Support My Blog

Friday, January 25, 2019

PISANG GORENG KEJU - POPULAR!

PISANG GORENG KEJU atau pun lebih popular dengan gelaran PISANG GORENG CHEESE merupakan sejenis makanan berasaskan pisang yang digoreng bersama keju. Pisang Keju ini semakin diminati ramai berbanding dengan pisang goreng tradisional yang hanya menggunakan tepung rangup sahaja. Apabila seseorang meminati makan pisang goreng panas dan dtambah pula dengan jala keju akan menambah rasa lemak kepada pisang tersebut. Penulis blog memang salah seorang peminat pisang goreng keju yang ada dijual di beberapa premis termasuk yang di jual di RnR PLUS Air Keroh, Melaka. Pisang (Musa spp) merupakan sejenis buah tropika tidak berusim yang ditanam di negara kita secara komersil untuk tujuan makan segar atau pun dproses untuk dijadikan kuih muih dan makanan ringan seperti kerepik pisang dan sebagainya. Terdapat berpuloh jenis pisang yang ditanam di Malaysia yang mana anda boleh mengenali jenis pisang ini dalam penulisan saya sebelum ini (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini)  dan berpuloh artikel lagi mengenai pisang dalam blog ini. Hanya beberapa jenis pisang yang sedap di goreng seperti Pisang Abu, Pisang Kapok, Pisang Tanduk, Pisang Nangka, Pisang Awak dan beberapa lagi. Biasanya ia juga bergantung kepada teknik menggoreng dan pasaran, pisang goreng dihidangkan dalam banyak keadaan dariada semasa mesyuarat, jamuan umum, minum petang bersama keluarga dan sebagainya. Pisang  merukapan jenis makanan yang murah tetapi dengan adanya produk piang goreng keju ini telah meningkatkan lagi nilai pasaran bagi pisang. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan paparkan mengenai industrii produk pisang goreng cheese atau pisang goreng keju seperti dilaporkan pihak media.


Di Kedah dilaporkan pisang goreng keju semakin laris apabila pelbagai transformasi dibuat oleh pengusaha produk makanan dalam memperkenalkan jenama mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Izham Ahmad salah seorang peniaga di gerai pisang goreng keju menaburkan keju dan gula perang ke atas pisang goreng yang semakin menjadi tumpuan di Jalan Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah (Sila lihat foto disebelah). Memang tidak kurang hebatnya makanan pisang goreng untuk sajian waktu petang dengan produk pisang goreng keju. Mungkin bagi yang pertama kali mendengarnya, walau ia agak pelik namun di Alor Setar pisang goreng keju antara makanan yang menjadi sebutan dalam kalangan penggemar pisang goreng. Kini telah ada pelanggan yang sanggup menunggu lebih dua jam untuk merasai keenakan pisang goreng keju, malah terdapat juga pelanggan yang membuat tempahan menerusi Facebook empat hari lebih awal. Sambutan yang diterima daripada pengunjung mengejutkan sehinggakan mereka terpaksa mengambil tempahan menerusi panggilan telefon kira-kira lima jam sebelum beroperasi. Perniagaan yang mula diusahakan dua tahun lalu itu pada mulanya hanyalah menjual pisang goreng sama seperti peniaga lain. Masa berniaga pisang goreng dahulu banyak persaingan di kawasan ini, jadi dia fikir perlu lakukan sesuatu untuk memberi kelainan kepada pelanggan. Dia kini mula buat pisang goreng coklat, pisang goreng sarung dan pisang goreng rangup namun pisang goreng keju lebih mendapat sambutan berbanding yang lain sebab itulah dia fokuskan kepada satu sahaja. Bekas chef yang berpengalaman dalam bidang makanan barat dan pastri ini memberitahu, kelainan pada pisang gorengnya adalah menggunakan tepung yang dihasilkan sendiri. Tepung segera yang diolah daripada resipi keluarga mertuanya itu merupakan bahan asas yang penting untuk tujuan merangupkan pisang goreng tersebut. Kombinasi gula perang di atas parutan keju memberi rasa yang berbeza berbanding pisang goreng keju yang lain. Dia memilih untuk taburkan gula perang di atas parutan keju adalah kerana rasa gula itu yang kurang manis, jadi semua orang boleh makan. Satu hari kira-kira 200 set pisang goreng keju yang dijual dengan memperuntukkan 50 - 60 sikat pisang. Didalam memastikan pisang goreng yang dihasilkan berkualiti, Izham hanya menggunakan satu kuali sahaja. Terdapat juga pelanggan yang meminta saya tambah bilangan kuali, namun ia bukanlah perkara yang mudah kerana saya mahu pastikan goreng pisang itu tidak hangus di samping menjaga kualiti. Dia amat menghargai semua para pelanggannya yang sanggup menunggu lama untuk membeli pisang goreng keju yang dihasilkan. Dia juga berharap agar pelanggan menghubungi kami terlebih dahulu antara pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari untuk membuat pesanan dan mengambil nombor angka giliran. Pelanggannya kini boleh mendapatkan pisang goreng keju di Jalan Langgar, belakang bangunan UNITAR International University (Unitar) bermula pukul 11 pagi hingga 6 petang dan tutup pada hari Jumaat.  Waktu operasi pisang goreng keju di Jalan Gunung Keriang pula adalah pada pukul 2.30 petang hingga 7 petang dan tutup pada hari Isnin dan Selasa. 


