Support My Blog

Showing posts with label SEMBANG KHASIAT NANAS. Show all posts
Showing posts with label SEMBANG KHASIAT NANAS. Show all posts

Saturday, June 14, 2025

SEMBANG KHASIAT NANAS (PART 2)

BUAH NENAS (Ananas cosmosus) merupakan buah-buahan tropika yang sangat popular diseluruh dunia dimana ianya ditanam dikawasan yang mempunyai iklim tropika dan sub-tropika dari keluarga Bromeliaceae. Pengeluaran nenas segar dunia pada tahun 2010 mencecah sebanyak 17.83 juta metrik tan bernilai sebanyak USD 4.955 billion (RM 16.682 billion) sebagaimana dilaporkan oleh FAO. Negara pengeluar nenas utama dunia 2010 adalah Filipina (2.160 juta mt) diikuti dengan Brazil (2.120 juta mt) dan ketiga adalah Costa Rica (1.976 juta mt). Negara lain yang menghasilkan nenas adalah seperti Thailand, China, Indonesia, India, Nigeria, Mexico dan yang ke 10 adalah Vietnam. Negara kita Malaysia tidak tersenarai dalam 20 negara utama pengeluar nenas dunia kerana cuma menghasilkan sekitar 537,231.4 metrik tan dari kawasan seluas 18,273 hektar pada tahun 2024 (Sumber: Laporan Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2024). Purata pengeluaran buah nanas di Malaysia adalah 37.63 mt/ha dengan negeri Johor paling luas menanam nanas iaitu seluas 11,938.6 ha menghasilkan sebanyak 402,552.7 mt pada tahun 2024.. Apa yang kita hendak bincang petang sabtu ini cuma khasiat dan teknologi penanaman nenas untuk makluman bersama. Penanaman nenas dijalankan secara komersil dan monokrop kerana memerlukan cahaya matahari yang banyak. Nenas merupakan tanaman yang lasak dan boleh tumbuh di pelbagai jenis tanah asalkan kawasan tersebut mempunyai saliran yang baik dan sistem pengurusan agronomi dengan sempurna. Penanaman nenas lazimnya menggunakan bahan tanaman daripada Sulur Tanah, Sulur Udara, Slips dan juga Jambul. Kini teknologi penggunaan 'quartering' membantu membiakan nenas dengan lebih cepat. Teknologi pembiakan nenas menggunakan kultur tisu bagaimana pun masih belum di perakui, ini kerana anakbenih yang dihasilkan banyak masaalah 'Somaclonal variation' yang perlu diatasi. Banyak syarikat yang cuba menggunakan teknologi kultur tisu nenas untuk menjual anakbenih nenas tetapi terbukti masih belum mendapat kepercayaan daripada petani pada masa ini. Isi buah nenas mengandungi banyak air (85%) dan juga khasiat lain seperti protin (0.4%), 0.1% lemak, 0.5% serabut dan banyak vitamin. Vitamin A, Vitamin B1, Asid Citrik dan Bromelain juga banyak dalam buah nenas. Kemanisan nenas bergantung kepada gula yang terhasil daripada banyaknya cahaya matahari dan jenis tanah yang banyak nutrien. Nenas bagus untuk dimakan segar kerana zat Vitamin A, Vitamin B1 dan Bromelain mampu menghadamkan protin dan mampu melembutkan daging. Sementara itu asid sitrik dalam jus nenas dan nenas segar mampu didalam usaha menghilangkan lemak dan boleh menguruskan badan. Saya memang suka makan nenas terutama varieti popular yang mendapat pasaran baik didunia seperti nenas MD 2. Subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan menulis mengenai khasiat dan kehebatan buah nanas untuk di jadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


