TANAMAN LIMAU KASTURI atau BUAH LIMAU KASTURI memang tidak asing di kalangan rakyat Malaysia dimana ia merupakan sejenis tanaman yang ada di tanam di kawasan rumah. Limau Kasturi (Citrus microcarpa) dari keluarga Rutaceae ada banyak jenisnya dan sentiasa berbuah sepanjang tahun jika di jaga dengan baik. Bagi penulis blog dimana limau kasturi yang juga dikenali sebagai 'Calamansi' adalah sejenis buah citrus kecil yang didakwa ia berasal dari Asia Tenggara. Ia terkenal dengan rasa masam manis dan aroma yang menyegarkan dimana ia sering digunakan dalam masakan dan minuman. Selain itu selalunya limau kasturi juga popular dalam produk penjagaan kulit kerana kandungan vitamin C yang tinggi. Selain cirinya ia berasal dari kawasan Asia Tenggara terutamanya dari negara Filipina dan Malaysia kini ia meluas di tanam. Bercirikan ia mempunyai saiz buah yang kecil, berbentuk bulat, berwarna hijau hingga kuning jingga apabila masak dan yang penting dimana ia berikan rasa masam manis dan aroma yang harum. Ada sesetengah jenis limau kasturi berkulit licin dan ada yang berkulit berbenjol juga. Dalam pada itu ia sangat selalu di gunakan dalam masakan dimana dijadikan sebagai perasa dalam pelbagai hidangan khas termasuk semasa masakan ikan bakar, mee goreng dan di gun amembuat sambal termasuk sambal belacan. Bagi penulis blog paling suka mengambil limau kasturi untuk di jadikan produk minuman seperti di buat jus atau dicampur dalam minuman lain untuk rasa masam dan segar. Kini sudah banyak produk kordial limau kasturi di komersilkan yang boleh di beli di mana sahaja. Didakwa ia mampu didalam rawatan termasuk untuk penjagaan kuli semula jadi kerana kandungan vitamin C yang tinggi. Dalam aspek perubatan tradisional selalu dilihat limau kasturi digunakan untuk melegakan sakit tekak, batuk, dan masalah pernafasan lain. Limau ini sangat berkhasiat sebab ia mengandungi sumber vitamin C yang baik yang dapat membantu meningkatkan sistem imun. Ia juga di laporkan memang mengandungi antioksidan yang membantu melindungi sel-sel tubuh. Limau kasturi berkhasiat dalam membantu dalam penghadaman dan mengurangkan masalah perut serta membantu mengawal paras gula dalam darah dan menurunkan kolesterol, menurut beberapa kajian. Aktiviti penanaman pokok limau kasturi diman tumbuhan ini adalah pokok renek yang boleh mencapai ketinggian sehingga 5 meter dan ia mudah ditanam melalui biji benih atau keratan batang. Penting pastikan ia di tanam di kawasan yang mana panas sebab ia memerlukan cahaya matahari yang mencukupi untuk pengeluaran buah yang optimum. Selain itu apa yang penulis blog pasti dimana limau kasturi juga dikenali dengan beberapa nama lain seperti limau calong, limau kiah, jeruk kasturi dan jeruk pekaran. Ia juga popular di kalangan masyarakat Melayu dan sering digunakan dalam pelbagai amalan petua tradisional untuk kesihatan. Bagi menanam limau kasturi perlu memilih lokasi yang mendapat cahaya matahari yang mencukupi (6-8 jam sehari) dan tanah yang subur dengan saliran yang baik. Penjagaan rutin seperti penyiraman, pembajaan, dan pemangkasan juga penting untuk memastikan pokok limau kasturi tumbuh subur dan berbuah lebat. Limau kasturi memerlukan cahaya matahari yang banyak untuk proses fotosintesis dan menghasilkan buah. Pilih kawasan yang taahnya jenis baik yang subur dan mempunyai saliran yang baik dan mengelakkan tanah yang bertakung air kerana boleh menyebabkan akar pokok reput. Aktiviti penyiraman secara berkala terutamanya semasa musim kemarau dan elakkan terlalu banyak menyiram kerana boleh menyebabkan akar reput. Pembajaan pokok limau kasturi perlu dilakukan dengan baja organik secara berkala untuk membekalkan nutrien yang diperlukan oleh pokok. Perlu juga di buat cantasan atau pemangkasan bagi membentuk pokok dan membuang dahan yang rosak atau mati. mengenai cuaca dimana semasa musim hujan hujan berlebihan ia akan berk kesan dan boleh mempengaruhi pembungaan pokok. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang fakta limau kastiru untuk di jadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.
