Support My Blog

Sunday, May 1, 2022

SUBSIDI HARGA AYAM - TURUNKAN HARGA?

HARGA AYAM
yang tinggi dipasaran menjadi tajuk utama media tempatan semenjak beberapa bulan kebelakangan ini di Malaysia dan mengusarkan ramai pengguna. Antara banyak kisah dilaporkan di media tempatan antaranya dimana pihak Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) hari ini yang menafikan laporan sebuah portal berita yang mendakwa rantaian bekalan ayam tempatan berada dalam keadaan tidak terkawal. MAFI dalam kenyataannya pula ada memaklumkan laporan itu tidak disokong fakta tepat serta boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap usaha kerajaan dalam mengatasi isu kekurangan bekalan ayam di pasaran tempatan dan mengawal kenaikan harga jualan runcit ayam pada masa kini. MAFI menegaskan kerajaan kini sedang giat melaksanakan pelbagai usaha dan inisiatif bagi memastikan industri ternakan ayam kekal berdaya saing dan menjamin sekuriti bekalan makanan negara demi kebajikan rakyat. Menurut kenyataan itu di antara usaha kerajaan ialah Inisiatif Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia bagi daging ayam dan telur dan ia tidak menjadi punca kepada pihak ladang untuk mengurangkan pengeluaran ayam dan telur. MAFI juga dakwa peningkatan mendadak penggunaan daging ayam dan telur terutama dalam sektor komersial selepas penamatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimana kerajaan juga telah memberi kebenaran untuk mengimport ayam bulat dengan memberi kelulusan kepada 36 syarikat termasuk pasar raya. Perang Ukraine-Rusia juga mempengaruhi harga bahan makanan seperti jagung dan kacang soya diseluruh dunia. Dimaklumkan keputusan ini bagi memastikan keperluan negara mencukupi dan mencapai kestabilan dan ia hanya boleh dilaksanakan sehingga Mei 2022. MAFI nyatakan permohonan untuk mendapatkan permit import (AP) boleh dibuat oleh mana-mana syarikat dan akan diberi kelulusan jika memenuhi syarat-syarat ditetapkan, tanpa sebarang bayaran. Selain itu, MAFI berkata kerajaan turut menawarkan skim pembiayaan mudah dengan kadar faedah yang rendah kepada penggiat industri ternakan ayam dan pemberian subsidi kepada penternak ayam bagi mengurangkan impak kenaikan kos input pengeluaran seperti makanan ternakan. Kerajaan sentiasa cakna terhadap permasalahan yang dihadapi oleh pemain industri pertanian khususnya sektor ternakan bagi menjamin sekuriti makanan negara. Dalam pada itu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan terus mengadakan sesi libat urus dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi memastikan isu kenaikan harga ayam tidak berlarutan sehingga menjelang hari raya. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info dari media tempatan mengenai isu harga ayam dan subsidi oleh kerajaan untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semuanya.

Dalam portal berita sinarharian.com bertajuk '
Subsidi ayam, telur kawal kenaikan harga' dimana keputusan kerajaan memberi subsidi ayam dan telur ayam kepada penternak berjaya menstabilkan semula harga itu di pasaran. Berita dari Sekinchan, Selangor tersebut dinyatakan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh yang berkata dimana perbelanjaan subsidi berjumlah kira-kira RM500 juta dalam tempoh empat bulan itu dapat mengelakkan harga ayam dan telur ayam terus melambung tinggi. Dilaporkan isu kenaikan harga ayam tidak dapat dikawal berikutan kos makanan ayam yang diimport dari Brazil tidak mencukupi. Ini bukan negara kita sahaja mengalami kenaikan harga ayam, malah di Jordan harga ayam mencecah RM18 sekilogram, manakala Dubai RM19 sekilogram dan begitu juga dengan Mesir yang turut mengalami kenaikan harga ayam. Dakwanya ini menunjukkan kenaikan harga ayam di negara lain lebih teruk berbanding di negara ini," katanya pada sidang akhbar selepas lawatan kerja ke Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) di Tali Air 3 Sekinchan di sini pada Selasa. Kerajaan juga terpaksa menghentikan import ayam di Thailand berikutan harganya yang jauh lebih mahal. Adalah tdak adil salahkan kerajaan semata-mata kerana kita sudah bantu mengikut kemampuan negara. Malaysia satu-satunya di Asia Tenggara memberi subsidi kepada rakyat walaupun dalam keadaan pandemik. Banyak negara sudah hentikan bantuan disebabkan tidak berkemampuan. Kerajaan sebelum ini bersetuju untuk memberi subsidi 60 sen sekilogram ayam dan lima sen sebiji telur kepada penternak ayam berkuat kuasa 5 Februari hingga 4 Jun 22 dimana usaha itu dilakukan dalam usaha mengurangkan beban golongan itu dan menstabilkan bekalan.