Banyak laporan kebaikan memakan buah nanas yang boleh di baca antaranya dapat Bantu Mengarasi Masaalah paru-paru yang disebabkan oleh keradangan kronik dalam saluran pernafasan dan berita baiknya dilaporkan bahan bromelain dalam nanas membantu mencairkan kahak sekaligus mampu bagi menyumbang kepada kes-kes termasuk pengurangan gejala asma. Di laporkan ada kes wanita yang ada kes lelah (asthma) yang diberi makanan lebih tinggi kandungan beta-karoten telah dapat mengurangkan risiko asma. Ini sekaligus dapat meningkatkan kualiti kehidupan penghidap penyakit tersebut. Memakan buah nanas akan membantu untuk Melegakan Sakit Sendi dimana masalah seperti Arthritis iaitu sejenis penyakit yang disebabkan oleh keradangan yang menyerang bahagian sendi. Namun kini dengan cara pengambilan bromelain dalam nanas yang mempunyai kesan antiradang didakwa akan membantu dalam melegakan kesakitan simptom arthritis. Para pakar perubatan yang membuat kajian melibatkan 42 pesakit osteoartritis mendapati dimana dengan penggunaan ubat khusus yang mengandungi bromelain mengurangkan kesakitan sendi dengan ketara. Buah nanas juga mengandungi mineral seperti fosforus, mangan, kalsium, zink dan kuprum yang bagus untuk meningkatkan kekuatan tulang. Buah nanas dilaporkan mampu untuk Mencegah Katarak Mata apabia dilaporkan yang organ mata adalah antara organ yang memainkan peranan terpenting di dalam kehidupan harian. Kandungan vitamin C dalam nanas bagus untuk mengurangkan risiko penyakit mata yang biasanya terjadi apabila usia meningkat. Laporan kajian menunjukkan bahawa diet yang kaya dengan vitamin C dapat melindungi daripada katarak mata. Buah nanas memang ia dilaporkan Bagus Untuk Kesuburan sebab kandungan vitamin dan mineral dalam nanas juga bagus untuk kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan makanan yang kaya dengan antioksidan boleh membantu melawan radikal bebas penyebab masalah kemandulan. Bagi golongan lelaki dimana kandungan manganese (Mn) yang tinggi dalam nanas menyumbang kepada peningkatan kualiti sperma. Manakala kehadiran bromelain yang melancarkan lagi aliran darah boleh meningkatkan peluang implantasi dan membantu dalam persenyawaan bagi wanita. Seterusnya khasiat nanas ia sebab didakwa mampu Menghalang Pertumbuhan Kanser bila isu kanser adalah penyakit kronik disebabkan oleh pertumbuhan sel yang tidak terkawal. Nanas mengandungi vitamin C yang berupaya melawan radikal bebas daripada menyerang dan merosakkan sel-sel baik dalam tubuh. Bahan seperti enzim bromelain juga memiliki sifat antikanser dimana sudah terbukti jika ia terbukti dapat menghalang pertumbuhan sel kanser usus. Ia menghasilkan molekul penting supaya darah putih lebih efektif dalam mencegah sel kanser.


Dilaporkan jika mamakan buah nanas akan dapat Mencegah Penyakit Alzheimer iaitu sejenis penyakit neurodegeneratif yang lazimnya melibatkan kehilangan ingatan secara beransur-ansur. Dalam kes yang teruk, penghidapnya tidak berupaya untuk meneruskan perbualan, mengawal pergerakan dan bertindak balas terhadap persekitaran mereka. Kajian terhadap tikus makmal yang diberikan rawatan bromelain menunjukkan bahawa, aktiviti otaknya bertambah lebih baik. Ini sekaligus menandakan bahawa enzim tersebut berpotensi merawat gejala penyakit Alzheimer. Makan buah nanas akan Mengawal Tekanan Darah sebab buah nanas juga merupakan sumber elemen potasium yang sangat bagus. Ia bertindak sebagai elektrolit semulajadi dan penting untuk fungsi otot. Ia didakwa  mampu menurunkan tekanan darah dalam kalangan mereka yang menghidap penyakit hipertensi ataupun tekanan darah tinggi. Dalam kes umum dilaporkan memakan buah nanas segar akan mampu Mengurangkan Batuk dan Selsema dimana jika mengalami gejala batuk berkahak atau selsema, anda disarankan untuk makan buah penuh berkhasiat ini. Vitamin C terkandung di dalamnya mampu mencegah lendir, kahak dan legakan resdung. Bahan bromelain berikan kesan antiradang yang bagus untuk mengatasi kesan radang serta bengkak pada tekak. Nanas juga Menyokong Sistem Penghadaman dimana ia bukan sahaja mencegah sembelit, kandungan air dan serat terdapat pada buah ini turut menyumbang kepada kelancaran sistem penghadaman. Bahan Bromelain yang hanya terdapat dalam nanas juga bertindak sebagai enzim penghadaman yang sangat efektif. Ia memecahkan molekul protein kepada asid amino dan peptida kecil agar mudah diserap ketika melalui usus kecil. Kini sudah ada apa yang di namakan 'Rawatan Bromelain' yang sangat membantu golongan individu yang mengalami masalah pankreas. Ia adalah keadaan di mana pankreas tidak akan dapat menghasilkan enzim pencernaan yang cukup untuk tubuh. Makan buah nanas adalah Baik Untuk Kesihatan Kulit sebab ia mengandungi asid askorbik dan bromelain yang bertindak sebagai exfoliator semulajadi dan ini sekaligus akan membantu kurangkan bintik hitam, mengurangkan jerawat serta redakan inflamasi pada muka.