Limau kasturi merupakan sejenis buah sitrus yang sering digunakan dalam masakan Asia. Perahan jus dari limau kasturi ternyata dapat memberikan rasa segar pada apa juga sajian dan tidak kiralah makanan atau minuman. Jika ia dimakan begitu sahaja rasanya memang masam. Sebab itu juga limau kasturi ia biasanya digunakan sebagai bahan penambah rasa dan penyedap dalam minuman dan makanan. Namun kegunaan limau kasturi tidak terhenti setakat itu sahaja. Buah yang juga dikenali sebagai calamansi ini juga mempunyai banyak manfaat dari segi perubatan dan baik untuk kesihatan. Ada dakwaan jika beberapa jenis limau kasturi ini berasal dari China serta ia mempunyai gelaran yang berbeza-beza. Limau kasturi dikenali sebagai Kalamondon di Filipina, Manaowan di Thailand dan sebagai Jeruk potong di Indonesia. Walaupun saiznya kecil nsmun limau kasturi mempunyai pelbagai jenis kegunaan dari khasiat untuk kesihatan dan kecantikan. Selain itu, limau kasturi juga merupakan antara buah yang dapat membantu menyegarkan tubuh yang letih sepanjang bulan Ramadan nanti. Contohnya, jika selepas berbuka tubuh terasa letih dan lesu untuk berterawih, anda boleh cuba untuk menanganinya dengan mengambil kiub jus limau kasturi. Ia membantu untuk menyegarkan semula tubuh untuk dapat meneruskan ibadah dan membantu untuk menangani rasa lelah semasa bersolat terawih. Untuk membuat kiub jus limau kasturi ini juga tidak sukar. Anda hanya perlu beberapa biji perahan jus limau kasturi, letakkan dalam jag dan masukkan sedikit madu dan air. Kacau sebati dan kemudian tuangkan ke dalam bekas kiub ais. Simpan dalam peti sejuk bahagian beku hingga ia menjadi ais, kemudian masukkan ketulan ais ke dalam gelas kosong menjelang waktu berbuka dan tuangkan air panas separuh cawan. Biarkan ais kiub cair sebelum menikmati minuman campuran jus limau kasturi ini. Apa pun di laporkan ia BERKHASIAT DAN TINGGI ANTIOKSIDA serta ia diperkaya dengan pelbagai khasiat dimana limau kasturi ini bukan setakat membantu untuk mencegah penyakit, tapi ia boleh menangani masalah mulut. Vitamin yang terkandung di dalam limau kasturi dapat mencegah isu kerosakan gigi, kes pendarahan gusi dan juga kehilangan gigi selain daripada ia mampu juga menghapuskan plak. Di samping itu dilaporkan jika jus limau kasturi turut mampu untuk mencegah sembelit, memperbaiki pergerakan usus dan menghapuskan lemak yang terkumpul. Pada masa yang sama ia juga turut memberikan rasa yang mengenyangkan. Sebab itu, anda sangat digalakkan untuk meminum jus limau kasturi sebelum makan agar anda tidak terlebih makan. Kandungan vitamin C dan bahan antioksidannya yang tinggi juga mampu dijadikan sebagai penghilang bau badan terutama jika ia dinikmati bersama dengan kulitnya. Caranya dengan memerah jus buah limau kasturi ke dalam air mandian atau menggosoknya terus di bahagian yang berbau dan bilas bersih dan bemanafaat.
Adalah tidak lengkap kalau tidak menyatakan jika limau kasturi juga sesuai di jadikan semburan. Ia bukan sahaja sesuai dijadikan bahan dalam minuman dan sajian, air semburan limau nipis juga didapati sesuai untuk membersihkan udara di dalam rumah. Anda hanya perlu campurkan perahan limau nipis bersama garam dan air, di dalam bekas 'spray' dan sembur ke ruangan di dalam rumah anda. Ia dapat mematikan kuman dan sekaligus mewujudkan haruman yang wangi. Boleh juga sesiapa mengambil dua hingga empat genggam daun limau kasturi dan rebuskan menggunakan anggaran dua hingga empat gelas air. Apabila air sudah mendidih, ambil air rebusannya untuk dituam pada mereka yang sedang demam. Caranya mudah, basahkan tuala kecil dengan air rebusan, perah dan tekapkan pada dahi pesakit. Limau kasturi mampu merawat Sakit kepala iaitu dengan mengambil sebiji limau kasturi, potong bahagian atasnya sedikit. Picit kulit limau kasturi sehingga cecairnya keluar dan pastikan ia sudah menghalakan ke arah hidung. Limau kasturi juga di laporkan mampu merawat kes Lelah atau Asthma. Caranya dengan mengambil anggaran lima titis jus limau kasturi dan boleh mencampurkan dengan satu sudu makan madu. Nikmati campuran ini pada bila-bila masa. Tidak perlu tunggu sampai lelah baru nak minum dan sebaiknya diamalkan seminggu sekali. Semua boleh mengamalkan setiap hari untuk minum perahan limau nipis dengan campuran teh bebas gula. Pastikan teh yang diminum suam kerana kesannya lebih cepat. Percayakah semua jika ia mampu mengawal Kelemumur dimana sebagai satu petua tradisi ini dikatakan dapat mengatasi masalah kelemumur. Caranya dengan mengmbil beberapa helai daun rambutan dan ramas dengan 1/2 cawan air hingga ia keluarkan lendir. Kemudian campurkan dengan dua cawan santan dan perahan satu biji limau kasturi. Lumurkan pada seluruh kepala dan balut dengan tuala lembap. Biarkan seketika sebelum bilas bersih dan sesuai di ulang rutin ini seminggu sekali. Apa pun jika terdapat kesan minyak pada pakaian, cubalah perah sebiji limau kasturi di bekas yang kecil dan campurkan dengan sedikit garam. Kemudian gosokkan pada bahagian yang terkena minyak, biarkan anggaran 10 minit hingga kesan pudar dan hilang sebelum mencucinya. Merawat masaalah Kahak dan batuk terutama mereka yang sukar untuk menyingkirkan kahak maka amalkan guna limau kasturi merupakan antara ‘ubat’ yang dapat cairkan kahak. Ia membantu untuk melonggarkan dan nipiskan dinding lendir kahak. Jika amalkan untuk minum air limau kasturi suam tanpa gula, ia dapat menyingkir kahak dengan cara yang berkesan dan lebih mudah. Anda hanya perlu perah anggaran empat hingga lima biji limau kasturi dalam segelas air suam. Kacau rata dan amalkan untuk minumnya tiga kali sehari. Bagi tujuan ini di kongsikan cara terbaik mengamalkannya. Sediakan bahan-bahan terdiri daripada 1 -2 sudu kecil gula, 3 biji limau kasturi dan juga air secukupnya. Cara membuatnya dengan mencairkan gula di dalam periuk kecil dan ketepikan. Belah limau kasturi dan campurkan ke dalam air. Nikmati selagi suam atau letakkan ketulan air dengan mengikut citarasa semua.
