Support My Blog

Saturday, January 19, 2019

CAKOROI - APA DIA? (Part 1)

CAKOROI adalah nama sejenis minuman hasil campuran air ketum dan ubat batuk tonik serta minuman berkarbonat yang popular dikalangan mereka yang mengambil air ketum untuk 'tangkap lentuk' atau pun memabukan atau menghayalkan. Perkataan 'cakoroi' atau 'koroi' hanya popular dikalangan beberapa negeri di utara Semenanjung Malaysia seperti di Perlis dan Kedah. Orang di Selatan Semenanjung seperti orang Melaka dan Johor mungkin keliru dengan perkataan 'kuih cakoi' yang enak dimakan jika kurang meneliti akan perkataan ini. Kedua-duanya adalah berbeza dari segi maksud dan kegunaanya. Daun ketum (Mitragyna speciosa) merupakan sejenis tumbuhan yang menghasilkan bahan Mitragynine iaitu sejenis bahan sedatif yang menghayalkan. Pokok ketum merupakan sejenis pokok saka yang biasanya tumbuh liar dibeberapa lokasi dalam hutan atau belukar di utara Semenanjung Malaysia walau pun ada dakwaan iaitu terdapat beberapa orang yang ada menanamnya untuk pelbagai tujuan. Pengambilan air ketum yang mana dahulu digunakan untuk menambah tenaga bagaimana pun kini berubah kepada penyalahgunaan bahan memabukkan dan menghayalkan yang dilarang dibawah Section 30 Akta Racun 1952. Dahulu mereka yang bekerja berat akan minum air ketum ini untuk menjadikan mereka kuat untuk melakukan tugasan berat. Kini semakin ramai anak muda mengalami ketagihan air ketum dimana sebahagian kecil daripada mereka mungkin telah rosak akibat kesan dari pengambilan ketum ini kerana air ketum atau cakoroi. Ada laporan dimana setiap hari dihabiskan sekurang kurangnya RM5.00 untuk 3 bungkus air ketum. Bagaimana pun atas dari aspek kreativiti dikalangan mereka daripada asalnya hanya minum air ketum sahaja (di gelar minum ketum 'O') tetapi terkini mereka telah mencipta cakoroi. Cakoroi secara asasnya adalah hasil dari campuran Air Ketum (RM5.00), Ubat Batuk (dyanedryll) (RM7.00) dan Coca-Cola (RM3.50) serta sekotak rokok jenama Surya (RM6). Bahan-bahan ini akan di di bancuh dan diminum memberikan kesan rasa seronok seketika tetapi sebenarnya ada racun yang ditinggalkan didalam badan yang membahayakan. Artikel malam ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya menulis Part 1 dari dua episod sambil menonton rancangan Astro ''Final Raja Lawak Mega'' yang juaranya adalah kumpulan Shiro untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda.

Dalam sebuah artikel di media tempatan bertajuk ''Cakoroi - campuran air ketum dan ubat batuk tonik baru kaki lentok'' oleh akhbar Harian Metro dan Sinar Harian sesuai dikongsi infonya. Berita dipetik dari Kangar ini menyatakan Menteri Besar Perlis ini menyatakan dimana kerajaan bimbang gejala ketagihan air ketum berleluasa kalangan remaja dan pelajar di Perlis. Beliau juga kurang senang dengan pembabitan sebahagian pelajar sekolah menengah di negeri ini dalam gejala itu termasuk pelajar dari tingkatan satu. Dakwanya apa yang lebih teruk dimana air ketum itu turut dicampur dengan ramuan lain antaranya cakoroi agar lebih mengkhayalkan. Maklumat diperolehi pihak berkuasa nyatakan adalah dipercayai 20 peratus pelajar sekolah menengah termasuk mereka yang belajar di tingkatan satu menjadi penagih air daun ketum bercampur adunan dikenali cakoroi. Pengambilan air ketum atau `air daun biak’ terutama membabitkan pelajar perlu dilihat sebagai satu masalah yang berat. Pada masa sama ujud kes penanaman pokok ketum atau biak oleh sejumlah penduduk di negeri ini begitu bebas memandangkan tiada undang-undang yang boleh menghalang mereka menanam tumbuhan tersebut. Dakwanya beliau melihat sendiri betapa pokok ketum ditanam sewenang-wenang oleh penduduk di beberapa kawasan luar bandar yang pernah dilawati di bawah program turun padang. Terdapat sejumlah penduduk di negeri Perlis terutama di luar bandar menanam pokok ketum untuk dijadikan sumber pendapatan tambahan iaitu berikutan daun ketum mendapat permintaan tinggi di negara jiran, Thailand. Beliau menggesa agar penduduk terbabit melupakan saja hasrat menjadi kaya dengan hasil jualan daun ketum ke negara memandangkan tanaman ketum yang kini diletakkan di bawah akta racun akan dipinda ke Akta Dadah Merbahaya yang pastinya membawa kepada kesan hukuman lebih berat. Beliau juga meminta ibu bapa supaya mengawasi pergerakan anak2 supaya mereka tidak terus terjerumus yang akhirnya akan menjejaskan masa depan mereka. Dia turut meminta ibu bapa memantau masalah ponteng sekolah kalangan pelajar yang semakin serius kerana tindakan pelajar berkaitan hanya akan menjejaskan pelajaran mereka. Ibu bapa tidak seharusnya meletakkan tanggungjawab memantau masalah ponteng sekolah ini kepada pihak sekolah atau guru semata-mata kerana pelajar mempunyai masa yang panjang bersama keluarga atau ibu bapa selepas waktu bersekolah.

