Support My Blog

Showing posts with label SEMBANG PASAL RACUN TUBA. Show all posts
Showing posts with label SEMBANG PASAL RACUN TUBA. Show all posts

Thursday, June 19, 2025

SEMBANG PASAL RACUN TUBA (PART 3)

RACUN TUBA
dihasilkan daripada sejenis tumbuhan iaitu Pokok Akar Tuba (Derris elliptica) iaitu sejenis tumbuhan renek dari keluarga Fabaceae (dulu nama kluarga ini ialah keluarga Leguminaceae) yang terdapat di Asia Tenggara dan kepulauan di Pasifik Barat-daya yang biasa digunakan untuk meuba atau bertindak sebagai racun ikan. Tumbuhan ini adalah natif di Malaysia dan Indonesia dan biasanya tumbuh sendiri secara liar di kawasan hutan dan kawasan kebun yang tidak di racun atau tidak diusahakan secara intensif. Nama-nama bagi tumbuhan tuba ini yang lainn adalah tuba akar, tuwa laleur, areuy kidang (Sd.), jenu, jelun, tungkul (JAWA), tobha, jheno, mombul dan lain-lain dan sebagainya. Akar tumbuhan tuba ini memiliki kandungan bahan iaitu rotenona (rotenone) iaitu sejenis racun kuat untuk membunuh ikan air tawar dan juga boleh digunakan sebagai racun mengawal serangan serangga pada tanaman. Tumbuhan tuba adalah jenis yang menjalar dan mampu memanjat atau merambat pada pokok (tumbuhan memanjat) yang berkayu. Keupayaan memanjat pokok mempu mencapai ketinggian dengan membelit sehingga setinggi 10m. Ranting-ranting tuba yang tua berwarna kecoklatan dengan lentisel serupa jerawat. Daun-daun tuba adalah tersebar, majmuk yang menirus dengan bilangan ganjil dengan jumlah helai daun antara 7-15 helai. Tangkai daun berukuran antara 13-23 cm panjang dengan sisi bawah bahagian sisi bawah daun kekelabuan atau agak kebiruan. Daun muda atau pucuk yang muda berwarna coklat-ungu. Tanaman tuba mempunyai bunga yang terkumpul dalam kumpulan yang panjangh tangkainya kira-kira 12-26 cm panjang. Kelopak bunga tuba berbentuk cawan dengan warna hijau dan warna ros pucat. Buah tuba berbentuk oval yang memanjang dengan saiz kira2 3.5-7cm × 2 cm serta selalu mempunyai antara 1-2 bijibenih. Artikel subuh kali ini penulis blog ingin sembang dan berkongsi maklumat dengan menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai ancaman racun tuba seperti dilaporkan oleh media tempatan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


Di Terengganu Bernama laporkan dimana sesiapa yang cuba 'Tangkap ikan guna bom, tuba atau elektrik? Lapor segera kepada polis, Jabatan Perikanan!' sebagai satu peringatan kepada semua kalangan masyarakat disana. Diberitahi dimana cara menangkap ikan dengan menggunakan renjatan elektrik, bom atau tuba adalah salah di sisi undang-undang dan boleh mengakibatkan kepupusan ikan dan udang di dalam sungai ataupun laut. Apatah lagi kesan buruknya sangat besar kepada generasi kita yang akan datang dan juga pendapatan nelayan lain juga boleh terjejas. Jabatan Perikanan Negeri Terengganu menggesa orang ramai membuat laporan kepada pihak polis atau pejabat perikanan berhampiran jika terdapat aktiviti kaedah penangkapan ikan terlarang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab seperti menggunakan racun, bom ikan atau menangkap ikan menggunakan arus elektrik. Pengarahnya DOF Ruzaidi Mamat berkata kaedah tersebut akan mengakibatkan kepupusan spesies ikan dan hidupan lain, sekali gus akan menggaggu ekosistem sungai dan turut memberi kesan kepada nelayan darat sehingga boleh kehilangan sumber pencarian. Jadi apabila terlihat perkara pelik yang digunakan bagi menangkap ikan yang tidak dibenarkan, laporkan segera dan tindakan undang-undang akan diambil melalui penguatkuasaan undang-undang di bawah Akta Perikanan 1985. Memang perlu untuk orang ramai peka dan cari jalan bagi mengatasi perkara ini bagi menjaga ekosistem sungai dan memelihara spesies ikan dan hidupan lain bagi mengekalkan kelestarian yang akan memberi manfaat kepada semua. Mana-mana individu yang didapati bersalah menangkap ikan menggunakan kaedah terlarang di bawah Kaedah-Kaedah Perikanan Darat Terengganu 1988 (pindaan 1993) boleh dikenakan kompaun tidak melebihi RM500 atau denda sehingga RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. Orang awam juga diingatkan agar tidak melepaskan spesies ikan asing ke perairan sungai yang dibimbangi ia akan turut menjejaskan ekosistem sungai dan kepupusan spesies ikan asli. Antara spesies asing adalah ikan baung ekor merah, ikan bandaraya, ikan Peacock Bass dan ikan pacu.