Berkait dengan beberapa petua 'Ada 5 Cara Minum Air Limau Kasturi Untuk Kurus' yang sesuai di kongsikan faktanya. Apa pun dilaporkan yang air limau kasturi bukan sekadar minuman penyegar tekak akan tetapi ia juga boleh menjadi rahsia semula jadi untuk menurunkan berat badan. Mungkin ramai yang tbelum tahu jika buah kecil berwarna hijau ini sebenarnya kaya dengan vitamin C, antioksidan dan asid sitrik yang membantu membakar lemak, menyahtoksik tubuh dan mempercepatkan metabolisme. Cara ini mungkin menjadi salah satu alternatif semula jadi untuk menurunkan berat badan. Pertama amalkan Meminum Air Limau Kasturi Suam Setiap Pagi dengan memulakan hari anda dengan segelas air suam yang dicampur dengan perahan limau kasturi. Ia bukan sahaja membantu dalam usaha mengaktifkan sistem pencernaan, malah menyahtoksik tubuh selepas waktu tidur. Apa pun didakwa manfaat air limau kasturi akan dapat membantu membuang toksin, mengurangkan kembung perut dan menyediakan tubuh untuk pembakaran kalori sepanjang hari. Keduan dengan cara Mencampuran Limau Kasturi dan Madu Sebelum Tidur dimana di laporkan gabungan limau kasturi dan madu dalam air suam boleh membantu proses detoks ketika tidur. Minuman ini juga menenangkan perut dan melancarkan sistem penghadaman. Dicadangkan juga jika dicampurkan 1 sudu madu asli dan jus dari 2 biji limau kasturi ke dalam segelas air suam dan meminum 30 minit sebelum tidur. Cara ketiga adalah dengan Menambah Dalam Air Detoks Harian dimana limau kasturi sangat sesuai agar ia digabungkan dalam air detoks bersama hirisan timun, pudina dan lemon. Minum sepanjang hari untuk meningkatkan hidrasi dan menggalakkan pembakaran lemak. Apa pun antara kelebihan cara ini ia dapat membantu mengawal selera makan, melancarkan sistem penghadaman, dan meningkatkan metabolisme secara berterusan. Cara ke empat adalah dengan Mencampur Dengan Teh Hijau Tanpa Gula dimana selalunya teh hijau sudah terkenal sebagai pembakar lemak semula jadi. Campuran dengan limau kasturi menjadikannya lebih berkesan dalam meningkatkan metabolisme dan membakar kalori. Apa pun cara minum air limau kastur iaitu dengan membancuh teh hijau, biarkan suam, tambahkan perahan limau kasturi dan minum sebelum bersenam. Petua ke lima adalah dengan amalkan ambil Jus Limau Kasturi Selepas Makan Berat atau kalau baru selesai makan hidangan berat atau berminyak, minum jus limau kasturi tanpa gula. Ia membantu mengurangkan penyerapan lemak dan mempercepatkan proses pencernaan. Apa pun perlu mengelakkan menambah gula atau sirap dan sebaiknya gunakan limau kasturi segar. Mengamalkan cara minum air limau kasturi bukanlah sesuatu yang sukar. Ia boleh dilakukan dengan mudah di rumah dan memberi manfaat yang besar kepada kesihatan tubuh. Selain membantu dalam penurunan berat badan, manfaat air limau kasturi ini juga membantu untuk detoksifikasi badan, penghadaman lebih lancar dan peningkatan metabolisme. Apa pun bagi tujuan pebih berikan kesan yang optimum boleh mengamalkan juga pemakanan sihat dan gaya hidup yang aktif. Limau kasturi hanyalah salah satu alat atau cara semula jadi dalam perjalanan kurus semua.
Agak menarik di kongsikan kisah bagaimana 'Padah curi limau kasturi, ingkar pesanan tuan kebun' untuk idi bingkar kisahnya. Mstar leporkan dimana ada pelbagai cara dilakukan pemilik kebun bagi menjaga hasil tanaman daripada dicuri mahupun elakkan dari kerosakan akibat ia dimakan haiwan liar seperti monyet. Ada kalangan petani akan selain meletakkan racun yang dicampur dengan makanan dilaporkan masih ramai yang memilih untuk memasang pagar elektrik supaya penceroboh tidak dapat memasuki kawasan kebun. Kisah unik ini berlaku di Sibu, Sarawak apabila pemilik kebun buah-buahan sudah menggunakan 'ilmu pendinding' bagi menjaga hasil tanaman miliknya. Kisahnya itu dikongsikan seorang perawat Islam, Hasnan Rili menerusi laman TikTok selepas seorang wanita terkena 'santau' yang diletakkan di kebun individu berkenaan. Dilaporkan ada masa jika buah limau kasturi menjadi punca wanita ini terkena 'ilmu pendinding' apabila ada tuan tanah pernah maklumkan supaya jiran-jirannya meminta izin terlebih dahulu sebelum mengambil apa sahaja barang dari kebunnya. Dilaporkan petani tersebut ada mengakui telah meletakkan minyak penjaga kebun bagi mengelakkan penceroboh memasukki kebunnya dan mencuri buah. Dilporkan dimana akibat kesan minyak itu dimana ia akan menyebabkan pencuri atau sesiapa yang mengambil hasil tanpa izin 'melekat' pada pokok di kebun. Apa pun dia dakwa dimana jika individu tersebut berjaya keluar maka dia mungkin akan mengalami simptom panas seluruh badan. Apa yang paling membimbangkan sekiranya individu berkenaan terkena sawan babi. Dilaporkan ada pesakit ini tertarik pada pokok limau kasturi di kebun tersebut, pokoknya rendang dan buah banyak sampai terseret atas tanah. Dilaporkan jika kesan 'ilmu pendinding' semakin teruk pada waktu malam dan adalah disebabkan 'geram', dia ambil satu plastik... sampai sahaja di rumah, badan menjadi panas seperti disambar api dan ada kes keadaan wanita itu menjadi semakin teruk pada sebelah malam dimana badan wanita itu juga menjadi warna kemerahan seolah-olah terbakar. Dakwanya situasi yang dialaminya membuatkan dia teringat pesanan tuan tanah supaya meminta izin sebelum mengambil hasil di kebun. Kemudian pencuri wanita ini cuba untuk meminta maaf tetapi malangnya tuan tanah sudah meninggal dunia. Susulan itu, wanita berkenaan berikhtiar dengan rawatan Islam bagi memulihkan semula dirinya malah ada yang menyatakan 'ilmu pendinding' yang digunakan untuk menjaga kebun adalah 'ilmu pantak. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, zpart 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemua dan diharap ia menjadi baha rujukkan berguna kepada semua pembaca blog anim agro Technology kali ini. Wasallam!!!...

