MAKHANA (Euryale ferox) merupakan sejenis tumbuhan yang juga dipannggil sebagai Fox Nut atau Thanjing atau Gorgon Nut atau Thorny Giant Waterlily daripada keluarga Nymphaeceae walau pun lebih selesa dengan kategori keluarga Euryalaceae. Ia amat kurang dikenali di Malaysia kerana ia merupakan tumbuhan yang ditanam dengan komersil oleh kumpulan petani miskin di India. Tumbuhan ini adalah natif dikawasan Asia timur daripada kawasan India (Kawasan Bihar, Assam dan Tasik Manipur) sehingga ke Korea, Jepun sehingga Russia. Walau pun ia merupakan tumbuhan yang hidup diatas air tetapi ia menghasilkan debunga (pollen) yang berguna dengan mempunyai 3 nuclei. Tumbuhan akuatik ini sesuai hidup diatas air dimana ia akan menghasilkan bunga berwarna ungu yang kuat dan juga akan menghasilkan biji. Daunnya berbentuk bulat yang besar sampai 3 meter garislintang dimana tangkainya bersambung dengan perdu ditengah-tengah daun (Sila lihat foto diatas). Warna daun dibahagian bawah (dalam air) adalah keunguan dan dibahagian atasnya adalah Hijau (Sila anda lihat foto dibawah). Daun dibahagian atas kalis air dan pada bahagian batang, bunga dan daun yang terapong diatas air dimana akan kelihatan ia berduri tajam (sharp prickles). Bahagian lain daun adalah tenggelam dalam air iaitu tangkai, akar dan sebagainya. Di negara India tumbuhan unik ini biasanya akan ditanam dalam kolam yang ada air. Kini telah ujud teknologi di India untuk mengkomersilkan tanaman ini sebagai sejenis tanaman yang ekonomik. Malaysia telah menerima beberapa permohonan untuk pengimportan biji Makhana sebagai sejenis produk untuk dikomersilkan. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis tumbuhan akuatik bernilai yang amat kurang di kenali di Malaysia sekadar menambah ilmu pengetahuan anda.
Produk biji makhana dari tumbuhan ini telah dipohon oleh beberapa syarikat tempatan untuk diimport masuk kenegara dan tentunya ada kegunaannya tersendiri. Daripada pembacaan mendapati yang tumbuhan ini menghasilkan biji berkanji yang sangat enak untuk dimakan. Bijinya apabila digoreng akan menjadi seperti 'pop corn' yang enak dimakan dan berlemak. Tumbuhan ini yang banyak ditanam dikawasan tanah rendah di India, Jepun dan China semenjak lama dulu iaitu melebihi 3,000 tahun. Kini ia dilaporkan ditanam dengan luas di kawasan Negeri Bihar, India dimana telah terdapat seluas 96,000 hektar ditanam setiap tahun semenjak 1990. Tumbuhan ini sesuai dengan cuaca panas yang terik, udara kering dan suhu sejuk dimusim dingin. Biasanya aktiviti pemungutan biji benih dilakukan semasa akhir musim panas sehingga awal musim luruh. Bijinya boleh dimakan begitu sahaja atau pun dimasak dahulu. Ia boleh di sangan (roasted) atau digoreng dan menghasilkan produk seperti rasa 'pop-corn'. Ia juga sering dimasak menjadi bubur atau dijadikan makanan istimewa dibeberapa daerah di India sebagai satu makanan yang berkait dengan acara keagamaan. Dalam masyarakat China pula ia digunakan sebagai ramuan didalam masakan SUP (Soup) yang enak. Beberapa syarikat yang mengimport biji makhana mungkin telah mempunyai pasaran khusus di negara kita dimana pastinya ia ada permintaan yang baik. Kita di Malasyaia tidak menanam tumbuhan ini kerana ia kurang sesuai dan tidak ekonomik untuk ditanam walau pun sesuai sebagai tanaman hiasan (jika ada).
