BISNES PLAN
PROJEK TERNAKAN LEBAH MADU
DIKAWASAN HUTAN AKASIA SEDILI, JOHOR
DIBAWAH PROGRAM AGROPRENEUR MUDA
Oleh:
MUSTAFFA BIN HUSIN
No 66, Kampong Parit Raja,
Bandar Penawar, Kota Tinggi,
Johor
RINGKASAN ESEKUTIF
Kertas Pelan Bisnes ini disediakan untuk memohon
projek ternakan Lebah Madu (Apis mellifera) dikawasan Hutan Akasia
Sedili, Johor dibawah program Agropreneur Muda Lebah Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani Malaysia. Permohonan
ini dimajukan kepada Jabatan Pertanian untuk mendapatkan pembiayaan modal
projek daripada AgroBank atau TEKUN bagi mendapatkan 70% pinjaman dan 30%
bantuan grant daripada Program Agropreneur Muda.
Projek ini akan dijalankan di Hutan Akasia Sedili,
Johor melibatkan sebanyak 50 haif dengan kadar pulangan sebanyak RM 5,000
sebulan iaitu pada tahun ke 2 perlaksanaan projek. Pinjaman sebanyak RM 100,000
diperlukan untuk projek ini dengan kadar pulangan yang menguntungkan daripada
analisa kewangan.
ISI KANDUNGAN MUKASURAT
1. RINGKASAN ESEKUTIF 2
2. KANDUNGAN 3
3. PENDAHULUAN 4
4. TEKNIKAL 5
5. PEMASARAN 6
6. PENGURUSAN 7
7. KEWANGAN 7
8. KESIMPULAN 8
9. LAMPIRAN 9
-14
9.1
Peta
lokasi Hutan Akasia, Sedili, Kota Tinggi
9.2
Surat
Kebenaran Pejabat Hutan Negeri Johor
9.3
Sijil
Kursus Penternakan Lebah Agropreneur Muda
9.4
Cashflow
Penternakan Lebah Madu
- PENDAHULUAN
1.1 MAKLUMAT PEMOHON
Nama Pemohon :
MUSTAFA BIN HUSIN
No Kad Pengenalan :
900312-01-5455
Tempat Lahir :
Ledang, Johor
Alamat Rumah :
N0 66, Kampong Parit Raja,
Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor
No Telefon :
013-7613455 (HP)
07-79687880 (Rumah)
Pendidikan :
Sijil Pertanian (IPSM)
Pekerjaan :
Supervisor Kilang Perabot
Alamat Bertugas :
Green Eagle Furniture,
Taman Perindustrian Penawar,
Kota Tinggi, Johor.
Pendapatan Sebulan :
RM 1,800
Nama Isteri :
Jamilah binti Wagimin
Bilangan Anak :
2 orang
1.2 LOKASI PROJEK
Projek ternakan lemah madu Apis mellifera ini akan diletakkan di hutan Akasia Sedili, Johor
yang jarak dari rumah sejauh 38 km melalui jalanraya (Pelan lokasi Hutan Akasia
Sedeli seperti dalam lampiran 1). Permohonan kepada Pejabat Hutan Negeri Johor
untuk penternakan dalam hutan ini telah diluluskan pada Jun 2014 untuk
meletakkan sebanyak 50 haif lebah madu didalam hutan tersebut (Surat kebenaran
Pejabat Hutan disertakan seperti Lampiran 2). Hutan seluas lebuh dari 2,000
hektar ini dipercayai mempunyai sumber makanan mencukupi untuk menternak lebah
madu. Lokasi tersebut mempunyai akses jalanladang dan mudah diakses dengan
kenderaan 4WD, kereta atau motorsikal.
1.3 PENGALAMAN
Saya pernah mengikuti kursus Lebah Madu Program
Agropreneur Muda pada Oktober 2014 di Pusat Apiari Nasional, Parit Botak, Batu
Pahat, Johor selama seminggu (Sijil Kursus disertakan – Lampiran 3). Saya amat
berminat dengan projek ternakan lebah madu dimana pada masa ini telah mempunyai
sebanyak 5 haif koloni lebah madu yang diletakkan berhampiran rumah selama 4
tahun dulu. Selain itu saya mempunyai 5 kotak kelulut dan menjaganya dengan
baik. Beberapa kali mengikuti lawatan teknikal anjuran Jabatan Pertanian dan
lawatan persendirian projek ternakan lebah madu di Johor, Melaka dan Pahang.
- TEKNIKAL
Projek ternakan Lebah Madu jenis Apis mellifera
merupakan satu projek yang baru dinegara kita untuk kawasan hutan akasia.