Dalam portal sinarharian.com dengan tulisan yang bertajuk 'Khasiat nanas termasuk atasi masalah keradangan sendi' wajar di tulis semula faktanya. Buah nanas yang lazimnya enak dimakan begitu sahaja sebagai pencuci mulut, selain sebagai campuran koktail mahupun salad buah. Buah tropika itu bukan sahaja banyak khasiat dari segi kesihatan termasuk rendah kalori, malah ia kaya dengan pelbagai vitamin seperti vitamin A, C, K, B6, kalium, magnesium, protein, zink dan kalsium. Ia juga sesuai untuk diet dan mengandungi antioksidan serta enzim pencernaan yang boleh membantu memudahkan penghadaman. Nanas Membantu mengatasi arthritis bila dilaporkan terdapat pelbagai jenis arthritis, tetapi kebanyakannya membabitkan keradangan pada sendi. Jadi, nanas yang mengandungi bromelain (enzim di dalam nanas) dikatakan mempunyai sifat antiradang. Ia mengurangkan risiko kanser dimana berdasarkan kajian mendapati nanas boleh membantu mengurangkan risiko kanser. Ia juga menunjukkan nanas boleh membantu mengurangkan risiko kanser dengan meminimumkan tekanan oksidatif dan mengurangkan keradangan. Nanas membantu meningkatkan imuniti dan akan menyekat keradangan. Dalam kajian sembilan minggu dijalankan oleh penyelidik, Mavil May C Cervo, ke atas 98 kanak-kanak yang diberi nanas setiap hari dan sebahagiannya tidak diberi makan nanas, mendapati keputusan menunjukkan kanak-kanak yang paling banyak makan nanas, hampir empat kali lebih banyak sel darah putih bagi melawan penyakit berbanding yang lain. Buah nanas Membantu menyembuhkan batuk dimana sesiapa yang makan nanas dipercayai dapat mengurangkan batuk, iaitu ia boleh mengeluarkan lendir ketika batuk, sekali gus mampu membantu meredakan batuk. Ia sesuai dijadikan jus dan diminum bagi tujuan itu. Ia juga didakwa baik untuk kulit dan rambut dengan bahan vitamin C yang boleh membantu anda mendapatkan rambut yang lebih lembut dan bersinar. Buah nanas mempunyai sifat antiradang kerana ia mengandungi enzim bromelain yang mampu membantu mencegah jerawat dan ruam kulit.


Dalam portal bharian.com artikel bertajuk 'Khasiat nanas yang harus anda tahu' sesuai di kongsikan isinya. Buah nanas adalah antara buah yang sering menjadi kegemaran ramai. Selain rasanya yang manis dan sedap, masih ramai tidak tahu nanas sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Dilaporkan secara asasnya, buah tersebut mempunyai kandungan vitamin C, vitamin B, B1, B3 (niacin), karbohidrat, potassium, sodium dan enzim bromelin. Memang ada terdapat banyak manfaat nanas kepada kesihatan. Antaranya ialah ia mampu untuk Melawan Radikal Bebas dengn ada rasa manis, masam dan segar dengan kandungan vitamin C sangat baik untuk mencegah radikal bebas dari memasuki badan dan boleh menyebabkan banyak gangguan pada kulit atau organ dalaman. Bagi mendapat manfaatnya, menikmati nanas secara berkala sama ada dalam bentuk jus, yogurt atau dimakan secara langsung. Nanas juga dilaporkan akan dapat  Mengekalkan kesihatan jantung dimana kandungan kalium yang ada pada buah nanas dapat mengimbangi kandungan air dalam badan dan mengurangkan risiko hipertensi. Kandungan vitamin C yang ada pada buah nanas dapat mencegah gangguan pada saluran darah akibat ketebalan kolesterol yang tidak baik. Dilaporkan yang mana memang Buah nanas akan Membantu mengurangkan lemak sebab ia memang ada mengandungi gula semula jadi yang cukup baik untuk tubuh dan mencetuskan pembakar lemak dalam badan untuk berjalan lancar. Buah ini akan Meningkatkan ketahanan atau Imuniti seseorang sebab buah nanas mengandungi banyak vitamin C boleh meningkatkan daya tahan. Kandungan antioksidan membolehkan tubuh sentiasa berjaga-jaga terhadap serangan bakteria, kulat dan virus. Buah nanas juga dilaporkaan akan menjadikan Tulang lebih sihat sebab ia ada mengandungi sebatian mangan (Mn) yang bagus untuk tulang dan tendon otot yang mengelilinginya. Ia juga baik untuk mata, menghindari sembelit, cirit-birit, mengurangkan keradangan usus, mengawal diabetes dan sebagainya lagi. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada pembaca setia blog anim agro technology yang mencapai lebih 40 jita view pada 4 Jn 2025.Wasallam !!...

