Support My Blog

Thursday, May 19, 2022

KULINER POPULAR MALAYSIA (Part 5)

KULINER POPULAR MALAYSIA merupakan salah satu perkara yang penting untuk sembua orang mengetahuinya. Ini kerana negara Malaysia adalah sebuah negara yang terkenal dengan masyarakat yang berbilang kaum yang hidup harmoni semenjak dahulu lagi. Setiap kaum di Malaysia juga bebas mengamalkan budaya mereka dimana selagi ia masih tidak bertentangan dengan undang-undang negara. Kesemua mereka bebas mengamalkan tradisi dan saling hormat menghormati sebagai satu masyarakat yang mendokong kemajuan Malaysia. Kaum Melayu merupakan kaum majoriti di Malaysia dimana ia diikuti pula dengan kaum Cina, India serta banyak kaum lain seperti Iban, Kadazan, Orang Asli, kaum lain sebagai kaum minoriti. Masyarakat majmuk di Malaysia juga telah membuatkan ramai pelancong dari luar selesa datang bercuti ke negara kita dengan jutaan pengunjung sebelum pandemik covid-19 dan akan menjadi destinasi pelancongan yang terus menarik. Memang disebabkan oleh Malaysia yang memiliki rakyat yang berbilang kaum, maka tidak hairanlah jika makanan orang Malaysia juga terdiri dari pelbagai jenis makanan yang boleh dinikmati bersama. Makanan rakyat Malaysia mempunyai terlalu banyak pilihan dimana kuliner yang popular lazimnya mudah di dapatkan di restoren, jamuan keramaian, pasar malam, bazaar ramadan, pasar tamu, gerai tepi jalan sehingga ada dihidangan di hotel-hotel. Kehebatan kuliner Malaysia ini membolehkan banyak jenis makanan ini yang dikomersilkan sehingga ia ada juga dipopularkan diluar negara dengan beridentitikan sebagai 'Kuliner Malaysia'. Antara kuliner Malaysia yang tersenarai termasuk Nasi Lemak, Sate, Roti Canai, Nasi Beriyani, Nasi Kandar, Pisang Goreng, Mee Goreng Mamak, Asam Laksa, Apam Balik, Mee Kari, Char Keuw Teow, Otak-otak, Teh Tarek, Ais Kacang, Cendol, Chee Cheong Fun, Lok-Lok, Roti John, Karipap dan juga Rendang. Banyak lagi kuliner lain boleh disenaraikan sebagai kuliner istimewa daripada kueh muih dan ulam-ulaman. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan paparkan beberapa kuliner menarik di Malaysia sebagai bahan rujukkan pembaca semua.


(13) OTAK-OTAK
Nama makanan ini agak pelik iaitu Otak-otak walau pun ia hanya sejenis makanan yang tiada kaitan langsung dengan otak (brains). Penulis blog memang suka makan otak-otak yang sering dihantar kepada pelanggan yang menunggu makanan utama di restoren medan ikan bakar, restoren Tom Yam dan beberapa premis lain sebagai makanan 'pe,buka selera'. Bagaimana pun jenama 'Otak-otak Kempas' yang berasal dari Johor Bahru merupakan jenama otak-otak tempatan yang paling popular di Malaysia. Otak-otak juga merupakan makanan snek ringan yang boleh dinikmati di Malaysia dan Singapura. Makanan ini digelar otak-otak sebab teksturnya yang lembut dan sedikit lembik berkemungkinan macam otak. Walau pun biasanya ia dimakan bersama dengan nasi atau tetapi pada penulis blog lebih enak dan lazat jika dimakan terus selepas dibakar dengan suam panas lagi. Menyediakan makanan kuliner otak-otak ini memerlukan bahan seperti isi ikan, cili serta rempah ratus lain dan dibalut menggunakan daun kelapa. Adunan ini di sediakan dalam bentuk lembik sebelum ia dimasukkan kedalam daun keIapa dengan sukatan satu sudu (saiz standard) atau dua sudu (XL). Daun kelapa yang ada adunan ini akan kemudiannya dibakar di atas api gas atau arang sehingga masak sebelum sedia untuk dihidangkan. Pembaca blog kini boleh membelinya secara on-line di Ladzada dengan harga RM31.00 bagi pembungkusan 50 unit otak-otak Johor Bahru Frozen.


