Support My Blog

Tuesday, May 3, 2022

BUAH KELAPA LAUT AFRIKA DI MALAYSIA

BUAH KELAPA LAUT AFRIKA
(Borassus flabellifera) ialah sejenis buah daripada pokok kelapa laut iaitu dari jenis palma yang juga kita di Malaysia kenali sebagai pokok tal, pokok lontar, pokok tah, pokok tai, pokok ental dan pokok etal. Bagaimana pun minuman air kelapa laut menjadi kegemaran ramai pada penduduk di Malaysia terutama di musim panas sepertii sewaktu artikel ini ditulis. Air kelapa laut didakwa mampu menyejukkan badan dan baik untuk kesihatan. Pokok kelapa laut terdapat dengan banyak dibeberapa negara seperti di India, Myanmar dan Thailand. Pokok Kelapa Laut ini juga banyak ditanam di kawasan tepi sawah padi. Dalam beberapa kajian menunjukkan pokok kelapa laut sebenarnya mempunyai nilai komersil yang tinggi. Antara kegunaan pokok kelapa laut ini dilaporkan dimana nira yang boleh diperolehi dari pokok ini boleh dibuat gula atau pun todi sama seperti pokok kelapa biasa. Masa dahulu kala juga dilaporkan bahawa bahagian daun tal banyak digunakan sebagai tempat menulis sebelum kertas dicipta. Daun kelapa laut juga boleh digunakan untuk membuat kipas, atap rumah, tikar, topi, beg dan bakul terutama dikawasan kampong dipendalaman. Kita di negara Malaysia cuma kenali kelapa laut yang di jadikan Ubat Batuk dan juga Minuman Air Kelapa Laut sebagai penghilang dahaga yang dijual digerai atau dalam tin. Penulis dapati tidak ada maklumat keluasan penanaman kelapa laut di Malaysia (Sumber: Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2019). Bagaimana pun tumbuhan ini hanya terdapat tumbuh liar di Kawasan Utara Semenanjung Malaysia seperti di Perlis, Kedah dan Kelantan sahaja. Teknologi dan Amalan Agronomi mengenai tanaman ini juga amat sukar dicari dinegara kita kerana ia adalah tumbuhan yang kurang popular atau kurang diberikan perhatian untuk dikomersilkan. Bagaimana pun sering kita lihat setandan buah kelapa laut diletakkan di tepi gerai jualan minuman aie kelapa laut ini sebagai satu daya terikan kepada pembeli. Anda boleh baca info mengenai kelapa laut ini dalam artikel saya ditulis sebelumnya (Sila klik disini). Artikel sempena Hari Raya Aidilfitri pertama 2022 pada subuh dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai beberapa fakta berkaitan buah kelapa laut Afrika untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan pembaca semua.


Dalam portal berita hmetro.com yang bertajuk 'Kelapa laut dapat sambutan' memang wajar dikongsikan dengan semua pembaca. Seorang peniaga air kelapa laut afrika En Azman telah membuktikan dimana minuman buah kelapa laut afrika yang dijual ketika ditemui di Bazar Ramadan di Baling, Kedah memang mendapat sambtan baik. Peniaga ini yang menggunakan buah kelapa laut atau dikenali juga dengan nama buah Thai oleh penduduk tempatan di sini, mampu meraih keuntungan sehinga RM300 sehari hasil jualan buah yang mendapat banyak permintaan terutamanya dalam Ramadan (Sila lihat foto disebelah). Di nyatakan dimana buah yang berwarna kelabu kehitaman, rata-ratanya dibawa dari wilayah Selatan Thai terutamanya Pattani yang pokoknya tumbuh subur di kawasan itu. Bagi Azman Sudin (50 tahun) yang berniaga di pekan Baling dmendakwa dimana dia sudah membuat tempahan buah Thai dari peniaga di Pattani sejak dua minggu sebelum Ramadan tiba kerana tahu buat itu mendapat permintaan tinggi ketika musim ini. Buah ini yang mempunyai isinya seakan-akan agar-agar yang lembut dan manis dan biasanya dijadikan campuran dalam minuman serta mempunyai khasiat seperti mengurangkan panas dalam badan dan batuk. Buah segar tersebut dijual dengan pelbagai harga berbeza mengikut saiz iaitu RM8, RM5 dan RM4 dan menurutnya beliau dimana biasanya akan mampu menjual sehingga hampir 50 biji buah kelapa laut pada hari pertama Ramadan.  Penulis blog pun suka minum air kelapa laut afrika yang memang lazat dan harga berpatutan.