BUAH NANAS...BANYAK KHASIATNYA....
BANYAK VARIETI...M2 KINI POPULAR DIA...
HEBAT NUTRISNYAI... JADIKAN DIET ANDA...
MEMBACA ARTIKEL... SANGAT GEMBIRA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(15 Dzulhijjah 1446H).

Friday, June 13, 2025

SEMBANG KHASIAT NANAS (PART 1)

BUAH NENAS
(Ananas cosmosus) merupakan buah-buahan tropika yang sangat popular diseluruh dunia dimana ianya ditanam dikawasan yang mempunyai iklim tropika dan sub-tropika dari keluarga Bromeliaceae. Pengeluaran nenas segar dunia pada tahun 2010 mencecah sebanyak 17.83 juta metrik tan bernilai sebanyak USD 4.955 billion (RM 16.682 billion) sebagaimana dilaporkan oleh FAO. Negara pengeluar nenas utama dunia 2010 adalah Filipina (2.160 juta mt) diikuti dengan Brazil (2.120 juta mt) dan ketiga adalah Costa Rica (1.976 juta mt). Negara lain yang menghasilkan nenas adalah seperti Thailand, China, Indonesia, India, Nigeria, Mexico dan yang ke 10 adalah Vietnam. Negara kita Malaysia kini ia tidak tersenarai dalam 20 negara utama pengeluar nenas dunia kerana cuma menghasilkan sekitar 537,231.4 metrik tan dari kawasan seluas 18,273 hektar pada tahun 2024 (Sumber: Laporan Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2024). Purata pengeluaran buah nanas di Malaysia adalah 37.63 mt/ha dengan negeri Johor paling luas menanam nanas iaitu seluas 11,938.6 ha menghasilkan sebanyak 402,552.7 mt pada tahun 2024. Apa yang kita hendak bincang petang sabtu ini cuma khasiat dan teknologi penanaman nenas untuk makluman bersama. Penanaman nenas dijalankan secara komersil dan monokrop kerana memerlukan cahaya matahari yang banyak. Nenas merupakan tanaman yang lasak dan boleh tumbuh di pelbagai jenis tanah asalkan kawasan tersebut mempunyai saliran yang baik dan sistem pengurusan agronomi dengan sempurna. Penanaman nenas lazimnya menggunakan bahan tanaman daripada Sulur Tanah, Sulur Udara, Slips dan juga Jambul. Kini teknologi penggunaan 'quartering' membantu membiakan nenas dengan lebih cepat. Teknologi pembiakan nenas menggunakan kultur tisu bagaimana pun masih belum di perakui, ini kerana anakbenih yang dihasilkan banyak masaalah 'Somaclonal variation' yang perlu diatasi. Banyak syarikat yang cuba menggunakan teknologi kultur tisu nenas untuk menjual anakbenih nenas tetapi terbukti masih belum mendapat kepercayaan daripada petani pada masa ini. Isi buah nenas mengandungi banyak air (85%) dan juga khasiat lain seperti protin (0.4%), 0.1% lemak, 0.5% serabut dan banyak vitamin. Vitamin A, Vitamin B1, Asid Citrik dan Bromelain juga banyak dalam buah nenas. DIlaporkan yang kemanisan nenas bergantung kepada gula yang terhasil daripada banyaknya cahaya matahari dan jenis tanah yang banyak nutrien. Nenas bagus untuk dimakan segar kerana zat Vitamin A, Vitamin B1 dan Bromelain mampu menghadamkan protin dan mampu melembutkan daging. Sementara itu asid sitrik dalam jus nenas dan nenas segar mampu dalam usaha menghilangkan lemak dan boleh menguruskan badan. Saya memang suka makan nenas terutama varieti popular yang mendapat pasaran baik didunia seperti nenas MD 2. Subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan menulis mengenai khasiat dan kehebatan buah nanas untuk di jadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


