Support My Blog

Friday, December 14, 2018

PINGGAN DARI UBI KAYU

TANAMAN UBI KAYU (Manihot esculenta Crantz) ialah tumbuhan tropika dan subtropika yang diusahakan daripada famili Euphorbiaceae yang terkenal sebagai sumber utama karbohidrat. Banyak produk mesra alam yang dihasilkan daripada ubi kayu selain daripada ia selalunya dijadikan makanan asasi yang penting bagi sesetengah asyarakat dibeberapa negara. Ubi kayu juga sering menjadi makanan pilihan apabila berlaku masalah mendapatkan sumber makanan biasa seperti ketika musim tengkujuh, malapetaka awam ataupun semasa peperangan seperti Perang Dunia Kedua. Di Brazil pula sudah terkenal dimana tepung ubi kayu digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Biasanya ia akan diproses seperti digoreng, dipanggang dan di percik dengan santan sebagai makanan yang enak. Sementara itu pula di Amerika Syarikat ubi kayu digunakan dengan menguli saiz kecil bersaiz dua hingga tiga milimeter (mm) untuk dijadikan
perhiasan seperti mutiara. Walau pun ubi kayu dinegara kita dianggap sebagai bahan makanan yang ''low class'' tetapi penulis blog amat meminati makan ubi kayu rebus dicicah dengan sambal tumis ikan bilid (Sila baca blog - Sila klik disini dan Sila klik disini) atau pun ia digoreng (Sila klik disini). Kegunaan ubi kayu memang pelbagai sehingga ia dijadikanhaban membuat plastik, ubat gigi dan serbuk perasa makanan seperti Monosodium glutamate. Di negara jiran Thailand penulis blog melalui jalan raya ke Patthaya dimana ubi kayu luas ditanam untuk dijadikan bahan biodiesel. Apa pun berbalik di Malaysia artikel malam Sabtu ini saya terus menulis dalam ''Anim Agro Technology'' dimana ada sebuah syarikat membuat produk mesra alam dari ubi kayu untuk dijadikan bahan rujukkan.


Sebuah syarikat tempatan dikenali sebagai Sai G Mission berjaya menghasilkan pinggan daripada ubi kayu. Pengarah Urusannya iitu Encik Sai Ganeis berkata produk berasaskan ubi kayu keluaran syarikatnya itu dihasilkan seiring dengan penubuhan Sai G Mission sejak dua tahun lalu. Produk pinggan ini dihasilkan daripada bahan semula jadi dan mesra alam dikenali dengan nama Pinggan Pakai Buang Ubi Kayu memang telah lama ditunggu-tunggu untuk menggantikan pinggan pakai buang yang ada di pasaran sekarang. Mereka mengakui di pasaran kini terdapat pelbagai jenama pinggan pakai buang yang kebanyakannya dihasilkan daripada bahan buangan.  Kini jika dilihat dari segi kesihatan, penggunaan produk itu agak berisiko kerana ia mungkin merangsang sel barah, lebih-lebih lagi ia mengambil masa antara 60 -90 hari untuk dibiodegradasi. Berbeza dengan pinggan daripada ubi kayu kerana ia lebih mesra alam dan boleh lupus dalam tanah pada masa lebih cepat iaitu hanya 14 hari sahajaApa yang menariknya mengenai pinggan yang dihasilkan itu ialah apabila ia boleh dimakan  (Sila lihat foto disebelah)Objektif syarikatnya bukanlah untuk dimakan sebaliknya hendak ditunjukkan kepada pengguna bahawa produk itu tidak berbahaya. Dari segi psaran produk pinggan daripada ubi kayu bukanlah satu-satunya produk keluaran Sai G Mission tetapi sebaliknya syarikat itu telah pun menghasilkan mangkuk, cawan, sudu, dan garpu daripada bahan itu. Syarikat berhasrat untuk menghasilkan bekas set makanan tengah hari dan mangkuk ais kacang menjelang tahun depan. Kini syarikat sedang mencuba untuk memasuki pasar raya besar seperti Giant dan Mydin bagi memasarkan produknya itu. Sebenarnya tujuan pelbagai bekas makanan daripada ubi kayu dihasilkan adalah untuk memberi pilihan produk mesra alam kepada pengguna. Pinggan ubi kayu ialah pilihan terbaik bagi tujuan kempen cintai alam sekitar dan jauhkan daripada menggunakan produk plastik

