Support My Blog

Tuesday, June 9, 2015

KOSTING - UBI KAYU

UBI KAYU (Manihot esculenta) merupakan sejenis tanaman kontan yang semakin kurang popular ditanam di Malaysia. Sekitat tahun 1980'an keluasan tanaman ubikayu mencecah seluas 20,000 hektar tetapi pada tahun 2013 hanya seluas 2,970 hektar sahaja ditanam dengan jumlah hasil sebanyak 25.8 metrik tan (Laporan statistik Jabatan Pertanian 2013). Bagaimana pun dari segi produktiviti Malaysia mencatatkan jumlah tinggi berbanding dengan produktiviti negara jiran kerana kebanyakan hasil ubikayu di berikan pembajaan mencukupi. Tanaman ubikayu di Thailand dan Vietnam banyak diproses untuk dijadikan produk lain seperti kanji dan biodisel. Menanam ubi kayu dikatakan senang dan mudah kepada mereka yang selalu menanamnya. Tanaman ini mudah tumbuh dikawasan tanah subur dan dijaga dengan baik. Siapa sangka bahawa tanaman ubi kayu sebenarnya mempunyai musuh dan perosak semulajadi yang perlu dikawal agar kita mampu mendapatkan hasil yang banyak dan berkualiti. Antara beberapa jenis serangga dan haiwan perosak mampu menjejaskan kesuburan tanaman ubi kayu. Dari segi penyakit pula memang perlu dikenalpasti dan dikawal dengan cara yang betul untuk mengurangkan kadar kerosakan tanaman. Artikel petang ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" tanpa penat mengenai kosting tanaman ubi kayu untuk rujukan dan bacaan anda.



ANALISA KOS TANAMAN UBI KAYU:



Kosting bagi tanaman ubi kayu (Sila rujuk Jadual diatas) dijangka akan menghasilkan sebanyak 28,000 kg umbisi dan jika harga ladang RM0.50 memberikan pendapatan kasar ladang sebanyak RM 14,000.00 sehektar. Kos Pengeluaran ubi kayu adalah sebanyak RM 10,435.00 menjadikan anggaran pendapatan bersih tanaman ubi kayu sekitar RM 3,043.00 sehektar semusim. Jika ubi kayu dituai dalam masa 9 bulan maka pendapatan bersih tenaman ubi kayu sekitar RM338.10 sehektar SEBULAN. Anggaran titik pulang modal adalah RM0.52 atau jualan ubi kayu mesti melebihi RM0.39 sekilogram untuk membuat keuntungan. Kadar B/C Ratio tanaman ubikayu adalah sekitar 1.28 dan ini bermakna setiap RM1.00 yang dibelanjakan ianya akan memberikan pulangan modal sebanyak RM1.28. Tanaman ubi kayu tidak begitu menguntungkan berbanding dengan tanaman lain. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!.

TANAM UBI ... PILIH UBI KAYU...

KOS RENDAH?... TIDAK BEGITU...
LEPAS MATANG...CABUT DULU...
ENAK DIGORENG... SUDAH TENTU...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Tanaman Ubi,
Kg Bukit Tembakau, 
Melaka Tengah, Melaka,
Malaysia.
(27 Rejab 1436H)

Monday, June 8, 2015

KOSTING - LABU MANIS

LABU MANIS (Cucurbita moschata) merupakan sejenis tanaman menjalar dari keluarga Cucurbitaceae yang sesuai ditanam di Malaysia. Labu manis juga dipanggil sebagai Pumpkin (English), Peppo (Latin) dan Pompon (Perancis). Tanaman ini dikategorikan sebagai tanaman jangkapendek kerana hanya perlukan 3-4 bulan sahaja untuk dituai. Terdapat seluas 740 hektar tanaman labu manis dengan penghasilan sebanyak 6,240 metrik tan pada tahun 2014 yang bernilau sebanyak RM 7.3 juta (Sumber: Laporan statistik Jabatan Pertanian Malaysia). Kawasan utama tanaman labu manis di Malaysia adalah di Negeri Johor, Kelantan dan Pahang. Tanaman labu mania diusahakan secara komersial sebagai tanaman tunggal atau sebagai tanaman selingan dikawasan tanaman semula getah dan kelapa sawit. Penanaman labu manis telah dikategorikan sebagai tanaman kontan sementar amenunggu kelapa sawit dan getah dewasa. Amat kurang ia ditanam dikawasan yang tetap dan juga sebagai tanaman kontan apabila dibuat tanaman semula (replanting scheme. Labu manis dipasarkan segar untuk dijadikan sayuran, membuat kuim mueh dan sebagainya. Lanu manis mengandungi banyak bahan mineral yang baik untuk kesihatan. Sesiapa yang suka makan labu manis akan menjadi sihat dan sentiasa 'cool' sahaja jika mereka asalnya dari kategori 'panas baran'. Harga runcit labu air juga murah berbanding dengan khasiat yang akan kita perolehi. Artikel malam Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kosting tanaman labu manis untuk rujukan dan bacaan anda semua. 


Tanaman Labu Manis di Malaysia adalah untuk kegunaan domestik dan ekspot. Jenis labu yang ditanam dulu dari jenis labu manis yang berbentuk leper dan besaiz agak besar. Kini hanya 'Labu Taiwan' yang banyak ditanam oleh petani yang bentuk agak bulat dan saiz agak kecil sedikit. Pemerhatian penulis di Johor dan Melaka mendapati petani menggunakan benih Taiwan yang didakwa sebagai benih hybrid dengan harga runcit sekitar RM25.00 sekilogram. Sebanyak 800 gram benih diperlukan untuk sehektar tanaman. Daun labu berbentuk lebar berwarna hijau dan berbulu. Batang labu menjalar diatas tanah dan berwarna hijau. Pucul labu sering digunakan sebagai sayuran. Bunga labu berwarna kuning dan didebungakan oleh serangga seperti lebah, rama-rama dan juga semut. Buah labu berbagai bentuk yang bulat, leper dan mempunyai ketak-ketak. Labu muda putik berwarna hijau dan ada corak dan apabila matang akan berwarna kekuningan atau coklat dan kulit yang agak keras.