Menarik kisah bagaimana portal hmetro laporkan 'Buru penuba ikan Sungai Lepar' dengan mempaparkan banyak ikan 
yang tular di media sosial dikatakan hasil menuba di Sungai Lepar (Sila lihat foto disebelah). Jabatan Perikanan (DOF) Pahang sedang mengesan sekumpulan individu yang dipercayai terbabit dalam aktiviti menuba ikan di Sungai Lepar, dekat Kuantan, yang tular di media sosial (Facebook) . Pengarahnya Azahari Othman berkata dimana usaha mengesan pemilik akaun media sosial berkenaan kini dilakukan pihaknya bagi mendapatkan maklumat untuk membantu siasatan berhubung aktiviti menuba atau meracun kimia di kawasan sungai itu. DOF perlu bersemuka dengan individu terbabit bagi tujuan mendapatkan kepastian sama ada kegiatan yang menyalahi undang-undang itu benar dilakukan di negeri ini atau sebaliknya. Gambar yang dimuat naik dalam Facebook individu terbabit menunjukkan banyak ikan lampam sungai dan terbun dimuatkan dalam bot gentian kaca serta kenderaan pacuan empat roda, dikatakan hasil kegiatan menuba atau meracun. Bagaimana pun bukti penggunaan bahan terlarang untuk menangkap ikan berkenaan tidak dapat dipastikan lagi, tidak mustahil mereka menggunakan jaring atau jala. Apa pun mengikut peraturan Kaedah-Kaedah Perikanan (Perairan Sungai) 1991 Pahang individu yang terbukti menggunakan tuba atau racun untuk menangkap ikan boleh dikenakan kompaun RM500 hingga RM1,000 dan peralatan menangkap ikan mereka dirampas. DOF tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan itu dan tindakan undang-undang menanti mereka yang tamak serta bersikap mementingkan diri sendiri. Musim kemarau yang melanda negara kini menyebabkan banyak sungai utama dan kecil menjadi cetek dimana peluang itu digunakan pihak tidak bertanggungjawab menangkap ikan menggunakan peralatan yang dilarang. Selain menggunakan tuba atau racun, penggunaan arus elektrik serta bahan letupan juga dikesan berlaku setiap kali musim kemarau terutama membabitkan kawasan pedalaman. DOF berharap masyarakat termasuk nelayan darat dapat memberi kerjasama dengan melaporkan kepada jabatan sekiranya melihat kegiatan menangkap ikan mengguna tuba, racun, bahan letupan dan arus elektrik. Apa pun usaha jabatan menambah taburan ikan di perairan umum negeri ini dengan mengadakan program pelepasan pelbagai spesies ikan tidak akan membuahkan hasil sekiranya ada pihak yang tidak bertanggungjawab menangkapnya dengan cara menggunakan cara tidak dibenarkan.