Produk ini juga mudah lupus kerana dibuat daripada bahan semula jadi selain sisanya boleh dijadikan makanan ternakan (Sila lihat foto disebelah). Kini pinggan ubi kayu memiliki jangka hayat selama dua tahun dan selepas itu mikrobnya akan lupus secara semula jadi menjadikan saiznya mengecil daripada saiz sebenar. Sai Ganeis mendakwa dimana matlamat utama menghasilkan pelbagai bekas makanan daripada ubi kayu adalah sebagai pengganti kepada penggunaan alat polistirena. Pada awal lagi penggunaan alat polistirena adalah untuk memudahkan kehidupan manusia kerana tidak perlu di cuci selepas digunakan tetapi pada akhirnya telah memudaratkan bumi kita. Ini kerana ia tidak dapat diuraikan. Penggunaannya di negara kita berada tahap membimbangkan dan perlu dikawal dengan lebih tegas. Beliau yang juga ahli dalam Persatuan Sathya Sai Baba yang menekankan nilai-nilai kemanusiaan dan alam sekitar berkata dimana objektif utamanya adalah untuk memberi balik pada alam sekitar. Mereka juga perlu melakukan sesuatu untuk memberi balik kepada masyarakat dan alam sekitar dengan meningkatkan fikiran mereka supaya menjaga alam sekitar. Para pengguna harus sedar akan tanggungjawab mereka dan berusaha untuk mereka mengurangkan penggunaan polistirena terutama sebagai bekas makanan. Ini kerana jika menggunakan polistirena maka ia akan pecah tetapi tidak akan terbiodegradasi sebaliknya jika menggunakan bekas makanan daripada ubi kayu, ia akan masuk ke dalam tanah dan memenuhkan ruang tanah seterusnya boleh mengelakkan tanah runtuh.  Produk ini sekiranya dibuang ia akan menjadi tanah seterusnya mengukuhkan lagi kedudukan tanah. Dalam pada itu pengguna harus menjadikan tabiat di mana membungkus makanan dengan membawa bekas makanan sendiri atau menggunakan apa sahaja bekas makanan mesra alam. Penggunaan bekas makanan mesra alam, ia membantu mengelakkan pencemaran alam, melindungi kapasiti ekosistem dan mengelakkan pembangunan yang akan mengancam kesihatan manusia atau menjejaskan kualiti kehidupan. Ini dapat dilakukan dengan cara mengurang atau mengubah proses pengeluaran atau perniagaan yang akan menjejaskan kualiti hidup manusia. Cara pembuangan dan pelupusan sampah juga harus dititikberatkan.

Memang ramai faham dimana ubI kayu memang sinonim di negara ini sebagai pengalas perut ketika Perang Dunia Kedua. Kini ia lebih popular sebagai makanan ringan seperti kerepek selain dijadikan kanji memekat kuah masakan. Dalam pada itu sebuah lagi syarikat tempatan iaitu Sykt Natures Harmony Industries Sdn Bhd (NHI) yang menjalankan penyelidikan selama tiga tahun berjaya menghasilkan pinggan daripada ubi kayu. Lebih unik pinggan yang dihasilkan itu boleh dimakan (Sila lihat foto disebelah)Syarikat NHI menerima banyak pertanyaan daripada orang ramai yang ingin tanya untuk mengetahui keistimewaan pinggan ubi kayu. Ia adalah dihasilkan daripada bahan semula jadi dan mesra alam, pinggan pakai buang ubi kayu memang ditunggu-tunggu untuk menggantikan pinggan pakai buang yang ada di pasaran sekarang. Memang diakui di pasaran sekarang terdapat pelbagai jenama pinggan pakai buang yang kebanyakannya dihasilkan daripada bahan buangan. Ada juga yang dihasilkan daripada bahan petroleum. Justeru, dari segi kesihatan, penggunaan produk itu agak berisiko kerana ia mungkin merangsang sel barah, lebih-lebih lagi ia mengambil masa antara 120 - 80 hari untuk terbiourai. Pinggan daripada ubi kayu agak berbeza kerana ia lebih mesra alam dan boleh lupus dalam tanah pada masa lebih cepat iaitu 28 hari. Pengarah Urusan NHI, Ramaness Parasuraman berkata pinggan daripada ubi kayu bukanlah satu-satunya produk keluaran NHI, sebaliknya syarikat itu akan menghasilkan mangkuk, sudu, garfu selain bekas makanan dan talam daging daripada bahan itu mulai tahun depan. Pinggan ubi kayu adalah pilihan terbaik bagi kempen cintai alam sekitar. Ia mudah lupus kerana dibuat daripada bahan semula jadi selain sisanya boleh dijadikan makanan ternakan. Pinggan ubi kayu memiliki jangka hayat selama dua tahun dan selepas itu mikrobnya akan lupus secara semula jadi menjadikan saiznya mengecil daripada saiz sebenar. Kalau dulu ubi kayu popular sebagai kerepek. Sekarang ia boleh dibangunkan menjadi pinggan sekali gus membantu meningkatkan ekonomi petani. Penggunaan pinggan ubi kayu juga bersesuaian dengan polisi sesetengah negara yang menggalakkan produk mesra alam.

