
POKOK BUNGA KANTAN (Phaeomeria speciosa) apa yang penulis blog faham adalah merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Zingiberaceae yang natif di negara kita dan ditanam untuk nendapatkan Bunga Kantan. Tanaman ini banyak ditanam di Perak, Johor, Kelantan, Pahang dan Selangor dengan keluasan sekitar 250 hektar CHE (Anggaran penulis blog berdasarkan keluasan dari Booklet Statistik Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian 2021). Penulis blog telah berpeluang melihat bagaimana tanaman kantan ini diusahakan dibanyak lokasi yang ditanam secara komersil. Pokok kantan lazimnya ditanam dikawasan keliling rumah atau dikawasan dikampong. Bunga kantan merupakan sejenis bunga yang banyak digunakan didalam masakan seperti Kuah Laksa Asam, Masak Asam, Asam Pedas, Nasi Kerabu dan banyak lagi. Belum banyak varieti pokok kantan yang didaftarkan di Malaysia kerana hanya Varieti Kantan Tempatan sahaja yang ada ditanam. Tumbuhan ini merupakan sejenis tanaman dari keluarga Zingiberaceae sama seperti tanaman halia, lengkuas dan dari jenis pokok Herba. Bunga kantan kini merupakan ulam yang penting dalam masakan Tradisional Melayu semenjak dulu kala. Pokok kantan dipercayai berasal dari Malaysia terutama tumbuh meliar di kawasan tanah lembab. Terdapat beberapa usahawan di Batu Pahat, Johor dan di Raub Pahang yang menanam kantan secara komersial terutama untuk bekalan tempatan dan diekspot ke Singapura. Penulis juga pernah menemui temubual usahawan tersebut semasa tinjauan teknologi dan lawatan ke lokasi tersebut. Bunga Kantan mengandungi pelbagai unsur khasiat seperti zat Protein, Vitamins dan serat. Pokok kantan mempunyai akar serabut dimana daunnya lurus dan berupih. Bunga kantan biasanya berwarna merah jambu yang kemerahan dimana bunga jantan dan bunga betina terdapat pada satu bunga. Setiap jambak mempunyai 240- 345 kuntum bunga tersusun melingkari jambak bunga. Buah kantan bersegi mempunyai 3-5 segi seperti berlian yang selalu mengandungi 150-180 biji benih. Pokok kantan sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah dan penting bagi mengelakkan kawasan yang bertakung air. Di Malaysia belum ada kultivar yang di kenalpasti tetapi penulis dapati kebanyakkannya Kultivar Tempatan. Penanaman pokok kantan menggunakan benih dari Rizom atau dari biji benih. Penggunaan benih rizom lebih popular kerana mudah serta menjadi pilihan petani. Kaedah ini lebih cepat berhasil menanam sedangkan dengan biji benih lama untuk berhasil (2 tahun). Rizom kantan di cangkul dari perdu pokok induk. Pastikan ada 2-3 mata tunas dan akar serabut untuk proses pertumbuhan. Artikel pada malam khamis ini dari kedinginan di Cameroon Highland saya sembang dengan menulis dalam blog "Anim Agro Technology" saya beberapa fakta dan kisah bunga kantan sebagai bahan rujukkan pembaca semua.

Menarik dalam media lokal yang bertajuk 'Bunga hutan perencah makanan' dimana di laporkan bunga kantan atau pun nama saintifiknya Etlingera elatior digunakan untuk perencah pelbagai masakan. Bagi penulis blog tahu jika dii Semenanjung Malaysia terutama di utara tanah air bunga kantan antara ramuan penting untuk membuat kuah laksa, manakala di Melaka dan Johor ia sebagai bahan wajib dalam masakan asam pedas. Selain itu, bunga kantan atau nama saintifiknya etlingera elatior turut digunakan untuk perencah pelbagai masakan termasuk nasi goreng, nasi kerabu dan ulam-ulaman serta hiasan bagi mencantikkan hidangan. Aroma bunga kantan yang habitatnya berasal dari hutan menjadi nilai tambah dalam masakan membuatkan sesetengahnya gemar menanam sendiri, disebabkan harga sekuntum agak mahal. Malah didapati yang tanaman itu kerap ditanam oleh golongan lelaki meskipun wanita yang lebih kerap ke dapur. Juga dipercayai ada menggunakan sebagai ubat tradisional, selain wanita selepas bersalin mencampurkan bunga itu dalam mandian untuk menghilangkan bau badan dan menyegarkan tubuh. Bunga kantan antara ramuan untuk nasi goreng, nasi kerabu dan ulam-ulaman serta sebagai hiasan. Bagi Pensyarah di Jabatan Teknologi Mekanikal dan Pembuatan, Kolej Vokasional Slim River, Abdul Baser Tajuri, 53, beliau mula berminat menanam pokok kantan apabila melihat harganya yang mahal. Kalau pada awalnya hanya menanam dua rumpun pokok kantan, lama-kelamaan bertambah dan kini melebihi 100 rumpun dimana ia ditanam sepanjang jalan berdekatan pintu gerbang Kampung Balun, Slim River, Perak. Dia memanfaatkan tanah di tepi jalan sepanjang 200 meter ditanam dengan pokok kantan dimana dulu dia pernah beli sekuntum RM3, malah pada musim perayaan pernah mencecah RM5 dan sejak itu saya fikir lebih baik tanam sendiri. Dakwanya aroma bunga kantan menjadikan masakan bertambah sedap. Jika tiada bunga kantan seakan masakan kurang 'kick'. Cara penjagaannya tidak begitu rumit dan bagi menghasilkan bunga yang lebat ia perlu dicantas batang pokok dua minggu sekali, supaya dapat mengeluarkan rumpun yang baharu dan lebih baik. Ia perlu dibaja setiap tiga bulan. Beliau menggunakan baja organik untuk pertumbuhan lebih sempurna. Pokok yang hidup subur dalam rumpun berkenaan perlu dibiarkan membesar dengan jarak yang sesuai bagi membolehkan bunga kantan tumbuh pada rumpun itu. Kalau pokok dibiarkan merimbun dan tanamannya terlalu rapat menyebabkan sukar mengeluarkan bunga. Biasanya dua kali dalam seminggu saya akan memetik bunga kantan sambil menebas pokok yang kurang baik tumbuhnya siha dan proses tanaman selama enam bulan sebelum mengeluarkan hasil. Pokok kantan mudah dijaga