Jadual 1: Kosting Sehektar Labu Manis




Jadual 1 diatas menunjukkan kosting labu manis yang disediakan oleh pihak Jabatan Pertanian. Labu Manis mampu mengeluarkan sebanyak 15,000 kg sehektar dan jika harga ladang purata RM0.85 sekilogram maka anggaran pendapatan kasar adalah RM12,750.00 sehektar semusim. Anggaran kos pengeluaran bagi pembelian bahan input menunjukkan ia sebanyak RM6.039.00, Kos Tenaga Kerja sebanyak RM3,050 dan Kos tetap sebanyak RM 1,662.00 dan kos kontigensi menjadikan jumlah kos pengeluaran sebanyak RM 11,280.55 sehektar. Analisa kewangan menunjukkan bahawa anggaran pendapatan kasar labu manis agak rendah iaitu hanya RM1,641.45 sehektar. Lazimnya penanam labu manis akan menanam seluas 4 - 5 hektar untuk mendapatkan margin keuntungan yang lebih tinggi dan berdaya maju. Analisa juga menunjukkan harga titik pulang modal adalah sebanyak RM0.75 iaitu agak tinggi. Ini menjadikan kadar Kos-Faedah tanaman labu manis (BC Ratio) sebanyak 1.13 sahaja. Adalah perlu penanam labu menanam dan menjual dengan harga RM1.50 diladang atau meningkatkan pengeluarannya bagi meningkatkan margin keuntungan tanaman ini. Ini menyebabkan tidak ramai penanam labu di negara kita sejak dahulu. Penanaman labu mempunyai masaalah pemasaran (pada musim-musim tertentu), serangan penyakit (Keluarga Cucurbitaceae mudah diserang penyakit) dan masaalah harga yang tidak menentu.  Walau pun labu manis agak tahan lama disimpan tetapi aktiviti lepas tuai sebelum dan selepas penuaian perlu dilakukan dengan baik. Semuga artikel ini dapat memberikan info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!.


TANAM LABU...POTENSI APA...
LABU MANIS...3 BULAN SAJA...
HARGA RENDAH...KENA JAGA...
UNTUNG SIKIT.. BAGAIMANA?...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 107, Hotel Kristal,
Bandar Iskandar,
Perak,  Malaysia.
(23 Syaaban 1436H) 

Sunday, June 7, 2015

KOSTING : BENDI

KACANG BENDI atau Okra (Hisbiscus esculentus Linn) merupakan sejenis sayuran dari Keluarga Malvaceae yang mudah ditanam dengan adanya ilmu pengetahuan mengenai teknologi penanaman bendi. Bendi yang ada di Malaysia kini dipercayai berasal dari Afrika Tengah dan banyak di tanam di Negeri Johor, Perak, Kelantan serta Pulau Pinang. Di Johor sahaja seluas 460 hektar di tanam pada tahun 2014 dimana daripada jumlah tersebut seluas 90 hektar ditanam di Daerah Muar dengan pengeluaran sebanyak 1,620 metrik tan setahun. Nama lain bendi adalah Okra ; Lady's finger (English), Gambo (Indonesia), Kacang Bendir; Sayur Lendir ; Bendi ; Sayur Bendir (Malaysia), okra ; saluyot ; haluyot (Filipina), krachiap-khieo (Thailand), yau-padi (Myanmar) dan poot-barang (Cambodia). Bendi dipercayai berasal dari kawasan Asia Tenggara (okra) tetapi ditanam dimerata dunia termasuk Afrika, India dan Brazil. Kebanyakan bendi diguna segar sebagai sayuran (segar mentah, di rebus atau digoreng) dan dibuat jeruk. Biji bendi boleh di buat 'Serbuk Kopi" semantara daunnya untuk makanan ruminan dan batangnya diproses jadi fiber. Artikel ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" berkaitan dengan kosting kacang Bendi untuk rujukan pembaca semua.

Terdapat 2 jenis bendi yang popular di Malaysia iaitu Jenis 5-segi dan Jenis 7-segi. Pengguna di Selatan Semenajung Malaysia mengemari jenis 5-segi berbanding di negeri bahagian Utara Semenanjung yang minat Bendi 7-segi (Kedah, Penang , Perak dan Perlis). Bendi didapati kaya dengan zat makanan seperti Kalsium (77 mg/ 100gram), Protin (1.7 g), Lemak (0.1 g), Kabohiderat (5.9 g), Karotin beta (200 mcgm), Asid Askorbik (19.3 mcgm) dan Tenaga 129 kj (31 kilo kalori) lain-lain lagi. Biji bendi yang matang juga mempunyai potensi untuk di proses bagi mendapatkan minyak sayuran yang bermutu tinggi dan juga boleh diproses goreng untuk dijadikan bahan minuman sebagai kopi. Daun muda bendi boleh dimakan sebagai sayuran ulaman manakala daun yang tua boleh diproses sebagai bahan kraftangan yang cantik. Bendi yang dtanam diatas tanah mineral yang subur akan memberikan hasil yang tinggi dengan Amalan Pertanian Baik (APB). Kawasan tanaman perlu dibajak 2 minggu sebelum menanam dan di naikkan batas-batas menggunakan trektor atau manual. Bubuh Kapur sebanyak 2 mt/ha ditabur dan kemudian dibubuh baja organik (Tahi ayam) dengan kadar 3-5 mt/ha sebelum di tutup dengan plastik silvershine dengan anggaran keperluan sebanyak 20 gulong sehektar. Plastik silvershine ini dapat membantu menjaga kelembapan tanah, meningkatkan kehilangan baja, mengawal serangga perosak dan mengawal rumpai.




Jadual 1 diatas menunjukkan kosting tanaman bendi yang boleh dijadikan bahan rujukkan. Bendi adalah tanaman yang ambil masa 3 bulan untuk berhasil dan boleh menjangkau 4 bulan sehingga tamat menuai. Anggaran hasil tanaman bendi sebanyak 15,000 kg sehektar dan jika purata harga ladang bendi sekitar RM1.50 sekilogram maka anggaran pendapatan kasar ladang sebanyak RM27,000 semusim. Kos Pengeluaran melibatkan kos bahan input sebanyak RM9,009.60, Kos upah tenagakerja sebanyak RM6,230 dan kos tetap dan luarjangka menjadikan jumlah kos pengeluaran tanaman kobis bulat adalah sebanyak RM18,151 sehektar. Analisa kewangan menunjukkan anggaran pendapatan bersih ladang bagi tanaman bendi sekitar RM 8,848 sehektar semusim. Ini membolehkan petani menanam sebanyak 2-3 kali penanaman bendi bulat ditapak sama jika diusahakan dengan komersil. Anggaran purata titik pulang modal sekitar RM 1.21 sekilogram dan nilai BC Ratio adalah 1.49. Ini bermakna menanam bendi adalah menguntungkan dimana setiap RM1.00 dibelanjakan akan memberikan pulangan sebanyak RM1.49. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!.