Portal sama juga laporkan kes 'Udang galah mabuk' yang berlaku di kawasan memancing udang viral di Kuala Linggi. Dilihatkan foto dimana pemancing tegar di kg ini iaitu Ramlan Jaafar menunjukkan udang galah yang dipancing sebelum kes meracun sungai dilakukan. Penduduk dan nelayan sungai di Sungai Linggi kini semakin bimbang dengan fenomena ‘udang galah mabuk’ yang dipercayai berpunca daripada pencemaran air sungai. Apa pun penduduk mendakwa kejadian itu dipercayai disebabkan pencemaran racun tuba yang digunakan oleh pencari udang galah selain kesan pencemaran kilang dari hulu Sungai Linggi. Wakil penduduk dikenali Md Isa Adam (56) dakwa kejadian itu merisaukan penduduk rata-ratanya nelayan yang menjadikan udang galah di sungai itu sebagai sumber pendapatan harian. Apa pun sejak kebelakangan ini, memang air sungai keruh dimana dia tidak pasti apa punca sebenarnya, tetapi saya difahamkan disebabkan aktiviti perkilangan yang melepaskan bahan kimia ke dalam sungai. Sikap tamak nelayan sendiri yang menggunakan racun tuba untuk mereka mendapatkan hasil yang banyak menyebabkan air sungai tercemar dan mempunyai kesan toksik. Dia pernah mengambil udang galah dari sungai dan meletakkannya ke dalam kolam. Saya terkejut apabila melihat air kolam bertukar menjadi hitam dan terpaksa menukar air beberapa kali sebelum ia betul-betul jernih. Dia sudah membuat aduan kepada pihak berkaitan dan bertemu pemimpin tempatan untuk mencari penyelesaian bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini namun tiada tindakan diambil. Dilaporkan selalunya Jeti Pengkalan Kempas antara lokasi utama nelayan menjalankan aktiviti memancing udang galah di Sungai Linggi, Port Dickson, Negeri Sembilan (Sila lihat foto paling bawah). Dia memang berharap pihak berkenaan tolong periksa dan pantau dimana jika betul ada aktiviti seperti didakwa kerana membabitkan sumber pendapatan dan bekalan air penduduk dan dia juga tidak mahu kejadian yang berlaku kepada Orang Asli di Kuala Koh, Gua Musang terjadi di kawasan sungai disini. Dia memang bimbang udang galah yang dijual itu tercemar dan memberi kesan sampingan kepada kesihatan pengguna dimana kesannya mungkin tidak nampak sekarang ini tetapi pada jangka panjang siapa akan tahu. Pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan mengesahkan menerima aduan terbabit dan menjalankan siasatan. Data pengawasan Sungai Linggi kelmarin menunjukkan sungai itu mengalami pencemaran kelas tiga. Berkaitan pencemaran sungai dari kawasan industri, setakat ini ia dalam kawalan JAS dan tiada pengeluaran (bahan kimia dari kilang) secara langsung kepada kes kematian ikan atau udang.