kerana risiko serangan makhluk perosak jarang berlaku kerana baunya pokok itu menyebabkan makhluk perosak tidak suka mendekatinya. Apa yang menarik, daun pokok kantan yang rendang dan lebat menjadikan suasana redup dan menambahkan keindahan landskap di kawasan sekitarnya. Bahagian kelopak bunga yang mekar berkembang menarik dan sejuk mata memandang. Bunganya yang sudah matang biasanya berwarna merah jambu dan diambil sebelum bunga kelopaknya berkembang. Setiap rumpun pokok kantan mampu mengeluarkan antara 30 sehingga 40 batang bunga kantan, tetapi bergantung kepada cara penjagaannya. Ketinggian pokok antara dua hingga tiga meter dan daun panjang berwarna hijau menjulur ke bawah dalam rimbunan jadikan kawasan redup. Dia juga berazam untuk menambah lagi pokok itu dan kini setiap minggu dimana tanaman itu boleh menghasilkan kira-kira 200 kuntum bunga. Spesis kantan ditanam kucup memanjang dan pada hari biasa setiap kuntum dijual 40 sen kepada peniaga di pasaran berdekatan. Apa pun tanaman diusahakan secara sambilan untuk masa senggang dan tidak kisah menjual dengan harga murah. Secara umumnya dimana pokok kantan akan tumbuh dengan ciri ketinggiannya mencecah lebih dua meter dan akan mampu mengeluarkan bunga di celahan batang pokok. Dalam serumpun tumbuh 10 - 15 batang pokok dan walau pun pokok kantan sejenis herba berasal dari hutan tetapi kini sudah di komersilkan. Ada tiga jenis bunga kantan dikenali sebagai Jenis Bunga Kantan Merah Jambu dan Jenis Bunga Kantan Putih dan jenis unga Kantan Merah.
Dalam portal nstp.com di laporkan 'Bunga penyedap masakan' dan ia memang selamat dimakan sebab bunga kantan didakwa selalu tanpa semburan racun berbahaya. Dilaporkan dimana pada hari biasa, harga sebatang bunga kantan di pasaran adalah sekitar RM1.50 hingga RM2, namun menjelang musim perayaan harganya boleh melebihi RM5 sebatang. Apa pun isu bunga kantan sememangnya menjadi buruan ramai kerana selain menjadi ramuan penting dalam pelbagai jenis masakan, ia juga boleh dimakan segar sebagai ulam terutama dalam menu nasi kerabu. Sesuai dengan harganya yang boleh tahan, sayur itu bukannya mudah untuk diperoleh kerana penanamannya memakan masa hampir dua tahun. bagi seorang petani bunga kantan dari Bangi, Selangor, Saqdam Zaim Arffain, 29, berkata, meskipun tanaman itu mudah dijaga, tidak ramai yang sanggup mengusahakannya lantaran tempoh yang lama untuk mendapatkan hasilnya. Secara keseluruhan, tanaman kantan mengambil masa kira-kira dua tahun sebelum ia mula berbunga dan boleh dipetik. Cara penanamannya juga mudah iaitu melalui rizom yang diambil daripada pokok yang sudah matang dan menghasilkan bunga. Pengambilan rizom daripada pokok tidak matang kurang digalakkan kerana ia boleh menyebabkan tumbesaran kurang menggalakkan. Rizom biasanya daripada pokok bunga kantan yang sudah matang dan menghasilkan bunga dimana rizom yang dicantas batangnya boleh ditanam di dalam tanah gambut yang lembap dan dekat dengan mata air. Jenis tanah berpasir, tanah liat mahupun tanah berpaya tidak sesuai untuk penanaman pokok bunga kantan dan sebaiknya ia ditanam berhampiran sumber air. Rizom yang baru ditanam perlu disiram sekali sehari bagi memastikan keperluan pokok mencukupi untuk mengeluarkan anak pokok baharu dalam tempoh dua hingga tiga minggu dimana selepas empat minggu, ia sudah boleh bergantung kepada cuaca dan penyiraman perlu dikurangkan. Jenis baja NPK yang tinggi kandungan nitrogen juga boleh diberi bagi menggalakkan tumbesaran pokok dan menjaga kandungan klorofil dalam daun. Ibu rizom (batang yang sudah tua) boleh dipotong bagi membolehkan anak pokok mendapat nutrien secukupnya dimana dalam dalam tempoh empat hingga enam bulan, ia akan mengeluarkan lebih banyak anak pokok dan apabila mencapai usia satu tahun, tingginya sudah mencecah antara lapan hingga 10 kaki. Dalam tempoh dua tahun, tingginya akan mencecah 16 hingga 20 kaki dan mula mengeluarkan bunga di celahan batang pokok. Adalah dianggarkan dalam serumpun, ia memiliki antara 10 hingga 15 batang pokok dan sebatang pokok kantan matang boleh menghasilkan antara satu hingga dua batang bunga. Bunga kantan akan membesar dan berubah warna dalam tempoh empat hingga tujuh hari dan boleh dipetik sebelum ia kembang dimana secara purata, bunga kantan boleh dipetik dalam tempoh empat hingga lima hari sekali. Bunga kantan yang sudah kembang tidak boleh dijual dan ia biasanya akan dibiarkan begitu sahaja di pokok. Cara penjagaan pokok kantan sememangnya mudah kerana ia sukar diserang penyakit atau serangga perosak kerana baunya tidak disenangi. Pada masa sama perlu waspada serangan kulat dalam tanah yang tidak kelihatan secara luaran dimana tanaman itu juga tidak memerlukan kos penjagaan yang tinggi dan semua boleh mengusahakannya. Dia hanya bermula dengan 300 rumpun pokok kantan pertama dan kini ia berkembang kepada lebih 800 rumpun dalam tempoh hampir empat tahun dan untuk 300 rumpun pertama dahulu, ia mampu memberi pendapatan kira-kira RM3,000 sebulan. Pokok kantan boleh dibaratkan sebagai sekali sahaja bersusah payah menanam, tetapi hasilnya berpanjangan. Apa-apa pun jika berbudi pada tanah memang ada hasilnya dimana dia memang tidak menggunakan sebarang racun kimia untuk tanamannya. Dia memasarkan hasil tanaman berkenaan secara terus kepada pengusaha restoran dan kedai runcit sekitar Bangi dan Dengkil. Ia sememangnya laris kerana orang ramai tertarik dengan kesegaran bunga kantan selain kaedah penanamannya yang tidak menggunakan racun berbahaya.
