ASAM BELANDA atau lebih biasa dipanggil sebagai Roselle (Hibiscus sabdariffa) merupakan diantara produk yang mana ia banyak dijual sempena MAHA 2018 di MAEPS Serdang, Selangor. Asam belanda ini dijual dalam bentuk jus roselle, halwa roelle dan juga produk kosmetik yang lain. Pengusaha roselle ini datang dari seluruh negara seperti dari Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Kedah, Selangor serta Sabah dan Sarawak. Tumbuhan berbunga merah dari keluarga Malvaceae ini dipercayai berasal dari Afrika Barat tetapi ada yang mendakwa ia berasal dari India. Kini beberapa varieti roselle seperti Varieti UMKL dan UMKL-2 telah menjadi tanaman agak penting dibeberapa negeri seperti di Johor (Kawasan Rengit dan Mersing), di Kedah (Daerah Sik), Perak (Sekitar Sungkai) dan beberapa negeri lain. Jabatan Pertanian melaporkan seluas 800 - 1,200 hektar CHE tanaman asam belanda atau rosel ditanam pada tahun 2017. Penulis juga merupakan pengasas penanaman rosel di Johor iaitu di Daerah Mersing pada tahun 1998 dimana kini aktiviti penanaman tersebut masih aktif sehingga hari ini. Pada masa artikel ini ditulis beberapa usahawan roselle telah berjaya menanam roselle dan menghasilkan produk roselle di seluruh negara. Pusat Operasi FAMA Rengit merupakan satu premis yang memproses rosell untuk sekian lama dan kini akan diperbesarkan operasinya di Kilang GMP Projek Pertanian Moden Kluang Johor. FAMA membeli kalixs roselle segar dengan harga RM2.50 sekilogram untuk diproses dipusat ini dan sebahagian lagi dieksport keluar negara. Seluas 9 ekar kawasan rosel sedang dalam peringkat penyediaan kawasan disekeliling pusat memproses roselle ini. Asam Belanda mudah ditanam dengan menggunakan biji benih daripada buah roselle yang telah matang dengan cara menyemainya dahulu atau menanam terus keladang. Ia mula berbuah seawal 3 bulan dan boleh dituai sehingga 6 bulan jika tanaman dijaga dengan baik. Anda boleh membaca banyak artikel mengenai roselle atau asam beanda ini dalam artikel tulisan saya sebelum ini dengan pautan berikut (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Artikel yang ke 5,001 ini dalam ''Anim Agro Technology'' saya paparkan status semasa industri roselle di Malaysia untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda.
Dalam beberapa artikel yang saya rujuk, dinyatakan bahawa tanaman roselle ini atau asam belanda adalah amat mudah dilakukan. Dikalangan orang ramai asam belanda juga dipanggil sebagai rosel. roselle, asam susur, bunga rosel dan sebagainya. Pokok rosel yang tumbuh menegak dengan beberapa cabang ini berbinga dan berbuah pada batang dahannya (Sila lihat foto disebelah). Pada penulis blog yang pernah terlibat secara langsung dengan penanaman asam belanda mendapati tanaman ini biasanya memberikan keuntungan kepada usahawan jika diproses sendiri. Kalau dijual kepada kilang maka kadar keuntungan adalah tidak berapa tinggi. Kempen menanam rosel dan minum jus rosel telah lebih 15 tahun dijalankan akan tetapi ia masih diperingkat status quo iaitu tidak berkembang luas dengan sendirinya. Ini kerana tidak banyak pengilang aau pembeli yang ujud dilapangan dimana menjadikan masaalah jika ada pengeluaran kalixs asam belanda ini dengan banyak. Kalixs rosel yang mudah rosak juga antara faktur potongan dilakukan oleh pengilang sewaktu tiba dikilang memproses rosel ini. Kerja untuk memetik buah rosel, membersih dan membuang bijinya (decoring) yang perlukan tenaga kerja yang ramai dan ianya dominan menyebabkan ia adalah kurang menguntungkan jika hendak dibanding dengan komoditi lain. Pokok asam belanda boleh tumbuh daripada biji benih atau keratan dengan ketinggian yang boleh mencapai sehingga 3 - 5 meter serta mampu mengeluarkan bunga hampir sepanjang tahun. Bunga asam belanda berwarna cerah, salut bunga atau kaliks adalah berwarna merah gelap dan lebih tebal jika dibandingkan dengan bunga raya biasa. Bahagian bunga asam belanda yang boleh diproses menjadi makanan ialah salut bunganya (kaliks) yang mempunyai rasa yang amat masam. Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan makanan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman asam belanda. Daun dan batang muda asam belanda boleh juga dimakan sebagai ulam atau salad dan juga sebagai perisa di dalam kuah kari?. Dalam pada itu penulis blog dapat laporan dimana di Afrika biji asam belanda dimakan kerana dikatakan mengandungi minyak tertentu. Di Sudan pula tanaman asam belanda diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh dan merupakan minuman kebangsaan orang Sudan.
