Terdapat seluas 4,180 hektar bayamdi tanam di Malaysia dengan pengeluaran sebanyak 45,140 metrik tan pada tahun 2010. Kawasan utama bagi penanaman bayam di Malaysia adalah di Negeri Johor (65% keluasan Malaysia) diikuti dengan Selangor dan Pulau Pinang. Daerah Johor Bahru merupakan kawasan yang bertanam Bayam paling luas di Malaysia (1,795 hektar - iaitu meliputi hampir 50% keluasan Malaysia) diikuti dengan Daerah Kota Tinggi (460 ha) dan Daerah Muar (301 hektar). Saya memang ada pengalaman menjalankan aktiviti khidmat pengembangan teknikal tanaman Bayam di Muar bersama-sama petani yang merupakan Pengerusi Persatuan Penanam Sayur Malaysia iaitu En Tan Soo Tiok di kawasan Sengkang Mukim Gerisek.
Terdapat dua jenis bayam yang poplular ditanam di Malaysia iaitu Bayam Hijau(lihat foto sebelah) dan Bayam Hijau Ungu (Dipanggil sebagai Merah - foto diatas). Bayam adalah tanaman yang mudah ditanam dan cepat mengeluarkan hasil. Tanah gembur liat ringan dan berpasir yang kaya dengan bahan organik sesuai ditanam dengan bayam dengan pH antara 5.5 - 6.5 serta mempunyai saliran yang baik. Bayam perlukan batas tanaman dan lazimnya lebar batas lingkungan 120 cm, ketinggian batas 20-30 cm dan panjang ikut ukuran dan kesesuaian kawasan. Permintaan pasaran hampir 85% adalah untuj jenis sawi hijau yang ditanam oleh petani komersil. Bayam hijau lazimnya ditanam dalam masa 28 - 30 hari sebelum dituai dengan cara mencabutnya. Terdapat beberapa varieti bayam hijau yang popular ditanam di negara kita dengan kebanyakan benihnya adalah diimpot dari luar negara.
JADUAL 1: KOSTING BAYAM SEHEKTAR
Jadual 1 diatas menunjukkan anggaran hasil adalah antara 14,000 kg bergantung kepada penjagaan agronomi bayam. Bayam lazimnya dituai dalam masa 30 hari. Jumlah kos pengeluaran bagi sehektar tanaman bayam sebanyak RM 8,942 sehektar melibatkan sebanyak RM 3,430 untuk kos bahan input dan RM 4,480 untuk kos tenaga kerja. Jika harga jualan ladang bayam sekitar RM1.00 sekilogram maka anggaran pendapatan kasar sebanyak RM14,000 sehektar semusim. Analisa bagi pendapatan bersih bagi tenaman bayam adalah sebanyak RM 5,057 semusim sehektar. Analisa kewangan bayam juga menunjukkan harga titik pulang modal sebanyak RM 0.64 dan kadar BC Ratio bayam adalah1.57 bermakna setiap RM1.00 dilaburkan akan memberikan pulangan modal sebanyak RM1.57. Penanaman bayam memberikan pulangan baik kepada petani jika diusahakan dengan komersil dan menlakukan amalan agronomi seperti disyorkan dalam MyGAP. Wasallam!.
TANAM BAYAM ...DITUAI CEPATNYA...
HANYA 30 HARI...MATANGLAH DIA...
BILA DICABUT...DICUCI JUAL SEGERA...
ANGGARAN KOS... UNTUNG JUGA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Sayuran Komersil Batu 19,
Sengkang, Bukit Gambir,
Ledang, Johor,
Sengkang, Bukit Gambir,
Ledang, Johor,
Malaysia.
(27 Syaaban 1436H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.