Tanaman halia memang terkenal di dunia dengan khasiat perubatannya dan digunakan dalam masakan kita hampir setiap hari. Pengeluaran halia didunia sebanyak 1.4 juta metrik tan setahun dengan Negara Indiasebagai pengeluar utama didunia (420,000 mt/tahun atau 30% pengeluaran dunia) diikuti dengan China (285,000 mt/tahun) danIndonesia (177,000 mt setahun). Negara-negara pengeluar halia lain yang banyak seperti Nepal, Nigeria, Bangladesh, Jepun, Thailand, Sri Lanka dan Filipina. Tanaman halia di Malaysia sekitar 2,560 hektar pada tahun 2009 dengan pengeluaran sebanyak 12,956 metrik tan. Kawasan pengeluaran utama halia di Malaysia adalah Daerah Bentong(Janda Baik, Pahang) dan Sabah. Pokok halia merupakan jenis pokok renek yang mempunyai batang berwarna hijau jenis lembut dari perdu yang boleh tumbuh sehingga ketinggian 1-2 meter. Daunnya berbentuk tirus berwarna hijau yang keluar dikiri dan kanan batang pokok dengan lebar 10-15 cm dan panjang 0.5m - 1 meter. Bunga halia terbentuk apabila pokok matang di bahangian pucuk dan berwarna kuning kemerahan. Akar halia merupakan akar serabut yang terletak pada rizom halia dalam tanah. Rizom halia merupakan bahagian penyimpananan makanan yang terletak di perdu pokok mempunyai isi berwarna kuning peputihan dan kulit berwarna coklat kekuningan yang nipis dan lembut.
Penanaman halia menggunakan benih dari rizom pokok yang telah matang berumur lebih dari 8-9 bulan. Penanaman halia di Malaysia adalah untuk pengeluaran HALIA MUDA (Dituai kurang 6 bulan) dan HALIA TUA .Kawasan penanaman halia mestilah tidak mudah ditenggelami air dan mempunyai sistem pengairan serta saliran yang baik. Tanah mineral berpasir yang gembur sesuai untuk penanaman halia. Jarak tanaman disyorkan adalah 0.25 meter x 0.5 meter dan memberikan sebanyak 60,000 pokok sehektar . Benih sebanyak 3,000 kg/ha ditanam dengan meletakkan rizon benih yang berukuran 5-10 cm panjang kedalam lubang penanaman. Tanaman halia perlukan baja organik sebanyak 3-4 metrik tan/hektar. Baja NPK 15:15:15 sebanyak 0.5 mt/ha dan baja NPK 12:12:17:2 sebanyak 1.5 mt/ha digunakan dalam penanaman halia. Semburan racun pra-cambah sebelum menanam untuk mengawal rumpai diperingkat awal penanaman dengan atrazine dan sebagainya. Penyiraman dibuat selepas penanaman atau menjadualkan peanaman dengan musim hujan jika tiada sistem pengairan. Pengairan tidak diperlukan apabila pokok halia hampir matang.
Jadual 1: KOSTING TANAMAN HALIA
Kosting bagi tanaman halia (Sila rujuk Jadual 1 diatas) dijangka akan menghasilkan sebanyak 15,000 kg umbisi dan jika harga ladang RM2.50 memberikan pendapatan kasar ladang sebanyak RM 37,500.00 sehektar. Kos Pengeluaran adalah sebanyak RM 25,764.00 sehektar dan menjadikan anggaran pendapatan bersih tanaman halia adalah sekitar RM11,725.00 sehektar semusim. Jika halia tua dituai dalam masa 12 bulan maka pendapatan bersih tenaman halia tua sekitar RM978.00 sehektar SEBULAN. Anggaran titik pulang modal adalah RM1.72 atau jualan keledek mesti melebihi RM1.72 sekilogram untuk membuat keuntungan. Kadar B/C Ratio tanaman keledek adalah sekitar 1.46 dan ini bermakna setiap RM1.00 yang dibelanjakan ianya akan memberikan pulangan modal sebanyak RM1.46. Tanaman halia adalah agak menguntungkan bergantung kepada varieti dan amalan agronomi dijalankan. Semuga artikel ini berjaya memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.