Support My Blog

Sunday, May 8, 2022

KIJANG - HAIWAN DI LINDUNGI

HAIWAN KIJANG
(Muntiacus muntjak) atau dikenali sebagai Common Barking Deer (Inggeris) atau juga dikenali sebagai Kijang India adalah spesies kijang paling luas taburannya dibeberapa lokasi didunia. Kijang adalah haiwan daripada Filum - Cordata, Kelas - Mamalia, Order - Artiyodactyla, Keluarga - Cervidae dan Genus - Muntiacus. Kijang dilaporkan mempunyai bulu lembut, pendek, keperangan atau kelabu, kadang kala dengan mempunyai tanda (creamy). Penulis blog setakat ini belum pernah ujirasa daging kijang tetapi pernah ujirasa daging rusa (Daging rusa sejukbeku ada dijual di sesetegah pasaraya). Spesies kijang dilaporkan adalah jenis maserba dengan didalam habitat asal akan memakan buah, pucuk, biji buah, telur burung termasuk haiwan kecil dan juga bangkai kecil. Lazimnya kijang akan menghasilkan bunyi menyerupai menyalak dan ia biasanya apabila mengesan pemangsa (dengan itu nama biasa bagi semua kijang adalah rusa yang boleh menyalak - atau barking deer). Dalam pada itu memang kijang jantan mempunyai tanduk kecil yang boleh mencapai ukuran panjang sekitar 15 cm dan hanya 1 cabang. Ia tumbuh tahunan dari tunggul bertulang di kepala. Kijang jantan mempertahankan kawasannya dan amat garang berbanding saiznya. Ia akan berjuang sesama sendiri bagi mengawal wilayahnya dengan menggunakan tanduk atau pun menjadi lebih merbahaya apabika organ gigi canine atas seperti gading dimana ia mampu mempertahankan diri mereka dari pemangsa seperti anjing. Dilaporkan dimana diseluruh dunia ada 15 subspesies kijang termasuk spesis Muntiacus peninsulae yang terdapat di Malaysia. Dilaporkan dimana kijang ini memang ada didapati di Malaysia. Kijang atau juga biasanya dikenali sebagai rusa menyalak disebabkan bunyi seperti menyalak yang dihasilkannya apabila mengesan bahaya. Kadang-kala ia mampu menyalak lebih dari sejam. Spesies ini terbahagi kepada sebelas subspesies Kijang (Muntjacs) sepanjang Asia. Kijang khusus bertaburan di Asia Selatanakan tetapi salah merupakan jenis haiwan Asia yang paling kurang diketahui. Bukti paleontologi membuktikan bahawa Kijang telah ada semenjak sekurang-kurangnya 12,000 tahun dahulu. Kehadiran kijang memainkan peranan penting di Asia Selatan bagi sukan memburu, selain diburu bagi daging dan kulitnya. Sering kali ia diburu dipinggir kawasan pertanian kerana ia dianggap perosak tanaman dengan cara mengoyakkan kulit pokok. Kini l
esen pemburuan rusa dan kijang sudah dibekukan Perhilitan sebab populasi rusa dan kijang yang semakin rendah di Semenanjung Malaysia.  Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan haiwan kijang yang dilindungi untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blo semua. 

Kijang adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup dimana didakwa dimana jantung kijang terdiri daripada 4 bahagian sama seperti manusia. Bahagian atas dikenali sebagai atrium, sementara bahagian bawah pula dikenali sebagai ventrikel. Pembiakan kijang sama seperti mamalia lain dimana kijang berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan. Kijang akan menjaga anaknya sehingga mampu berdikari. Di Malaysia kijang merupakan haiwan ikon bagi Kelantan dimana lambang k
ijang emas pada hampir semua gambar Cik Siti Wan Kembang (Sila lihat foto disebelah). Lambang haiwan bagi negeri ni adalah kijang. Kijang adalah dari spesies Rusa atau juga dikenali dengan nama Rusa Menyalak. Biasanya ada yang kata kijang memang mempunyai ciri-ciri macam rusa akan tetapi ia tidak ada tanduk yang bercabang. Lambang kijang emas ini sebenarnya sudah lama digunakan oleh negeri Kelantan sebagai wang emas, yang digunapakai rakyatnya pada satu masa dulu. Kepingan duit emas yang digunakan pada zaman itu juga masih lagi tersimpan di muzium Negara Malaysia sekarang sebagai bukti kewujudannya. Mengikut kajian ahli arkeologi dimana pernah duit kijang ini adalah yang paling banyak digunakan di Kelantan berbanding dengan yang lain. Duit ini dinamakan Duit Kijang kerana bahagian hadapan duit tersebut terukir gambar kijang. Ada yang berpendapat duit emas Kelantan ni dikeluarkan di antara kurun ke-16 dan 18 Masihi. Dilaporkan sejarah lama dimana asal-usul kijang dalam negeri Kelantan sebenarnya dikatakan bermula apabila seorang pedagang Arab telah menghadiahkan seekor kijang kepada pemerintah perempuan di Kelantan iaitu Cik Siti Wan Kembang. Disebabkan dia sayangkan kijangnya, maka pemerintah perempuan Kelantan ini pun menitahkan agar duit Dinar emas yang ditempa mestilah diukir dengan motif kijang. Pada bahagian belakang duit siling tu pula ditempa dengan tulisan Arab Malik al adil yang bermaksud ”Raja yang Adil’.