Dalam artikel lain penulis blog merujuk kepada laporan Harin Metro bertajuk ''Penangan Air Ketum dan Cakoroi'  sesuai untuk dirujuk dalam artikel ini. Menurut artikel tersebut mereka yang minum cakoroi akan menyebabkan kesan seperti Saraf Otak Pecah, Muka menjadi gelap, mata jadi cengkung, tubuh badan menjadi kurus, hilang keupayaan diri dan akan mengelami ketagihan yang melampau. Demikianlah kesan daripada sejenis tonik baru dinamakan 'cakoroi' iaitu hasil kombinasi campuran air ketum, minuman bergas atau minuman berkarbonat dan juga ubat batuk. Bukan sahaja kalangan remaja lelaki yang mengambil minuman cakoroi ini malahan ada kalangan murid atau remaja perempuan yang meminumnya (Sila lihat foto disebelah). Jika penagih ini mengambil minuman cakoroi ini secara berterusan maka dia sebenarnya menempah maut kerana kesan komplikasi buah pinggang serta komplikasi organ hati selain gangguan teruk pada otak. Telah ada bukti klinikal dan perubatan yang mana ia menunjukkan peminumnya adalah sengaja menempah maut. Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Perlis Dr Ghazali Othman memberitahu dimana pengambilan air ketum yang dicampur dengan bahan lain itu boleh memberi kesan sama seperti mengambil Kokain dan Morfin. Dalam pada itu mereka yang mengambil air ketum juga dengan kerap akan mendatangkan masaalah kepada organ seperti buah pinggang, hati selain ia akan menganggu saraf otak dimana ia sekaligus akhirnya adalah menempah maut.

Dalam laporan lain bertajuk ''Lima 'pot cakoroi' di Padang Besar diserbu'' memang menunjukkan aktiviti ini telah mengancam masyarakat tempatan (Sila lihat foto disebelah). Berita dipetik dari Padang Besar ini menyatakan sebanyak lima (5) lokasi tumpuan membekalkan kepada kira-kira 500 orang penagih "pot cakoroi" di daerah ini diserbu pihak berkuasa dalam serbuan selama dua hari pada 31 Julai 2017 dan kelmarin. Dalam serbuan itu juga seramai enam lelaki tempatan berusia antara 25 - 45 tahun, termasuk seorang daripadanya yang berketurunan Siam diberkas. Ketua Polis Daerah Padang Besar Pemangku Superintenden Muhamad Halim Yatim berkata, polis turut merampas sebanyak 414 liter air daun ketum bernilai RM2,000; 38 kilogram daun ketum (RM1,100) dan 19.9 liter ubat batuk (RM1,900). Katanya semua lokasi-lokasi serbuan itu ialah di Kampung (Kg.) Guar Musang, Panggas; Kg. Kolam, Batu 20, Kg. Tersusun dan Kg. Titi Tapang di sini. “Secara keseluruhan di lima lokasi ini yang beroperasi di belakang rumah sejak antara dua hingga tiga bulan lalu dimana ia mampu membekalkan kepada 500 pengguna di sekitarnya setiap hari. “Dianggarkan pemilik-pemiliknya mengaut keuntungan lumayan sebanyak RM500 sehari iaitu RM5.00 bagi setiap bungkus ‘cakoroi’ (air daun ketum yang diproses bersama ubat batuk),” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bagi mengumumkan kejayaan operasi Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ibu pejabat Polis Daerah Padang Besar di sini hari ini. Menurutnya kesemua suspek direman selama empat hari daripada tarikh tangkapan untuk siasatan mengikut Akta Racun 1952 dan akan dituduh di mahkamah dalam masa terdekat. Sepanjang tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, pihaknya telah juga merampas sebanyak 34 tan daun ketum diikuti 830 liter air ketum dan menahan seramai 104 orang. Pihak Polis juga  turut menyita sembilan buah motosikal, 13 buah kereta dan dua buah trak pikap. Kesemua rampasan yang dianggarkan bernilai kira-kira RM1.3 juta.

