Support My Blog

Monday, August 31, 2020

TERNAK KELULUT - SATU USAHA

TERNAKAN KELULUT (Genus : Trigona spp) merupakan satu bidangusaha yang terus menjadi popular. Walau pun hasil madu kelulut rendah berbanding dengan madu lebah dari Apis spp tetapi harga jualan madunya adalah lebih tinggi. Madu kelulut mengandungi antioksidan yang lebih tinggi dimana ia dijual dengan harga sekitar RM150 - RM200 sekilogram. Kelulut merupakan serangga yang tidak menyengat dimana secara semulajadi akan tinggal didalam lubang pada batang kayu dan juga dicelah-celah batu. Kini sudah ada teknologi menternak lenah kelulut dimana ia masih menggunakan log kayu tetapi dipasang dengan kotak kayu empatsehi (super) untuk kelulut menyimpan madunya yang mudah untuk kutippan hasil. Aktiviti menternak kelulut lebih mudah berbanding dengan aktiviti menternak lebah madu. Saya ada menulis lebih dari 100 artikel mengenai teknologi penternakan kelulut untuk dijadikan bahan bacaan (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi pautan. Beberapa spesis kelulut yang paling popular diternak adalah Trigona itama (Saiz kecil) dan juga Trigona thorasica (Bersaiz besar sedikit). Penulis blog yang juga mahir dalam penternakan kelulut sering memberikan ceramah dalam kursus anjuran Jabatan dan juga swasta. Dalam Agrimaths dipaparkan juga 4 spesis kelulut yang disyorkan untuk diternak iaitu T. itama, T, thoracica, T, terminata dan T. laeviceps. Disyorkan diletakkan 6 koloni dalam satu hektar (Dusun buah-buahan dan mixed crop) ia mampu menghasilkan 0.5 kg/ koloni/ bulan dimana lazimnya madu dihasilkan selama 9 bulan sahaja setahun. Pada musim bulan tengkujuh selalunya kurang atau tidak ada penghasilan madu kelulut. Dalam analisa kewangan juga dinyatakan purata pendapatan menternak kelulut adalah sebanyak RM 7,209 sebulan dengan kadar pulangan dalam (IRR) sekitar 427% (Ini merupakan IRR sangat tinggi dalam sektor pertanian). Bagaimana pun ada gangguan beberapa masaalah seperti perosak seperti Black Soldier Fly atau Lalat Soldadu Hitam (Sila klik disini) dan juga serangan oleh Kumbang Pendebunga Haptoncus (Sila klik disini) telah sedikit sebanyak menyebabkan industri ternakan kelukut dinegara kita diancam. Artikel subuh yang ceria ini sempena menyambut Hari Kemerdekaan ke 63 Malaysia dalam "Anim Agro Technology" saya paparkan satu bidangusaha iaitu menternak kelulut dan teknologinya dari tulisan saya dan seperti dilaporkan oleh media tempatan untuk bahan rujukkan anda semua.

Dalam akhbar Harian Metro bertajuk "Madu kelulut komersial" ada dipaparkan satu artikel mengenai lebah kelulut yang memang asalnya ia suka pada sarang dalam lubang batang pokok. Penulis blog yang telah menulis banyak artikel mengenai keluut mendapati madu kelulut antara produk agro berpotensi dikembangkan bagi pasaran domestik dan asing disebabkan manfaatnya yang tinggi terhadap kesihatan. Malah dalam perbincangan di Dewan Rakyat baru-baru ini telah ada perkara dibangkitkan adalah usaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk merangka langkah strategik dalam mencari peluang pasaran luar menerusi pameran perdagangan di luar negara. Apa pun sebelum ke arah itu, usaha memperkasakan golongan para penternak kelulut terutama dalam kalangan belia dalam membekalkan madu yang memenuhi piawaian serta berkualiti untuk pasaran luar perlu dilakukan terlebih dulu. Dalam pada itu untuk tujuan penternakan komersial madu kelulut, kata Pegawai MARDI iaitu Fahimee Jaafar dimana sekurang-kurangnya 30 sarang diperlukan berbanding mereka yang menternak untuk keperluan sendiri. Teknologi terkini dimana koloni kelulut yang matang boleh dipecahkan.  Namun ditekankan bagi penternak komersial atau menjadi usahawan madu kelulut itu sendiri, mereka perlu arif mengenai penjagaan serta amalan pertanian baik agar dapat mengoptimumkan penghasilan madu. Mengenai tuaian madu kelulut untuk satu koloni iaitu merujuk kepada satu sarang, hasil minimum boleh diperolehi sekitar 250 gram sebulan. Kalau musim yang baik iaitu menjelang musim buah dan bunga, hasilnya boleh meningkat kepada hampir dua kilogram madu.

Penghasilan madu bergantung kepada sumber makanan di sekitar sarang. Lebih baik kedudukan ladang ternak lebah kelulut dalam kawasan kebun buah atau berhampiran dengan kawasan yang ada bunga. Dengan sumber makanan banyak bermakna madu dihasilkan juga berbaloi. Madu kelulut yang matang akan disimpan didalam kantung kelulut yang ditutup (Sila anda lihat foto disebelah). Dalam pada itu penulis blog selalu membuat pemantauan dan mendapati dimana untuk menentukan kualiti madu kelulut yang baik, perlu diketahui lebah kelulut itu tidak hanya bergantung pada satu jenis sumber makanan semata-mata. Sebaiknya pelbagaikan sumber agar ada khasiat buah, bunga mahupun herba dalam kandungan madu berkenaan. Mengenai penternakan serangga kelulut selalunya koloni lebah kelulut diperoleh daripada pokok balak yang sudah sedia ada sarang atau koloni lebah terbabit. Memang tidak dinafikan untuk mula ternak lebah kelulut ini perlu ada sarang dan biasanya ia dijual pada harga sekitar RM250 dan boleh melambung kepada RM1,000 untuk hasil yang sudah stabil. Dalam pada itu terdapat 7 spesis kelulut di Malaysia yang sesuai diternak akan tetapi dua spesis yang penulis blog selalu jumpa adalah Trigona itama dan Trigona thoracica. Spesis Heterotrigona itama merupakan yang paling popular diternak di Malaysia kerana ia amat produktif didalam menghasilkan madu.

