Support My Blog

Thursday, May 26, 2022

KESAN CUACA PANAS DAN PERTANIAN

PERUBAHAN CUACA
pada tahun 2022 yang berlaku dan banyak dinyatakan dalam media perdana memberikan kesan ekonomi kepada sektor pertanian dan sektor lain di Malaysia. Memang banyak perkara dikaitkan di kawasan khatulistiwa apabila dijangka cuaca panas tahun ini boleh memberikan perubahan kepada kehidupan manusia. Selain sektor pertanian yang membekalkan makanan dijangka ia akan menjejaskan aspek kesihatan juga. Sektor pertanian memang sangat memerlukan keberadaan air untuk proses pertumbuhannya dimana ada jenis tanaman seperti padi dan sayur-sayuran yang memang perlukan banyak air untuk tumbuh dengan baik. Penghasilan dari tanaman perladangan seperti kelapa sawit dan getah juga sangat berkait dengan cuaca dan suhu. Terkini dilaporkan dibanyak media dimana kesan dari fenomena cuaca panas akan menyebabkan kos pengeluaran pertanian akan meningkat sebanyak 20% yang mana kesannya akan menjejaskan harga makanan dipasaran pula. Selain itu keadaan cuaca panas juga boleh menjejaskan sektor pelancongan, perindustrian, kegiatan sukan outdoor dan sebagainya.  Perubahan cuaca berlaku disebabkan beberapa faktor diantaranya seperti kesan rumah hijau, kesan pulau haba (kawasan bandar), hujan asid, kejadian pembakaran terbuka yang menyebabkan jerebu dan sebagainya. Kesan rumah hijau terjadi apabila berlakunya kes peningkatan gas rumah hijau seperti karbon dioksida, karbon monoksida, CFC, Nitrogen oksida dan lain-lain. Gas rumah hijau menyerap haba yang akan menyebabkan haba diserap di atmosfera dimana situasi ini menyebabkan suhu di bumi akan meningkat. Apabila suhu bumi meningkat maka beberapa fenomena lain seperti pencairan ais di kutub, perubahan sistem cuaca serta kebakaran hutan berlaku. Pulau haba pula ialah fenomena yang berlaku di kawasan bandar disebabkan oleh peningkatan suhu di bandar berbanding dengan kawasan sekitarnya. Ia akan berlaku apabila ada banyak bangunan konkrit, bangunan yang ada bercermin, bangunan rapat serta padat dan juga kekurangan dari segi litupan tumbuhan hijau. Kes hujan asid berlaku dimana selalunya hujan berasid ini terjadi apabila ada kehadiran bahan-bahan kimia daripada pelbagai sumber yang dibebaskan ke atmosfera yang membolehkan air hujan akan bertukar menjadi asid lemah. Kesannya 'air hujan asid' akan memberi kesan buruk seperti kecacatan kepada pucuk tumbuhan, pH air kolam, kualiti air sungai berubah, kes sakit kepala serta menjadikan sistem imun manusia menjadi lemah. Bila berlaku jerebu dimana ia juga merupakan fenomena cuaca yang sering berlaku di Malaysia yang mana ada pepejal terampai di udara melebihi sukatan yang biasa disebabkan oleh kesan asap kenderaan, asap kilang, pembakaran terbuka, pembakaran hutan di negara jiran dan lain-lain lagi.  Fenomena ini akan bertambah buruk jika tiada angin yang bertiup. Artikel subuh 24 Syawal 1443H ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya gembira paparkan bagaimana kesan cuaca panas menjejaskan sektor pertanian dilaporkan di media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.

Dalam portal berita bharian.com dengan tajuk 'Perubahan cuaca dan iklim di Malaysia' amat menarik dikongsikan.  Fenomena El nino dan La nina adalah sering didengar tetapi masih ramai yang masih kurang faham. 