TANAM BENDI... JENIS 5 SEGI...
DIPETIK MUDA... BENIH DI BELI ..
POKOK DIJAGA... SETIAP HARI...
MAKAN BENDI... ENAK SEKALI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 108, SE Hotel,
Jalan New Chain, Butterworth, 
Pulau Pinang, 
Malaysia.
(13 Syaaban 1436H)

Saturday, June 6, 2015

KOSTING - KOBIS BULAT


KOBIS BULAT (Brassica oleraceae var capitata) adalah sejenis tanaman sayuran dari keluarga Brassicaceae yang popular dikalangan petani di kawasan tanah tinggi Malaysia. Kobis Bulat adalah komoditi sayuran utama di kawasan seperti Cameron Highland, Pahang dan Kundasang di Sabah. Pengeluaran kobis diseluroh dunia adalah sebanyak 234.87 juta metrik tan setahun dengan negara Belanda sebagai pengeluar kobis utama dunia. Kobis ditanam untuk digunakan sebagai sayuran, dimakan mentah sebagai salad atau diproses sebagai jeruk dan sebagainya. Terdapat seluas 914 hektar tanaman kobis di usahakan di Malaysia pada tahun 2009 dengan pengeluaran sebanyak 12,184 metrik tan bernilai RM 20.184 juta. Keluasan penanaman kobis bulat saya dapati ini tidak banyak berubah pada tahun 2010, 2011 dan tahun 2013. Kawasan penanam kobis bulat utama di Malaysia ialah di Cameroon Highland Pahang (520 ha) dan Kundasang Sabah (276 ha) dan Lojing Kelantan (166 ha). Kobis juga ada ditanam di Sarawak, Kedah dan Terengganu secara kecil2an dinama saiz keluasan kurang dari 5 hektar. Penanaman kobis sesuai dikawasan subtropika yang beriklim sederhana tetapi kini telah ada benih hibrid baru dimana kobis bulat boleh diusahakan dikawasan tanah tropika yang rendah dan bercuaca panas. Kobis bulat perlukan tanah yang subur dengan sistem saliran yang sempurna. Kobis bulat tidak sesuai ditanam dalam musim hujan kerana hasilnya mudah rosak. Tanah yang mempunyai pH antara 5.0 - 6.0 adalah paling ideal untuk tanaman kobis. Tanah perlukan baja organik yang banyak untuk menentukan kesuburannya. Dikawasan tanah tinggi seperti di Cameroon Highland, kobis kini banyak ditanam dibawah struktur pelindung hujan (SPH) bagi mengelakkan kerosakan semasa musim hujan. Penanaman kobis bulat dikawasan tanah terbuka bagaimana pun sesuai ditanam sepanjang tahun. Dalam pemerhatian saya menganai penanaman kobis bulat di Cameroon Highland, kebanyakan petani menanam dilereng bukit dengan sistem penanaman yang dijadualkan.
Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kosting dan teknologi penanaman kobis bulat untuk rujukan dan bacaan anda berdasarkan pengalaman, rujukan kepad abuku teknikal dan pemerhatian yang dijalankan.



Jadual 1: Kosting Tanaman Kobis Bulat



Jadual 1 diatas menunjukkan kosting tanaman kobis bulat yang boleh dijadikan bahan rujukkan. Kobis bulat adalah tanaman yang mengambil masa 3 bulan sehingga kutipan hasil jika dibandingkan dengan tanaman sayuran lain. Anggaran hasil tanama kkobis bulat sebanyak 25,000 kg sehektar dan jika purata harga ladang sekitar RM1.00 sekilogram maka anggaran pendapatan kasar ladang kobis bulat sebanyak RM25,000 semusim. Kos Pengeluaran melibatkan kos bahan input sebanyak RM11,848.00, Kos upah tenagakerja sebanyak RM5,150 dan camput kos tetap dan luarjangka menjadikan jumlah kos pengeluaran tanaman kobis bulat adalah sebanyak RM19,593 sehektar. Analisa kewangan menunjukkan anggaran pendapatan bersih ladang bagi tanaman ini sekitar RM 5,407 sehektar semusim. Ini membolehkan petani menanam sebanyak maksima 2 kali penanaman kobis bulat ditapak sama jika diusahakan dengan komersil. Anggaran purata titik pulang modal sekitar RM 0.78 sekilogram dan nilai BC Ratio adalah 1.28. Ini bermakna menanam kobis bulat adalah menguntungkan iaitu jika ditanam secara komersil memang memberikan pendapatan yang memang lumayan. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!.

KOSTING KOBIS...MACAM MANA...
KOBIS BULAT... 3 BULAN SAHAJA...
TANAH TINGGI ...SUBUR DIANYA...
MENGIMPORT....DARI CHINA.....

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Hotel Pasadena,
Brinchang, Cameron Highland,
Pahang, Malaysia.
(21 Syaaban 1426H)

Friday, June 5, 2015

KOSTING : CILI BESAR

CILI MERAH (Capsicum annuum) adalah sejenis cili besar dari keluarga Solanaceae yang merupakan sayur jenis berbuah popular dan luas penanamannya di Malaysia setiap tahun. Seluas 2,850 hektar cili merah ditanam setiap tahun dinegara kita dengan anggaran pengeluaran sebanyak 32,600 mt yang bernilai sekitar RM 206.6 juta. Cili merah adalah jenis tanaman sayur tanah rendah yang ditanam secara komersil dan monokrop terutama di Johor, Perak, Selangor dan Pahang. Terdapat beberapa varieti cili merah yang popular ditanam oleh petani dimana ia sesuai untuk pasaran segar. Varieti cili besar yang baik perlu mempunyai kandungan pepejal yang tinggi dan tahan terhadap penyakit dan serangan-serangan serangga. Penanaman cili merupakan antara komoditi yang paling berisiko tetapi ia juga adalah komoditi yang paling menguntungkan jika penghasilan tinggi dan menerima harga pasaran yang baik. Harga cili diladang serendah RM 2.50 sekilogram boleh mencecah kepada RM 18.00 dipasaran runcit terutama semasa musim tengkujuh sekitar bulan November sehingga Januari setiap tahun. Artikel Subuh Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kosting cili merah berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan bacaan daripada buku teknikal untuk rujukan anda.