LIMAU KASTURI... CALAMANSI ITU SAMA....
MUDAH DI TANAM... IA SENANG DI JAGA...
BERBUAH LEBAT... ADA RAWATANNYA...
BUAH BERKHASIAT... DI GUNA SENTIASA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(17 Safar 1447Hijrah).
LIMAU KASTURI memang tidak asing di kalangan rakyat Malaysia dimana ia merupakan sejenis tanaman yang ada di tanam di kawasan rumah. Limau Kasturi (Citrus microcarpa) dari keluarga Rutaceae ada banyak jenisnya dan sentiasa berbuah sepanjang tahun jika di jaga dengan baik. Bagi penulis blog dimana limau kasturi yang juga dikenali sebagai 'Calamansi' adalah sejenis buah citrus kecil yang didakwa ia berasal dari Asia Tenggara. Ia terkenal dengan rasa masam manis dan aroma yang menyegarkan dimana ia sering digunakan dalam masakan dan minuman. Selain itu selalunya limau kasturi juga popular dalam produk penjagaan kulit kerana kandungan vitamin C yang tinggi. Selain cirinya ia berasal dari kawasan Asia Tenggara terutamanya dari negara Filipina dan Malaysia kini ia meluas di tanam. Bercirikan ia mempunyai saiz buah yang kecil, berbentuk bulat, berwarna hijau hingga kuning jingga apabila masak dan yang penting dimana ia berikan rasa masam manis dan aroma yang harum. Ada sesetengah jenis limau kasturi berkulit licin dan ada yang berkulit berbenjol juga. Dalam pada itu ia sangat selalu di gunakan dalam masakan dimana dijadikan sebagai perasa dalam pelbagai hidangan khas termasuk semasa masakan ikan bakar, mee goreng dan di gun amembuat sambal termasuk sambal belacan. Bagi penulis blog paling suka mengambil limau kasturi untuk di jadikan produk minuman seperti di buat jus atau dicampur dalam minuman lain untuk rasa masam dan segar. Kini sudah banyak produk kordial limau kasturi di komersilkan yang boleh di beli di mana sahaja. Didakwa ia mampu didalam rawatan termasuk untuk penjagaan kuli semula jadi kerana kandungan vitamin C yang tinggi. Dalam aspek perubatan tradisional selalu dilihat limau kasturi digunakan untuk melegakan sakit tekak, batuk, dan masalah pernafasan lain. Limau ini sangat berkhasiat sebab ia mengandungi sumber vitamin C yang baik yang dapat membantu meningkatkan sistem imun. Ia juga di laporkan memang mengandungi antioksidan yang membantu melindungi sel-sel tubuh. Limau kasturi berkhasiat dalam membantu dalam penghadaman dan mengurangkan masalah perut serta membantu mengawal paras gula dalam darah dan menurunkan kolesterol, menurut beberapa kajian. Aktiviti penanaman pokok limau kasturi diman tumbuhan ini adalah pokok renek yang boleh mencapai ketinggian sehingga 5 meter dan ia mudah ditanam melalui biji benih atau keratan batang. Penting pastikan ia di tanam di kawasan yang mana panas sebab ia memerlukan cahaya matahari yang mencukupi untuk pengeluaran buah yang optimum. Selain itu apa yang penulis blog pasti dimana limau kasturi juga dikenali dengan beberapa nama lain seperti limau calong, limau kiah, jeruk kasturi dan jeruk pekaran. Ia juga popular di kalangan masyarakat Melayu dan sering digunakan dalam pelbagai amalan petua tradisional untuk kesihatan. Bagi menanam limau kasturi perlu memilih lokasi yang mendapat cahaya matahari yang mencukupi (6-8 jam sehari) dan tanah yang subur dengan saliran yang baik. Penjagaan rutin seperti penyiraman, pembajaan, dan pemangkasan juga penting untuk memastikan pokok limau kasturi tumbuh subur dan berbuah lebat. Limau kasturi memerlukan cahaya matahari yang banyak untuk proses fotosintesis dan menghasilkan buah. Pilih kawasan yang tanahnya jenis baik yang subur dan mempunyai saliran yang baik dan mengelakkan tanah yang bertakung air kerana boleh menyebabkan akar pokok reput. Aktiviti penyiraman secara berkala terutamanya semasa musim kemarau dan elakkan terlalu banyak menyiram kerana boleh menyebabkan akar reput. Pembajaan pokok limau kasturi perlu dilakukan dengan baja organik secara berkala untuk membekalkan nutrien yang diperlukan oleh pokok. Perlu juga di buat cantasan atau pemangkasan bagi membentuk pokok dan membuang dahan yang rosak atau mati. mengenai cuaca dimana semasa musim hujan hujan berlebihan ia akan berk kesan dan boleh mempengaruhi pembungaan pokok. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang fakta limau kastiru untuk di jadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.