Pada asasnya ada sekitar 5 khasiat dari buah nanas yang selalu d ialporkan oleh pakar permakanan. Kini di Malaysia nanas segar varieti premium seperti Nanas MD2, Nanas SG1, Nanas Jambul Mas A19, Nanas Mardi L16, Nanas Crystal Honey dan beberapa varieti lagi mudah dibeli untuk di nikmati. Kalau zaman dulu sebelum merdeka dan baru merdeka Malaysia terkenal dengan negara penghasil buan nanas dalam tin (canned pineapple) untuk pasaran domestik dan eksport tetapi kini lebih di tumpukan kepada penanaman nanas makan segar. Lazimnya buah nanas akan 
dimakan begitu sahaja sebagai pencuci mulut selain digunakan sebagai campuran dalam koktail atau salad buah. Buah tropika ini bukan sahaja enak akan tetapi juga sarat dengan pelbagai khasiat untuk kesihatan. Ia rendah kalori dan kaya dengan berbagai jenis vitamin seperti vitamin A, C, K, B6, serta mineral seperti kalium, magnesium, protein, zink, dan kalsium. Nanas juga sesuai untuk diet kerana mengandungi antioksidan dan enzim pencernaan yang dapat membantu memudahkan proses penghadaman. Berikut adalah lima manfaat utama nanas untuk kesihatan pertama Buah Nanas akan Membantu Mengatasi Arthritis dimana lazimnya ada pelbagai jenis kes arthritis, namun kebanyakannya melibatkan keradangan pada sendi. Nanas mengandungi bromelain iaitu sejenis enzim yang dikatakan mempunyai sifat anti-radang. Menurut kajian yang dijalankan oleh Dr. Sarah Brien, Penasihat Kualitatif Utama di RDS South Central, University of Southampton, England dimana bahan bromelain di dalam buah nanas dilaporkan ia mampu mengurangkan gejala arthritis. Sesiapa yang ada masaalah ini emang disyorkan untuk mengambil diet nanas secara rutin dengan khidmat nasihat daripada pihak pakar permakanan dan pakar perubatan jika ada sebarang masaalah yang timbul. Khasiat dan kehebatan buah nanas yang kedua adalah ia mampu Mengurangkan Risiko Kanser seperti beberapa hasil penyelidikan yang diketuai oleh Barbara Romano dari University of Naples Federico II di Naples, Itali dimana kajian ini mendapati bahawa nanas dapat membantu mengurangkan risiko kanser. Kajian lain turut menunjukkan bahawa nanas boleh mengurangkan risiko kanser dengan meminimumkan tekanan oksidatif dan mengurangkan keradangan. Makan nanas segar yang banyak zat ini memang enak terutama dari nanas varieti premium yang di tanam di Malaysia dengan harga berpatutan. Penulis sudah berjumpa ramai pemakan buah nanas setiap hari dimana di dakwa dia semakin sihat setelah mengambil buah nanas secara rutin.