Selama ini sumber madu dalam negara bergantung kepada Madu Lebah yang diimpot
dari luar negara dengan jumlah impot melebihi RM45 juta setahun sedangkan
pengeluaran madu dalam negara kurang dripada RM30 juta setahun. Kualitii madu
yang diimpot atau pun keluaran tempatan banyak yang tidak tulin akibat mudahnya
pengguna tertipu dengan Madu Tiruan. Pengguna kurang arif dengan bagaimana
untuk mengenali madu asli dengan madu tiruan yang ada dipasaran. Oleh itu jika
pengeluaran madu tempatan dapat ditingkatkan maka ianya akan menjana pendapatan
pengusaha dan KDNK dalam negara.
Industri Perlebahan di Malaysia dahulu hanya
bergantung kepada madu dari lebah Tualang (Apis dorsata) atau lebah liar
hutan yang tidak boleh diternak. Pembuuru Madu Tualang hanya akan mengutip
hasil pada pokok tualang yang tidak menentu hasilnya. Kemudia diperkenalkan
penternakan Lebah Keran (Apis cerana) dimana ia merupakan lebah tempatan yang
kurang produktif dengan penghasilan kurang daripada 5 kg setahun dengan
pengurusan yang baik. Lebah Keran juga garang dan suka menyengat ketika
pengurusan dilakukan. Pada masa ini daripada inforamasi yang diperolehi,
penternakan Lebah Impot (Apis mellifera) merupakan spesis lebah yang
berpotensi untuk dijadikan sumber pendapan baru terutama jika diternak
dikawasan hutan Akasia (Acacia mangium) atau dikawasan hutan pokok
Gelam. Produktiviti daripada spesis lebah ini paling kurang mampu menghasilkan
6 - 10 kg satu haif dalam sebulan dengan pengurusan yang sempurna. Kawasan
hutan akasia dan Gelam mempunyai sumber nektar yang banyak dan esuai dijalankan
penternakan lebah madu secara komersil. Kementerian Pertanian dan Industri Asas
Tani dibawah Proegram Agropreneur Muda membantu usahawan muda untuk akktiviti
ini memang menimbulkan minat saya untuk projek ini.
- PEMASARAN
Penternakan lebah madu secara komersil
menghasilkan produk seperti MADU LEBAH. Selain itu projek ini juga boleh
menghasilkan produk lain seperti Royal Jelly, Debunga, Propolis, Ratu Lebah dan
banyak lagi. Kompponen hasil madu lebah merupakan sumber utama pendapatan
usahawam. Madu Lebah belum proses dan siap proses dijual dengan harga RM 25.00
sekilogram pada harga ladang. Harga ini akan lebih tinggi apabila dijual dengan
madu siap proses dibotolkan. Madu keluaran saya akan di beri kenama ’MADU LEBAH ASLI AKASIA – SEDILI”
dengan pembotolan 280 ml., 500 ml dan juga 1,000 ml. Harga runcit bergantung
jenis pembotolan diaripada RM 20.00 sebotol sehingga RM 150.00 sebotol mengikut
pembungkusan dan lokasi.
Pemasaran dijalankan dengan tempahan borong
daripada pengedar di Kota Tiinggi, Johor Bahru dan Singapura. Selain itu produk
madu ini akan dijual runcit melalui premis jualan di RnR PLUS, Pasar Malam dan
juga disekitar kampong kepada individu yang datang. Pembekalan kepada pasaraya
besar seperti MYDIN, GIANT dan sebagainya akan dikenalpasti apabila tahap
penghasilkan mencapai maksima selepas tahun ke dua. Produk asas dari
penternakan lebah madu akan diproses di premis atau pusat pengumpulan hasil
madu lebah yang dilengkapi peralatan moden. Sebahagian madu lebah akan di ekspot
ke Singapura dan negara jiran mengikut
perancangan.
- PENGURUSAN
Projek penternakan lebah madu Apis mellifera
akan dijalankan dengan cara meletakkan semua haif dalam satu kawasan
dikhususkan dalam hutan Sedili dan dipasang pagar keselamatan. Pengurusan dan
pemeriksaan kawasan letak koloni akan dilakukan sendiri oleh pemohon dan
dibantu oleh 1 orang anak saudara dan seorang pekerja upahan dengan bayaran
gaji bulanan RM 1,000 sebulan. Perjalananan selama 20 - 30 minit dari rumah
membolehkan pengawasan projek ini dapat dilakukan dengan baik. Sebuah pusat
mengumpul madu dan produk berasaskan lebah madu didirikan dikawasan tapak haif
utama. Ia berupa struktur tidak kekal iaitu memadai dengan bumbung, tiang dan
para serta setor untuk menjalankan aktiviti menuai hasil dan menyimpan
peralatan perlu. Pemeriksaan biasa akan dilakukan setiap hari untuk kesemua 50
haif terutama pada waktu petang, Cuti Sabtu dan Ahad. Bagaimana pun aktiviti menuai madu, memeriksa
ratu lebah dan memecahkan koloni akan dilakukan pada hari Sabut dan Ahad kerana
ada waktu yang panjang.