Penulis blog terus merujuk media tempatan yang bertajuk ''Jadi gila minum cakoroi'' iaitu berita yang dipetik dari Alor Setar, Kedah. Berita tersebut nyatakan kata-kata pengusaha cakoroi dimana dia pernah buat resipi ‘cakoroi’ akan tetapi dia tidak minum sebab seorang kawannya pernah ketagih minuman itu. Sekarang kawannya sudah jadi tidak betul (sakit mental) dan merayau-rayau sekitar kampung akibat ketagih cakoroi. Ini semua bahan dari resipi baru terbabit. Begitu kata seorang ‘tukang masak’ cakoroi yang mahu dikenali sebagai Zainal berumur 35 tahun ada menceritakan mengenai cakoroi yang popular terutama dalam kalangan remaja. Zainal yang bekerja sendiri berkata, dia kini sudah serik untuk mengambil minuman campuran terbabit kerana rakan karibnya sendiri kelihatan seperti hilang akal berikutan ketagihan kronik terhadap cakoroi.  “Dulu, saya dan dia (rakan karib) memang suka minum cakoroi itu. Lazimnya, kami akan minum tiga kali sehari iaitu sebelah pagi, tengah hari dan malam. Rasanya sedap, tidak pahit. Manis-manis campur dengan rasa khayal sedikit, namun minuman itu mampu beri ‘tonik’ kepada kami. Mereka pernah mengamalkan minuman itu hampir setahun lalu, namun semuanya berubah apabila rakan saya kerap mengadu sakit kepala dan ketagihan. Akhirnya, pada dua bulan lalu, rakan saya menghadapi masalah mental dan dia tidak ubah seperti orang gila,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui, di sini. Menurutnya, rakannya itu kini sering merayau-rayau di sekitar kampung di pinggir bandar raya ini dan juga kelihatan bercakap bersendirian serta tidak mampu lagi menguruskan diri sendiri. Zainal berkata, dia difahamkan oleh keluarga lelaki berkenaan, mereka pernah membawa anaknya ke hospital untuk mendapatkan rawatan, namun hasil pemeriksaan disahkan lelaki terbabit menghadapi gangguan mental. Rakannya itu banyak bergantung kepada ubat-ubatan yang diberikan pihak hospital dan keadaannya juga tidak banyak berubah. “Ini adalah bahana resipi cakoroi. Sejak itu, saya tidak lagi minum minuman campuran terbabit. Cukuplah apa yang terjadi kepada kawan baik saya ini. Saya ada isteri dan anak, saya tak mahu mereka menderita akibat resipi gila ini. “Memang saya akui susah juga ingin untuk menghilangkan ketagihan minuman itu. Tetapi, setiap kali memandang anak dan isteri, saya kuatkan juga hati untuk tidak minum cakoroi,” katanya. Zainal berkata, resipi itu bukan baru bagi penggemar air ketum kerana ia mampu memberi kesan khayal tetapi menjadi kebimbangan apabila menjadi kegilaan terutama kepada golongan remaja yang sanggup mencari ramuan asas minuman itu dan mereka membuatnya sendiri untuk kegunaan mereka. Dia pun tidak baik sangat, tetapi melihat keadaan remaja sekarang, saya tidak pasti apa yang akan terjadi kepada mereka. Usia masih muda, tapi nanti otak sudah rosak. Ada juga saya nasihatkan secara tidak langsung, namun remaja zaman sekarang ini susah hendak ditegur. Kalau hendak tegur lebih-lebih nanti mereka marah. Sila baca sambungan artikel ini dalam Part 1 dan Part 2 bagi mendapakan lebih info mengenai cakoroi ini. Semuga anda mendapat info berguna dari rencana dalam anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
MENULIS AERTIKEL... CAKOROI TAJUKNYA...
CAMPURAN AIR KETUM.. UBAT BATUK JUGA...
DITAMBAH MINUMAN BERGAS... COCACOLA...
MERBAHAYA... AKIBATKAN MAUT AKHIRNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(13 JamadilAwal 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...