Penternakan kelulut memerlukan ilmu dan juga kelengkapan log sesuai untuk diletak dikawasan yang ada sumber makanan. Terdapat banyak peringkat kehidupan kelulut dimana jika koloni sudah matang sebenarnya ia sudah boleh dipecahkan untuk hasilkan koloni baru. Perlu ketahui sebelum pecah koloni ini perlu ada empat kriteria penting perlu dipatuhi iaitu perlu ada lebah jantan, sel telur ratu (lebih besar saiz telurnya berbanding sel telur lebah askar), koloni matang (lebih 18 tingkat sarang) dan dilakukan ketika musim buah atau bunga. Daripada sarang atau koloni asal, hanya boleh hasilkan satu koloni baharu dalam satu masa. Namun proses pecahkan itu boleh dilakukan berulang kali apabila empat kriteria asal itu dipenuhi. Mengenai cara dan kaedah penternakan lebah berkenaan teknologi pada ketika ini hanya dua iaitu menerusi kotak kayu ataupun blok kayu. Kelulut juga tidak berbahaya dan sarangnya perlu diletakkan di kawasan redup seperti di bawah pokok adalah yang terbaik. Kalau diletakkan di kawasan terbuka dan terdedah kepada panas, lebah kelulut ini akan mati atau lari membuat sarang di tempat yang lain. Perkara lain perlu diketahui ketika menuai madu lebah ini juga, elak tuai ketika musim hujan kerana kandungan air tinggi dalam madu memerlukan kerja tambahan untuk memprosesnya. Kesan gagal membuang air dalam madu itu apabila diletakkan dalam botol akan menyebabkan tindak balas gas sehingga mampu memecahkan botol yang digunakan bagi menyimpan madu berkenaan. Madu Kelulut lazimnya boleh dituai sebanyak lapan kali setahun. Langkah terbaik untuk mereka yang berhasrat berjinak-jinak dalam ternakan madu kelulut terbabit, Penulis blog juga syorkan jika ada individu yang ingin mengikuti kursus dianjurkan oleh agensi seperti MARDI atau Jabatan Pertanian untuk mendapat penerangan yang lebih terperinci.

Dalam laporan media lain bertajuk "Sarang kelulut keliling rumah" menarik untuk dirujuk. Foto disebelah menunjukkan iaitu En Haziman memeriksa sarang kelulut yang diternak di kawasan rumahnya di Kampung Jeram Beserah, Kuantan, Pahang sebagai sati demo. Beliau kini sudah mempunyai sebanyak 50 sarang kelulut di kawasan rumahnya sebagai satu aktiviti menyeronokkan. Pada dia umpama terapi diri bagi pesara kerajaan, Zakaria Musa setiap kali melihat sarang kelulut di sekeliling rumahnya di Kampung Jeram, Beserah. Setiap pagi dan petang, warga emas berusia 65 tahun itu akan meninjau lebih 50 sarang kelulut termasuk mengambil madunya untuk dijual atau diberi kepada mereka yang datang melawat sarang kelulut berkenaan. Beliau yang mula menternak kelulut sejak dua tahun lalu bermula dengan 30 sarang kelulut jenis damar, hama dan thoracica yang dibeli daripada Orang Asli di Raub dengan harga antara RM200 dan RM350 satu sarang. Modal yang besar diperlukan sekiranya ingin terbabit dengan aktiviti menternak kelulut kerana permintaannya tinggi dan ia telah menyebabkan harganya meningkat dua hingga tiga kali ganda sejak kebelakangan ini. Dia mula menternak kelulut pada 2016 dengan modal lebih RM30,000 untuk beliau menyediakan tempat, seterusnya membeli 50 sarang kelulut dibekalkan secara berperingkat oleh Orang Asli yang mencarinya di kawasan hutan di Raub. Menerusi bantuan dua anak akhirnya saya berjaya mengusahakan projek berkenaan di sekeliling rumah bagi mengisi masa lapang dan perlu berdepan pelbagai cabaran di peringkat awal,” katanya yang sebelum ini berkhidmat di Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang.

Zainal juga pernah berdepan situasi dimana sarang kelulutnya mahu dicuri pihak tidak bertanggungjawab yang bergerak aktif pada waktu malam dan selain itu, kelulut juga lari meninggalkan sarang termasuk ancaman perosak seperti burung serta serangga antara cabaran terpaksa dihadapi oleh penternak. Kemuncak pengeluaran madu ialah sebanyak 15 kilogram (kg) dapat dihasilkan sebulan tetapi pengeluaran madu terhenti setiap kali musim hujan. Lazimnya dia akan menjual madu dengan harga RM35 hingga RM45 sebotol (100 gram) dan mereka yang datang ke ladang juga diberi peluang menyedut madu dari sarang bagi merasai sendiri keseronokannya. Kawasan ladang ternakan kelulutnya kini turut dijadikan produk pelancongan yang semakin mendapat tempat di hati pelancong tempatan dan asing. Pengunjung datang untuk melihat sarang kelulut dan menyedut madunya. Penulis blog yang menjawat Pengarah Pertanian Pahang pada 2016 - 2017 pula beberapa kali memberi sokongan bantuan dan khidmat nasihat kepada beliau dahulu. Anak beliau iaitu Haziman 26 tahun juga banyak membantu bapanya bagi memenuhi permintaan terhadap madu kelulut yang semakin bertambah, dia bercadang untuk membesarkan projek terbabit secara berperingkat. Kertas cadangan penyediaan kawasan ladang baru sudah dikemukakan kepada agensi bertanggungjawab. Sekiranya diluluskan usaha mendapatkan sarang kelulut akan dilakukan. Beliau juga berharap impian memiliki ladang kelulut komersial yang turut menjadi produk pelancongan daerah ini menjadi kenyataan suatu hari nanti. Semuga artikel ini mampu memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MENTERNAK KELULUT... SATU USAHA...
LOG KELULUT... PERLU DIBELI MULA...
SELALU DIPANTAU...MAKANAN DIJAGA... 
MADU KELULUT... BOLEH JUAL DI NIAGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(12 RabiulAkhir 1441H).
Posting pada 31 Ogos 2020
Selamat Hari Merdeka ke 63...!