Memakan dan menikmati buah nanas akan Meningkatkan Imuniti Tubuh pemakannya secara rutin. Ini kerana kajian mendapati jika buah nanas akan membantu meningkatkan sistem imun dan menyekat keradangan. Dalam kajian sembilan minggu oleh penyelidik Mavil May C. Cervo terhadap 98 kanak-kanak, didapati bahawa kanak-kanak yang mengambil nanas setiap hari mempunyai hampir empat kali lebih banyak sel darah putih untuk melawan penyakit berbanding mereka yang tidak memakan nanas. Buah nanas MD2 segar di Malaysia boleh di beli di Supermarket, Hypermarket, Kedai Runcit, Gerai Tepi Jalan, Pasar Tani, Pasar Malam, Pasar Tamu, Kompleks Beli Belah (sudah siap di masukkan dalam bekas sejuk), Restoren Viral dan kini didalam talia online sahaja. Paling win bagi penulis blog dimana sudah banyak testimoni dan dakwaan jika memakan buah nanas akan Membantu Menyembuhkan Batuk. Sesiapa yang memakan nanas juga dipercayai mampu mengurangkan insiden dan kes batuk. Dilaporkan dimana buah nanas boleh membantu mengeluarkan lendir ketika batuk dimana ini sekali gus meredakan simptom batuk. Jus nanas adalah pilihan yang baik untuk tujuan ini dimana ia boleh di dapati di manana-mana kiosk, di buat sendiri atau dalam 'botol ready to drink' dan kini boleh di beli secara inline juga bagi kawasan tertentu di Lembah Kelang. Kehebatan khasiat ke 5 yang agak unik bunyinya adalah memakan buah nanas adalah ia Baik untuk Kulit dan Rambut hasil beberapa kajian yang dapati jika buah nanas juga mempunyai manfaat untuk kesihatan kulit dan rambut. Kandungan vitamin C dalam nanas boleh membantu anda mendapatkan rambut yang lebih lembut dan bersinar. Selain itu di laporkan dimana ada juga ciri buah nanas yang bersifat anti-radang iaitu bahan bromelain dalam buah nanas boleh ianya dapat mencegah masaalah seperti jerawat dan ruam kulit. Bagi penulis blog yang suka makan nanas dan bekas Ketua Pengarah dan BOP LPNM memang pasti memakan buah nanas memang ada banyak kebaikannya.  Buah nanas bukan sahaja rasanya enak dan menyegarkan akan tetapi ia juga penuh dengan pelbagai manfaat kesihatan yang menjadikannya tambahan yang baik dalam diet harian kita. Sama ada untuk meningkatkan imuniti, mengurangkan risiko kanser, atau memperbaiki kesihatan kulit dan rambut, nanas adalah pilihan yang sangat baik.
Menarik untuk merujuk beberapa laporan kajian seperti ada 10 Manfaat Nanas Untuk Wanita Yang Ramai Belum Tahu dimana ia di kongsikan kali ini. Walau pun memang di Malaysia ada terdapat pelbagai buah-buahan tropika yang kaya dengan manfaat tetapu buah nanas adalah yang agak mudah di dapatkan dengan harga yang mampu beli.  Menyentuh hasil laporan dimana ada banyak Khasiat nenas untuk wanita dengan rasa buah nanas yang manis, sedikit masam dengan aroma yang kuat untuk beberapa nanas varieti premium. Bua nanas yang cukup masak akan berjus dan wangi baunya yang sesuaii untuk diambil antara menu diet harian bagi setiap individu sebab ia juga kaya dengan pelbagai nutrien dan bersifat antioksidan. Dilaporkan semua boleh hentikan kes-kesseperti tidakseimbangan hormon daripada menjejaskan kehidupan anda. Selain buah nanas bagus untuk sistem penghadamanan dan imuniti badan kajian dapati buah nanas sebenarnya ia akan menawarkan pelbagai faedah kesihatan untuk wanita secara khususnya. Pertama adalah ia akan Membantu Masalah Haid sebab ia mempunyai enzim khas dikenali sebagai bromelain yang berfungsi menyingkirkan lapisan rahim. Antara khasiat nenas ketika haid adalah dimana ia akan dapat meningkatkan peredaran haid dan membantu wanita dengan kitaran haid tidak teratur. Buah nanas juga akan dapat  Meningkatkan Kesihatan Kulit terutama wanika yang ada kes  masalah jerawat, ruam atau kerosakan kulit, buah berkhasiat ini akan meremajakan kulit dan menjadikan ia lebih bersih, cerah dan segar. Bahan Bromelain iaitu sejenis enzim antiradang nanas, membantu mencegah jerawat, dermatitis, psoriasis dan ekzema. Jus nanas mengandungi vitamin C dan antioksidan tinggi, berperanan memulihkan kerosakan kulit kesan cahaya matahari, jerawat dan tona kulit tidak sekata. Apa pun kehebat ke tiga bagi wanita dikaitkan jika makan buah nanas akan Menjadikan Tulang Akan Kuat sebab kandungan mangan yang tinggi dalam nanas dapat membantu menguatkan kulit. Mineral Manganese (Mn) dalam buah nanas berfungsi mengekalkan kekuatan tulang dan apabila ianya dapat bergabung dengan Zink (Zn), Tembaga (Cu) dan bahan Kalsium (Ca) yang boleh meningkatkan manfaatnya kepada tulang. Ia memang bagus untuk kesihatan tulang dan kesan terakir adalah buah nanas mampu Mencegah Osteoperosis iaitu satu masalah di hadapii mereka yang sudah pun berumur terutamanya kalangan wanita.


