Support My Blog

Tuesday, January 15, 2019

KEKABU - SATU YANG PERLU ANDA TAHU

TANAMAN KEKABU (Ceiba pentandra) kini semakin kurang dikenali atau difahami kgunaannya oleh generasi baru. Pokok kekabu merupakan sejenis tumbuhan yang dipandang sepi oleh rakyat Malaysia kerana ia selalunya tumbuh liar dan 'tidak dipedulikan'. Pokok kekabu atau nama lain di Indonesia dalam bahasa Jawa sebagai pokok KAPOK adalah sejenis tumbuhan liar dimana penulis blog juga dapati kebanyakannya hidup secara tumbuh sendiri di beberapa kawasan di negara kita beberapa buah negara tropika dan Asia Tenggara yang lain. Pokok kekabu yang dari keluarga Malvaceae ini tumbuh menegak ini hidup sendiri tanpa perlu ada penjagaan seperti tanaman lain iaitu tumbuh di beberapa kawasan tropika lain di dunia dan kurang diambil perhatian serius. Penulis blog juga ada menjangka iaitu kemungkinan generasi muda kini kurang mengenali tumbuhan pokok kekabu ini kerana kegunaannya yang semakin berkurangan dalam kehidupan harian namun masih ada memilih cara tradisional ini untuk dikutip hasilnya. Pokok ini mampu tumbuh tinggi sehingga 60 - 70 meter daripada paras tanah dengan saiz ukurlilit batang mencecah maksima 3 meter didalam hutan. Pada batangnya sering keluar duri besar dan ianya akan hilang apabila duri tersebut gugur apabila pokok semakin dewasa. Pokok kekabu juga mempunyai jenis daun iaitu 'palmate' dengan ada 5-9 helai daun dalam satu tangkai. Daunnya berwarna hijau berukuran sekitar 20 cm panjang. Ia juga ada menghasilkan buah lengai yang berbentuk selinder lonjong panjang dan berwarna hijau semasa muda. Buahnya keluar dengan banyak setiap pokok dimana apabila matang buahnya mengandungi bahan seperti kapas lembut (Fiber) berwarna putih kekuningan dan banyak biji kecil berwarna hitam. Fiber lembut ini sebenarnya mengandungi bahan Lignin dan Selulos. Buah yang masak sama ada gugur sendiri atau dipetik boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Fiber seperti kapas ini yang dikutip dan dijadikan bahan asas untuk membuat Tilam, Barang Mainan, Bantal Kekabu, Lapis cushion, Bantal Golek atau Bantal Kapok. Pokok Kekabu juga lazimnya amat jarang ditanam petani secara monokrop seperti tanaman lain kerana ia dikatakan tidak ekonomik dan mengambil ruang yang banyak untuk tumbuh. Bagaimana pun pokok kekabu yang tubuh sendiri didalam kebun yang lazimnya bilamana biji benihnya yang dibawa oleh haiwan atau bawaan angin dan air tumbuh sendiri. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tumbuhan kekabu yang mudah ditanam dan tumbuh sendiri dimana hasilnya boleh dijadikan bantal kekabu, tilam kekabu dan sebagainya. 

Penulis blog membuat penelitian maklumat dimana dilaporkan dbahawa pokok kekabu satu ketika dulu begitu memang ia penting dalam masyarakat kita kerana menjadi gentian untuk menghasilkan tilam dan bantal.Nama botani bagi pokok ini adalah Ceiba pentandra dan tergolong dalam keluarga iaitu Bombacaceae. Tumbuhn ini dipercayai memang berasal dari bahagian tropika benua Amerika dan tidak tumbuh liar di negara ini. Bagaimanapun dilaporkan dimana pokok ini banyak ditanam di India, Myanmar, China, Indochina dan hampir semua negara di Asia Tenggara. Dari laporan mendapati pada masa penjajahan Belanda dinegara jiran dimana pokok kekabu ditanam dalam barisan di tepi jalan dan dijadikan sebagai tiang untuk talian telefon. Apa yang unik mengenai pokok ini penulis blog dapati adalah pada bahagian bunganya berukuran 4 cm lebar, berwarna putih kekuningan, mempunyai bentuk yang menarik dan dihasilkan dalam jambak pada hujung ranting. Ia kembang kira-kira 20 minit. Buahnya pula adalah seperti sejenis buah pepisang dengan warna buahnya hijau ketika muda dan berubah menjadi perang hingga hitam apabila masak selain merekah dari pangkal pucuk. Bahagian daunnya pula akan tumbuh rapat pada hujung ranting dan gugur serentak. Biasanya apa yang saya lihat kualiti kekabu bergantung kepada cara dan proses mengasingkannya daripada biji dan empulur. Kekabu sering digunakan untuk membuat tilam, bantal dan kusyen. Kekabu juga disebut sebagai kapuk. Apa yang seronok dimana bantal atau tilam yang disi dengan kekabu mampu bertahan hingga 20 tahun akan tetapi ia perlu dijauhkan daripada air dan dijemur dan dipukul dengan pemukul rotan bagi menyingkir debu kekabu yang hancur. Bagaimana pun penulis blog percaya generasi hari ini lebih selesa menggunakan bantal atau tilam kapas kerana mudah didapati dengan membelinya dikedai dn supermarket sahaja.