Media melaporkan dimana 'Haiwan Liar Semakin Terancam' juga berkaitan dengan kijang. Dilaporkan dimana populasi 
hidupan liar di Kedah semakin membimbangkan apabila kehadiran haiwan ini yang direkodkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) termasuk yang berada di Hutan Simpan (HS) Ulu Muda, Kedah semakin berkurangan. Dilaporkan berdasarkan data rakaman pada 15 unit kamera yang dipasang hanya empat ekor harimau dahan yang berjaya dirakam, selain masing-masing seekor beruang, musang lamri dan tikus buluh, namun tiada lintasan harimau belang direkodkan. Dalam pada itu diaatara haiwan lain dilihat adalah gajah (36 ekor) rusa sambar (33 ekor), landak raya (7 ekor), kijang (24 ekor) musang pulut (3 ekor), tapir (15 ekor), beruk (44 ekor) dan babi (133 ekor). Jumlah ini memberi gambaran betapa seriusnya habitat mereka yang semakin terancam akibat pemburuan haram dan pembalakan. Daripada 15 unit kamera yang dipasang dimana sebanyak tiga kamera didakwa ada yang dirosakkan dan dicuri oleh pemburu haram Perkara ini didedahkan kepada wartawan semasa pembentangan data berkenaan sempena Majlis Kempen Kesedaran dan Program Roadshow Pelaksanaan Pelan Induk Koridor Ekologi Central Forest Spine (CFS) negeri Kedah di Pengkalan Gubir, Hutan Simpan Chebar Besar, di Sik, Kedah oleh Ketua Pegawai PERHILITAN negeri, Azmi Mat Nawi. Dilaporkan kesemua kamera itu dipasang di kawasan CFS di dalam HS Bukit Saiong (SL7) berikutan kerana ia adalah laluan utama hidupan liar. Pada masa sama pihak PERHILITAN turut mengambil pendekatan membuat jenut buatan bagi memperbanyakkan kehadiran hidupan liar di kawasan berkenaan. Bagaimana pun dilaporkan di antara 15 kamera tadi ada empat unit yang dipasang di lokasi jenut buatan dimana jenut ini sangat penting untuk meningkatkan kesihatan haiwan. Dari segi penguatkuasaan pula pihak PERHILITAN bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) untuk melakukan tangkapan terhadap individu yang terbabit dalam pemburuan haram. Kini seluas 11,790 hektar hutan diwartakan sebagai kawasan CFS di Kedah yang bertujuan mewujudkan semula hubungan, jaringan, mengekalkan dan memulihara kawasan hutan di Kedah.

Media melaporkan bagaimana 
'Kenduri haiwan liar' masih berlaku dan dilaporkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) yang melancarkan perang besar-besaran bagi mengesan pendatang asing yang telah melakukan kerja sampingan sebagai pemburu haram hidupan liar dilindungi. Dilaporkan dimana dalam operasi 'Ops Jerat' itu diadakan susulan maklumat terdapat pekerja ladang dan pembalakan mengadakan ‘kenduri’ daging pelbagai hidupan liar terutama Kijang, Kambing Gurun dan Kucing Batu yang dijerat secara haram. Mengikut pegawai Perhilitan Daerah Gua Musang, Daerah Kuala Krai dan Taman Negara Kelantan melakukan serbuan di rumah kongsi sebuah estet di Aring 8, Gua Musang, Kelantan. Dalam serbuan jam 3 petang itu dilaporkan pegawai PERHILITAN melakukan pemeriksaan menyeluruh di rumah kongsi didiami 11 warga Indonesia yang bekerja di kawasan itu. Hasil pemeriksaan rapi dilakukan itu dimana mereka menemui sebahagian kulit kambing gurun di dalam bekas tidak bertutup selain daging kambing gurun dan kijang di dalam periuk. Turut ditemui sebahagian kulit dan tanduk Kijang selain busur serta anak panah yang dipercayai digunakan untuk memburu haiwan liar dilindungi itu. Hasil pemeriksaan mendapati semua 11 individu disiasat itu tidak memiliki sebarang dokumen sah dari Jabatan PERHILITAN bagi tujuan pemilikan dan penyimpanan bahagian hidupan liar itu. Susulan itu semua warga asing terbabit ditahan untuk siasatan mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) kerana memburu hidupan liar yang mana ia dilindungi sepenuhnya dan memiliki jerat. Sementara itu dalam operasi berasingan di lokasi berhampiran, pegawai Perhilitan turut menahan empat lelaki warga Myanmar yang mendiami sebuah rumah kongsi. Hasil pemeriksaan dilakukan menemui tiga kuku kucing Batu yang dipercayai dijerat suspek. Semua kuku dan daging hidupan liar itu dirampas manakala semua warga Myanmar itu turut ditahan untuk siasatan lanjut. Memang kejadian itu bukan kes pertama berikutan Perhilitan sebelum ini turut berjaya membongkar kegiatan warga asing yang menjalankan kegiatan memburu secara haram di hutan simpan negara ini. Ada antara haiwan itu dimakan selain ada juga untuk tujuan diseludup keluar dari negara ini berikutan permintaan tinggi oleh sindiket. Ini antaranya membabitkan Harimau Belang, Tenggiling, pelbagai jenis burung dan sebagainya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
NAMA KIJANG... JARANG JUMPA...
LAMBANG KELANTAN.. DAH LAMA...
HAIWAN DILINDUNGI... ADA AKTA...
KISAH KIJANG.... DILAPOR MEDIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(17 Jamadilawal 1443H).
posted from Melaka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...