Kelapa MATAG ditanam dengan jarak tanaman 8.1 meter x 8.1 meter untuk memberikan kepadatan tanaman 178 pokok sehektar. Kelapa Matag mempunyai jangkahayat ekonomik selama 20 tahun untuk menghasilkan sebanyak 344,000 biji dalam tempoh tersebut. Ini bermakna jika harga ladang biji kelapa dijual dengan purata harga RM0.60 maka angggaran pendapatan hasil ladang kelapa Matag adalah sebanyak RM206,400 untuk 20 tahun. Pendapatan jualan buah kelapa Matag bermula pada tahun ke 4 dengan anggaran sebanyak 6,000 biji setahun bernilai RM3,600. Ia akan terus meningkat sehingga mencapai hasil puncak pada tahun ke 10 dengan sebanyak 24,000 buah kelapa dituai dan bernilai sebanyak RM 14,400 setahun atau sekitar RM1,200 sebulan. Hasil kelapa Matag mula menurun pada tahun ke 18 sebanyak 20,000 biji sehektar sehingga ditebang semula pada tahun ke 20 mengikut cashflow tanaman kelapa Matag. Kos pengeluaran dengan mengambil kira kos pembangunan seperti penyediaan infrastruktur ladang terutamanya parit ladang dan membaris sekitar RM4,344. Kos bahan input penanaman kelapa Matag adalah sebanyak RM 26,634 termasuk pembelian benih tanaman, kapor, baja NPK (Komponen terbanyak untuk kos pengeluaran) dan juga racun rumpai. Apabila dikira kos tenaga kerja aktiviti penanaman kelapa Matag dianggarkan sebanyak RM 44,300 dengan kos memetik hasil merupakan 80% daripada jumlah. Apabila dijumlahkan semuanya, Jumlah Kos Pengeluaran tanaman kelapa Matag adalah sebanyak RM75,278 sehektar untuk 20 tahun atau purata sebanyak RM3,764 sebulan.
Analisa kewangan tanaman kelapa matag adalah dengan mencari Jumlah Pendapatan Bersih Ladang iaitu menolak jumlah pendapatan kasar ladang (RM206,400) dengan jumlah kos pengeluaran ladang (RM75,278) dengan nilai sebanyak RM 131,112 sehektar untuk 20 tahun atau purata sekitar RM1,093 sebulan. Cashflow tanaman kelapa Matag menunjukkan Nilai Kini Bersih (NPV@10%) adalah RM33,068 dimana ia menunjukkan nilai positif bermakna projek penanaman kelapa Matag adalah berdayamaju. Nilai Kadar Pulangan Dalam (Internal Rate of Return -IRR) pula sebanyak 27.9% iaitu suatu nilai tinggi. Kadar B/C Ratio pula adalag 1.74 bermakna setiap RM1.00 dibelanjakan akan memberikan pulangan pelaburan sebanyak RM1.74. Ini bermakna penanaman kelapa in sesuai dijalankan. Harga jualan kelapa digunakan dalam cashflow Jabatan Pertanian iai adalah RM0.60 sebiji. Tinjauan penulis pada April 2015 mendapati harga kelapa tua mencecah RM1.00 sebiji diladang dan kelapa muda sehingga RM1.50 sebiji diladang. Petani yang mempunyai kelapa Matag lebih suka menjual kelapa mudak kerana ia lebih menguntungkan dari menjual kelapa tua. Ini kerana kelapa Matag mempunyai banyak air yang sangat berguna untuk dijadikan minuman air kelapa dan minuman kegilaan masa kini iaitu 'Coconut Shake'. Kalau di kira semula cashflow ini akan memberikan pendapatan lebih daripada yang dinyatakan diatas. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada anda semua. Wasallam!.
KELAPA MATAG...BANYAK BUAHNYA...
BENIH SUSAH... CARI TULENNYA...
KOSTING DIBUAT.. ANGGARAN SAJA...
TANAM DULU.. KIRA UNTUNGNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Tanaman Kelapa Matag,
Sg Ayam, Rengit, Batu Pahat,
Johor, Malaysia.
(2 Ramadan 1436H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.