Support My Blog

Tuesday, May 24, 2022

BERAS BASMATI DAN KESIHATAN

BERAS BASMATI
(Oryza sativa) merupakan sejenis beras premium yang mempunyai aroma khas dan kualiti saiz biji beras yang panjang serta nilai sedap permakanan yang tinggi dipasaran. Negara India merupakan pengeluar utama beras basmati dunia diikuti dengan negara Pakistan. Ia adalah sejenis beras beraroma yang panjang dan ramping yang secara tradisinya berasal dari subbenua India. Dilaporkan juga sehingga 2014 negara India mengeksport 59 peratus pasaran beras basmati di luar negara manakala Pakistan menyumbang kepada selebihnya (Sumber: Laporan Pembangunan Eksport Produk Makanan Pertanian dan Produk Makanan India, New Delhi). Dalam pada itu dilaporkan juga ada banyak negara lain yang menamam padi basmati dan digunakan sendiri. India menghasilkan lebih dari 6.5 juta metrik tan beras basmati setahun dian Pakistan pula sekitar 2.5 juta metrik tan untuk kegunaan domestik dan ekspot. Di Malaysia beras basmati menjadi kemestian didalam menyediakan menu istimewa untuk Maljis Kenduri Kendarat dengan masakan paling terkenal iaitu Nasi Beriyani dan sebagainya. Negara kita juga merupakan pengimpot beras basmati yang tinggi daripada kedua-dua negara tersebut dengan jumlah yang banyak setiap tahun. Keistimewaan beras basmati kerana ia memberikan bau seperti aroma daun pandan (ia dikenali secara kimia sebagai kompaun 2 -acetyl-1-pyrolline). Tanaman padi varieti Basmati ini dilaporkan adalah berada banyak dikawasan Tengah dan Utara India serta Pakistan. Kawasan sesuai termasuk di Jammu-Kahshmir, Haryana, Punjab, Delhi dan Uttarakhand merupakan pengeluar utama yang menghasilkan beras basmati gred premium. Apa yang penulis blog pernah ke Pakistan dahulu melihat bagaimana tanaman padi basmati ini adalah sejenis tanaman padi yang 'photo-sensitive' dengan cahaya matahari dan mudah diserang oleh banyak musuh dan penyakit. Tumbuhan ini tinggi dan lemah menyebabkan ianya mudah rebah. Biji beras yang panjang mudah patah ketika ianya di proses kisar dikilang dimana ini menyebabkan grednya akan jatuh. Kadar hasil beras basmati adalah rendah iaitu sekitar 10 quintal/hektar dan jangan marah kalau harga dipasaran basmati memang tinggi. Harga beras basmati di negara kita ada banyak julat dimana melihat di Lazada Malaysia jenama Kashmir Basmati Faiza dijual dengan harga RM32.55 bagi setiap 5 kg atau harga purata dijual RM6.51 sekilogram. Artikel pada pagi Ahad ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai maklumat berkaitan kehebatan beras basmati untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan pembaca semua.

Bagus juga kalau penulis blog kongsikan s
ejarah dan kisah berkaitan penanaman beras basmati dari beberapa sumber rujukkan. "Basmati" berasal dari bahasa hindi yang bermaksud sebagai 'Harum' dimana beras basmati dipercayai telah ditanam di benua India selama berabad-abad lamanya. Dilaporkan dimana beras basmati diperkenalkan ke Timur Tengah oleh pedagang Hindu dimana ia kini sudah menjadi salah satu beras yag penting didalam menyediakan makanan Arab. Semasa penulis blog ke beberapa negara Arab dan Pakistan mendapati banyak makanan yang menggunakan beras basmati untuk hidangan istimewa dan enak seperti bersama daging kambing (Sila lihat foto disebelah). Selama 10 hari berada di Pakistan juga amat gembira dimana disediakan hidangan makanan Pakistan yang rata-rata mereka menggunakan beras basmati untuk jamuan rasmi kepada tetamunya. Di Malaysia kini makanan 'Nasi Arab' sudah menjadi satu ikon menggunakan basmati yang menjadi kegemaran baru rakyat tempatan. Selain itu Nasi Beriyani memang sudah tidak asing lagi dengan beras basmati sebagai satu syarat utama memasaknya. Dari sumber rasmi dilaporkan dimaana negara India menyumbang lebih daripada 70% pengeluaran beras basmati di dunia. Antara kehebatan beras ini adalah dimana sebahagian kecil petani akan menanam secara organik. Kajian makmal melaporkan kandungan nutrien beras basmati yang sudah dimasak (satu mangkuk beras basmati yang sudah dimasak sekitar 163 gram) mengandingi sebanyak 210 kcal, 4.4 g protin, 0.5 g lemak, 45.6 g karbohiderat, 0.7 g serat, 399 mg sodium, 24% Asid Folate, 22%Thiamine, 22% Selenium, 15% Niacin, 12% tembaga, 11% zat besi, 9% vitamin B6, 7% Posforan dan juga 5% Magnesium. Dilaporkan dimana antara kawasan penghasil beras basmati di India adalah terletak di wilayah Punjab, Haryana, Himachal Pradesh, Delhi, Uttarakhand, Uttar Pradesh dan Bihar. Di India dilaporkan Negeri Haryana adalah negeri penanaman beras basmati utama yang menghasilkan lebih daripada 60 peratus daripada jumlah beras basmati yang dihasilkan dalam India.

