Support My Blog

Monday, May 2, 2022

BENARKAH BIJI GETAH BOLEH DIMAKAN?

SELAMAT HARI RAYA 1443H.
BIJI GETAH (Rubber seeds) merupakan biji yang dihasilkan dari pokok getah matang (Hevea brazilliensisyang keluar pada musim tertentu. Biji getah ini berbentuk bulat dan selalu berada didalam kapsul dan meletup apabila cukup masak. Warnanya bergantung kepada baka pokok getah itu ada yang berwarna coklat, hitam, merah-kemerahan, berjalur hitam dan putih serta mempunyai corak tertentu yang menarik. Pada penulis blog yang lama mengenali biji getah iaitu semenjak kanak-kanak lagi kerana disekeliling rumah di kampong Muar sana memang luas ditanam dengan pokok getah (klon lama) dan memang bertabur biji getah jatuh dari pokok tua selalunya pada Januari sehingga April setiap tahun. Kalau mendengar letupan cengkerang buah getah dari atas pokok dan kemudian bijinya akan jatuh ketanah biasa didengar terutama pada waktu tengahari atau petani dimusim cuaca panas. Saiz biji getah ini juga mengikut baka pokok tersebut ada yang kecil dan ada yang besar dan kebiasaanya dalam saiz atau ukuran sekitar 2.0 cm hingga 3.5 cm sahaja. Kulit di bahagian permukaannya adalah keras, licin dan nipis dan mempunyai tertulang di bahagian belakang biji getah ini. Isinya bewarna putih dan ia lembut serta kenyal. Biji getah ini akan gugur sendiri ke bumi jika sudah cukup matang dan biji getah yang gugur ke tanah dimana ia boleh mengeluarkan tunas dan boleh menjadi baka anak pokok getah yang baru. Pada pemullis blog dan rakan-rakan sekampong memang sering kumpulkan biji getah ini untuk dijadikan pelbagai jenis permainan. Antara jenis permainan kanak-kanak semasa dahulu yang popular untuk bermain laga buah getah dan permainan congkak. Dalam pada itu antara kgunaan lain adalah dijadikan prodduk makanan yang berasaskan biji getah. Dizaman pendudukan Jepun di Malaysia dilaporkan biji getah dijadikan makanan utama bersama ubi-ubian dan dijadikan tempe. Selain itu biji getah juga digunakan sebagai makanan dengan diperam atau dikenali sebagai 'Asam Rong' yang popular di Pahang seperti di Jerantut, Raub, Kuala Lipis sehingga sekarang. Apa pun dilaporkan biji getah juga mempunyai harga dipasaran terutama untuk industri dipusat-pusat semaian untuk dibiak dan dicantumkan dengan mata tunas daripada baka klon-klon yang bermutu tinggi sebelum dijual kepada para pekebun. Penyelidikan biakbaka klon getah selalunya menggunakan biji getah sehingga berjaya untuk memberikan klon hetag terbaik. Biji getah juga kini berpotensi digunakan bagi menghasilkan minyak diesel untuk kenderaan. Artikel malam Isnin ini dalam blog pertanian "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai pertanyaan ramai rakan mengenai benarkan biji getah boleh dimakan dan pelbagai kegunaan lain untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Bukan  mudah untuk menjawap secara ringkas persoalan ini kerana ia adalah memerlukan sedikit bahan rujukkan dan penelitian. Buah getah adalah berada didalam kapsul berwarna hijau ketika muda dan bertukar kepada kuning krim kecoklatan apabila matang. Kapsul iini lazimnya mempunyai 2-4 bahagian lokasi biji didalamnya (lazimnya 3 biji) dimana apabila ia kering dan matang akan 'meletup' dengan agak kuat dan mencampakkan biji didalamnya. 
Buah getah mempunyai bentuk yang bulat, kulit keras dan licin (Sila anda lihat foto disebelah). Biji getah  tersebut yang jatuh diatas tanah lambat laun akan tumbuh menjadi anak pokok getah yang kemudian menjadi dewasa. Jika tidak dibersihkan anak pokok getah dikebun maka ia akan bersaing dengan pokok induk dari segi pengambilan nutrien. air dan juga ruangan untuk cahaya. Memang sejak penulis blog kecil dulu pernah mencari kayu api untuk memasak dan memunggut biji getah dikawasan kebun. Lazimnya buah atau biji getah selalunya digunakan untuk bermain congkak. Tetapi tidak ramai yang tahu bahawa biji buah getah itu pula boleh menghasilkan makanan yang enak. Tetapi perlu pelajari terlebih dahulu bagaimana caranya biji getah itu menjadi bahan ramuan dalam masakan sehingga menjadi juadah digemari ramai. Hidangan dengan campuran asam rong biji getah ini cukup popular dan menjadi resipi turun temurun penduduk Jerantut, Pahang. A
sam Rong yang mana ia agak dikenali Jerantut diperbuat dari biji getah. Dalam membuat layaran didalam Facebook (FB) dimana seorang penduduk Kuala Tahan iaitu Roslan Abu Kassim memuat naik status berkenaan keenakan sajian yang digabungkan asam rong biji getah yang cukup popular di kampungnya. Asam rong yang di perbuat dari bijik getah yang diambil isinya dan kemudian ia di jemur dan kemudian di tumbuk. Setelah biji tersebut ditumbuk maka ia akan kelihatan seperti sambal dimana kalau dimakan bersama nasi panas. atau di tabur di atas nya dan pejam mata dan rasa ke nikmatan.