(14) TEH TARIK
Minuman Teh Tarik sudha menjadi ikonik di Malaysia sebagai minuman yang paling disukai ramai. Teh Tarik adalah diantara minuman yang paling terkenal di restoran mamak dan diperkenalkan oleh masyarakat India tetapi kini ia banyak dijual direstoren Melayu juga yang menyediakan pelbagai makanan untuk sarapan pagi dan juga minum petang dibanyak di restoran-restoran biasa. Minuman ini digemari hampir kebanyakan masyarakat termasuklah daripada golongan kanak-kanak dan berbagai kaum di Malaysia. Malahan sudah ada banyak peniaga teh tarik di jalanan masa ini dengan mendapat permintaan yang baik. Ada sesekali dilihat remaja dan pemuda yang berdiri di kawasan lampu isyarat menjual teh tarik dalam bekas khas semasa keenderaan berhenti disebabkan lampu merah. Sudah menjadi kebiasaan jika kini minuman teh tarik dihidangkan di hotel-hotel, majlis-majlis perkahwinan, jamuan pejabat dan juga pelbagai majlis rasmi. Teh Tarik ringkas sahaja bahan yang digunakannya iaitu mmenggunakan serbuk teh terpilih yang dimasak terlebih dahulu sebelum dibancuh bersama susu pekat dan susu sejat dan dimasukkan kedalam 'koleh' dan di tuangkan kedalam koleh lain (seakan ditarik) sehingga ia mengeluarkan buih. Gaya melakukan teh tarik ini memang sudah sering menambat hati masyarakat dimana banyak kali diadakan pertandingan membuat teh tarik diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. Kedapatan buih yang terhasil dari teh yang ditarik menggunakan koleh cukup memikat jiwa ramai orang. Penulis blog paling suka minum teh tarik yang dicampur dengan halia atau menjadi minuman sarbat yang enak. Harga teh tarik bergantung kepada banyak keadaan diantara RM 1.50 sehingga RM5.00 dimana ia memang menghilangkan dahaga.


(15) AIS KACANG
Minuman Ais Kacang atau juga dikenali sebagai Ais Batu Campur (ABC) juga merupakan kuliner popular di Malaysia dimana ia diambil sebagai pencuci mulut yang mampu mengenyangkan dan menghilangkan dahaga. Apa tidaknya ia kaya dengan ingredien seperti kacang, jagung, cendol, agar-agar, buah laici, kismis dan topping dengan ais kerim. Penulis blog memang sering juga dahulu mendapatkan ais kacang semasa muda. Terdapt berbagai ingredien dimasukkan didalam kuliner ini yang menyebabkan ia memberikan rasa manis, lemak dan dingin semasa meminumnya. Pada awalnya ais kacang dibuat daripada ais yang dikisar serta dicampur dengan kacang merah secara tradisional dengan mesin khas. Bagaimana pun kini sudah adal ramuan Ais Kacang telah dihidang dengan pelbagai jenis bahan seperti buah-buahan yang mana resepi ini telah berjaya membuatkannya lebih enak dan berwarna-warni (Sila lihat foto disebelah). Ia turut dicampurkan dengan kacang merah, jagung manis, cincau, agar-agar, kacang dan aiskrim dan ada yang boleh ditempah mengikut kegemagran pengguna. Kemudian bagi melengkapkan hidangan ini maka ia dicampurkan dengan susu pekat, susu sejat yang dituang ke atas timbunan ais yang dikisar beserta dengan sedikit sirap ros. Ada juga yang Ais Kacang yang disirami dengan coklat cair bagi menambah selera. Harga ais kacang ini berbagai dengan semurah RM1.50 satu bekas sehinga lebih RM10.00 satu bekas bergantung kepada pelbagai faktur. 
Artikel ini ditulis dalam tujuh (7) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6 dan Part 7 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
KULINER MALAYSIA... BANYAK JENISNYA...
NASI LEMAK... SENARAI YANG PERTAMA...
MUDAH DIDAPATI .. ADA DIMANA-MANA...
HARGA MAMPU... SEMUA KENA UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 Ramadan 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...