Support My Blog

Friday, May 6, 2022

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MAKANAN LAUT

MAKANAN LAUT (Seafood) merupakan diantara jenis-jenis makanan yang menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia yang disesuaikan dengan citarasa tempatan di negara kita. Berlainan negara mempunyai kuliner makanan laut yang berbeza bergantung kepada bahan mentah digunakan dan juga kaedah penyediaannya. Makanan laut juga pada penulis blog adalah sebarang bentuk hidupan laut dianggap sebagai makanan oleh manusia iaitu termasuk ikan dan kerangan. Apa pun jenis kerangan termasuk pelbagai spesis moluska, krustasea dan ekinoderma. Dari segi sejarah pula dilaporkan dimana mamalia laut seperti ikan paus dan ikan lumba-lumba telah digunakan sebagai makanan sejak lama dulu walaupun kini sudah berkurangan pada zaman moden. Dalam pada itu jenis tumbuh-tumbuhan laut yang boleh dimakan seperti ada beberapa rumpai laut dan mikroalga juga sudah dimakan secara meluas sebagai makanan laut di seluruh dunia dan berlaku terutama di Asia (dalam kategori sayur-sayuran laut). Di laporkan dimana diAmerika Utara serta di United Kingdom dimana istilah "makanan laut" diperluaskan kepada organisma air tawar yang dimakan oleh manusia dimana ini menjadikan semua hidupan akuatik yang boleh dimakan boleh dirujuk sebagai makanan laut atau seafood juga. Dalam pada itu jika membincangkan bagaimana proses penuaian makanan laut liar biasanya dikenali sebagai dunia industri perikanan atau pemburuan spesis hidupan dilaut. Bagaimana pun kini apabila sektor penternakan akuakultur sudah berkembang manu ia memperluaskan lagu bahan asas membuat makanan laut. Antara industri akuakultur yang luas dibangunkan seperti penternkan udang, kupang dan pelbagai jenis ikan sama ada ikan laut, ikan air payau atau ikan air tawar. Selalunya jenis makanan laut ini sering dibezakan daripada daging dimana ia mjuga masih dari haiwn berprotin dan tidak termasuk dalam diet vegetarian yang ketat. Makanan laut adalah sumber protein penting dalam banyak diet di seluruh dunia terutama kepada penduduk tegar yang berada di kawasan pantai. Apa pun dilihat dimana kebanyakan penuaian hasilan laut ini akan digunakan oleh manusia akan tetapi sebahagian besar lagi akan digunakan sebagai makanan ikan untuk ternakan ikan lain atau haiwan lain sebagai 'ikan baja'. Dalam pada itu ada produk dari laut yang akan digunakan sebagai baja tanaman atau makanan untuk tpokok. Baja dari produk hasilan laut sangat berkesan untuk dijadikan baja tanaman yang kaya dengan pelbagai mineral dan enzim. Dilaporkan juga ada beberapa hasilan produk seperti minyak ikan dan tablet spirulina juga diekstrak daripada ikan, kerangan dan juga rumpai laut. Ada juga sesetengah makanan laut dijadikan makanan kepada ikan akuarium atau digunakan untuk ianya diberi makan haiwan peliharaan domestik seperti kucing dan sebahagian kecil digunakan dalam bidang perubatan. Penulis blog sejak dulu memang suka mendapatkan makanan laut seperti yang terdapat di Medan Ikan Bakar di Melaka, Restoren Seafood di Kota Kinabalu dan banyak premis lain diseluruh Malaysia. Artikel pada tengahari ini saya menulis  dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai kebaikan dan keburukan makanan laut yang menjadi kegemaran ramai orang di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.