Terdapat laporan media bertajuk ''Kini jutawan produk kekabu'dengan hanya menjual tilam, bantal, selimut, cadar daripada kekabu. Berita dari Pulau Pinang ini mempaparkan diman En Hazizi Rashid sebagai usahawan kekabu berjaya bimbingan RISDA di Permatang Pauh, Pulau Pinang (Sila lihat foto disebelah). Dakwa beliau demi tekad mempertahankan perniagaan yang diasaskan keluarganya sejak 1983, Hazizi Rashid tidak lokek untuk melabur hampir RM10 juta bagi memulakan syarikat R.Ulong Sdn. Bhd. Beliau berusia 38 tahun percaya biarpun perniagaan peralatan rumah ber­asaskan kekabu seperti tilam, bantal, selimut dan cadar itu ada yang mengganggap tidak menguntungkan beliau berjaya membuktikan perkara sebaliknya. Ini kerana sejak ditubuhkan pada 2007, syarikat itu berjaya mencatatkan keuntungan sehingga RM3 juta setahun dengan proses pengeluaran dibuat di kilang yang serba canggih di Kawasan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Kubang Menerong dekat Tasek Gelugor. Perniagaan ini adalah wa­risan keluarga yang bermula sejak 1983 di Pokok Tampang dekat Tasek Gelogor dan mampu bertahan lama sebelum saya me­ngorak langkah membuka syarikat R.Ulong Sdn. Bhd. Kini siapa sangka produk ke­kabu keluaran syarikat tempatan mampu memecah pasaran luar negara termasuk di Thailand, Indonesia, Vietnam dan Kemboja dimana selain 70 peratus pasaran tempatan. Beliau ditemui selepas menerima Anugerah Usahawan Unggul pada Karnival Usahawan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) peringkat negeri Pulau Pinang. Potensi produk kekabu amat tinggi terutama untuk pasaran tempatan menyebabkan dia terpaksa membawa masuk bahan mentah dari Indonesia kerana keluaran kekabu dalam negara tidak mencukupi memenuhi permintaan. Pelanggan juga terpaksa mengeluarkan kos logistik yang tinggi sekiranya ingin membeli produk kekabu siap dari luar negara, sekali gus keluaran syarikatnya menjadi pilihan. Syarikat juga mampu mengeksport produk ke luar negara kerana syarikat ini satu-satunya kilang IKS yang mendapat pengecualian cukai duti import. Sekarang terdapat 20 outlet yang menjual produk kami di pasar raya besar seluruh negara, selain hampir 60 pemborong.

Kisah mengenai kekabu juga telah dilaporkan media bertajuk ''Hasilkan produk kekabu dari rumah'' iaitu satu aktiviti dirumah yang didakwa ada menguntungkan. Perniagaan menjual bantal kekabu yang diusahakan di rumah mampu memberi pulangan lumayan kepada Pn Azlina Wahab yang menjual produk bantal kekabu yang dihasilkan di rumahnya di Taman Wangi, Gua Musang, Kelantan (Sila lihat foto disebelah). Akhbar Utusan tersebut laporkan pada awalnya perniagaan yang diusahakan oleh Azlina Wahab berumur 50 thun yang tinggal di Taman Wangi di sini dilakukan secara kecil-kecilan untuk memenuhi permintaan ahli ke­luarga dan kenalan rapat, namun kini semakin berkembang apabila mendapat tempahan dari seluruh negara. Produk bantal dan tilam bayi berasaskan kekabu masih menjadi pilihan di pasaran kerana rekaannya yang unik dan berkualiti. Keistimewaan bantal dan tilam kekabu ialah dapat menyejukkan badan dan memberi keselesaan ketika tidur. Selain menghasilkan bantal dan set tilam bayi dengan pelbagai corak yang menarik, saya turut membuat bantal karipap yang nipis serta lembut sesuai untuk bayi yang baru lahir. Dalam sehari, saya mampu dalam usaha menghasilkan 100 biji bantal. Beliau yang telah membabitkan diri dalam bidang itu lebih 10 tahun lalu berkata, dia berdepan kesukaran untuk mendapatkan kekabu yang berkualiti di jajahan ini. Dia terpaksa mendapatkan kekabu daripada beberapa pengusaha di sekitar Kota Bharu. Dakwanya selain menjalankan perniagaan atas talian, produknya berasaskan isi kekabu turut dijual di pasar malam. Bagi menjalankan perniagaan itu beliau telah pun mengeluarkan modal permulaan sendiri seba­nyak RM2,000. Saya turut mendapat bantuan daripada Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Amanah Ikhtiar Malaysia dan Risda. Beliau berharap ada bantuan mesin jahit baharu bagi melancarkan pro­ses menghasilkan lebih banyak sarung dan bantal kekabu. Dia juga menjual bantal bayi bermula harga RM5 - RM25 satu unit mengikut jenis saiz.