Di Malaysia dimana hanya ada dua (2) varieti Limau Kasturi yang didaftarkan di Malaysia sehingga kini untuk jenis limau kasturi makan. Bagaimana pun apa yang penulis blog terlibat dengan sistem pendaftaran varieti tanaman di Malaysia iaitu di Jabatan Pertanian Malaysia (sebagai pendaftar resmi) juga tahu jika terdapat banyak jenis limau kasturi untuk hiasan (ornamental tree) seperti Kalamansi Tree yang popular semasa sambutan Tahun Baru Cina. Pertama adalah varieti iaitu Limau Kasturi Varieti LK1 (Kasturi Hijau) telah didaftarkan pada tahun 1990 yang ditanam masa itu di Negeri Selangor. Kedua adalah jenis varieti LK2 (Kasturi Langkap) sesuai dengan namanya berasal dari kawasan Langkap, Perak didaftarkan pada tahun 1990. Setakat ini belum ada varieti yang telah dibuat pengesyoran varieti. Limau Kasturi sering digunakan untuk dijadikan penyedap makanan (diperah ketika makan mee goreng, ikan masin, sambal kicap) dan juga dibuat jus minuman atau diproses untuk pelbagai jenis makanan ringan. Terdapat banyak limau kasturi yang diproses menjadi halwa, jeruk dan juga makanan ringan lain. Saya memang sentiasa menanam beberapa pasu limau kasturi dalam pasu dikawasan keliling rumah untuk kegunaan sendiri tetepi tidak pasti sama ada ia LK1 atau LK2 atau varieti yang belum didaftarkan lagi. Pokok limau kasturi adalah kecil iaitu mencapai ketinggian 4m dimana ia mempunyai sistem percabangan yang tersebar. Kebiasannya pokok ini tidak berduri. Daun-daunnya kecil, 3-6cm panjang manakala tangkainya kira-kira 1cm, berbentuk sayap yang sangat kecil atau tiada lansung. Hujung daun tumpul atau tirus sedikit dan tepinya bergerigi. Bunganya kecil iaitu kira- kira 2cm lebar, mempunyai lima kelopak yang berwarna putih dan berbau wangi. Bunga-bunga ini kemudian ia dikeluarkan dalam kelompok 5-6 kuntum dihujung atau dicelah daun. Buahnya kecil 2.0-3.5cm berbentuk bulat, hijau semasa muda tetapi apabila masak bertukar menjadi kuning. Kulit buah nipis. Ada beberapa jenis limau kasturi iaitu mempunyai kulit buah yang licin dan ada pula yang agak kasar. Isinya berwarna kuning hingga jingga pucat dan mempunyai rasa jus yang masam. Setiap buah mempunyai 6-8 ulas yang mudah diasingkan. Kebanyakkan mempunyai biji yang kecil dan terdapat juga jenis yang sedikit bijinya.
Menarik dalam sinarplus.com bertajuk 'Suri rumah buat duit dengan jual pati limau kasturi, sambutan luar biasa' menarik faktanya. Apa pun di laporkan jika berminat dan bersungguh apa pun jadi! Itulah yang dibuktikan oleh seorang suri rumah yang dikenali sebagai Cik Wan Mastura Megat apabila minatnya terhadap aktiviti bercucuk tanam sejak kecil dimanfaatkan sepenuhnya sehingga ia membuahkan hasil lumayan. Dilaporkan wanita berusia 34 tahun itu berjaya mengusahakan tanaman limau kasturinya yang seluas 0.4 hektar di Kampung Santan yang terletak di Kangar, Perlis. Dia yang mula mengusahakan tanaman itu sejak 2016 dan kini mempunyai 200 pokok dimana sebelum ini hanya menjual buah limau kasturi di pasar borong namun disebabkan buah limau ini terlampau banyak hingga mencecah satu tan sebulan kemudian dia sudah pun menghasilkan pati limau kasturi bagi mengelak pembaziran apabila buah bertukar menjadi warna kuning (masak ranum). Memang dia tidak sangka berjaya mendapat sambutan luar biasa khususnya dari kaum wanita yang gemar minum pati limau kasturi untuk kesihatan dan kecantikan dan dakwanya dalam jangka masa kurang sebulan sebanyak 400 botol pati limau kasturi berjaya dijual pada harga RM6 sebotol. Kini selain pasaran di sekitar negeri Perlis, pati limau kasturinya turut menerima permintaan pelanggan dari Kuala Lumpur dan bercadang untuk memberi fokus kepada penghasilan pati limau kasturi kerana lebih menguntungkan. Pati ini kami hasilkan tanpa tambahan air mahupun bahan pengawet dan ia bagus untuk kesihatan kerana buah limau kasturi dilaporkan ia mengandungi vitamin C yang tinggi. Mastura berkata dia bersedia untuk berkongsi ilmu dan nasihat kepada mereka yang ingin mencuba tanaman limau kasturi kerana ia mudah dijaga, berbuah sepanjang tahun dan tidak memerlukan kos tinggi. Apa yang dilakukan wanita itu jelas membuktikan di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan. Jika kita terus berusaha kejayaan pasti akan datang sama ada cepat atau lambat. Apa yang penting teruskan berusaha dan jangan sesekali mengalah dan mudah putus asa.