Pada masa ini polisi kebanyakan negara barat yang mengharamkan penggunaan bekas makanan daripada polistrin membuka ruang kepada produk yang berkonsepkan mesra alam seperti pinggan ubi kayu. Ketika syarikat mereka membawanya ke Amerika Syarikat buat pertama kali, ia mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan. Malah, kami menerima tempahan dari sebuah rangkaian hipermarket di negara itu dan mulai tahun ini kami akan meningkatkan pengeluarannya. Selain Amerika Syarikat, konsep mesra alam pinggan ubi kayu ini turut menarik perhatian syarikat pengendali kereta api China, iaitu China Railways Road yang menyediakan ribuan kotak makanan sehari untuk penumpangnya menggunakan pinggan pakai buang, polistrin. Bekas makanan itu biasanya sukar diuruskan kerana jumlahnya yang banyak dan mengambil masa lama untuk dilupuskan. Kini selain mereka mempromosikan produk mesra alam untuk menembusi pasaran antarabangsa, pengeluarannya pinggan ubi kayu boleh meningkatkan taraf hidup petani di negara ini yang mengusahakan tanaman itu. Ketika ini kebanyakan bekalan ubi kayu yang diperoleh NHI dibawa masuk dari Thailand. Namun, menjelang tahun depan bekalan mentah ubi kayu juga dijangka diperoleh dari ladang tempatan seperti Kelantan. NHI kini beroperasi di Nilai dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 1.5 juta unit sebulan. Oleh kerana sambutan sungguh menggalakkan daripada pasaran tempatan dan luar negara, NHI akan memperbesarkan saiz kilang, menambah lima buah mesin yang dibeli dari Jerman. Dalam pada itu peningkatan taraf kilang dijangka mampu menghasilkan sekurang-kurangnya 48 juta unit pinggan. Untuk memenuhi permintaan dari negara luar antaranya Amerika Syarikat dan China, NHI juga mengalu-alukan mereka yang berminat untuk membuat pelaburan dan menjadi wakil pengedar. Pinggan ubi kayu merupakan sejenis pinggan ubi dihasilkan daripada 99 peratus tepung ubi kayu dimana prosesnya bermula dengan diformulasikan selama 20 minit sebelum diuli dengan mesin uli berbentuk kawah kecil selama 30 minit. Selepas menjadi doh, ia akan dipotong-potong kecil menggunakan mesin pemotong (Sila lihat foto disebelah)Setiap satu doh dimasukkan ke dalam acuan membentuk pinggan. Setiap satu doh akan dibakar selama 45 saat pada tahap 220 - 240 darjah Celsius.  Pinggan yang dihasilkan akan dihantar ke mesin pengukur dan pemotong berbentuk saiz pinggan bagi memastikan setiap produk memiliki ukuran standard. Pinggan ubi kayu boleh menahan kepanasan hingga 180 darjah Celsius atau selama empat jam sebelum mula mengembang. Bagi tujuan kegunaan makanan sejuk ia boleh bertahan selama sehari.  Jika tidak digunakan langsung, ia boleh bertahan selama dua tahun. Bagi memastikan mutu dan kualiti pinggan yang dihasilkan, hanya ubi kayu jenis KU 55 saja digunakan. Ini kerana ubi kayu jenis ini memiliki kandungan serat yang tinggi. Semuga artikel ini memberi info berguna kepads semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
PINGGAN UBI KAYU... SUDAH ADA...
BERSIFAT BIOURAI... AMAT BAIKNYA...
SYARIKAT TEMPATAN...MEMBUATNYA...
PERLU DIPROMOSI... RMAI MENGUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Padi Ria 11, Bandar Baru UDA,
Johor BAhru, Johor,
Malaysia.
(2 RabiulAkhir 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...