Menarik isu bagaimana 'Stok ikan makin kurang, saiz makin kecil' seperti di laporkan di portal bernama untuk disembangkan. Dilaporkan dimana kini stok ikan air tawar terutama di perairan negara kini semakin berkurangan dan saiznya semakin mengecil akibat daripada kerakusan manusia. Pensyarah kanan bidang Teknologi Alatan Perikanan dan Ekologi Perikanan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dr Mohd Fazrul Hisam Abd Aziz berkata sejak 15 tahun dahulu, nelayan mampu mendapatkan ikan bersaiz besar dengan mudah berbanding keadaan sekarang dan ia menjadi satu daripada penanda aras tekanan terhadap stok perikanan negara. Satu daripada punca hakisan stok adalah penangkapan ikan secara haram, tidak dilapor dan tidak dikawal (Illegal, unreported and unregulated fishing - IIU). Isu IUU ini, boleh memberi kesan dalam jangka panjang terhadap stok perikanan di negara kita. Selain ikan komersial, mangsa utama kegiatan IUU ini adalah hidupan laut dan ikan yang tidak mendapat permintaan yang tinggi di pasaran. Contohnya ikan lumba-lumba, paus, penyu, obor-obor dan hidupan demersal seperti kerangan. Ada di antara hidupan ini berakhir sebagai ikan baja dan dibuang sebegitu sahaja di lautan. Tekanan kepada stok perikanan semakin meruncing apabila penggunaan ikan perkapita di Malaysia meningkat daripada 46 kilogram kepada 55 kilogram dari 2010 ke 2019. Dijangkakan juga pendaratan ikan marin akan meningkat sebanyak 2.9 peratus iaitu daripada 1.23 juta tan metrik pada 2010 kepada 1.76 juta tan metrik pada 2020, malah permintaan produk berasaskan perikanan meningkat dari tahun ke tahun dan sekali gus meningkatkan lagi tekanan pada stok perikanan sedia ada. Permintaan yang tinggi menyebabkan pengusaha perikanan mencari seribu satu cara bagi memenuhi permintaan di pasaran. Diantara teknik yang diharamkan di Malaysia tetapi masih digunakan secara berleluasa adalah racun, elektrik, rawai dan letupan, hingga memberi tekanan besar kepada stok ikan. Penggunaan racun atau tuba adalah satu daripada teknik IUU yang digunakan pada musim kemarau serta digunakan pada air tawar apabila perairan menjadi cetek. Tuba ini juga boleh memberi kesan kepada mereka yang memakan ikan yang ditangkap menggunakan teknik ini. Antara ciri-ciri yang mudah kelihatan ikan yang telah dituba adalah perutnya lebam dan berwarna biru, malah ikan juga mudah berbau dan mengeluarkan lendir yang banyak. Cara penggunaan kejutan elektrik juga telah disalahgunakan sebagai kaedah untuk menangkap ikan. Walaupun kebanyakan mereka yang menggunakan alatan elektrik bagi mencari ikan mengatakan ikan hanya pengsan sementara waktu, namun kesan kepada organ dalaman amat besar sehingga berlaku pendarahan dalaman dan ianya akan menyebabkan pecahnya pundi udara yang terdapat di dalam badan ikan. Kini cara penggunaan bom sebagai bahan mencari ikan secara berleluasa tanpa menyedari ia mengandungi bahan kimia sianida yang boleh memudaratkan mereka yang memakan ikan tersebut. Setiap tahun dilaporkan ada sekitar 43 kes pengeboman ikan telah direkodkan di Semporna, Sabah dan gelombang yang dihasilkan oleh letupan itu juga membawa kecederaan serius kepada organ dalaman ikan termasuk tulang hancur serta usus dan pundi udara pecah. Kini penjarahan sumber perikanan oleh nelayan asing juga semakin berleluasa sehingga Malaysia kerugian RM6 bilion setahun walaupun pihak berkuasa cuba mengatasinya. Penggunaan peralatan menangkap ikan seperti pukat rawa surong dan bubu naga di kawasan yang tidak sepatutnya menyukarkan lagi kelangsungan hidup ikan juvenil. Dalam pada itu cara penggunaan rawai juga menyumbang kepada perikanan IUU. Rawai yang digunakan pada skala besar boleh mencecah sehingga 3,000 bentuk. Haiwan seperti Penyu, ikan lumba-lumba, burung camar boleh menjadi mangsa kerana tertarik pada umpan yang disangkut pada mata rawai. Selain pengawalan berterusan dimana aplikasi penderiaan jarak jauh dan penduga gema boleh digunakan bagi memantau IUU ini. Kerjasama yang erat antara pihak nelayan dan pihak berkuasa yang terbabit juga amat penting bagi memastikan kelestarian sumber perikanan. 
Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yamh sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi maklumat rujukkan berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam...
RACUN TUBA... ADA IA DI GUNAKAN...
DI PERAH PATINYA... PUTIH KELIHATAN...
MASUKAN DALAM SUNGAI..CARI IKAN...
CARA INI...DI LARANG JAB. PERIKANAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(10 Dzulhijjah 1446H).

Wednesday, June 18, 2025

SEMBANG PASAL RACUN TUBA (PART 2)

RACUN TUBA dihasilkan daripada sejenis tumbuhan iaitu Pokok Akar Tuba (Derris elliptica) iaitu sejenis tumbuhan renek dari keluarga Fabaceae (dulu nama kluarga ini ialah keluarga Leguminaceae) yang terdapat di Asia Tenggara dan kepulauan di Pasifik Barat-daya yang biasa digunakan untuk meuba atau bertindak sebagai racun ikan. Tumbuhan ini adalah natif di Malaysia dan Indonesia dan biasanya tumbuh sendiri secara liar di kawasan hutan dan kawasan kebun yang tidak di racun atau tidak diusahakan secara intensif. Nama-nama bagi tumbuhan tuba ini yang lainn adalah tuba akar, tuwa laleur, areuy kidang (Sd.), jenu, jelun, tungkul (JAWA), tobha, jheno, mombul dan lain-lain dan sebagainya. Akar tumbuhan tuba ini memiliki kandungan bahan iaitu rotenona (rotenone) iaitu sejenis racun kuat untuk membunuh ikan air tawar dan juga boleh digunakan sebagai racun mengawal serangan serangga pada tanaman. Tumbuhan tuba adalah jenis yang menjalar dan mampu memanjat atau merambat pada pokok (tumbuhan memanjat) yang berkayu. Keupayaan memanjat pokok mempu mencapai ketinggian dengan membelit sehingga setinggi 10m. Ranting-ranting tuba yang tua berwarna kecoklatan dengan lentisel serupa jerawat. Daun-daun tuba adalah tersebar, majmuk yang menirus dengan bilangan ganjil dengan jumlah helai daun antara 7-15 helai. Tangkai daun berukuran antara 13-23 cm panjang dengan sisi bawah bahagian sisi bawah daun kekelabuan atau agak kebiruan. Daun muda atau pucuk yang muda berwarna coklat-ungu. Tanaman tuba mempunyai bunga yang terkumpul dalam kumpulan yang panjangh tangkainya kira-kira 12-26 cm panjang. Kelopak bunga tuba berbentuk cawan dengan warna hijau dan warna ros pucat. Buah tuba berbentuk oval yang memanjang dengan saiz kira2 3.5-7cm × 2 cm serta selalu mempunyai antara 1-2 bijibenih. Artikel subuh kali ini penulis blog ingin sembang dan berkongsi maklumat dengan menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai ancaman racun tuba seperti dilaporkan oleh media tempatan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