Sunday, August 30, 2020

STRUKTUR CANOPYTECHTURE - APA DIA?

CANOPYTECHTURE merupakan satu sistem struktur sebagai penyokong ringkas pelbagai guna untuk penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan jenis menjalar atau memanjat. Mendengar 'canopytechture' memang bunyinya sangat hebat dan sukar disebut tetapi rupanya ia cuma sistem para atau sokongan tanaman menjalar sahaja bagi jenis sayur-sayuran dan buah-buahan jenis menjalar. Ini kerana biasanya tanaman ini boleh ditanam di kawasan laman yang terhad seperti di persekitaran rumah kediaman, ruang pejabat dan taman kejiranan. Penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan jenis menjalar memerlukan struktur penyokong tanaman ataupara yang membolehkan tanaman tersebut berpaut, tumbuh secara vertikal dan mengeluarkan hasil. Secara konvensional penulis blog dapati dimana ada kayu pancang daripada buluh sering dijadikan sebagai sokongan sebagai para atau sistem trellis. Ia juga biasanya diperbuat daripada dawai bagi membolehkan tanaman sayuran jenis menjalar jenis berbuah akan tumbuh berpaut. Untuk tujuan memudahkan aktiviti tersebut lazimnya satu struktur ringkas bagi memenuhi keperluan pertumbuhan sayuran-sayuran menjalar jenis berbuah yang dikenali sebagai canopytechute berjaya direka bentuk. Struktur  Canopytechture yang penuh dengan tanaman sayur-sayuran atau buah-buahan memanjat dapat mempamerkan buah bergantungan, seterusnya memberi impak landskap yang unik dan kelihatan menarik. Di samping itu ada ruang teduh di bawah canopytechture yang disusun berderetan boleh dijadikan tempat istirehat dengan menempatkan kerusi taman di bawahnya. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis semula artikel mengenai struktur ringkas pelbagai guna untuk penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan jenis menjalar diruangan yang terhad untuk bahan rujukkan anda.

Rekacipta Canopytechture yang juga merupakan satu sistem struktur sebagai penyokong ringkas pelbagai guna untuk penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan jenis menjalar atau memanjat dan mampu mengeluarkan buah. Ia merupakan struktur berpara khas yang direka bentuk bagi membolehkan tanaman melilit, berpaut dan tumbuh secara vertikal. Struktur ini mempunyai para khas yang berbentuk heksagon (segi enam), bergaris pusat 150 cmdan terletak di atas tiang penyokong dengan paras ketinggian180 cm. Melalui proses latihan dan lenturan maka tanaman sayur-sayuran atau buah-buahan menjalar dapat tumbuh secara vertikal dan mengeluarkan hasil buah yang bergantungan di bahagian para khas. Untuk peminat dalam pertanian bandar, struktur penyokong ringkas pelbagai guna ini sangat praktikal diaplikasikan bersama bekas pasu self-watering container (SWC) dan juga pasuan biasa bagi penanaman sayur-sayuran menjalar seperti petola, peria, timun dan labu serta buah-buahan seperti anggur dan melon. Penggunaannya dapat membantu penghuni bandar bercucuk tanam walaupun memiliki ruang laman yang terhad. Apa pun selain hasil tanaman, canopytechture juga dapat memberi impak estetika dan menjadi elemen terapi di ruang laman tersebut. Bagaimana hendak menanam pada struktur ini?. Sebaiknya anak benih sayur-sayuran atau buah-buahan jenis menjalar disediakan dengan menyemai biji benih di dalam dulang semaian yang mengandungi banyak lubang (106 lubang). Medium semaian peat moss disyorkan sebagai medium percambahan biji benih. Dulang semaian diletakkan di kawasan yang bernaung dengan keperluan cahaya matahari 50%. Semaian perlu disiram sebanyak dua kali sehari secara semburan halus atau kapilari .Biasanya apa dilihat semaian akan bercambah dalam masa 3-4 hari dananak benih dibiarkan membesar. Baja foliar boleh diberi secara semburan untuk menghasilkan pertumbuhan anak benih yang sihat dan berkualiti. 

Kemudian setelah anak benih telah mengeluarkan 2-4 helai daun sebenar maka ia boleh dipindahkan ke dalam pasu dibawah canopytechture. Sebaiknya proses memindahkan anak benih hendaklah dilakukan seelok-eloknya pada waktu pagi atau lewat petang bagi mengelakkan berlakunya renjatan akibat cuaca panas. Menanam dan bekas tanaman apabila anak benih yang berumur 2 minggu selepas disemai sesuai dipindahkan ke dalam bekas tanaman atau pasu. Bilangan anak benih yang sesuai ditanam bergantung kepada saiz dan jenis pasu yang dipilih. Untuk pasuan SWC (dilengkapi dengan sistem takungan air) bersaiz 52 cm x 46 cm, sebanyak empat anak benih sesuai ditanam dalam satu pasu. Melalui pasu ini tanaman tidak perlu kerap disiram kerana ia memperoleh air secara tindakan kapilari. Medium penanaman yang sesuai digunakan ialah campuran tanah, peat moss, pasir dan tempurung kelapa sawit terproses pada nisbah 1:1:1:1. Sekiranya terdapat tanaman yang mati maka kerja penyulaman anak benih hendaklah dilakukan segera bagi memperoleh pertumbuhan dan hasil yang seragam. Langkah melatih tanaman dilakukan selepas 2-3 minggu anak benih ditanam dan pokok mencapai ketinggian sekitar paras 15 - 20 cm dimana sokongan dengan menggunakan tali rafia perlu diberi supaya pokok boleh tumbuh secara vertikal. Caranya adalah dengan mengikat tali rafia pada dawai bengkok berbentuk U (10-15 cm tinggi) yang dicucuk bersebelahan dengan pangkal setiap pokok manakala hujung tali tersebut ditarik ke bahagian para khas terletak pada canopytechture setinggi 1.5 - 2.0 m dari paras permukaan medium. Semasa pertumbuhan, pokok perlu dilatih untuk memanjat, melilit tali rafia dan tumbuh vertikal ke struktur bahagian para khasdengan sempurna. 