Keunikan lain dari basmati adalah dimana ia dilaporlan mempunyai bau seperti pandan yang disebabkan oleh sebatian aroma 2-asetil-1-pirolina. Bijian Basmati mengandungi kira-kira 0.09 ppm sebatian kimia aromatik ini secara semulajadi dan juga tahap yang kira-kira 12 kali lebih banyak daripada jenis beras bukan basmati dimana ciri ini memberikan basmati aroma wangi dan rasa yang tersendiri. Aroma semula jadi ini juga terdapat dalam keju, buah-buahan dan bijirin lain. Ia adalah agen perisa yang diluluskan di Amerika Syarikat dan Eropah, dan digunakan dalam produk bakeria untuk memberikan kesan aroma. Dalam beberapa laporan saintisik dilaporkan dimana ada terdapat beberapa jenis beras basmati. Jenis-jenis basmati di India tradisional termasuk varieti basmati 370, varieti basmati 385, dan varieti basmati Ranbirsinghpura (R.S. Pura). Jenis basmati R.S.Pura ini sangat meluas ditanam dikawasan Gujjar Chack di wilayah Jammu yang terletak di sempadan India dengan Pakistan (Jammu & Kashmir) kerana kesesuaian iklimny. Dalam pada itu di Pakistan pula terdapat beberapa varieti basmati varieti PK 385, Super Kernel Basmati Rice dan D-98. 
Beras basmati adalah jenis beras unik yang banyak berasal dari India yang memiliki dua jenis iaitu jenis putih dan jenis coklat. Di beberapa tempat dilaporkan dimana beras basmati juga disebut sebagai 'Ratu beras wangi. Dalam pada itu apa yang membuat jenis beras ini berbeza dengan lain dan menjadi pilihan ramai pengguna disebabkan nilai kandungan zatnya yang baik untuk kesihatan.

Dalam beberapa kajian yang dirujuk menyatkan dimana beras basmati sangat disyorkan kepada Pesakit Kencing Manis (Diabetis). Dilaporkan beras ini sesuai diambil mereka yang ada masaalah diabetis disebabkan ramai kalangan mereka tidak sesuai mengambil beras biasa. Kajian mendapati dimana beras basmati memiliki indeks glikemik yang jauh lebih rendah daripada beras lainnya dimana lazimnya indeks glikemik rendah sangat penting bagi penderita diabetes. Dalam pada itu jumlah serat, karbohidrat bertepung, amilase dan protein yang baik dalam beras basmati menjadikan beras ini rendah pada indeks glikemik. Ini tidak dapat meningkatkan gula darah juga bermakna ia akan menurunkan respons insulin dalam makanan sesuai dimakan oleh penderita diabetes. Ada dakwaan dimana antara kehebatan beras basmati mampu kedua untuk membantu meningkatkan Kesihatan Jantung. Beras basmati diketahui memiliki kandungan lemak tepu yang lebih rendah dimana ini menjadikannya pilihan yang sihat untuk jantung. Lemak tidak tepu yang ada dalam beras basmati memiliki kolesterol jahat yang lebih sedikit dan mencegah pembekuan. Memang jumlah serat yang tinggi juga diketahui dapat menunjang sistem kardiovaskular yang sihat. Uniknya kehebatan beras basmati adalah dimana didakwa ia mampu mencegah Pembentukan Sel Kanser apabila didapati beras basmati mengandungi bahan serat hampir 20% lebih banyak dari beras biasa. Saintis mendapati dimana bahan serat ini mampu mencegah berbagai bentuk kanser terutama kanser usus besar. Selain itu jenis beras basmati coklat didakwa berkesan mencegah kanser payudara sebab serat membantu tubuhbadan didalam menghilangkan hormon estrogen.

Siapa sangka jika sering memakan beras basmati dilaporkan ia akan membantu didalam Penurunan Berat Badan. Ramai percaya makan nasi menjadikan seseorang itu akan menyebabkan obesiti dimana ia merupakan musuh terbesar terbesar untuk menurunkan berat badan. Makan nasi basmati terutama yang direbus sebenarnya boleh berikan manfaat dalam usaha untuk penurunan berat badan. Beras basmati baik untuk diet dan menjaga berat badan yang lebih sihat oleh kerana kandungan seratnya. Serat akan terurai dan dicerna dalam tubuh secara perlahan, mengawal aspek nafsu makan dan membuatkan akan selalu merasa kenyang dalam jangkamasa lebih lama. Beras basmati juga mempunyai jumlah amilosa yang tinggi dan ia adalah sejenis karbohidrat yang lebih sukar dicerna oleh sistem penghadaman. Percayakan dimana makan beras basmati akan membantu mengawal Tekanan Darah?. Jika seseorang memakan basmati merah secara teratur didakwa akan dapat membantu penderita hipertensi. Varieti beras ini mengandungi zat Magnesium (Mg) dan Potasium (K) dalam jumlah tinggi yang membantu mengurangkan masaalah dalam tekanan darah. Paling ramai mungkin pernah dengar dimana makan beras basmati melancarkan Sistem Pencernaan. Ini boleh berlaku apabila bahan serat larut yang ada dalam beras basmati membantu dalam merangsang pergerakan bahan pejal didalam sistem pencernaan. Diet rendah serat dikaitkan dengan masalah sembelit dimana seseorang yang menderita masalah pencernaan dan sembelit tidak jadi masaalah jika makan basmati. Aroma basmati memang akan mengubah masakan menjadi lebih lazat dalam apa juga jenis kuliner masakan yang disediakan. 
Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BERAS BASMATI...BANYAK DARI INDIA.....
BERAS BERKUALITI... HEBAT GUNANYA...
BERKHASIAT... IA MAHAL HARGANYA...
BACA ARTIKEL... MEMAHAMI INFONYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana Off Jalan Istana,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(22 Syawal 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...