Dalam pada itu dilaporkan media 'Bahagi masa pada tanah' memang sesuatu yang menjanjikan kepada pemiliknya. Media laporkan jika apabila melihat akan kesukaran ibu bapanya mengusahakan tanah selama ini dimana ada seorang lelaki mengambil keputusan untuk dia membahagikan masa kerjanya di pejabat dan mengusahakan tanah kebun milik orang tuanya itu. Kini, selepas dua tahun berbudi pada tanah dan akhirnya membuahkan hasil apabila tanah seluas 1.22 hektar menjadi kebun dengan tanaman limau asam dan limau kasturi. Bagi Adzanizam Mansor (38) dari Kampung Wang Perah, Jitra, Kedh dakwa jika kini ada tanaman limau yang diusahakannya sejak dua tahun lalu secara komersial kini mampu menjana pendapatan lumayan selain menampung kehidupan keluarganya. Dia yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Penerbitan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok selalu membahagikan masanya setiap petang selepas pulang dari kerja untuk mengerjakan tanah milik bapanyang sebelum ini bersemak dan terbiar sahaja. Kemudian hampir setiap petang selepas pulang dari pejabat dimana dia akan menukar pakaian dan terus bertani di tanah ini hingga lewat petang. Apa pun selalu pada masa cuti hari kelepasan am dan hujung minggu juga dia akan gunakan masa lapang tersebut untuk bercucuk tanam sambil selalu juga dia dibantu bapa selain anak dan isterinya. Paling gembira apabila terkini dilaporkan dia sudah mampu meraih pendapatan sekitar RM6,000 sebulan. Melihat keadaan tanaman di kebunnya dimana kini sudah ada hampir 1,700 pokok limau dan dia mampu meraih pendapatan bersih sekitar RM6,000 sebulan. Dakwanya memang ayahnya ada banyak memberi tunjuk ajar cara penjagaan pokok yang betul dan turut membantu memasarkan hasil tanaman diusahakan ini. Kerjanya setiap hari kini pastikan dimana setiap hari purata 200 hingga 300 kilogram (kg) buah dikutip untuk dijual kepada peraih yang datang mengambil di kebunnya. Setiap hari purata 200 hingga 300 kg limau dikutip dimana selalunya sebelum dijual kepada peraih buah ini akan di gredkan ikut saiz dan di masukkan kedalam bakul pemasaran atau ada gunakan kotak pembungkusan agar sentiasa segar. Dia menjual dengan harga borong antara RM2 hingga RM5 setiap kg dengan purata 3,000kg sebulan. Memberitahu dimana selain limau, dia turut menjual anak benih pokok yang disemai sendiri seperti cempedak madu serta durian pelbagai baka seperti Musang King, Duri Hitam, Udang Merah dan Telur Buaya dengan harga antara RM10 hingga RM60 setiap pokok. Walau pun dia dakwa pulangannya agak lumayan kerana pelanggan terdiri daripada pengusaha yang mempunyai dusun atau kebun sendiri yang luas. Proses menyemai dilakukan pada waktu malam kerana cuaca sejuk selain benih pokok akan tumbuh dengan segar memberitahu dimana kini dia dibantu oleh dua pekerja tempatan.
Menarik dalam portal bernama dan media lain melaporkan apabila 'Pekebun di Pahang digalak tanam limau kasturi' apabila dilaporkan iaitu buah limau kasturi yang telah diproses juga mendapat permintaan tinggi di luar negara termasuk dieksport ke Taiwan. Dilaporkan jika para pekebun di Pahang digalakkan menjadikan tanaman limau kasturi sebagai salah satu produk utama mereka ekoran permintaannya yang tinggi dalam pasaran dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Pahang di Kuantan. Projek penanaman limau kasturi di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di sini juga setakat ini hanya menghasilkan 700 tan metrik sedangkan terdapat permintaan yang lebih tinggi untuk pengeluaran jus limau kasturi. Dilaporkan ada kilang memproses limau di sini mendapat permintaan untuk menghasilkan sehingga 400 tan metrik jus limau kasturi dalam tempoh setahun iaitu ia adalah bersamaan dengan 1,200 tan metrik buah. Buah limau kasturi yang telah diproses juga mendapat permintaan tinggi di luar negara termasuk dieksport ke Taiwan setelah dia melawat kilang pemprosesan limau kasturi TKPM pada Khamis yang turut disertai Pengarah Pertanian Pahang. Walau pun selama ini TKPM di Pahang sudah terkenal dengan pengeluaran nangka madu dan rebung madu dimana data menunjukkan jika sehingga kini telah menghasilkan pendapatan RM82 juta dalam tempoh 14 tahun sejak mula di tubuhkan pada tahun 2004. Penulis blog pernah menjadi Pengarah Pertanian Negeri Pahang dari 2015 sehingga 2016 (2 tahun) dan membuat tinjauan kesemua 17 TKPM diseluruh negeri Pahang. Dalampada itu di laporkan kerajaan negeri juga merancang untuk memecahkan 515 hektar tanah pertanian TKPM kepada beberapa lot tanah dengan setiap satunya mempunyai tanah berkeluasan sekitar 20 hektar bagi memberi lebih banyak peluang kepada usahawan dan pekebun kecil. Kerajaan negeri akan memohon bantuan peruntukan kira-kira RM2 juta daripada kerajaan Pusat bagi tujuan ini dan jika semuanya mengikut semua pelan perancangan maka prasarana jalan ladang sedia ada dinaik taraf kepada jalan negeri dimasa akan datang. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemua dan diharap ia menjadi baha rujukkan berguna kepada semua pembaca blog anim agro Technology kali ini. Wasallam!!!...
LIMAU KASTURI... CALAMANSI ITU SAMA....
MUDAH DI TANAM... IA SENANG DI JAGA...
BERBUAH LEBAT... ADA RAWATANNYA...
BUAH BERKHASIAT... DI GUNA SENTIASA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(17 Safar 1447Hijrah).