Jenis dan pertumbuhan tanaman yang sesuai adalah seperti sayur-sayuran dan buah-buahan jenis menjalar dimana ia  ditanam dengan menggunakan struktur
canopytechture. Cara ini mampu untuk
menghasilkan pertumbuhan secara vertikal yang subur sekiranya dilatih di peringkat awal lagi. Biasanya selepas 3-4 minggu penanaman maka tanaman mula mengeluarkan bunga dan berbuah. Jangka masa kutipan hasil bagi tanaman bergantung kepada varieti sayuran. Sebagai contoh, petola segi, petola ular dan peria boleh dituai dalamtempoh 7 -16 minggu selepas ditanam. Tempoh pengeluaran buah, hasil tanaman dan jangka hayat tanaman yang ditanam di dalam pasu banyak bergantung kepada cara mengendalikannya. Antara pengendalian penting adalan sistem pengairan bagi penanaman sayur-sayuran menjalar yang diaplikasikan. Teknologi  dengan menggunakan pasu SWC tidak perlu kerap disiram. Kekerapan menambah air di dalam pasu SWC (bersaiz 52 cm x 46 cm) bergantung juga kepada umur dan jenis tanaman yang ditanam. 
Biasanya, kadar penambahan air meningkat apabila pokok semakin meningkat dewasa. Contohnya bagi tanaman seperti timun dan petola perlu ditambahair 2-3 hari sekali (kira-kira 5 liter setiap penambahan) ketika tanaman sedang berbuah. Walau bagaimanapun, penggunaan struktur canopytechture bagi tanaman sayur-sayuran menjalar jenis berbuah yang ditanam di dalam bekas biasa atau di atastanah perlu disiram 2 kali sehari iaitu pada awal pagi dan lewat petang kecuali hari hujan.

Aktiviti membaja pada tanaman sayur-sayuran menjalar yang ditanam di dalam pasu memang perlu dibaja bagi menjamin pertumbuhan yang sihat dan subur. Pembajaan boleh dilakukan secara manual dengan menggunakan baja sebatian NPK 12:12:17:2 pada kadar10 g/pokok yang diberi setiap 3 minggu sekali dengan menabur di sekeliling pangkal pokok dan digaul ke dalam tanah. Walau bagaimanapun, jika terdapat simptom kekurangan baja seperti daun kekuningan dan pertumbuhan yang tidak sihat, pembajaan tambahan menggunakan baja foliar boleh diberi secara semburan. Pembajaan yang berlebihan perlu dielak kerana ia boleh menyebabkan tanaman tumbuh terlalu subur atau lebih dikenali dengan istilah ‘mabuk daun’. Lakukan aktiviti 'mencantas' ke atas tunas air atau sulur yang tumbuh semasa melatih tanaman tumbuh secara vertikal menuju ke arah struktur berangka heksagon. Kebiasaannya, tunas atau sulur air yang tumbuh liar dan tidak dikehendaki perlu dicantas bagi memperoleh bentuk tanaman yang seragam dan kelihatan menarik. Selain itu, cantasan juga dapat mengelakkan berlakunya pembaziran penggunaan baja.

Bagi tujuan kawalan penyakit dan perosak terhadap tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan jenis menjalar sering mengalami kerosakan yang tinggi akibat serangan penyakit dan serangga perosak. Oleh itu disyorkan kawalan penyakit dan serangga perosak yang dilakukan secara bersepadu dengan menggunakan racun dan kadar sukatan yang sesuai dapat meningkatkan lagi peratus kejayaan pengawalannya. Namun begitu, perkara utama bagi mengelakkan berlakunya serangan penyakit dan serangga perosak tanaman adalah dengan menjaga kebersihan persekitaran yang optimum. Pemerhatian yang teliti dan kerap perlu dilakukan bagi mengenal pasti simptom berlakunya serangan awal dan tindakan segera pencegahan dapat dilakukan. Sebagai kesimpulan dimana penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan jenis menjalar dengan cara menggunakan teknologi struktur canopytechture dapat memaksimumkan penggunaan ruang laman yang terhad di samping menjana hasil tambahan kepada pengguna. Tanaman menjalar jenis berbuah pada struktur iaitu canopytechture dihasilkan melalui proses awal penyemaian biji benih dan penanaman di dalam pasu. Di peringkat awal pertumbuhan,tanaman menjalar perlu sentiasa dilatih agar melilit pada tali rafia dan tumbuh secara vertikal menuju ke arah struktur canopytechture yang mana ia berbentuk  heksagon. Tanaman tersebut perlu diberi pengairan dan pembajaan yang secukupnya sehingga mengeluarkan buah. Buah yang dihasilkan secara bergantungan pada struktur  canopytechture dapat memberi impak estetika di ruang laman terhad di samping menjadi sumber makanan untuk kegunaan dapur. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...

MENANAM SAYUR... ADA CARANYA...
SAYUR MENJALAR... SIKIT RUANGNYA..
STRUKTUR CANOPYTECTURE... ADA...
SUDAH BACA.. MARILAH MENCUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
malaysia.
5 Muharram 1442H.
Sumber artikel: Buletin Teknologi MARDI, Bil. 7(2015): 11-17

Saturday, August 29, 2020

BAJA DAN FUNGSI BAJA APA DIA?