Setiap kali musim perayaan ada isu 'Bunga kantan laris' seperti di laporkan beberapa media dan sosmed di Pulau Pinang. Lazimnya dilaporkan menu wajib disediakan setiap kali menjelang Aidilfitri adalah ketupat, rendang dan serunding. Agak berlainan pula di Pulau Pinang apabila laksa menjadi menu popular dan pilihan tuan rumah untuk hidangan tetamu. Oleh itu memang tidak hairanlah permintaan terhadap bunga kantan yang menjadi ramuan penting menghasilkan kuah laksa meningkat mendadak. Perkara itu diakui peniaga sayur Nasri Rashid, 56, apabila jualan bunga kantan menjelang musim perayaan melebihi 200 kuntum. Bunga kantan mendapat permintaan tinggi kerana ramai yang perlukannya untuk memasak kuah laksa sebab tanpa bunga kantan, kuah laksa tak sedap kerana tidak wangi yang berniaga di Pasar Tani Pra Aidilfitri di Tasek Gelugor. Walau pun dia berasal dari Sik, Kedah dimana dia akan memandu ke Pulau Pinang jam 4.30 pagi untuk menjual pelbagai jenis ulam dan bunga kantan di sini. Dia jual bunga kantan cuma 50 sen sekuntum, kalau di pasar raya harganya boleh mencecah RM2. Saya tak kisah jual murah kerana bekalan bunga kantan mudah diperoleh. Makanan laksa penang merupakan kegemaran ramai orang dimana keberadaaan bunga kantan akan mempastikan juadah menjadi lebih enak rasanya.
Akhir sekali dimana penulis blog akan kongsikan fakta mengenai jenis bunga kantan dan khasiat untuk kesihatan sekali lagi. Bunga kantan merupakan salah satu herba semulajadi yang tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Ada orang yang faham jenis bunga kantan yang mempunyai aroma yang wangi dan rasa yang unik, herba yang dikenali sebagai 'Torch Ginger' dalam Bahasa Inggeris ini yang dilaporkan ia mampu membangkitkan keenakan pelbagai hidangan tradisional. Diantara juadah yang menggunakan bunga kantan adalah laksa, asam pedas dan kerabu. Ia juga mudah dikenali dengan tangkai berwarna hijau kekuningan yang agak pucat dan bunga berwarna merah jambu terang. Pembaga perlu tahu jika bunga kantan bukan sekadar penyedap rasa dalam laksa dan asam pedas. Apa pun tumbuhan ini sebenarnya menyimpan pelbagai manfaat hebat dimana selain dari memberi aroma yang menyelerakan dalam masakan, bunga kantan juga berperanan dalam usaha untuk menghilangkan bau badan, bertindak sebagai pencuci luka semula jadi, dan menjadi rahsia awet muda. Bagi penulis blog percata kalangan pembaca blog semua belum taju akan beberapa jenis Bunga Kantan sebab percaya dan melihat terdapat cuma ada satu jenis bunga kantan iaitu yang berwarna merah jambu. Penulis blog ada menulis isu ini dimana ada terdapat tiga jenis bunga kantan yang popular di Malaysia iaitu yang Bunga Kantan yang berwarna putih, merah jambu dan merah. Bunga kantan berwarna merah biasanya digunakan untuk seni gubahan kerana warnanya yang menyerlah. Dalam pada itu jenis bunga berwarna putih dan merah pula sering dijadikan ramuan dalam masakan. Apa pun disebabkan oleh faktor permintaan yang tinggi, bunga kantan berwarna merah jambu sering ditanam berbanding jenis yang lain. Bagi penulis blog dimana di sebalik rasanya yang segar dan enak, herba dengan nama saintifik Etlingera elatior ini mengandungi pelbagai khasiat untuk kesihatan. Ia bukan sahaja bunga, malah setiap bahagian daripada tumbuhan ini telah digunakan dalam rawatan tradisional bagi merawat pelbagai penyakit. Sebagai contoh, bunganya digunakan untuk merawat masalah mulut berbau dan bau badan dan bahagian daunnya pula sangat bermanfaat untuk merawat luka, cirit-birit dan hilang selera makan. Bunga kantan sangat berpotensi di jadikan herba berfaedah sebab ia Berpotensi Merawat Kencing Manis seperti hasil kajian terhadap tikus makmal mendapati paras gula dalam darah boleh menurun sehingga 70% dengan penggunaan ekstrak daun bunga kantan. Dalam kajian lain pula menunjukkan bahawa estrak daun tumbuhan ini bukan sahaja dapat membantu mengawal paras gula dalam darah tikus makmal, malah ia turut berpotensi dalam mengawal kekurangan berat badan akibat komplikasi diabetes. Bunga kantan juga memang sebagai Sumber Antioksidan Yang Baik apabila kandungan antioksida yang tinggi dalam tumbuhan ini menjadikan ia sangat baik untuk diamalkan bagi mencegah kerosakan sel. Diet tinggi antioksida juga dapat membantu menguatkan sistem pertahanan badan dan mencegah tubuh daripada jangkitan yang tidak diingini. Ia juga Berpotensi Mengawal Darah Tinggi bila mungkin ramai yang tidak tahu bahawa herba ini mempunyai mineral kalium yang tinggi. Bahan kalium (K) merupakan mineral yang memainkan peranan penting dalam mengawal tekanan darah dan sekaligus mencegah masalah tekanan darah tinggi dan sakit jantung. Kantan mempunyai Tinggi Kandungan Serat yang mana ini membuatkan ia sesuai untuk diamalkan bagi mencegah pelbagai masalah kesihatan seperti sembelit, kolesterol, masalah jantung dan darah tinggi. Ia didakwa juga amat Berpotensi Sebagai Antikanser sebab ekstrak bunga kantan dilihat berpotensi untuk mencegah kanser kulit dan kanser perut dan ekstrak bunga ini didapati tidak menjejaskan sel normal yang sihat. Bunga kantan didakwa Baik Untuk Kesihatan Kulit dan berpotensi untuk merawat pelbagai masalah kulit. sebuah kajian mendedahkan bahawa herba ini mampu bertindak sebagai anti-penuaan dan mencerahkan kulit. Ditambah pula dengan kebaikan yang dimiliki oleh herba ini, ia didapati mampu mencegah kulit daripada kedutan dan kepekatan melanin yang mengakibatkan kulit menjadi kusam dan gelap. Memang wajar untuk kita sama-sama amalkan penggunaan bunga kantan sebagai ramuan semulajadi dalam hidangan. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya dan semuaga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...BUNGA KANTAN... MUDAH TANAMNYA...