Tanaman Makhana ini merupakan tanaman akuatik yang diusahakan asalnya oleh golongan nelayan tasek yang miskin di India tetapi kini ia berpotensi untuk pasaran ekport dari India. Rekod menunjukkan sebanyak 80% daripada pengeluaran makhana dan ekport adalah dari Negeri Bihar, India. Walau pun ia merupakan jenis tanaman benilai tinggi tetapi nelayan yang mengusahakannya masih dibawah paras kemiskinan. Kajian yang dijalankan di dua Kawasan iaitu di Madhubani dan Katihar di Bihar mempunyai sebab berbeza mengenai konstrain terhadap tanaman ini diantaranya adalah disebabkan oleh ekosistem yang berlainan. Perusahaan ini memerlukan kos tenagakerja intensif unruk menguruskannya terutama dalam menuai hasil. Sebenarnya cara penanaman makhana dalam dua sistem iaitu Penanaman di Sawah Padi dan Dalam Kolam secara Semulajadi. Bagi penanaman Makhana di sawah padi lazimnya dilakukan pada Bulan Mac hingga September iaitu sebagai tanaman selingan kepada jenis Padi Boro atau jenis Padi Gamma. Lazimnya anakbenih Makhana (seedlings) yang dikutip daripada tali air akan ditanam dalam sawah selepas proses penyediaan tanah. Air perlu dikawal pada kedalaman 1.5 - 2.0 kaki disepanjang penanaman Makhana tersebut. Petani akan menabur baja dan sembur racun serangga mengikut keperluan. Bagi cara tanaman dalam kolam, lazimnya benih Makhana dari musim lepas akan tumbuh dalam kolam dan dibiarkan tumbuh sehingga berhasil. Cara ini hasilnya agak kurang berbanding dengan cara menanam selepas tanaman padi kerana faktur pengurusan dan jangkamasa penanaman.
Petani akan menanam padi diselingkan dengan Makhana dimana ia dilaporkan mampu menambah pendapatan petani di India. Padi Boro yang ditanam dikawasan sawah berair mampu untuk menghasilkan sebanyak 7.5 mt padi dan jika dicampur dengan tanaman makhana ia meningkat lagi. Permintaan hasil tuaian Makhana meningkat dengan mendadak dari negara-negara teluk menyebabkan petani lebih gembira bila mendapat harga lebih tinggi. Kini lebih daripada 400 petani telah menjalankan tanaman ini secara komersil di Bihar, India. Tanaman ini yang sesuai dikawasan tanah mempunyai air tidak berarus (Stagnant Water) sedalam 1 meter dimana lazimnya percambahan benih berlaku dalam bulan Mei -Jun. Terdapat masaalah serangan Karah Daun dan penyakit bintik yang boleh menyerang daun Makhana. Serangga seperti Aphids juga suka makan sap daun terutama pada daun muda. Ulat Gulung Daun juga menyerang dan merosakan daun. Tumbuhan ini matang dalam bulan mei - Jun tahun berikutnya dan pembentukkan buah berlaku. Buahnya ada dua jenis iaitu Buah Jenis CLEISTOGAMOUS (yang tidak terbuka dan tidak timbul dipermukaan air) dan Jenis CHASTOGAMOUS (Yang terbuka diatas permukaan air). Kedua jenis seterusnya akan menghasilkan 15 - 20 buah dengan sebanyak 400 - 500 biji setiap kantung buah (Sila lihat foto disebelah). Biji yang terhasil (popping seeds) akan dikutip dimana ia mempunyai 3 gred mengikut kualiti. Ia akan ditapis menggunakan penapis sebanyak 7 kali untuk mereka menghasilkan gred biji makhana yang berbeza. Biji makhana akan dikumpulkan petani dan dijual kepada pembeli sebelum dihantar ke Bihar sebelum dieksport. Harga biji makhana semakin tinggi iaitu sekitar RM80 - RM90 sekilogram dipasaran tempatan. Hanya bahagian biji dikeringkan yang sering dijadikan produk biji yang berguna sebagai makanan. Penanaman makhana kini semakin aktif dimana kadar permintaan bijinya yang dipercayai berkhasiat memberikan kesihatan. Artikel ini mempaparkan tumbuhan Makhana yang sebelum ini memang penulis tidak kenal. Wasallam!.
NAMA MAKHANA... KURANG TERNAMA...
BANYAK DITANAM ... INDIA DAN CHINA....
BERKHASIAT... SIAPA YANG GUNA....
BACA ARTIKEL... BARU JUMPANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pelabuhan Kuantan,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(26 Syaaban 1436H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.