Support My Blog

Tuesday, January 1, 2019

SELAMAT TAHUN BARU 2019!

SELAMAT TAHUN BARU 2019!
Penulis blog ''Anim Agro Technology'' mengucapkan Selamat Menyambut Kedatangan Tahun Baru 2019 (bersamaan 24 RabiulAkhir 1440 Hijrah). Saya ucapkan dengan penoh kesyukuran kepada Allah SWT kerana sepanjang tahun 2018 dapat mencapai lebih cemerlang dalam menulis artikel sebagai bloggers dan telah menerima kunjungan ramai pembaca. Tahun 2019 merupakan tahun ke 11 saya akan terus mempaparkan artikel setiap hari satu artikel kepada semua. Seramai 16.5 juta telah melayari blog ini dan ia akan meningkat saban hari dengan folowwers sebanyak 1,776 orang sahaja. Rakyat Malaysia sehingga kini masih lagi merupakan pengunjung paling ramai (13.6 juta) diikuti dengan dari USA (0.856 juta), Indonesia (0.63 juta), Singapura (0.16 juta) dan ke 5 adalah dari India (98 ribu). Tiga artikel teratas yang paling banyak dibuat pautan adalah ''Kelapa Matag'', ''Cili Padi'' dan juga ''Durian Musang King''. Bagaimana pula ranking atau kedudukan blog anim agro technology di Malaysia dan didunia?. Walau pun perkara ini tidak memberi apa-apa kesan kepada penulis blog yang hanya hendak memberikan ilmu pengetahuan percuma kepada pembaca dengan niat sedekah akan tetapi ianya juga 'make sense'. Pada tarikh 12/12/2018 kedudukan blog anim agro technology berada pada ranking ke 604 di Malaysia dan pada ranking ke 360,787 diseluruh dunia mengikut Global Rank. Di Malaysia ranking domain yang berdekatan dengan animhosnan.blogspot.com adalah domain daropada mosti.gov.my pada kedudukan ke 601, mpspk.gov.my pada kedudukan ke 602, pnm.gov.my pada kedudukan ke 603 dan cosway.com.my pada kedudukan ke 605 (iaitu satu tangga kedudukkannya dibawah domain animhosnan.blogspot.com).



Sehingga hari ini 31 Disember 2018 sebanyak 5,040 buah artikel telah ditulis dengan tajuk ''Selamat Tahun Baru 209'' sebagai tajuk yang terakhir bagi tahun 2018. Artikel ke 5,000 telah diposting pada 13 Disember 2018 dimana menerima banyak respond dari kawan-kawan faccebook dengan 133 likes dan 47 comments dan 2 share (Sila lihat foto diatas). Beberapa rakan juga telah memasukkan pencapaian artikel ini kebeberapa grup whatapps dengan respon yang positif. Dibawah sebahagian daripada komen-komen daripada rakan-rakan fb yang rata-rata positif dan tidak ada yang negatif mengenai blog ini.



Penulisan artikel dalam blog anim agro technology masih berkonsepkan aktiviti pertanian, makanan dan teknologi pertanian yang berkaitan dengan sektor ini. Penerimaan maklumbalas kepada penulis bog melalui pelbagai cara seperti messeger, facebook, whattaps dan panggilan telefon sesekali mencetuskan idea untuk saya meneruskan lagi usaha penulisan sebagai bloggers. Semuga sumbangan dalam penulisan ilmu pengetahuan kepada semua pembaca akan diredhai Allah jua!. Doakan agar saya terus sihat, banyak idea dan mampu menyumbang bnyak artikel lagi. Wasallam... 
SELAMAT TAHUN BARU 2019!...
TAHUN 2019... MEMANG ISTIMEWA...
TAHUN BABI... ITU KALENDAR CINA...
 ARTIKEL.. LEBIH 5,000 SEMUANYA...
CAPAI 16.5 JUTA... JUMLAH PEMBACA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Cendana, Taman Cendana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka, Malaysia.
(23 RabiulAkhir 1440Hijrah)
Bersamaan 31 Disember 2018.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...