Penanaman cili merah atau cili besar ini dimulakan dengan menyediakan kotak semaian berukuran 45 cm panjang, 22 cm lebar dan 10 cm tinggi. Isikan kotak semaian dengan tanah campuran mengandungi tiga bahagian tanah, satu bahagian tahi ayam reput dan satu bahagian pasir. Mmenyemai lima gram biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutp benih dengan lapisan nipis tanah. Jarak tanaman adalah 5 cm antara baris dan 2 cm antara pokok. Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari. Sebaiknya kotak semaian mesti ada dilindungi daripada cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan. Kerja mengubah anak benih ke ladang 3 - 4 minggu selepas disemai. Sebelum diubah ke ladang, dedahkan anak benih kepada cahaya matahari selama 3-4 hari untuk mengeraskannya. Aktiviti menenam anak benih yang berumur enam minggu boleh diubah terus ke batas. Sebelum mencabut basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali. Kemudian, gali anak beni dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas. Jarak tanaman adalah 90 cm antara pokok dan 150 cm antara baris. Tabur baja di keliling pokok dengan kadar satu sudu besar atau 10 gram sepokok setiap dua minggu. Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan. Bersihkan batas daripada rumpai menggunakan tanah, cangkul atau tajak. Cili boleh dipetik lapan minggu selepas diubah ke ladang dan pungutan hasil dibuat setiap tiga atau empat hari. Anggaran hasil dari kawasan 50 meter persegi adalah 100-200 kg.

Jadual 1:  KOS TANAMAN CILI BESAR




Jadual 1 diatas menunjukkan kosting tanaman cili besar yang boleh dijadikan bahan rujukkan. Cili besar adalah tanaman yang mengambil masa 5-6 bulan kutipan hasil jika dibandingkan dengan tanaman sayuran lain. Anggaran hasil tanama cili merah sebanyak 14,000 kg sehektar dan jika purata harga ladang  sekitar RM4.00 sekilogram maka anggaran pendapatan kasar ladang cili besar sebanyak
 RM56,000 semusim. Kos Pengeluaran melibatkan kos bahan input sebanyak RM17,244.50, Kos upah tenagakerja sebanyak RM7,055 dan camput kos tetap dan luarjangka menjadikan jumlah kos pengeluaran tanaman cili besar adalah sebanyak RM28,341 sehektar. Analisa kewangan menunjukkan anggaran pendapatan bersih ladang bagi tanaman ini sekitar RM 27,658 sehektar semusim. Ini membolehkan petani menanam sebanyak maksima 2 kali penanaman cili ditapak sama jika diusahakan dengan komersil. Anggaran purata titik pulang modal sekitar RM 2.02 sekilogram dan nilai BC Ratio adalah 1.98. Ini bermakna menanam cili besar adalah menguntungkan iaitu jika ditanam secara komersil memang memberikan pendapatan yang memang lumayan. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!.

TANAM KOBIS... DITANAH TINGGI...
JENIS HIBRID... BENIHNYA DI BELI ..
PERLU DIJAGA... SETIAP HARI...
KOBIS BULAT... MANIS SEKALI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek TKPM Lojing 1,
Lojing, Gua Musang,
Kelantan,
Malaysia.
(13 Syaaban 1436H)

Thursday, June 4, 2015

KOSTING - KACANG PANJANG

KACANG PANJANG (Vigna sesquapedalis L) merupakan sejenis tanaman sayuran jenis buah dari keluarga Fabaceae (Dulu Leguminaceae) yang ditanam di Malaysia. Tumbuhan ini ditanam secara komersil oleh petani tempatan untuk pasarandomestik dan juga pasaran ekspot. Dalam Bahasa Inggeris ianya juga di panggil sebagai Yardlong Bean, Snake Bean, Bora, Long-poded cowpea dan Asparagus bean. Pemerhatian saya mendapati, sayur kacang panjang ditanam dengan sistem para terutama teknologi 'Para Trellis' dimana ianya adalah ekonomik, praktikal dan mudah diuruskan. Keluasan tanaman kacang panjang di Malaysia adalah 3,020 hektar pada tahun 2011 dengan jumlah pengeluaran sebanyak 41,680 metrik tan yang dianggarkan bernilai RM 102.2 juta. Kacang Panjang adalah jenis sayuran buah yang ke dua popular ditanam di Malaysia selepas tanaman Cili Besar (Capsicum annum). Jika dibandingkan dengan tahun 2005 seluas 2,866 hektar kacang panjang ditanam adalah turun naik bergantung kepada banyak faktur iaitu seluas 3,319 hektar (2006), 2,781 hektar (2007), 2,772 hektar (2008) dan 2,614 pada tahun 2009. Kajian saya daripada beberapa kebun yang menanam kacang panjang di Johor mendapati anggaran purata hasil kacang panjang sekitar 14 metrik tan sehektar. Kacang Panjang dimakan segar sebagai ulam, di masak tumis, sayur campur, Bahan ramuaan nasi goreng dan sebagainya. Artikel pagi Sabtu ini saya menulis kosting dan juga teknologi penanaman Kacang Panjang dalam 'Anim Agro Technology' untuk dikongsi bersama pembaca blog ini.

Kacang Panjang adalah jenis tanaman semusim yang memanjat dengan batangnya yang akan melilit kayu sokongan atau tali sokongan pada sistem trellis. Daunnya yang berwarna hijau mempunyai bentuk seperti dengan hujung tirus berukuran 6 -10 cm panjang dan 4 - 10 cm lebar. Bunga kacang panjang keluar daripada celah ketiak daun dan warna bunga bergantung kepada varieti sama ada putih, ungu atau kemerahan. Varieti kacang Panjang belum di senaraikan didalam Daftar Varieti Kebangsaan Jabatan Pertanian tetapi apa yang saya perhatikan, dua varieti popular yang di tanam adalah jenis Kacang Biji Putih dan Kacang Panjang Biji Hitam. Antara varieti yang dijual di pasaran seperti Benih GreenEagle No 388(Biji Hitam - Wira Black Seed), No. 389 (Black Seed Purple Seed), No. 391 (Black Seed Dragon Snake Seed), No 395 (Dwarf long bean), No 398 (White Seed Longbean), No 318 (Snow white), No 350 (Black Soldier) dan juga No. 399 (Red Cloud Longbean). Ramai petani yang menggunakan benih kacang panjang sendiri dengan kaedah pembiakbakaan pemilihan (Selection process) berdasarkan kepada pengalaman petani sendiri selama beberapa musim menanam kacang panjang.