BUNGANYA CANTIK... MAHAL HARGA...
MENYEDAPKAN MAKANAN...ZAT ADA...
MEMBACA ARTIKEL... RASA BAHAGIA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 738, Strawberry Park Resort,
Cameroon Highland, Pahang,
Malaysia.
(13 Safar 1447H).Bersamaan 7 Ogos 2025.

POKOK BUNGA KANTAN (Phaeomeria speciosa) apa yang penulis blog faham adalah merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Zingiberaceae yang natif di negara kita dan ditanam untuk nendapatkan Bunga Kantan. Tanaman ini banyak ditanam di Perak, Johor, Kelantan, Pahang dan Selangor dengan keluasan sekitar 256 hektar CHE (Anggaran penulis blog berdasarkan Buku Booklet Keluasan Tanaman Jabatan Pertanian Malaysia 2021). Penulis blog telah berpeluang melihat bagaimana tanaman kantan ini diusahakan dibanyak lokasi yang ditanam secara komersil. Pokok kantan lazimnya ditanam dikawasan keliling rumah atau dikawasan dikampong. Bunga kantan merupakan sejenis bunga yang banyak digunakan didalam masakan seperti Kuah Laksa Asam, Masak Asam, Asam Pedas, Nasi Kerabu dan banyak lagi. Belum banyak varieti pokok kantan yang didaftarkan di Malaysia kerana hanya Varieti Kantan Tempatan sahaja yang ada ditanam. Tumbuhan ini merupakan sejenis tanaman dari keluarga Zingiberaceae sama seperti tanaman halia, lengkuas dan dari jenis pokok Herba. Bunga kantan kini merupakan ulam yang penting dalam masakan Tradisional Melayu semenjak dulu kala. Pokok kantan dipercayai berasal dari Malaysia terutama tumbuh meliar di kawasan tanah lembab. Terdapat beberapa usahawan di Batu Pahat, Johor dan di Raub Pahang yang menanam kantan secara komersial terutama untuk bekalan tempatan dan diekspot ke Singapura. Penulis juga pernah menemui temubual usahawan tersebut semasa tinjauan teknologi dan lawatan ke lokasi tersebut. Bunga Kantan mengandungi pelbagai unsur khasiat seperti zat Protein, Vitamins dan serat. Pokok kantan mempunyai akar serabut dimana daunnya lurus dan berupih. Bunga kantan biasanya berwarna merah jambu yang kemerahan dimana bunga jantan dan bunga betina terdapat pada satu bunga. Setiap jambak mempunyai 240- 345 kuntum bunga tersusun melingkari jambak bunga. Buah kantan bersegi mempunyai 3-5 segi seperti berlian yang selalu mengandungi 150-180 biji benih. Pokok kantan sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah dan penting bagi mengelakkan kawasan yang bertakung air. Di Malaysia belum ada kultivar yang di kenalpasti tetapi penulis dapati kebanyakkannya Kultivar Tempatan. Penanaman pokok kantan menggunakan benih dari Rizom atau dari biji benih. Penggunaan benih rizom lebih popular kerana mudah serta menjadi pilihan petani. Kaedah ini lebih cepat berhasil menanam sedangkan dengan biji benih lama untuk berhasil (2 tahun). Rizom kantan di cangkul dari perdu pokok induk. Pastikan ada 2-3 mata tunas dan akar serabut untuk proses pertumbuhan. Artikel pada malam khamis ini dari kedinginan di Cameroon Highland saya sembang dengan menulis dalam blog "Anim Agro Technology" saya beberapa fakta dan kisah bunga kantan sebagai bahan rujukkan pembaca semua.
Sembang fakta bunga kantan tidak lengkap kalau tidak ada maklumat mengenai kebaikan bunga kantan terhadap kesihatan. Khasian makan bunga kantan dimana pertama di dakwa ia adalah Bersifat Anti Tumor seperti hasil beberapa kajian yang telah dijalankan di Malaysia dengan bertujuan untuk mengasingkan komponen yang bersifat anti tumor dan sitotoksin dari bunga kantan. Kajian ini menemukan bahawa ekxtrak CHCI dan MeOH dari bunga kantan mempunyai sifat anti tumor yang tinggi di mana ia mempunyai kadar pencegahan yang tinggi. Ciri kedua dimana ia mampu untuk Mengawal paras kolesterol sebab ia mempunyai kandungan serat yang tinggi. Kandungan serat di dalam bunga kantan yang dikeringkan boleh mencapai sehingga 17%. Apa pun di laporkan bagi pengawalan paras kolesterol dimana salah satu aspek yang perlu dititik beratkan adalah pengambilan serat di mana serat dapat membantu untuk menurunkan paras kolesterol tidak baik di dalam badan. Bunga kantan di dakwa ia Bersifat Anti Mikrob seperti kajian telah menemui bahawa terdapat beberapa komponen bunga kantan seperti daun yang mempunyai sifat anti mikrob dan anti kulat. Ini kerana bunga kantan mempunyai kandungan flavonoid dan fenolik yang tinggi. Komponen-komponen ini mampu untuk merosakkan sel membran mikroorganisma tersebut. Bunga kantan juga ia Bersifat Anti Oksidan dimana selain bersifat anti tumor dan anti oksida, bungan kantan juga terbukti mempunyai sifat anti oksida di mana ia berpotensi untuk mengurangkan radikal bebas di dalam badan dan mencegah kerosakkan sel. Ini juga kerana kandungan flavonoid dan fenolik di dalamnya. Ia juga dilaporkan