Support My Blog

Wednesday, January 9, 2019

SHORGUM - DITANAM DI INDONESIA

SHORGUM (Shorgum bicolor L. Moench) adalah tanaman yang kurang dikenali di negara kita tetapi tanaman ini banyak diusahakan di negara jiran seperti di Indonesia. Menurut dari beberapa buah artikel dari sana, penulis blog terus menulis semula kandungan rencana tersebut untuk dijadikan bahan bacaan didalam Anim Agro Technology ke 5,076. Sebagai latar belakang, tanaman shorgum merupakan salah satu tanaman makanan sesuai dikawasan tanah yang kering yang berpotensi bagi dikembangkan di Indonesia. Shorgum dapat digunakan sebagai tanaman makanan (pangan), makanan ternakan (pakan) dan juga untuk bioenergi (bioetanol). Ia juga boleh disesuaikan dikebun yang marginal kesuburan tanahnya bagaimana pun ia memerlukan air relatif lebih sedikit kerana ia juga lebih toleran terhadap kekeringan dibanding tanaman makanan lain (Deptan, 1990). Biji sorgum mempunyai kualiti nutrisi bijirin yang setanding dengan jagung atau beras iaitu ianya ada bahan kandungan seperti proteinnya lebih tinggi dan kandungan lemaknya lebih rendah. Shorgum dimanfaatkan sebagai tanaman utama (ruji) yang membekalkan makanan penduduk di lebih 30 buah negara. Selain sebagai bahan makanan, dilaporkan biji sorgum juga digunakan sebagai bahan asas untuk industri makanan seperti menghasilkan produk gula, monosodium glutamate, asid amino, minuman berkhasiat malahan pada daun hijaunya digunakan sebagai makanan ternakan. Terdapat juga kegunaan shrgum yang digunakan sebagai bahan asas bagi menghasilkan tenaga terutama shorgum manis. Di USA umumnya sorgum ditanam untuk tujuan dijadikan makanan ternakan (University of Arkansas 1998) bagaimana pun tanaman shorgum ditanam secara komersil yang luas. Shorgum memang sudah lama dikenali di negara Indonesia dan dengan tujuan penanaman yang berbeza dari setiap kawasan. Penghasilan biji shorgum di lapangan masih terbatas untuk dijadikan bahan makanan seperti dasar oleh Kementerian Pertanian mereka. Sehingga kini berlaku juga pengluasan tanaman shorgum dan dijangka akan mendapat perhatian yang lebih baik oleh petani sebab ianya dipercayai yang merupakan sejenis komoditi ini mempunyai potensi yang cukup besar untuk dijadikan berbagai produk makanan proses ataupun pakan dan bahan asas industri. Artikel subuh ini dalam ''Anim Agro Technology'' saya mempaparkan dan sesuaikan iaitu satu tajuk mengenai tanaman shorgum dari negara jiran Indonesia untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan kepada semua pebaca.

Taksonomi tanaman shorgum ini mudah difahami kerana ia dari pengkelasan kingdom - Plantae, Sub kingdom - Viridiplantae, Division Tracheophyta, Kelas - Magnoliophytina, Ordo - Poales, Famili - Poaceae, Genus - Sorghum Moench serta nama spesies sebagai Sorghum bicolor L. Ia sesuai tumbuh disemua jenis tanah kecuali pada tanah jenis Podzolik Merah Kuning yang masam dan shorgum adalah mempunyai tahap kemampuan adaptasi yang luas. Tanaman shorgum juga mempunyai sistem perakaran yang menyebar luas dan lebih toleran dibanding tanaman seperti jagung yang ditanam pada tanah berlapisan keras cetek. Tanah jenis Vertisol, Aluvial, Andosol, Regosol dan jenis Mediternian umumnya sesuai untuk ianya ditanam dengan shorgum. Iklim sesuai dilokasi dimana ia mempunyai curahan air hujan dan kelembaban udara yang rendah. Curahan air hujan diantara 50 -100 mm selama jangkamasa 2.0 - 2.5 bulan sejak mula tanam diperlukan jika tidak ada siatem pengairan dipasang. Tanaman shorgum dapat tumbuh dan berhasil dengan baik pada kawasan yang curah air hujannya tinggi selama fasa pertumbuhan hingga fasa penuaian hasil. Shorgum dengan memanfatkan residu air tasik, paya atau kolam yang telah megering. Untuk memperoleh hasil tuaian lebih 5t/ha dengan menggunakan varieti unggul yang responsif terhadap semua jenis baja, shorgum juga memerlukan pengairan empat kali ganda jumlahnya. Shorgum lebih sesuai ditanam di kawasan yang bersuhu panas iaitu lebih dari 20 celcius dan udaranya kering. Jadi kawasan tanaman terbaik bagi shorgum adalah tanah pamah sekitar 1 - 500 meter ketinggiannya dari paras laut. Apa pun jika ada kabus dan berawan serta intensiti radiasi matahari yang rendah tidak sesuai bagi tanaman shorgum yang jejaskan hasilnya. Tanah pada tahap ketinggin lebih 500 meter dari paras laut pula menyebabkan kesan kepada jangkamasa menuai menjadi lebih lama. Proses penanaman shorgum memerlukan benih berkualiti dari varieti yang disyorkan.

