TAMAN ORGANIK XENXIN yang terletak dijalan utama Air Hitam - Kluang merupakan salah satu ladang organik bertaraf dunia di Projek Pertanian Moden. Penulis blog dengan rombongan daripada MoA telah meninjau taman oganaik ini dan mendapatkan informasi mengenai produk pelancongan strategik yang berhampiran dengan lebuhraya PLUS iaitu hanya kira-kira 8 minit sahaja untuk kedistinasi daripada Plaza Tol Air Hitam. Taman Organik Zenxin adalah kawasan rekreasi yang membolehkan pelancong datang dan melawat bagi menyaksikan sendiri bagaimana produk yang organik diproses tanpa penggunaan bahan kimia. Terletak kira-kira lima kilometer dari Exit 244, Ayer Hitam, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) ladang ini adalah ladang organik pertama dibuka kepada orang awam dan menggabungkan elemen pembelajaran serta rekreasi kepada pengunjung (Sila lihat foto diatas). Semasa penulis blog berkunjung ke sini mulanya merasai kesegaran yang pastinya dapat dirasai dengan tanaman sayur-sayuran, buah-buahan tropika dan herba yang ditanam secara organik. Mereka yang hendak mengenali ladang ini secara dekat maka pengunjung boleh memilih sama ada menggunakan khidmat pemandu pelancong dari taman organik atau menerokai secara sendiri. Selain itu para pengunjung juga boleh bersiar-siar dengan melalui kawasan pejalan kaki berbumbung atau berbasikal di laluan yang disediakan. Diantara aktiviti lain yang terdapat di sini ialah berbasikal, memberi makan kepada haiwan peliharaan, memancing ikan dan program menanam atau memetik tanaman. Bagi pengunjung yang ingin membawa pulang sayuran, buah-buahan, herba atau produk organik tersedia sbuah Kedai Organik yang memang menyediakan pelbagai produk organik dan produk natural dipamerkan. Anda boleh membeli-belah dan pulang dengan pelbagai produk organik yang segar. Artikel malam ini adalah yang ke 4,999 sambil menonton perlawanan pertama piala Suzuki AFF diantara Malaysia dengan Vietnam di TV2 (2-2) dimana saya menulis dalam blog ''Anim Agro Technlogy'' mengenai taman organik Xenxin untuk dibuat bahan bacaan dan rujukkan.
Projek ini merupakan salah satu projek di Taman Pertanian Moden Kluang yang kelesuruhan kawasan TPM seluas hampir 10,000 ekar kesemuanya. Diprojek ini terdapat pelbagai komoditi yang dimajukan oleh pihak swasta seperti tanaman sayuran, nanas, buah-buahan, ternakan ikan hiasan, nurseri bungaan, kambing, lembu, ikan sangkar, agro-pelancongan dan sebagainya. Berbalik kepada isu produk organik kini memang ujud masaalah pencemaran bumi yang semakin membimbangkan dimana ini mendorong banyak sektor yang beralih kepada pengurangan penggunaan bahan kimia dalam industri yang mereka ceburi. Pengenalan teknologi hijau dan tenaga alternatif adalah contoh terbaik dan ia kini semakin popular. Demikian juga dalam sektor pertanian. Pengusaha mula beralih kepada pendekatan bebas bahan kimia, sejajar dengan aliran semasa masyarakat pengguna yang mahu produk makanan lebih sihat. Isu ini bukan baru kerana ramai yang beralih kepada pelbagai makanan yang dapat meningkatkan kesihatan. Tanaman yang sarat dengan racun makhluk perosak menyebabkan penimbunan toskid dalam badan pengguna. Justeru bagi mendapatkan makanan yang lebih sihat, pengguna kini beralih kepada makanan organik. Oleh itu makanan organik semakin mendapat permintaan. Ia mendorong pengusaha untuk bersaing bagi memenuhi permintaan tersebut dan untuk mengisi kekosongan yang ada. Disebabkan permintaan terhadap produk pertanian organik yang meningkat telah mendorong seorang usahawan pertanian, Tai Kok Kong, mengusahakan ternakan ayam melalui keadah tersebut pada 2001. Dia telah membangunkan syarikat Zenxin Agri-Organic Food bagi mengeluarkan tanaman, bekalan dan perniagaan runcit makanan organik.
Pada sesi lawatan penulis blog bersama rombongan ke ladang Zenxin di Kluang Johor kami disambut oleh Pengurus Pemasarannya. Memang sejak awal penubuhannya Zenxin telah dipercayai sebagai pengeluar makanan berkhasiat yang tidak menggunakan bahan kimia dalam proses pembuatannya. Ini bermakna Zenxin tidak menggunakan baja mahu pun racun kimia semasa kerja-kerja menanam sayur-sayuran serta buah-buahan. Mereka masih lagi mengekalkan misi asal ladang organik iaitu sentiasa mengekalkan pencapaian terbaik di samping menjaga kualiti barangan dan sentiasa menggunakan operasi dalaman dari segi tanaman, penuaian, pemprosesan, pembungkusan dan penghantaran kepada pelanggan. Bagi memastikan setiap pelanggan dapat menikmati kelazatan makanan organik tulen dengan harga runcit yang sangat berpatutan ke arah hidup lebih sihat. Penulis blog memeriksa ualiti dan harga produk organik yang dipamerkan (Sila lihat foto disebelah). Konsep ladang organik disini memang dapat mendedahkan pengunjung terutama kanak-kanak mengenai tanaman cendawan organik. Kebun organik disini sentiasa mematuhi peraturan, taraf dan paras kualiti yang telah ditetapkan oleh Skim Organik Malaysia (SOM) yang diiktiraf Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan National Association for Sustainable Agriculture, Australia (NASAA). Sebenarnya pihak AgroBank banyak membantu dengan memberikan pinjaman Tabung Untuk Makanan (3F) pada tahun 2006 berjumlah RM3 juta. Taman Organik Zenxin merupakan kawasan rekreasi di mana para pelancong datang dan membuat lawatan untuk menyaksikan sendiri bagaimana produk organik diproses tanpa penggunaan bahan kimia. Biasanya pelancong dapat menikmati kawasan taman dengan melalui kawasan pejalan kaki berbumbung atau berbasikal di laluan yang disediakan.
