Support My Blog

Saturday, June 6, 2015

KOSTING - KOBIS BULAT


KOBIS BULAT (Brassica oleraceae var capitata) adalah sejenis tanaman sayuran dari keluarga Brassicaceae yang popular dikalangan petani di kawasan tanah tinggi Malaysia. Kobis Bulat adalah komoditi sayuran utama di kawasan seperti Cameron Highland, Pahang dan Kundasang di Sabah. Pengeluaran kobis diseluroh dunia adalah sebanyak 234.87 juta metrik tan setahun dengan negara Belanda sebagai pengeluar kobis utama dunia. Kobis ditanam untuk digunakan sebagai sayuran, dimakan mentah sebagai salad atau diproses sebagai jeruk dan sebagainya. Terdapat seluas 914 hektar tanaman kobis di usahakan di Malaysia pada tahun 2009 dengan pengeluaran sebanyak 12,184 metrik tan bernilai RM 20.184 juta. Keluasan penanaman kobis bulat saya dapati ini tidak banyak berubah pada tahun 2010, 2011 dan tahun 2013. Kawasan penanam kobis bulat utama di Malaysia ialah di Cameroon Highland Pahang (520 ha) dan Kundasang Sabah (276 ha) dan Lojing Kelantan (166 ha). Kobis juga ada ditanam di Sarawak, Kedah dan Terengganu secara kecil2an dinama saiz keluasan kurang dari 5 hektar. Penanaman kobis sesuai dikawasan subtropika yang beriklim sederhana tetapi kini telah ada benih hibrid baru dimana kobis bulat boleh diusahakan dikawasan tanah tropika yang rendah dan bercuaca panas. Kobis bulat perlukan tanah yang subur dengan sistem saliran yang sempurna. Kobis bulat tidak sesuai ditanam dalam musim hujan kerana hasilnya mudah rosak. Tanah yang mempunyai pH antara 5.0 - 6.0 adalah paling ideal untuk tanaman kobis. Tanah perlukan baja organik yang banyak untuk menentukan kesuburannya. Dikawasan tanah tinggi seperti di Cameroon Highland, kobis kini banyak ditanam dibawah struktur pelindung hujan (SPH) bagi mengelakkan kerosakan semasa musim hujan. Penanaman kobis bulat dikawasan tanah terbuka bagaimana pun sesuai ditanam sepanjang tahun. Dalam pemerhatian saya menganai penanaman kobis bulat di Cameroon Highland, kebanyakan petani menanam dilereng bukit dengan sistem penanaman yang dijadualkan.
Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kosting dan teknologi penanaman kobis bulat untuk rujukan dan bacaan anda berdasarkan pengalaman, rujukan kepad abuku teknikal dan pemerhatian yang dijalankan.



Jadual 1: Kosting Tanaman Kobis Bulat



Jadual 1 diatas menunjukkan kosting tanaman kobis bulat yang boleh dijadikan bahan rujukkan. Kobis bulat adalah tanaman yang mengambil masa 3 bulan sehingga kutipan hasil jika dibandingkan dengan tanaman sayuran lain. Anggaran hasil tanama kkobis bulat sebanyak 25,000 kg sehektar dan jika purata harga ladang sekitar RM1.00 sekilogram maka anggaran pendapatan kasar ladang kobis bulat sebanyak RM25,000 semusim. Kos Pengeluaran melibatkan kos bahan input sebanyak RM11,848.00, Kos upah tenagakerja sebanyak RM5,150 dan camput kos tetap dan luarjangka menjadikan jumlah kos pengeluaran tanaman kobis bulat adalah sebanyak RM19,593 sehektar. Analisa kewangan menunjukkan anggaran pendapatan bersih ladang bagi tanaman ini sekitar RM 5,407 sehektar semusim. Ini membolehkan petani menanam sebanyak maksima 2 kali penanaman kobis bulat ditapak sama jika diusahakan dengan komersil. Anggaran purata titik pulang modal sekitar RM 0.78 sekilogram dan nilai BC Ratio adalah 1.28. Ini bermakna menanam kobis bulat adalah menguntungkan iaitu jika ditanam secara komersil memang memberikan pendapatan yang memang lumayan. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!.

KOSTING KOBIS...MACAM MANA...
KOBIS BULAT... 3 BULAN SAHAJA...
TANAH TINGGI ...SUBUR DIANYA...
MENGIMPORT....DARI CHINA.....

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Hotel Pasadena,
Brinchang, Cameron Highland,
Pahang, Malaysia.
(21 Syaaban 1426H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...