Menanam shorgum perlukan benih dari varieti yang disyorkan dan berkualiti. Harga benih shorgum juga sekitar Rp25,000/kg (RM8.50/kg) dimana ia mesilah mendapat jaminan kualiti (Sila lihat foto disebelah). Keperluan benih adalah 10 -15 kg sehektar bermakna kos dijangka sebanyak RM 85.00 - RM127.50 sehektar bergantung kepada verieti, cara menanam, jarak tanaman dan jenis tanah. Benih yang baik mampu bercambah 90% dimana kajian mendapati benih shorgum mempunyai jangkahayat selama 1 tahun. Itu pun jika ia disimpan didalam bekas terkawal iaitu dengan kandungan kelembapan 10% dan didalam keadaan suhu sejuk diantara 10 - 16 celcius. Jadual penanaman shorgum boleh ditanam sepanjang tahun sama ada pada musim hujan atau pun pada musim kemarau peringkat awal penanan tidaj terjadi banjir atau berlaku keadaan kekeringan. Biasanya dikawasan bebun yang agak kering shorgum sebaiknya ditanam pada awal atau akhir musim hujan ditanam secara monokrop. Jika ia ditanam pada musim kemarau biasanya ia akan memberi hasil lebih rendah dibandingkan dengan masa penanaman pada musim hujan. Ini juga disebabkan oleh gangguan oleh musuh dan serangga perosak termasuk oleh burung selain proses pengisian biji kurang sempurna akibat ketersediaan air yang terbatas. Kebun perlu dibersihkan dari sisa-sisa tanaman sebelumnya atau rumpai dengan cara membajak dua kali dan merotor atau kaedah lain yang sesuai. Penyediaan tanah dimaksudkan dengan teknik menggemburkan tanah, meningkatkan pengudaraan tanah dan membasmi semua jenis rumpai mengendalikan gulma. Sediakan sistem saliran (drainage) serta sistem pengairan yang sesuai dikawasan tanaman.  