Jadual 1: Kosting Kacang Panjang





Jadual 1 diatas menunjukkan kosting tanaman Kacang panjang yang boleh dijadikan bahan rujukkan. Kacang panjang adalah tanaman yang ambil masa 3 bulan untuk berhasil jika dibandingkan dengan tanaman sayuran lain. Anggaran hasil tanaman kacang panjang sebanyak 16,000 kg sehektar dan jika purata harga ladang kacang panjang sekitar RM1.20 sekilogram maka anggaran pendapatan kasar ladang sebanyak RM19,200 semusim. Kos Pengeluaran melibatkan kos bahan input sebanyak RM8,960, Kos upah tenagakerja sebanyak RM5,540 dan kos tetap dan luarjangka menjadikan jumlah kos pengeluaran tanaman kobis bulat adalah sebanyak RM16,977.45 sehektar. Analisa kewangan menunjukkan anggaran pendapatan bersih ladang bagi tanaman kacang panjang sekitar RM 2,222.55 sehektar semusim. Ini membolehkan petani menanam sebanyak 3 kali penanaman kacang panjang ditapak sama jika diusahakan dengan komersil. Anggaran purata titik pulang modal sekitar RM 1.06 sekilogram dan nilai BC Ratio adalah 1.13. Ini bermakna menanam kacang panjang adalah menguntungkan iaitu jika ditanam secara komersil memang memberikan pendapatan yang lumayan. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!.



KACANG PANJANG... JENIS APA...
JENIS HIBRID... DITANAM RATA ..
PERLU DIJAGA... SETIAP MASA...
BERHASIL... DIPETIK SEGERA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek TKPM Sg Blankan,
Sepang, Selangor,
Malaysia.
(13 Syaaban 1436H)

Wednesday, June 3, 2015

KOSTING - KELEDEK

UBI KELEDEK (Impomea batatas) atau mudahnya dipanggil keledek yang ditanam secara meluas di negara ini. Tanaman keledek memang boleh hidup subur dalam julat suhu 27 hingga 30 darjah Celsius dan kawasan dengan taburan hujan melebihi 100 sentimeter setahun. Ia juga sesuai di tanam di kawasan tanah lom berpasir dan tidak bertakung air dengan pH tanah yang sesuai adalah pH4.5 hinga pH7.0 dikawasan tanah mineral atau tanah gambut. Tanah yang sesuai sebaiknta mempunyai sistem saliran yang baik kerana umbisi keledek akan rosak jika terendam dalam air. Terdapat beberapa varieti tanaman keledek di Malaysia seperti Keledek Bukit Naga, Keledek Vitato, Keledek Ungu, Keledek Banting, Keledek Gendut dan beberapa lagi. Anda boleh membaca perincian mengenai vrieti keledek dalam artikel saya sebelum ini (Sila klik disini). Keledek yang ditanam lazimnya dijual segar untuk dijadikan kuih mueh, digoreng, dijadikan inti karipap dan ada yang memproses untuk menjadi tepong keledek. Keledek vitato yang diperkenalkan oleh MARDI merupakan jenis keledek yang sesuai untuk tujuan pemprosesan. Keledek Bukit Naga dan Keledek Gendut merupakan dua varieti yang paling popular ditanam dinegara kita. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai amalan agronomi tanaman keledek dan kosting tanaman keledek untuk dijadikan bahan rujukan.

Penanaman leledek memerlukan kawasan sesuai dan petani mengetaui akah amalan teknologi dengan baik. Ubi keledek boleh hidup di pelbagai jenis tanah termasuk tanah yang kurang subur dengan pembajaan yang sesuai. Saliran perlu untuk mengelak air bertakung dengan membina parit. Tanah perlu dibajak dengan bajak piring iaitu untuk membalik-balikkan tanah untuk menghapuskan rumpai dan menambah bahan organik. Ia diikuti dengan bajak putar untuk menghancurkan tanah untuk mendapatkan tekstur yang gembur. Batas perlu untuk tanaman ubi keledek dengan ketinggian 30 hingga 40 cm dan lebar 60 cm. Lazimnya tanaman keledek ditanam menggunakan keratan batang dan pucuk dari pokok yang sedang menjalar. Panjang keratan lebih kurang 30 sm yang mana keratan dicucuk ke dalam tanah dan tinggalkan sebahagian pucuk di permukaan tanah. Jarak antara pokok adalah 25 sm bergantung kepada jenis tanah dan varieti ubi keledek. Pembajaan keledek bagi tanah yang berasid, pengapuran perlu untuk menaikan pH perlu dijalankan. Kadar pembajaan yang biasa adalah 70N: 86P2O5 :173K2O kg/ha bergantung kepada kesuburan tanah, jarak tanaman dan keadaan tanah. Baja diberi selepas tiga atau empat minggu ubi keledek ditanam.

Pengawalan rumpai perlu dilakukan bagi mempastikan ia tidak menganggu tanaman keledek. Merumpai dijalankan semasa pokok membesar iaitu tiga minggu selepas ditanam dan sekali lagi mengikut keperluan. Kawalan rumpai boleh secara manual atau menggunakan racun rumpai. Kawalan perosak dan penyakit bagi tanaman keledek dilakukan mengikut tahap serangan. Antara musuh ubi keledek adalah seperti tikus, siput dan lain-lain. Bagi jenis serangga yang biasa menyerang adalah seperti kumbang (Cylas formicarius) yang mana larvanya akan menyerang pangkal pokok dan kumbang dewasa akan duduk melekat pada daun, akar dan batang. Serangan penyakit akar hitam atau reput pangkal pokok disebabkan oleh kulat iaitu Ceratosmella fimbriata. Kawalan boleh dilakukan dengan cara amalan kultura yang baik dan membuang pokok-pokok yang diserang penyakit. Jika dijaga dengan baik lazimnya pungutan hasil keledek boleh dipungut antara 4 - 6 bulan selepas ditanam bergantung kepada jenis dan penjagaan. Keledek boleh disimpan tetapi mestilah cukup tua dengan tempat penyimpanan yang mempunyai pengudaraan yang baik. Anggaran hasil adalah di antara 10 dan 15 tan/ha bergantung kepada penjagaan dan jenis ubi keledek.




ANGGARAN KOSTING KELEDEK


Kosting bagi tanaman keledek (Sila rujuk Jadual diatas) menghasilkan sebanyak 24,000 kg umbisi dan jika harga ladang RM0.80 memberikan pendapatan kasar ladang sebanyak RM 19,200.00 sehektar. Kos Pengeluaran adalah sebanyak RM 11,833.00 menjadikan anggaran pendapatan bersih tanaman keledek sekitar RM 6,775.00 sehektar semusim. Jika keledek dituai dalam masa 4 bulan maka pendapatan bersih tenaman keledek sekitar RM1,693.75 sehektar SEBULAN. Anggaran titik pulang modal adalah RM0.52 atau jualan keledek mesti melebihi RM0.52 sekilogram untuk membuat keuntungan. Kadar B/C Ratio tanaman keledek adalah sekitar 1.55 bermakna setiap RM1.00 yang dibelanjakan akan memberikan pulangan modal sebanyak RM1.55. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!.