mampu Mengawal Paras Gula dan ia juga dapat mengawal dan mencegah hiperglisemik. Bunga kantan dapat menghalang sejenis enzim lalu melambatkan penyerapan karbohidrat dan mengurangkan kadar penyerapan gula. Ia sekali gus akan membantu untuk menurunkan paras gula di dalam darah. Selain itu ia mampu Mengurangkan paras asid urik dimana hasil satu kajian terhadap haiwan telah dijalankan dan ia terbukti bahawa ekstrak bunga kantan dapat mencegah peningkatan asid urik di dalam darah. Ini kerana terdapatnya kandungan polifenol, flavonoid dan saponin yang tinggi di dalamnya yang mencegah kenaikkan paras asid urik. Bunga kantan juga adalah Baik untuk kesihatan kulit dimana sudah ada kajian telah dijalankan untuk mengkaji kesan ekstrak bunga kantan ke atas kesan pencerahan dan anti penuaan kulit. Kajian mendapati bahawa pemakaian losyen yang mengandungi esktrak bunga kantan menunjukkan pencerahan kulit yang signifikan dan mengurangkan kedutan pada kulit peserta. Ramai suka jika ia mampu Menghilangkan bau badan terutama bagi ibu-ibu yang baru sahaja melahirkan, daun bunga kantan sering digunakan secara tradisional semasa mandi untuk menghilangkan bau badan. Kaedah ini tidak terhad kepada ibu-ibu yang melahirkan sahaja, kita juga boleh menggunakan bunga kantan untuk mengatasi masalah sama. Dilaporkan ia akan Merawat sakit telinga dengan ambil air rebusan bunga kantan boleh dititiskan ke dalam telinga selama beberapa kali untuk merawat masalah tersebut. Akhir sekali bunga kantan didakwa ia mampu Merawat luka iaitu secara tradisional untuk merawat luka pada kulit badan. Apa pun caranya dengan meletakkan bunga kantan di kawasan-kawasan yang luka. Kandungan anti mikrobnya juga mampu untuk mencegah jangkitan pada kawasan luka. Bagi penulis blog ada kehebatan bunga kantan bukan sahaja boleh digunakan sebagai penambah rasa dan penyedap makanan, malah ia terbukti mempunyai pelbagai kelebihan lain terhadap kesihatan tubuh badan.
Dilaporkan dalam media lokal 'Bekas cef buktikan bunga kantan mampu raih untung' apabila En Saqdam menjual sendiri bunga kantan yang dituainya kepada pembeli, kedai dan pasar raya di sekitar Lembah Klang. Seorang bekas cef berjaya menangkis tanggapan kononnya bunga kantan tidak mempunyai potensi untuk dikomersialkan apabila dia mampu menjana keuntungan daripada ladang kantannya di Bangi sejak sembilan tahun lalu di Shah Alam. Kejayaan mengusahakan ladang seluas 1.2 hektar itu turut mendorong Saqdam Zaim Arffain, 33, berkongsi ilmunya dengan orang ramai bagi melihat lebih ramai usahawan mengusahakan tanaman itu. Pengusaha boleh meraih pendapatan lumayan terutama pada musim perayaan kerana harga bunga kantan boleh mencecah hingga RM5 sebatang dimana di luar musim perayaan sekali pun harganya tetap kompetitif iaitu sekitar RM1.50 hingga RM2 sebatang. Dia nekad untuk usahakan tanaman bunga kantan walaupun ada orang cakap bunga kantan kurang permintaan dan tak ada potensi lepas saya buat kajian sendiri terhadap tanaman ini. Bermula dengan hanya lapan rumpun pokok kantan, selepas itu seluruh kawasan ladang dipenuhi dengan tanaman ini. Ladang bunga kantannya pernah mempunyai lebih kurang 800 rumpun yang menghasilkan jualan bunga kantan dan benih bernilai kira-kira RM5,000 hingga RM10,000 sebulan. Rentetan pencapaian yang diraih itu, Saqdam yang memiliki Diploma Pengajian Hotel dan Katering daripada Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam menawarkan kursus penanaman kantan pada tahun lalu. Ladang bunga kantan Saqdam yang terletak di Bangi sentiasa menerima kunjungan daripada orang luar. Dia terpanggil untuk berkongsi ilmu menerusi kursus sebegitu setelah ramai yang datang berjumpanya untuk belajar daripada pengalamannya membangunkan ladang kantan. Sudah menjadi lumrah setiap usahawan tidak dapat lari daripada melalui fasa jatuh dalam perniagaan yang diusahakan dan begitulah juga berlaku kepadanya. Apa yang sangat mencabar bagi saya apabila tanaman kantan diserang penyakit. Boleh dikatakan hampir semua tanaman kantan di ladang saya ‘tumpas’ satu persatu. Simptom penyakit itu boleh dilihat dan dikesan daripada tanda utamanya iaitu bahagian hujung pucuk pelepah bertukar kekuningan, layu dan mati. Dilihat tanda jelas keduanya ialah kesan lebam pada potongan bahagian dalam pelepah. Bahagian umbut teras pelepah pula mula membusuk. Tanda ini secara tidak langsung kemudian ia menunjukkan pokok sudah dijangkiti hingga kemudian ia boleh mengakibatkan pokok mati secara keseluruhannya. Keadaan itu adalah pengalaman baharu buatnya sejak bergelar usahawan bunga kantan bermula tahun 2015 dai ia selalu menunjukkan ada lagi perkara yang perlu saya teliti untuk modul kajiannya.