TANAMAN LIMAU KASTURI atau BUAH LIMAU KASTURI memang tidak asing di kalangan rakyat Malaysia dimana ia merupakan sejenis tanaman yang ada di tanam di kawasan rumah. Limau Kasturi (Citrus microcarpa) dari keluarga Rutaceae ada banyak jenisnya dan sentiasa berbuah sepanjang tahun jika di jaga dengan baik. Bagi penulis blog dimana limau kasturi yang juga dikenali sebagai 'Calamansi' adalah sejenis buah citrus kecil yang didakwa ia berasal dari Asia Tenggara. Ia terkenal dengan rasa masam manis dan aroma yang menyegarkan dimana ia sering digunakan dalam masakan dan minuman. Selain itu selalunya limau kasturi juga popular dalam produk penjagaan kulit kerana kandungan vitamin C yang tinggi. Selain cirinya ia berasal dari kawasan Asia Tenggara terutamanya dari negara Filipina dan Malaysia kini ia meluas di tanam. Bercirikan ia mempunyai saiz buah yang kecil, berbentuk bulat, berwarna hijau hingga kuning jingga apabila masak dan yang penting dimana ia berikan rasa masam manis dan aroma yang harum. Ada sesetengah jenis limau kasturi berkulit licin dan ada yang berkulit berbenjol juga. Dalam pada itu ia sangat selalu di gunakan dalam masakan dimana dijadikan sebagai perasa dalam pelbagai hidangan khas termasuk semasa masakan ikan bakar, mee goreng dan di gun amembuat sambal termasuk sambal belacan. Bagi penulis blog paling suka mengambil limau kasturi untuk di jadikan produk minuman seperti di buat jus atau dicampur dalam minuman lain untuk rasa masam dan segar. Kini sudah banyak produk kordial limau kasturi di komersilkan yang boleh di beli di mana sahaja. Didakwa ia mampu didalam rawatan termasuk untuk penjagaan kuli semula jadi kerana kandungan vitamin C yang tinggi. Dalam aspek perubatan tradisional selalu dilihat limau kasturi digunakan untuk melegakan sakit tekak, batuk, dan masalah pernafasan lain. Limau ini sangat berkhasiat sebab ia mengandungi sumber vitamin C yang baik yang dapat membantu meningkatkan sistem imun. Ia juga di laporkan memang mengandungi antioksidan yang membantu melindungi sel-sel tubuh. Limau kasturi berkhasiat dalam membantu dalam penghadaman dan mengurangkan masalah perut serta membantu mengawal paras gula dalam darah dan menurunkan kolesterol, menurut beberapa kajian. Aktiviti penanaman pokok limau kasturi diman tumbuhan ini adalah pokok renek yang boleh mencapai ketinggian sehingga 5 meter dan ia mudah ditanam melalui biji benih atau keratan batang. Penting pastikan ia di tanam di kawasan yang mana panas sebab ia memerlukan cahaya matahari yang mencukupi untuk pengeluaran buah yang optimum. Selain itu apa yang penulis blog pasti dimana limau kasturi juga dikenali dengan beberapa nama lain seperti limau calong, limau kiah, jeruk kasturi dan jeruk pekaran. Ia juga popular di kalangan masyarakat Melayu dan sering digunakan dalam pelbagai amalan petua tradisional untuk kesihatan. Bagi menanam limau kasturi perlu memilih lokasi yang mendapat cahaya matahari yang mencukupi (6-8 jam sehari) dan tanah yang subur dengan saliran yang baik. Penjagaan rutin seperti penyiraman, pembajaan, dan pemangkasan juga penting untuk memastikan pokok limau kasturi tumbuh subur dan berbuah lebat. Limau kasturi memerlukan cahaya matahari yang banyak untuk proses fotosintesis dan menghasilkan buah. Pilih kawasan yang taahnya jenis baik yang subur dan mempunyai saliran yang baik dan mengelakkan tanah yang bertakung air kerana boleh menyebabkan akar pokok reput. Aktiviti penyiraman secara berkala terutamanya semasa musim kemarau dan elakkan terlalu banyak menyiram kerana boleh menyebabkan akar reput. Pembajaan pokok limau kasturi perlu dilakukan dengan baja organik secara berkala untuk membekalkan nutrien yang diperlukan oleh pokok. Perlu juga di buat cantasan atau pemangkasan bagi membentuk pokok dan membuang dahan yang rosak atau mati. mengenai cuaca dimana semasa musim hujan hujan berlebihan ia akan berk kesan dan boleh mempengaruhi pembungaan pokok. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang fakta limau kastiru untuk di jadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.
Buah limau kasturi memiliki banyak manfaat atau khasiat bagi kesihatan asalkan ia buah segar dan tidak diambil secara berlebihan. Beberapa fakta yang menarik termasuk khasiatnya dalam ia meningkatkan sistem kekebalan tubuh, membantu pencernaan, menurunkan berat badan, dan mengurangi risiko penyakit jantung. Selain itu ada dakwaan jika limau kasturi juga dapat membantu mengawal parasa atau kadar gula dalam darah dan mengawal kadar kolesterol dan juga ia di laporkan mempunyai sifat antibakteria dan juga anti-inflamasi. Menarik penulis blog kongsikan fakta akan beberapa khasiat limau kasturi yang lebih jelas yang pertama limau ini memanhg ia Tinggi Kandungan Vitamin C yang mana zat ini adalah ia penting untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuhbadan dan membantu dalam melawan radikal bebas. Pastinya adalah memakan limau kasturi dilaporkan ia sangat Membantu Proses Pencernaan dimana jus limau kasturi dapat untuk membantu membersihkan sistem pencernaan dan memag ia meningkatkan metabolisme pengguna. Apa pun ramai percaya jika limau kasturi akan membantu didalam usaha Menurunkan Berat Badan sebab Asid Citrik didalamnya akan dapat membantu memecah lemak sehingga ia sangat sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Agak kurang di percayai juga jika limau kasturi dapat Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung apabila bahan antioksidan dalam limau kasturi dapat membantu menurunkan tekanan darah dan kadar kolesterol dalam badan yang kesannya adalah ia dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Jus limau bali di dakwa ia akan membantu Mengawal Gula Dalam Darah dengan cawa mengatur pengeluaran bahan glukos dan insulin dalam darah dimana fungsi ini adalah amat bermanfaat bagi penderita atau pesakit kencing mania atau masaalah diabetes. Dalam pada itu kehebatan limau kasturi berkait dengan kebolehannya dalam Mengawal Paras Kolesterol dimana beberapakajian menunjukkan jika bahawa jus limau kasturi dapat membantu menurunkan kadar kolesterol. Limau ini juga ada ciri iaitu sama dengan beberapa jenis limau lain dimana ia juga bersifat Antibakteria dan Anti-inflamasi dimana ini dapat membantu melawan kejangkitan atau infeksi dan isu peradangan. Siapa yang tidak suka kalau kulitnya cerah sebab memakan limau kasturi akan Mencerahkan Kulit apabila ekstrak limau kasturi dapat digunakan sebagai agen pemutih alami dan membantu memberikan antioksidan pada kulit. Paling suka adalah mereka yang ada masaalah bau badan dimana limau kasturi mampu Mencegah Bau Badan sebab sifat antibakteria limau kasturi dapat membantu membunuh bakteria yang jadi penyebab bau badan. Cili dan fakta selanjung menarik sebab limau kasturi akam Meningkatkan Penyerapan Zat Besi dimana kehadiran Vitamin C dalam limau kasturi dapat membantu meningkatkan penyerapan zat besi dari makanan. Bagi penulis blog mendapat tahu petua dimana limau kasturi dapat Membantu Mengatasi Masalah Mulut serta ia dapat membantu mencegah kerosakan gigi, isu gingivitis, kes pendarahan gusi dan menghilangkan plak. Apa pun pendek kata khasiat tentang limau kasturi masih banyak laigi terutama mampu menyedapkan makanan dengan rasa masam dan aromanya yang menyegarkan.