Makanan laut memang berkhasiat dan selalu dijadikan sebagai pilihan makanan yang popular. Dilaporkan memang ada ramai 
orang yang menyukai makanan laut (seafood). Terdapat berpuluh jenis makanan lait antaranya adalah ikan, sotong atau cumi, udang, kerang dan banyak lagi jenisnya. Selain rasanya yang lazat makanan laut juga mengandungi banyak nutrisi yang baik untuk kesihatan peminatnya. Diantara lain adlah kerana ada tinggi kandungan protein, vitamin, mineral dan asam lemak omega-3. Banyak saintis yang melaporkan akan khasiat dan manafaat makanan laut yang boleh dijadikan bahan rujukkan. Antaranya dimana makanan laut dilaporkan baik untuk Menyihatkan Jantung. Ini kerana makanan laut banyak mengandungi asid lemak omega-3 yang lazimnya secara langsung boleh membantu menyehatkan jantung serta mampu untuk menurunkan risiko penyakit cardiovaskular seperti strok, serangan jantung sehingga kepada masaalah sakit jantung. Hasil kajian dilaporkan dimana mengambil makanan laut secara rutin termasuk ikan boleh menurunkan kadar lemak dalam darah dimana ini akan menurunkan risiko penyakit jantung. Dilaporkan juga dimana makanan laut juga adalah Baik Untuk Kesihatan Tulang dan Sendi. Ini kerana bahan asid lemak omega-3 juga adalah baik untuk menjaga kesihatan tulang dan sendi. Hasil penyelidikan dilaporkan dimana asid lemak omega-3 mampu untuk memudahkan pergerakan sendi dan mengurangkan dari berlaku masaalah  sendi menjadi kaku akibat arthritis rheumatoid (peradangan kronik pada sendi). Kandungan vitamin D yang tredapat dalam beberapa jenis ikan seperti ikan salmon dan tuna didakwa memang boleh menyokong pertumbuhan tulang serta untuk penyerapan kalsium yang baik untuk kesihatan tulang. Meng akajian mendapati dimana makanan laut mampu Menjaga Kesihatan Mata disebabkan oleh bahan asid lemak omega-3 seperti kajian oleh jurnal Investigative Ophthalmology and Visual Science. Dilaporkan hasil kajian mendapati dimana kes degenerasi makula (bahagian tengah mata) adalag berkait dengan jumlah usia yang cenderung berkurang pada orang yang rutin makan makanan laut. Mengonsumsi minyak ikan juga bisa membuat mata tetap sehat dan cerah. Terhebat pula dimana pengambilan makanan laut mampu untuk dapat ia Meningkatkan Kemampuan Otak. Bahan asid lemak omega-3 pada makanan laut boleh meningkatkan kemampuan otak yang berkait dengan kebolehan meningkatkan kadar Asid Eicosapentaenoic (EPA) dan Asid Docosahexanoic (DHA) sehingga baik untuk menyokong pertumbuhan otak (terutama kepada bayi dan kanak-kanak) seperti dalam iklan susu di TV. Penyelidikan yang dilakukan menyatakan dimana seseorang yang rutin makan makanan laut (seperti ikan) memiliki lebih banyak unsur berada di pusat otak yang berperanan dalam mengatur emosi dan daya ingatan seseorang.

Terbaru adalah dakwaan dimana makanan laut didakwa boleh Menjaga Kesihatan Mental atau Kesihatan Fikiran. Ini kerana apabila mengambil makanan laut secara rutin akan membolehkan ia mencegah terjadinya depresi serta akan dapat membantu mengatasi tekanan (depression). Hasil penyelidikan dilakukan seperti dilaporkan dalam Journal of Epidemiology and Community Health menyebutkan dimana wanita yang mengambil makanan laut adalah berisiko lebih rendah untuk menerima tekanan berbanding denan mereka yang tidak mengamnil makanan laut. Perkara ini juga adalah disebabkan makanan laut banyak mengandungi Asid Lemak omega-3 yang boleh ianya meningkatkan pengeluaran hormon Dopamin dan hormon Serotonin dalam otak. Kedua jenis hormon inilah yang berperanan di dalam menciptakan suasana bahagia dan mencegah berlakunya depression. Memang unik apabila didakwa makana laut mampu untuk  Menjaga Kesehatan Kulit kerana kandungan EPA pada makanan laut diyakini boleh menyekat enzim perosak kolagen dimana kesannya ia mampu melindungi kulit dari paparan sinar UV matahari. Ia kemudian mampu untuk mencegah dari kulit jadi berkedut sehingga dapat memperbaiki kerosakan pada bahagian kulit. erkara ini juga ada dinyatakan dalam penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal Journal of Lipid Research tahun 2005. Kehebatan makanan laut yang relevan adalah apabila makanan laut membantu dalam proses kehamilan. Dilaporkan dimana makanan laut kecuali yang mengandungi bahan Mercury yang tinggi memang sesuai untk diambil oleh ibu hamil. Perkara ini adalah disebabkan oleh kandungan Asid Lemak Omega-3 (termasuk asid DHA) di dalamnya mampu dalam membantu perkembangan otak bayi dan mengurangkan berlaku perdarahan dan risiko bayi lahir premature. Bagaimana pun memang ada juga keburukan jika mengambil makanan laut secara rutin. 