Racun tuba juga boleh digunakan sebagai racun serangga organik yang boleh mengatasi serangan beberapa jenis serangga perosak dikebun. Racun tuba boleh diekstrak dengan menumbuk akar yang segar atau akar tuba yang telah dikeringkan. Kemudian ia didam dengan air selama satu malam (ada yang merebusnya selama beberapa jam). Ekstrak daripada akar tuba berwarna putih ini kemudian dikacau rata sebelum dicampurkan dengan larutan sabun untuk menstabilkannya. Kemudian larutan ini perlu untuk dimasukkan kedalam pam penyembur galas atau motorised power sprayer dan disemburkan pada tanaman dikebun. Tanaman sayuran jenisl ulaman dan sayur daun antara yang disyorkan untuk disembur dengan racun organik ini. Racun tuba juga apa yang penulis blog teliti didakwa memang boleh membunuh serangga kutu yang melekat pada bulu binatang, kutu dikepala (sesuaai untuk dijadikan syampoo rambut) dan mengawak masaalah tungau pada ayam ternakan. Jika anda dapati kawasan keliling rumah ada banyak lalat (dimana kehadiran lalat mungkin berpunca dengan ada kandang ayam berhampiran) maka boleh disemburkan larutan racun tuba kekawasan yang sering lalat berkumpul. Bagaimana pun kaedah bagi kawalan lalat ini perlu diulang beberapa kali untuk menghalau lalat lari. Satu lagi kegunaan tuba adalah untuk membasmi sakit kulit seperti Kurap, Panau dan sebagainya. Kaedah menggunakan akar tuba untuk kawal penyakit kulit dengan menumbuk hancur akar tersebut dan dicampur dengan inyak masak dan disapukan kepada bahagian kulit yang bermasaalah sehingga sembuh. Kalau tiada kesan positif sebaiknya pesakit berjumpa dengan doktor pakar kulit.


Menarik kisah dalam bharian.com bertajuk '9 individu guna arus elektrik, tuba tangkap ikan didenda' yang berkaitan dengan industri ikan air tawar di Pahang. Perkara ini didedahkan oleh Pengerusi  Jawatankuasa Pertanian, Pumahan dan Perbandaran negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengarah Jabatan Perikanan Pahang Datuk Adnan Hussain dimana mereka dilihat ada menunjukkan ikan yang ditangkap pada program menangkap ikan di zon larangan perikanan dan pelepasan benih ikan bersama komuniti di Sungai Kuala Serau, Kuala Lipis, Pahang. Jabatan Perikanan (DOF) sudah mengambil tindakan terhadap sembilan individu yang menangkap ikan dengan cara menggunakan tuba dan arus elektrik di beberapa sungai utama di negeri ini bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini. Dilaporkan ada enam kes kesalahan itu di kawasan pedalaman Jerantut, Maran, Pekan dan Bera yang terkenal dengan pelbagai jenis ikan sungai berkualiti tinggi. Dalam tempoh berkenaan pihak DOF mengesan empat kesalahan menangkap ikan menggunakan arus elektrik di Sungai Liang, Jerantut; Empangan Besar, Kampung Paya Ladang di Maran serta di Sungai Pahang, masing-masing di Pekan dan Maran. Selain itu ada dua kes lagi menggunakan tuba atau elektrik di Sungai Bohor Bahru, Bera dan Sungai Gitar, Jerantut. Dilaporkan dimana individu ini akan didakwa di mahkamah mengikut Peraturan Perikanan Sungai 1991 Negeri Pahang dan nilai keseluruhan kompaun dikenakan sebanyak RM6,500 sementara peralatan digunakan untuk menangkap ikan dirampas. Kes penggunaan tuba dan arus elektrik dimana ia boleh menyebabkan ikan pelbagai saiz dan jenis mati. Jika dilakukan secara berterusan akan menyebabkan kepupusan hidupan air. Kami memandang serius aktiviti menangkap ikan menggunakan tuba dan arus elektrik dan operasi akan terus dilakukan secara berjadual. Semua orang diminta ambil tindakan dan bekerjasama dengan kalangan masyarakat lokal terutama penduduk kampung yang tinggal berhampiran sungai supaya segera melaporkan kepada jabatan itu jika mengesan kegiatan sedemikian supaya sama-sama dapat memelihara kehidupan marin di sungai di negeri ini.