BAJA (Fertilizer) adalah salah satu perkara yang asas dalam bidang pertanian yang mesti difahami oleh mereka yang terlibat dalam sektor pertanian terutamanya sektor tanaman. Ini kerana baja adalah bahan yang biasanya mengandungi unsur pemakanan tumbuhan yang perlu dibekalkan secara langsung kepada tanah bagi pertumbuhan tanaman. Setiap bahan yang mengandungi unsur pemakanan tumbuhan dan dibekalkan kepada tanah contohnya Nitrogen (N), Phosforus (P) dan Kalium (K) adalah unsur paling asas untuk baja yang selalu disebut 'Baja NPK'. Unsur-unsur lain adalah sedikit di gunakan tetapi penting iaitu Unsur Pekit (Trace element) seperti Magnesium (Mg), Boron (B), Manganese (Mn), Zinc (Zn), Zat Besi (Fe) dan banyak lagi dimana kesemuanya akan dikelaskan sebagai baja tumbuhan. Dalam pada itu terdapat bahan-bahan yang digunakan secara tidak langsung untuk memperbaiki struktur dan tekstur tanah bertujuan untuk meningkatkan daya kelembapan tanah dan daya pegangan air tanah serta mengawal keasidan tanah. Bahan ini adalah dianggap sebagai bahan pembetulan tanah (soil amendment), pelembap tanah (soil conditioner) dan bahan tambahan tanah (soil additives). Kesemua bahan ini adalah penting dalam mempertingkatkan kesuburan tanah bertujuan bagi menampung keperluan pertumbuhan tanaman daripada peringkat awal penanaman sehingga kepada peringkat penuaian hasil. Dipasaran terdapat banyak produk dan jenama baja daripada dalam bentur butiran (granule), serbuk (powder), cecair (liquid), ketulan, pekatan dan bermacam lagi. Bagaimana pun paling asas adalah apakah sebenarnya keperluan tumbuhan untuk unsur baja yang diperlukan melalui beberapa kaedah penentuan. Pada penulis blog kefahaman petani terhadap kepentingan dan keperluan baja adalah asas kepada pertanian. Artikel jam 6.00 subuh ini dari Aras 3 Colmar Tropicale, di Bukit Tinggi, Bentong sambil mendengar bunyi beberapa unggas saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai baja, fungsi dan juga kepentingannya untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.

Sebenarnya dalam ilmu asas pertanian ada dinyatakan terdapat 18 unsur pemakanan tumbuhan yang diperlukan oleh tanaman mengikut peringkat pertumbuhan, cara pengambilan unsur pemakanan tersebut dan jenis tanaman.  Unsur yang paling utama dan paling penting dalam pertumbuhan hampir kesemua jenis tanaman ialah Nitrogen, Fosforus dan Kalium (N,P,K). Unsur Nitrogen sangat penting bagi pertumbuhan tanaman daripada perlu dari peringkat awal percambahan sehingga kepada peringkat pembentukan daun. Unsur Fosforus (Phosporus) atau 'P' ini pula memang penting bagi pembentukan akar dan dahan. Unsur Kalium (K) adalah penting dalam pembentukan bunga dan buah. Ketiga-tiga unsur baja ini  akan di gabungkan didalam beberapa formulasi berlainan dalam bekas berbeza untuj tujuan pembajaan yang berlainan. Baja kimia adalah baja yang dihasilkan menggunakan campuran bahan kimia dan bukan organik dengan asas utama NPK+TE yang banyak dipasarkan. Paling asas adalah forlumasii sebatian baja untuk peringkat pertumbuhan tanaman (atau peringkat vegetatif) iaitu NPK15:15:15 dan baja untuk mengeluarkan bunga dan buah iaitu peringkat pertumbuhan reproduktif dengan formulasi NPK12:12:!7:2:TE. Sebagai contoh tanaman nanas memerlukan kedua-dua jenis baja bagi proses tumbesaran pokok dan pengeluaran buah nanas (Sila lihat foto disebelah). Pemberian baja nanas ini bukan sahaja diberikan dalam beberapa peringkat malahan teknologi terkini penggunaan baja semburan atau baja foliar semakin sering diberikan penanam nanas.

Petani sebaiknya perlu tahu dan faham dimana beila berlaki kekurangan tiga unsur utama NPK ini akan menampakkan simptom secara umumnya pada daun (kurang nitrogen), pertumbuhan terbantut (kurang fosforus) dan tidak membentuk bunga (berpunca kurang kalium). Walau bagaimanapun memang terdapat juga unsur sekunder (unsur pekit) yang tidak kurang pentingnya dalam pertumbuhan tanaman iaitu Kalsium (Ca), Magnesium (Mg), Sulfur (S) dan Sodium (Na) dan lain-lain lagi yang mana ia diperlukan tanaman untuk pertumbuhan yang subur. Apa pun selain daripada unsur utama dan unsur sekunder, unsur surih seperti Boron (B), Zink (Zn), Ferum (Fe), Mangan (Mn), Klorin (Cl), Molybdenum (Mb), Kobalt (Co) dan Tembaga (Cu atau copper) yang diperlukan oleh tanaman tetapi dalam jumlah yang sedikit. Maksudnya dimana samada ada atau tidak ada unsur surih ini dalam pembajaan tidak begitu signifikan dari segi pertumbuhan tanaman. Jika kepekatan unsur surih tinggi dalam tanah maka perkara ini akan menyebabkan kesan Toksik (keracunan) terutama bagi tanaman yang baharu disemai. Unsur lain diperlukan tumbuhan seperti Oksigen, Karbon dan Hidrogen yang tanaman perlukan adalah didapati daripada atmosfera bebas iaitu dalam bentuk karbon dioksida dan air selalunya melalui daun dan fotosintesis. Namun begitu penulis blog dapati dimana unsur karbon dan hidrogen boleh terdapat dalam baja urea disebabkan oleh penghasilan baja urea melalui proses ‘Haber’. Baja urea dihasilkan daripada gabungan gas nitrogen daripada atmosfera dengan hidrogen daripada gas asli contohnya seperti metana seterusnya membentuk gas ammonia.