TANAM KELEDEK... BUKIT NAGA...
KELEDEK UNGU.... RAMAI SUKA...
REBUS EMPUK...GORENG ENAKNYA...
KOSTING KELEDEK... BAGAIMANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek TKPM,
Kg Baru, Sungkai,
Perak, Malaysia.
(28 Rejab 1436H)

Tuesday, June 2, 2015

BELIMBING BULUH - APA KHASIATNYA

BELIMBING BULUH (Averrhoa bilimbi) atau juga dipanggil sebagai 'Belimbing asam'  ialah sejenis buah-buahan yang berasal atau natif daripada Malaysia dan Indonesia. Buah belimbing ini adalah berbentuk kecil dengan bentuk bulat selinder atau seakan bersegi panjang dengan warna hijau muda ketika muda dan sedikit kekuniingan apabila telah matang. Pada masa ini tidak ada maklumat keluasan tanaman ini dilaporkan di Malaysia tetapi penulis mampu menganggarkan sekitar 15-20 hektar CHE. Buah Belimbing ini jarang dimakan segar kerana rasanya terlalu masam menyebabkan ia sesuai untuk dijadikan bahan masakan atau diproses menjadi produk lain. Buah yang hampir masak biasanya digunakan sebagai penyedap rasa masakan dan sebagai ramuan sambal yang menjadi pencecah untuk sayuran tradisional seperti Sambal Hitam Belimbing Buluh yang terkenal di Pahang (Sila klik disini). Belimbing buluh juga digunakan sebagai ramuan masakan seperti masakan ikan kari asam pedas dan udang lemak kuning. Buah belimbing buluh dapat menghilangkan rasa hanyir terutamanya untuk masakan dengan jenis ikan darat (ikan air tawar) seperti ikan baung, ikan patin dan sebagainya. Resepi masakan ikan patin merupakan satu hidangan yang poplar di Pahang yang dimasak dengan belimbing buluh. Penulis sendiri memang suka makan nasi dengan ikan patin di Temerloh yang enak dan lazat. Masakan istimewa ikan patin dengan belimbing buluh ini disukai oleh semua kaum di Malaysia dan harga jualan juga mengikut kemampuan. Buah belimbing buluh juga sering digunakan untuk beberapa jenis masakan orang Melayu dan orang Cina mengikut kesesuaian resepi. Bekalan belimbing buloh ini memang mudah didapati dipasar malam atau pasar tani dan ia selalunya ditanam sebagai tanaman keliling rumah sahaja. Terdapat beberapa petani di Negeri Pahang, Selangor dan Johor  yang mengusahakan tanaman belimbing buluh secara monokrop dan komersil untuk jualan. Uniknya pokok ini mampu berbuah sepanjang tahun dan kurang diserang penyakit. Artikel subuh ini say amenulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai khasiat belimbing buluh yang boleh dimanafaatkan.

Belimbing buluh selain daripada dijadikan ramuan dalam masakan juga dipercayai mempunyai kegunaan lain. Antaranya ia boleh diproses untuk dijadikan bahan ekstrak metanol dari bahagian daun pokok ini. Bahan ini mengikut beberapa rujukan didapati mempunyai sifat antibakteria terhadap Pseudomonas aeruginosa dan Staphylococcus aureus serta sedikit kesan terhadap Bacillus subtilis . Bagaimanapun bahan ekstrak itu langsung tidak berkesan terhadap bakteria lain seperti Staphylococcus aureus, Bacillus subtilis, Escherichia coli, Pseudomonas aeruginosa dan Klebsiella pneumonia. Sebaliknya, pokok ini peka terhadap bakteria-bakteria ini. Ini yang mungkin akan membolehkan belimbing buluh memang sinonim dengan kaedah perubatan tradisional dikalangan masyarakat tempatan sejak dahulu. Tahap kemasaman buahan belimbing buluh sendiri membolehkan ia memang dipercayai mampu mengubati banyak masaalah kesihatan. Belimbing buluh juga kini telah digunakan dalam perubatan tradisi moden. Walau pun secara tradisi tidak mengatakan cara perubatan Melayu tidak kenal penyakit moden seperti kencing manis atau darah tinggi, ianya masih lagi sesuai diaplikasikan dengan cara dan kaedah yang betul. Walau pun petua ini tidaklah berdasarkan mana-mana kajian moden atau amalan tradisi dan tidak terbukti keberkesanannya. Ia merupakan pilihan terbaik terutama dikawasan pendalaman yang jauh daripada dunia perubatan moden dikatakan sebagai pilihan alternatif.


Jus buah belimbing buluh ini dikatakan sebagai berkesan untuk melegakan penyakit darah tinggi, kencing manis dan juga kejadian kes pitam. Selain itu ia juga amat berkesan untuk melicinkan kulit muka serta mengatasi masalah jerawat terutama dikalangan mereka yang ada masaalah tersebut. Ada dikalangan penduduk kampong yang menggunakan belimbing buloh sebagai rawatan untuk masaalah sakit gigi. Bagi mereka yang ada menghidapi batuk yang berterusan maka akan menyusahkan dan adalah dinasihatkan agar mengambil belimbing buloh segar dan kemudian merebus buah ini dan minum air rebusan ini setiap pagi dan petang.  Belimbing buluh atau nama saitifiknya (Averrhoa bilimbi) adalah daripada keluarga (Oxalidaceae) dipanggil juga belimbing asam banyak terdapat dijual oleh penjual sayur-sayur kampong di pasar-pasar tani. Buahnya berbentuk kecil dan bersegi empat memanjang. Pokok belimbing buluh berasal dari Indonesia dan Malaysia, sering digunakan dalam masakan orang melayu dan cina. Belimbing buluh jarang dimakan segar kerana rasanya yang terlalu masam, namun biasanya buah yang hampir masak dicampur sebagai ramuan dalam sambal belacan atau dibuat jeruk. Enak juga dicampur dalam masakan seperti udang masak lemak cili api atau kari ikan terutama masakan ikan air tawar kerana belimbing buluh dapat menghilangkan rasa hanyir. Selain dari digunakan sebagai ramuan tambahan untuk dijadikan dalam masakan, buah belimbing buluh juga digunakan dalam perubatan tradisional. Jus buah belimbing buluh dikatakan baik untuk melegakan kencing manis dan darah tinggi, ini mungkin disebabkan kemasaman yang terdapat pada rasanya.