El nino berlaku apabila suhu lautan di pasifik menjadi sejuk dan bertekanan tinggi akan menyebabkan kawasan timur mengalami tekanan rendah dan kering. Selalunya pada waktu ini dimana keadaan atmosfera termasuk di Malaysia akan menjadi kering dan kurang hujan Namun apabila La nina terjadi dimana kawasan pasifik menjadi panas dan atmosfera kawasan timur akan menjadi lembap. Keadaan ini akan menyebabkan hujan yang lebat di sekitar Asia Tenggara. Namun kini berlaku kitaran yang ini kian kerap terjadi dan tempoh masanya semakin panjang yang mana ia disebabkan oleh perubahan cuaca yang berlaku terutama melibatkan kesan rumah hijau. Kesan El NinoEl nino menyebabkan keadaan atmosfera menjadi panas dan kering. Ini menyebabkan kemarau yang berpanjangan dan pastinya akan memberi kesan seperti kes bekalan air berkurangan, akan bererlakunya strok haba, mudah mendapat penyakit seperti pening, demam dan darah tinggi dan juga berlakunya kebakaran hutan. Keadaan La nina sebaliknya akan juga menyebabkan atmosfera menjadi lembap yang mana ia akan mendorong kepada pembentukan awan yang tebal dan membawa hujan yang lebat. Perkara ini telah memberi kesan seperti kejadian banjir yang buruk (kes di Selangor) dan juga hujan lebat yang berterusan. Kegiatan manusia terjejas terutama kegiatan perikanan dan pelancongan serta aspek lain berlaku peningkatan penyakit seperti demam, selsema, asma dan lain-lain. Dilaporkan dimana akan berlaku keadaan pengeluaran hasil makanan dalam negara malahan seluruh dunia akan terjejas akibat Cuaca Panas. Cuaca panas dan gelombang haba yang sedang melanda kini Malaysia akan memberi impak yang drastik terhadap jumlah serta kualiti pengeluaran makanan. Bagi seorang penternak udang kara (lobster) air tawar bernama Zul Azrin Zulkifli melahirkan rasa bimbang dengan fenomena cuaca panas yang telah menjejaskan ternakan udang dalam kolamnya kerana air cepat menjadi kering dan hujan yang menjadi punca air tidak turun sejak sekian lama. Dakwanya lobster tidak memerlukan penjagaan rapi tetapi beliau amat bimbang cuaca panas ini akan terus mengganggu ternakan udang. Air cepat kering dan udang ini makan rumpai laut jadi saya khuatir cuaca yang sangat panas akan mengganggu punca pemakanan dan seterusnya mati begitu sahaja. Bagi Setiausaha Agung Persekutuan Persatuan-Persatuan Pekebun-Pekebun Sayur-Sayuran Malaysia iaitu En Chay Ee Mong mendakwa petani ladang sayur-sayuran seluruh Malaysia sering menghadapi kerugian sebanyak 20 peratus akibat cuaca panas yang sedang dihadapi negara. Malaysia yang pernah juga mengalami cuaca panas dengan kekurangan atau tanpa hujan di beberapa lokasi sehingga melebihi 30 hari. Dari sumber menyatakan ada sebanyak 16 daerah di seluruh negara didakwa akan  mengalami tidak hujan selama dua minggu dan cuaca haba semakin panas. Dahulu di Malaysia pernah berlaku kes menutup sekolah di beberapa buah negeri berikutan keadaan cuaca yang sangat panas dan melebihi 37 darjah celcius. Dilaporkan juga ada beberapa pengusaha ladang sayur di Johor terpaksa menghentikan kerja menaman sayur kerana kekurangan sumber air sehingga menyebabkan kualiti pengeluaran sayur terjejas. Sumber air di Johor amat terhad dengan banyak sungai yang menjadi sumber air mengalami kekeringan dimana petani tidak boleh berbuat apa-apa selain menghentikan sahaja tanaman buat sementara. Jika diteruskan tanaman akan menjadi rosak, mutu