Memang ramai yang tidak akan menolak jika diajak makan makanan laut terutama yang masih segar.  Adalah
 perlu diingat dimana semua perkara yang dilakukan secara berlebihan itu sangat tidak digalakkan. Memang ia terasuk didalam mengambil makanan laut yang mana ramai tahu ia mengendungi tinggi akan kandungan protin dan bahan lain. Peminat makanan laut terdedah kepada berlaku Penumpukkan Lemak dimana makanan laut adalah memang meningkatkan kadar kolesterol dalam tubuh. Dengan kata lain individu yang terlalu sering mengambil makanan laut seperti udang, ketam atau seafood lainnya akan mempercepatkan berlaku pertambahan lemak di dalam badan. Lemak ini akan mengganggu kesihatan jika kadarnya sudah sangat banyak hingga mengganggu proses peredaran darah. Terdapat juga dakwaan perempuan yang banyak makan makanan laut akan menyebabkan masaalah fibroid pada uterus. Ini kerana bahan Lemak Jahat yang berlebihan dalam tubuh akan menjadikan pada sel otot di sekitar rahim terganggu.  Paling tidak seronok dimana ia memberikan kesan kepada aktiviti mempercepatkan proses penuaan pada kulit kita. Semasa menikmati keenakkan makanan laut selalunya akan lebih lazat jika agak masin. Ternyata perkara ini didakwa boleh membuat proses penuaan kulit kita akan menjadi lebih cepat berlaku disebabkan makanan yang ada bahan garam atau sodium dapat menjadikan badan akan kekurangan cairan dalam tubuh yang boleh menjadikan kulit menjadi keriput. Paling tidk seronok mendengar apabila makanan laut ini akan menyebabkan sesiapa juga mudah diserang Penyakit Alzheimer apabila tiba hari tua. Kesan dari mengambil bahan seafood secara berlebihan juga akan terasa di hari tua. Ini kerana selalunya didakwa penyakit seperti alzheimer boleh menyerang kapabila ada kandungan zat besi yang terdapat banyak di dalam makanan laut seperti kerang. Apa pun dilaporkan dimana kandungan Vitamin B12 dalam makanan laut terutama kerang membantu pembentukan Hemoglobin. Bagaimana pun sebaliknya jika vitamin B12 terlalu banyak dalam tubuh maka ia memberi kesan masaalan rasa gatal di kulit, ruam-ruam di beberapa bahagian tubuh dan bahkan hingga diare. Makanan laut juga terkait dengan bahan toksik yang merbahaya kepada manusia. Ada banyak kes-kes yang dilaporkan selepas makan makanan laut menyebabkan kes kematian, keracunanan dan sebagainya. Ini kerana produk seperti ikan, ketam, udang dan haiwan laut lainnya tidak mudah untuk dikesan jika ia datang dari laut mana. Memang bukan rahsia lagi kalau keadaan habitat laut masa sekarang sudah mengandung zat-zat berbahaya dan toksik. Ini menjadikan haiwan dari laut yang dimakan belum tentu terjamin keselamatannya dan bebas dari nahan bahaya tersebut. Jika sering mengambil makanan laut boleh membuat bahan toksik ini masuk kedalam badan bersama. Ada juga kes makanan laut yang mengandungi bakteria merbahaya kepada kesihatan pemakannya. Kes akan menjadi lebih serius kepada produk makanan laut yang tidak dimasak atau dimakan mentah. Ia boleh menyebabkan gangguan kesihatan dan boleh membawa maut juga. Sebaiknya mengambil makanan laut yang dijamin segar, selamat dimakan dan memberikan kesihatan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog ani agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MAKANAN LAUT ... POPULAR DIDUNIA...
RASANYA ENAK... BERKHASIAT PULA...
ADA KEBURUKAN... PERLU WASPADA...
BACA ARTIKEL... DAPAT INFONYA....

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(5 Syawal 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...