Laporan My Metro pula oleh wartawan Ayusliza Azizan bertajuk ''Tauke bantal kekabu'' juga menarik dikongsikan. Berita dari Shah Alam ini mempaparkan kejayaan siswazah di negeri Selangor.  Biarpun perniagaan diusahakannya pernah kerugian dan memerlukan tambahan modal, ia tidak mematahkan semangat seorang usahawan muda yang kini mencapai jualan antara RM15,000 - RM30,000 sebulan sebagai pembekal alatan jahitan dan bantal kekabu. Beliau yang dimaksudkan adalah Mohd Zulhikmi Zolkifli yang berumur 28 tahun iaitu seorang daripada 28 usahawan yang mengikuti program Graduate Realizing Opportunities Way Forward (GROW) dan menerima pentauliahan selepas menamatkan modul keusahawanan enam bulan. Beliau yang memiliki Ijazah Perakaunan daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu berkata, dia mula menceburi bidang perniagaan berkenaan selepas bekerja di lapan syarikat swasta sebagai akauntan (Sila lihat foto disebelah). Pada awalnya beliau hanya menjalankan perniagaan dalam talian sebelum memiliki sebuah kedai di Klang bagi membantu penduduk sekitar membeli alatan jahitan pada harga murah. Kini hasil jualan sejak 2015 itu bagaimanapun tidak dapat menampung perbelanjaan sebelum ia berubah selepas menyertai GROW hingga mendapat 50 peratus margin keuntungan. Beliau nyatakan demikian semasa Majlis Pentauliahan dan Graduasi Usahawan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Majlis itu bagaimana pun telah disempurnakan Pengurus Besar Pembangunan Strategik PKNS Suhaimi Kasdon. Beliau juga menyasarkan mencapai jualan mencecah RM100,000 sebulan dalam tempoh terdekat selepas menerima bimbingan dan strategi menguruskan perniagaan yang betul tanpa perlu mengeluarkan modal tinggi.

Laporan bertajuk ''Sesejuk bantal kekabu'' juga menarik dikongsikan mengenai kekabu dengan pembaca dari My Metro. Wartawan Murniatie Musa seterusnya nyatakan dimana kekabu yang bersifat sejuk, memerangkap haba dan tidak mengandungi bahan kimia mempunyai peminatnya tersendiri dan kebanyakan pengguna gemar menjadikan tumbuhan itu sebagai tilam, bantal dan anak patung. Pokok kekabu atau nama saintifiknya Ceiba pentandra adalah sejenis tumbuhan yang hidup secara meliar di beberapa kawasan di negara ini serta beberapa kawasan tropika lain di dunia. Mungkin generasi muda kini kurang mengenali tumbuhan ini kerana produk dan kegunaannya yang semakin berkurangan dalam kehidupan namun masih ada memilih cara tradisional ini. Di sebalik keselesaan dan kelembutan bantal kekabu, ia menjadi punca rezeki kepada pengusahanya kerana mampu memberikan pulangan yang lumayan. Dalam pada itu Puan Yang Latifah Yang berumur 58 tahun dan rakan-rakanya akan terus menghabiskan rutin sehariannya lebih 10 tahun dengan mengutip dan memproses kekabu berkata memang ada permintaan kekabu sentiasa ada walaupun berdepan kesukaran mendapatkan bahan itu. Kumpulan ini akan mengutip kekabu dan memprosesnya menjadi pelbagai produk berasaskan kekabu secara bersama. Semuga artikel ditulis subuh pagi ini akan memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology semuanya. Wasallam!!!.
PKOK  KEKABU... JARANG DIJUMPA...
POKOK TINGGI... IA BERBUAH PULA...
KEKABU DIKUTIP... PELBAGAI GUNA...
ADA DILAPOR... DALAM MEDIA JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 724, Citadines Hotel and Apartment,
Cyberjaya, Selangor,
Malaysia.
(2 JamadilAwal 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...