Sebagai mempelbagaikan aktiviti sihat diladang ini seperti aktiviti berbasikal disediakan dengan kadar sewaan yang berpatutan. Terdapat juga beberapa kolam diisi dengan ikan hiasan dan ikan air tawar untuk pengunjung kenal dan menyentuhnya (Sila lihat foto disebelah). Selain itu pelancong juga boleh membeli-belah di kedai organik yang menjual pelbagai produk segar organik. Bagi membantu pengunjung kini pengurusan ladang organik Xenzin juga menyediakan pembantu pelawat yang mempunyai pengetahuan dalam pertanian organik akan mengiringi pengunjung. Terkini Taman Organik Zenxin juga mempunyai dewan, bilik mesyuarat , restoren serta tapak bagi BBQ untuk pelbagai majlis. Pengunjung yang letih dan lapar selepas mengelilingi taman organik boleh menikmati makanan organik terus dari ladang menerusi menu Zenxin Organik Steambot di restoran yang mendapat lulusan halal daripada agensi kerajaan. Sementara di kedai organik Zenxin, pengunjung ditawarkan dengan pelbagai jenis sayur-sayuran dan makanan kering organik. Pengunjung yang ingin mendapatkan bekalan produk organik segar boleh juga memperolehinya di pasar raya besar di seluruh negara dan Singapura. Sejak awal mereka menggunakan slogan Keutamaan Pelanggan Zenxin sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Pemilihan tanaman organik berbanding dengan pertanian lain yang lebih menguntungkan, Jeff berkata, mereka masih boleh bertahan memandangkan keluarganya mempunyai pelbagai perniagaan lain.
Penulis blog mendapati permintaan tinggi terhadap produk pertanian berasaskan organik membantu syarikat Agriculture Sdn. Bhd. (Zenxin) berkembang maju dan menjadi antara pengeluar makanan organik terbesar di negara ini. Syarikat yang mencatat jualan jutaan ringgit setahun itu turut berjaya menembusi pasaran antarabangsa terutama di Singapura dan Hong Kong. Antara beberapa produknya seperti sayur-sayuran, ikan, buah-buahan dan telur ayam mendapat sambutan menggalakkan ekoran kesedaran tinggi pengguna terhadap kepentingan menjaga kesihatan melalui pemakanan bahan yang dihasilkan tanpa menggunakan bahan kimia. Biasanya ramai pelanggan amat tertarik kerana produk keluaran syarikat ini seperti sayur-sayuran membesar di ladang tanpa menggunakan bahan-bahan kimia daripada baja, racun serangga hingga ke bahan pengawet. Syarikat itu yang mula beroperasi di Lojing, Kelantan pada tahun 2001 kini telah berpindah ke Johor pada tahun 2005 apabila membuka sebuah ladang seluas 40 hektar di Ayer Hitam. Syarikat ini telah mendapat pengiktirafan organik daripada Skim Organik Malaysia (SOM) oleh kerajaan. Antara produk tani di ladangnya ialah sawi, terung, bunga kobis, timun, bayam, kacang panjang, kacang bendi, kangkung, cili, kailan, labu manis, buah naga, jambu, markisa, betik dan dan ikan talapia (Sila lihat foto disebelah). Kawasan tanaman itu turut ditutup dengan kain jaring bagi menghalang serangan serangga. Oleh itu baja yang digunakan juga adalah jenis organik dan bahan-bahan buangan daripada ladang ini. Selain bebas daripada bahan kimia, sayuran dan ternakan secara organik juga mempunyai rasa yang lebih sedap, manis dan rangup. Tanaman kacang panjang yang ditanam secara organik umpamanya sangat rangup dan sedap untuk diratah begitu sahaja sebagai ulam ketika makan nasi. Dalam perikanan didapati ikan talapia yang diternak di ladang tersebut juga mempunyai isi lebih lembut dan rasa lebih manis serta tidak berbau. Daripada segi kos buruh pula sistem pertanian organik lebih menjimatkan kerana semuanya dilaksanakan secara manual termasuk proses pendebungaan tumbuh-tumbuhan. Ladang itu juga dibuka percuma kepada orang ramai untuk mengadakan lawatan bermula dari pukul 9 pagi hingga 6 petang dari Isnin hingga Ahad. Melalui lawatan itu lazimya ia akan dapat mendidik dan menanamkan kesedaran di kalangan pengguna mengenai kelebihan tanaman dan ternakan organik. Semuga artikel ini dapat memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
TAMAN XENXIN... ORGANIK PRODUKNYA....
MUDAH PERGI... ADA DITEPI JALAN UTAMA...
PELBAGAI TANAMAN... SIJIL SOM TERSEDIA...
PENULIS BLOG LAWAT... ARTIKEL DI BACA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 201, Hotel Imperial,
Kluang, Johor,
Malaysia.
(3 RabiulAkhir 1440H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.