Penanaman dilakukan setelah kerja tanah selesai dengan membuat lubang tanam pada jarak 60 -70 cm) x 20 cm mengikut varieti dan kesuburan tanah serta kadar ketersediaan air. Pada tanah yang kurang subur dan kandungan air tanah rendah sebaiknya menggunakan jarak tanam lebih lebih jauar atau kepadatan tanaman dikurangkan dengan kepadatan sekitar 125,000 pokok/ha. Bagi mengurangkan penguapan air tanah sebaiknya jarak tanaman diantara baris dilakukan dengan cara menugal. Cara membuat lubang tanaman menggunakan alat tugal mengikuti arah yang telah ditentukan sesuai dengan jarak tanam yang diinginkan lebih baik (Sila lihat foto disebelah). Kedalaman lubang tanam tidak lebih dari 5 cm. dimana bagi setiap lubang tanam diisi dengan 3 - 4 biji benih dimana ia kemudian ditutup dengan tanah. Lazimnya benih shorgum ini akan tumbuh 5 hari setelah menanam. Pada umur 2 - 3 minggu setelah ditanam maka perlu dibuat penjarangan dengan meninggalkan dua tanaman setiap lubang.Tumbuhan yang mempunyai jarak betul dan pembajaan betul mampu memberikan hasil yang optima. Pembajan shorgum secara  tradisional dikawasan agak kering dan juga jika tahap kesuburan tanah rendah akan memberikan hasil rendah. Shorgum dengan sistem perakaran tersebar berpotensi menigkatkan penyerapan unsur nutrien dan air dari dalam tanah. Pada keadaan yang terbatas hebatnya adalah shorgum dapat tumbuh dengan baik dibandingkan tanaman birjirin lain. Umum shorgum akan mmemberi hasil tinggi pada keadaan air dan baja yang opitimal. Ia sesuai tumbuh baik pada pH6 - pH7.5. Jika tanah tanah kekurangan unsur makro dan mikro kesannya adalah  hasil dari shorgum rendah seperti kekurangan N,P dan K. Unsur mikro seperti Fe, Zn, Mg, B, Cu,dan sebgainya. Baja N terpentinguntuk shorgum walau pun jumlah keperluan sepokok berbeza mengikut banyak faktor. N sangat efektif untuk shorgum iaitu keperluan 90% kg N/ha. Pada kawasan kbun yang agak kering keperluan N tidak lebih dari 100 kg/ha.


Tanaman shorgum perlukan air kerana ia adalah jenis tanaman yang perlukan iar dengan Jumlah Yang Cukup. Bagaimana pun banjir akan memusnahkan pokok shorgum. Keperluan air adalah kritikal pada peringkat awal penanaman sehingga fasa pengisian biji (filling stage) dan biji mula mengeras. Kawalan rumpai perlu dilakukan kerana rumai ini akan menurunkan hasil dan kualiti biji shorgum terutama pada awal musim hujan kerana ia mampu menuunkan hasil dengan sangat signifikn.  Hasil kajian mendapati hasil sorgum turun 10% - 20% jika aktiviti kawalan rumpai tidak dilakukan selama 2 minggu fasa pertama pertumbuhan. Jika menanam pada musim kemarau kawalan sesuai menggunakan racun rumpai seperti 2,4-D atau racun jenis  pracambah. kawalan rumpai ini sebaiknya dilakukan semasa membuat penjarangan tanaman. Berikan baja 3 - 4 minggu selepas tanam dengan cara menggemburkan tanah di sekitar batang tanaman dan ia kemudian menimbunkan tanah pada pangkal batang untuk merangsang pertumbuhan akar dan memperkukuhkan tanaman agar tidak mudah rebah. Kawalan perosak tanaman seperti serangga dan penyakit dilakukan jika tanaman menunjukkan gejala-gejala serangan. Cara dan wakku kawalan adalah juga bergantung pada jenis serangga dan penyakit yang menyerang. Aktiviti menuai shorgum dilakukan apabila ia berumur 3 - 4 bulan setelah ditanam dan ia bergantung pada varieti yang ditanam. Ia sedia dituai apabila dilihat biji terbentukIa dilihat dengan ciri dimana bijinya berwarna kuning dan mengering dengan dilihat biji bernas dan keras dengan kadar tepung maksima.  Jika aktiviti penuaian akibatkan kualiti biji dan biji mulai akan mula bercambah akibat kelembaban udara cukup tinggi. Cara menuai shorgum dengan memotong tangkai malai sepanjang 15 - 20 cm dari pangkal malai pada waktu terang dan tidak hujan. Hasilnya perlu dikeringkan dengan kaedah menjemur di bawah sinar matahari dan kemudian ia perlu dileraikan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..

TANAM SHORGUM....NEGARA INDONESIA...
TANAMAN BIJIRIN..MEMANG BANYAK GUNA...
BENIH DISEMAI... DITUGAL DIBARISANNYA...
LEPAS 3 BULAN... DITUAILAH HASILNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 324, Citadines Hotel Cyberjaya,
Cyberjaya, Selangor.
(29 RabiulAkhir 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...