hasil pengeluaran juga menurun dan ini menambahkan lagi kerugian yang dialami. Kes di Cameron Highlands misalnya pernah berlaku dimana lazimnya suhu di kawasan bukit itu adalah antara 20 - 24 darjah celcius tetapi suhu tetapi pernah dicatit dimana cuaca disana telah mencecah sehingga 28 - 30 darjah celcius. Keadaan suhu sebegini amat tidak sesuai untuk menanam sayur-sayuran dan buah-buahan yang biasanya subur. Dilaporkan penternak ikan bakal menghadapi risiko gulung tikar memandangkan industri ternakan ikan laut Malaysia mengalami kerugian sebanyak RM20 juta berikutan suhu semakin meningkat. Kes ikan kerapu dan siakap mati di dalam sangkar disebabkan oleh air pasang merah atau pertumbuhan alga yang turut berlaku dalam mendapatkan sumber oksigen selain ikan. Pernah dilaporkan dimana sebanyak 100 tan ikan bernilai RM4 juta untuk pasaran dalam dan luar negara, mati di dalam sangkar ternakan ikan di Pulau Kukup, Johor. Cuaca kering juga akan menyebabkan situasi pengeringan rumput yang akan mengakibatkan kepada pengeluaran susu dan daging yang rendah. Ada dakwaan dimana pengeluaran susu menyusut 20 - 30 peratus dan penternak terpaksa berbelanja lebih dari segi makanan tambahan dan vitamin untuk ternakan mereka. Penternak perlu menyerap kerugian iaitu diantara RM5,000 atau RM6,000 lagi sebulan untuk makanan tambahan bagi lembu-lembu mereka


Portal berita hmetro.com pula menyatakan dimana 'MAFI pantau perubahan cuaca panas' juga menarik dikongsikan.  Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memantau secara serius fenomena cuaca panas yang sedang melanda negara.  Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, ia termasuk untuk bersedia mengambil langkah perlu bagi berusaha meminimumkan kesan terhadap pengeluaran bahan makanan. Dinyatakan dimana  perubahan iklim adalah antara cabaran dihadapi sektor agromakanan. Kejadian bencana seperti banjir, kemarau, berlaku ketidaktentuan cuaca hujan dan panas adalah perkara yang memberi kesan kepada sektor agromakanan negara. DIlaporkan pada tahun 2021 dimana Malaysia berhadapan dengan banjir yang mana ia memusnahkan sektor penanaman seperti padi selain tanaman lain dan ternakan. MAFI dilaporkan sudah pun mengambil langkah mitigasi untuk mengurangkan kesan akibat bencana. Ini termasuk pemberian pelbagai bantuan dan kewangan untuk diberi pengusaha berupaya dalam memulakan semula perusahaan mereka. Beliau nyatakan demikian dalam sidang media selepas melancarkan majlis Jubli Emas 50 Tahun Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS). Menteri juga telah mengulas kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bahawa cuaca panas sekarang dijangka berlanjutan hingga Mei-Jun tahun 2022 ini. Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi dilaporkan cuaca panas dijangka akan mula reda menjelang Jun nanti dimana ia berkait dengan  fenomena La Nina sederhana sedang berlaku dan suhu di seluruh negara masih dalam keadaan normal. Dijangka suhu maksimum yang direkod di Stesen Meteorologi Chuping sejak seminggu lalu ialah sekitar 34 - 35 darjah Celsius.  Bagaimanapun suhu maksimum di Lembah Klang adalah sedikit lebih tinggi iaitu di antara 35 - 36 darjah Celsius. Apa pun dinyatakan berdasarkan rekod dimana didapati suhu maksimum sedikit lebih tinggi di kawasan Lembah Klang dan pedalaman Pahang. Namun tiada suhu melampau yang dicatat dalam tempoh seminggu ini.