Seterusnya dilaporkan jika memakan buah nanas oleh wanita akan mampu  Menguatkan Otot dimana khasiat nanas adalah sumber valine dan leucine yang baik dimana ia juga adalah  dua jenis asid amino penting untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu otot. Dilaporkan dalm satu gelas jus nanas jika diambil setiap hari akan membantu mengatasi keletihan dan meningkatkan stamina sesiapa yang mengambilnya dimana ini membolehkan semua akan kekal bertenaga semasa bersenam atau berlari dan buat aktiviti dalam rumah!. Siapa sangka jika kajian mendapati dimana antara khasiat makan buah nanas setiap hari dapat membantu Pertumbuhan Rambut sebab ada Vitamin C dalam khasiat nanas turut menyumbang kepada kesihatan rambut yang lebih baik. Kandungan vitamin B1 dan B2 mengurangkan keguguran rambut. Ini adalah disebabkan khasiat makan nanas setiap hari boleh membantu dalam menguatkan folikel rambut dan mempercepatkan pertumbuhan rambut. Seterusnya pembava blog anim agro technology kalangan wanita di beritahu jika memakan buah nanas akan Meningkatkan Kesuburan Khusus Untuk Wanita dan membantu dalam persenyawaan. Apa pun kehadiran enzim bromelain sebagai agen antiradang dan antipembekuan darah (penipisan darah) boleh memberi kesan baik kepada sistem imun. Ia akan membolehkan pproses peningkatkan aliran darah ke rahim dimana ini secara tidak langsung meningkatkan peluang implantasi. Kehebatan khasiat nanas ia akan Membekalkan Nutrien Penting Semasa Proses Kehamilan dimana walaupun terdapat kepercayaan bahawa nanas berbahaya untuk kehamilan, namun hakikatnya ia sangat berkhasiat untuk dimasukkan ke dalam diet semasa berbadan dua. Adalah diperlukan dalam jumlah yang kecil iaitu unsur tembaga sebagai salah satu mineral penting untuk pembentukan sel darah merah. Semasa kehamilan pula memang keperluan tembaga meningkat kepada 1mg sehari bagi menyokong peningkatan aliran darah. Bahan Tembaga juga diperlukan untuk perkembangan jantung, saluran darah dan sistem rangka serta saraf bayi dalam kandungan. Nanas juga merupakan sumber baik untuk beberapa vitamin B seperti Vitamin B1 (tiamin), Vitamin B6 (piridoksin) dan juga Vitamin B9 (folat). Secara amnya, vitamin B adalah kunci pertumbuhan dan perkembangan bayi yang betul dan selain itu nanas juga membekalkan vitamin C, sejumlah kecil zat besi, zink dan kalsium iaitu nutrien penting untuk kehamilan sihat. Memakan buah nanas baik kerana ia adalah Agen Antipenuaan dimana ia kaya dengan vitamin C menjadikan buah ini sebagai agen antipenuaan yang baik, sekali gus membuatkan anda tampak lebih muda dan mencegah kematian sel. Paling suka di baca bila dakwaan dimana buah nanas mampu untuk Memperlahan Proses atau Perkembangan Kanser Payudara dikalangan wanita. Kajian pakar menyarankan diet sihat yang mana idealnya yang tinggi antioksidan bagi membantu melawan radikal bebas. Ini kerana menurut kajian mendapati diet dan kepekatan darah yang tinggi antioksidan dikaitkan dengan risiko kanser lebih rendah. Terakhir dimana buah nanas akan Meningkatkan Kesihatan Seksual untuk wanita terkait dengan kemampuannya untu meningkatkan libido, meningkatkan ketahanan seksual, menguruskan keinginan seksual dan memperbaiki rasa. 
Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada pembaca setia blog anim agro technology yang mencapai lebih 40 juta view iaitu pada 4 Jun 2025.
Wasallam !!...
BUAH NANAS...BANYAK KHASIATNYA....
BANYAK VARIETI...M2 KINI POPULAR DIA...
HEBAT NUTRISNYAI... JADIKAN DIET ANDA...
MEMBACA ARTIKEL... SANGAT GEMBIRA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(15 Dzulhijjah 1446H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...