Portal sama menyebut dimana 'Isu harga ayam: KPDNHEP ambil tindakan tegas termasuk batal lesen' dimana berita dari Putrajaya dakwa dimana Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengambil tindakan keras termasuk membatalkan lesen pihak yang sewenang-wenangnya menjual daging ayam segar melebihi harga siling yang ditetapkan. Pengarah Penguatkuasanya, Azman Adam berkata, semua pihak iaitu peruncit, pemborong dan penternak perlu menjual mengikut harga siling yang ditetapkan iaitu RM8.90 sekilogram. Kementerian kini senang sahaja dimana apabila kita telah menetapkan harga tersebut, itu merupakan harga yang wajib dipatuhi pada setiap peringkat. Ini kerana margin ini kita letakkan ada keuntungan pada setiap peringkat dengan kerjasama agensi kerajaan, persatuan dan pihak berkepentingan. Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai rungutan pengguna berkenaan ada peniaga yang menjual harga ayam segar sehingga mencecah RM10 sekilogram. Aduan mengenai kenaikan harga ayam ini kita telah terima dan siasatan sedang dijalankan. Menurutnya, siasatan KPDNHEP tidak akan berakhir di satu tempat sahaja. Kalau peruncit dakwa dia dapat bekalan mahal, kita akan pergi kepada pemborong, kalau pemborong dakwa dapat bekalan daripada penternak mahal kita akan siasat penternak. Beliau mengulas lanjut mengenai faktor kenaikan yang mana ia dikaitkan dengan kos bahan mentah dimana  KPDNHEP akan bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) untuk tindakan lanjut. Pada 5 Februari 2011 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menetapkan harga siling runcit ayam standard pada harga RM8.90 sekilogram di Semenanjung Malaysia.  Harga itu akan dikuat kuasa mulai 5 Februari sehingga 5 Jun 2022 iaitu selama 121 hari yang bertujuan bagi menjamin kestabilan harga ayam dan makanan yang berkaitan harga mentah itu.

Beberapa media lain melaporkan isu 'Isu harga barang yang tak berkesudahan' dimana dinyatakan sejak kebelakangan ini dimana isu kenaikan harga barang terutamanya bahan mentah termasuk ayam, sayur dan telur ayam sekali gus menjadi antara topik yang hangat diperkatakan di media sosial. Isu-isu mengenai kenaikan harga barang keperluan utama dapur ini sememangnya sangat memeranjatkan pengguna kerana harga barang yang dijual ketika ini selalunya berlaku pada musim perayaan sahaja. Sebagai contoh kes berapa peniaga ayam di sekitar daerah Hulu Terengganu yang maklumkan bekalan ayam tidak mencukupi di pasaran sehingga mereka terpaksa ‘berebut’ sesama sendiri hanya untuk mendapatkan bekalan sehingga terpaksa menjual dengan harga mahal. Ada beberapa kajian dimana permasalahan ini diajukan kepada peniaga runcit dimana mereka turut bertanyakan kepada pemborong ayam dan memberikan hasil jawapan sama. Isu dimana bekalan ayam tidak mencukupi sehinggakan ada sebahagian daripada peniaga terpaksa ada yang terpaksa menutup cawangan kerana tidak ada ‘barang’ hendak dijual. Memang dilaporkan sebelum ini ada kes dimana ramai pembekal ayam turut mendedahkan bahawa harga dedak yang mahal didakwa menyebabkan kenaikan harga daging ayam itu. Oleh itu mahu tidak mahu dari peringkat penternak lagi mereka terpaksa menaikkan harga bagi menampung kos operasi. Namun bagi peniaga mereka tidak mahu tahu isu harga kenaikan dedak tetapi menggesa pihak berkaitan menangani masalah terbabit yang dilihat tidak berkesudahan. Biasanya di Malaysia setiap kali harga ayam naik, mesti ia dikaitkan dengan harga dedak yang meningkat. Skrip sama setiap tahun sehingga peniaga juga boleh mengagak jawapan daripada pembekal. Ramai juga mengakui isu kenaikan harga barang mentah sudah berlaku sejak dulu lagi. Tidak kira kerajaan mana yang mentadbir lazimnya masalah ini sering timbul. Apa yang menjadi mangsa adalah pengguna yang tiada pilihan dan mereka mahu tidak mahu terpaksa juga membeli. Kenaikan harga barang mentah juga membebankan peniaga makanan yang terpaksa menaikkan kos kerana tidak mahu terus menanggung rugi. Beberapa peniaga kedai makan juga mereka mengakui kenaikan bahan mentah boleh dikatakan hampir setiap bulan berlaku dan situasi ini secara langsung memberi kesan kepada mereka yang setiap hari memerlukan bahan mentah berkenaan. Peniaga kini berada dalam dilema kerana jika mereka menaikkan harga makanan maka kesannya ramai pengguna akan terbeban. Namun jika mereka masih mengekalkan harga lama pula dikhuatiri dimana perniagaan makanan mereka pula akan terjejas. Ada kemungkinan juga pihak terlibat mencari punca sebenar mengapa permasalahan ini masih berlaku memandangkan setiap kali diajukan mengenai perkara ini pasti skrip sama akan diulang sehinggakan masing-masing sudah boleh menghafal jawapan yang bakal diterima mereka. Mungkin pihak berkenaan boleh melakukan satu kaji selidik dengan pihak berkaitan bagaimana cara untuk mengatasi masalah harga dan bukannya setakat memberi jawapan sama setiap kali isu kenaikan harga barang berlaku saban tahun. Namun tindakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam memantau harga barang mentah juga dipuji kerana pantas memberi maklum balas. Isu mengenai harga ayam dan sayur-sayuran dilaporkan dimana peningkatan kos operasi syarikat penternakan, kos import, kenaikan harga baja dan racun merupakan antara punca yang menyumbang kepada kenaikan harga produk itu di pasaran ketika ini. Dalam pada itu pihak KPDNHEP akan teruskan bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dalam usaha mengawal harga jualan serta harga runcit khususnya di peringkat pengeluaran. Memang isu ini perlukan penglibatan aktif semua pihak di kementerian agar dapat menangani masalah ini daripada terus ianya  membebankan pengguna.  Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
DAGING AYAM.... MENINGKAT HARGA...
TELUR... MEMBEBANKAN PENGGUNA...
SUBSIDI KERAJAAN... STABILKANNYA...
SELEPAS RAYA... ISU BAGAIMANA?...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(29 Ramadan 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...