- KEWANGAN
Lampiran 4 menunjukkan Aliran Wang Tunai atau
Cashflow projek ternakan lebah madu dikawasan hutan akasia yang disediakan oleh
Jabatan Pertanian. Cashflow tersebut menunjukan bagi mendapatkan pulangan lebuh
RM5,000 sebulan perlukan sebanyak 50 haif atau koloni lebah madu. Madu lebah
akan mula dihasilkan pada bulan ke 6 sebanyak 75 kg sebulan (Anggaran hasil madu 6 kg/haif/bulan) dan
terus meningkat sebanyak 2,880 kg setahun. Dengan anggaran harga madu lebah
akasia sekitar RM 40.00 sekilogram, maka anggaran pendapatan kasar tahun
pertama sebanyak RM55,800 meningkat kepada RM115,200 setahun pada tahun
berikutnya.
Analisa kewangan menunjukkan jumlah pendapatan
kasar untuk cashflow 5 tahun sebanyak RM518,400 sedangkan jumlah kos
pengeluaran sebanyak RM292,920.60 yang memberikan pendapatan bersih sebanyak
RM242,904.40. Kadar Kos-Fadah (BC Ratio) adalah 1.77 bermakna etiap satu
ringgit dibelanjakan akan memberikan pulangan RM1.77. Nilai kini Bersih
(NPV@10%) pula adalah RM 155,106 dengan Kadar Pulangan Dalam (IRR10%) adalah
154%. Anggaran purata pendapatan bulanan projek ini sekitar RM 5,660 sebulan
iaitu mencapai sasaran program Agropreneur Muda Ternakan Lebah Madu. Ini
bermakna dari segi cashflow ianya positif dan berdaya maju untuk dilaksanakan.
Kertas ini mencadangkan kos pembangunan dan
pembelian alatan untuk 50 haif pada tahun pertama sebanyak RM76,000 dimana
ianya boleh dipohon daripada pinjaman AgroBank atau TEKUN. Kadar pembiayaan
melalui pinjaman sekitar RM 53,000 (70% daripada kos projek melalui pinjaman)
dan permohonan melalui bantuan daripada MOA sebanyak RM 23,000 (30% daripada
kos). Anggaran bataran balik akan ditentukan oleh pihak kewangan dianggarkan sekitar RM 500 – RM600 sebulan.
- KESIMPULAN
Bisnes Plan yang disediakan ini berdaya maju
dimana ia adalah projek ternakan lebah madu dikawasan hutan akasia Sedili,
Johor yang akan memberian pendapatan selaras dengan konsep Agropreneur Muda Lebah
Madu. Projek ini akan memberikan pendapatan bulanan sebanyak RM 5,660 sebulan
untuk selama 5 tahun seperti dalam cashflow. Pengeluaran Madu Akasia merupakan
jenis madu yang berkualiti dan asli dimana ia boleh dijual dalam negara atau
pun untuk pasaran ekspot. Projek ini
akan dibiayai oleh pihak Bank dan MOA.
Disediakan oleh:
MUSTAFFA BIN HUSIN
No 66, Kampong Parit Raja,
Bandar Penawar, Kota Tinggi,
Johor
(013-7613455 (HP)
9. LAMPIRAN
9.1 Peta
lokasi hutan Akasia Sedeli, Kota Tinggi, Johor.
9.2 Surat Kelulusan Pejabat Hutan
Negeri Johor
9.3 Sijil kehadiran Kursus Lebah Madu di Pusat
Apiari Nasional, Batu Pahat.
9.4. Anggaran Kos Pengeluaran dan Pendapatan
(Cashflow) Lebah Madu)
KERTAS BUSINESS PLAN INI DISEDIAKAN UNTUK KUMPULAN AGROPRENEUR MUDA LEBAH DIJADIKAN SEBAGAI TEMPLATE YANG DISEDIAKAN PENULIS. SEBARANG PERTANYAAN SILA KEMUKAKAN KEPADA PENULIS. WASALLAM!
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Latihan Pertanian,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(25 Syaaban 1436H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.