Akhbar BH juga laporkan isu 'Cuaca panas ayam hilang selera makan' yang menarik dikongsikan. Semasa artikel ini ditulis viral dan heboh di media perdana dimana berlaku kekurangan bekalan ayam dibanyak negeri yang merisaukan banyak pihak dan menjejaskan ramai juga peniaga berasaskan ayam. Beberapa buah pengusaha penternakan ayam dilaporkan menghentikan operasi mereka berpunca dari harga makanan yang tinggi dan tidak menguntungkan penternak. 
Dalam pada itu ada kes dimana cuaca panas dan kekurangan pekerja dikatakan antara faktor tumbesaran ayam yang tidak mencapai berat matang untuk dipasarkan sehingga memaksa kilang pengeluar ayam di Jasin, Melaka menutup sementara operasinya. Bagi Penasihat Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) iaitu Datuk Jeffrey Ng yang mengesahkan perkara itu berkata dimana ada syarikat yang dikeluarkan memo kepada pihak berkenaan dan pelanggan memaklumkan penutupan selama dua hari. Ini bukan kes masalah dihadapi di kilang ayam itu sahaja malah semua penternak di seluruh negara kini turut mengalaminya. Bagaimana pun masing-masing dibiarkan dan terserah sama ada mereka mahu mengikuti langkah berhentikan operasi ternak ayam itu atau cuba meneruskan operasi seperti biasa. Memo dari persatuan yang telah dikeluarkan kepada kilang berkenaan berkait dengan kejadian sebab ayam lambat besar. Persatuan terima laporan semua (penternak) menghadapi masalah sama. Cuaca panas dan kemarau teruk membuatkan ayam kurang makan, tidak ada selera, ayam cepat letih dan banyak minum air dimana antara sebab lain pula adalah kekurangan pekerja asing. Bila nak mohon pekerja asing sekarang kena ada sijil penginapan. Tempat penginapan di dekat ladang sudah lama hampir 20 hingga 30 tahun dakwanya memang tiada CF (Sijil Perakuan Kelayakan). Itu sebab persatuan mohon pekerja asing baharu tidak dapat diluluskan. Pihak KPDNHEP sudah menerima penjelasan syarikat pengeluar ayam terbabit bahawa tindakan itu bagi  tujuan membolehkan Kementerian  dimaklumkan ketika ini berat ayam dihasilkan pada 1.1 kilogram (kg) dan syarikat mahu meningkatkan berat kepada 1.8 kg bagi mengelak masalah apabila ia memasuki pasaran. Dalam pada itu ada juga yang mendakwa dimana kes penutupan kilang pengeluar ayam itu berkaitan dengan tindakan sekumpulan kartel industri ternakan ayam yang merancang untuk menutup ladang ternakan pada hujung minggu ini iaitu sebagai protes terhadap kerajaan yang dikatakan lambat membayar subsidi harga ayam. Persatuan bagaimana pun menafikan penutupan kilang pengeluaran ayam itu ada kaitan dengan tindakan mogok berhubung pemberian subsidi. Apa pun yang berlaku pihak persatuan tidak pernah menggalakkan mana-mana syarikat untuk memberhentikan pengeluaran ayam yang berlangsung setiap hari. Di laporkan persatuan masih tidak ada mogok dan akan sentiasa berbincang dengan kerajaan. Situasi yang panas ini (kes penutupan kilang ternakan ayam di Melaka) itu didakwa adalah amalam biasa yang dilakukan pengurusan ladang untuk selesaikan isu ternakan atau tenaga kerja. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
CUACA BERUBAH... KESANNYA NYATA....
KESAN EL NINO... EL NINA PUN SAMA....
PENGHASILAN KURANG...SEBAB CUACA...
PENGGUNA MERUNGUT... MAHAL JADINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Bandaraya Melaka, Melaka,
Malaysia.
(22 Syawal 1443H).
Posted from:
Room1222, Hotel Amerin,
Johor Bahru.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...