Dalam hmetro.com yang di rujuk ada di laporkan bagaimana 'Pokok kantan ubah nasib' bila Abd Aziz dan Ramlah mampu memperoleh kira-kira RM600 sebulan melalui penjualan tanaman anak pokok kantan yang diusahakan mereka. Kisah dari Taiping dilaporkan akibat penyakit gout dihidapi pergerakan Abd Aziz Alias tidak secergas dahulu, malah terpaksa berhenti kerja kerana keterbatasan tenaga dan pergerakan sejak penyakit itu semakin teruk pada 2019 lalu. Apa pun situasi itu membuatkan bapa tiga anak itu hilang mata pencarian bagi menyara keluarganya yang menetap di sebuah rumah sederhana di Changkat Jering dan takdir mengatasi segalanya mampu untuk mengubah hidup mereka kini menjana pendapatan bulanan selepas berkecimpung dalam bidang pembenihan pokok kantan. Berkongsi kisah awal dimana pembabitan awal dalam bidang berkenaan dia jelaskan ia bermula secara kebetulan selepas diperkenalkan oleh rakan dari badan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai pengalaman dalam penanaman pokok kantan dan menawarkan pekerjaan pertanian kontrak kepadanya. Kerja ini bermula November 2021 dengan mengambil upah melakukan pembenihan dan penjagaan anak pokok kantan dengan memanfaatkan halaman rumah kami sebagai kebun kecil. Modal untuk bahan asas seperti anak benih, tanah hitam sawit dan beg poli semuanya disediakan oleh rakan saya, Abd Halim Abd Majid dari NGO Pertubuhan Kebajikan Al-Akram. Anak pokok kantan yang berusia tiga bulan atau mencapai piawaian ketinggian iaitu enam hingga lapan inci akan dijual semula dengan nilai upah RM0.60 sepokok kepada Pertubuhan Kebajikan Al-Akram dan pendapatan yang kami terima bergantung kepada jumlah anak pokok dijual. Kebun kecilnya boleh memuatkan sebanyak 2,000 anak pokok kantan pada satu-satu masa dan purata pendapatannya ketika ini boleh dikatakan adalah RM600 sebulan. Cabaran dari segi penyakit dakwanya tidak begitu membimbangkan buat masa ini kerana isterinya yang mempunyai latar belakang pertanian amat teliti dan mahir bagi menguruskan gangguan serangga. Dia mendapatkan bantuan Geran Usahawan Asnaf Berjaya berjumlah RM3,000 daripada SADC Perak melalui inisiatif Perak Sejahtera 2030 bagi memperkembangkan lagi perusahaannya. Dia menggunakan geran itu untuk membeli kemudahan pertanian seperti rak bagi memperluaskan ruang tanaman, beberapa tiang simen dan jaring hitam pertanian yang boleh mengurangkan sinaran matahari yang terlalu terik yang mengancam tanaman anak pokok kantan. Projek ini sudah berkembang, asalnya kami cuma boleh jual 2,000 anak pokok, kini saya dan isteri boleh tampung penghasilan bagi kira-kira 5,000 anak pokok kantan. Biasanya bunga kantan yang sering masyarakat kita kenali sebagai bahan masakan laksa ini juga sebenarnya mempunyai permintaan tinggi terutama di Kelantan dan Terengganu bagi penghasilan kerabu. Manakala bagi Johor dan Melaka kerap digunakan bagi masakan asam pedas. Hasil inovasi kini industri sedang giat mengekstrak nutrisi dari kantan untuk dijadikan serum kecantikan dan ada juga yang menghasilkan empeng kantan untuk produk makanan.
Di kongsikan fakta bagaimana hendak menyimpan bunga kantan yang mudah dan praktikal. Bagi penulis blog dimana bunga kantan bukan sahaja sering digunakan sebagai bahan masakan untuk menyediakan laksa, asam pedas mahu pun kerabu. Malah mengikut amalan petua orang dulu-dulu, pokok bunga kantan ini banyak manfaatnya untuk penjagaan kesihatan. Bunga kantan ini digunakan untuk mengubati sakit telinga dan juga untuk membersihkan luka. Caranya adalah dengan merebus buah kantan dalam beberapa minit dan kemudian menitikkannya ke dalam telinga. Bunga kantan juga berkesan untuk menghilangkan masalah badan yang berbau dengan cara merebus batang pokok kantan dan air rebusan itu dibuat air mandian. Apa pun penting tahu cara simpan bunga kantan untuk tahan lama apabila ada banyak stok bunga kantan dekat rumah tapi selalu saja buang sebab tak tahu cara hendak simpannya agar boleh menjadikannya lebih segar dan kekal aromanya. Cara-caranya adalah awalnya pastikan membeli bunga kantan yang segar. Kemudian di masukkan bunga kantan yang segar ke dalam plastik aiskrim atau plastik pembungkus biasa dalam keadaan bersilang bersilang untuk jimatkan plastik (Sila lihat foto disebelah). Kemudian diisi air masak dalam plastik yang sudah diisi bunga kantan tadi. Pastikan air menutup bunga kanta. Pastikan menyimpul kemas-kemas plastik tersebut dan kemudian disimpan dalam frozen dan biarkan bunga kantan beku. Cara simpan bunga kantan frozen ini boleh digunakan sebagai cara simpan daun kesum sebab bunga kantan dan daun kesum ini selalu digunakan bersama dalam masakan.
Bagi penulis blog suka makan KERABU BUNGA KANTAN IKAN BILIS walau pun tidak selalu dapat memakannya sebab jarang membeli bunga kantan dan ikan bilis yang semakin mahal sekarang. Di kongsikan resepi menyediakan dengan dapatkan beberapa bahan-bahan iaitu Ikan bilis, Bunga kantan, Serai, Tomato, Bawang besar, Cili, Lemon ( boleh gantikan dengan limau nipis), Sos ikan dan juga garam. Cara membuatnya mudah iaitu dengan memanaskan minyak dan goreng ikan bilis sampai garing dan di ketepikan. Kemudian di masukkan bunga kantan, serai, tomato, bawang besar, cili, sos ikan, perahan lemon dan garam dalam mangkuk dan gaul rata. Seterusny di masukkan ikan bilis dalam mangkuk tadi dan gaul rata. Ia sedia di hidangkan dan di nikmati untuk di makan dengan nasi putih dan lauk pauk lain. Sebagai panduan sebailmnya bahan garam jangan letak banyak sebab ikan bilis dan sos ikan dah masin. Apa pun belum ada produk sambal bunga kantan dengan ikan bilis ini di komersilkan yang dapat di beli kecuali ada dijual secara on-line sahaja. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya dan semuaga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUNGA KANTAN... MUDAH TANAMNYA...
BUNGANYA CANTIK... MAHAL HARGA...
MENYEDAPKAN MAKANAN...ZAT ADA...
MEMBACA ARTIKEL... RASA BAHAGIA...By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 738, Strawberry Park Resort,
Cameroon Highland, Pahang,
Malaysia.
(13 Safar 1447H).Bersamaaan 7 Ogos 2025.