Menyentuh kepada tanaman limau di Malaysia, kini antara jenis limau yang luas ditanam adalah seperti Limau Bali (Citrus grandis), Limau Langkat (Citrus suhuensis) dan Limau Mandarin (Citrus recticulata) dan beberapa lagi. Varieti-varieti utama limau yang ditanam di Malaysia ialah limau jenis kupas (mandarin) dan jenis potong (sweet orange). Pada masa ini terdapat sekurang-kurangnya lima jenis limau mandarin yang biasa ditanam. Jenis limau yang biasa di tanam di dataran rendah ialah Limau Langkat. Limau Langkat dari jenis limau "Kwantung" dimana ia lebih digemari oleh masyarakat tempatan jika dibanding dengan limau mandarin jenis lain. Disamping itu penulis blog dapati jenis limau madu atau limau wangi sangat memenuhi citarasa pembeli dan didapati amat laris dalam pasaran. Ini kerana limau madu mempunyai buah yang bersaiz besar, rasa yang manis tidak berasid, kandungan jus yang tinggi dan tidak mempunyai serat dan hampas yang tinggi. bagaimana pun jenis Limau Madu (Citrus suhuiensis Hort. ex.Tan) kini berkembang dibeberapa lokasi (Sila rujuk tulisan saya - Sila klik disini). Bagi tanaman varieti limau Mandarin terdapat beberapa masalah yang sering dihadapi oleh petani tanaman limau madu iaitu serangan penyakit reput batang phythopthora, penyakit virus tristeza (CTV) dan penyakit 'greening' atau dikenali juga sebagai penyakit inai daun. Penyakit reput batang phythopthora dan penyakit virus tristeza dapat dikawal dengan adanya pokok penanti yang bersesuaian, akan tetapi penyakit 'greening' masih menjadi masalah besar kepada pengusaha tanaman limau madu yang juga merupakan satu faktor utama kurangnya minat petani dalam mengusahakan tanaman limau madu di negara kita Malaysia. Tanaman limau kasturi ada yang di tanam berskala komersial dan banyak menanam sendiri didalam pasu atau disekeliling rumah. Tinjauan penulis blog ke projek tanaman limau kasturi di Melaka secara komersil mendapati petani tersebut mamu bergantung hidup dengan tanaman ini (Sila lihat foto disebelah). Dakwanya permintaan limau kasturi adalah tinggi sepanjang tahun walau pun harganya kadang-kadang tutun dan naik.

Dalam temubual dengan beberapa penanam komersial limau kasturi menyatakan jika tanaman ini memerlukan kos penjagaannya yang tidak tinggi berbanding dengan tanaman lain. Apa pun selalunya hasil hiliran buah limau kasturi boleh dipelbagaikan daripada seperti jus limau, pekasam, jeruk, herba, spa, wangian dan sebagainya bergantung kepada kreaviti selain daripada dijual segar. Penelitian menunjukkan petani yang menjual buah limau kasturi secara sendiri dan tidak melalui orang tengah hasil pendapatannya adalah amat menggalakkan sekali. Anggaran kos untuk aktiviti penanaman seekar limau kasturi mudah dikira dan sederhana rendah. Kos pembersihan tanah dan membajak kawasan sekitar RM800 seekar. Seterusnya kos benih untuk seekar limau kasturi dengan jarak penanaman 12x12 kaki sebanyak perlukan sebanyak 600 btg pokok. Jika kos benih sekitar RM3 sebatang maka jumlah kos beli benih adalah sebanyak RM1,800. Dikira seterusnya adalah kos tenaga kerja menanam dengan 2 orang pekerja selama 2 hari iaitu sekitar RM200 seekar. Kos untuk pembajaan sebanyak RM400 untuk keseluruhan dan kos bahan racun pula sekitar RM 480 untuk setahun. Jumlah kos tenaga kerja upahan bagi kerja membaja, menuai adalah sebanyak RM 12,000 setahun. Ini menjadikan keseluruhan kos untuk menanam limau kasturi sebanyak RM15,680 seekar. Sepokok dewasa limau kasturi akan mengeluarkan sekitar 5 - 7 kg sepokok sebulan. Jika 500 pokok berbuah maka anggaran hasil sebanyak 30,000 - 42,000 kg setahun. Harga ladang limau kasturi serendah RM0.80 - RM1.00 sekilogram. Ini akan menjadikan anggaran pendapatan kasar sekitar serendah RM 24,000 sehingga RM 30,000 seekar. Analisa diatas menunjukkan penanaman limau kasturi mungkin antara tanaman yang menguntungkan dengan jaminan pasaran yang ujud. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemua dan diharap ia menjadi baha rujukkan berguna kepada semua pembaca blog anim agro Technology kali ini. Wasallam!!!...

LIMAU KASTUSI... CALAMANSI ITU SAMA....
MUDAH DI TANAM... IA SENANG DI JAGA...
BERBUAH LEBAT... ADA RAWATANNYA...
BUAH BERKHASIAT... DI GUNA SENTIASA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(17 Safar 1447Hijrah).