Didakwa kalangan penduduk tempatan disini dimana makanan a
sam rong biji getah menjadi antara pelengkap dalam masakan dan merupakan resipi tradisi turun temurun penduduk Jerantut terutama di kawasan pedalaman. Asam rong biji getah ini apabila dicampurkan dalam pelbagai jenis masakan mampu menghasilkan rasa dan aroma yang boleh mengecurkan air liur (Sila lihat foto disebelah). Didakwa dimana bagi warga Jerantut yang dilahir dan dibesarkan di daerah itu cukup maklum dengan asam rong biji getah. Mereka membesar bersama dengan asam rong dan bagi orang luar pula pada kali pertama datang ke daerah ini, pasti pelayan kedai makan syorkan hidangan yang ada terisi asam rong. Menyediakan asam rong biji getah dimana buah getah perlu dipecahkan terlebih dahulu untuk mendapatkan isi rong. Lazimnya asam rong adalah sejenis makanan tradisional yang menggunakan biji getah dijadikan sebagai penambah rasa dalam masakan.  Perkataan asam adalah disebabkan cara menyimpannya iaitu diperam dalam tempoh waktu tertentu, manakala rong pula merujuk bahagian isi dalam buah getah yang juga dipanggil rong. Sebelum biji getah digunakan sebagai bahan perencah masakan biasanya dahulu asam rong terlebih dahulu dibuat daripada buah perah iaitu sejenis buah yang didapati dari pokok perah yang tumbuh di dalam hutan tebal. Bagaimana pun disebabkan kesukaran mendapatkan buah perah ini telah menyebabkan penduduk mula mencari alternatif lain dan mereka menemukan biji getah sebagai ganti buah perah. Masa sekarang semuanya guna biji getah sebab senang dapat dengan mengutipnya di kebun getah. Biji yang dikumpullkan ini rasanya sedikit pahit kerana diperam untuk satu tempoh yang agak lama dan ada yang berbulan-bulan juga disimpan untuk mendapatkan rasa asam sebenar. Bagi mempercepatkan proses mengeluarkan isi rong digunakan lesung batu untuk mengetuk kulit buah getah yang keras dan licin itu. Isinya yang berwarna putih, lembut dan kenyal akan dijemur selama beberapa hari sehingga cukup kering untuk menanggalkan selaput kulit daripada rong dan menjadi kecut sepenuhnya.

Setelah kering biji getah tadi ditumbuk tetapi tidak terlalu hancur dan diperam di dalam bekas tertutup seperti tempayan atau balang dan disimpan di tempat kering bagi tujuan untuk mengelakkannya berkulat dan rosak. Kebiasaanya asam rong ini boleh bertahan dalam tempoh beberapa bulan untuk menghasilkan rasa kelat-kelat lemak yang enak. Selepas disimpan lama dan cukup tempoh, barulah asam rong tersebut digunakan sebagai penambah rasa dalam masakan. Daei segi teksturnya yang kering berderai menjadikan ia adalah bahan perencah serba guna yang boleh diubah suai mengikut cara dan pelbagai jenis masakan (Sila lihat foto disebelah)Ia boleh dicampurkan ke dalam sayuran goreng, gulai, asam atau pun sambal bergantung kepada selera si pembuat. Bagi resepi masakan Gulai Asam Rong pula memang menggunakan resipi turun temurun. Jika dijadikan bahan perencah dalam masakan menggunakan ikan ia dikenali sebagai Gulai Asam Rong yang mana menggunakan ikan air tawar sebagai lauknya dimana jenis ikan yang sesuai ialah ikan patin, kenerek, baung, toman dan keli. Cara memasak gulai ini sama seperti cara memasak gulai lain cuma perlu dicampurkan sedikit asam rong ini (tiga hingga lima sudu teh) dalam masakan tersebut. Jika ianya dicampurkan dalam sayur seperti kangkung ianya kelihatan seperti kangkung masak taucu. Asam rong itu akan kelihatan seperti kacang yang ditumbuk halus. Selain itu asam rong ini juga boleh dibuat sambal dengan campuran ikan bilis dan garam. Mereka yang baru pertama kali merasainya mungkin ada yang mungkin suka atau terus jatuh hati dengan keunikan rasanya yang berbeza dengan masakan yang lain dan juga mungkin juga ada yang tidak menyukai dengan masakan ini.  Apa pun bagi penggemar gulai asam rong ini aromanya sahaja sudah cukup memberikan selera makan yang cukup luar biasa. Asam rong dijadikan perencah dalam pelbagai jenis masakan dan digemari kalangan penduduk Jerantut. Bagi seorang penduduk Kuala Tahan, Jefantut dikenali Roslan Abu Kassim (54 tahun) nyatakan makanan tradisi asam rong biji getah memang popular di Jerantut sejak turun temurun.  Kebanyakan kedai makan atau restoran ada menyediakan menu yang mengandungi asam rum biji getah. Pada dia dakwa dimana kebiasaannya asam rong dijadikan sambal dan dimakan dengan pelbagai ulaman yang agak pahit seperti pucuk dan pelepah betik muda serta buah ara untuk mengurangkan rasa kelatnya. Asam rong (biji getah atau buah perah) merupakan makanan tradisional yang cukup popular bagi penduduk Pahang Barat iaitu Lipis, Raub dan Jerantut. Bagaimana pun terkini makanan gulai asam rong turut kenali di Maran dan Kuantan. Pembaca blog semua boleh mengunjungii Pahang sambil menikmati sajian gulai asam rong biji getah. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
BIJI GETAH... RAMAI TIDAK KENALNYA...
BOLEH DIMAKAN... PERLU TAHU CARA...
GULAI ASAM RONG... ITU NAMANYA...
DI JERANTUT PAHANG... POPULAR DIA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(17 Jamadilawal 1443H).
Selamat Hari Raya
1 Shawal 1443 Hijrah!.. DARI MELAKA.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...