Sebenarnya untuk memahami akan baja dan fungsi Baja perlu pembaca faham dimana baja boleh dikelaskan mengikut empat kumpulan yang berbeza dari segi kandungan nutriennya iaitu baja kimia (bukan organik), baja organik, baja galian (mineral) dan baja organik sintetik. Cara pelepasan nutrien dalam setiap jenis baja ini adalah berbeza mengikut kandungan nutrien baja tersebut. Dipasaran lazimnya ada jenis Baj Kimia, Baja Organik, Baja Galian atau Baja Mineral dn juga Baja Organik Sintetik. BAJA KIMIA adalah sejenis baja yang dihasilkan menggunakan campuran bahan kimia dan bukan organik contohnya campuran bahan yang mengandungi asid sulfurik dan gas ammonia dalam pembuatan baja ammonium sulfat. Baja jenis kimia ini adalah jenis  baja paling banyak dan lazim digunakan didalam dunia pembajaan tanaman kerana ia tepat, mudah digunakan, bekalan berterusan dan juga paling praktikal. Biasanya telah dikaji iaitu melalui tindak balas kimia, bahan kimia tersebut berubah kandungan dari segi atom dan molekul lalu membentuk bahan baharu iaitu ammonium sulfat. Baja kimia ini mengandungi banyak unsur yang diformulasi mengikut kehendak pasaran tetapi asasnya adalah NPK. Kandungan unsur pemakanan tumbuhan adalah tinggi dalam baja kimia. Pelepasan unsur pemakanan tumbuhan daripada baja kimia adalah cepat berbanding baja organik dan baja mineral disebabkan sifat yang mudah larut dan mudah meresap ke dalam tanah. Biasanya baja kimia digunakan pada peringkat pertumbuhan yang tertentu, contohnya sepuluh ke 20 hari selepas penanaman, peringkat pembungaan dan peringkat pembentukan buah bagi memastikan nutrien daripada baja kimia digunakan sepenuhnya oleh tanaman pada setiap peringkat pertumbuhan tersebut.

BAJA ORGANIK pula adalah baja yang dihasilkan menggunakan bahan asli tanpa campuran bahan kimia. Cara penghasilan baja organik adalah daripada pereputan sisa pertanian yang mudah terurai contohnya sisa tanaman dan sisa haiwan. Paling banyak dipasaran adalah baja organi asas Tahi Ayam (Chicken dung) sama ada dari jenis segar, kering atau di perkayakan dengan NPK. Apa pun penguraian bahan asli daripada sisa tanaman dan haiwan selalunya akan mengambil masa lebih kurang dalam julat tiga bulan sehingga lapan bulan mengikut tinggi atau pun rendahnya kandungan bahan yang mudah atau lambat terurai. Hasil akhir daripada proses penguraian baja organik ini dikenali sebagai kompos (compost) iaitu baja organik yang terkenal dalam meningkatkan kesuburan tanah dan tanaman. Kandungan bahan humus (organik) dalam kompos adalah tinggi dan kandungan nutriennya bergantung kepada campuran sisa yang digunakan, contohnya jika campuran menggunakan daun kekacang dan sisa haiwan, kandungan nitrogen adalah tinggi. Biasanya jika abu daripada proses pembakaran asas organik seperti pelepah kelapa sawit dan padi (sekam padi) ada digunakan sebagai salah satu daripada bahan campuran pembuatan kompos dimana kesannya kandungan kalium adalah tinggi. Pelepasan bahan humus daripada kompos adalah perlahan dan biasanya dibekalkan kepada tanaman pada musim awal penanaman supaya boleh diambil oleh tanaman pada setiap peringkat pertumbuhan.

Seterusnya adalaj BAJA GALIAN atau MINERAL iaitu jenis baja yang dihasilkan melalui pemecahan batuan yang memang mengandungi nutrien contohnya batu kapur yang mengandungi Kalsium (Ca) serta Magnesium (Mg) dan batuan fosfat yang mengandungi fosforus. Proses penghasilan galian ini adalah disebabkan oleh tindakan luluhawa fizikal dan luluhawa kimia terhadap batuan yang merubah bentuk dan kandungannya. Biasanya aktiviti perlombongan batuan dilakukan bagi mendapatkan galian dalam bentuk serpihan yang lebih kecil atau serbuk galian yang sedia untuk digunakan. Kebanyakan baja galian ini juga mempunyai nutrien tumbuhan yang rendah dan cara untuk pelepasan unsur pemakanan ke dalam tanah adalah lambat disebabkan batuan ini lambat larut dan memerlukan jumlah air secukupnya bagi proses pelarutan dalam tanah. Contoh baja galian ialah ‘China Rock Phosphate’ (CRP), ‘Christmas Island Rock Phosphate’ (CIRP), dan ‘Egyptian Rock Phosphate’ (EGP). Batuan fosfat ini dinamakan mengikut tempat perlombongan batuan fosfat tersebut.

BAJA ORGANIK SINTETIK merupakan jenis baja yang dihasilkan daripada gabungan gas dan sebatian organik yang disintesis secara bukan semula jadi. Proses penghasilan baja organik sintetik menggabungkan gas ammonia, hidrogen dan karbon dioksida. Apa pun sumber kepada gas ammonia ialah pengikatan gas nitrogen (N2) oleh proses Haber atau pembentukan ‘cyanamide’ (sebatian hablur asid lengai terhasil daripada pembebasan ammonia), manakala sumber kepada gas karbon dioksida ialah gas yang terbebas daripada perindustrian dan perkilangan. Baja urea adalah merupakan satu-satunya penemuan yang unggul dalam pembuatan baja organik sintetik. Dalam proses penghasilan baja urea, gas hidrogen yang terhasil melalui tindak balas air dan gas membentuk gas karbon dioksida dalam jumlah yang banyak. Namun begitu, gas yang terhasil daripada air, berfungsi dalam menyeimbangkan campuran nitrogen dan hidrogen yang mengandungi kepekatan gas karbon dioksida yang tinggi (70 - 80%). Proses penghasilan baja urea ini ialah tindak balas berbalik dan memerlukan suhu yang tinggi (400 - 500° C). Penemuan dalam kaedah penghasilan baja urea ini menyebabkan penggunaan baja urea secara meluas bukan sahaja disebabkan cara pelepasan unsur pemakanan yang cepat tetapi juga disebabkan oleh kandungan nitrogen yang tinggi iaitu 46%. Penulis blog membuat kesimpulan dimana ilmu pengetahuan mengenai jenis kandungan unsur pemakanan dalam setiap baja dan juga fungsi unsur tersebut kepada pembentukan dan pertumbuhan tanaman adalah penting bagi menentukan faktor yang perlu diambil kira dalam pemilihan baja. Selain daripada itu, cara pelepasan setiap nutrien daripada baja mempengaruhi keberkesanan cara penggunaan baja. Semuga artikel ini memberi info yang berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
AMAT PENTING... ILMU TENTANG BAJA...
BANYAK JENIS... BANYAK JENAMANYA...
BAJA NPK... PALING SELALU DI JUMPA...
POKOK SUBUR... HASIL BERGGANDA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 3306, Top Floor, Camelia Block,
Colmar Tropicale Resort,
Bentong, Pahang,
Malaysia.
(9 Muharram 1442H).