Dalam pada itu terdapat sejenis asam belanda varieti putih. Sebenarnya warna putih pada kelopak bunga asam belanda ini adalah mengikut varieti (Sila lihat foto disebelah). Pokok asam belanda adalah sejenis pokok yang mudah ditanam. Cara penanamanya dengan menggunakan biji yang kering kemudian disemai. Satu pokok boleh mengeluarkan buah yang banyak. Pokok ini jenis bercabang-cabang serta tahan lama. Cara penjagaanya pula amatlah mudah jika cuaca panas ia memerlukan banyak air, dan pembajaanya adalah setengah bulan sekali. Apa yang penulis blog pernah membuat penelitian mendapati pokok yang terkena hujan lebat akan menyebabkan daunnya dan bunganya layu dan gugur. Hujan lebat berterusan pula dan menyebabkan kanjir atau tenggelam pula menyebabkan kematian pada tanaman ini. Sebaiknya pokok asam belanda ini ditanam pada cuaca panas kering dengan ada sistem pengairan yang sempurna. Mengenai kandungan khasiat asam belanda bagi setiap 100 gram kaliks asam belanda dari ujian makmal dilaporkan mengandungi protein 1.145 gram, lemak 2.61 gram, serat 12.0 gram, abu 6.90 gram, kalsium 1.263 gram, fosforus 0.2732 gram, zat besi 0.00898 gram, karotena 0.00029 gram, thiamin 0.00117 gram, riboflavin 0.00277 gram, niasin 0.003765 gram, asid askorbik (Vitamin C) 0.0067 gram. Bagaimana pun apabila dijadikan kordial roselle maka ia ditambah dengan banyak gula menyebabkan komposisinya berubah begitu juga dengan halwa roselle.
Dikalangan penduduk tempatan Asam Belanda atau roselle ataupun dipanggil asam paya, asam kumbang dan asam susur merupakan tumbuhan daripada spesies Hibiscus sabdariffa L. Ia juga merupakan tumbuhan dari keluarga yang sama dengan bunga raya (Hibiscus rosasinensis). Tumbuhan Roselle ini mula diperkenalkan di Malaysia sejak lebih tiga kurun yang lampau. Terkini ramai peniaga mula mengekstrak bunga roselle untuk dibuat jem, jus ataupun kordial dan juga ''straight drink'' dalam tin yang mudah diminum (Sila lihat foto disebelah). Dalam artikel kali ini penulis blog paparkan sebuah syarikat iaitu Arina Food Enterprise iaitu syarikat Bumiputera yang ditubuhkan pada tahun 2009 beroperasi dengan produk roselle. Syarikat ini mengeluarkan produk berasaskan pokok roselle seperti jus roselle dan kordial roselle. Mereka juga mengeluarkan jem roselle tetapi hanya dipasarkan ketika menjelangnya musim perayaan disebabkan jem tersebut digunakan untuk tujuan membuat kuih tart. Arina Food Enterprise adalah syarikat dibawah bimbingan Jabatan Pertanian, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi). Dalam festival MAHA dan HPPNK biasanya mereka membuat promosi dan jualan produk asam belanda atau roselle dibanyak lokasi. Bagi memperkenalkan roselle yang agak kurang diketengahkan ada usaha untuk menyertai pelbagai ekspo dan karnival usahawan di seluruh negara. Mungkin ramai yang tak tahu bahawa roselle sebenarnya amat kaya dengan vitamin C dan jus yang saya hasilkan tidak mengandungi bahan perisa dan pewarna tiruan. Roselle juga berupaya merendahkan tahap kolesterol, membantu mencegah kanser, melancarkan pusingan haid bagi wanita, melancarkan aliran darah serta melindungi hati dan jantung.
Dalam usaha untuk memasarkan produk roselle ke pasaran dunia pihak FAMA telah berusaha keras sejak lebih 10 tahun dengan memasarkan juga kaliks segar. Kini dirangkaian AgroBazaar FAMA diseluruh negara kita boleh mendapatkn produk kordial roselle dengan jenama seperti ''AgroMas'' yang dipasarkan (Sila lihat foto disebelah). Ia juga merupakan salah satu produk jenama yang digemari oleh pengguna dimana jualannya dilporkan amat baik kerana ia adalah jauh lebih baik daripda produk lain sepertinya seperti produk Ribena yang diimport. Kini lebih ramai yang mula menggunakan jus dan kordial roselle sebagai barangan untuk dijadikan sebagai produk membuat ''hamper'' atau hadiah. Dari segi eksport pula produk kaliks roselle dihantar ke Korea, Jepun dan beberapa negara lain dengan harga kilang sekitar RM4.50 - RM5.00 sekilogram. Ia bagaimana pun sering dibekukan atau akan dihantar dalam suhu sejuk untuk mengekakan tahap kesegarannya. Potensi pasaran rsoselle adalah masih besar dengan strategi penanaman dan juga prmosi pemasaran yang strategik. Semuga industtri roselle negara akan terus berkembang dengan adanya beberapa produk baru seperti kordial roselle, ubat gigi roselle, kosmetik roselle dan sebagainya. Di harap artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAM ROSELLE... ITU ASAM BELANDA...
BIJI DISEMAI... TANAM IKUT BARISNYA...
CUKUP MASA... BERBUAH BANYAKNYA...
DIPROSES DIKILANG... ADA PASARANNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Padi Ria 11, Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(5 RabiulAkhir 1440H).

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.