POKOK BUNGA KANTAN (Phaeomeria speciosa) apa yang penulis blog faham adalah merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Zingiberaceae yang natif di negara kita dan ditanam untuk nendapatkan Bunga Kantan. Tanaman ini banyak ditanam di Perak, Johor, Kelantan, Pahang dan Selangor dengan keluasan sekitar 250 hektar CHE (Anggaran penulis blog berdasarkan Buku Booklet Keluasan Tanaman Jabatan Pertanian Malaysia 2021). Penulis blog telah berpeluang melihat bagaimana tanaman kantan ini diusahakan dibanyak lokasi yang ditanam secara komersil. Pokok kantan lazimnya ditanam dikawasan keliling rumah atau dikawasan dikampong. Bunga kantan merupakan sejenis bunga yang banyak digunakan didalam masakan seperti Kuah Laksa Asam, Masak Asam, Asam Pedas, Nasi Kerabu dan banyak lagi. Belum banyak varieti pokok kantan yang didaftarkan di Malaysia kerana hanya Varieti Kantan Tempatan sahaja yang ada ditanam. Tumbuhan ini merupakan sejenis tanaman dari keluarga Zingiberaceae sama seperti tanaman halia, lengkuas dan dari jenis pokok Herba. Bunga kantan kini merupakan ulam yang penting dalam masakan Tradisional Melayu semenjak dulu kala. Pokok kantan dipercayai berasal dari Malaysia terutama tumbuh meliar di kawasan tanah lembab. Terdapat beberapa usahawan di Batu Pahat, Johor dan di Raub Pahang yang menanam kantan secara komersial terutama untuk bekalan tempatan dan diekspot ke Singapura. Penulis juga pernah menemui temubual usahawan tersebut semasa tinjauan teknologi dan lawatan ke lokasi tersebut. Bunga Kantan mengandungi pelbagai unsur khasiat seperti zat Protein, Vitamins dan serat. Pokok kantan mempunyai akar serabut dimana daunnya lurus dan berupih. Bunga kantan biasanya berwarna merah jambu yang kemerahan dimana bunga jantan dan bunga betina terdapat pada satu bunga. Setiap jambak mempunyai 240- 345 kuntum bunga tersusun melingkari jambak bunga. Buah kantan bersegi mempunyai 3-5 segi seperti berlian yang selalu mengandungi 150-180 biji benih. Pokok kantan sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah dan penting bagi mengelakkan kawasan yang bertakung air. Di Malaysia belum ada kultivar yang di kenalpasti tetapi penulis dapati kebanyakkannya Kultivar Tempatan. Penanaman pokok kantan menggunakan benih dari Rizom atau dari biji benih. Penggunaan benih rizom lebih popular kerana mudah serta menjadi pilihan petani. Kaedah ini lebih cepat berhasil menanam sedangkan dengan biji benih lama untuk berhasil (2 tahun). Rizom kantan di cangkul dari perdu pokok induk. Pastikan ada 2-3 mata tunas dan akar serabut untuk proses pertumbuhan. Artikel pada malam khamis ini dari kedinginan di Cameroon Highland saya sembang dengan menulis dalam blog "Anim Agro Technology" saya beberapa fakta dan info kisah bunga kantan sebagai bahan rujukkan pembaca semua.
Pokok kantan sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah dan pastikan menanan dengan mengelakkan kawasan yang ada risiko berlaku insiden bertakung air. Rizom yang telah dicantas batangnya boleh ditanam kedalam tanah jenis bergambut yang lembab. Tanah yang berpaya, berpasir, tanah liat tidak sesuai untuk penaman pokok kantan. Sebaik baiknya pokok ditanam berhampiran dengan tali air. Di Malaysia belum ada kultivar yang di kenalpasti tetapi kebanyakkannya Kultivar Tempatan. Penanaman pokok kantan menggunakan benih dari Rizom (cara lebih praktikal) atau biji benih (agak jarang di lakukan). Apa pun cara penggunaan rizom ini boleh diambil dari pokok yang telah matang yang telah mencapai ketinggian 15-20 kaki serta telah menghasilkan bunga. Pengambilan rizom dari pokok yang kurang matang tidak digalakkan kerana proses tumbesaran pokok tidak memberangsangkan. Rizom yang baru ditanam hendaklah disiram sehari sekali untuk memastikan keperluan pokok mencukupi untuk mengeluarkan anak pokok yang baru. Selalunya dimana cara penggunaan benih rizom lebih popular kerana mudah serta menjadi pilihan petani. Kaedah ini lebih cepat berhasil sedangkan biji benih lama untuk berhasil ( 2 tahun). Rizom kantan di cangkul dari perdu pokok induk. Pastikan ada 2-3 mata tunas dan akar serabut untuk pertumbuhan. Jarak penanaman disyorkan ialah 2 m x 1 m dalam setiap lubang penanaman. Letakkan rizom bersusun dan pada peringkat awal tutup dengan sungkupan dari rumput atau daun untuk melindungi tunas baru. Sistem tanaman disesuaikan dengan tanaman selingan atau tanaman tunggal. Bagi kaedah tanaman selingan dengan getah ditanam dalam jarak getah 6m x 3m (555 pokok/ha) dan jarak kantan ( 2m x 1 m sebanyak 333 pokok/ha). Jika selingan di kawasan dusun buah2an sebanyak 3,333 pokok/ha dan jika di tanam secara tunggal sebanyak 4,200 pokok/ ha. Pangkas daun kantan yang tua untuk elakkan penyakit dan glakkan pengeluaran bunga kantan. Daun yang dipangkas diletak selari dalam barisan tanaman untuk kawal rumpai dan sebagai sungkupan. Pembajaan bermula dengan CIRP (50 gm/pk) dan 125 gm/pk semasa menanam dan 4 bulan pertama dengan tahi ayam (1 kg/ pk). selepas 5 bulan guna NPK 15:15:17:2 (30 gm/ pk) dinaikkan kepada 70 gm, 100 gm pada bulan ke 7 dan ke 9. Pembajaan selepas 15 bulan sebanyak 0.5 kg/pk setahun di buat 2 kali.