Akhbar sama juga paparkan kisah 'Buah Thai laku keras' yang dilaporkan dari Tumpat, Kelantan. Bagi peniaga dikenali sebagai Arizah Taib (52 tahun) yang mana dia menunjukkan buah kelapa laut atau dikenali sebagai buah Thai yang dijual pada harga RM7.00 sebungkus. Dilaporkan disebabkan keenakan buah kelapa laut atau dikenali sebagai buah Thai di kalangan masyarakat tempatan yang gemar memakannya bersama air gula melaka menyebabkan buah itu menjadi pilihan ramai terutama di bulan puasa. Isinya yang lembut seakan isi kelapa muda tambah lazat apabila dimasak bersama daun pandan  selain dicampur bersama buah kabung bagi menghasilkan minuman. Dalam pada itu bagi seorang peniaga di Pasar Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan bernama Hanapi Ismail (56 tahun) pula menyatakan dia mampu menjual kira-kira 50 bungkus buah kelapa laut yang diambil dari pemborong di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Tunjong setiap hari. Dia dakwa buah ini memang agak sukar ditemui di Kelantan dan hanya di beberapa tempat sahaja pokoknya tumbuh. Maka untuk jualan di sepanjang bulan Ramadan ini maka pemborong terpaksa membelinya di negara jiran Thailand. Dia nyatakan setiap bungkus buah Thai dijual pada harga RM7 dan ia memang laris di bulan puasa kerana mungkin pembeli ingin mempelbagaikan juadah minuman mereka untuk berbuka puasa. Hanapi berkata setiap hari, dia akan ke RTC untuk mendapatkan bekalan buah itu kerana ia tidak boleh disimpan melebihi tempoh dua hari. Buah ini jika tidak disimpan dalam peti sejuk akan menjadi kuning kemerahan dan dianggap rosak serta sudah tidak boleh dimakan. Dalam pada itu bagi seorang pembeli iaitu Wan Ahmad Wan Ibrahim (75 tahun) pula dakwa dia biasanya membeli air buah ini akan dicampurkan dengan beberapa bahan lain termasuk buah kabung dan biji selasih dan keluarganya suka rasa isinya yang lemak dan lembut. Kini walaupun pelbagai jenis minuman yang ada dijual sekarang, ramai yang masih lagi memilih air buah Thai kerana rasanya lebih asli selain keenakan isinya yang sama seperti kelapa muda.

Menarik membaca laporan daripada  sinarharian.com yang bertajuk 'Buah tal laku keras' oleh wartawan Hazleen yang ada info mengenai buah tal yang ditulis semula. Dinyatakan dimana di Malaysia buah tal turut dikenali dengan nama buah Kelapa Laut Afrika yang merupakan sejenis tanaman terdapat di kawasan Kedah, Kelantan dan Perlis. Pokok tal adalah tumbuhan dari keluarga Arecaceae atau sama dengan Palmae yang tumbuh di kawasan panas kering seperti di India, Afrika, Kemboja, Indonesia dan banyak kawasan tropika lain. Pokok ini adalah dipercayai berasal atau native di Afrika dan menjadi pokok kebangsaan bagi negara Cambodia. Pokok ini juga dikenali sebagai 'Sugar Palm', Palmyra Palm, African Fan Palm, Lontar Palm, Borasus Palm, Doub Palm, Ron Palm, Tala Palm, Tal-palm, Toddy Palm, Wine Palm (English), Taad (Hindi), Tnaot (Khmer), Buah Lontar (Indonesia), Siwalan (Jawa) dan Toon Taan (Thai). Dalam pada itu seorang peniaga bernama  Kamariah menunjukkan buah tal yang mendapat permintaan tinggi dalam kalangan masyarakat di negeri ini meskipun harga bahan mentah itu meningkat sehingga berharga RM4 sebungkus (Sila lihat foto disebelah). Kisah dari Pasir Mas, Kelantan ini menyatakan dimana permintaan terhadap buah tal dalam kalangan masyarakat di negeri ini tetap tinggi meskipun harga bahan mentah itu meningkat sehingga RM4 sebungkus ekoran kekurangan stok di pasaran. Akibat penularan wabak pandemik koronavirus (Covid-19) 2 tahun lalu dimana ia turut memberikan tempias kepada bekalan buah tal apabila bahan mentah yang diimport dari Pattani, Thailand berkurangan di pasaran. Situasi itu menyebabkan berlaku peningkatan harga dari RM6 kepada RM10 untuk sebungkus. Buah tal tetap laku 'keras' di pasaran untuk dijadikan sebagai pembuka selera ketika berbuka puasa untuk dimakan bersama cendol, air bandung dan juadah istimewa ini hanya popular di bulan Ramadan sahaja. Bagi seorang peniaga dari Kampung Tal Tujuh di sini, Kamariah Shamsuri (62 tahun) pula berkata, dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan penggemar buah itu walaupun berlaku peningkatan harga. Sejak Covid-19 berlaku saya berdepan dengan kesukaran untuk beliau boleh mendapatkan bekalan buah tal ditambah pula perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan yang menyebabkan pintu sempadan Malaysia-Thailand terpaksa ditutup buat sementara waktu. Tempahan buah tal dibuat seminggu sebelum Ramadan. Bagaimanapun bahan mentah itu sampai pada minggu kedua umat Islam berpuasa yang mana sudah 25 tahun berniaga buah tal. Bagaimana pun dalam bulan  Ramadan kali ini beliau hanya mampu menjual 40 bungkus sehari sahaja berbanding sebelum ini lebih 150 bungkus disebabkan oleh kekurangan bekalan. Dilaporkan walaupun bekalan turun mendadak pada Ramadan kali ini namun beliau lega apabila buah tal masih laris seperti tahun-tahun berikutnya. Disebabkan jumlah permintaan melebihi penawaran, ada pelanggan sanggup menempah awal kerana bimbang tidak dapat menjamah juadah tersebut. Buah tal ini unik kerana ia hanya popular sepanjang Ramadan. Lebih menarik buah ini hanya dijual di Kampung Tal Tujoh sahaja. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!!.
KELAPA LAUT AFRIKA.. BUAH TAL SAMA...
MEMANG ADA... NEGERI DI UTARA SAJA...
SERING DI JUAL.. OLEH RAMAI PENJAJA...
BERKHASIAT... HILANGKAN BATUK JUGA...
SAYA UCAPKAN... SELAMAT HARI RAYA...
MAKAN RENDANG... DARI RUMAH MELAKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(1 Shawal 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...