Heboh di Jempul Negeri Sembilan dengan berita dalam hmetro.com bertajuk '
Sungai jadi hitam akibat racun tuba' yang wajar disembangkan juga. Dilaporkan dimana aktiviti menuba ikan dipercayai menjadi punca kematian mendadak pelbagai spesis ikan selain menyebabkan sungai di sebuah ladang di Bahau dimana airnya dilihat ia bertukar menjadi hitam. Menurut Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan S Veerapan dimana hasil siasatan dilakukan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kuala Pilah, telah mendapati air sungai itu berwarna hitam di bahagian hilir dan pasukan penyiasat JAS turut mendapati air sungai berbau busuk seperti najis kumbahan. Pihak JAS turut mengambil dua set sampel air sungai berwarna hitam dan ikan mati untuk dihantar ke makmal Jabatan Kimia bagi tujuan analisa. Apa pun di laporkan berdasarkan pemerhatian di lapangan dimana ada juga kemungkinan pencemaran di hilir anak sungai itu berpunca aktiviti menuba ikan. Pihak JAS masih menunggu keputusan ujian analisa sampel air sungai yang dihantar ke makmal. JAS juga merujuk kejadian itu kepada agensi berkaitan antaranya Jabatan Perikanan, Jabatan Pertanian dan Badan Kawal Selia Air (BKSA) bagi mengenal pasti punca kejadian. JAS juga akan meneruskan pemantauan ke premis berhampiran lokasi bagi memastikan sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.


Menarik bagaimana laporan dalam hmetro.com bertajuk 'Udang galah Sungai Belat mati kena racun' untuk di kupas isinya. Akhbar tersbut tunjukkan bagaimana nelayan kecewa sete;ah mendaratkan udang galah yang mati dipercayai terkena racun di Sungai Belat. Perbuatan tidak bertanggungjawab meracun dikesan berlaku di Sungai Belat sehingga menyebabkan banyak udang galah dan ikan mati. Beberapa nelayan darat mendakwa sebelum ini kes sama berlaku pada awal Ramadan yang turut menyebabkan banyak hidupan sungai berkenaan terutama udang galah dan pelbagai spesies ikan mati. Bagi seorang nelayan darat yang hanya mahu dikenali sebagai Zul, 36, berkata udang galah yang berada dalam lukah nelayan hampir semua mati disebabkan dipercayai menerima aliran air sungai yang membawa bersama racun. Kalau sebelum ini ada juga nelayan melihat udang melompat di permukaan air mungkin disebabkan kesan racun yang terdapat dalam Sungai Belat yang bersambung dengan beberapa sungai lain termasuk Sungai Kuantan dan Sungai Rasau. Udang galah yang mati dalam lukah nelayan bukan saja berbau busuk tetapi juga bertukar warna menjadi kemerahan, udang yang mati secara semula jadi tidak bertukar warna dengan ketara. Kesan racun sekurang-kurangnya selama seminggu bertahan dalam air sungai, dalam tempuh berkenaan aktiviti memancing tidak dapat dilakukan kerana udang tiada. Faktor air pasang besar yang berlaku dapat mempercepatkan lagi aliran air sungai yang akan membawa bersama racun digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Dia dan nelayan darat Sungai Belat yang lain termasuk kaki pancing kini menangguhkan aktiviti memancing berikutan kes meracun yang berlaku. Nelayan darat yang mahu dikenali sebagai Sulaiman (53) pula mendakea dimana aktiviti meracun mungkin dilakukan di sungai lain namun kesan racun turut berlaku di Sungai Belat.. Katanya ada lebih tiga kilogram udang galah saya dalam lukah mati, semua terpaksa dibuang kerana bimbang kesan buruk berlaku pada pengguna dan dia berharap pihak berkuasa memberi perhatian terhadap kes meracun di sungai. Menurut pihak Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Pahang Abdullah Jaafar berkata pihaknya melarang penggunaan racun tuba, bahan letupan dan elektrik bagi menangkap udang dan ikan di sungai, lombong serta tasik. Mereka yang didapati bersalah boleh didakwa di bawah Kaedah-Kaedah Perikanan (Perairan Sungai) 1991 yang memeng boleh dikompaun atau didakwa di mahkamah. Nelayan boleh membuat aduan kepada Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang sekiranya mengetahui kegiatan berkenaan berlaku. 
Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yamh sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi maklumat rujukkan berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam...
RACUN TUBA... ADA IA DI GUNAKAN...
DI PERAH PATINYA... PUTIH KELIHATAN...
MASUKAN DALAM SUNGAI..CARI IKAN...
CARA INI...DI LARANG JAB. PERIKANAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(10 Dzulhijjah 1446H).