Hasil tinjauan dari kebun komersil dimana selalunya selepas 2-3 minggu maka rizom yang di tanam akan mengeluarkan anak yang baru dan untuk tempoh dalam minggu keempat, penyiraman boleh dikurangkan kerana pokok lebih stabil bergantung pada cuaca. Pembajaan NPK yang tinggi kandungan Nitrogen boleh diberikan untuk menggalakkan tumbesaran pokok dan menjaga kandungan klorofil dalam daun untuk kehijauan pokok. Selalunya dilihat dimana ibu rizom (batang tua) boleh dipotong untuk mengurangkan kapasiti nutrien supaya anak pokok dapat nutrien penuh untuk mengeluarkan lebih anak. Dalam tempoh 4-6 bulan. Pokok kantan lazimnya akan mengeluarkan lebih banyak anak pokok. Apabila pokok sudah berusia 1 tahun maka tahap ketinggian pokok akan mencapai 8-10 kaki. Penggunaan baja NPK yang tinggi kandungan (P) untuk menggalakan tumbesaran pokok dan akar. Dalam tempoh 2 tahun, pokok kantan akan mencapai ketinggian 16-20 kaki. Waktu ini pokok kantan akan mula mengeluarkan bunganya. Baja NPK yang tinggi kandungan fosforus (K) untuk tujuan ia menggalakkan pengeluaran bunganya. Batang muda ini adalah rupa awal bunga kantan. Berbeza dengan anak pokok batang kantan yang lebih tajam dan gelap. Bunga kantan akan tumbuh di celahan batang pokok kantan. Satu batang pokok kantan matang boleh mengasilkan 1-2 batang bunga. Satu rumpun pokok kantan ada dalam 10-15 batang pokok. Apabila sudah hari ke 4-7 hari dimana bunga kantan sudah membesar dan mula mengeluarkan warnanya. Di saat ini bunga boleh di tuai sebelum bunga mulai mengembang. Bunga boleh dituai 4-5 hari sekali. Bunga yang sudah mengembang ini tidak sesuai untuk dijual. biarkan dia jadi hiasan atau dijadikan buah kantan. Car apenjagaan pokok kantan ini mudah. Pokok kantan ini sukar diserang oleh penyakit atau mahluk perosak kerana aromanya yang tidak disenangi oleh mahluk perosak. Hanya perlu berwaspada pada serang kulat dalam tanah dan belum ada musuh perosak dan penyakit yang serious untuk tanaman kantan di Malaysia. Terdapat serangan anai-anai dikawasan yang berpotensi dimana kayu reput ada di ladang. Jika keadaan serious dikawal menggunakan racun chlorpyrifos pada kadar 0.1% bahan aktif. Kawalan rumpai dengan cara manual atau kimia (glyphosate 0.6 ka/ha). Gunakan muncung nozel sesuai semasa menyembur racun rumpai. Pokok kantan dewasa tak perlukan racun kimia untuk kawalan rumpai. Pokok kantan mula berbunga selepas 9 bulan di tanam dan bunga kantan yang matang dipotong sepanjang 30 cm. Pastikan memetik bunga kantan setiap hari (paling ideal) untuk elakkan bunga matang dan elakkan kudup berkembang (Tidak ada kualiti). Potensi hasil bunga kantan sebanyak 14,700 kuntum sebulan/ha (dari 4,200 pokok/ha). Bunga yang dipetik di masukkan dalam bakul dan elakkan dari kena panas matahari. Kajian penulis di Batu Pahat mendapati kemampuan seorang pekerja mahir mampu memetik antara 650-850 kuntum sehari. Bersihkan bunga kantan dari sebarang kekotoran dan asingkan mengikut saiz dan gred. Pastikan bunga kantan di pasarkan segera untuk kekalkan kualiti dan harga.
Pokok bunga kantan mengeluarkan bunga sepanjang tahun, namun pada waktu tertentu pengeluaran bunga berkurangan dalam tempoh beberapa bulan. Ketika bunga kantan berkurangan, katanya dia beralih kepada aktiviti lain bagi menampung pendapatan keluarga. Untuk menambah pengeluaran bunga kantan, saya kini berusaha memulihkan pokok sedia ada. Dengan usia pokok lebih 20 tahun, aktiviti sampingan seperti membaja perlu dilakukan secara berjadual. Bagi tujuan untuk menambahkan lagi pendapatan penduduk kampung, dia sedia berkongsi pengalaman mengusahakan kebun tanaman bunga kantan dan mereka yang berminat boleh mencuba projek berkenaan kerana tidak memerlukan modal besar selain penjagaannya mudah. Kebun. tanaman pokok bunga kantan mampu memberi pendapatan lumayan sekiranya diusahakan secara besar-besaran. Harga produk berkenaan di pasaran mencecah RM4 sekuntum terutama pada musim perayaan. Dia sedia bertukar pengalaman dan membekalkan benih kepada mana-mana pihak yang berminat untuk tujuan mengusahakan tanaman berkenaan. Pokok bunga kantan yang ditanam berbeza terutama dari segi saiznya berbanding yang banyak terdapat di kampung. Mereka yang sudah berminat boleh datang melihat projek yang saya usahakan dan dari situ mungkin akan datang minat. Tanaman kantan sesuai dilakukan secara sambilan kerana tidak memerlukan modal besar, sebaliknya mampu memberi keuntungan besar. Penulis blog pernah membuat kajian mengenai nilai ekonomi dan ada mendapati penghasilan kantan untuk 5 tahun sebanyak 742,000 kuntum bunga dan jika purata harga sebanyak RM 0.10/bunga maka pendapatan kasar ladang sebanyak RM 74,200 atau RM 14,840 setahun. Kos pengeluaran sebanyak RM 39,083 (5 tahun) dan pendapatan bersih ladang sebanyak RM 35,117 (5 tahun). Tahun kedua operasi petani akan mendapat pulangan bersih sebanyak RM 4,903/tahun (RM 408/bulan) dan akan manjadi RM 2,926 sebulan pada tahun ke 5 operasi penanaman kantan. Kajian mendapati nilai NPV sebanyak RM 21,234 dimana kadar pulangan dalam (IRR) sebanyak 192.2% dan nisbah BC Ratio sebanyak 1.82. Penanaman kantan adalah mudah dan sesuai di majukan oleh petani yang telah buat kajian pasaran dahului sebelum menanam. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya dan semuaga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...BUNGA KANTAN... MUDAH TANAMNYA...
BUNGANYA CANTIK... MAHAL HARGA...
MENYEDAPKAN MAKANAN...ZAT ADA...
MEMBACA ARTIKEL... RASA BAHAGIA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 738, Strawberry Park Resort,
Cameroon Highland, Pahang,
Malaysia.
(13 Safar 1447H).Bersamaan 7 Ogos 2025.