Secara tradisi belimbing buloh dikatakan berkesan untuk melicinkan kulit muka serta mengatasi masalah jerawat dan merawat sakit gigi. Air rebusannya juga didakwa boleh meredakan penyakit batuk. Namun tiada kajian perubatan moden yang dapat menyokong kesahihan dan juga bukti keberkesanannya. Selain itu penulis juga ada mendengar daripada penduduk kampong dan beberapa pakar herba mengenai khasiat Buah Belimbing Buluh tempatan. Belimbing buloh ini dikatakan mengandungi banyak khasiat yang tidak ternilai. Daunnya apabila digiling halus dan kuga dilumur boleh menghilangkan jerawat dan melembutkan kulit di muka serta beberapa masaalah sakit-sakit sendi serta panau. Daun belimbing buloh yang direbus, dikatakan memang boleh mengubati masaalah batuk, dapat menurunkan tekanan darah tinggi dan pitam. Untuk tahu bagaimana cara menghilangkan batuk, campurkan sebanyak segenggam bunga belimbing buluh dengan campur sedikit jus pegaga yang telah ditumbuk bersama 2 biji bawang merah dan 1 batang kulit kayu manis sebesar jari kelingking. Seterusnya ramuan tersebut perlu direbus dan ditapis air rebusan itu. Kemudian minum dengan mencampurkan sedikit madu dengan kekerapan meminum segelas pada 3 kali sehari. Penulis juga dapat info untuk anda yang ada darah tinggi disyorkan memetik 3 biji buah Belimbing Buluh dan kemudian dipotong kecil-kecil dan rebus. Kemudian minum air rebusannya selepas sarapan pagi setiap hari.  Untuk bayi yang diserang penyakit kuning, mandikan dengan air rebusan daun belimbing untuk meredakannya. Wasallam!.

BELIMBING BULUH...MASAM RASANYA...
BUAH LONJONG... MUDAH TANAMNYA...
TIDAK BERMUSIM...BANYAK HASILNYA...
DI PAHANG...SAMBAI HITAM ENAKNYA... 

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Kelapa dan Herba Tekad Serumpun,
Tg Balau, Desaru, Kota Tinggi,
Johor, Malaysia.
(30 JamadilAkhir 1436H)

Monday, June 1, 2015

LIMAU - PRODUK HASILAN LIMAU (Part 1)

BUAH LIMAU (Citrus spp) kaya dengan khasiat seperti zat vitamin C iaitu merupakan sejenis buah-buahan yang biasa ditanam dan dipasarkan diseluruh dunia. Buah Limau kini mempunyai pelbagai jenis, varieti dan jenama merupakan antara 5 jenis buah-buahan utama didagangkan didunia. Penggunaan buah limau dan pada kebiasaanya boleh dimakan segar bila ia telah masak. Malaysia bukan negara pengeluar limau utama tetapi Jabatan Pertanian merekodkan seluas sekitar 1,900 hektar tanaman limau pelbagai jenis pada tahun 2014. Limau dengan menggunakan teknologi pemprosesan makanan boleh dijadikan pelbagai produk untuk kegunaan harian. Pada masa ini aktiviti pemprosesan makanan merupakan aktiviti terakhir sesuatu komoditi sebelum dijual kepada pengguna. Untuk mendapatkan mutu produk yang baik, kawalan mutu hendaklah dijalankan diperingkat penuaian lagi dan diikuti dengan kawalan mutu diperingkat pengendalian pasca tuai dan semasa aktiviti pemprosesan. Buah limau yang diproses memang selalu dikhususkan untuk tujuan pemprosesan atau ada juga yang diproses hasil sebagai lebihan daripada aktiviti pengeluaran segar. Buah limau yang diterima dari ladang perlu dipilih dimana buah yang busuk dan rosak hendaklah diasingkan supaya tidak menjejaskan hasil yang diproses nanti. Jika terdapat bekalan yang berlebihan, sebaiknya buah limau perlu disimpan dingin pada suhu 10 Celcius dimana pada suhu ini buah tersebut boleh bertahan sehingga 3 minggu. Limau boleh diproses kepada beberapa produk yang boleh dijalankan secara komersil di antaranya sebagai minuman jus, kordial, pekatan, marmalade, jeli, jeruk, halwa dan acar. Lapisan kulit luar yang dipanggil 'flavedo' didapati memang mengandungi pundi-pundi (sac) minyak pati meruap yang boleh diekstrak dan digunakan sebagai perisa masakan. Selain itu ada kajian menunjukkan lapisan kulit dalam buah limau yang dipanggil 'albedo' pula memang kaya dengan bahan pektin yang banyak digunakan sebagai agen gel dalam perusahaan makanan. Ada produk-produk hasilan dari limau yang dapat dihasilkan dengan teknologi makanan yang mudah dan tidak memerlukan pelaburan modal yang tinggi. Antaranya seperti produk minuman, jeruk, chutney, pekatan, jus, marmalade, jem, dan sebagainya. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai produk-produk hasilan limau sekadar dijadikan bahan rujukkan anda.


Hasil Produk Minuman daripada buah limau merupakan produk utama yang penulis selalu fikirkan mengenai buah limau. Apabila ingin membeli perasa minuman pastinya kita akan mencari jus atau kordial daripada limau atau paling banyak dipasaran jadi limau oren. Terdapat banyak jenama produk minuman  oren dipasaran seperti 'Sunkist', FnN, Marigold dan banyak lagi. Jus oren juga memang hidangan tetap dihotel untuk menu sarapan pagi diseluruh dunia. Sebenarnya limau mempunyai rasa yang agak manis dan sesuai untuk dijadikan minuman jus. Pemprosesan awalan untuk menghasilkan produk minuman daripada limau adalah sangat mudah dan boleh dibuat sendiri dirumah. Buah Limau yang telah dicuci dengan air dikupas kulitnya. Serat bertali yang melekat pada isi diasingkan dan isu buah dilalukan melalui alat fruit pulper untuk pengumpulan jusnya. Rollers mesin ini perlu diselaraskan untuk tujuan mengelakkan persepihan biji yang boleh mengeluarkan komponen pahit daripada biji ke dalam jus. Jus ini perlu ditapis lagi untuk mengasingkan sel-sel yang pecah, pulpa kasar dan bahan-bahan pektik. Jus yang dihasilkan dipasteurkan (rawatan haba) serta merta, untuk mengurangkan sebarang kejadian pencemaran mikroorganisma dan menyahaktifkan enzim pectinesterase. Penyahaktifkan enzim ini perlu supaya jus yang disimpan tidak menjadi terlalu jernih. Suhu dan masa pempasteuran yang sesuai penting untuk mendapatkan mutu jus yang diperlukan. Untuk limau suhu 80C - 82C selama 2 minit adalah diperlukan. Jus yang dihasilkan kemudiannya disejukkan dan ia sedia untuk pemprosesan selanjutnya.