Friday, August 28, 2020

BAGAIMANA KURMA BERBUAH?

POKOK KURMA (Phoenix dactylifera) atau 'Date Palm' dari keluarga Arecaceae sama dengan pokok kelapa dan sawit merupakan sejenis tanaman yang hidup semenjak beribu tahun dulu di kawasan yang cuaca panas sesuai dengan keperluannya dan banyak benua lain. Buah kurma memang ada digunakan sebagai sumber makanan utama penduduk di negara-negara tertentu dan kini telag dipasarkan keseluruh dunia. Umat Islam yang telah pergi ke Arab Saudi pastinya tidak lepaskan peluang untuk melihat pokok-pokok kurma yang di tanam di tepi jalan dan juga di sekitar masjid-masjid serta tempat rombongan jemaah berziarah. Kita di Malaysia pun memang merupakan pengguna dan makan kurma terutama di bulan Ramadan setiap tahun sebagai hidangan yang amat di perlukan. Sebenarnya pokok kurma adalah Dioecious (berumah dua - dioecious) dimana satu tanaman hanya mempunyai bunga jantan sahaja dan tanaman lain (pokok kurma lain) juga hanya mempunyai bunga betina sahaja. Ini kerana hanya pokok betina sahaja yang akan berbuah sedangkan fungsi pokok jantan menghasilkan debunga. Ini bermakna jika anda menanam pohon jantan sahaja atau pohon betina sahaja maka pastinya anda tidak akan mendapat buah kurma yang di harapkan di pokok yang ditanam. Bagaimana pun di beberapa negara penanam pokok kurma komersil mereka akan menanam 1 pokok  jantan dengan kadaran sebanyak 50 pokok betina seekar. Ini dilakukan bagi tujuan proses pendebungaan semulajadi oleh angin dan pendebungaan tangan adalah salah satu teknik pertanian tertua. Biasanya dengan menggunakan kaedah pendebungaan mekanikal maka debunga yang dikumpul dari bunga jantan dicampur dengan bahan campuran seperti tepung dimana ia kemudian ditabur kepada kelompok bunga betina yang sedang mekar. Dikawasan ladang kurma lazimnya debunga jantan boleh di beli di pasaran jika petani terlibat kehabisan stok atau tidak mempunyai pokok jantan. Debunga jantan boleh bertahan sehingga 2 tahun selepas di petik dalam simpanan yang vetuk (salam shu sejuk). Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis tentang teknik menjalankan proses pendebungaan pokok kurma untuk dijadikan bahan bacaan semua.

Penghasilan buah oleh pokok kurma merupakan satu proses biakbaka yang mana ia boleh dilakukan melalui tiga cara iaitu melalui  biji benih, dengan sulur (offshoot) dan secara pembiakan Kultur Tisu (tissue culture). Pembiakan dengan cara kulur tisu di makmal bagaimana pun masih menghadapi masaalah ketidaktentuan bagi tumbuhan daripada famili Arecaceae. Teknik ini adalah berteknologi tinggi dimana pokok di klonkan menggunakan sel tisu pokok induk terpilih perlu melalui proses yang sukar. Apa pun telah ada kejayaan untuk membiakan pokok kurma dengan kaedah kultur tisu telah dilakukan untuk mendapatkan banyak pokok betina. Pada penulis bloh kardah paling baik adalah dengan mengambil sulur pokok jantan dari pokok jantan dan sulur pokok betina dari induk betina untuk dijadikan benih tanaman. Anak benih kurma yang disemai daripada biji kurma kurang disyorkan kerana kajian menunjukkan dimana 80 peratus baka pokok yang tumbuh dari biji adalah pokok jantan dan sukar dapatkan pokok betina. Teknik menggunakan sulut (offshoot) dari pokok induk biasanya 70 peratus anak pokok kurma yang tumbuh dari pokok dewasa( offshoot) adalah pokok betina dan boleh menghasilkan buah (Sila lihat foto disebelah). Kini teknik gunakan anakbenih TC kurma yang diperoleh dari teknik kultur potensi betinanya adalah 99%. Ini kerana TC adalah teknik yang digunakan untuk mengembangkan sel atau tisu tumbuhan dalam keadaan steril pada medium khas agar yang digunakan. Tisu kultur digunakan secara meluas untuk menghasilkan klon tumbuhan dalam kaedah yang dikenali sebagai 'micro proppogation'.

Apabila menanam kurma sebenarnya seorang petani perlu tahu bagaimana mengenali pokok jantan dan betina. Ada dilaporkan dimana jika sesiapa hendak mengenali sama ada pokok kurma itu jantan atau betina boleh dilihat saiz panjang daun. Lazimnya pokok kurma jantan mempunyai duri lebih banyak dan panjang dibandingkan dengan kurma betina (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun pencirian ini masih kurang tepat kerana beberapa faktur lain juga mempengaruhi perkara tersebut. Sebenarnya pokok kurma jenis 'dioecious' walau pun pokok jantan dan betina nampak serupa. Pakar akan dapat membezakan pokok jantan dan betina semasa pokok kecil atau tampang. Bunga Jantan dikeluarkan sebanyak 100-150 jambak berukuran sepanjang 12-15 cm sementara jambak bunga betina kecil sedikit iaitu berukuran 30-50 cm sahaja. Jambak ini ditutupi dengan lapisan upeh sebelum terbuka. Apabila cukup masa, bunga betina keluar dengan 6 'perianth segments' berukuran 1 cm panjang yang ada 6 stigma. Pendebungaan kurma dijalankan dengan cara berbantu oleh manusia. Petani lelaki akan memanjat pokok dengan menggunakan tangga dan menyemburkan debunga kepada bunga betina. Kadar pokok ialah dimana 1 pokok jantan boleh digunakan debunga untuk 100 pokok betina secara komersil. Debunga yang dikutip boleh disimpan selama beberapa tahun dan masih segar untuk proses pendebungaan dengan kaedah penyimpanan yang betul. Jika berlaku 'pendebungaan silang' akan menjejaskan kualiti dan keseragaman buah yang dihasilkan.