Tuesday, June 17, 2025

SEMBANG PASAL RACUN TUBA (PART 1)

RACUN TUBA
dihasilkan daripada sejenis tumbuhan iaitu Pokok Akar Tuba (Derris elliptica) iaitu sejenis tumbuhan renek dari keluarga Fabaceae (dulu nama kluarga ini ialah keluarga Leguminaceae) yang terdapat di Asia Tenggara dan kepulauan di Pasifik Barat-daya yang biasa digunakan untuk meuba atau bertindak sebagai racun ikan. Tumbuhan ini adalah natif di Malaysia dan Indonesia dan biasanya tumbuh sendiri secara liar di kawasan hutan dan kawasan kebun yang tidak di racun atau tidak diusahakan secara intensif. Nama-nama bagi tumbuhan tuba ini yang lainn adalah tuba akar, tuwa laleur, areuy kidang (Sunda), jenu, jelun, tungkul (Jawa), tobha, jheno, mombul dan lain-lain dan sebagainya. Akar tumbuhan tuba ini memiliki kandungan bahan iaitu rotenona (rotenone) iaitu sejenis racun kuat untuk membunuh ikan air tawar dan juga boleh digunakan sebagai racun mengawal serangan serangga pada tanaman. Tumbuhan tuba adalah jenis yang menjalar dan mampu memanjat atau merambat pada pokok (tumbuhan memanjat) yang berkayu. Keupayaan memanjat pokok mempu mencapai ketinggian dengan membelit sehingga setinggi 10m. Ranting-ranting tuba yang tua berwarna kecoklatan dengan lentisel serupa jerawat. Daun-daun tuba adalah tersebar, majmuk yang menirus dengan bilangan ganjil dengan jumlah helai daun antara 7-15 helai. Tangkai daun berukuran antara 13-23 cm panjang dengan sisi bawah bahagian sisi bawah daun kekelabuan atau agak kebiruan. Daun muda atau pucuk yang muda berwarna coklat-ungu. Tanaman tuba mempunyai bunga yang terkumpul dalam kumpulan yang panjangh tangkainya kira-kira 12-26 cm panjang. Kelopak bunga tuba berbentuk cawan dengan warna hijau dan warna ros pucat. Buah tuba berbentuk oval yang memanjang dengan saiz kira2 3.5-7cm × 2 cm serta selalu mempunyai antara 1-2 bijibenih. Artikel subuh kali ini penulis blog ingin sembang dan berkongsi maklumat dengan menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai ancaman racun tuba seperti dilaporkan oleh media tempatan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.



Tumbuhan tuba adalah jenis yang menjalar dan mampu memanjat atau merambat pada pokok (tumbuhan memanjat) yang mana dibahagian batangnya adalah berkayu. Keupayaan memanjat pokok tuba penulis blog dapati ia mampu mencapai ketinggian dengan membelit sehingga setinggi 10m pada tumbuhan lain seperti pokok getah atau pokok tumpangan lain. Ranting-ranting tuba yang tua selalu berwarna kecoklatan dengan lentisel serupa jerawat. Daun-daun tuba adalah tersebar, majmuk yang menirus dengan bilangan ganjil dengan jumlah helai daun antara 7-15 helai (Sila anda lihat foto disebelah). Penelitian juga mendapati bahagian tangkai daun berukuran antara 13-23 cm panjang dengan sisi bawah bahagian sisi bawah daun kekelabuan atau agak kebiruan. Daun muda atau pucuk yang muda berwarna coklat-ungu dan mudah kenal kepada mereka yang pernah menggunakan atau mendapatkan bahagian akar tuba. Umumya tanaman tuba mempunyai bunga yang mana ia terkumpul dalam kumpulan yang panjang tangkainya kira-kira 12-26 cm panjang. Kelopak bunga tuba penulis lihat berbentuk cawan dengan warna hijau dan warna ros pucat. Buah tuba berbentuk oval yang memanjang dengan saiz kira2 3.5-7cm × 2 cm serta mempunyai antara 1-2 bijibenih. Pembiaka tuba ini berkemungkian daripada biji benih yang hanyt semasa air hujan dkelokasi baru untuk tumbuh selain daripada melalui akarnya dilokasi sama.