Minuman Jus Limau merupakan satu produk dari buah limau yang popular. Produk ini sering diiklankan dimedia massa dan media eletronik kerana ia mempunyai pasaran luas. Didalam merujuka kepada peraturan Makanan 1985, ada menggariskan bahawa minuman jus dikategorikan sebagai minuman yang mengandungi sekurang-kurangnya 35% jus dan ia boleh mengandungi bahan pewarna, bahan perisa, kondisioner makanan dan bahan awet yang dibenarkan. Jus limau yang telah dihasilkan dipanaskan perlahan-lahan. Bahan-bahan lain seperti gula, asid, bahan perisa. Kondisoner makanan dan bahan awet dicampurkan. Kandungan gula dalam jus diselaraskan supaya kandungan jumlah pepejal larut dalam lingkungan 110 -120 brix. Pada kemanisan ini, ia sesuai dijadikan sebagai minuman terus atau 'ready to drink' (RTD). Minuman yang terhasil dipasteurkan pada suhu 80 Celsius sebelum dibotolkan. Minuman jus limau dibotolkan dalam pelbagai bentuk dan bahan pembungkusan. Ada yang mengisikan dalam botol kaca, bekas kertas, tetrapack, bekas plastik dan sebagainya. Ia sering disejukkan dahulu untuk mendapatkan rasa kesegaran optimum minuman jus limau dan jarang diminum dalam keadaan buan sejuk. 


Produk Kordial Limau atau 'squash' buah-buahan adalah minuman pekat yang perlu dicarikan sebelum diminum. Mengikut peraturan makanan 1985, kandungan jus sesuatu kordial buah-buahan mestilah tidak kurang daripda 25% dan ia boleh mengandungi bahan perisa, kondisioner makanan, perwarna dan bahan awet yang dibenarkan. Kandungan gula dilarutkan dalam air bertapis untuk penyediaan larutan gula dan dikacau teurs menerus supaya larut. Larutan gula dipam ke dalam tangki pembancuh melalui penapis secara in line. Jus limau yang telah dipasteurkan di bancur ke dalam larutan gula bersama bahan-bahan lain. Bahan pemekat (salah satu kondisioner makanan) dilarutkan ke dalam air menggunakan homogeniser sebelum ditambah ke dalam larutan gula. Larutan dikacau terus menerus dan kandungan pepejal larut diselaraskan supaya dalam lingkungan 45 - 50 darjah brix. Kordial yang terhasil dibotolkan segera dengan pembotolan daripada bahan kaca, plastik dan tetrapack. Kordial limau boleh diminum dengan mencampurkannya dengan air sebelum ianya sesuai diminum. Produk kordial limau merupakan satu produk yang popular dipasarkan di Malaysia dalam pelbagai bentuk, jenama dan harga berbeza.


Produk Pekatan Limau adalah hasil daripada jus limau yang diekstrak dimana ia boleh dipekatkan untuk mengurangkan kos pengangkutan sekiranya ia diproses untuk tujuan eksport. Terdapat dua jenis produk yang dihasilkan iaitu dalam bentuk pembungkus aseptik atau dalam bentuk sejukbeku. Produk ini mempunyai 'Single strength' jus limau dipekatkan sebanyak 4 kali menggunakan concentrator dan kemudiannya di bungkus melalui proses aseptic packaging ke dalam bag aseptic atau drum. Untuk produk yang disejukkan, single strength jus limau boleh dibekukan dengan atau tanpa proses pemekatan. Produk pekatan limau ini dihasilkan untuk pasaran kepada pengilang yang membuat produk lain berasaskan limau diseluruh dunia. Walau pun harga pekatan limau dkatakan agak tinggi tetapi ia masih sangat diperlukan dalam industri. Hanya negara-negara yang menanam limau oren dengan luas mampu menyediakan pekatan ini da n dijual diseluruh dunia.


Produk Marmalade Limau adalah produk seperti jem atau jeli yang selalunya dimakan bersama roti sebgai sapuan. Ia juga oleh digunakan sebagai inti atau filling di dalam kek atau tart. Peraturan Makanan 1985 (perkara 248) telah ada menyatakan bahawa marmalade adalah jeli jernih yang mengandungi hirisan atau kulit buah-buahan limau dan boleh mengandungi gula atau sorbitol. Kandungan jus mestilah tidak kurang daripada 35%. Marmalade boleh mengandungi bahan pengawet, bahan pewarna dan konsidioner makanan yang dibenarkan. Untuk mendapatkan warna oren yang menarik, buah-buah perlulah dinyahhijau dahulu. Proses ini dilakukan dengan menyimpan buah limau tersebut di dalam bekas yang kedap udara dan dilalukan gas etilene pada kadar tertentu selama 24 – 48 jam. Buah limau dicuci dan dicelur dalam air panas selama 2 minit untuk menyakaktifkan enzim yang menyebabkan pemerangan. Kulit limau perlu dikupas dan jusnya diekstrak menggunakan mesin fruit pulper. Kulit limau dihiris halus dan direndam dalam larutan yang berkepekatan 500 brix selama 48 jam dan kemudiannya ditoskan. Bahan penggelan iaitu pektin dicampurkan dengan gula pada kadar 1 bahagian pektin dicampurkan dengan 3 –5 bahagian gula dan dimasukkan sedikit demi sedikit ke dalam jus dan dikacau berterusan untuk mengelakkan pektin berketul. Setelah semua pektin yang digunakan larut sepenuhnya, gula yang selebihnya dicampurkan dan campuran dikacau terus menerus. Marmalade dimasak dan dikacau sehingga jumlah pepejal larut mencapai 680 brix. Ketika ini punca haba dikecilkan dan asid sitrik dicampurkan. Campuran ini dikacau sehingga sebati dan pemanasan dihentikan. Marmalade yang dihasilkan disejukkan sebentar sehingga suhunya mencapai 800 C. Setelah itu, marmalade diisikan ke dalam botol yang berisi kulit limau. Botol ditutup serta merta dengan penutup logam. Produk hasilan limau memang satu produk penting dalam kehidupan harian manusia. Artikel ini adalah bersambung pada produk hasilan limau pada Part 2. Wasallam!.


BUAH LIMAU... PELBAGAI GUNA...
JUS LIMAU... KORDIAL PUN ADA...
PEKATAN LIMAU..JARANG JUMPA...
JERUK LIMAU...JELI LIMAU JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Saujana Hijau,
Precint 10,
Putrajaya, WP,
Mlaysia.
(7 Syaaban 1436H)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...