Dalam laporan lain oleh Kosmo bertajuk "Kerangupan tepung pisang goreng keju" dimana hidangan ini iaitu poreng keju dijual pada harga RM3 satu set. Pisang  goreng merupakan antara makanan yang digemari dalam dalam kalangan rakyat Malaysia. Makanan yang popular ini sering disaji pada waktu petang ini telah ditransformasikan mengikut cita rasa golongan muda melalui penghasilan pisang goreng keju. Mungkin nama itu agak pelik bagi sesetengah orang, namun di negeri Jelapang Padi pisang goreng keju yang dijual di Jalan Gunung Keriang, Alor Setar menjadi satu fenomena luar biasa sejak awal bulan ini. Apa yang lebih menarik dimana ada dalam kalangan ramai pelanggan yang sanggup menunggu lebih dua jam untuk menikmati pisang goreng keju malah terdapat juga ramai pelanggan yang membuat tempahan menerusi Facebook empat hari lebih awal. Perniagaan yang diusahakan sejak dua tahun lalu itu pada mulanya hanya menjual pisang goreng sama seperti peniaga lain. Rahsia tepung dan gabungan keju dan taburan gula perang menambahkan keenakan rasa pisang goreng keju (Sila lihat foto disebelah).  Biasanya masa berniaga pisang goreng dahulu banyak persaingan di kawasan ini. Ia menyebabkan saya berfikir jalan untuk memberi suatu kelainan kepada pelanggan. Merka telah mula mencipta pisang goreng coklat, pisang goreng sarung dan pisang goreng rangup, namun pisang goreng keju lebih mendapat sambutan. Mereka menfokuskan kepada satu jenis pisang goreng sahaja. Dia kata hanya menggunakan pisang awak, pisang abu atau pisang raja bergantung kepada bekalan daripada pembekal. Sebagai seorang chef yang berpengalaman di beberapa buah hotel di negara ini, Izham memberitahu, walaupun terdapat pisang goreng keju di negeri lain seperti Sabah, Kuala Lumpur dan Johor Bahru, Johor tetapi apa yang membezakan goreng pisang kejunya ialah tepung yang digunakan.Tepung segera yang diolah daripada resipi keluarga mertuanya itu juga yang merupakan bahan asas utama yang merangupkan pisang goreng beliau. Kombinasi gula perang di atas parutan keju memberi rasa yang berbeza berbanding pisang goreng keju yang lain. Taburan gula perang di atas parutan keju menambah keenakan pisang goreng keju kerana rasa gula itu yang kurang manis. Dja juga memberitahu, dalam sehari dia mampu menjual sebanyak 200 set pisang goreng keju dengan memperuntukkan kira-kira 50 hingga 60 sikat pisang awak dan abu. Dia amat menghargai pelanggannya yang sanggup menunggu lama untuk membeli pisang goreng keju yang dihasilkan.


Seterusnya akhbar My Metro berjatuk "Pisang keju leleh" dilaporkan sesuai untuk dikongsi infonya. Hirisan keju yang diletakkan ke atas pisang goreng yang di buat oleh penjual bernama Din ini ada  dijual di gerainya. Berita dari Kuala Lumpur ini popular dengan lelehan keju ditabur bersama gula merah di atas pisang goreng panas (Sila lihat foto disebelah). Lelehan ramuan dengan rasa rangup bercampur manis dan lemak menjadi formula seorang pengusaha yang tidak menang tangan melayan pelanggan.  Itu rahsia ramuan disaji pengusaha gerai Din Pisang Goreng  Din di Taman Danau Kota, Din suka mengekalkan citarasa tradisional pisang keju buatannya kerana ia sudah cukup memberikan rasa enak dan manis dalam pisang keju yang dihasilkan. Mengimbas kembali permulaan perniagaannya, dia langsung tidak mempunyai kemahiran memasak mempelajari resepi pisang keju daripada rakan karibnya akibat desakan hidup dan juga semangat ingin mencuba selok-belok perniagaan. Dia  berhenti kerja dan jual motosikal untuk membuka gerai pisang goreng. Waktu itu memang susah dengan tiada pengalaman dan kemahiran tetapu saya nekad mencuba nasib. Hari pertama berniaga hanya tiga kotak saja yang terjual, mula-mula goreng pisang pun hangus. Alhamdulillah bermula dengan 5 kilogram (kg) pisang sehari kini mampu menjual 135kg sehari kerana mendapat sambutan yang menggalakkan. Gerainya dibuka pada jam 2.30 petang hingga 7 malam dengan dibantu tiga pekerja bagi melayan pelanggan yang beratur panjang menunggu giliran. Semuga anda mendapat info berguna dari anim agro technlogy kali ini. Wasallam!!...
PISANG GORENG... KEJU LELEHNYA...
ADA COKLAT... TAMBAH DIATASNYA...
MEMANG ENAK... PANAS RASANYA...
IA POPULAR... ADA DIMANA-MANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia,
(16 JamadilAwal 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...