diperbadankan dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197) atau; (iii) Berdaftar sebagai sebagai pekebun di bawah Akta Perindustrian Nanas 1957, Peraturan-Peraturan Perindustrian Nanas (Kawalan Buah) 1979 (Borang IV); (iv) Mengeluarkan hasil ladang nanas secara aktif; (v) Keluasan minimum ladang nanas sekurang-kurangnya 25 hektar dan ke atas; (vi) Keutamaan kepada projek yang memiliki kemudahan infrastruktur ladang seperti pusat pengumpulan hasil ladang / Collection, Processing and Packaging Center (CPPC); (vii) Keutamaan kepada yang telah memperolehi pensijilan myGAP dan / atau myOrganik yang masih aktif; (viii) Keutamaan kepada syarikat yang telah memperolehi nombor permohonan pendaftaran Global GAP dan/ atau telah menjalani pengauditan daripada agensi yang dilantik Global GAP dengan disertakan laporan penemuan audit sebagai dokumen sokongan. (ix) Syarikat Pengeksport atau Pengangkut Penjual perlu berdaftar dengan LPNM dan lesen yang masih aktif. Dimaklumkan dimana boleh dikemukakan lengkap borang permohonan.  Borang Permohonan Insentif bersama salinan dokumen sokongan yang berkaitan seperti iaitu terdiri dari Salinan Kad Pengenalan, Salinan Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (Borang A atau D termasuk maklumat perniagaan dan maklumat terkini pemilik), Salinan Borang 9, Borang 24 dan Borang 49 (jika Pendaftaran Syarikat atau SDN. BHD.), Salinan permohonan/ Sijil myGAP / myOrganik, Salinan permohonan pendaftran Global GAP (jika berkenaan), Salinan Laporan Pengauditan Global GAP (jika berkenaan) dan juga Profail syarikat. Sebarang pentenyaan lanjut maka sila berhubung dengan Pejabat LPNM yang berhampiran. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
GLOBALGAP... ITI PERSIJILAN DUNIA...
PERLU DIPOHON... OLEH PENGUSAHA...
PROSES AUDIT... PANJANG CERITANYA...
SUDAH LULUS... MELUAS PASARANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Zulkaedah 1444H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...