Kajian saintifik yang penulis rujuk mendapati dimana racun berwarna putih apabila terkena air ini atau racun derrids hampir tidak terlarut dalam air. Apabila kita ambil akar tuba segar dan ketuk dengan kayu sehingga kulitnya lumat kemudian diperah dalam air, maka larutan putih akan keluar dimana ia digunakan iaitu secara tradisional sebagai racun atau tuba ikan air tawar. Racun tuba ini kurang berkesan pada air payau dan tidak ada maklumat keberkesanannya dalam air masin. Cara untuk sesiapa yang menggunakannya adalah dengan menggunakan akar yang biasanya digali dan dipotong serta dikeringkan selama beberapa hari (sekitar 3-4 hari). Akar ini kemudian ditumbuk dan dicampur dengan air menghasilkan cairan seperti susu berwarna putih atau dikenali sebagai air tuba. Campuran air tuba dengan kepingan akar ini kemudian dilarutkan pada sungai air tawar berarus sedikit yang hendak dituba. Keperluan air beraurs membolehkan racun tuba ini akan membukkan ikan disepanjang anak sungai sehinga beberapa puloh meter bagi sungai kecil. Kalau sungainya kecil maka sebaiknya akar tuba ditumbuk terus di tengah-tengah sungai yang hendak kita tuba. Ikan-ikan yang terkena racun tuba akan mabuk akan timbul dimana ini memudahkan ikan untuk di tangkap (Sila lihat foto sebelah). Setelah beberapa jam sehingga sampai beberapa hari (Bergantung kepada arus dalam sungai) maka keadaan sungai akan pulih kembali daripada kesan racun tuba dan ikan yang mabuk tadi akan cergas semula. Bagaimana pun ada juga ikan yang teru mati sama ada ia terapong diatas permukaan air atau tenggelah dibawah dasar air. Ikan mati atau mabuk yang terapong ini akan hanyut bergantung kepada kederasan arus sungai dan jumlah kepekatan racun tuba.


Dalam portal hmetro.com yang bertajuk 'Racun tuba juga boleh mudaratkan manusia' wajar disembangkan. Kisah dari Alor Setar dimana orang ramai diingatkan berhenti menuba udang galah di Sungai Kedah kerana dikhuatiri menjejaskan sumber perikanan serta memudaratkan kesihatan manusia.  Pejabat Perikanan Negeri Kedah dalam kenyataan berkata, pihaknya mengambil serius aduan yang diterima berkaitan kegiatan menuba udang galah di sekitar sungai berkenaan sejak kebelakangan ini. Kegiatan terbabit berlaku dari kawasan Bukit Pinang hingga ke kawasan Anak Bukit dan Kubang Sepat di daerah Kubang Pasu. Selalunya kegiatan menuba ini bukan sahaja memusnahkan sumber perikanan malah dikhuatiri kesan racun yang digunakan boleh mendatangkan mudarat kesihatan kepada masyarakat. Apa pun cara-cara mengenali udang galah yang diracun adalah melalui pengamatan kepada rupa bentuk mata udang itu mengecut atau pecah akibat kesan racun yang dituang ke dalam sungai. Pejabat perikanan akan menjalankan operasi penguatkuasaan segera bagi memastikan perkara ini dapat ditangani dan tidak membawa kemudaratan. Kegiatan menuba adalah kesalahan mengikut Kaedah-kaedah Perikanan (Perikanan Sungai) 1990 dan boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali. Orang ramai diharap dapat memberi kerjasama dengan memantau dan melaporkan kejadian tuba udang yang berlaku ke pejabat perikanan terdekat. 
Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yamh sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi maklumat rujukkan berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam...
RACUN TUBA... ADA IA DI GUNAKAN...
DI PERAH PATINYA... PUTIH KELIHATAN...
MASUKAN DALAM SUNGAI..CARI IKAN...
CARA INI...DI LARANG JAB. PERIKANAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(10 Dzulhijjah 1446H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...