Dalam laporan akhbar tempatan Harian Metro bertajuk 'Perlu kenal dulu akan 'karakternya' dimana dilaporkan tanaman eksotik kini kian mendapat perhatian penggemar tanaman baik hiasan atau tujuan memperoleh buah. Kini pokok  kurma boleh dikelaskan antara tanaman eksotik tempatan kerana tanaman itu berasal dari Timur Tengah dan kini mula ditanam penduduk negara ini. Memang boleh dikatakan tanaman 'survival' ini lebih kepada tanaman landskap, namun peminatnya tidak menolak nilai komersial termasuk untuk tujuan tuaian buah segar seperti di Thailand. Seorang pengusaha anak pokok kurma dan juga pengasas U&U Global Enterprise Encik  Jamaludin Maideen yang mula membawa masuk tanaman ini dari Chiang Mai, Thailand semenjak 2015 lagi telah tertarik dengan usahawan tani di negara itu yang lebih maju apabila menjadikan pokok kurma sebagai antara tanaman komersial alternatif. Beliau telah pergi ke Thailand dan mempelajari mengenai pokok kurma dinamakan 'kolak' yang didapati menerusi semaian benih oleh Profesor Sam Lak Juan. Dia mendapat tahu petani Thailand menanam pokok kurma sebagai tanaman alternatif yang didakwa menguntungkan berdasarkan hasil jualan buah kurma segar selain diproses menjadi pelbagai produk dijual di pasar raya besar. Kini dia juga mencuba membawa masuk anak pokok ke Malaysia bermula dengan 50 pokok pada 2015 dan melihat ada permintaan dalam pasaran tempatan terhadap tanaman itu sebagai pokok untuk memperindahkan kawasan. Dakwanya lama-kelamaan tanaman kurma dilihat serasi dengan cuaca tempatan apabila ada pohon sudah mengeluarkan bunga dan ada juga mula mengeluarkan buah. Jadi saya optimis suatu hari nanti pokok kurma ini boleh dijadikan tanaman komersial bagi tujuan pasaran buah pula.

Beliau menyatakan dimana aktiviti penjagaan pokok seperti tanaman lain, 'medium' adalah elemen penting iaitu tanah perlulah subur dan tiada takungan air. Jamaluddin mendakwa dia sempat bergambar dengan pokok kurma kolak dinegara jiran semasa buat lawatan (Sila lihat foto disebelah). Beliau dakwa dimana pemilik tanaman kurma ini berusaha keras dan telah merancang untuk merasa hasil buah. Asasnya dia perlu kenal terlebih dahulu karakter atau ciri-siri semasa peringkat peenyediaan atau pembelian benih kurma. Pokok kurma ini dalam satu pokok hanya ada satu spesies iaitu sama ada jantan atau betina. DIjelaskan dimana anak pokok disemai menerusi biji benih. Hanya selepas berbunga iaitu kira-kira tiga hingga empat tahun baru dapat kenal pasti spesies pokok. Karakter pokok jantan bunganya lebih berbentuk tajam sementara bunga betina pula berbiji. Buah kurma hanya boleh dihasilkan pokok betina apabila berlaku proses pendebungaan iaitu menerusi debunga daripada pokok jantan 'dikahwinkan' dengan bunga betina untuk dapat menghasilkan buah. Jadi pembeli dan penamam pokok kurma perlu faham semasa membeli pokok kurma kerana teknikalitinya memang tiada istilah jaminan pokok dibeli akan mengeluarkan buah melainkan ia adalah pokok betina.

Dalam pada itu bagi menyediakan beih perlukan medium asas untuk anak pokok dengan medium yang betul. Selalunya menggunakan tanah campuran iaitu dengan kada nisbah 3:2:1 iaitu tiga untuk tanah, dua kompos dan satu untuk pasir. Penjagaan lain ialah siram dan baja yang mencukupi memastikan pokok membesar serta tumbuh dengan baik. Anak pokok dan pokok dewasa memang perlukan baja yang baik iaitu baja untuk tumbesaran pokok dan untuk buah pada usia tiga tahun. Selain itu pokok ini memerlukan jarak yang mencukupi iaitu tujuh meter kerana kemampuan pokok ini membesar sepadan dengan usianya boleh mencecah lebih 100 tahun. Biasanya jika semua keperluan pokok ini dijaga rapi didakwa iaitu satu pokok saja boleh mengeluarkan hasil sehingga 100 kilogram dan anggaran pendapatan boleh dapat dengan sekali tuaian itu sekitar RM5,000. Seterusnya dijelaskan dimana diantara masaalah penyakit pokok kurma adalah dimana pokok ini kalah dengan musuh utama pokok jenis palma iaitu Kumbang Palma Merah (Red Palm Weevil -RPW). Kumbang dewasa akan bertelur pada pokok dimana larva daripada kumbang ini akan memakan umbut dalam batang pokok kurma sehingga pokok akhirnya mati. Ia boleh dikesan dengan simptomnya menerusi daun dan batang yang menandakan kehadiran serangga pemusnah itu. Walau pun petani boleh gunakan racun bersesuaian (racun sistemik) tetapi sebaiknya mesti mendapatkan khidmat nasihat khas daripada Jabatan Pertanian berhampiran bagi menangani masalah kumbang merah (Sila lihat foto disebelah). Kes kemasukkan secara 'tidak sah' benih kurma daripada Thailand ini apa yang penulis blog dapat maklum (memang sah) menyebabkan wabak serangan RPW telah memusnahkan ribuan pokok kelapa (Cocos nucifera) yang menyebabkan kehilangan hasila kelapa dan melibatkan kos kawalan jutaan ringgit di Malaysia. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK KURMA... RAMAI MENCARINYA...
BENIH DIJUAL... RAMAI YANG DITIPUNYA...
MEMBACA ARTIKEL... DIPERJELASKANNYA...
TERINGIN MAKAN KURMA... BELILAH SAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 3306, Camellia Building, 
Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, 
Bentong, Pahang, 
Malaysia.
(8 Muharam 1442H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...